The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Afina, 2024-01-21 04:07:53

TOKOH PENDIDIKAN MENGIKUT ERA (2)

TOKOH PENDIDIKAN MENGIKUT ERA (2)

ISI KANDUNGAN TOKOH DALAM NEGARA 1. TAN SRI DR. HAILI BIN DOLHAN 2. KHOO KAY KIM 3. UNGKU AZIZ 4. ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD TOKOH LUAR NEGARA 1. JOHNN DEWEY 2. MARIA MONTESSORI 3. MICHAEL FULLAN 4. AL-GHAZALI


TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN MENGIKUT ERA DALAM NEGARA -Diana Qistina Elyssa Binti Saifulizan1. Tan Sri Dr. Haili Bin Dolhan Latar Belakang Tokoh Tan Sri Dr Haili bin Dolhan merupakan anak kelahiran Sibu, Sarawak. Beliau dilahirkan pada 16 September 1952. Beliau bersekolah rendah di SK Merpati Jepang, dan sekolah menengah pula di SMK Green Road, Kuching, Sarawak. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Geografi, dari Universiti Malaya. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Durham, United Kingdom dan Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan) Perancangan Sumber Manusia, dari Universiti Birmingham, United Kingdom. Tan Dr Haili bin Dolhan mula terlibat dalam profesion keguruan pada 23 Jun 1970 di SMK Matu/Daru, Sarawak. Keseluruhannya beliau telah bertugas di 10 buah sekolah di sekitar Sarawak. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan kerana pernah menjawat beberapa jawatan penting seperti guru, guru kanan, pengetua, memegang jawatan di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta Timbalan Ketua Nazir Sekolah Negeri Sarawak sehingga tahun 2005. Pada peringkat persekutuan pula, Tan Sri Dr Haili bin Dolhan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pengarah Pusat Pembangunan Kurikulum, Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) serta jawatan terakhir beliau ialah sebagai Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sebelum dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) pada 26 November 2013. Kecemerlangan dan ketokohan membolehkan beliau dianugerahi pelbagai pingat dalam perkhidmatan seperti Anugerah Tokoh Guru Sarawak 2014. Anugerah tertinggi yang diterima beliau ialah Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (2016) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Kerajaan Persekutuan. Sumbangan Tokoh Bertanggungjawab dalam Perancangan Pelan Induk Pembangunan pendidikan (2006-2010) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).(Pembangunan Pendidikan) beliau terlibat aktif dalam Pelan Pendidikan yang vertujuan merealisasikan satu


sistem pendidikan baharu Malaysia yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. Ini merupakan satu pandangan ke dapan kerana berlakunya perubahan standard pendidikan antarabangsa yang meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara. Bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Perkhidmatan Guru di Malaysia bagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), beliau bertanggung jawab dalam memastikan hal ehwal perkhidmatan guru di Malaysia seperti aspek pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, pertukaran perkhidmatan, kenaikan pangkat dan kawalan tatatertib ke atas guru dan anggota kumpulan sokongan dalam perkhidmatan pendidikan dilaksanakan sebaiknya bertanggungjawab mengawal selia Kualiti Latihan Perguruan di Institut Pendidikan Guru Seluruh Malaysia sebagai rektor IPGM, beliau bertanggungjawab dalam memastikan urus tadbir kampus-kampus IPG di seluruh negara berjalan dengan lancar dan mampu melatih guru-guru berkualiti untuk memenuhi keperluan unjuran guru terlatih dalam negara. -Nur Afina Binti Mohamad Sayuti2. Khoo Kay Kim Latar Belakang Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim ialah seorang Sejarawan Malaysia yang terkenal dan merupakan seorang Profesor (Sejarah) di Universiti Malaya. Khoo Kay Kim dilahirkan pada 28 Mac tahun 1937 di Kampar, Perak. Beliau berketurunan Cina peranakan. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Methodist Anglo-Chinese di Teluk Intan (ketika itu dikenali sebagai Teluk Anson) sebelum menyambung pendidikan menengah di St. Michael Institution di Ipoh. Semasa zaman persekolahannya, beliau pernah menghadiri sekolah Inggeris di sebelah pagi dan sekolah Cina di sebelah petang. Pada tahun 1960, beliau memperoleh ijazah B.A. (Hons.) dalam bidang Sejarah dari Universiti Malaya, Singapura. Seterusnya, pada tahun 1967, beliau mendapat ijazah sarjana M.A. Sejarah dari Universiti Malaya, Singapura dan Ph.D. Sejarah dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1974. Tesis (PhD) beliau bertajuk The Beginning of Political Extremism in Malaya 1915-1935. Profil kariernya bermula di Universiti Malaya, Kuala Lumpur selepas 2 tahun menjadi tutor dari tahun 1964 hingga tahun 1966. Seterusnya, dari tahun 1966 hingga tahun 1967, beliau menjawat jawatan Pembantu Pensyarah (sementara) dan akhirnya menjadi Pembantu Pensyarah dari tahun 1967 hingga Julai tahun 1968.


