The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP BAHASA MELAYU (DANIELLA IRIS 2 INOVATIF)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Jacqueline Teo, 2020-05-15 02:14:11

BUKU SKRAP BAHASA MELAYU (DANIELLA IRIS 2 INOVATIF)

BUKU SKRAP BAHASA MELAYU (DANIELLA IRIS 2 INOVATIF)

BUKU SKRAP
BAHASA MELAYU

TAHUN 2

KATA
ADJEKTIF

DISEDIAKAN OLEH

ARAHAN
BUKU SKRAP

KATA ADJEKTIF

▪ Kata adjektif ialah perkataan yang
berfungsi untuk menerangkan keadaan
atau sifat bagi sesuatu kata nama atau
frasa nama.

▪ Nama lain bagi kata adjektif ialah kata
sifat.

▪ Terdapat sembilan jenis kata adjektif:

❖Kata adjektif sifat
❖Kata adjektif warna
❖Kata adjektif ukuran
❖Kata adjektif bentuk
❖Kata adjektif waktu
❖Kata adjektif jarak
❖Kata adjektif cara
❖Kata adjektif perasaan
❖Kata adjektif pancaindera

KATA ADJEKTIF SIFAT

Perkataan yang digunakan bagi
menerangkan sifat atau keadaan sebagai
unsur keterangan kepada kata nama.

Badan saya sihat.

Bapa saya seorang yang
sangat garang.

Saya berasa sangat lapar.

Adik tidur dengan
nyenyak.

Kakak mengantuk kerana
tidak cukup tidur.

Saya berasa malas hari ini.

KATA ADJEKTIF WARNA

Sebagai unsur keterangan kepada kata nama

ialah perkataan yang memberi pengertian

warna.

Adik memakai baju
berwarna hijau.

Kereta itu berwarna
merah.

Anjing hitam itu
kepunyaan jiran saya.

Adik memeluk bantal
berwarna putih.

Beg sekolah saya
berwarna merah jambu.
Buku berwarna kuning itu
kepunyaan Cikgu Anicca.

KATA ADJEKTIF UKURAN

Sebagai unsur keterangan kepada kata nama

ialah perkataan yang memberi pengertian

ukuran.

Pensel saya sudah
semakin pendek.

Buku yang tebal itu
kepunyaan Cikgu Anicca.

Lelaki itu
berbadan gemuk.
Wanita tersebut sangat
tinggi.

Lelaki itu sangat kurus.

Buku yang nipis itu telah
saya letakkan di atas meja.

KATA ADJEKTIF BENTUK

Sebagai unsur keterangan kepada kata nama

ialah perkataan yang memberi maksud rupa

bentuk.

Bumi kita
berbentuk bulat.

Pisau yang tajam itu
harus dijauhkan daripada
kanak-kanak.
Perut lelaki itu buncit.

Telur ayam berbentuk
bujur.
Jalan yang lurus itu ialah
jalan menuju ke rumah
datuk saya.

Encik Danial Faiz membeli
sebuah meja makan
berbentuk bulat.

KATA ADJEKTIF WAKTU

Sebagai unsur keterangan kepada kata nama
ialah perkataan yang memberi pengertian
konsep masa.

Saya selalu datang awal
ke sekolah.

Sila tanggalkan
kasut dahulu sebelum
masuk ke dalam rumah.
Dia memakai baju baharu
yang telah dibeli oleh
ayah.
Abang lewat bangun pagi
tadi.

Cikgu Anicca menyuruh
kami berkumpul di dewan
dengan segara.

Kasut lama itu sudah
dibuang oleh ibu.


Click to View FlipBook Version