The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MAZILA BINTI KHALID, 2021-01-21 09:09:07

KIMIA TING 5 (KESEIMBANGAN REDOKS)

KIMIA KSSM TINGKATAN 5

Keywords: KIMIA

BAB 1 :
KESEIMBANGAN REDOKS

KELAS : 21.1.2021 (KHAMIS)
MASA : 4.00 Petang (Bahagian 1)

ISI KANDUNGAN

•1.1 Pengoksidaan dan Penurunan
•1.2 Keupayaan elektrod piawai
•1.3 Sel kimia
•1.4 Sel Elektrolisis
•1.5 Pengekstrakan logam daripada bijihnya
•1.6 Pengaratan

Maksud Tindak Balas Redoks

•Tindak balas redoks ialah tindak
balas yang melibatkan proses
pengoksidaan dan penurunan
yang berlaku secara serentak.

Pengoksidaan dan Penurunan boleh
ditakrifkan berdasarkan 1 drp 4 cara berikut:

① Kehilangan@penambahan oksigen
② Kehilangan@penambahan hidrogen
③ Kehilangan@penambahan elektron
④ Perubahan nombor pengoksidaan

AGEN PENGOKSIDAAN

Agen pengoksidaan ialah bahan
yang mengoksidakan bahan lain.
Agen tersebut mengalami
penurunan dalam proses ini.

❑ Bukan logam yg reaktif : contohnya oksigen & halogen
❑ sebatian –okso terutamanya dalam keadaan berasid : contohnya kalium

dikromat(VI) dan kalium manganat(VII)

AGEN PENURUNAN

Agen penurunan pula ialah bahan
yang menurunkan bahan lain. Agen
tersebut mengalami pengoksidaan
dlm proses ini.

❑ Logam reaktif : contohnya logam Kumpulan 1 dan 2 spt zink, ferum, stanum
❑ Hidrogen, karbon dan karbon monoksida
❑ Hidrogen sulfida dan sulfur dioksida

Pengoksidaan dan penurunan –
① Kehilangan@penambahan oksigen

PENGOKSIDAAN ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan
tindak balas mengalami PENAMBAHAN OKSIGEN.

pengoksidaan (Agen penurunan)

Mg + PbO → MgO + Pb

penurunan (Agen pengoksidaan)

Manakala PENURUNAN ialah tindak balas yang berlaku apabila
suatu bahan tindak balas mengalami KEHILANGAN OKSIGEN

Pengoksidaan dan penurunan –
② Kehilangan@penambahan hidrogen

Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan
tindak balas mengalami KEHILANGAN HIDROGEN.

Penurunan ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan tindak
balas mengalami PENAMBAHAN HIDROGEN.

pengoksidaan

H2S + Cl2 → S + 2HCl

penurunan

Pengoksidaan dan penurunan –
③ Kehilangan@penambahan elektron

Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan
tindak balas mengalami KEHILANGAN ELEKTRON.

Penurunan ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan tindak
balas mengalami PENAMBAHAN ELEKTRON.

pengoksidaan

Zn + CuSO4 → ZnSO4 + Cu

penurunan

Pengoksidaan dan penurunan –
③ Kehilangan@penambahan elektron

Zn → Zn2+ + 2e- Cu2+ + 2e- → Cu

Zink – kehilangan dua elektron utk mbtk ion Zink Kuprum(II)sulfat mengalami penambahan dua
elektron kpd ion kuprum(II) utk membtk
pengoksidaan logam kuprum

Zn + CuSO4 → ZnSO4 + Cu

penurunan

CONTOH-CONTOH TINDAK BALAS
(Penambahan dan kehilangan Elektron)

Pengoksidaan dan penurunan –
④ Perubahan nombor pengoksidaan

(a) Nombor Pengoksidaan ialah nombor bagi cas yang
diperoleh oleh suatu unsur dalam suatu bahan apabila
unsur itu wujud sebagai ion dalam bahan tersebut.

(b) Peraturan umum utk menentukan nombor pengoksidaan:

Atom dan molekul unsur bebas mempunyai nombor
pengoksidaan sifar. Contoh : Gas hidrogen, H2, gas klorin,Cl2,
atom sulfur,S dan atom magnesium,Mg masing-masing
mempunyai nombor pengoksidaan sifar.

Nombor pengoksidaan ion monoatom adalah
sama dengan cas pada ion itu.

Contoh :
Ion hidrogen, H+ mempunyai nombor pengoksidaan +1
dan
ion oksigen, O2- mempunyai nombor pengoksidaan -2.

