INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 3)
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
(EDUP3043)
NAMA PELAJAR SITI NUR ZULAIKHA BINTI NORAZMI
ANGKA GILIRAN
NOMBOR KAD PENGENALAN 2020192340059
KUMPULAN
KOD/ NAMA KHUSUS 990903-14-5530
NAMA PENSYARAH PISMP SEMESTER 3 (F3)
TARIKH HANTAR PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS TINGKAH LAKU
DARIPADA PENSYARAH (EDUP3043)
ENCIK MOHD ROSE DZIDAN BIN MOHD
DARDAN
21 OGOS 2021
1
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana atas
limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan kerja kursus subjek Pengurusan Bilik
Darjah dan Tingkah Laku (EDUP3043) ini dengan jayanya walaupun perlu menempuhi pelbagai
cabaran dan rintangan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Encik Mohd Rose Dzidan bin Mohd Dardan selaku pensyarah yang sangat saya hormati kerana
telah bertungkus lumus mencurahkan ilmu, tunjuk ajar, sokongan yang utuh dan bimbingan
yang tidak berbelah bahagi sepanjang proses kerja kursus ini dilengkapkan. Setiap bantuan
yang dibekalkan telah banyak membantu saya dalam penghasilan kerja kursus ini. Oleh hal
yang demikian, segala budi yang ditaburkan oleh beliau amatlah saya hargai.
Sekalung penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua-dua ibu
bapa saya yang telah banyak berkorban dalam memberikan bantuan, sokongan yang utuh dan
tidak putusputus menitipkan doa untuk kejayaan saya. Sesungguhnya segala pengorbanan
yang telah dilakukan amat saya sanjungi dan akan saya ingati sepanjang hayat ini. Akhir kata,
ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam memberikan sumbangan cadangan dan bantuan dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Semoga kerja kursus ini dapat mendatangkan banyak manfaat kepada diri saya sendiri dan
orang lain.
2
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN………………………………………………………………………4
2.0 ISU – ISU BERKAITAN TINGKAH LAKU BERMASALAH
DALAM BILIK DARJAH…………………………………………………………...5
3.0 MODEL DISIPLIN……………………………………………………………………6
4.0 INTERVENSI………………………………………………………………………..7 - 8
5.0 RUMUSAN…………………………………………………………………………….9
RUJUKAN……………………………………………………………………………10
LAMPIRAN…………………………………………………………………………11 - 15
3
1.0 PENGENALAN
Menurut keratan akhbar Berita Harian Online pada 11 Julai 2021, pandemik yang melanda
negara telah berupaya melumpuhkan pelbagai sektor di Malaysia terutamanya dalam sektor
ekonomi yang kian meruncing. Namun begitu, bidang pendidikan juga tidak terlepas daripada
implikasi negatif kehadiran Covid-19 yang semakin mengganas. Hal ini dikatakan demikian
kerana, cara pengajaran dan pembelajaran yang lazimnya dilakukan secara bersemuka tidak
dapat diimplementasikan pada waktu genting sebegini. Perkara ini telah mendesak warga
pendidik supaya menjadi lebih kreatif dan berfikiran di luar kotak untuk mencari alternatif yang
ampuh dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak didik mereka. Dalam mendepani
cabaran pendidikan tersebut, perubahan cara pengajaran ini juga membawa kepada pelbagai
tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah. Lewis M. Beaker (2001) berpendapat bahawa
tingkah laku merupakan perbuatan yang dilakukan secara terus atau tidak dan dalam
keadaan sedar atau separa sedar. Isu disiplin murid ini tidak jauh berbeza dengan situasi
ketika kelas bersemuka dilaksanakan yang turut menimbulkan pelbagai masalah tingkah laku
murid dalam bilik darjah. Oleh hal yang demikian, seorang pakar telah dihubungi bagi
mendapatkan buah fikiran atau pendapat beliau mengenai isu-isu tingkah laku bermasalah
semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dan pengajaran dan pembelajaran
di rumah (PdPR) berdasarkan pengalamannya dalam mendidik anak bangsa. Kedua-dua
situasi tersebut digabungkan bagi membuat perbandingan isu dan mendapatkan pemilihan
model pengurusan disiplin yang sesuai serta intervensi yang tepat.
4
2.0 ISU-ISU BERKAITAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH
Berdasarkan pendapat Puan Maznah binti Hashim iaitu seorang guru dari sebuah sekolah
rendah yang terletak di Kelantan, antara tingkah laku disiplin dalam kalangan murid yang
pernah beliau hadapi adalah melibatkan sikap murid yang biadab dan kurang menghormati
guru. Misalnya, terdapat murid yang membuat bising dan mengganggu ketenteraman murid
lain di dalam kelas. Murid yang agak bermasalah disiplin tersebut akan cenderung untuk
melawan atau menunjukkan protes sekiranya ditegur oleh guru disebabkan oleh kesalahan
yang telah dilakukan. Ketidakpuasan hati tersebut dipamerkan melalui bahasa tubuh atau
mimik muka yang tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang murid terhadap gurunya. Jelas
guru tersebut lagi, isu disiplin seperti yang disebutkan terdahulu tercetus akibat sesuatu
punca yang tidak diketahui oleh sesiapa melainkan diri murid itu sendiri.
