KERJA KURSUS
BMMB1074
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
TUGASAN 2 : PEMBINAAN E-PORTFOLIO
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98009 MIRI, SARAWAK
NAMA PELAJAR : FAZLINDA KESUMIE ANAK JELLY
ANGKA GILIRAN : 2021022310036
NO. KAD PENGENALAN : 021006-13-0870
KUMPULAN/UNIT : PPRBMM 1-2
KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1074 / SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
NAMA PENSYARAH : PUAN SELINA BINTI AHMAD
TARIKH HANTAR : 26 NOVEMBER 2021
PENGAKUAN PELAJAR MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA
PENSYARAH :
KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2. PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU
3. PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ZAMAN PRAMERDEKA
4. PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ZAMAN PASCAMERDEKA
5. CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU
6. RUMUSAN DAN PANDANGAN
7. RUJUKAN
1
PENGENALAN
PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Cetakan Kesembilan (2021), Dewan Bahasa dan
Pustaka, sejarah membawa maksud asal usul dan peristiwa atau kejadian yang benar-benar
berlaku pada masa lampau. Bahasa pula diertikan sebagai sistem lambang bunyi suara yang
digunakan sebagai alat perhubungan antara seorang individu dengan individu yang lainnya.
Sejarah perkembangan bahasa Melayu merupakan bidang yang sangat luas. Secara umumnya,
bahasa Melayu merupakan bahasa yang dituturkan oleh setiap lapisan masyarakat untuk
berinteraksi antara satu sama lain. Oleh itu, terdapat pelbagai isu berkaitan dengan bahasa
Melayu yang harus dikupas untuk mengetahui cabang-cabang sejarah perkembangan bahasa
Melayu dengan lebih lanjut.
2
PERKEMBANGAN TULISAN
BAHASA MELAYU
Perkembangan Tulisan Bahasa Melayu
1 2 3
Tulisan Tulisan Tulisan
Pallava Kawi Jawi
1.Tulisan Pallava
o Tulisan Pallava merupakan sistem tulisan abjad suku kata iaitu
abugida.
o Abugida ini berasal daripada tulisan Brahmi dari Indo-Aryan
Lembah Indus-Kush.
o Tulisan Pallava turut dikenali ramai sebagai “tulisan bulat”.
o Nama bagi aksara ini berasal dari Dinasti Pallava.
o Dinasti Pallava merupakan dinasti yang pernah berkuasa di
selatan India antara abad ke-4 hingga abad ke-9 Masihi.
Contoh Tulisan Pallava
Sistem tulisan
yang terawal
digunakan untuk
menulis dalam
bahasa Melayu
Kuno.
Tulisan
Pallava
Penemuan yupa iaitu Tulisan Pallava
tiang batu persembahan merupakan tulisan
yang paling banyak
atau juga dikenali menerima pengaruh
sebagai prasasti di daripada bahasa
daerah Muara Kaman
merupakan bukti Sanskrit.
wujudnya penggunaan
tulisan Pallava.
o Yupa terletak di antara Sungai Mahakam dan Kedang Kepala iaitu sekitar
125 km bersamaan dengan dua jam menaiki bot laju ke hulu Tenggarong.
Hulu Tenggarong merupakan ibu kota Kabupaten Kutai Kartanegara.
o Yupa adalah prasasti pertama dihasilkan oleh Kerajaan Kutai. Prasasti ini
turut merupakan bukti wujudnya Kerajaan Hindu di Kalimantan.
o Yupa telah wujud sekitar 350 hingga 400 Masihi.
o Prasasti Yupa berbentuk tiang batu yang bertujuan untuk mengikat hewan
kurban yang dipersembahkan kepada para dewa.
o Terdapat 7 prasasti Yupa ditemui oleh pekerja topografi Belanda iaitu
a. 4 prasasti ditemukan pada tahun 1879
b. 3 prasasti ditemukan pada tahun 1940 (huruf Pallava bahasa Sanskrit)
Contoh Prasasti Yupa
A.Batu Bersurat Kedukan Bukit
di Palembang, bertarikh 605
Tahun Saka bersamaan dengan
683 Masihi.
D.Batu Bersurat Karang Bukti Batu B.Batu Bersurat Talang
Brahi di Hulu Jambi, Bersurat Yang Tuwo di Palembang,
Menggunakan
bertarikh 614 Tahun Saka bertarikh 606 Tahun Saka
bersamaan dengan 692 Tulisan bersamaan dengan 684
Pallava
Masihi. Masihi.
