The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (E-FOLIO)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m4ry4mlan02, 2022-04-22 01:21:00

PEP (E-FOLIO)

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (E-FOLIO)

MPU21032:PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
E-FOLIO

NAMA PESYARAH:
PUAN NAIMAH BINTI ISMAIL

Nama Ahli No Matrik
NUR ALEEYA BINTI CHE ANI 16DKA21F2007
NUR HANIS SYAHIRAH BINTI NOR AZLAN 16DKA21F2013
SITI MARYAM BINTI ROSLAN 16DKA21F2004

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
2
ISI KANDUNGAN 3
PENGHARGAAN 4-5
PENDAHULUAN
KONSEP KELUARGA MALAYSIA 6-7
RAKYAT KETIKA PANDEMIK 8-9
KERJASAMA SEMUA PIHAK MENENTANG COVID 10
SEMANGAT PERPADUAN MENGHARUNGI COVID 11
KESIMPULAN

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh
jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Naimah Binti Ismail pensyarah bagi subjek Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU
21032) ,di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu dan memberi penerangan kepada kami sepanjang
proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu , tidak lupa juga terima kasih buat rakan-rakan yang turut membantu dan berusaha bersama
kami secara lansung atau tidak lansung dalam merealisasikan tugasan ini. Ucapan tahniah dari kami buat rakan-rakan lain yang turut sama
menyelesaikan tugasan masing-masing dengan jayanya. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.Sikap
kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa
bantuan dari semua pihak ,tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini sengan sempurna.

PENDAHULUAN

• Sejak akhir-akhir ini, isu yang berkaitan dengan perpaduan rakyat Malaysia dalam menentang covid
19 seringkali diuar-uarkan dalam media arus perdana di Malaysia.Bagai cendawan tumbuh selepas hujan,
peribahasa ini sesuai dengan tajuk kelurga Malaysia vs covid 19 kerana negara Malaysia sedang berjuang
dalam melawan covid 19 yang melanda dunia.Rakyat Malaysia bersatu padu melawan covid 19 demi
kemajuan dan kemakmuran negara.Oleh itu,kita dapat melihat bahawasanya rakyat Malaysia sedang
membangun dan bersatu mengikut objektif Rukun Negara diwujudkan.

• Walau bagaimanapun,terdapat beberapa masalah atau rintagan rakyat Malaysia dalam menentang
covid 19 yang melanda.Contohnya, hadirnya sikap segelintir masyarakat yang mementingkan diri sendiri
dalam situasi negara covid 19 yang masih tenat yang akan memberi kesan buruk bukan sahaja kepada
seluruh masyarakat malah kepada imej negara itu sendiri.

• Oleh itu,isu ini perlu dibincangkan dengan lebih mendalam bagi perkara yang sama berulang dan
terus berleluasa.Mari ikut kami dalam mengupas topik ini dengan lebih mendalam.

KONSEP KELUARGA MALAYSIA

Konsep Keluarga Malaysia pertama kali diuar-uarkan sebagai agenda nasional oleh Timbalan Perdana
Menteri ketika itu, Wan Azizah Wan Ismail pada November 2019 beberapa bulan sebelum krisis

politik berlaku. Bagaimanapun, ia diperkenalkan sebagai gagasan secara rasmi oleh Dato’ Sri Ismail Sabri
Yaakob dalam ucapan sulung beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 pada 22 Ogos 2021.

Menurut Ismail Sabri, konsep ini bersifat inklusif merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum serta
mengajak semua rakyat di negara ini bersama-sama sebagai sebuah keluarga yang utuh. Konsep ini dipilih

kerana "bersifat inklusif, dekat dengan rakyat dan menunjukkan satu nilai prihatin serta kasih sayang
semua ahli keluarga besar negara".

