The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norafidah, 2021-07-09 14:12:46

TEST ORIENTASI KOHORT 2022 (1)

TEST ORIENTASI KOHORT 2022 (1)

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA

Tingkatan Enam
Semester 1

Tahun 2021/22

Selamat Datang

Ke

SMK Mutiara Rini

Tarikh : 25 – 26 Julai 2021

Seindah Kata

Rohanariah Binti Abdul Kahar
Pengetua,
SMK Mutiara Rini.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sehati Sejiwa.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
dan rasa kesyukuran kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan
dalam Buku Program e-book Orientasi Tingkatan Enam SMK Mutiara Rini
Semester 1 2021/2022. Terima kasih diucapkan kepada barisan pengurusan
Tingkatan Enam SMK Mutiara Rini yang merupakan tulang belakang
menguruskan penempatan pelajar tingkatan enam di sekolah kita.
Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada para pelajar
yang berjaya memilih laluan ke tingkatan enam. Anda telah merubah
pemikiran segelintir dalam kalangan kamu yang beranggapan tingkatan
enam adalah jalan terakhir. Tingkatan enam bukan untuk mereka yang tidak
berpeluang melanjutkan pelajaran ke matrikulas atau IPTA, tetapi tingkatan
enam adalah jalan pintas untuk kamu melanjutkan pelajaran diperingkat
Ijazah Sarjana Muda. Oleh itu diharap dengan keberadaan kamu disini,
buktikan kepada masyarakat diluar, tingkatan enam adalah platform terbaik.
Alhamdulillah di SMK Mutiara Rini, para guru melahirkan
hampir setiap tahun pasti ada dikalangan calon STPM yang mendapat CGPA
4.00, dan telah dibuktikan pada keputusan STPM tahun 2020, 2 orang
pelajar mendapat CGPA 4.00 dan seramai 22 orang mendapat CGPA 3.00 ke
atas.
Sememangnya tahun 2020 dan 2021 adalah tahun yang amat
mencabar dan berliku. Ketika dahulu kita belajar secara bersemuka, namun
dengan ujian pandemik kita berhadapan dengan pembelajaran dari rumah.
Usaha guru-guru sentiasa memastikan tiada pelajar tercicir daripada
menimba ilmu dan hasilnya telah terbukti.
Sebagai pelajar tingkatan enam, saya harapkan kamu sentiasa
menjadi contoh kepada adik-adik di arus perdana, memberi teladan yang
baik dalam bidang akademik, kokurikulum dan juga sahsiah. Bersama-
samalah kita menjadikan SMK Mutiara Rini terus cemerlang dan gemilang.

1

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan
dan berakhlak mulia. Bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta membuat sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH SEKOLAH

Bahawasanya sekolah ini ialah Institusi Pendidikan yang bertanggungjawab
melahirkan manusia yang bukan sahaja berilmu tetapi juga mempunyai
sahsiah yang terpuji, bertanggungjawab dan bersemangat patriotik.
Sesungguhnya para pendidik di sekolah ini bertanggungjawab memberi
didikan dan bimbingan dengan penuh dedikasi untuk kemajuan setiap murid.

MATLAMAT SEKOLAH

SMK Mutiara Rini, Johor Bahru akan meningkatkan :
• Pencapaian kurikulum (peratus lulus dan GPS SPM/STPM mematuhi ETR)
• Tahap disiplin/sahsiah murid ke arah personaliti unggul
• Pencapaian kokurikulum melalui penglibatan pelajar dalam semua aktiviti

yang dirancang.
• Budaya kerja cemerlang yang mematuhi SKPM ke arah pelaksanaan

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT.)

OBJEKTIF SEKOLAH

SMK Mutiara Rini, Johor Bahru berazam untuk:
• Melahirkan pelajar yang menguasai 100% dalam STPM dan SPM serta

memaksimumkan kemenjadian pelajar.