C.Batu Bersurat Kota Kapur
di Pulau Bangka, bertarikh
608 Tahun Saka bersamaan
dengan 686 Masihi.
A.Contoh Batu Bersurat Kedukan Bukit B.Contoh Batu Bersurat Talang Tuwo
(Palembang) (Palembang)
C.Contoh Batu Bersurat Kota Kapur D.Contoh Batu
(Pulau Bangka) Bersurat Karang Brahi
(Hulu Jambi)
Maklumat Tambahan
❑ Sistem tulisan Pallava lebih kompleks berbanding sistem tulisan Rumi.
❑ Tulisan Pallava memperkenalkan simbol bunyi iaitu –au, -ai, pa, ya dan lain-lain.
❑ Setiap konsonan memberikan bunyi yang berbeza.
2.Tulisan Kawi
❖ Tulisan Kawi mula berkembang sejak abad ke-8 Masihi.
❖ Tulisan Kawi iaitu aksara Kawi berasal dari Jawa. Aksara ini pertama kali
digunakan di Kerajaan Singhasari di Jawa Timur pada lingkungan abad ke-8
Masihi.
❖ Tulisan Kawi digunakan secara meluas di seluruh wilayah Asia Tenggara
hingga abad ke-16 Masihi iaitu di Borneo, Jawa, Bali dan Sumatera.
❖ Tulisan Kawi berasal dari huruf Vangki atau Wenggi. Huruf Pallava ini datang
dari Coromandel, India.
Sistem Aksara Kawi
penomboran ditulis tanpa
pada Aksara
Jawa Kuno sama adanya
dengan sistem ruangan
penomboran bagi kosong.
Hindu-Arab iaitu
menggunakan 10 Aksara Semua huruf
digit angka. Kawi Kawi ditulis
dari kiri ke
Terdapat 47 kanan dan
aksara Kawi. dari atas ke
bawah.
Vokal a yang Huruf Kawi
melekat pada huruf merangkumi
suku kata dan
konsonan dapat vokal yang
dihilangkan boleh diubah
dengan
dengan
mewujudkan tanda penggunaan
virama pada tanda baca.
konsonan tersebut.
Bukti Tulisan Kawi
Batu Bersurat Batu Bersurat Prasasti Batu Bersurat Batu Nisan Ahmad
Padang Lawas, Laguna. Singhasari Joreng, bertarikh Majnun di
bertarikh 1213 (Bertulisan Kawi) Pengkalan
pada abad ke-14. 1179 Masihi di
Masihi. Tapanuli, Kempas, Sungai
Sumatera. Ujang, Negeri
Sembilan.
Contoh Batu Bersurat Joreng Contoh Prasasti Singhasari
di Tapanuli, Sumatera
Contoh Batu Bersurat Laguna
Maklumat Tambahan
Perbezaan antara Aksara Pallava dengan Aksara Kawi
❑ Aksara Pallava memiliki huruf yang sama manakala askara Jawa
Kuno memiliki huruf yang berbeza.
❑ Aksara Pallava menggunakan tanda virama di akhir ayat, sedangkan
askara Kawi menggunakan tanda virama untuk menghilangkan vokal
pada huruf konsonan.
❑ Hanya askara Jawa Kuno memiliki vokal e-pepet pendek dan
panjang.
3.Tulisan Jawi
1.Tulisan Jawi merupakan 2.Tulisan Jawi berasal dari 3.Tulisan Jawi merupakan
satu seni penulisan yang tulisan Arab. Tulisan Jawi tulisan rasmi bagi Negara
wujud berabad-abad lamanya merupakan huruf-huruf Arab Brunei dan digunakan meluas
di Nusantara. Kemunculan yang dimasukkan ke dalam di negara Malaysia, Filipina
tulisan Jawi berkait rapat sistem penulisan bahasa
dengan kedatangan agama dan Indonesia.
Melayu.
Islam ke Nusantara.
5.Sistem ejaan yang 4.Tulisan Jawi digunakan oleh
digunakan dalam tulisan orang Melayu secara meluas
Melayu dikenali sebagai ejaan sejak orang Melayu memeluk
Jawi iaitu berhuruf Arab.
agama Islam.
Sejarah
Tulisan Jawi
Tulisan Jawi telah lama wujud dalam Tulisan Jawi merupakan salah satu
tamadun melayu. Ia wujud di sekitar tulisan yang terawal dijumpai. Tulisan
Jawi telah berkembang sejak zaman
gugusan Kepulauan Melayu iaitu Kerajaan Islam Pasai dan kemudian
sekitar abad ke-10 Masihi
bersamaan 3 Hijrah. disebarkan ke Kerajaan Melaka,
Kerajaan Johor dan Kerajaan Aceh pada
abad ke-17.