Menyentuh isu tingkah laku disiplin yang berlaku semasa kelas PdPR pula, Puan
Maznah turut mengalami masalah yang sama seperti guru lain. Sebagai contoh, timbul isu
ketidakhadiran murid, lewat menyertai Google Meet dan murid kekurangan motivasi diri.
Malahan sesetengah murid tidak memberikan kerjasama dalam menyiapkan tugasan yang
telah dibekalkan sebagai latihan kendiri murid-murid. Mereka turut gagal menghantar tugasan
tersebut mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Tambah beliau, terdapat juga segelintir murid
yang langsung tidak dapat dihubungi. Namun, perkara ini perlulah dinilai sewajarnya oleh
guru kerana masalah tersebut bukanlah semata-mata melibatkan disiplin murid sepenuhnya
tetapi mungkin disebabkan kekurangan alat peranti dan kemudahan teknologi di rumah
masing-masing.
Secara ringkasnya, isu-isu ini meskipun berlaku dalam situasi yang berbeza namun
masih boleh dikaitkan dengan satu model pengurusan disiplin yang sama beserta intervensi
yang sesuai bagi kesemua isu yang telah dinyatakan.
5
3.0 PEMILIHAN MODEL PENGURUSAN DISIPLIN
Model pengurusan disiplin yang sesuai dihubung kaitkan dengan isu-isu tingkah laku
bermasalah yang berlaku dalam bilik darjah tersebut ialah Model Disiplin Asertif Canter.
Memetik pendapat daripada Chong Lean Keow (2009), model disiplin ini dipelopori oleh Lee
dan Marlene Canter pada tahun 1976. Fungsi utamanya adalah bertindak sebagai satu
instrumen untuk melatih murid-murid menerima konsekuensi bagi setiap tindakan yang
mereka lakukan. Model disiplin ini merangkumi beberapa model asas iaitu tingkah laku yang
wajar hendaklah diberikan pengukuhan, guru perlu bersifat asertif (tegas) dan tanggungjawab
dianggap sebagai nadi disiplin asertif serta para guru wajar mewujudkan sistem ganjaran dan
dendaan yang boleh dijadikan sebagai panduan murid-murid untuk lebih cakna terhadap
tingkah laku yang baik atau sebaliknya. Ciri-ciri tersebut bertepatan dengan pendapat yang
dikemukakan oleh Puan Maznah yang memiliki pengalaman mengajar selama 20 tahun ini.
Misalnya, beliau telah menyatakan bahawa isu-isu tingkah laku disiplin yang disebut sebelum
ini dapat diatasi melalui pengaplikasian peneguhan positif dan negatif terhadap tindakan yang
dilakukan oleh murid.
Peneguhan positif dan negatif ini perlu diikuti dengan perancangan guru dalam
merangka sistem ganjaran dan dendaan yang diiringi dengan sikap asertif agar guru
berupaya mengawal bilik darjah dengan lebih proaktif. Hal ini dikatakan demikian kerana,
menurut Puan Maznah lagi, guru dan murid masing-masing mempunyai hak mereka yang
tersendiri supaya dapat menjalani proses PdP yang lancar. Perkara ini dapat disokong oleh
penyataan yang diutarakan oleh Haliza Hamzah dan Samuel J.N (2009) bahawasanya guru
berhak mengajar tanpa sebarang gangguan manakala murid-murid pula mempunyai hak
untuk belajar dalam suasana yang tenang. Oleh hal yang demikian, pakar rujuk telah
mencadangkan tentang pembinaan pelan Model Disiplin Arsetif yang bertujuan mengawal
keadaan bilik darjah di samping menjadi langkah efektif dalam menangani isu tingkah laku
disiplin dalam bilik darjah. Model ini sesuai untuk diaplikasikan dalam mengatasi masalah
sikap biadab seseorang murid, isu ketidakhadiran, keengganan murid untuk bekerjasama
dengan guru dan sebagainya. Hal ini dikatakan demikian kerana, konsep peneguhan positif
dan negatif ini mampu membuka minda mereka supaya dapat berfikir tentang baik buruk
sesuatu perkara yang dilakukan selain menjadi lebih cakna terhadap tingkah laku yang boleh
mendatangkan kesan buruk kepada diri mereka dan orang sekeliling.