Konsep 'Keluarga Malaysia' menggariskan 3 teras utama dan 20 pengkayaan nilai yang mendasari kerajaan baharu pimpinan Ismail
Sabri, untuk bekerja secara bersama-sama dalam memulihkan negara daripada masalah dan kesan pandemik COVID-19. Tiga teras

utama tersebut ialah Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

Meletakkan perpaduan dan keharmonian sebagai asas negara ialah matlamat Keluarga Malaysia. Keberhasilan Kebahagiaan digunakan bagi
memantau pelaksanaan konsep ini untuk melengkapi Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Ismail Sabri, KHO dan KPI menjadi komitmen dan
kesungguhan kerajaan, untuk membawa negara keluar daripada kelelahan pandemik COVID-19 selain akan memperbaiki kedudukan
negara dalam carta Indeks Kebahagiaan Dunia atau World Happiness Report yang ketika ini, Malaysia berada di kedudukan ke-81.

Menurut Ismail Sabri, Keluarga Malaysia berpaksikan kepada keluhuran Perlembagaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Rukun
Negara dan nilai setiap keluarga ini juga disifatkan sebagai komponen penting demi menentukan jatuh atau bangun Malaysia. Beliau turut

memberi jaminan bahawa nasib setiap individu dalam Keluarga Malaysia akan terbela.

Pandemik Covid-19 telah menyerlahkan kebaikan sesama rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang yang pelbagai, kata Menteri Komunikasi
dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata perkara itu berikutan hubungan simbiosis antara petugas barisan hadapan dan rakyat yang jelas ditunjukkan sepanjang negara
dilanda wabak itu selain menyifatkan ia adalah contoh semangat patriotisme kebiasaan baharu.“Covid-19 menyerlahkan kebaikan, masyarakat
saling membantu tanpa mengira kaum dan agama serta ramai yang berbuat kebaikan lebih daripada kebiasaan.

“Sebagai contoh, pereka fesyen bila dengar Hospital Kuala Lumpur tidak cukup PPE (peralatan perlindungan diri) pada peringkat awal (gelombang
wabak)...secara sukarela menjahit PPE untuk hospital.Itulah antara patriotisme norma baharu membabitkan semua pihak, rakyat, kerajaan,
termasuk korporat bekerjasama dan saling bantu-membantu,” katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia
(RTM) bertajuk ‘Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Prihatin’ hari ini.Jelasnya lagi, semangat patriotisme itu kekal dengan maksudnya iaitu cinta
dan kasih pada negara, namun fokus yang sedikit berbeza mengikut peralihan zaman.

“Bagi mereka (rakyat) yang melalui zaman penjajahan, fokus patriotisme adalah membebaskan (tanah air), ketika sudah tubuh Malaysia ada
konfrontasi, jadi fokus patriotisme masa itu untuk menyelamatkan negara yang baru sahaja ditubuhkan.Dulu kita pernah ada kegawatan ekonomi,
jadi fokusnya adalah menghidupkan semula ekonomi, selepas peristiwa 13 Mei, fokus kepada perpaduan, dan ketika Covid-19 fokusnya pada
keselamatan, kesejahteraan, kesihatan dan untuk memulihkan semula ekonomi,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin berkata walaupun tahun ini negara tidak dapat menyambut Hari Kebangsaan secara besar-besaran seperti tahun
sebelumnya, tetapi sambutan cara lain tetap akan dibuat bagi memastikan semangat patriotisme terus diraikan.

Antaranya, kementerian telah mencipta #MomenNegaraku bagi menggalakkan orang awam berkongsi pengalaman terindah mereka sebagai
rakyat Malaysia di media sosial masing-masing termasuk Twitter, Facebook dan Instagram. - Bernama

PERPADUAN rakyat Malaysia membolehkan kerajaan mengurus pandemik Covid-19 yang melanda negara dengan berkesan dan menjadi antara yang
terbaik di dunia.Menzahirkan rasa terharunya, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat tanpa mengira perbezaan kaum, warna kulit dan status
sosial, bersama-sama membantu dan melindungi antara satu sama lain sehingga Malaysia berjaya mengatasi krisis itu.