Bukti Perkembangan Tulisan Jawi
✓ Batu Bersurat Terengganu, bertarikh 720H bersamaan dengan 1303 Masihi. Batu bersurat ini
merupakan bukti bahawa tulisan Jawi lebih awal datang ke Malaysia berbanding tulisan Rumi.
✓ Penemuan batu nisan yang pertama ditulis dalam bahasa Arab di Sumatera, bertarikh 55
Hijrah bersamaan dengan 674 Masihi dan di Kedah, bertarikh 290 Hijrah.
✓ Tulisan Jawi dijadikan tulisan rasmi semasa penguasaan British di Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu. Kini, tulisan Jawi digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
✓ Tulisan Jawi berfungsi sebagai perantaraan yang penting dalam semua urusan pentadbiran,
adat istiadat dan juga perdagangan. Misalnya, tulisan ini digunakan dalam perjanjian-
perjanjian penting antara pihak-pihak Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa di Portugis,
Belanda dan Inggeris.
Bukti Wujudnya Pengaruh Sistem Tulisan Jawi
Terhadap Perkembangan Bahasa Melayu
Batu Bersurat di Sistem Tulisan Jawi ➢ Gambar ini merupakan tokoh
Kuala Berang, ulama iaitu Mohamad Idris bin
Terengganu. Abdul Rauf al Marbawi yang
menghasilkan penulisan Jawi.
➢ Tokoh ulama ini telah
menghasilkan Kitab Bahrul
Mazi dan Tafsir Quran al
Marbawi.
Gambar : Gambar :
Tafsir Surah Yasin Kitab Bahrul Mahzi
3
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
ZAMAN PRAMERDEKA
Kedatangan pihak Sebelum Perang Urusan rasmi sering
British Dunia Kedua dijalankan di Negeri-
Negeri Melayu Tidak
menyebabkan berlaku, bahasa
bahasa Inggeris Melayu digunakan Bersekutu dan
diutamakan sebagai untuk urusan rasmi. Negeri-Negeri
bahasa pengantar Melayu Bersekutu
Perkembangan (jabatan polis).
di sekolah. Bahasa Melayu
Zaman
Pramerdeka
Selepas Perang
Dunia Kedua
berlaku, kedudukan
bahasa Melayu
tergugat akibat
kedatangan pihak
British.
▪ Pegawai-pegawai Inggeris yang ditugaskan di negeri-negeri Melayu
haruslah mempelajari bahasa Melayu dan lulus dalam peperiksaan
sebelum disahkan jawatannya.
▪ Terdapat ramai pegawai Inggeris yang dapat menguasai bahasa Melayu
dengan baik, antaranya W.E. Maxwell, C.C Brown, W. Marsden dan lain-
lain.
▪ Pegawai-pegawai Inggeris yang menguasai bahasa Melayu dengan baik
turut banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan bahasa
Melayu pada zaman pramerdeka. Buktinya, mereka aktif melibatkan diri
dalam bidang penulisan berkaitan sistem bahasa Melayu, kesusasteraan
Melayu, politik, geografi dan juga sejarah.
Siapakah Tokoh Bahasa Zaman Pramerdeka?
A. William Marsden C. Abdullah bin
Abdul Kadir
Munsyi
B. Richard James D. Raja Ali Haji
Wilkinson
Sumbangan Tokoh Bahasa Zaman Pramerdeka
Menemukan dan
menyenaraikan kosa
kata bahasa-bahasa
dari Madagascar,
Lautan Hindi hingga
ke Marquess, Laut
Pasifik.
Menghasilkan A. Menghasilkan
karya yang bertajuk Sumbangan sebuah kamus
“A Grammar of the dwibahasa iaitu
Malayan Language William Melayu-Inggeris dan
Marsden Inggeris-Melayu
(1824)”. yang disusun
mengikut kaedah
perkamusan
moden.
Memperkenalkan pola
keselarasan vokal
bagi perkataan dalam
bahasa Melayu.
Karya yang dihasilkan Menerbitkan Ejaan Wilkinson (1895)
ialah A Malay-Inggeris kamus dan merupakan sistem
menyusun
Dictionary (1901). ejaan yang digunakan
Karya ini merupakan ejaan. secara meluas di
semua sekolah.
kamus dwibahasa B.Sumbangan
terawal pada abad Richard
James
ke-20. Wilkinson
Menerbitkan
buku-buku cerita
lama dan sejarah
bagi kegunaan
pelajar sekolah.
