The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 565-8-afiqah, 2022-10-16 09:39:26

ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD

ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD

ZainaAlhAmbaiddin bin



Tan Sri (Dr.) Zainal Abidin bin Ahmad (16
September 1895 – 23 Oktober 1973), juga
dikenali sebagai Za'aba merupakan seorang
sasterawan bahasa Melayu dan pemikir
keturunan Minangkabau yang giat menulis
sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan
pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan,
beliau merupakan salah seorang budak
kampung yang berjaya meletakkan dirinya
sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam
sejarah Malaysia.

Beliau merupakan seorang cendekiawan
Melayu yang dihormati dan selama hampir 40
tahun, aktif dalam kegiatan penulisan
termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga
tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan
bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab
Perguruan Sultan Idris

KEHIDUPAN AWAL

Zainal Abidin dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas,
Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan. Beliau anak sulung daripada tiga adik-
beradik kepada Intan Awaluddin (1877-1907), seorang Minangkabau Tanah
Datar dan Ahmad Ibrahim (1862-1927), seorang suku Bugis Linggi Kepulauan
Riau; Ahmad berharta hasil kerjanya sebagai petani dan pemborong yang
mengerjakan jalan-jalan kecil di Bahau dan Kuala Pilah, dia tidak sahaja
berpengetahuan agama malah satu satunya penduduk kampungnya yang
pandai membaca dan menulis.
Zainal belajar sendiri menulis ketika berusia lima tahun pada daun-daun
pokok pisang, gelagatnya menarik perhatian ayahnya yang membelikannya
papan tulis untuknya. Hadiah tersebut mendorong Zainal mendalamkan
lagi minatnya menulis serta tajamkan lagi kemahirannya. Beliau turut diajar
untuk mengaji al Quran pada usia muda ini.
Ibunya meninggal dunia pada tahun 1907 ketika Za'ba berumur 12 tahun

PENDIDIKAN

Beliau mula mendapat pendidikan secara rasmi di sebuah
sekolah Melayu di Linggi. Disebabkan beliau sudah bijak
membaca, menulis jawi dan rumi, beliau ditempatkan dalam
darjah tiga. Ayahnya menghantarkannya ke sebuah sekolah
berdekatan di Linggi tahun 1909 kerana mahukannya belajar
bahasa Arab dan fekah sehingga mahir sebagai seorang ulama,
namun Zainal berubah minat sendiri
Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul
Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki
peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.

KERJAYA AWAL

Zaaba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916
di English College, dan kemudiannya bertukar ke:
• 1918: Kolej Melayu Kuala Kangsar
• 1923: Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur
• 1924: Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim
• 1939: Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1942
• 1942: Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London
• 1954: Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959.
Zaaba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang
penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar dan
majalah-majalah tempatan seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh dan
Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa
Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu Mengarang. Hasil penulisannya yang lain
termasuk Cerita-cerita Shakespeare terbitan Percetakan Gudang Chap di Singapura
yang menghimpunkan seberapa karya terpilih karyawan bahasa Inggeris William
Shakespeare yang diterjemahkan Zaba sendiri

KERJAYA POLITIK

Selepas tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, Zaaba
sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur. Tentera British datang
semula ke Tanah Melayu. Oleh sebab itu, mereka menubuhkan
Malayan Union. Penubuhan ini ditentang oleh pemimpin-pemimpin
Melayu. Penentangan tersebut diketuai oleh Dato' Onn Jaafar dan
menubuhkan UMNO sebagai usaha untuk menyatupadukan bangsa
Melayu. Zaaba dilantik menjadi Setiausaha Agung UMNO yang
pertama namun jawatan tersebut tidak kekal lama kerana beliau
lebih berminat dengan bidang penulisan dan Bahasa Melayu.

SENARAI KARYA

Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling.
Ilmu Bahasa Melayu (1926)
Rahsia Ejaan Jawi (1929)
Umbi Kemajuan (1932)
Falsafah Takdir (1932)
Pelita Mengarang: Ilmu Mengarang Melayu (1934)
Daftar Ejaan Melayu: Jawa-Rumi (1938)
Siri Pelita Bahasa Melayu
Asuhan Budi Menerusi Islam (1958)

TERSIMEKAIAKNA,SIH


Click to View FlipBook Version