MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK DERMAWAN KALI KE-20 TAHUN 2022/2023 Tarikh : 21 Mei 2022 Masa : 8.30 Pagi Tempat : Dewan Terbuka Seri Dermawa, SK Tasek Dermawan Kehadiran : 1. Tn. Hj. Noor Azlan bin Sam@Samsudin ppt. YDP PIBG 2. En. Shahrul Izam bin Mustapha NYDP PIBG 3. Pn. Nur Azliza binti Muhamat Sin Setiausaha 4. Pn. Vimala Victoria a/p Arumugam Bendahari 5. En. Mohd Rashidi bin Elias AJK 6. Pn. Sharifah Zaleha binti Meadullah Shah AJK 7. En. Megat Mahassan bin Megat Yaacob AJK 8. En Faizzuddin bin Yahaya AJK 9. Pn. Siti Azyyati binti Anwar AJK 10. Pn. Kamaliatul Hidayah binti Pandak Kamal AJK 11. Pn. Aznita binti Ahmad AJK 12. Pn. Khairun Najwa binti Zaradi AJK 13. Pn. Norfatimah binti Abd Rahman AJK 14. Pn. Noraini binti Aleyas AJK 15. En. Muhammad Wira bin Mohd Rodzi Ahli 16. Pn. Norihan binti Ab Ghani Ahli 17. Pn. Norjihan binti Mat Rashid Ahli 18. Pn. Saniah binti Shaari Ahli 19. Pn. Sufiatul Mazni binti Abdullah@ Salleh Ahli 20. Pn. Vasanthy a/p Govindan Ahli 21. En. Nor Azlan Shah bin Mohd Redhun Ahli 22. En. Basri bin Abdullah Ahli 23. Pn. Norashizah binti Rashid Ahli 24. Pn. Atiqah binti Ibrahim @ Ishak Ahli 25. En. Ahmad Khusyairi bin Shuib Ahli 26. Pn. Poovaneswari a/p Rasu Ahli 27. En. Mohd Ikhmal bin Mukhtar Ahli 28. Pn. Anis Asmyra binti Ramli Ahli 29. Pn. Anu Radha a/p Subramaniam Ahli 30. Cik Aimi Suhana binti Jamaludin Ahli 31. Pn. Aniza binti Malik Ahli 32. Pn. Wan Rosnina Salwani binti Wan Mamat Ahli 33. Pn. Sarmiza binti Chek Morat Ahli 34. Pn. Ezalia binti Dzulkifli Ahli 35. Pn. Nor Emylia binti Muhawiz Ahli 36. Pn. Norihan binti Abdul Ghani Ahli
37. Pn. Wan Faizah binti Wan Hussin Ahli 38. Pn. Roziah binti Ahmad Ahli 39. En. Muhammad Nor Azim bin Nadzam Ahli 40. Pn. Rosilawati binti Ramly Ahli 41. En. Wan Muhd Parihan bin Wa Hasan Ahli 42. Pn. Nur Hashimah binti Rahudin Ahli 43. En. Muhamad Abdullah bin Ismail Ahli 44. En. Baharuddin bin Hamsin Ahli 45. Pn. Rozana binti Yaakob Ahli 46. En. Meor Muhammad Syukri bin Madzlan Ahli 47. En. Tajul Hamidi bin M. Zainal Ahli 48. Pn. Masitah binti M. Hanafiah Ahli 49. Pn. Che Rohayu bin Hassan Ahli 50. Pn. Jamnah binti Ramli Ahli 51. En. Tun Zairul Iskandar bin Zainal Ariff Ahli 52. Pn. Zarehan binti Rusli Ahli 53. En. Mohamad bin Ismail Ahli 54. En. Khuzairibin. Nazari Ahli 55. En. Azaman Hamid Ahli 56. En. Mohammad Rafi bin Che Mat Ahli 57. Pn. Nur Atifah binti Abdullah Ahli 58. En. Izham Sazali bin Mohd Saleh Ahli 59. Pn. Sharifah Nur 'Ain binti Said Ali Ahli 60. En. Mohd Junaidi bin Shafie Ahli 61. En. Rizal Aziky bin Che Omar Ahli 62. En. Mohamad Firdaus bin Abd Rahim Ahli 63. En. Mogana Sundaram a/ l Subramaniam Ahli 64. Pn. Norhanim binti Khairul Akmal Ahli 65. En. Mohd Hamezan bin Mohd Zainuddin Ahli 66. En. Nazrol Azwan bin Ahmad Ahli 67. En. Yusnor Azmer bin Mohd Yunus Ahli Tidak hadir : 1. Pn. Kalaivani a/p Murgan AJK (Bersebab) 2. En. Shamsul Kamar bin Hamid AJK (Bersebab) Turut Hadir : 1. En. Norzie bin Abdul Aziz Penasihat / GURU BESAR 2. Pn. Noor Sa'adah binti Osman Ex- Officio/ PK PENTADBIRAN 3. En. Muazzam Shah bin Ahamad Termizi Ex- Officio/ PK HEM 4. Pn. Hamizan binti Rati Ex- Officio/ PK KOKU Agenda Mesyuarat : 1 Agenda 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG 1.1 YDP PIBG Tn. Hj. Noor Azlan mengucapkan terima kasih kerana masih memberi kepercayaan untuk mengetuai PIBG SK Tasek Dermawan sesi 2022 -2024. 