6
4.0 INTERVENSI
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, intervensi ditakrifkan sebagai campur tangan dalam
urusan antara dua pihak sama ada melibatkan individu, negara atau golongan tertentu.
Namun jika dikupas dari sudut pendidikan, intervensi merujuk pemberian perkhidmatan untuk
kanak-kanak bagi mengurangkan kesan daripada masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak
berkenaan. Berhubung isu tingkah laku disiplin bilik darjah yang telah dibincangkan, terdapat
satu intervensi yang difikirkan berkesan bagi mengatasi isu-isu tersebut. Mengikut pandangan
pakar rujuk yang telah dipilih iaitu Puan Maznah, intervensi yang wajar digunakan ialah Teknik
Modifikasi Tingkah Laku. Teknik ini menggunakan prinsip peneguhan positif dan negatif yang
dapat mengekalkan, membentuk malahan melemahkan sesuatu tingkah laku berdasarkan
akibat yang ditetapkan oleh guru. Pendek kata, tingkah laku murid ditentukan oleh akibat yang
bakal diterima selepas tingkah laku ditunjukkan.
Intervensi menggunakan teknik modifikasi tingkah laku ini perlu dimulakan dengan
peneguhan positif. Peneguhan jenis ini adalah peneguhan yang dibuat untuk meningkatkan
atau mengekalkan tingkah laku sedia ada dalam diri seseorang murid. Menurut Puan Maznah,
peneguhan positif bertindak sebagai salah satu bentuk motivasi yang diberikan oleh guru
kepada murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru boleh
mengaplikasi Sistem Token dalam mengatasi masalah disiplin murid. Hackenberg (2009)
mengatakan bahawa program token ini dikenali sebagai sistem ekonomi kerana program
tersebut adalah berasaskan sistem kewangan yang terdiri daripada nilai-nilai tertentu jika
ditukarkan kepada benda atau aktiviti yang diselitkan dalam aspek pengukuhan kepada
murid. Seiring dengan kemajuan teknologi, sistem token ini boleh dilaksanakan dengan
menggabungjalin teknologi terkini supaya lebih menarik dan interaktif. Sebagai contoh, Puan
Maznah bersetuju dengan idea yang dikemukakan oleh penulis untuk menggunakan aplikasi
“ClassDojo” sebagai satu medium baharu yang menerapkan sistem token kepada murid. Cara
pelaksanaannya adalah guru akan memberikan satu token bagi setiap tingkah laku baik yang
dilakukan oleh murid misalnya menyiapkan tugasan yang diberikan, hadir pada waktu yang
ditetapkan dan bersikap sopan santun kepada guru dan murid lain. Kemudian, token-token
tersebut akan dikumpulkan sehingga hujung bulan sebelum boleh ditebus menjadi alat atau
benda tertentu yang boleh dijadikan hadiah kepada murid. Penetapan sasaran jumlah token
perlu dilakukan oleh guru supaya dijadikan panduan kepada murid misalnya murid perlu
mencapai minimum 50 token dalam sebulan untuk menebus hadiah. Ringkasnya, token
7
tersebut hanyalah sebagai simbol yang boleh ditukarkan kepada bentuk yang lebih bernilai
dan disukai murid misalnya wang ringgit, buku warna, alat tulis, permainan kecil dan
sebagainya. Sistem ini secara tidak langsung berupaya memotivasikan murid supaya
bertingkah laku seperti yang sewajarnya dengan mengurangkan atau menghentikan tingkah
laku negatif secara terus. Tambahan pula, penggunaan aplikasi ClassDojo bukan hanya
boleh digunakan untuk sistem token malah membolehkan guru dan ibu bapa dapat berhubung
secara aktif. Sebagai contoh, guru boleh memberikan sebarang laporan atau maklum balas
secara mingguan kepada ibu bapa tentang pencapaian dan tingkah laku murid-murid
sepanjang proses PdP memandangkan aplikasi tersebut lengkap dengan kemudahan yang
membenarkan penglibatan ibu bapa.
Bagi murid-murid yang melakukan perlakuan buruk pula, peneguhan negatif akan
dikenakan ke atas mereka yang terlibat. Peneguhan negatif merujuk rangsangan serta merta
yang mendatangkan ketidakselesaan atau menyakitkan yang dikenakan kepada murid
selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan oleh mereka. Melalui perbincangan bersama guru
dari Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1 itu, beliau berpendapat bahawa peneguhan
negatif berasaskan dendaan turut diperlukan untuk menghentikan atau mengurangkan
pengulangan tingkah laku yang tidak sepatutnya. Namun, aspek dendaan tersebut tidaklah
melibatkan kekerasan fizikal tetapi lebih kepada dendaan positif yang tidak menyakitkan
misalnya membersihkan surau, membersihkan kelas, membantu guru-guru dan sebagainya.