2

LOGO SEKOLAH

PERKATAAN JOHOR BAHRU
Bahagian bawah bunga yang mekar menunjukkan sekolah ini di dalam
daerah Johor Bahru.
ANGKA 01.01.01
Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada Januari 2001
PERTAMA :WARNA MERAH MUDA
Terdiri daripada pihak pentadbir,guru dan kakitangan
KEDUA :WARNA PUTIH
Terdiri daripada para murid berbilang kaum dan budaya.
KETIGA :WARNA HIJAU
Terdiri daripada ibu bapa dan masyarakat yang bersama-sama memberi
sokongan kepada pihak pentadbir,guru-guru dan kakitangan.
TIGA GARISAN BERBENTUK BUKU
Melambangkan budaya ilmu,juga melambangkan tiga komponen utama
yang mendokong dan menentukan kecemerlangan sekolah.
TIGA LAMBANG BERBENTUK INTAN (DIAMOND) BERWARNA HITAM
YANG TERLETAK DI ANTARA KETIGA-TIGA GARISAN BERBENTUK BUKU
Melambangkan permata ilmu yang perlu dijaga dan digilap demi menuju
kejayaan yang dicita-citakan.

3

LAGU SEKOLAH

CEMERLANG GEMILANG
Cemerlang Gemilang cogan kata kami

Sekolah Menengah Mutiara Rini
Sekolah yang kami sayangi
Melahirkan insan disegani
Cintakan Negara
Sematkanlah di dada
Rukun Negara kita
Jati diri kami semua
Sains teknologi
Pendidikan bestari
Gah di persada ilmu
Dirgahayu sekolahku

Cemerlang Gemilang cogan kata kami
Sekolah Menengah Mutiara Rini
Sekolah yang kami sayangi
Melahirkan insan disegani
Sekolah Menengah Mutiara Rini

4

TENTATIF PROGRAM

HARI MASA AKTIVITI
8.00 -10.00 PAGI PENDAFTARAN
10.00 -10.30 PAGI
REHAT
ISNIN 10.30-11.30 PAGI
25 JULAI 2021 11.30-12.30 TGH TAKLIMAT MATA PELAJARAN
PENGAJIAN AM
12.30-2.00 PTG
TAKLIMAT MATA PELAJARAN
2.00-2.30 PTG BAHASA MELAYU
REHAT
8.00-9.00 PAGI
TAKLIMAT MATA PELAJARAN
9.00-10.00 PAGI SEJARAH

SELASA 10.00-10.30 PAGI TAKLIMAT MATA PELAJARAN
26 JULAI 2021 10.30-11.30 PAGI EKONOMI

11.30-12.30 TGH TAKLIMAT MATA PELAJARAN
12.30-2.00 PTG PENGAJIAN PERNIAGAAN
2.00-2.30 PTG
REHAT

TAKLIMAT MATA PELAJARAN
GEOGRAFI

TAKLIMAT MATA PELAJARAN
SENI VISUAL
REHAT

TAKLIMAT PAKEJ MATA PELAJARAN
(CIKGU MASLINA BINTI ADENAN)

5

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI

PN ROHANARIAH BINTI ABD KAHAR
(PENGETUA)

TIMBALAN PENGERUSI

CIKGU NORASIKIN BT MOHD RAZI
(PK TINGKATAN ENAM)

PENYELARAS

CIKGU RAMLAH BT ZAKARIA

SETIAUSAHA I

CIKGU MUSLINAH BINTI MUSA

SETIAUSAHA II

CIKGU NURULNADIA BINTI RUSLI

BENDAHARI

CIKGU MASLINA BINTI ADENAN

AJK

SEMUA GURU TINGKATAN ENAM

KETUA UNIT KEMANUSIAAN KETUA UNIT PENYELIDIKAN KETUA UNIT HEM
CIKGU MASLINA BINTI ADENAN CIKGU ROSIAH BINTI SELAMAT CIKGU LAW HUI MEY