1.2 Beliau juga berharap dapat bekerjasama dengan semua ibu bapa dan guru untuk kecemerlangan SK Tasek Dermawan.
2 Agenda 2 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-19 2.1 Pn. Nur Azliza binti Muhamat Sin selaku setiausaha PIBG sesi 2022-2024 membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-19 untuk disokong dan disahkan. 2.2 Pn. Kamaliatul Hidayah mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke19/2021 disahkan dan disokong oleh En. Khuzairi bin Nazari. 3 Agenda 3 : Membentang Laporan Tahunan Tahun 2021 3.1 Pn. Nur Azliza Binti Muhamat Sin setiausaha PIBG membentangkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2021. 4 Agenda 4 : Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Tahun 2021 4.1 Pn.Vimala Victoria a/p Arumugam bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan bagi tahun 2021. 4.2 Penyata kewangan adalah dari 1 Januari hingga 31 Disember 2021. Baki bawa ke bawah adalah sebanyak RM8349.64. 4.3 En. Meor Muhammad Syukri mencadang Penyata Kewangan Tahun 2020 untuk disahkan dan disokong oleh En. Khuzairi B. Nazari . 5 Agenda 5 : Membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020-2022 5.1 En Noor Azlan bin Sam@Samsudin selaku YDP PIBG membubarkan jawatankuasa sesi 2020- 2022 dan memohon maaf kepada semua ahli jika ada kekurangan dari pihak AJK yang dilantik sepanjang sesi 2020-2022. 5.2 Seterusnya YDP melantik guru besar En. Norzie bin Abdul Aziz sebagai Pengerusi sementara bagi meneruskan agenda mesyuarat agung. 6 Agenda 6 :Memilih Jawatankuasa PIBG Sesi 2022-2024 6.1 En. Norzie bin Abdul Aziz dilantik untuk menjadi pengerusi sementara bagi memilih dan membuat undian barisan AJK PIBG Sesi 2022-2024. 6.2 Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa baru bagi sesi 2022-2024 yang telah dipersetujui oleh semua ahli(Rujuk lampiran):- Penasihat : En. Norzie bin Abdul Aziz Yang Dipertua : En. Noor Azlan bin Sam@Samsudin Naib Yang Dipertua : En. Nazrol Azwan bin Ahmad Setiausaha : Pn. Nur Azliza binti Muhamat Sin Bendahari : Pn. Vimala Victoria a/p Arumugam AJK : 1) En. Tun Zairul Iskandar bin Zainal Ariff (AJK Ibu bapa) 2) En. Yusnor Azmer bin Mohd Yunus (AJK Ibu bapa) 3) Pn. Jamnah binti Ramli (AJK Ibu bapa) 4) Pn. Kamaliatul Hidayah binti Pandak Kamal (AJK Ibu bapa) 5) En. Shahrul Izam bin Mustapha (AJK Ibu bapa) 6) Pn. Marina binti Mohd Zahar (AJK Guru)