Hal ini dikatakan demikian kerana, Puan Maznah menganggap bahawa kekerasan fizikal
yang menyakitkan akan meninggalkan kesan yang sementara dan murid cenderung untuk
mengulang kembali tingkah laku disiplin yang tidak diingini. Misalnya, dendaan secara fizikal
seperti memukul murid di hadapan kelas akan menjatuhkan air muka mereka. Hal ini mungkin
akan menyebabkan murid berasa marah dan benci terhadap subjek yang diajar oleh guru
yang memberi dendaan tersebut. Hasilnya, pencapaian murid dalam subjek itu berpotensi
untuk merosot kerana kebencian yang disimpan dan berkemungkinan akan semakin ligat
melakukan tingkah laku yang tidak baik bagi menunjukkan ketidakpuasan hati. Bagi
pengajaran PdPR pula, guru boleh membuat dendaan melalui aplikasi ClassDojo dengan
memberi amaran kepada murid-murid supaya sentiasa menjaga tingkah laku agar token
mereka dalam aplikasi tersebut tidak dikurangkan. Maka, murid akan sedar bahawa
kekurangan token akan menyebabkan mereka tidak dapat menebus hadiah, malah perkara
yang lebih buruk akan berlaku sekiranya ibu bapa dimaklumkan oleh guru tentang perlakuan
negatif mereka.
8
5.0 RUMUSAN
Berdasarkan hasil perbincangan dan temu bual bersama dengan seorang pakar rujuk dalam
bidang pendidikan iaitu Puan Maznah binti Hisham, dapat disimpulkan bahawa isu tingkah
laku disiplin dalam bilik darjah merupakan perkara yang sinonim dalam kalangan murid.
Masalah-masalah ini tidak hanya timbul sewaktu kelas bersemuka sahaja, malah turut wujud
sewaktu PdPR dijalankan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru dalam membuat pemilihan
model pengurusan disiplin yang bersesuaian untuk menangani isu yang timbul. Pemikiran
secara kritis dan analitikal diperlukan supaya guru dapat membuat gambaran tentang
implikasi penggunaan setiap model terhadap murid-murid. Sehubungan dengan itu, guru juga
mesti bijak dan cekap dalam membuat keputusan untuk mengaplikasikan intervensi-
intervensi yang dirasakan berkesan bagi mendepani cabaran tingkah laku disiplin murid.
Intervensi yang akan diterapkan atau diperkenalkan kepada murid-murid hendaklah
dirancang dengan sistematik dan mengikut kesesuaian masalah. Jelasnya, keupayaan guru
dalam memilih model pengurusan disiplin yang tepat kemudiannya disebatikan dengan
intervensi-intervensi yang ampuh mampu membantu para guru mengatasi setiap masalah
bilik darjah yang melanda dengan lebih berkesan. Hasilnya, proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilakukan dengan suasana kondusif dan mendatangkan manfaat yang
optimum kepada murid-murid.
9
RUJUKAN
Adnan, A. S. (2021). Situasi meruncing, sektor ekonomi rakyat perlu dibuka segera. Berita Harian
Online.
Chin Mei Keong, Lim Guat Goh, Tay Pio. (2019). Hubungan Kursus Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku dengan Keberkesanan Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah. Jurnal
Penyelidikan Tempawan, 19-20.
Eng, J. A. (2013). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-Strategi Mewujudkan Komuniti Pembelajaran
Berkesan. PTS Akademia.
Khalim Zainal, Rohani Ahmad Tarmizi, Zakaria Kasa, Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. (2007).
Program Sistem Penalti: Kaedah Alternatif bagi. Jurnal Pendidikan, 61-76.
Kurikulum, B. (2020). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Nur Hazirah Hairia’an, Masayu Dzainudin. (2020). Pengajaran dan Pemudahcaraan Dalam Talian
Semasa Perintah KawalanPergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kebangsaan (Special Issue), 18-28.
Rahida Aini Mohd Ismail, Mohd Ismail Othman. (2020). Cabaran Pengurusan Disiplin Sekolah
Masa Kini. UUM Press (Universiti Utara Malaysia Press).
Suppiah Nachiappan, Barathy Sinnasamy, Sandra Suffian. (2017). Masalah dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Moral. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers
&Teacher Education, , 58-68.
Syed Ismail Syed Mustapa, Chin Mei Keong, Ahmad Subki Miskon, Noor Fitriyati Abdul Samad.
(2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Sasbadi.Sdn.Bhd.
Zainal, K. (2009). Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif Teori Tingkah Laku,
Humanistik,Psikoanalitik & Tret Personaliti. Jurnal Pengajian Umum Bil. 9, 43-56.
10
LAMPIRAN A
12
11
LAMPIRAN B
34
12
LAMPIRAN C
56
13
LAMPIRAN D
78
14
LAMPIRAN E (CONTOH APLIKASI CLASSDOJO)
15