The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN FTGK3013 FOTOGRAFI
(MUHAMMAD AKIL BIN ZAINAL)
2020302340098

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by akil05-406, 2023-07-27 00:34:45

PORTFOLIO FOTOGRAFI

TUGASAN FTGK3013 FOTOGRAFI
(MUHAMMAD AKIL BIN ZAINAL)
2020302340098

22 3. Menaikkan temp kepada sedikit warm dan menambah tint. 4. Menambah texture


23 Hasilnya, subjek kelihatan lebih cerah dan lebih jelas. Keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan hasil suntingan yang saya lakukan. Gambar selepas suntingan Gambar sebelum suntingan


24


i TUGASAN 4: Penulisan Apresiasi (Individu - 10%) Berdasarkan tema untuk pameran, bina dan sampaikan secara kreatif (tidak melebihi 700 patah perkataan untuk kedua-dua karya) apresiasi anda terhadap dua karya fotografi anda yang akan dipamerkan.


1 GAMBAR 1 Karya ini diberi tajuk “Merejam Lembing”. Ia ditangkap menggunakan teknik fast shutter. Tetapan kamera pada ISO 800, Aperture f/5.6 dan Shutter 1/500 saat telah digunakan bagi menghasilkan gambar seperti di atas. Penggunaan shutter yang cepat adalah bagi memastikan subjek dapat ditangkap dengan jelas meskipun sedang bergerak dengan laju. Hasilnya, jika dilihat pada gambar di atas, subjek berada dalam keadaan kaku dan kelihatan jelas tanpa sebarang blur. Selain itu, bukaan aperture yang besar pula adalah bagi memastikan cahaya yang cukup dapat masuk ke sensor. Hal ini adalah untuk mengelakkan gambar menjadi gelap kerana shutter yang cepat. Namun, disebabkan keadaan pada masa itu agak mendung, tetapan ISO yang agak tinggi iaitu 800 juga perlu digunakan. Hal ini kerana kemampuan kamera yang digunakan iaitu Sony A6400 terhad kepada bukaan aperture f/5.6 sahaja.


2 Gambar yang diambil di Padang IPG Kampus Tuanku Bainun ini ingin menyampaikan mesej kehidupan sejahtera pelajar IPG selaras dengan tema bagi pameran fotografi yang dilakukan. Gambar ini diambil pada Kejohanan Olahraga Tahunan Tuanku Bainun 2023. Jadi, melalui gambar orang sedang merejam lembing tersebut, kita dapat lihat kehidupan pelajar IPG bukan sahaja bertumpukan kepada pelajaran malah turut mementingkan aspek kesihatan. Di samping itu, melalui gambar di atas kita juga mudah mengenal pasti subjek utama yang ingin difokuskan. Hal ini kerana point of interest berada di tengah-tengah gambar dan dapat dilihat dengan jelas. Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan penghasilan gambar tersebut kerana saya berjaya mengimplementasikan kemahiran yang telah dipelajari. Melalui gambar ini saya dapat menjadikan ia sebagai bahan publisiti yang saya pamerkan pada Pameran Fotografi.


3 GAMBAR 2 Gambar kedua yang dipilih untuk dijadikan bahan publisiti adalah gambar diberi tema “Multiracial”. Gambar di atas diambil menggunakan teknik eye level shot iaitu gambar diambil pada paras mata subjek menjadikan ia seperti gambar portrait. Gambar ini diambil di Makmal Makro IPG Kampus Tuanku Bainun menggunakan tetapan untuk penggambaran studio seperti bukaan aperture f/5.6, shutter speed 1/50 saat dan ISO 2000. Tetapan ISO yang tinggi adalah kerana keadaan di dalam bilik atau studio sedikit gelap.


4 Berdasarkan gambar yang diambil, mesej yang ingin disampaikan adalah keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan yang wujud antara dua bangsa yang berlainan. Hal ini bertepatan dengan tema pameran fotografi yang diadakan iaitu “Kehidupan Sejahtera”. Kedudukan subjek yang saling membelakang sesama mereka dan riak wajah mereka menunjukkan keharmonian dan ketenangan. Posisi tersebut juga membentuk keseimbangan dalam gambar. Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan penghasilan gambar tersebut kerana saya berjaya mengimplementasikan kemahiran yang telah dipelajari. Melalui gambar ini saya dapat menjadikan ia sebagai bahan publisiti yang saya pamerkan pada Pameran Fotografi.


Click to View FlipBook Version