Dari bulan Mei tahun 1973 hingga tahun 1975, beliau telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Jabatan Sejarah dan kemudiannya sebagai Profesor Jabatan Sejarah pada bulan Mei tahun 1975. Beliau dilantik sebagai seorang Profesor sehingga persaraannya pada 1992. Beliau juga pernah menjadi dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial dari 1984 sehingga 1986. Beliau telah dianugerahkan pingat Johan Setia Mahkota (J.S.M) Persekutuan pada bulan Jun tahun 1983. Beliau juga dianugerahkan D.P.M.P Darjah Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Dato' pada bulan April tahun 1987. Profesor Khoo Kay Kim juga dianugerahkan 'Profesor Emiretus' oleh Universiti Malaya pada tahun 2001. Beliau juga merupakan penerima pelbagai anugerah seperti Fellowship Persatuan Sejarah Malaysia (2012), Tokoh Akademik Negara xe-10, mendapat anugerah Merdeka Award 2018 untuk kategori Pencapaian Kecendekiawanan Terbilang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah. Beliau meninggal dunia akibat kegagalan paru-paru pada 28 Mei 2019, di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor pada usia 82 tahun. Sumbangan Tokoh Membina dan Menggubal Rukun Negara selepas Peristiwa 13 Mei 1969 Beliau merupakan salah seorang daripada tokoh yang terlibat dalam penggubalannya dan diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Penggubalan Rukun Negara diusahakan oleh Majlis Perundingan Negara atau (MAPEN), lipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Rukun Negara bertujuan membentuk keharmonian pelbagai bangsa di Malaysia. Pengasas Pusat Sukan Universiti Malaya. Beliau juga merupakan pelopor kepada program ijazah sarjana muda sains sukan di negara ini. Ketua Pemeriksa Kertas Sejarah STPM Lembaga Peperiksaan Malaysia Beliau merupakan sebahagian daripada Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Kebangsaan dan Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan. Dari tahun 970-1997, beliau juga menjadi ketua pemeriksa Kertas Sejarah II, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Menghasilkan Buku dalam Pelbagai Bidang seperti Sosial dan Sejarah. Banyak buku dihasilkannya tentang sejarah seperti Transformasi & Demokrasi 1971); The Western Malay States 1850 1873: The Effects of Commercial Development on Malay Politics (1972); Pensejarahan Malaysia (1975); A History of Southeast Asia, South and East Asia: Essays and Documents (1977); Panji- anji Gemerlapan: Satu Pembicaraan Pensejarahan Melayu (1979); Taiping: Ibu Negeri Perak (1981); Teluk Anson (Teluk Intan): 100 Tahun (1982); Kenegaraan 15 Tahun: Satu Perspektif Sejarah (1983); Majalah dan Akhbar Melayu Sebagai Sumber Sejarah (1984); 100 Years of Kuala Lumpur as Local Authority (1990) His Majesty Sultan Azlan Shah (1991); Malay Society: Transformation and Democratization (1991); Pacific Bank: 75 Years of Service to the Community (1996); Thoughts on Malaysian Historiography (1996); Kuala Lumpur: The Formative Years (1996); The Commemoration of the 40th Anniversary of Federal Hotel, 1957-1997 (1997) dan I, KKK - The Autobiography of a Historian (2017).