7) Pn. Saniah binti Shaari (AJK Guru) 8) En. Muhammad Wira bin Mohd Rodzi(AJK Guru) 9) Pn. Norihan binti Ab Ghani (AJK Guru) 10)Pn. Norjihan binti Mat Rashid (AJK Guru) 7 Agenda 7 : Memilih dua orang Juruaudit 2022-2024 7.1 Berikut adalah Juruaudit baru bagi sesi 2022-2024 yang telah dipersetujui oleh semua ahli:- Juruaudit: 1) Pn. Sufiatul Mazni binti Abdullah@ Salleh (Ibu bapa) 2) Pn. Norfatimah binti Abd Rahman (Guru) Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-20 menentukan 3 orang jawatankuasa sebagai penandatangan dalam buku cek sekolah adalah seperti di bawah: Bil. Nama Jawatan No.Kad Pengenalan 1. En. Noor Azlan bin Sam@Samsudin YDP 721215-08-6439 2. Pn. Nur Azliza binti Muhamat Sin Setiausaha 811030-01-6070 3. Pn. Vimala Victoria a/p Arumugam Bendahari 810313-14-5644 8 Agenda 8 : Menetapkan Sumbangan Dana PIBG 2022-2024 8.1 En. Noor Azlan bin Sam@Samsudin selaku YDP PIBG yang baru menerangkan tentang Kutipan Bayaran Tambahan PIBG tahun 2022/2023 perlu dibincang bagi mendapatkan persetujuan ahli untuk jumlahnya. 8.2 Yang Dipertua menerangkan tentang perincian cadangan bayaran tambahan PIBG yang boleh dirujuk oleh semua ahli sebelum membuat cadangan amaun yang perlu disumbangkan oleh setiap keluarga. 8.3 Hasil penerangan, semua ahli PIBG yang hadir dalam mesyuarat berpuas hati, bersetuju serta menerima cadangan sumbangan dana PIBG yang dicadangkan bagi tahun 2022-2024. 8.4 Guru Besar menyatakan bahawa cadangan kutipan sumbangan PIBG ini telah dibincangkan bersama para pentadbir yang lain dan bersetuju untuk mengambil jalan tengah iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Bil Tajuk / Jenis Kutipan yang dibenarkan Pra sekolah (RM) Thn.1 (RM) Thn.2 (RM) Thn.3 (RM) Thn.4 (RM) Thn.5 (RM) Thn.6 (RM) 1 Sumbangan PIBG 30.00 (per keluarga) 2 Program Peningkatan Akademik (perkepala) 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 3 Keselamatan dan keceriaan (perkepala) 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 Jumlah Besar 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00
8.5 Beliau juga menyatakan bahawa sumbangan ini akan dibelanjakan dengan berhemat mengikut perlembagaan yang ditetapkan 9 Agenda 9 : Membahaskan Usul-usul 9.1 USUL 1 Meminta guru-guru sentiasa memaklumkan perkembangan anak semasa di sekolah terutamanya murid pemulihan. Ibu bapa perlu mendapat maklumat agar dapat membantu guru untuk pencapaian yang lebih baik. Perbanyakkan kelas agama untuk belajar mengaji dan solat. KEPUTUSAN Pihak sekolah akan mempertingkatkan makluman kepada ibu bapa dan memaklumkannya di dalam website. Berikutan itu, ibu bapa hanya perlu mengisi nombor kad pengenalan anak atau nama anak untuk mendapatkan keputusan berkaitan PBD. Selain daripada itu, pihak sekolah akan memaklumkan maklumat dari masa ke semasa di dalam group kelas. (GURU BESAR) PEMBAWA USUL : Tengku Nor Atirah Aina (Muhammad Nasrullah, 2 Alamanda) : Meor MuhammadSsyukri (Wan Nur Nafisah, 2 akasia) 9.2 USUL 2 Mencadangkan supaya pihak sekolah menyediakan rak buku utk simpanan buku kerja/ teks/ latihan di dalam kelas. Pelajar hanya perlu membawa buku latihan sahaja dari rumah. KEPUTUSAN Pihak sekolah telahpun menyediakan rak buku di dalam kelas untuk meletakkan buku aktiviti dan buku latihan. Namun begitu, buku