Muhyiddin berkata, jika semangat perpaduan dan saling bantu-membantu itu diteruskan pada masa akan datang, beliau yakin negara akan berjaya
mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

"Saya percaya dalam jiwa sanubari saudara-saudari semua tertanam nilai kebaikan yang sentiasa mengajak kita untuk saling hormat-menghormati dan kasih
mengasihi sesama manusia, apatah lagi sesama warga negara.

"Nilai kebaikan inilah yang mesti kita pupuk dan suburkan dalam masyarakat demi mempereratkan perpaduan sesama kita," katanya ketika melancarkan sambutan
Ulang Tahun Rukun Negara ke-50 bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan proses pembinaan negara bangsa yang bersatu padu di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia bukanlah
mudah dan banyak cabaran sebelum berada pada tahap sekarang.
Bagaimanapun, beliau berkata, berkat kebijaksanaan dan kecekalan rakyat yang terdiri daripada semua kaum di negara ini, segala cabaran itu berjaya ditempuhi.

"Kita ketepikan perbezaan dan persengketaan yang wujud dalam masyarakat, kita pupuk persefahaman dan perpaduan sesama kita, akhirnya perbezaan kaum,
agama, wilayah dan status sosial tidak menjadi penghalang kepada kita semua hidup secara aman dan harmoni di negara ini.

"Ini adalah pencapaian kita, pencapaian saudara-saudari semua yang sepatutnya kita banggakan," katanya.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru semua rakyat
untuk berganding bahu menunaikan tanggungjawab melindungi diri dan masyarakat menerusi Program Imunisasi

Covid-19 Kebangsaan.
Seri Paduka bertitah usaha melawan pandemik Covid-19 wajar digalas menerusi kerjasama semua pihak termasuk

kerjasama antara kerajaan dan rakyat serta melalui semangat setiakawan yang erat dari seluruh rakyat.
"Beta menaruh sepenuh keyakinan, berbekalkan ikhtiar serta usaha kita semua menerusi Program Pemerkasaan
Komuniti dan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, akan membolehkan kita bangkit semula, bersama seiring

dan sehaluan membina masa hadapan yang lebih gemilang buat negara yang dicintai ini.
"Marilah kita bersama-sama meneruskan agenda memerangi pandemik Covid-19 dan menunaikan kewajipan untuk

melindungi negara tanah tumpahnya darah kita," titah baginda dalam Titah Diraja sempena pelancaran Program
Pemerkasaan Komuniti yang disiarkan secara langsung menerusi RTM hari ini.

Baginda bertitah ketika negara mula dilanda gelombang pertama pandemik Covid-19 pada awal tahun lepas,
negara berjaya melandaikan lekuk peningkatan kes harian hasil usaha gigih pelbagai pihak serta kerjasama erat

seluruh rakyat Malaysia.
Namun, titah Seri Paduka, pada tahun ini negara dikejutkan dengan peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19

yang telah membawa cabaran getir kepada petugas barisan hadapan dan fasiliti kesihatan negara, seterusnya
mengubah falsafah kehidupan rakyat.

Justeru, Al-Sultan Abdullah bertitah baginda menyambut baik usaha kerajaan dalam merangka Program
Pemerkasaan Komuniti yang menyaksikan penglibatan seluruh lapisan masyarakat dan pemimpin komuniti dalam

mengurang serta mencegah jangkitan Covid-19.
"Di samping itu, inisiatif yang dikenali sebagai 'Agen Basmi Covid-19' atau 'ABC-19' bakal menyaksikan penglibatan

pelbagai entiti untuk bergabung tenaga dalam memperkasakan komuniti," titah baginda.
Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan kesyukuran atas usaha gigih kerajaan membawa vaksin yang berupaya

melindungi rakyat daripada jangkitan Covid-19.