- Noor Ajwa Safia Binti Zainal Azhar3. Ungku Aziz Profesor Diraja Ungku Aziz dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922. Beliau mempunyai darah kerabat diraja Johor menerusi bapanya Leftenan Ungku Abdul Hamid Ungku Abdul Majid yang pernah berkhidmat bersama Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ/IMF). Bapanya berdarah campuran Melayu dan Turki sementara bondanya Hamidah Abdullah adalah orang Inggeris. Profesor Diraja Ungku Aziz adalah lulusan dari Kolej Inggeris di Johor Bahru dan Sekolah Melayu di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan tinggi di Singapura di Kolej Raffles pada tahun 1951. Profesor Ungku Aziz mendapat ijazah doktor falsafah di Universiti Waseda (Tokyo, Jepun) pada tahun 1964. Profesor Diraja Ungku Aziz memulakan kerjaya beliau dalam pentadbiran negeri Johor. Dari 1952 hingga 1961, beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya (Singapura). Beliau bercuti selama setahun apabila beliau mengetuai Majlis Bahasa dan Sastera Malaysia. Selepas tamat pengajian dari Universiti Malaya di Singapura, Ungku Aziz menyertai Perkhidmatan Awam Johor (ICS) pada tahun 1951. Bagaimanapun, beliau ditawarkan oleh Universiti Malaya Singapura sebagai pensyarah ekonomi dari tahun 1952 hingga 1961. Pada tahun 1961, Ungku Aziz kembali ke Tanah Melayu dan berkhidmat sebagai Profesor dan Dekan Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pada Oktober 1968, beliau dilantik sebagai Naib Cancelor Universiti Malaya Kuala Lumpur bagi menggantikan Dr J. H. E Griffiths dan berkhidmat selama 20 tahun. Dari tahun 1962 hingga 1965, beliau merupakan seorang Profesor dan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Malaya (Kuala Lumpur) dan kemudiannya dilantik sebagai Naib Canselor. Profesor Diraja Ungku Aziz berkhidmat dari tahun 1968 sehingga tahun 1988. Beliau juga telah menulis lebih daripada 50 buah buku dan monograf mengenai masalah sosial dan ekonomi di Malaysia. Beliau juga merupakan perunding untuk PBB Pertubuhan khusus ILO, UNESCO, Suruhanjaya Ekonomi PBB untuk Asia dan Timur Tengah. Ungku Aziz mash lagi mengerahkan tenaganya untuk negara. Beliau telah memegang jawatan pengarah di beberapa syarikat dan terus terlibat di dalam banyak institusi kebangsaan dan juga di peringkat antarabangsa. Ungku Aziz telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah dan kepujian. Beliau lianugerahkan 'Profesor Diraja' pada 17 Jun 1978, oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan merupakan satu-satunya individu di Malaysia yang dianugerahkan gelaran tersebut.


● Antara anugerah dan kepujian lain yang diterimanya adalah seperti Ordre des Arts et des Lettres (Perancis), the Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure (Japan), Anugerah Yayasan Tun Abdul Razak (Malaysia) dan banyak agi. Beliau merupakan tokoh besar yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan. Beliau meninggal dunia pada 15 Disember 2020 di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Sumbangan Tokoh Menekankan Kepentingan Pendidikan kepada Bumiputera yang Miskin Sebagai Agen Perubahan Ekonomi Dari sudut pendidikan, Ungku Aziz mengutamakan pendidikan anak-anak bumiputera miskin di luar bandar. Pendidikan boleh menjadi mobiliti sosial epada mereka dan keluarga, mengangkat mereka daripada kemiskinan kehidupan senang dan mampu bersaing di pasaran kerjaya malah dalam bidang sains dan teknologi dan sektor korporat. Mementingkan Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu Ungku Aziz merupakan penggerak penting dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada 1956 di Johor Bahru dan Singapura. Dalam kongres kedua ada 1954, nama Balai Pustaka dicadangkan ditukar menjadi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). DBP juga dipindahkan dari Johor ke Kuala Lumpur pada 10 Julai 1957. Tindakan beliau ini amat penting kerana Kuala Lumpur menjadi usat pentadbiran dan dijangka segala urusan menjadi lebih lancar dan mudah. Pembabitan aktif dalam kongres ketiga itu menjadi antara asas beliau dilantik aleh kerajaan sebagai Pengarah pertama DBP. Ketika itu jawatan Ketua Pengarah belum wujud. Pada 1970-an, sejajar dengan usaha kerajaan meningkatkan penggunaan bahasa Melayu pada peringkat pendidikan tinggi, Ungku Aziz menggerakkan angkah pelaksanaan bahasa Melayu di Universiti Malaya Kuala Lumpur. Beliau dibantu oleh Profesor Dr. Asmah Haji Omar dalam perancangan dan pelaksanaan Flasar bahasa kebangsaan di universiti itu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai ahasa pengantar ilmu pelbagai bidang dimulakan dan dipesatkan. Mengasaskan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya yang Memberi Peluang Bumiputera dalam Bidang Sains dan Teknologi Pada 1977, beliau mengasaskan Pusat Asasi Sains di Malaysia bertempat di Universiti Malaya Kuala Lumpur, yang membuka peluang kepada pelajar bumiputera luar bandar yang miskin untuk menceburi bidang sains dan teknologi seperti bidang perubatan, pergigian dan kejuruteraan.


