Pesanan
Najwa
Zamari
KANDUNGAN
Kandungan
Penghargaan
Pengenalan.......................................4
Syair Pesanan...................................5
Manifestasi syair pesanan.............6
Sumber Rujukan..............................7
Penghargaan
Alhamdulilah bersyukur ke hadrat ilahi
kerana dengan limpah dan kurnianya
dapat saya menyiapkan kerja kursus
yang diberikan dengan jayanya.Pertama
sekali,saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Encik Syukri bin
Mohammad Zin yang telah banyak
memberi tunjuk ajar dan penerangan
lanjut mengenai tugasan kerja kursus
yang perlu dilakukan.Selain itu,saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada
encik kerana memberi kepercayaan
kepada saya untuk menyiapkan tugasan
ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya
kerana telah memberikan kemudahan
dan sokongan moral untuk menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.Tidak lupa
juga,saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada rakan-rakan yang telah
membantu saya dalam menyiapkan
tugasan yang diberikan ini.
Pengenalan
Syair merupakan sebuah puisi yang
mempunyai lagu dan irama.Syair berasal
daripada negara Parsi yang telah dibawa
masuk ke Nusantara bersama-sama
dengan kedatangan Islam suatu ketika
dahulu.Pada ketika itu,syair telah diubah
suai mengikut kesesuaian melayu
klasik.Menurut A.Teeuw syair adalah
sebuah puisi lama yang telah wujud sejak
zaman dahulu tetapi namanya telah
ditukar.Syair merupakan sebuah puisi
yang menjadi kegemaran orang melayu
lama dan disampaikan dalam bentuk
berangkap.Syair tidak mempunyai pemilik
dan penulis yang khusus.
Selain itu,syair mempunyai beberapa ciri
yang khusus iaitu sebuah syair
mempunyai empat baris serangkap namun
ada juga syair yang dihasilkan dua atau
tiga baris serangkap.Syair tidak
mempunyai pembayang seperti
pantun.Namun,syair mempunyai makna
disetiap baris yang mempunyai kaitan
dengan baris-baris terdahulu.Sebuah syair
kebiasaannya mengandungi sesuatu
nasihat,pengajaran dan kisah yang ingin
disampaikan.
Syair Pesanan
Dengarlah orang budiman berkata,
wahai anakanda yang bijaksana,
ayah dan ibu insan mulia,
bertanggungjawablah kepada mereka.
Hormatilah ayah dan bonda,
Sopan dan santun kepadanya,
tiada mereka tiadalah kita,
pastinya hidup aman bahagia.
Ingatlah wahai anakanda,
Ayah dan ibu kian berusia,
ringankan tulang menolongnya,
perbuatan itu amalan mulia.
Ayah dan ibu ibarat raja,
Taat setia hanya padanya,
Jangan sekali kita durhaka,
Pintu neraka sentiasa terbuka.
Kasihnya ibu membawa ke syurga,
kasihnya ayah tiada terhingga,
sayangilah mereka setiap masa,
hidup berkat lagi berjasa.
l
Manifestasi Akal Budi
Syair Pesanan ini bertemakan tanggungjawab seorang
anak terhadap ibu bapa.Penyair ingin menyampaikan
pesanan kepada anak muda supaya bertanggungjawab
terhadap ibu bapa kerana ibu bapa adalah orang yang
mulia.Dalam rangkap yang kedua, penyair menasihati
anak muda supaya sentiasa menhormati kedua-dua ibu
bapa dengan sentiasa bersikap sopan santun kepada
ibu bapa.Hal ini kerana,penyair menyatakan bahawa
ibu bapa adalah manusia yang telah berkorban untuk
melahirkan dan membesarkan kita.
Dalam rangkap ketiga pula,penyair mengingatkan
bahawa ibu dan bapa semakin lama semakin
tua.Sebagai anak,kita perlu rajin untuk membantunya
kerana membantu adalah satu amal kebaikan.Dalam
rangkap keempat,penyair menyatakan bahawa ibu
bapa adalah ibarat pemerintah.Oleh itu,kita sebagai
anak perlu akur dengan segala arahannya.Penyair
mencegah anak muda untuk melawan kata ibu bapa
kerana anak yang derhaka akan masuk ke dalam
neraka.Dalam rangkap yang terakhir,penyair
menyatakan bahawa kita perlulah sentiasa
menyayangi ibu bapa supaya kehidupan diberkati oleh
tuhan.
SUMBER RUJUKAN
Azman Rahmat et.al.(2022).Pengenalan
Kesusasteraan& kebudayaan Melayu.
Pustaka Al-Ehsan
Syair.(2022).Dalam Wikipedia.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Syair