teks perlu dibawa semasa datang dan balik ke sekolah. Murid juga perlu mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. (GURU BESAR) PEMBAWA USUL : Nor Shah binti Zakaria(Ahmad Izz Fayyadh bin Sazimi, 5 Akasia) 9.3 USUL 3 1. Mohon supaya pihak sekolah memastikan penggunaan buku aktiviti/kerja digunakan sepenuhnya (pada akhir persekolahan masih ada banyak latihan yang tidak dilengkapkan). KEPUTUSAN Pihak sekolah menjelaskan bahawa isu penggunaan buku kerja adalah disebabkan kekangan akibat pandemik. Namun begitu, beliau akan meminta guru mata pelajaran tahap 1 dan tahap 2 menyelesaikan buku kerja dan buku latihan dengan baik. (GURU BESAR) 2. Mencadangkan agar mengenakan denda RM1(untuk sebuah buku) kepada murid yang tidak membalut buku teks kerana sebilangan murid sekolah ini tidak menghargai buku teks yang diberikan. Pada masa yg, sama menyumbang kepada tabung PIBG. KEPUTUSAN Pihak sekolah tidak boleh mengenakan denda terhadap murid. Namun begitu, Guru Besar amat berharap agar ibu bapa dapat bekerjasama membalut buku teks yang diterima. Pihak sekolah juga akan membincangkan cara terbaik untuk membalut buku teks di dalam kelas dengan kerjasama unit SPBT. (GURU BESAR)
PEMBAWA USUL: Mohd Rashidi Bin Elias (Muhammad Kalish Nasreen B. Mohd Rashidi, 6 Azalea) 9.4 USUL 4 1. Mencadangkan dibersihkan lumpur/lumut di laluan berbumbung dari pintu kecil (tepi) menuju ke kantin bagi menjamin keselamatan anak-anak dari tergelincir dan mengelakkan kotoran pada kasut dan uniform anak-anak. KEPUTUSAN Cadangan diterima dan pihak sekolah akan cuba menyelesaikan masalah ini dalam tahun ini. (GURU BESAR) 2. Memohon untuk memastikan anak-anak diawasi ketika menunggu ibu bapa di pondok menunggu semasa waktu pulang agar SOP Pencegahan Covid 19 dapat diamalkan, terutamanya anak-anak PRA dan Tahun 1. KEPUTUSAN Pihak sekolah sentiasa mengawasi anak-anak semasa datang dan balik ke sekolah. SOP berbaris, turun dari kelas, berkumpul di dewan terbuka masih diteruskan. Pihak sekolah juga telah menjalankan SOP penyuraian yang ke-4 yang telah disarankan oleh kementerian pendidikan. (GURU BESAR) PEMBAWA USUL : Pn. Nurul Aisyah Yap bt. Abdullah (Nur Ain Shaffiyyah bt Mohd Rosli, 1 Akasia) 9.5 USUL 5 1. Memohon kawalan trafik di kawasan tempat parkir/menunggu, agar kawasan DILARANG PARKIR tidak diletakkan kenderaan bagi mengelakkan kesesakan dan memudahkan murid-murid memasuki sekolah. 2. Membaik pulih tanda jalan(warna kuning) dilarang parkir kenderaan pada ruangan hadapan pintu keluar pelajar. Sangat berbahaya terhadap keselamatan kanak-kanak ketika keluar dari pintu pagar. 3. Memohon supaya adakan petugas untuk mengawal lalulintas di kawasan parkir ibu bapa kerana ramai ibu bapa yang berhenti dipintu masuk yang menyebabkan punca kesesakan lalu lintas. 