INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS TERENGGANU
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN (PPISMP)
AMBILAN JUN 2022
SEMESTER 1 TAHUN 1
TUGASAN 2 – E-PORTFOLIO
NAMA PELAJAR : Syahiran Yusri bin Kamaruddin
ANGKA GILIRAN : 2022092310069
NO KAD PENGENALAN : 041104-06-0237
KUMPULAN/UNIT : BM 3
KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1074/ Asas perkembangan bahasa
melayu
NAMA PENSYARAH : Dr.Mohd Fadzil bin Baharuddin
TARIKH HANTAR : 17 September 2022
NO. TEL : 014-2144020
Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :
Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.
Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 17 September 2022
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugasan 2 e-portfolio bagi kod subjek
BMMB1074 iaitu Asas Sejarah Bahasa Melayu dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada Dr. Mohd Fadzil bin Baharudin, selaku Pensyarah Asas Sejarah
Bahasa Melayu kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk
melunaskan tugasan yang diberikan.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-
putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada
pensyarah saya, Dr. Mohd Fadzil di atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar
sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-
rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua
tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Sekian, terima kasih.
….……………………………………….
Syahiran Yusri Bin Kamaruddin
Siswa Guru
Jabatan Pengajian Melayu,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu.
i
ISI KANDUNGAN
TUGASAN 2
Bil. Perkara Muka Surat
Penghargaan i
3
1.0 Pengenalan 4
2.0 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi 5
2.1 Sistem Ejaan Van Ophuysen 5
2.2 Sistem Ejaan Wilkinson 6
2.3 Sistem Ejaan Za’ba 6
2.4 Sistem Ejaan Fajar Asia 7
2.5 Sistem Ejaan Soewandi 7
2.6 Sistem Ejaan Kongres 8
2.7 Sistem Ejaan Rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
8
(PBMUM) 9
2.8 Sistem Ejaan Bahasa Melayu-Indonesia (Ejaan MELINDO) 10
2.9 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 1972
3.0 Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Dalam 11
12
Menyeragamkan Sistem Ejaan Rumi 13
4.0 Cabaran Sistem Ejaan Rumi Kini
5.0 Kesimpulan
Rujukan
ii
1.0 Pengenalan
Perkembangan sistem ejaan rumi terbahagi kepada beberapa fasa tertentu yang
berkait dengan kedatangan pengaruh asing dalam bahasa yang diolah semula dan
kemudiannya dikemas mengikut ketamadunan bangsa Melayu.Hal ini demikian,untuk
memberikan bangsa Melayu sebuah imej dengan kewujudan bahasanya yang
tersendiri.
Pada mulanya,kajian mendapati bahawa bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh
bahasa arab dan bahasa Sanskrit yang terdapat dalam bahasa Melayu klasik
kemudian sistem ejaan rumi telah mula diperkenalkan dalam bahasa Melayu semasa
kedatangan penjajah ke Tanah Melayu.Itulah permulaan kewujudan sistem ejaan
Van Ophuysen,sistem ejaan Wilkinson,sistem ejaan Za’ba,sistem ejaan Fajar Asia
dan sistem ejaan Kongres.
Sistem ejaan rumi dilihat semakin berkembang secara berterusan selepas Negara
mencapai kemerdekaan dengan adanya sistem ejaan rumi Persekutuan Bahasa
Melayu Universiti Malaya (PBMUM),sistem ejaan bahasa Melayu-Indonesia (Ejaan
MELINDO) dan yang terakhir,ejaan rumi bahasa Melayu 1972.Hal ini kerana,usaha
untuk mempergiatkan lagi sistem ejaan rumi kembali berlangsung dengan lebih
kompeten.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga merupakan sebuah organisasi yang
terlibat dalam penyeragaman sistem ejaan rumi.Sehingga kini,Dewan Bahasa dan
Pustaka masih berperanan menguruskan segala jenis aspek dalam bahasa Melayu
termasuklah sistem ejaan rumi.
Pada masa kini,terdapat beberapa perkara yang menjadi cabaran untuk
menyeragamkan sistem ejaan rumi.Hal ini demikian kerana,Tanah Melayu asalnya
menggunakan sistem ejaan jawi.Oleh yang demikian,terdapat bunyi-bunyi yang tidak
dapat dibunyikan menggunakan huruf dalam ejaan rumi.