Jumlah nombor pengoksidaan bagi semua atom dalam
SEBATIAN NEUTRAL IALAH SIFAR manakala

ion poliatom sama dengan cas pada ion itu.

Contoh : Nombor pengoksidaan bagi NaCl ialah 0

Contoh :
Nombor pengoksidaan bagi ion karbonat, CO32- ialah -2

CONTOH-CONTOH TINDAK BALAS

(Penambahan dan Pengurangan Nombor Pengoksidaan)

0 +2 +2 0

Tindak balas redoks dr segi Perubahan Nombor Pengoksidaan

Terdapat beberapa peraturan bagi memberi nombor pengoksidaan kpd
ATOM dlm UNSUR @ SEBATIAN

① No Pengoksidaan bagi ATOM & MOLEKUL bg UNSUR ialah SIFAR

MOLEKUL unsur No Pengoksidaan ATOM No.Pengoksidaan

Gas Hidrogen, H2 0 Kuprum,Cu 0
Gas Oksigen, O2 0 Natrium, Na 0

② No Pengoksidaan bagi ION RINGKAS adalah sama dgn cas bg ion tersebut.

Ion No Pengoksidaan Ion No.Pengoksidaan

Na+ +1 Cl- -1

Cu2+ +2 O2- -2

H+ +1

Tindak balas redoks dr segi Perubahan Nombor Pengoksidaan

③ Jumlah No Pengoksidaan bagi UNSUR dlm suatu sebatian ialah 0.

Hitung no pengoksidaan bg karbon dalam kalsium karbonat, CaCO3

No Pengoksidaan oksigen
dlm sebatian ialah -2

(+2) + (X) + 3(-2) = 0 Jumlah no pengoksidaan bg
X = +4 sebatian ialah 0

No. pengoksidaan bg ion-ion drp No Pengoksidaan bg karbon
Kumpulan 1,2 dan 13 adalah tetap. No dlm sebatian kalsium
Pengoksidaan bg Ca2+ ialah +2 karbonat ialah +4

Tindak balas redoks dr segi Perubahan Nombor Pengoksidaan

④ Jumlah No Pengoksidaan bagi UNSUR dlm ion poliatom adalah sama
dgn cas-cas ion poliatomik tersebut

Hitung no pengoksidaan bg sulfur dalam ion sulfat, SO42-?

No Pengoksidaan oksigen
dlm sebatian ialah -2

X + 4(-2)= -2 Jumlah no pengoksidaan
X = +6 adalah sama spt cas bagi
ion poliatomik

No Pengoksidaan bg sulfur
dlm ion sulfat ialah +6

CONTOH :

1. CO2 =
2. CaCO3 =
3. SO42- =
4. NH4+ =

Pengiraan Nombor Pengoksidaan Sebatian dan Ion:-

1.Nombor Pengoksidaan untuk Mangan
KMnO4
(+1) + x +4 x (-2) = 0
x = +7

2. Nombor Pengoksidaan nitrogen HNO3
(+1) + x + 3(-2) = 0
x = +5

SPM 2014
Persamaan berikut mewakili tindak balas pengoksidaan antara
etanol dan kalium dikromat(VI) berasid.

3C2H5OH + 2K2Cr2O7 + 8H2SO4 → 3CH3COOH +
2Cr2(SO4)3 + 2K2SO4 + 11H2O

A +2 kepada +6 C +6 kepada +2
B +3 kepada +6 D +6 kepada +3

SPM 2014
Persamaan berikut mewakili tindak balas pengoksidaan antara
etanol dan kalium dikromat(VI) berasid.

Agen pengoksidaan → mengalami penurunan

3C2H5OH + 2K2Cr2O7 + 8H2SO4 → 3CH3COOH + 2Cr2(SO4)3 + 2K2SO4 + 11H2O

2 + 2x + 7(-2) = 0 Cr 3+ , SO42-
2x = +12
x = +6 No pengoksidaan ion Cr3+

No pengoksidaan bg Cr = +6

Jawapan : D : +6 kepada +3

Soalan Latihan

SPM 2013
8. (a) Berikut adalah formula bagi dua sebatian

MgCl2 Fe2O3

Berdasarkan kepada formula itu,
(i) Nyatakan nombor pengoksidaan bagi magnesium dan ferum (2m)
(ii) Nyatakan nama bagi sebatian-sebatian itu (2m)


Click to View FlipBook Version