-Muhammad Ammar Wafiq Bin Abdul Razak4. Zainal Abidin bin Ahmad Latar Belakang Tokoh Za'ba, atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad dilahirkan pada 16 November 1895 di Kampung Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Bapanya bernama Ahmad bin Ibrahim berketurunan Bugis, sementara ibunya bernama Intan Awaluddin dari suku Minangkabau. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu, Kuala Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Pada 10 Januari 1910, beliau meneruskan pengajiannya di St. Paul Institution, Seremban. Za'ba mendapat biasiswa sebanyak $5.00 sebulan dari kerajaan Negeri Sembilan ketika itu. Pada akhir 1915, beliau menduduki peperiksaan Senior Cambridge di Kuala Lumpur dan mendapat cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Beliau menguasai tiga bahasa iaitu bahasa Arab, Inggeris dan Melayu. Pada tahun 1947, beliau bertugas sebagai pensyarah di School of Oriental and African Studies (SOAS), London. Beliau bersara pada tahun 1951 dan seterusnya berkhidmat sebagai pensyarah kanan dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura selama enam tahun (1953 - 1958). Za'ba dianugerahkan gelaran pendeta oleh Angkatan Sasterawan 50 (ASAS'50) berupa songkok. Anugerah ini disampaikan oleh Cikgu Muhammad Noor bin Ahmad, naib pengerusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya ketiga di Johor Bahru pada 16 - 21 September 1956. Penglibatan Za'ba dalam bidang pendidikan bermula ketika usianya 21 tahun. Beliau memulakan kerjayanya sebagai guru sementara di sekolah lamanya iaitu sekolah St. Paul, Seremban selepas tamat persekolahan. Beliau kemudiannya menjadi guru sementara di kampungnya di Batu Kikir. Za'ba kemudiannya memohon untuk menjadi guru di Johor Bahru, kerana beliau mempunyai kelayakan Senior Cambridge dan diterima mengajar di Bukit Zaharah Government English School pada tahun 1916 sebelum ditukarkan ke Johor Government English School yang sama tarafnya dengan Maktab Melayu Kuala Kangsar pada masa itu. Sekolah ini hanya mengajar anak orang Melayu golongan atasan di Johor. Kerjaya Za'ba berkembang pesat apabila beliau menjadi guru di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1918. Beliau mengajar dan menjadi penyelia bagi pelajaran Bahasa Melayu ketika itu. Penglibatan dalam bidang pendidikan seterusnya berkembang seperti berikut: ● 1918: Kolej Melayu Kuala Kangsar. ● 1923: Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur. ● 1924: Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.


● 1939: Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1942. ● 1942: Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London sehingga 1951. ● 1954: Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959. Semasa bertugas di Sultan Iris Training College (SITC), penulisannya tentang pendidikan dan bangsa Melayu dan pelbagai kritikan yang lain disampaikan dalam akhbar seperti Lembaga Melayu dan Utusan Melayu. Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau Za'ba meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78 tahun. Sumbangan Za'ba dalam Kemajuan Bahasa Melayu Aspek Tatabahasa Za'ba meletakkan asas golongan kata dan golongan ayat bahasa Melayu. Beliau menggolongkan kata kepada lima golongan yang utama, iaitu kata nama, perbuatan, sifat, sendi dan seruan. Golongan utama itu pula dipecahkan lagi kepada subgolongan. Contohnya, di bawah nama ada nama betul dan ganti nama. Membahagikan Kata Sifat kepada 'Sifat Nama' dan 'Sifat Kata' Za'ba meletakkan asas penggunaan kata sendi yang tepat. Istilah sekarang bagi sifat nama ialah adjektif dan sifat kata ialah adverba. Menggolongkan Ayat Bahasa Melayu kepada Ayat Selapis, Ayat Berlapis, Ayat Berkait serta Ayat Bercampur. Jenis ayat pula terbahagi kepada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. Selain itu, Za'ba juga memperkatakan aspek ragam ayat dengan memperkenalkan istilah ayat bangun membuat bagi 'ayat aktif' dan ayat bangun “Kena buat bagi 'ayat pasif".


LUAR NEGARA -Diana Qistina Elyssa Binti Saifulizan1. John Dewey John Dewey ialah seorang ahli falsafah, ahli psikologi dan pendidik Amerika serta pengasas falsafah pragmatisme. Beliau ialah individu yang memperkenalkan konsep pendidikan Learning by doing. Idea-idea John Dewey telah banyak mempengaruhi dunia pendidikan dan beliau merupakan sarjana Amerika yang paling berpengaruh pada pertengahan abad ke-20. Latar Belakang John Dewey dilahirkan pada 20 Oktober 1859 di Burlington, Vermont, Amerika Syarikat merupakan anak kepada Archibald Sprague Dewey dan Lucina Artemisia Rich Dewey. Beliau berkahwin dengan Alice Chipman yang dikatakan banyak mempengaruhi minat Dewey terhadap pedagogi dan pendidikan awam. Pendidikan Dewey menamatkan pengajian di Universiti Vermont dan menghabiskan tiga tahun sebagai guru sekolah menengah di Oil City, Pennsylvania. Beliau kemudian menghabiskan masa selama setahun belajar di bawah bimbingan G. Stanley Hall di John Hopkins University dalam makmal psikologi pertama Amerika. Kerjaya Selepas mendapat Ph.D. dari John Hopkins University, Dewey terus mengajar di University of Michigan selama hampir sedekad. Dewey kemudiannya memegang jawatan sebagai pengerusi jabatan falsafah, psikologi, dan pedagogi di University of Chicago (1894). Semasa berada di University of Chicago, Dewey mula menyuarakan pandangannya yang menyumbang kepada falsafah yang dikenali sebagai pragmatisme yang menyatakan bahawa nilai, kebenaran atau makna idea terletak pada kesan akibatnya. Dewey juga membantu menubuhkan Sekolah Laboratorium Universiti Chicago, di mana beliau telah dapat menerapkan teori pedagogi secara langsung. Dewey kemudiannya meninggalkan Universiti Chicago dan menjadi profesor falsafah di Columbia University (1904-1930) dan menjadi Presiden Persatuan Psikologi Amerika (1905).