3
2.0 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi
Permulaan sistem ejaan rumi adalah pada awal abad ke-20.Van Opusyen ialah
orang yang memperkenalkan sistem ejaan rumi di Indonesia hinggalah ke zaman
sistem ejaan baru yang dipersetujui oleh Malaysia dan Indonesia pada tahun
1972.R.J Wilkinson telah memperkenalkan system ejaan Wilkinson pada tahun
1902,Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’ba.Beliau membaiki
sistem ejaan Wilkinson oleh itu wujud sistem ejaan Za’ba.Seterusnya,sistem ejaan
Fajar Asia pula muncul pada tahun 1943 melalui majalah yang diterbitkan oleh pihak
Jepun,kemunculan ejaan Soewandi dan seterusnya sistem ejaan Kongres pula
muncul kemudian menyeragamkan sistem ejaan rumi (Mohd Naim,1991).
Setelah Negara mencapai kemerdekaan,sistem ejaan rumi masih dicuba untuk
diseragamkan dengan cadangan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
(PBMUM).Namun,akibat desakan daripada beberapa pihak sistem ejaan terus
diperhalus semasa persidangan antara jawatankuasa Ejaan Rumi Baru Persekutuan
dan jawatankuasa Ejaan Indonesia.Maka muncullah sistem ejaan MELINDO.Namun
usaha itu tidak berhasil kerana berlaku konfrantasi antara Malaysia dan Indonesia.
Walaupun begitu, usaha ini disambung pada tahu 1966 dan wujudlah sistem ejaan
Bahasa Melayu 1972.
4
SEBELUM MERDEKA
2.1 Sistem ejaan Van Ophuysen
Sistem ejaan rumi di Indonesia dibuat atau dibentuk oleh para peneliti yang
berminat mengkaji bahasa Melayu.Bagi mengelakkan kerancuan dan menyelaraskan
sistem ejaan rumi bagi tujuan pembelajaran,pemerintah Indonesia pada waktu itu
telah meminta Ophuysen untuk menyusun ejaan Melayu dengan menggunakan
aksara Latin.Ophuysen menggabungjalinkan sistem ejaan yang sedia ada dan
bertolak dari sistem ejaan bahasa Belanda sebagai landasan pokok.
Dengan bantuan Engku Nawawi (Soetan Ma'moer) dan Moehammad Taib Soetan
Ibrahim, Ophuysen telah berjaya menyusun buku berjudul Kitab Loghat Melajoe'
pada tahun 1901.Ejaan yang terterap di dalam buku tersebut dikenali sebagai Ejaan
Ophuysen atau Ejaan Balai Pustaka.Namun demikian, sistem ejaan Ophuysen ini
terus-menerus diperbaiki sehinggalah mendapat suatu bentuk yang tetap pada tahun
1926.
2.2 Sistem ejaan Wilkinson
RJ Wilkinson adalah seorang pegawai pemerintah Inggeris yang berperanan untuk
memperbaiki sistem persekolahan di Tanah Melayu.Beliau telah menyusun semula
sebuah kamus yang berjudul 'Malay-English Dictionary' pada tahun 1895 dan
menulis kamus tersebut sebanyak 1300 halaman.Penyusunan ejaan yang dilakukan
oleh Beliau pada asalnya hanya untuk kepentingan dalam sistem persekolahan di
negeri-negeri Melayu Bersekutu .
Namun, penyusunan ejaaan yang dilakukan oleh Wilkinson telah dikenali sebagai
sistem ejaan Wilkinson.Penyusunan ejaan yang dilakukan oleh beliau berupa
penambahbaikan daripada sistem ejaan sebelum ini iaitu sistem ejaan yang
digunakan dalam kamus Marwell yang banyak menerapkan ejaan tulisan rumi
Shellabear dan kaedah tulisan rumi Melayu-Belanda.Wilkinson telah menerapkan
penggunaan huruf vokal a, e(taling), e(pepet), i, o dan u.Manakala bagi huruf
konsonan pula ch menggambarkan huruf c dan sh sebagai s.
5
2.3 Sistem ejaan Za’ba
Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za'ba merupakan
seorang pakar bahasa yang telah membaiki Sistem ejaan Wilkinson dan
memperkenalkan Sistem ejaan Za’ba yang juga dikenali sebagai Sistem ejaan
sekolah.Za’ba menerangkan hal ini dalam kata pendahuuan Risalah Petua Ejaan
Rumi Melayu di Malaya’ yang diterbitkan oleh Department of Malay
Studies,University of Malaya dalam tahun 1955.
