The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khaorriah, 2021-06-29 08:09:32

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tan Sri Muhyiddin Yassin

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

TAN SRI DATO' (DR) HJ MUHYIDDIN BIN HAJI MUHAMMAD YASSIN

SK SINAR BAHAGIA,
FELDA TAIB ANDAK,
81000 KULAI,
JOHOR.

INFO PESERTA

NAMA : NUR DARIENA AISHAH BINTI MOHD ADHA
KELAS : 6 AZALEA
E-MAIL : [email protected]

KANDUNGAN

• Pendahuluan
• Biodata tokoh pemimpin
• Pendidikan tokoh yang dipilih
• Kerjaya tokoh
• Sumbangan tokoh
• Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang
• Penutup/kesimpulan
• Sumber rujukan

PENDAHULUAN

• Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan izinNYA. buku skrap ini dapat disiapkan seperti mana adanya. Semoga dengan kehadiran buku ini dapat

meningkatkan pengetahuan kita tentang tokoh-tokoh pemimpin Johor. Saya memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana kagum dengan gaya kepimpinan beliau yang
telus dan jujur. Kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu harus dicontohi oleh golongan muda hari ini. Minat beliau yang sangat suka membaca menjadikan beliau
seorang yang berpengetahuan luas sehingga membolehkan beliau membincangkan pelbagai isu dan topik tanpa gentar. Kebijaksaan beliau dalam menyelesaikan
masalah dalam masa yang singkat sangat mengagumkan. Selain itu, beliau juga telah membuktikan usia bukan penghalang untuk menabur jasa dan bakti kepada agama,
bangsa dan negara. Ini terbukti apabila, idea-idea yang beliau lontarkan memberi kesan yang sangat menakjubkan kepada masa depan negara. Semoga apa yang
terkandung di dalam buku ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada kita dalam mengejar impian dan cita-cita.

BIODATA

• Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin Bin Yassin atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Muhyiddin Yassin dilahirkan pada hari Khamis,

15 Mei 1947 bersamaan dengan 24 Jamadilakhir 1366 Hijrah. Tokoh yang telah berusia 74 tahun ini dilahirkan di Bandar Maharani, Muar, Johor Darul Ta'zim.
Beliau merupakan anak kepada pasangan Tuan Haji Muhammad Yassin bin Haji Muhammad dan Puan Hajah Khadijah binti Haji Kassim. Bapa beliau adalah salah
seorang ulama terkenal di Muar, Johor. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berkahwin dengan Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Binti Abdul Rahman pada
22 September 1972. Dalam usia perkahwinan yang telah menjangkau 49 tahun itu, beliau telah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan.
Anak sulung beliau merupakan seorang tokoh korporat iaitu Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin diikuti Datin Sri Nabilah Mahiaddin. Manakala Najwa Mahiaddin
dan Farhan Yassin Mahiaddin juga dikenali sebagai penyanyi. Beliau juga telah dikurniakan 7 orang cucu iaitu 6 perempuan dan 1 lelaki.

GAMBAR KELUARGA
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

PENDIDIKAN

• Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Bandar Maharani dan Ismail School iaitu sebuah sekolah aliran Inggeris.
• Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudian meneruskan pembelajaran menengah beliau di Government English School di Muar atau Sekolah Tinggi Muar.
• Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya pada tahun 1967 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dan

Pengajian Melayu (1971).

• Semasa di alam pembelajaran di peringkat rendah hingga ke universiti, beliau bukanlah seorang yang pintar @ genius tetapi beliau sangat tekun dan kuat berusaha.
• Beliau sangat suka membaca, hampir di setiap masa terluangnya dihabiskan dengan membaca. Sifat beliau yang suka membaca itu menjadikan beliau seorang yang

berpengetahuan luas. Tan Sri Muhyiddin Yassin juga adalah seorang yang pendiam tetapi amat suka mendengar dan memberi tumpuan dalam sesuatu

perbincangan. Beliau sentiasa berjaya menyelesaikan sesuatu persoalan dan masalah para sahabat dengan tindakan yang cepat dan kelihatan begitu mudah.

KERJAYA

Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 yang telah dilantik pada 1 Mac 2020 lalu dalam kerajaan Perikatan Nasional.
Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang mempunyai dua kerusi di peringkat Persekutuan dan Negeri dalam masa yang sama, iaitu
kerusi di Dewan Rakyat Malaysia dan di Dewan Negeri Johor. Di peringkat parti politik, beliau adalah Pengerusi Parti Perikatan Nasional dan juga
merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Semasa menjadi Ahli Dewan Negeri Bukit Serampang pada tahun 1986 sehingga
1995, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim. Berikut adalah jawatan yang pernah di sandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
sepanjang kerjaya beliau dalam bidang politik sebelum beliau bergelar Perdana Menteri Malaysia.

