The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norwani Daud, 2021-01-20 20:31:57

4 CARA BELAJAR ONLINE

4 CARA BELAJAR ONLINE

Aspirasi Unit Bimbingan Kaunseling
SMK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur

Cg. Huda, Cg. Wanie & Cg. Loh

Saya pasti anda juga tahu bahawa masa itu adalah sangat penting dan seperti kata
pepatah, masa itu adalah emas. Apa yang anda harus lakukan ialah anda pelu membuat

jadual waktu harian dengan membahagikan waktu belajar, menyiapkan tugasan dan
aktiviti-aktiviti lain. Hal ini dapat mewujudkan kehidupan yang lebih teratur dan
efisien supaya kehidupan dan emosi anda lebih stabil.

Mungkin sebahagian daripada pelajar berpendapat, jadual waktu harian tidak memberi
apa-apa kesan yang baik bahkan sama sahaja hasilnya. Hal ini kerana kebanyakan
pelajar tidak patuh dan berdisiplin dalam mengikuti jadual waktu harian yang telah
ditetapkan oleh diri mereka.
Sewaktu membuat jadual waktu harian, anda harus bijak dalam membahagikan masa
yang sepatutnya dalam setiap perkara. Anda juga perlu memastikan diri anda boleh
melaksanakan dan mematuhi jadual tersebut. Dalam konteks ini, disiplin diri lebih
utama.
Seperti kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Untuk menjadi
seorang yang berjaya, anda perlu berkorban masa dan tenaga selain ia dapat
membantu anda untuk mencapai sesuatu impian.

Dalam menghasilkan cara belajar yang lebih efisien di atas talian, anda harus
menyediakan tempat belajar yang lebih kondusif. Anda perlu memilih tempat
yang selesa, selamat dan tidak mudah diganggu. Belajar secara atas talian
memerlukan internet berkelajuan tinggi. Oleh itu, pelajar harus bijak untuk
mencari kawasan internet yang mudah diakses supaya anda tidak terlepas apa-
apa perkara mengenai tugasan dan pembelajaran yang diberikan oleh guru-
guru. Pastikan tempat belajar anda tidak terlalu selalu seperti di atas katil
atau bilik yang gelap kerana ianya boleh membuatkan anda berasa ngantuk dan
tertidur sewaktu kelas berlangsung. Anda jugak perlu memastikan segala
alatan untuk belajar adalah mencukupi seperti alatan tulis, buku latihan dan

buku-buku nota dan sebagainya.

Untuk mengekalkan konsentrasi anda berterusan, anda perlu memastikan bahawa diri
anda mempunya rehat yang secukupnya. Pastikan anda tidur secukupnya dalam 6-7

jam sehari kerana ia boleh memberikan impak yang besar kepada prestasi
pembelajaran anda. Hal ini juga dapat meningkatkan daya ingatan dan pemikiran yang

lebih berkesan dalam menimba ilmu.
Selain itu, sekiranya anda mengulang kaji pelajaran, pastikan anda rehat dalam 5-10
minit dan elakkan penggunaan telefon sewaktu rehat anda. Hal ini kerana penggunaan
telefon menyebabkan otak dan mata anda menjadi letih sehingga menyebabkan daya

tumpuan dan fokus anda semakin lemah.
Lakukan aktiviti yang ringan seperti senaman ringan supaya anda kembali aktif dan

kekal momentum ketika belajar di atas talian.

Sebagai pelajar, motivasi merupakan elemen yang
sangat penting supaya mental dan fizikal anda
sentisa bersemangat dan bertenaga. Hal ini

penting kerana ianya dapat memastikan diri anda
sentiasa komited dalam menyiapkan tugasan dan

mengikuti kelas atas talian.
Anda perlu memastikan setiap tugasan dapat
diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan
supaya markah anda tidak dikurangkan dan ianya
dapat menjamin kejayaan anda. Anda pelu ada 'Big
Why' supaya anda terus bermotivasi dan tidak

lemah semangat.


Click to View FlipBook Version