Za’ba telah menetapkan cara ejaan Rumi Melayu mengikut kaedah yang biasa
disebut di Malaya sebagai “ejaan sekolah” pada tahun 1902.Beliau telah
menggunakannya dalam kamus Melayu-Inggeris karangannya sendiri dan juga
digunakan dalam semua kamus Melayu-Inggeris dan Inggeris-Melayu dengan
beberapa perubahan yang kemudiannya disusun semula kecuali Kamus Shellabear
(1902-1916)”.
2.4 Sistem ejaan Fajar Asia
Sistem ejaan Fajar Asia merupakan sistem ejaan yang telah diperkenalkan oleh
pihak Jepun melalui majalah terbitan mereka iaitu majalah Fajar Asia.Majalah ini
diterbitkan dan diedarkan sekitar tahun 1943.Pada ketika itu,sekitar tahun 1941
sehingga 1945 bidang persuratkhabaran telah dikuasai sepenuhnya oleh pihak
tentera Jepun atau dikenali sebagai Malayan Military Administration (MMA).Kaedah
ini merupakan salah satu inisiatif untuk menyeragamkan penulisan ejaan rumi
Melayu semasa Sumatera dan Malaya disatukan dibawah satu pemerintahan.
MMA juga telah menjadikan alat sebaran seperti majalah dan surat khabar
sebagai satu peluang untuk mereka menyebarkan propaganda di seluruh Tanah
Melayu.Kebanyakan akhbar diterbitkan menggunakan huruf Jawi dan hanya
sebilangan kecil yang menggunakan huruf rumi.Majalah Fajar Asia antara terbitan
yang menggunakan huruf rumi dan menjadi antara akhbar yang diminati kerana
penceritaannya tentang keberanian tokoh-tokoh terdahulu.Majalah ini telah
diterbitkan oleh Ahmadia Press dan dikendalikan oleh Za'ba dan isterinya Rohana
Djamil.
6
2.5 Sistem Ejaan Soewandi
Sistem Ejaan Soewandi dikenali sebagai ejaan Republik yang berkuatkuasa pada
tanggal 19 Mac 1947 sebelum kemerdekaan Indonesia.Ejaan ini dikuatkuasakan
atas perintah Mr Soewandi.Perubahan Sistem Ejaan Ophuysen kepada Ejaan
Soewandi ini bersesuaian dengan hasrat Kongres Bahasa Indonesia (1938) agar
bahasa Indonesia menjadi lebih baik dan beberapa hal yang kurang praktis dapat
segera diselesaikan.Menurut S. Takdir Alisjahbana (1949), Ejaan Soewandi atau
Ejaan Republik ini tidak begitu berbeza dengan ejaan Ophuysen malahan ejaan
Republik dianggap seperti Ejaan Ophuysen yang lebih baik.
2.6 Sistem Ejaan Kongres
Sistem ejaan Kongres (1957) merupakan sistem ejaan rumi bahasa Melayu yang
berjaya dicapai setelah pembentangan dua kertas kerja yang dibentangkan oleh
Angkatan Sasterawan Lima Puluh dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang diadakan kali ketiga pada tahun
1956.Sekitar tahun 1950 sehingga 1956,berlaku pergolakan untuk menentukan jenis
tulisan bahasa Melayu yang rasmi.Maka,pada tahun 1956 kongres kali ketiga telah
menetapkan tulisan rasmi bahasa Melayu ialah tulisan rumi.
Berdasarkan kongres ini,terdapat beberapa dasar yang dirumuskan.Antaranya
peraturan ejaan yang ingin digunakan haruslah peraturan yang mudah.Hal ini
menyebabkan sistem fonologi dapat diterima sebagai sistem yang lebih baik
daripada sistem fonetik.satu fonem hendaklah digambarkan dalam satu huruf sahaja
dan pengejaan hendaklah sekata.Kata pinjaman daripada bahasa asing hendaklah
disusun pengejaannya mengikut hukum fonologi bahasa Melayu.
7
SELEPAS MERDEKA
2.7 Sistem Ejaan Rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM)
Sistem ejaan rumi Persekutuan Bahasa Melayu Univeristi Malaya (PBMUM)
merupakan sistem ejaan rumi yang digunakan dalam Jurnal Bahasa dan telah
diterbitkan oleh PBMUM pada tahun 1959.Sistem ejaan rumi PBMUM bukanlah
suatu kaedah sistem ejaan rasmi yang telah diperakukan.Namun,tindakan ini diambil
sebagai satu inisiatif untuk percubaan penyatuan ejaan rumi Malayu dan
Indonesia.Hal ini demikian kerana sistem ejaan ini hampir menyerupai sistem ejaan
yang diketengahkan oleh sistem ejaan Fajar Asia.