Jasa dan Sumbangan John Dewey adalah seorang ahli falsafah dan pendidik Amerika yang mengasaskan pragmatisme, pemikiran falsafah pemikiran yang popular pada awal abad ke-20. Beliau juga berperanan penting dalam pergerakan progresif dalam pendidikan dan yakin bahawa pendidikan terbaik melibatkan pembelajaran melalui perbuatan (Learning by doing). Dewey juga telah menerbitkan lebih daripada 1,000 buku, esei, dan artikel mengenai pelbagai subjek termasuk pendidikan, seni, alam, falsafah, agama, budaya, etika dan demokrasi sepanjang kariernya selama 65 tahun. Antara penerbitannya ialah Sekolah dan Masyarakat (1900), Anak dan Kurikulum (1902), Bagaimana Kami Berfikir (1910), Pengalaman dan Alam (1925), Falsafah dan Tamadun (1931), dan Mengetahui dan Dikenali (1949). Dewey meninggal dunia pada 1 Jun 1952, di New York City, New York. -Muhammad Ammar Wafiq Bin Abdul Razak2. Maria Montessori Maria Montessori dilahirkan di Itali pada 31 Ogos 1870 di bandar Chiaravalle, Itali. Nama sebenar beliau ialah Maria Tecla Artemisia Montessori. Bapanya, Alessandro merupakan seorang akauntan dalam perkhidmatan kerajaan. Ibu beliau, Renilde Stoppani merupakan seorang yang berpelajaran tinggi dan sangat gemar membaca. Keluarga mereka berpindah ke Rom pada akhir 1974. Pada tahun 1876, Maria Montessori bersekolah di sebuah sekolah tempatan di situ iaitu, Via di San Nicolo da Tolentino. Beliau merupakan satu-satunya pelajar perempuan di sekolah yang kesemuanya terdiri daripada pelajar lelaki. Dari tahun 1886 sehingga 1890, Maria meneruskan pengajian menengahnya dalam bidang teknikal di Regio Istituto Tecnico Leonardo da Vinci untuk menjadi seorang jurutera. Ibu bapa Maria menggalakkan beliau mengambil bidang pendidikan, namun beliau lebih berminat dalam bidang perubatan untuk menjadi seorang doktor. Pada tahun 1890, Maria Montessori memasuki University Rom @ (Sapienza University of Rome) untuk mempelajari fizik, matematik dan sains semula jadi dan berjayamendapat diploma dalam masa dua tahun. Hal ini membolehkan beliau memasuki fakulti perubatan di Universiti Rom dan berjaya mendapatkan ijazah yang menjadikan beliau sebagai salah seoang doktor wanita pertama di Itali pada masa itu. Beliau dilantik menjadi pembantu pembedahan pada tahun 1896 di Hospital Santo Spirito di Rom. Kerjaya perubatannya menyebabkan beliau perlu berhadapan dengan kanak-kanak bermasalah mental (mental disorder). Hal ini menyebabkan beliau berminat mempelajari tentang pemikiran dan pembelajaran kanak-kanak yang akhirnya telah mencetuskan minat beliau yang mendalam dalam bidang pendidikan. Pada