• Ahli Parlimen Pagoh, Johor sejak 1978

• 1970 - Memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Johor Darul Ta’zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa)
• 1971 - Dilantik Bendahari UMNO Muar-Pagoh

• 1974 - Ketua Pemuda UMNO Pagoh/ Setiausaha pemuda UMNO Johor
• 1978 - Ahli Parlimen Pagoh.

• 1982 -Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh

• 1986 - Menteri Besar Johor ke-13
• 1985 - Ahli Majlis Tertinggi UMNO

• 1993 - Menang Naib Presiden UMNO
• 1996 - Gagal pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO
• 4 Mei 1995 – 14 Disember 1999 - Menteri Belia dan Sukan
• 2000 - Menang semula pemilihan Naib Presiden UMNO, undian ketiga tertinggi.
• 15 Disember 1999 – 26 Mac 2004 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
• 27 Mac 2004 – 18 Mac 2008 - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
• 19 Mac 2008 – 9 April 2009 - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
• 26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 - Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional

• 10 April 2009 – 11 Ogos 2013 - Menteri Pelajaran

• 2009 - Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
• 10 April 2009 - Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri

• 2016 - Digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
• Jun 2016 - Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO.

• September 2016 - Menjadi antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dilantik sebagai Presiden.
• 13 Julai 2017 - Dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam struktur baharu Majlis Presiden Pakatan Harapan.
• 22 Ogos 2017 - Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan Johor
• 2018 - Dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri
• 29 Februari 2020 - Diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan



SUMBANGAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan salah seorang pemimpin yang di segani kerana jasa dan sumbangan beliau terhadap negeri Johor khususnya dan
Malaysia amnya. Misalnya beliau telah berjaya merancakkan ekonomi Johor dengan pertumbuhan melebihi kadar 9 peratus selama 5 tahun berturut-turut. Di bawah
pentadbiran beliau juga, Johor mmengalami guna tenaga penuh yang hanya dikecapi sebilangan kecil negara di dunia. Tan Sri Muhyiddin juga telah menjadi simbol
kejayaan konglomerat Melayu di seluruh negara. Syiar Islam turut cemerlang semasa kepimpinan beliau, di mana Mahkamah Syariah dan kedudukan pengawai-
pengawai mahkamah dinaikkan taraf. Beliau memperkenalkan Kursus Perguruan Asas Guru Agama Kerajaan Johor Darul Ta’zim bagi menambah tenaga pengajar
sekolah-sekolah agama di Johor. Semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yasssin Sijil Syahadah Thanawi, Maahad Johor telah mendapat pemgiktirafan semula oleh
dari Universiti Al Azhar, Mesir dan Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.

Terdapat beberapa pembaharuan yang telah dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau menjadi Menteri Belia Dan Sukan Malaysia. Antaranya ialah
beliau telah menggubal Dasar Belia Negara (1985) menjadi Dasar Pembangunan Belia Negara (1997). Selain itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menggerrakkan
program Rakan Muda yang diasaskan oleh Tan Sri Abdul Ghani Othman. Beliau juga telah menjalankan operasi pembersihan rasuah bola sepak ketika menerajui
Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia di mana 100 orang pemain bola sepak ditahan dan dikenakan tindakan. Pada tahun 1998, buat pertama kalinya Sukan
Komanwel telah diadakan di benua Asia iaitu di Kompleks Sukan Bukit Jalil yang juga merupakan sentuhan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada tahun pertama di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mewujudkan lebih banyak
perniagaan baharu sehingga peningkatannya melebihi 36%. Antara sumbangan beliau ialah memperkenalkan Skim Penetapan Harga Barang serta merealisasikan Akta
Perlindungan Pengguna 1999(Akta 599) yang menyebabkan wujudnya Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. Ianya bukan sahaja bagi mengawal selia aktiviti
perniagaan tetapi juga memberi perlindungan kepada para pengguna.