KETUA UNIT PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN KETUA UNIT KOKURIKULUM
CIKGU ZAINAB BINTI ROMANI CIKGU SITI NORAFIDAH BINTI HUSSAIN

6

JAWATANKUASA KERJA

GURU KELAS

6 UM SEMESTER 1 CIKGU ASIAH BINTI SUARI

6 UTM SEMESTER 1 CIKGU HASNITI IRWA BINTI MUHAMMAD

6 USM SEMESTER 1 CIKGU NORULDIANA BINTI MOHAMED NOR

GURU DATA

CIKGU HASNITI IRWA BT MUHAMMAD

TAKLIMAT MATA PELAJARAN

PENGAJIAN AM CIKGU HASNITI IRWA BINTI MUHAMAD

BAHASA MELAYU CIKGU SITI AZIMAH BINTI MOHD HANAFI

EKONOMI CIKGU NOR HAIRIYAH BINTI MAAROF

SEJARAH CIKGU RAMLAH BINTI ZAKARIA

GEOGRAFI CIKGU ZAINORAH BINTI AWAB

PENGAJIAN PERNIAGAAN CIKGU NORULDIANA BINTI MOHAMED NOR

MUET CIKGU LAW HUI MEI

SENI VISUAL CIKGU SITI NORAFIDAH BINTI HUSSAIN

PEMILIHAN PAKEJ MATA PELAJARAN

CIKGU MASLINA BT ADENAN
CIKGU NORULDIANA BINTI MOHAMED NOR

CIKGU ASIAH BINTI SUARI
CIKGU RAMLAH BINTI ZAKARIA

PAMPLET
CIKGU SITI NORAFIDAH BINTI HUSSIAN

DOKUMENTASI
CIKGU RAMLAH BINTI ZAKARIA
CIKGU HARIZAN BINTI MAHFAR

BORANG GOOGLE FORM
CIKGU ABDULLAH BIN ZAKARIA

7

TEMPOH PENGAJIAN SEKOLAH

Tempoh pengajian di Tingkatan Enam adalah 3 semester atau selama 1
tahun setengah.
1. SEMESTER 1 : JULAI 2021 HINGGA FEBRUARI 2022
• Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc)
• Peperiksaan Smester 1 (S1)
2. SEMESTER 2 :

Akan diwartakan kelak oleh KPM
• Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc)
• Kerja kursus (Mata pelajaran yang berkenaan sahaja)

• Sejarah, Bahasa Melayu, dan Pengajian Am
• Peperiksaan Semester 2 (S2)
3. SEMESTER 3 :

Akan diwartakan kelak oleh KPM
• Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc)
• Kerja kursus (Mata pelajaran yang berkenaan sahaja)

• Bahasa Melayu, Geografi, Ekonomi, Pengajian perniagaan, dan
Seni Visual

• Peperiksaan Semester 3 (S3)
• Peperiksaan Ulangan Semester 1 (U1)
• Peperiksaan Ulangan Semester 2 (U2)

