The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Skrap Proses Penubuhan Perniagaan Milikan Tunggal

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mikæl, 2024-03-18 12:14:45

Buku Skrap Proses Penubuhan Perniagaan Milikan Tunggal

Buku Skrap Proses Penubuhan Perniagaan Milikan Tunggal

ASAS KEUSAHAWANAN BBS0023 PROSES PENUBUHAN MILIKAN TUNGGAL 1122022090002 MIKAEL AARON LINGGI JHONNY


ISI KANDUNGAN PENGENALAN PEMILIHAN NAMA PERNIAGAAN PENDAFTARAN PERNIGAAN SIJIL PERAKUAN PERNIAGAAN PERUBAHAN PERNIAGAAN PENAMATAN PERNIAGAAN CARA MILIKAN TUNGGAL KESIMPULAN


PENGENALAN PEMILIKAN TUNGGAL Perniagaan pemilikan tunggal (“sole proprietorship”) atau juga dikenali sebagai enterprise adalah bentuk perniagaan yang paling asas dan mudah ditubuh serta diurus. Perniagaan pemilikan tunggal adalah sesuai bagi perniagaan kecil yang dimiliki dan diurus oleh seorang pemilik. AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956 Pemilikan tunggal adalah tertakluk kepada Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang ditadbirkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 mentakrifkan “perniagaan” sebagai setiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapat keuntungan selain daripada apa-apa kerja yang dinyatakan di dalam Jadual (Seksyen 2) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Pemilikan tunggal perlu didaftarkan di dalam tempoh tidak lebih dari tiga puluh hari selepas perniagaan beroperasi.


PEMILIHAN NAMA PERNIAGAAN Langkah pertama bagi penubuhan pemilikan tunggal adalah memilih nama perniagaan. Nama mempunyai peranan penting kerana ia mampu menonjolkan identiti perniagaan. Jika nama individu digunakan, nama yang mengikut kad pengenalan perlu ditambah dengan perkataan “perniagaan” , “enterpris” atau sebagainya untuk membezakan nama individu dan nama perniagaan. Perniagaan boleh didaftar dengan mengguna nama individu atau nama dagangan. Bagi nama dagangan, carian nama perlu dibuat terlebih dahulu untuk memastikan supaya nama yang dipilih belum lagi digunakan oleh perniagaan lain. Nama dagangan pula boleh direka dan tertakluk kepada kelulusan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Permohonan nama akan ditolak jika nama itu telah didaftar oleh perniagaan lain atau dianggap sebagai tidak sesuai. Sebagai contoh, nama dagangan tidak boleh menyentuh atau melambangkan unsur-unsur keagamaan atau kepercayaan. Selain itu, nama yang menggunakan perkataan seperti “Yang DiPertuan Agong” , “Raja Permaisuri” , “Kerajaan” , “Jabatan” , “Pihak Berkuasa” , “Persatuan” dan “Koperasi” tidak boleh didaftar. Nama perniagaan yang telah diluluskan hanya sah selama tiga puluh hari dari tarikh kelulusan. Selepas tempoh itu, permohonan nama yang baru perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 1 2 3 4 5


Setelah mendapat kelulusan nama perniagaan, pendaftaran perniagaan boleh dibuat secara online di portal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Dokumen yang diperlukan adalah Borang Pendaftaran Perniagaan (Borang A) yang lengkap. Salinan kad pengenalan pemohon. Yuran sebanyak RM 30.00 bagi perniagaan yang menggunakan nama sendiri atau yuran sebanyak RM 60.00 bagi perniagaan yang menggunakan nama dagangan. PENDAFTARAN PERNIAGAAN


Setelah pendaftaran diluluskan, Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D) akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sijil Perakuan Pendaftaran harus dipamerkan di premis perniagaan manakala nombor Sijil Perakuan Pendaftaran pula perlu dicatat di atas kepala-surat, bil, resit, invois dan lain-lain dokumen perniagaan. SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN Sekiranya kita membayar yuran untuk satu tahun, Sijil Perakuan Pendaftaran adalah sah untuk tempoh satu tahun sahaja dan perlu diperbaharui sebelum tamat tempoh sahlakunya dengan mengemukakan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (Borang A1) serta membayar yuran yang ditetapkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kegagalan memperbaharui pendaftaran perniagaan boleh dikenakan denda sebanyak RM50,000 atau 2 tahun penjara atau keduaduanya sekali.


Perubahan kepada perniagaan perlu didaftarkan dengan mengemukakan borang yang tertentu serta yuran yang ditetapkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh berlaku perubahan. Dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, kegagalan untuk mendaftar perubahan perniagaan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali. Borang yang perlu diisi adalah > Borang B1 (bagi perubahan alamat utama perniagaan) Borang B2 (bagi perubahan jenis perniagaan) Borang B3 (bagi perubahan maklumat cawangan) atau Borang B4 (bagi perubahan maklumat pemilik atau rakan kongsi) PERUBAHAN PERNIAGAAN


Untuk menamatkan perniagaan, BORANG C iaitu Notis Pendaftaran Penamatan Perniagaan perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penamatan. Penamatan operasi perniagaan tidak semestinya menandakan kegagalan perniagaan malah ia mungkin disebabkan oleh kejayaan perniagaan yang memerlukan pertukaran status kepada bentuk syarikat sdn bhd. PENAMATAN PERNIAGAAN CIRI PEMILIKAN TUNGGAL Bagi pemilikan tunggal, pemilik dan perniagaan dianggap sebagai entiti yang sama. Ini bermakna bahawa segala kegiatan yang dijalankan oleh perniagaan dianggap sebagai kegiatan pemilik. Segala aset dan liabiliti perniagaan adalah juga aset dan liabiliti pemilik. Dengan itu, hutang perniagaan boleh dituntut dari pemilik melalui tindakan mahkamah di mana pemilik mungkin kehilangan segala aset peribadi untuk menyelesaikan hutang perniagaan.


Perniagaan milikan tunggal mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Walau bagaimanapun, ia masih merupakan pilihan yang baik untuk mereka yang ingin merasai pengalaman dalam bidang perniagaan dan mempunyai kawalan penuh ke atas perniagaan mereka. Dengan perancangan yang tepat dan pengurusan yang cekap, perniagaan milikan tunggal boleh berkembang dan berjaya. Namun, pemilik perlu sedar dan bersedia untuk menghadapi risiko yang datang bersama dengan perniagaan milikan tunggal. KESIMPULAN


Click to View FlipBook Version