Sementara itu sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, beliau telah menjenamakan pertanian sebagai sebuah kerjaya dan mempelopori
‘Pertanian adalah Perniagaan’. Beliau juga berjaya menghidupkan semula pameran MAHA dengan konsep baharu. Pada masa yang sama, beliau turut menggerakkan
Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 serta menaik taraf Taman Botani Negara Shah Alam sehingga menjadi taman agro-perlancongan terbesar di dunia dengan
keluasan 813 hektar. Sewaktu beliau di Kementerian Perdagangan dan Industri Malaysia, beliau telah memperkenalkan cogan kata ‘Think Bussines’ supaya pengawai
di kementerian tersebut berfikir dan bertindak seperti golongan korporat untuk mengangkat sektor perdagangan dan perindustrian Malaysia. Manakala di dalam bidang
pendidikan pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memansuhkan PPSMI dengan mengembalikan semula kaedah mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Program Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital cetusan ilham Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman telah
berjaya dilaksanakan oleh beliau hasil kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen,Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini dijenamakan
sebagai Sekolah Dalam Hospital dan diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia di hospital-hospital terpilih di seluruh negara.

Bagi mengatasi lambakan pendatang tanpa izin sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melaksanakan beberapa langkah
anataranya ialah penamatan Program Penggajian Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pada 30 Jun 2018 dan Program 3 + 1 iaitu program
serah diri secara sukarela bagi memberi peluang kepada PATI untuk dihantar pulang ke negara asal mereka. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia
beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara dan dapat mengurus dengan baik keperluan mangsa banjir walaupun
menghadapi pelbagai cabaran.

NILAI KEPIMPINAN

• Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai semangat juang yang kental dalam menangani Pandemik COVID-19 di Malaysia. Selaku Perdana Menteri Malaysia tugas

getir ini digalas dengan penuh tanggungjawab dan sabar. Beliau mempunyai semangat jati diri yang sangat tinggi dan tidak mudah mengalah.

• Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan seorang pendengar yang baik dan dapat membuat keputusan yang bijak dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi

oleh negara. Pengalaman luas dalam politik serta pentadbiran tanah air adalah kelebihan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM Malaysia yang ke-8.

• Sebagai seorang pemimpin beliau tidak mudah melatah dengan keputusan yang telah dibuat apatah lagi ianya melibatkan masa depan negara.
• Beliau juga telah membuktikan bahawa sifat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab akan membuahkan hasil yang baik.
• Sifat rendah diri, prihatin dan mudah mesra menyebabkan Tan Sri Muhyiddin Yassin senang didekati oleh rakyat.
• Selain itu, beliau juga mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Ini adalah sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berdoa ketika
Perutusan Khas Perdana Menteri pada

27 Mac 2020

KESIMPULAN

• Berdasarkan apa yang telah kita kaji dan selidik, terbuktilah Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai tahap kepimpinan yang cemerlang dalam pentadbiran negara.

Ini diakui sendiri oleh geogeostrategis, Azmi Hassan yang juga penganalisis politik, pengalaman luas Ahli Parlimen Pagoh itu adalah asset utama beliau mengemudi
Malaysia. Juisteru itu rata-rata penganalisis politik tanah air berpendapat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini mampu mengembalikan kestabilan
politik dan pembangunan ekonomi negara seperti yang diharapkan rakyat negara ini. Beliau dilihat mampu berbuat demikian berdasarkan pengalaman beliau setelah
menyandang pelbagai portfolio utama kerajaan yang melebihi empat dekad daripada usia beliau. Kelayakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dinilai dari sudut
keperibadian sebagai seorang pemimpin yang berintegriti, tidak tamak pada jawatan adalah kekuatan Perdana Menteri ke-8. Ketegasan beliau menunjukkan keberanian,
kejujuran dalam menyelesaikan masalah, mencungkil rahsia tanpa memikirkan akibatnya terhadap diri sendiri dan jawatan yang dipegangnya. Kriteria ini penting selain
pengalaman dan ilmu yang tinggi membuatkan beliau adalah seorang yang boleh dipercayai. Semoga perlantikan ini memberi kebaikan kepada rakyat dan negara.

SUMBER RUJUKAN

• https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Portal:Muhyiddin_Yassin/Biografi
• https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660650/biodata-tan-sri-muhyiddin-yassin
• https://www.sinarharian.com.my/article/72213/BERITA/Nasional/Muhyiddin-terbaik-kerana-semangat-kental-banyak-pengalaman
• https://images.app.goo.gl/djs9e3vHM1nQh9T36
• https://images.app.goo.gl/C5wbt9rLTmCfPHpz7
• https://images.app.goo.gl/uxxrxBJsJZJeZJiN9
• https://images.app.goo.gl/TpZ6j1cVRoz4gcSt6
• https://images.app.goo.gl/TpZ6j1cVRoz4gcSt6


Click to View FlipBook Version