PBMUM mencangkupi penolakan huruf-huruf kembar ataupun rangkap
konsonan.Hal ini menyebabkan ada fonem yang digantikan dengan huruf lain seperti
fonem ch digantikan dengan c.Selain itu,ejaan Malaya dan Indonesia hendaklah
diseragamkan dengan kadar segera.PBMUM juga menekankan agar ejaan 'pun'
yang bererti 'juga' atau sebaliknya dipisahkan.Selain itu, fonem 'ain' dan fonem
'hamzah’ tidak mengalami sebarang perubahan memandangkan ejaan rumi diolah
sedikit daripada tulisan Jawi
2.8 Sistem Ejaan Bahasa Melayu-Indonesia (Ejaan MELINDO)
Hasil daripada perbincangan daripada sistem ejaan Kongres dan sistem ejaan
PBMUM diakui masih tidak dapat mencapai matlamat utamanya iaitu penyeragaman
tulisan rumi antara Melayu dan Indonesia.Hal ini demikian kerana,sistem ejaan
Kongres tidak dapat dilaksanakan apabila wujudnya sifat yang terlalu idealistik dari
sudut linguistik yang akhirnya sukar untuk dipraktikkan.Maka,usaha untuk
menyeragamkan sistem ejaan rumi antara kedua-dua buah negara jiran itu masih
diteruskan.
Rentetan daripada perjanjian persahabatan yang telah dimaterai pada tahun 1959,
pertemuan antara Jawatankuasa Persekutuan Ejaan Rumi Tanah Melayu dan
Panitia Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia diadakan pada tahun 1959.
Pertemuan ini telah digagaskan sebagai sistem ejaan bersama yang dikenali sebagai
Sistem Ejaan MELINDO.Sistem ejaan ini mengandungi maklumat tentang fonem
vokal, konsonan serta perlambangannya, kaedah penulisan, penyebutan
abjad,penggunaan tanda sempang,huruf besar dan penggunaan tanda baca.
8
2.9 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 1972
Sistem ejaan rumi Bahasa Melayu 1972 tidak begitu berbeza dengan sistem ejaan
MELINDO.Hal ini berkait dengan kerjasama oleh dua buah negara iaitu Malaysia dan
Indonesia.Namun sistem tersebut tidak dapat dilaksanakan apabila terbitnya
konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 1996. Maka pada tanggal
1972 satu sistem ejaan terhasil melalui kerjasama yang terjalin.Sistem ejaan ini
dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu di Malaysia dan juga dikenali sebagai
Sistem Ejaan Rumi yang telah disempurnakan di Indonesia.
Keselarasan antara ejaan rumi ini memfokuskan kepada keselarasan pemakaian
istilah dan pengejaan kata pinjam daripada bahasa asing Sistem Ejaan Rumi Bahasa
Melayu 1972 mencapai kesepakatan yang lebih konkrit apabila melibatkan beberapa
aspek pengejaan yang lebih baik dalam sistem ejaan rumi.Hal ini dapat dilihat
melalui usaha bersama yang berterusan dalam merancang pembinaan bahasa
tempoh masa yang panjang.Selain itu,dalam memperkasakan ejaan rumi bahan-
bahan berkaitan bahasa dan sastera akan dipertingkatkan.
9
3.0 Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Dalam Menyeragamkan Sistem
Ejaan Rumi
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 22 Jun 1956.DBP
diwujudkan setelah mendapat resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3
dan ditukarkan kepada Badan Berkanun setelah mendapat kelulusan rasmi daripada
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959.Matlamat DBP ialah untuk
memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan
teknologi.