tahun 1901, beliau melibatkan diri secara aktif mempelajari bidang falsafah pendidikan dan antropologi. Pada tahun 1904, beliau bertukar kerjaya menjadi seorang pensyarah di sekolah pedagogi Universiti Rom sehingga tahun 1908. Pada 6 Januari 1907, semasa mash bertugas sebagai pensyarah, beliau turut membuka pusat penjagaan kanak-kanak di Rom yang dikenali sebagai Casa dei Bambini (Rumah Kanak-kanak) yang membolehkan beliau mengajar kanak-kanak yang merupakan satu perkara yang disukainya. Semasa kembaranya ke India pada zaman Perang Dunia Kedua pada tahun 1939, beliau telah ditahan di India selama hampir 7 tahun yang membolehkan beliau bertemu dengan tokoh-tokoh besar falsafah Timur seperti Gandhi, Nehru dan Tagore. Hal ini turut menambah luaskan pendekatan pemikirannya terhadap falsafah dan pendidikan secara keseluruhannya. Dr. Maria Montessori telah dicadangkan untuk anugerah Nobel sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1949, 1950 and 1951 kerana kesungguhannya dalam memajukan pendidikan kanak-kanak di seluruh dunia. Pada 6 Mei 1952, beliau telah meninggal dunia di bandar Noordwijk aan Zee, sebelah barat Belanda semasa berumur 81 tahun. Sumbangan Tokoh Membuka Casa Dei Bambini. Casa Dei Bambini ini juga dikenali sebagai Rumah Kanak-kanak untuk Kanak-kanak Berumur 3 ke 6 Tahun di Kawasan Paling Miskin di San Lorenzo, Itali. Beliau percaya bahawa kanak-kanak belajar secara spontan sekiranya program pembelajaran dirancang dengan baik dan spesifik. Guru yang baik berusaha mengubah halangan dan memberi peluang kepada kanak-kanak berkembang dalam pembelajaran mereka. Contohnya, beliau melengkapkan bilik darjah dengan perabot bersesuaian dengan saiz kanak-kanak dan menggalakkan aktiviti praktikal seperti menyapu sampah dan membasuh meja. Pelajar diberi kebebasan dalam memilih dàn menjalankan aktiviti mengikut kemampuan mereka sendiri. Ramai pelajar telah lulus penilaian asas dengan mendapat skor akademik yang baik. Menubuhkan Pertubuhan Montessori Antarabangsa (Association Montessori Internationale - AMI) di Amsterdam, Belanda Pertubuhan Montessori Antarabangsa ini ditubuh dengan tujuan untuk memelhara asas kaedah pendidikan montessori yang sebenar. Daripada kajiannya tentang kaedah pedagogi Montessori mendapati bahawa kanak-kanak adalah bersifat universal dan unik, tidak boleh ditiru (unrepeatable), perlu disayangi, dihormati serta diterima tanpa syarat sebagai satu kurniaan tuhan. Berdasarkan kaedah ini, beliau percaya bahawa kanak-kanak berupaya belajar sendiri. Guru harus berperanan mencipta persekitaran dan menjadi pencetus (spark) untuk kanak-kanak belajar secara semula jadi. Proses ini akhirnya dikenali sebagai pembelajaran penemuan (discovery learning). Menjadi Pakar Rujuk Pendidikan Negara Itali dan di Peringkat Antarabangsa Pada tahun 1896 sehingga 1907, beliau telah dilantik oleh Menteri Pendidikan Itali sebagai pengarah Scuola Ortofrenica, iaitu pusat menjaga dan mendidik kanak-kanak dan remaja yang dianggap bermasalah dari segi mental dan mencabar. Pusat ini menggunakan kaedah Montessori dalam pengajarannya. Pada tahun 1922, beliau sekali lagi dilantik sebagai pemeriksa sekolah seluruh Itali. Di peringkat antarabangsa, beliau terlibat secara langsung menubuhkan Institut Pendidikan


UNESCO (UNESCO Institute for Education) pada tahun 1951 yang kini dikenali sebagai UNESCO Institute for Lilelong Learning (UIL). Mengendalikan Kursus-kursus Tentang Kaedah Montessori di Seluruh Dunia Pada tahun 1913, beliau ke Amerika Syarikat untuk memperkembangkan lagi kaedah Montessori setelah Alexander Graham Bell dan isterinya, Mabel menubuhkan Pertubuhan Pendidikan Montessori (Montessori Educational Association). Pada tahun 1915, beliau mengendalikan kursus guru dalam perkhidmatan kepada guru-guru di Amerika Syarikat semasa menghadiri Panama-Pacific International Exhibition di San Francisco. Beliau terlibat dalam mengendalikan kursus guru dalam perkhidmatan kepada guru-guru India pada 1939 semasa ditahan di sana sewaktu meletusnya Perang Dunia ke-2. Beliau juga menubuhkan pusat latihan Montessori (Montessori Centre) di London pada tahun 1947. -Nur Afina Binti Mohamad Sayuti3. Michael Fullan Michael Fullan merupakan seorang Pengarah Kepimpinan Global See Peggen for Deep Learning (NPDL) yang melaksanakan reformasi pendidikan dengan mandat umu nemkunta mencapai tujuan pembelajaran bagi kanak-kanak di seluruh dunia. Beliau merupakan seorang penulis spelar dan komosian pendidikan. Beliau dikenali antendum kerana kepakarannya dalam reformasi pendidikan dart selai banyak memberi konsultasi ke sekolah, kumpulan guna, institut penyelidikan dan kerapan. Latar Belakang Michael Fullan dilahirkan pada tahun 1940 di Toronto, Ontario. Fullan memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang Sosiologi dari University of Josto (1969) Kerjaya Fullan pernah bertugas sebagai guru siswazah, penyelidik dan pemimpin bagi program-program dalam perkhidmatan. Fullan juga merupakan bekas dekan Institut Pengajian Pendidikan Ontario (OISE), Universiti Toronto (1996). Beliau memberikan nasihat kepada pembuat dasar dan pemimpin tempatan di seluruh dutis agar menunjukkan kepimpinan dalam pendidikan. Beliau mengundurkan diri pada tahun 2003 sebagai dekan dan berkhidmat sebagai Profesor Emiritus Fullian juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Dasar Khas dalam Pendidikan kepada Premier of Ontario (2004-2013). Jasa dan sumbangan NPDM adalah perkongsian global yang bertujuan untuk melaksanakan tujuan pembelajaran mendalam (termakna) dalam sistem pendidikan yang diaktifkan sick pedagogi kami dan dipercepat oleh teknologi. NPDL digerakkan oleh empat elemen yang digabungkan untuk