C.Sumbangan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi
Menghasilkan karya
yang bertajuk “Hikayat
Abdullah (1849)”.
Menghasilkan karya yang Menghasilkan karya yang
bertajuk “Syair Singapura bertajuk “Kisah Pelayaran
Terbakar (1847)”. Abdullah ke Jedah
(1854)”.
D.Sumbangan Raja Ali Haji
Menghasilkan karya
yang bertajuk “Syair
Suluh Pegawai”.
Menghasilkan karya Menghasilkan karya
yang bertajuk “Syair yang bertajuk
“Gurindam Dua
Sultan Abdul Belas”.
Muluk”.
Sumbangan Pertubuhan dan Institusi
A.Pejabat Karang Mengarang
- Ditubuhkan oleh O.T.Dussek (Pengetua Pejabat Karang Mengarang) dan Za’ba
(Penterjemah).
- Tujuan Pejabat Karang Mengarang :
a.Menerbitkan buku-buku untuk sekolah Melayu.
b.Menerbitkan perkhidmatan perpustakaan bergerak.
- Peranan Pejabat Karang Mengarang :
a.Melatih penterjemah yang baharu.
b.Menterjemah perkara yang diperlukan oleh Jabatan Kerajaan.
c.Menulis, menterjemah dan menyunting buku-buku pelajaran dan novel moden serta
menyelenggarakan percetakannya.
B.Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ASAS 50
• Angkatan Sasterawan 50 turut Usman Awang Keris Mas
dikenali sebagai ASAS 50 yang
ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di
Singapura.
• Tokoh ASAS 50 : Usman Awang,
Keris Mas, Abdul Samad Ismail dan
lain-lain.
• Matlamat ASAS 50 :
i.Mempertingkatkan status
kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.
ii.Melindungi hak-hak ahli dan
pengarangnya.
iii.Melakukan pembaharuan dalam sastera
tanpa menghilangkan yang lama.
C.Pakatan Belajar Mengajar Bahasa Melayu
Dato’ Seri Amar Diraja Abdul o Ditubuhkan pada tahun 1888.
Rahman Andak
o Pengasas : Dato’ Seri Amar Diraja
Abdul Rahman Andak dan
Muhammad Ibrahim Munsyi.
o Suatu perhimpunann “belajar-
mengajar” dan “siasat-menyiasat”
berkaitan pengetahuan dan peraturan
bahasa Melayu.
o Antara perancangan pakatan :
i.Menyusun Buku Katan atau kamus
Melayu.
ii.Mengatur sebutan bahasa Melayu yang
lazim.
iii.Penstandardan dan penyeragaman
ejaan Jawi.
4
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
ZAMAN PASCAMERDEKA
A.Bahasa Melayu moden telah
berkembang dengan pesat semenjak
negara masih belum lagi mencapai
D.Terdapat banyak akta- kemerderkaan. B.Kemunculan tiga
akta telah digubal pada Kongres Bahasa dan
zaman pascamerdeka ini, Perkembangan Persuratan Melayu pada
antaranya akta yang Bahasa Melayu 1952, 1954 dan 1958
menyentuh isu kedudukan adalah bertujuan untuk
bahasa Melayu. Institusi Zaman
yang bertanggungjawab Pascamerdeka memperkasakan
mengembangkan bahasa kedudukan bahasa
kebangsaan turut telah
Melayu.
ditubuhkan. C.Laporan Razak (1956) –
mencadangkan bahasa Melayu
dijadikan mata pelajaran yang
wajib diajar di sekolah rendah dan
menengah bantuan kerajaan.
Siapakah Tokoh Bahasa Zaman Pascamerdeka?
Dato' Dr Hassan Ahmad Prof Emeritus Dr. Asmah Prof Emeritus Dato' Nik
Haji Omar Safiah binti Haji Abdul
Karim
Perkara 152 Akta-akta Yang Akta Bahasa
Perlembagaan Berkaitan Kebangsaan
Persekutuan Dengan
1963/67
Akta Dewan Perlaksanaan
Bahasa dan Bahasa Melayu Akta
Pendidikan
Pustaka Akta Hasutan
(DBP), 1959 1948 (Pindaan 1996
(Pindaan 1970)
1995)
Penubuhan dan Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
➢ Pada awalnya, DBP dikenali sebagai Balai Pustaka. DBP ini
ditubuhkan pada 22 Jun 1956.
➢ DBP merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian
Pelajaran yang bertannggungjawab memnguruskan hal-hal
berkaitan dengan kebahasaan.