KEPUTUSAN kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri baru-baru ini amat dialu-alukan oleh seluruh lapisan masyarakat. Hampir
seluruh rakyat telah mengharungi tempoh kesusahan kira-kira dua tahun di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terpaksa
dilaksanakan untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Namun, kita tidak boleh mengambil kesempatan ke atas kelonggaran yang diumumkan. Jangan ambil sikap lewa terhadap pematuhan
prosedur operasi standard (SOP). Pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu badan, penjagaan jarak serta pengimbasan kod respons
pantas (QR) MySejahtera adalah wajib dilaksanakan walaupun negara mencatatkan penurunan kes amat ketara berbanding beberapa
bulan terdahulu.

Rakyat perlu akur terhadap pematuhan SOP yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupan. Terdapat kemungkinan ia tidak akan
berlarutan selama-lamanya dan realiti tersebut mungkin dapat dicapai lebih awal dengan kerjasama padu semua pihak.

Perlu ingat, kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), pelitup muka, penjarakan fizikal dan cecair sanitasi tangan adalah
‘peralatan’ semata-mata dalam perang menentang virus Covid-19. Sikap dan mentaliti seseorang itu juga membawa nilai yang sama
dalam usaha memerangi wabak tersebut.

Dalam pada itu, tidak dapat dinafikan ramai yang terkesan akibat wabak ini. Selain impak ketara ekonomi, ada perniagaan tidak dapat
mengharungi cabaran dan terpaksa ditutup, rekod kadar pengangguran yang tinggi dan individu hilang pekerjaan.

Lebih menyayat hati, terdapat juga mereka yang terputus bekalan makanan. Keadaan ini walaupun tragis dan sedih, namun telah
menyerlahkan lagi semangat perpaduan yang memang dipraktikkan secara berterusan selama ini seperti konsep Kita Jaga Kita.

Ini terbukti dengan kemunculan inisiatif seperti pengedaran bakul makanan dan juga gerobok rezeki. Ia menunjukkan yang semangat
perpaduan dalam kalangan rakyat tidak sahaja diperkukuhkan malah patut diberi pujian.

Pemulihan ekonomi negara dijangka berlaku seiring pembukaan lebih banyak sektor ekonomi. Kejayaan tersebut juga bergantung kepada
kerjasama dan penyatuan semua rakyat.

Semangat perpaduan yang ditunjukkan adalah sesuatu yang mulia dan perlu berlarutan walaupun pada fasa pasca pandemik dan
dijadikan amalan cara hidup.



Ikatan perpaduan antara pelbagai kaum adalah menjadi tugu penggerak negara yang
terpenting.Batas ini bukan terbina hanya sekelip mata sahaja ianya memakan masa

yang bergitu lama.Oleh itu,kita sebagai rakyat Malaysia perlu terus mengekalkan
dengan menghormati dan bersatu-padu sesama sendiri bagi menjadikan negara

terus berada dalam keadaan aman dan damai.Keamanan negara dapat diukur
dengan ikatan perpaduan rakyat yang baik.Ikatan yang terjalin baik antara rakyat
dalam melawan pandemik covid 19 adalah menjadi punca utama penularan virus
covid 19 terkawal di Malaysia.Seperti slogan yang mengatakan # kita jaga kita.Ini
membawa maksud semua pihak bertanggungjawab dalam melawan covid 19 bagi

menjadikan negara dapat kembali seperti sediakala.

• https://malaysia.search.yahoo.com/search;_ylt=Awrx265RHmJiAQgA
UiLjPwx.;_ylc=X1MDMjExNDczMjAwMwRfcgMyBGZyA21jYWZlZS1tY
WxheXNpYQ

• https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2021/10/semangat-
perpaduan-harungi-covid-19/

• https://www.youtube.com/watch?v=MVdOZgkRVoI
• https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/674621/covid-19-

serlahkan-perpaduan-sebenar-rakyat-malaysia-metrotv
• https://www.sinarharian.com.my/article/126390/KHAS/Covid-

19/Pelaksanaan-darurat-kesihatan-berkesan-bantu-tangani-Covid-19


Click to View FlipBook Version