KEBUDAYAAN DAN
PERPADUAN
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
E-FOLIO
MENERANGKAN KEBUDAYAA DAN PERPADUAN
BIL NAMA PELAJAR NO MATRIK
17DKA2OF1036
1. WAN NASUHA HANIM BINTI WAN 17DKA20F1038
AHMAD 17DKA29F1040
17DKA20F1042
2. ABDULLAH AMMAR BIN MOHD NOR
HIZER
3. NURUL AIDA BINTI DAUD
4. NURSYAHIDA BINTI ZAKARIA
ISI KANDUNGAN 4
5
1. PENGHARGAAN 6
2. PENDAHULUAN PENGENALAN 6
3. PENGENALAN 7
4. HASIL PEMBELAJARAN 8
5. MAKSUD KEBUDAYAAN 9
6. MAKSUD PERPADUAN 10
7. KONSEP KEBUDAYAAN 11
8. KONSEP PERPADUAN
9. PENUTUP
PENGHARGAAN:
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
ALHAMDULLILAH, BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI DENGAN LIMPAHAN RAHMAT SERTA NIKMAT
MASA , NYAWA TENAGA YANG DIANUGERAHKAN KEPADA KAMI DAPAT JUGA KAMI
MENYIAPKAN TUGASAN INI DENGAN JAYANYA.PERTAMANYA, KAMI INGIN MENDEDIKASIKAN
UCAPAN PENGHARGAAN INI KEPADA PENSYARAH TERCINTA KAMI, PUAN ASMA BINTI IBRAHIM
KERANA DENGAN TUNJUK AJAR SERTA BIMBINGAN DARIPADANYA MEMBUKA RUANG
UNTUK KAMI MENYIAPKAN TUGASAN INI DENGAN SUKSESNYA.KAMI JUGA INGIN
MENGUCAPKAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA IBU BAPA KAMI YANG
MEMBERI KAMI PEMUDAHCARA UNTUK MENYIAPKAN KERJA KURSUS INI.MEREKA
TELAH MEMBERIKAN KAMI SEGALA KEMUDAHAN DAN SOKONGAN MORAL YANG TIDAK
TERHINGGA SAMPAI KAMI BERJAYA MENGHABISKAN TUGASAN INI. UCAPAN PENGHARGAAN
INI JUGA KAMI TUJUKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BANYAK MEMBERI PERINGATAN
TERHADAP SETIAP APA YANG KAMI TELAH ALPA. MEREKA MEMBANTU KAMI DENGAN
MENJAWAB SETIAP PERTANYAAN YANG KAMI UTERAKAN KEPADA MEREKA.
AKHIR MADAH, KAMI MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT
SECARA LANSUNG ATAU SEBALIKNYA DALAM PEMBIKINAN KERJA KURSUS INI.TERIMA KASIH.
SEKIAN TERIMA KASIH.
PENDAHULUAN
+
MALAYSIA TERDIRI DARIPADA PELBAGAI BUDAYA YANG BERBEZA-BEZA LAHIR DARIPADA PERKEMBANGAN SEJARAH LAMPAU. PERBEZAAN INI BOLEH DICIRIKAN OLEH
UNSUR AGAMA, ETNIK, WILAYAH DAN SEBAGAINYA (SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN 2012). PERBEZAAN DAN KEPELBAGAIAN BUDAYA, KETURUNAN, ETNIK, AGAMA DAN
KEPERCAYAAN ADALAH IDENTITI BUDAYA MAJMUK MASYARAKAT DI NEGARA INI (HAZRI JAMIL 2002). KEPELBAGAIAN BUDAYA INI MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH
NEGARA YANG UNIK DAN MENJADI PERHATIAN DUNIA DALAM USAHA MENYATU PADUKAN RAKYAT YANG PELBAGAI BUDAYA INI. USAHA-USAHA YANG DIJALANKAN
DALAM MEMASTIKAN NEGARA SENTIASA AMAN DARIPADA KONFLIK YANG TERCETUS DARIPADA PERBEZAAN BUDAYA INI SENTIASA MENJADI CONTOH KEPADA NEGARA
LAIN DI DUNIA INI (KAMRI, K.A. 2016).