Melalui sejarah perkembangan sistem ejaan rumi, terdapat usaha-usaha yang
dilakukan untuk mempergiat sistem ejaan rumi.Maka,perbezaan dalam setiap sistem
ejaan pasti akan wujud kerana diasaskan oleh individu yang berbeza.Oleh hal yang
demikian,Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan peranan mereka dalam
menyeragamkan sistem ejaan rumi Berpandukan Daftar Ejaan Rumi Bahasa
Malaysia yang telah diselenggara DBP banyak rujukan panduan pembentukan kata
dan sistem ejaan lain yang dihasilkan termasuklah Kamus Dewan
Selain itu, DBP menggalas tanggungjawab untuk merancang,menyelidik dan
memperkukuh bahasa Melayu dengan pelbagai cara.Sehubungan itu,DBP telah
merangka perancangan korpus bahasa melibatkan sistem ejaan selain sistem tulisan
dan perbendaharaan kata. Selain itu,kuasa autonomi yang dimiliki telah
merancakkan tujuannya iaitu pembakuan bahasa dengan pemantapan sistem ejaan
rumi dan penggubalan istilah sehingga ejaan rumi boleh digunakan sehingga ke hari
ini.
10
4.0 Cabaran Sistem Ejaan Rumi Kini
Meskipun sistem ejaan rumi sudah lama digunakan dalam bahasa Melayu di Negara
kita,tidak bermakna sistem ejaan ini tidak terancam di zaman moden ini.Antara
cabaran yang perlu dihadapi oleh Sistem Ejaan Rumi adalah keperluan penggunaan
bahasa asing dalam kehidupan seharian dan pendidikan.Hal ini demikian
kerana,sistem ejaan rumi memerlukan masyarakat mengerti dan menguasai
penggunaannya dalam bahasa Melayu.Maka,bahasa Melayu harus diangkat
berbanding bahasa asing.
Selain itu pendedahan awal bahasa melalui ejaan rumi kepada golongan kanak-
kanak masih kurang berkesan.Hal ini demikian kerana,masih ada kanak-kanak dari
bangsa lain yang masih sukar mengeja menggunakan tulisan rumi dengan baik.Isu
ini berlaku kerana masih ada segelintir masyarakat yang berpandangan bahawa
bahasa ibunda mereka akan hilang sekiranya mereka menerapkan penggunaan
bahasa Melayu sejak kecil.Penggunaan bahasa atau slang yang popular juga
menjadi cabaran kepada sistem ejaan rumi.Hal ini kerana kajian menunjukkan
bahawa masyarakat terpengaruh dengan slang yang popular dalam ejaan mereka.
11
5.0 Kesimpulan
Tuntasnya,berdasarkan apa yang telah saya baca berkaitan dengan Sistem Ejaan
Rumi jelaslah bahawa sistem ejaan rumi merupakan sebuah khazanah bahasa yang
sangat berharga dan mesti dijaga kerana tulisan rumi sudah banyak memudahkan
urusan seantero masyarakat dari segi pendidikan,perniagaan dan kehidupan
seharian.
Selain daripada manfaat yang dapat kita perolehi daripada sistem ejaan rumi,kita
juga mesti menghargai sistem ejaan rumi ini kerana orang-orang terdahulu telah
bersusah payah dan bersungguh berusaha mempergiat Sistem Ejaan Rumi untuk
kegunaan kita sendiri.Hal ini dapat dibuktikan kerana terdapat banyak fasa-fasa yang
perlu dilalui sebelum Sistem Ejaan Rumi yang kita gunakan pada hari ini dapat
diwujudkan.
Seterusnya,Keselarasan antara dua Negara iaitu Malaysia dan Indonesia telah
lama diusahakan oleh orang-orang terdahulu.Banyak cara yang telah dilakukan oleh
mereka dan salah satunya ialah menyelaraskan Sistem Ejaan Rumi antara dua
Negara ini.Namun,kegagalan pula yang ditemui akibat konfrontasi antara dua
Negara ini.Oleh itu,kita mestilah menjaga hubungan baik dengan Negara jiran kita.
12
Rujukan
(n.d.). Darurat di Tanah Melayu: Peristiwa dan Pengajaran Untuk Generasi Masakini Dalam
Konteks Ketahanan Nasional. Retrieved September 17, 2022, from
http://repo.uum.edu.my/3166/1/S2.pdf
Abdullah Hassan. (1994). Panduan ejaan rumi bahasa Melayu: dengan contoh tambahan.
Utusan.
Sinopsis Sistem Ejaan Bahasa Melayu. (n.d.). Klik Web DBP. Retrieved September 17,
2022, from http://klikweb.dbp.my/?p=6003
Varian Dialek Kelantan: Satu Tinjauan Awal | The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal
(JSASS). (n.d.). The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS). Retrieved
September 17, 2022, from http://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/125
View of CABARAN PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM USAHA MENCAPAI
NEGARA BANGSA DI MALAYSIA. (n.d.). UniSZA Journal. Retrieved September 17,
2022, from https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/152/150
13