The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norwani Daud, 2021-02-08 01:53:23

TIPS PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

TIPS PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Semua tahap peperiksaan penting dan
memerlukan persediaan lebih daripada
membaca semata-mata. Tanpa persiapan yang
rapi, maka ramai pelajar yang akan mendapat
keputusan yang setimpal dengan usaha. Anda
tidak perlu takut atau bimbang dengan
peperiksaan. Sama ada anda bersedia atau
tidak, masa untuk berhadapan dengannya
akan tiba. Oleh itu, lebih baik anda fokuskan
kepada persediaan anda untuk berjuang

“HENDAK SERIBU DAYA,
MAHU SERIBU CARA,
USAHA SERIBU JAYA”

PERSEDIAAN FIZIKAL, MENTAL, ROHANI DAN EMOSI…

• Jaga Kesihatan – gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda untuk
mengulangkaji. Sekiranya kesihatan terganggu, segera berjumpa doktor

• Tidur Yang Mencukupi – tidur yang cukup antara 5-6 jam sehari. Kurang
tidur boleh menyebabkan anda merasa mengantuk, letih, tidak bermaya
dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk
kesihatan.

• Pemakanan Yang Berzat – makan makanan yang boleh membantu kita
menjadi sihat dan yang boleh membantu perkembangan minda.

• Elakkan Sebarang Bentuk Gangguan Emosi – seperti bergaduh dengan
rakan-rakan, mudah marah, melakukan perkara yang membuat ibu bapa
risau

…PERSEDIAAN FIZIKAL, MENTAL, ROHANI DAN EMOSI

• Keselamatan Diri – jauhi aktiviti-aktiviti yang boleh membawa kepada
kecederaan. Adakah anda mahu mengambil peperiksaan di hospital?
Kecelakaan tidak pernah diundang. Tetapi kalau anda selalu cuai dan
gopoh, anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai bahaya.
Pada musim peperiksaan, lebihkan masa duduk di rumah.

• Sentiasa Bersedia – lengkapkan segala keperluan peperiksaan. Ibarat
perajurit ke medan perang, semua senjata dan peralatan telah lengkap.
Jangan kelam kabut. Susun agenda ulangkaji anda dengan teratur.

SEBELUM PEPERIKSAAN
• Pastikan jadual peperiksaan untuk mata pelajaran yang akan anda

ambil esok. Buat ulangkaji soalan-soalan yang lepas.
• Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat. Cuba bayangkan target

anda untuk mata pelajaran tersebut.
• Sediakan segala peralatan untuk menjawab / menulis. Letakkan

ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
• Mohon ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan doakan kejayaan anda.
• Tidur awal dan jangan lupa setkan jam loceng. Pastikan anda tidur

secukupnya untuk memberi kesegaran pada hari esoknya.

SEBELUM PEPERIKSAAN
• Bangun awal dan lakukan solat hajat.

• Jangan lupa untuk bersarapan.

• Pastikan anda membawa :
a) Peralatan untuk menjawab / menulis
b) Kad pengenalan / lesen memandu
c) Slip peperiksaan

• Salam dan cium tangan ibu bapa. Mohon mereka mendoakan kejayaan anda.

• Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 30 minit
sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.

DALAM DEWAN / KELAS PEPERIKSAAN

• Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-
rakan sebelum masuk ke bilik peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh
merungsingkan fikiran anda.

• Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat
kejayaan yang cemerlang.

• Masuklah ke bilik peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.

• Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

• Sebelum membuka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula
mejawab. Sekiranya anda terlupa, jangan panik. Tarik nafas dan
berselawatlah. Insya'Allah boleh ingat semula.

SEBELUM PEPERIKSAAN

Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan, elakkan untuk berbincang
tentang soalan atau jawapan dengan rakan-rakan. Ini bagi mengelakkan
anda rasa kurang yakin untuk menjawab kertas peperiksaan seterusnya.

Fokuskan fikiran anda terhadap apa yang anda lakukan dan apakah hasil
yang anda harapkan. Anda tidak perlu bimbang dengan hasil yang
diperolehi tetapi anda perlu bimbang dengan kalau-kalau anda tidak
menggunakan masa yang ada untuk berusaha sepenuhnya. Dalam

berusaha anda berpeganglah dengan kata-kata “sedikit pencapaian itu
adalah lebih baik daripada tiada pencapaian langsung.
(something is better than nothing)”

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN
KEPADA SEMUA CALON

SPM 2020

Semoga Kalian Terus Melakar Kecemerlangan
Dan Kegemilangan Dalam Apa Jua Bidang
Yang Diceburi.


Click to View FlipBook Version