FIRST AIDS
KIT
NAMA: MUHAMMAD NURADLIN
HAFIZIN BIN RAZALI
KELAS: 3 IBNU KHALDUN
PENGENALAN FIRST AIDS KIT
• First Aid berfungsi sebagai rawatan pertama.
• Ia diaplikasikan bagi mengurangkan risiko
kecederaan.
• First aid kit ialah satu peti atau kotak yang
mengandungi peralatan pertolongan cemas dan
bekalan perubatan.
KEPENTINGAN FIRST AIDS
KIT
Menyimpan peralatan atau ubatan untuk melakukan
pertolongan cemas bagi :-
❖Menyelamatkan nyawa
❖Menghalang kecederaan menjadi lebih teruk
❖Menggalakkan penyembuhan
CIRI-CIRI FIRST AIDS KIT
• Corak – tegap, kuat, mudah alih, green crescent on
white background
• Lokasi – mudah dikenalpasti, terang, mudah untuk
diambil
• Kandungan – mencukupi, mengikut kegunaan,
diperiksa dengan kerap
KEGUNAAN PERALATAN
FIRST AIDS
1. Plaster
Plaster ini merupakan barangan asas yang semua
first aid kit perlu ada. Ia boleh digunakan untuk
menutup luka-luka kecil yang tidak mengalami
pendarahan yang teruk.
2. Bandage
Bandage terdiri daripada 2 jenis iaitu bandage biasa
dan bandage segitiga/triangular bandage/ kain anduh
Bandage biasa digunakan untuk membalut luka dan
membalut kawasan yang bengkak.
3. Kain anduh (Triangular Bandage)
Triangular bandage digunakan sebagai anduh ketika
patah tulang atau patah tulang selangka (clavicle)
Ia juga digunakan untuk membalut luka atau membalut
kawasan lebam.
4. Gauze (Kain Kasa Perubatan)
Kain kasa atau gauze ini digunakan untuk menutupi
luka yang besar. Ia juga boleh digunakan untuk
membersihkan luka yang kotor.
Gauze ini terdiri daripada jejari benang dan ia tidak
tercabut bila ditarik daripada luka. Terkadang ada yang
menggunakan cotton (kapas) untuk menutupi luka.
Keadaan ini akan menyebabkan serpihan kapas akan
melekat pada luka apabila ia dibuka.
5. Cotton (Kapas)
Kapas selalunya digunakan untuk membersihkan
luka.
Jika luka tersebut tidak terlalu kotor maksudnya
tidak mempunyai benda asing seperti tanah, kaca,
batu dan sebagainya, luka tersebut boleh dibasuh
dengan air biasa dan cotton digunakan untuk
membersihkan kawasan tersebut.
6. Povidone iodine
Ia merupakan larutan yang berwarna kuning.
Larutan ini mengandungi unsur iodin yang berfungsi
untuk membunuh kuman(antiseptik) di kawasan
luka.
Jika kawasan luka itu besar dan kotor, gunakan
larutan ini untuk membersihkan luka tersebut.
7. Krim pemanas
Krim pemanas ini selalunya digunakan untuk
merawat sakit otot dan juga kekejangan otot
Seseorang yang sakit otot dan tidak mempunyai luka
pada bahagian tersebut, maka boleh menggunakan
krim pemanas ini untuk mengurangkan sakit di
bahagian tersebut.
8. Gunting
Gunting penting untuk memotong gauze, bandage
dan sebagainya
9. Micropore
Micropore ini macam selotip yang digunakan untuk
melekatkan beberapa perkara seperti melekatkan
gauze pada kulit, melekatkan bandage supaya ia
tercabut dan apa-apa yang berkaitan.
10. Dettol
Antiseptik untuk membunuh kuman, digunakan
sebagai cucian luar juga boleh digantikan dengan
Normal Saline Solution 0.9%.
11. Acriflavine (ubat kuning)
Sebagai antiseptic (mempercepatkan penyembuhan
luka).
12. Minyak angin
Untuk mengurangkan pening kepala yang ringan.
13. Paracetamol (PCM) 500mg
Untuk mengurangkan sakit kepala sebagai ubat
tahan sakit dan juga demam.
14. Ponstan (mefenamic acid) 250mg
Sebagai ubat tahan sakit (perlu memastikan perut
tidak kosong sebelum makan)
15. Gelusil (magnesium tricilicate)
Ubat gastrik atau angin (perut kembung)
16. Claritine
Ubat untuk selsema dan alergi
17. Maxolon
Ubat tahan muntah
SEKIAN TERIMA KASIH