4. Pihak sekolah perlu sediakan kawasan drop-off zone yang specifik agar lalu lintas lebih lancar KEPUTUSAN - Pihak sekolah akan cuba meminta pengawal sekolah untuk mengawal lalulintas dan cuba berbincang bersama penyelianya. Namun begitu, Guru Besar berharap agar ibu bapa juga bekerjasama dalam meletakkan kenderaan agar tidak berlaku kesesakan. - Pihak sekolah juga akan berbincang bersama jawatankuasa yang baru untuk mengadakan gotong-royong besar-besaran untuk keselamatan, kesihatan dan keceriaan sekolah (3K). (GURU BESAR) PEMBAWA USUL : Pn. Nurul Aisyah Yap Bt Abdullah (Nur ain Shaffiyyah 1 akasia) : En. Mohd Anuar bin mohd saff (Muhammad Afiq Hakim 6 alamanda) : Pn. Nor Azizan(Hajar Auni bt Nor Azizan 4 alamanda) : En. Yusnor Azmer b. Mohd Yunus ((Mohd Syazwan Aiman 5 akasia)
: Pn. Nadila Shamsulkhair (Nur zahrah Aleesya Abdul Shahid 5 akasia) 9.6 USUL 6 1. Memberi peluang anak-anak bermain di padang sewaktu PJ. KEPUTUSAN Pihak sekolah membenarkan aktiviti ini mengikut SOP 4.0 yang baru. Namun begitu, pihak sekolah telah melaksanakannya semasa SOP 3.0 yang telah ditambah baik. (GURU BESAR) 2. Memanggil badan uniform untuk membuat pameran di sekolah. Contoh bomba, polis, JPAM. KEPUTUSAN Pihak sekolah akan cuba melaksanakan aktiviti ini di bawah unit Kaunseling dan HEM. (GURU BESAR) 3. Memperkenalkan pelajar dengan perpustakaan bergerak (sistem gilir2 untuk ikut SOP). KEPUTUSAN Pihak sekolah telah menjalankan aktiviti ini di bawah program NILAM dimana buku-buku di bawa ke kelas dan diedarkan kepada murid khususnya. Namun begitu, pihak sekolah di bawah guru perpustakaan Pn. Norjihan binti Mat Rashid akan cuba bekerjasama dengan Perpustakaan Negeri untuk menjalankan aktiviti perpustakaan bergerak di sekolah. (GURU BESAR) 4. Perbaiki makanan di kantin. Sambal nasi lemak agak pedas. Cadangan mengasingkan sambal daripada nasi. KEPUTUSAN Pengusaha kantin sekolah adalah pengusaha kantin yang baru dan memerlukan masa untuk penyesuaian di sekolah. (GURU BESAR) PEMBAWA USUL : Meor Muhammad Syukri (Wan Nur Nafisah, 2 akasia) 9.7 USUL 7 Membenarkan kenderaan ibu bapa/ penjaga masuk ke kawasan sekolah semasa membeli buku semasa cuti sekolah KEPUTUSAN Pihak sekolah akan memberi kelonggaran kepada ibu bapa/penjaga untuk bawa kenderaan ke dalam sekolah untuk pembelian buku semasa cuti sekolah. (GURU BESAR) PEMBAWA USUL : Nurazlin Norazhar (Nur Alya Sofea, 3 akasia) 9.8 USUL TERGEMPAR Tiada usul tergempar yang di bangkitkan.
10 Agenda 6 : Ucapan Penangguhan 10.1 YDP PIBG YDP mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar di atas penerangan yang begitu jelas, tepat dan padu. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang terlibat. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi. Pencatat Minit : 1. Pn. Norfatimah Binti Abd. Rahman 2. Pn. Roziah Binti Ahmad 3. Pn. Norashizah Binti Rashid Disediakan oleh, Disemak oleh, (NUR AZLIZA BINTI MUHAMAT SIN) (NOOR AZLAN BIN SAM@SAMSUDIN) Setiausaha, Yang DiPertua, Persatuan Ibu bapa-Guru (PIBG), Persatuan Ibu bapa-Guru (PIBG), SK Tasek Dermawan. SK Tasek Dermawan. s.k. 1. Fail Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara (u.p. : En. Hasri bin Md Ishak) 2. Guru Besar, Sk. Tasek Dermawan 3. Fail Sekolah, Sk. Tasek Dermawan