➢ DBP dinaikkan status sebagai badan berkanun, sebaik Ordinan
Dewan Bahasa diluluskan pada 1959.
➢ Matlamat penubuhan DBP :
a.Menyusun dan menerbitkan sebuah kamus bahasa
kebangsaan.
b.Menyeragamkan ejaan dan sebutan bahasa.
c.Memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan.
Perancangan Bahasa Melayu
A Perancangan Taraf
A.Bahasa rasmi.
B.Bahasa pengantar.
C.Bahasa kebangsaan.
B Perancangan Korpus
A.Pengekodan (Kodifikasi) – Menghasilkan satu variasi
yang standard, sempurna, dan seragam.
B.Pemupukan – Usaha memodenkan bahasa Melayu.
5
CABARAN DAN MASA DEPAN
BAHASA MELAYU
Cabaran Bahasa
Melayu
Pendidikan Ekonomi Pentadbiran
Kerajaan
1.Pengajaran dan pembelajaran 1.Dalam urusan perniagaan.
bahasa Melayu. 1.Perkhidmatan Kaunter.
-Syarikat swasta -Pekerja boleh menggunakan
-Terdapat kekangan dalam proses menggunakan bahasa bahasa lain yang difahami oleh
pengajaran dan pembelajaran Inggeris sebagai bahasa pelanggan atau klien.
bahasa Melayu. Misalnya, guru utama dan bahasa Melayu
hanya bergantung kepada sebagai bahasa kedua. 2.Pengiklanan kekosongan
penggunaan buku teks semata- jawatan dalam perkhidmatan
mata. 2.Bahasa Inggeris awam.
2.Penjenamaan bahasa Melayu. -Penggunaan bahasa -Hendaklah menggunakan
Inggeris yang sangat meluas bahasa kebangsaan. Elakkan
-Berlaku krisis identiti antara dalam sektor swasta, bidang menggunakan bahasa Inggeris
bahasa Melayu dengan bahasa perindustrian dan dengan kerap.
Malaysia. Proses penjenamaan perniagaan.
semula ini telah mengikis
kewibawaan dan mencabar
kredibiliti bahasa itu sendiri.
Masa Depan Bahasa Melayu
❖ Pendidikan
- Guru harus mendalami ilmu bahasa dan ilmu pendidikan selari dengan pesatnya
perkembangan semasa.
- Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar setiap masa.
❖ Ekonomi
- Syarikat korporat terlibat aktif dalam aktiviti kebahasaan.
❖ Pentadbiran Kerajaan
- Dalam negara : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berikhtiar meningkatkan penyelidikan
dan penggunaan bahasa Melayu di luar negara.
- Kesan terhadap antarabangsa : Lebih 30 buah negara di serata dunia mempelajari
pengajian Melayu di peringkat pengajian ilmiah.
6
RUMUSAN DAN PANDANGAN
Rumusan dan Pandangan
Kesimpulannya, terdapat pelbagai isu yang menarik untuk dikupas dalam sejarah
perkembangan bahasa Melayu. Perkembangan bahasa Melayu dari segi tulisan
adalah amat unik kerana terdiri daripada tulisan Pallava, tulisan Kawi dan tulisan Jawi.
Bahasa Melayu melalui dua zaman iaitu zaman pramerdeka dan zaman
pascamerdeka. Terdapat banyak tokoh yang boleh dicontohi dalam
memperkembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan
bahasa pengantar. Usaha tokoh-tokoh ini telah banyak memberi kesan terhadap
penggunaan bahasa Melayu yang kian meluas pada masa kini. Sejarah
perkembangan bahasa Melayu harus dipelajari dengan lebih mendalam dan bahasa
Melayu patut dikekalkan supaya tidak terhakis oleh kewujudan bahasa yang lainnya.
(2138 patah perkataan)
7
RUJUKAN
Rujukan
Fokus Peperiksaan STPM Bahasa Melayu Semester 1, Edisi Pertama. (2018). Pustaka Salam
Sdn. Bhd.
Jaafar Bin Jambi. (2008). CABARAN DAN PROSES PEMANTAPAN BAHASA MELAYU.
Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 19, 2008.
Kamus Dewan Edisi Keempat Cetakan Kesembilan. (2021). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood, (2015).
Tatabahasa Dewan Ed. Ke-3. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sharifah Nor Syed Abd. Rahman. (2007). Bahasa Melayu Kertas 1 & 2. TEKS & RUJUKAN
LENGKAP. Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
SEKIAN, TERIMA KASIH.