8

KELEBIHAN MASUK KE TINGKATAN ENAM

01. Terus Sambung Ijazah
Sesuai bagi mereka yang inginkan jalan pintas untuk sambung Ijazah
Sarjana Muda, kerana selepas selesai Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM), dengan keputusan yang baik, maka terus masuk ke IPT dan
dapatkan segulung Ijazah.
02. Tempoh Setahun Setengah
Dengan tempoh masa hanya setahun setengah di sekolah dan duduk
bersama keluarga.
03. Guru Berpengalaman
Kebanyakan guru yang berada di tingkatan enam adalah mereka yang
sudal lama berkhidmat dan mempunyai kemahiran tersendiri.
04. Kerja Kursus
Dengan adanya kerja kursus ini akan lebih banyak membantu pelajar. Ini
kerana seperti konsep penilaian berasaskan sekolah, maka kerja kursus
ini boleh dilakukan oleh pelajar dengan sebaik mungkin sebelum diberi
gred yang selayaknya oleh para guru.
05. Setaraf Diploma
Sijil STPM adalah setaraf dengan Diploma. STPM juga adalah peperiksaan
awam yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
06. Yuran Murah
Yuran jauh lebih murah berbanding yuran pengajian melalui laluan lain.
Bagi pelajar yang mungkin kurang berkemampuan, pilihan ini adalah
antara pilihan yang paling tepat.
07. Ulang Subjek Gagal
Sistem ini membolehkan pelajar untuk mengulang subjek yang gagal.
Ulangan dengan mengambil semula kertas peperiksaan yang mendapat
keputusan yang kurang baik dibenarkan pada semester 1 dan 2 sahaja.
Kos bayaran ulangan RM50.00 untuk 1 subjek.
08. Biasiswa
Pelajar yang berpotensi cemerlang dan berpendapatan rendah, layak
memohon bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP Tingkatan Enam).

9

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM

Syarat umum kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan
mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Bagi melayakkan
murid ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi 3 mata pelajaran
mestilah tidak melebihi 12 unit. Bagi aliran sains pula tidak melebihi 18
unit manakala bagi aliran agama tidak melebihi 14 unit.
Semua tawaran kemasukan dibuat secara atas talian dan calon yang tidak
mendapat tawaran boleh membuat rayuan di Sektor Pengurusan
Sekolah, Unit Menengah dan Tingkatan Enam, Jabatan Negeri masing –
masing.

KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM

Semua murid Tingkatan Enam wajib terlibat dalam aktiviti Kokurikulum
dan pemarkahan 10 peratus (10%) kokurikulum adalah berdasarkan
markah pengiraan dua markah tertinggi dalam bidang tersebut :
1. Kelab / Persatuan
2. Sukan / Permainan
3. Badan Beruniform

PENGIKTIRAFAN

Sijil STPM mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia, Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cambridge Assessment, England.
Pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan
STPM dan Kokurikulum layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke
Institusi Pengajian tinggi dalam dan luar negara.
Sijil STPM turut diterima oleh JPA untuk menjawat perjawatan dalam
perkhidmatan kerajaan.

10

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

Pentaksiran dilaksanakan melalui peperiksaan akhir berpusat (wajaran
60% - 80%) dan kerja kursus (wajaran 20% - 40%). Peratusan wajaran
adalah berbeza mengikut mata pelajaran. Pelajar mesti menduduki
peperiksaan akhir berpusat P1, P2, dan P3. Pelajar juga mesti
melaksanakan Kerja Kursus.
Pelajar akan menerima keputusan peperiksaan setiap penggal. Mereka
boleh memperbaiki keputusan peperiksaan P1 dan P2 dengan
menduduki peperiksaan U1 dan/atau U2. Pentaksiran pencapaian pelajar
dan keputusan peperiksaan adalah berdasarkan ketiga-tiga penggal.
Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah kumulatif keputusan
terbaik bagi ketiga-tiga penggal seperti yang berikut:
Terbaik [(P1 atau U1) + (P2 atau U2) + P3 + Kerja Kursus]

KERJA KURSUS

Kerja Kursus terdiri daripada kerja projek, kajian luar, dan kerja amali
yang diperkenalkan kepada 19 mata pelajaran. Soalan dan tugasan
disediakan oleh MPM. Kerja kursus akan dilaksanakan sama ada pada
setiap semester atau semester tertentu mengikut keperluan mata
pelajaran. Pemeriksaan kerja kursus akan dibuat oleh guru mata
pelajaran sendiri. Pelajar WAJIB melaksanakan kerja kursus.
Permarkahan yang dibeli berdasarkan manual MPM bagi menjaga kualiti.

KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM

Semua pelajar Tingkatan Enam wajib terlibat dalam aktiviti Kokurikulum
dan pemarkahan 10 peratus (10%) kokurikulum adalah berdasarkan
markah pengiraan dua markah tertinggi dalam bidang tersebut :
1. Kelab / Persatuan
2. Sukan / Permainan
3. Badan Beruniform

11

SISTEM GRED STPM

GRED MATA NILAI GRED MATA PELAJARAN STATUS
PELAJARAN (NGMP)
4.00 LULUS PENUH
A 3.67 LULUS PENUH
A- 3.33 LULUS PENUH
B+ 3.00 LULUS PENUH
B 2.67 LULUS PENUH
C+ 2.33 LULUS PENUH
C 1.67 LULUS SEBAHAGIAN
C- 1.33 LULUS SEBAHAGIAN
D+ 1.00 LULUS SEBAHAGIAN
D 0.00
F GAGAL

PAKEJ MATA PELAJARAN

KELAS PAKEJ MATA PELAJARAN
UM
1. PENGAJIAN AM
KELAS 2. MUET
UTM 3. GEOGRAFI
4. EKONOMI
KELAS 5. PENGAJIAN PERNIAGAAN
USM
PAKEJ MATA PELAJARAN

1. PENGAJIAN AM
2. MUET
3. BAHASA MELAYU
4. EKONOMI
5. SEJARAH

PAKEJ MATA PELAJARAN

1. PENGAJIAN AM
2. MUET
3. BAHASA MELAYU
4. PENGAJIAN PERNIAGAAN
5. SENI VISUAL

12

SENARAI GURU TINGKATAN ENAM

CIKGU NORASIKIN BINTI MOHD RAZI

PENOLONG KANAN TINGKATAN ENAM
GURU MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

CIKGU MASLINA BINTI ADENAN

GURU MATA PELAJARAN EKONOMI

CIKGU NOR HAIRIYAH BINTI MAAROF

GURU MATA PELAJARAN EKONOMI

13

SENARAI GURU TINGKATAN ENAM

CIKGU ZAINAB BINTI ROMANI

GURU MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM

CIKGU ABDULLAH BIN ZAKARIA

GURU MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM

CIKGU HASNITI IRWA BINTI MOHAMAD

GURU MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM

14

SENARAI GURU TINGKATAN ENAM

CIKGU LAW HUI MEY

GURU MATA PELAJARAN MUET

CIKGU HARIZAN BINTI MOHD MAHFAR

GURU MATA PELAJARAN MUET

CIKGU RAMLAH BINTI ZAKARIA

GURU MATA PELAJARAN SEJARAH

15

SENARAI GURU TINGKATAN ENAM

CIKGU ROSIAH SELAMAT

GURU MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

CIKGU SITI AZIMAH BINTI HANAFI

GURU MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

CIKGU ZANORAH BINTI AWAB

GURU MATA PELAJARAN GEOGRAFI

16

SENARAI GURU TINGKATAN ENAM

CIKGU ASIAH BINTI SUARI

GURU MATA PELAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAAN

CIKGU NORULDIANA BINTI MOHAMED NOR

GURU MATA PELAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAAN

CIKGU SITI NORAFIDAH BINTI HUSSAIN

GURU MATA PELAJARAN SENI VISUAL

17

KEPUTUSAN STPM 2013 HINGGA 2020

120
100 98.63 100 100 98.65 100 99.01 100 97.1

80

60

40

20
2.54 2.48 2.52 2.56 2.7 2.53 2.86 2.62

0
2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020

% PNGK

18

PELAJAR CEMERLANG STPM KESELURUHAN

PNGK 4.00

BIL TAHUN NAMA TING CGPA

1. 2016 CHONG MAN YU 6 UM 4.00
2. 2017 TAN SHU XIEN 6 UM 4.00
3. 2018 CHIN MEI YEE 6 UTM 4.00

4. 2019 NURUL AQINA AB GHANI 6 UTM 4.00

5. 2020 NOR HIDAYAH BINTI YUSOF 6 UM 4.00
LIM JIA LE 6 UTM 4.00

19


Click to View FlipBook Version