membentuk pedagogi baru iaitu perkongsian pembelajaran (learning partnership), persekitaran pembelajaran (learning environments), amalan pedagogs (pedagogical practices) dan pemanfaatan. digital (leveraging digital). Di Malaysia konsep NPDL ini dikenali sebagai Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB). Sehingga lewat 1990-an, para pendidik dan penggubal dasar telah banyak membincangkan keperluan tentang kemahiran abad ke 21 iaitu critical thinking (pemikiran kritikal), creativity (kreativiti), communication (komunikasi) dan collaboration (kolaborasi). Michael Fullan menyatakan bagi kompetensi pembelajaran bermakna (deep learning competencies), murid perlu kepada Enam Kompentensi Global bukan hanya empat iaitu penambahan dua lagi Ccitizenship (kewarganegaraan) dan character education (pendidikan karektor). Fullan juga banyak membincangkan tentang teori perubahan dan antara penulisan berkaitannya ialah Change Theory- A force for School Improvement. Anugerah Michael menerima Order of Canada pada Disember 2012 kerana pencapaiannya dalam bidang reformasi pendidikan, sarjana, guru, penulis dan penasihat kepada kerajaan Kanada. Beliau juga merupakan pemegang gelaran Doktor Kehormat dari beberapa universiti di Amerika Utara dan luar negara. -Noor Ajwa Safia Binti Zainal Azhar4. Al-Ghazali (Hujjatul Islam) Nama Imam Al-Ghazali sememangnya tidak asing lagi dalam lembaran sejarah Islam. Ketinggian ilmu yang dimilikinya menjadi ia sangat dikenali dan digelar Hujjatul Islam (pembela Islam) iaitu satu penghormatan yang diberikan kepadanya kerana kejituan dan kekuatan hujahnya dalam membela agama Islam. Beliau turut dikenali dengan panggilan Algazel oleh masyarakat di barat. Beliau juga masyhur dengan bait-bait nasihat dan buku-buku karangannya yang menjadi rujukan hingga ke hari ini. Latar Belakang Nama sebenar Imam Al-Ghazali alah Muhamad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali Al-tusi. Beliau dilahirkan pada tahun 450H bessamaan 1058M lebih dikenali dengan panggilan Al-Ghazali aitu nisbah kepada kampung tempat kelahirannya, Ghazalah yang terletak di pinggir bandar Tusi di dalam wilayah Khurasan, Parsi (Iran). Bapanya merupakan seorang