SENSITIVITI ANTARA BUDAYA DIANGGAP PENTING BAGI MEREKA YANG HIDUP DALAM DEMOKRASI PLURALISTIK MASYARAKAT (TAMAM 2010). KAJIAN TERDAHULU
(KLUCKHOHN DAN STRODTBECK 1961; CHHOKAR ET AL. 2008; MENDENHALL ET AL. 2007; MOODIAN 2009) JELAS MENUNJUKKAN PERBEZAAN ANTARA BUDAYA ITU
PENTING NAMUN, PERBEZAAN ITU JIKA TIDAK DIURUS DENGAN BAIK AKAN KETEGANGAN DAN KONFLIK INI LEBIH DIPERHATIKAN BERLAKU DI KAWASAN BANDAR
BERBANDING DENGAN KAWASAN LUAR BANDAR DAN DI KAWASAN GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KAWASAN BANDAR YANG
BERADA. ABRAHAM (1977) MENYATAKAN KONFLIK HUBUNGAN ETNIK ADALAH DISEBABKAN SISTEM PENJAJAHAN DAN PENAKLUKAN ITU SENDIRI YANG TELAH
MENCORAKKAN MASYARAKAT YANG AMAT BERBEZA BERBANDING SEBELUM PENAKLUKAN BERLAKU. SEHARUSNYA KONFLIK YANG TERCETUS HASIL DARIPADA
PERBEZAAN YANG WUJUD HARUS DITANGANI SEAWAL YANG MUNGKIN.
SISTEM PENDIDIKAN YANG DILAKSANAKAN SEHINGGA KINI ADALAHMSEBAGAI SALAH SATU USAHA KERAJAAN DAN SEBAGAI PENDEKATAN YANG
PENTING UNTUK MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA BAGI MEWUJUDKAN DAN MENINGKATKAN PERPADUAN KAUM DAN INTEGRASI NASIONAL DALAM
KALANGAN MASYARAKAT DI NEGARA INI. PENDIDIKAN ADALAH TUNJANG KEPADA PERPADUAN NEGARA, MAKA TIDAK DAPAT DINAFIKAN BAHAWA
SEKOLAH DAN PENDIDIKAN MEMAINKAN PERANAN YANG SANGAT PENTING DALAM PEMBINAAN DAN PEMBENTUKAN NEGARA. INI KERANA PENDIDIKAN
MEMPUNYAI PELBAGAI FUNGSI (TING CHEW PEH 1978) ANTARANYA MENYAMPAIKAN ILMU PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN NILAI YANG
MUSTAHAK KEPADA KELANGSUNGAN HIDUP SESEBUAH MASYARAKAT. INI BAGI MENGELAKKAN ADA SIFAT PRASANGKA YANG NEGATIF ANTARA ETNIK
YANG MANA DIDAPATI PERGAULAN ANTARA MURID MASIH BERADA DI DALAM LINGKUNGAN ETNIK YANG SAMA WALAUPUN TERDAPAT ETNIK YANG
PELBAGAI DI DALAM SATU KELAS (MOHD RIZAL DAN THAY CHEOW YIN 2012).
PENGENALAN
DI MALAYSIA SEPANJANG 56 TAHUN MERDEKA, YANG
DIHIGHLIGHT ADALAH KONFLIK. NAMUN HUBUNGAN ETNIK YANG
POSITIF SEBENARNYA LEBIH BANYAK.
OLEH ITU, KONSEP KESEPADUAN SOSIAL DIUTARAKAN UNTUK
MENJELASKAN FENOMENA YANG BERLAKU DI MALAYSIA.
“DENGAN KEAMANAN TERDAPATLAH KEBAHAGIAAN DAN KEMAKMURAN
DAN BERTAMBAHLAH KEKAYAAN NEGARA.”
-TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ-
HASIL PEMBELAJARAN
HUBUNGAN ETNIK DIPENGARUHI BUKAN
SAHAJA DIPENGARUHI UNSUR ETNIK MALAH
UNSUR-UNSUR SOSIAL YANG LAIN
MENGETAHUI PERSPEKTIF KEBUDAYAAN SOSIAL.
DAPAT MENJELASKAN KONSEP PERPADUAN
DALAM KEPELBAGAIAN.
MAKSUD KEBUDAYAAN:
Pada umumnya, istilah ‘kebudayaan’ sukar diberi takrif yang tepat kerana kebudayaan itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas.
Malahan boleh dikatakan hampir setiap pengkaji cuba memberi definisi kebudayaan mengikut tafsiran masing-masing.
Perkataan ‘budaya’ berasal daripada bahasa Sanskrit, buddhayah iaitu kata jamak yang berasal daripada perkataan buddhi yang membawa
maksud budi dan akal.
Perkataan culture dalam bahasa Inggeris diambil daripada bahasa Latin, colore yang bererti mengolah dan mengerjakan. Berpandukan dua
definisi ini mungkin dirasakan belum memadai untuk memberi gambaran yang jelas tentang maksud ‘kebudayaan’,
Dalam pengertian umum,’kebudayaan’ merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia
yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Mengikut takrif kamus dewan pula,
‘kebudayaan’ membawa maksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan.
Buku Moden Dictionary of Sociology merujuk kebudayaan sebagai keseluruhan cara hidup manusia meliputi kehidupan kelompok yang
bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Budaya kebendaan atau artifact merupakan apa saja ciptaan manusia yang berbentuk objek-
objek tertentu seperti alat, bangunan,senjata dan kenderaan. Budaya bukan kebendaan atau mentifact pula ialah sesuatu ciptaan manusia
yang berbentuk abstrak seperti kepercayaan, adat resam, undang-undang dan sebagainya.
Secara amya, kebudayaan berfungsi melindungi diri terhadap alam, mengatur hubungan manusia dan sebagai wadah bagi segenap lapisan
masyarakat. Kebudayaan tersebar melalui perlakuan manusia,sama ada baik ataupun buruk. Dengan kata lain, kebudayaan merangkumi
segala kelakuan manusia yang tidak statik tetapi dinamik serta berubah mengikut perkembangan manusia dan persekitaran.
Justeru dapat dirumuskan bahawa ‘kebudayaan’ merupakan keseluruhan cara hidup manusia sama ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan,
perlakuan ataupun penghasilan dalam sesebuah masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggota masyarakat itu dan diwarisi secara
turun temurun. Pendek kata kebudayaan termasuklah bentuk sosial, politik, adat istiadat serta ekonomi sesebuah masyarakat.
MAKSUD PERPADUAN:
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran
mereka.Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam
bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan
kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori
berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyaraka
Asabiyyah merujuk kepada perpaduan sosial dengan penekanan kepada kesatuan, kesedaran kumpulan, dan kepaduan
sosial,pada asalnya di dalam konteks "kepuakan" dan "kesukuan", tetapi kadangkala digunakan untuk nasionalisme moden,
menyerupai sistem komunalisme. Istilah Ibn Khaldun secara amnya sama dengan perpaduan.
Ibn Khaldun dengan secara efektif menyatakan bahawa setiap dinasti memiliki benih-benih kejatuhannya. Beliau menerangkan
bahawa keluarga yang memerintah lazimnya muncul dari pinggir empayar dan menggunakan kepaduan yang terdapat dalam
masyarakat pinggiran untuk membawa perubahan kepada pimpinan.
Mengikut Émile Durkheim, jenis-jenis perpaduan masyarakat itu seiringan dengan jenis masyarakat. Durkheim memperkenalkan
istilah perpaduan mekanikal dan organik sebagai sebahagian daripada teorinya berkaitan pembangunan masyarakat dalam
karyanya, The Division of Labour in Society (1893) (Pembahagian Tenaga Kerja dalam Masyarakat). Dalam sesuatu masyarakat
yang mempamirkan perpaduan mekanikal, kejeleketan dan perpaduan datang daripada warga yang serupa – warganya berasa
terkait melalui kerja, pendidikan dan latihan keagamaan, dan cara hidup. Perpaduan mekanikal terdapat dalam masyarakat yang
"tradisional" dan masyarakat kecil.
KONSEP KEBUDAYAAN:
Budaya didefinisikan sebagai perkara-perkara berkaitan dengan budi dan akal. Istilah budi membawa maksud asli, pertama,
sejati dan dipandang sempurna manakala daya pula dimaksudkan sebagai akal, jalan fikiran dan ciptaan (Rohana Yusof, 2010: 75).
Istilah budi juga dimaksudkan sebagai kecergasan fikiran dan akal seseorang manusia dalam usaha mengatasi permasalahan
dengan mencari jalan penyelesaian manakala istilah daya merujuk kepada kekuatan tenaga dan kuasa yang digunakan untuk
membantu menjana pemikiran bagi menangani sesuatu permasalahan. Jika penyelesaian yang diambil daripada hasil pemikiran
tersebut diterima dan dapat dijadikan amalan bersama, ianya diterima sebagai budaya dalam kehidupan (Syed Ismail Syed
Mustapa & Ahmad Subki Maskon, 2010: 1-2).
Istilah budaya dalam bahasa Inggeris ialah ‘culture’ yang berasal daripada perkataan bahasa Latin yang berbunyi ‘colere’. Ia
bermaksud kehidupan manusia yang sentiasa memelihara dan mengerjakan pelbagai tindakan yang boleh menghasilkan
tindakan budaya (Suwardi Endraswara, 2006:4). Pandangan Abdul Latif Abu Bakar (1987: v) bahawa, istilah budaya merupakan
sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan dan ianya mempunyai pengertian yang luas, jelas menunjukkan teminologi budaya
mempunyai pelbagai pengertian dan tafsiran berbeza dalam kalangan paras sarjana.
Dalam usaha mencari pendefinisian istilah budaya, pengkaji mendapati wujudnya jurang perbezaan pendapat di antara sarjana
Barat, tempatan dan Tamil. Oleh yang demikian, pengkaji melihat pandangan mereka secara berasingan supaya dapat
memperlihatkan satu hubungkait yang lebih tersusun dalam usaha mencari pendefinisian istilah budaya tersebut .
KONSEP PERPADUAN:
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun
kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini
lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.
+ Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin
berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang
lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial
ataupun masyarakat
Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar
dan juga mengajar. Perpaduan atau solidarity dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan
seluruh masyarakatdan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dannilai
bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.
Di samping itu juga,definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagai penggabungan,
peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitubergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya.
.Perpaduan juga dapat didefinisikan sebagai satu prosesyang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara
supaya setiap anggotamasyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cintadan
banggakan tanahair. Hj. Samat Buang (2003) mentakrifkan perpaduan sebagaisatu penyatuan tenaga, fikiran, cita-
cita dan pengorbanan dalam satu ikatan yangsepadu, kuat dan maju
PENUTUP
Tidak dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang
mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama. Hal ini, terjalinlah satu hubungan
perpaduan yang merupakan pemangkin utama kepada kemajuan negara yang kita
kecapi sekarang. Tanpa perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat tidak
dapat dinikmati kerana tiada persefahaman dan kerjasama daripada semua kaum
untuk mempertahankannya. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi panduan dan iktibar
bagi kita untuk teerus maju ke mercu kejayaan. Dalam hal ini kita semua tidak
mahu pepatah yang mengatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran
berlaku ke atas kita. Jika kita tidak berjaya mencari satu rumusan yang berkesan
kepada masalah ini, memadailah jika kita berusaha memperkukuhkan tahap
perpaduan yang sedia ada agar ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis. Secara
kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk
memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tindakan susulan
mestilah dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi menjana
perpaduan yang kita idamkan.