tukang tenun kain daripada bulu kambing biri-biri atau dalam bahasa Arabnya dikatakan al-Ghazzal. Beliau juga digelar Abu Hamid, yang bererti bapa kepada Hamid iaitu dinisbahkan kepada anaknya. Pendidikan Al-Ghazali adalah seorang tokoh ulama yang tinggi ilmunya dan merupakan seorang pemikir besar dalam sejarah falsafah Islam dan dunia. Dalam ilmu fikah, beliau bermazhab Syafie sementara dalam ilmu kalam beliau mengikuti aliran Al-Asyaari atau Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Beliau sangat suka belajar ilmu agama dan mendampingi para ulama sufi. Bapanya meninggal dunia semasa Al-Ghazali dan saudaranya Ahmad masih kecil namun sempat menyerahkan sedikit wang saraan serta mewasiatkannya kepada sahabatnya yang miskin seorang guru dan ahli tasawwuf untuk pembelajaran kedua anaknya itu. Sahabat bapanya itu telah mendidik mereka berdua menulis dan kemudiannya menasihatkan Al-Ghazali dua bersaudara agar pergi ke Tusi untuk menyambung pelajaran di sebuah madrasah yang didirikan oleh perdana menteri Nizam al-Mulk. Al-Ghazali telah belajar ilmu fiqh daripada seorang alim yang bernama Al-Syeikh Ahmad ibn Muhammad ar-Radhakani. Beliau juga telah mempelajari ilmu nahu dan ilmu hisab, serta telah berjaya menghafal isi al-Quran. Al-Ghazali kemudian ke Jurjan berguru dengan Abu Nasr Al Ismaili (469H) dan kemudiannya berkahwin di sana sebelum pulang ke Tusi. Beliau belajar tasawwuf daripada Yusuf Annasaj, seorang sufi terkenal. Seterusnya, Al-Ghazali berangkat menuju ke sekolah tinggi Nizamiyyah di Naisabur (471H) dan belajar dengan Abu Almaa'li Diyaauddin al-Juwaini yang terkenal dengan gelaran Imam Haramain. Pelbagai cabang ilmu telah dipelajari daripadanya iaitu ilmu agama seperti fikah dan ilmu kalam atau ilmu falsafah seperti mantik, jidal, hikmah dan lain lain sehinggalah beliau memperoleh ilmu tentang pelbagai mazhab, perbezaan pendapat masing-masing dan beliau dapat menolak tiap-tiap aliran yang dianggap salah dan intelektualnya yang tinggi berupaya mengimbangi keilmuan gurunya itu. Beliau mula mengarang buku-buku dalam pelbagai bidang dan antara buku karangannya yang dikagumi gurunya ialah yang dinamakan al-Mankhul. Beliau kemudiannya sebagai pengetua di Madrasah al-Nizamiyyah di Baghdad. Pada usianya baru 33 tahun, beliau diberi kepercayaan penuh menjadi ulama yang disegani di ibu kota kerajaan. Kemasyhuran beliau sebagai ulama, guru serta pemidato yang petah berucap tersebar dengan pantas. Kuliahnya semakin menarik perhatian para pelajarnya termasuklah beratus-ratus orang kenamaan dan terhormat turut menghadirinya. Sekitar 1095M, Imam Al-Ghazali meninggalkan kariernya dan Baghdad dikatakan untuk menunaikan haji di Mekah. Tokoh hebat itu meninggalkan segala kekayaan dan kariernya yang berada di puncak serta mewakafkan sebahagian hartanya dan sebahagian lagi untuk bekalan berkelana di Damsyik dan Jerusalem serta melawat Mekah.


Jasa dan Sumbangan Imam Al-Ghazali terkenal sebagai ulama utama dalam sejarah pemikiran Islam beliau juga telah mengkaji pemikiran dan falsafah Yunani dan mengkritik hingga berjaya melemahkan pengaruh Yunani dalam alam pemikiran Islam. Beliau juga berjaya menghidupkan semula fahaman Islam dan meninggalkan taqlid yang membuta tuli kepada punca petunjuk yang betul iaitu kitab Allah dan sunah Rasulullah SAW. Beliau banyak menumpukan kepada usaha mengkaji hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih dengan cara sistematik. Namun, usaha murninya itu tidak sempat dihabiskan kajiannya. Antara sumbangan/jawatan Al-Ghazali ialah: 1. Penasihat Agung Perdana Menteri Nizam al-Mulk 2. Pensyarah Kanan di Universiti Nizamiah, Baghdad dan Cawangan Naisabur 3. Pendokong fahaman al-Asya'irah atau dikenali dengan nama mazhab Ahlus Sunnah Wal Jama'ah 4. Menolak fahaman ahli falsafah yang bertuhankan akal yang meresap dalam Ilmu Kalam 5. Pelopor / Mursyid kepada golongan sufi 6. Penulis: menghasilkan banyak kitab/karya dalam pelbagai bidang ilmu termasuk dalam bidang falsafah, mantiq, tasawuf, akhlak, kenegaraan. Karya dan Penulisan Imam al-Ghazali Sepanjang hayatnya, Al-Ghazali telah mengarang ratusan buku dalam pelbagai bidang antaranya Ihya' Ulum al-Din, Bidayah al-Hidayah, Mizan al-A'mal (Timbangan Amal), Minhaj al-Abidin, Al-Mustafa Min Usul al-Fiqh, Al-Iqtisad Fi al-I'tiqa dan lain-lain. Al-Ghazali meninggal dunia di Tusi pada hari Isnin, 14 Jamadilakhir tahun 505H bersamaan 19 Disember 1111M. Beliau juga merupakan individu yang memajukan teori nilai dan hubung kait dengan tenaga buruh (berkaitan ekonomi) dan memperkenalkan pembahagian tenaga kerja dan menyokong pasaran terbuka. Ibnu Khaldun meninggal dunia pada 1406 Masihi ketika berusia 76 tahun di Kaherah, Mesir dengan meninggalkan nama yang cukup gah hingga ke hari ini.


Click to View FlipBook Version