The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by junhashim6676, 2023-03-15 00:50:44

MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024

MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024

MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 49 JAWATANKUASA PENCEGAHAN JENAYAH Pengerusi : Pn. Haslina binti Che Hat - Guru Besar Timbalan Pengerusi : Pn. Anis Haslina binti Abu Hassan- PK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi : En. Nor Hasrol bin Azizan - PK Pentadbiran : Pn. Rodziah binti Abdul Hamid - PK Kokurikulum Setiausaha : Pn. Siti Fatima binti Abdul Rajak AJK : En. Fatahal Hazmy bin Abdul Hamid : En. Mohd. Noor Jalaluddin bin Mohd. Zanuddin JAWATANKUASA PPDa & PPDe Pengerusi : Pn. Haslina binti Che Hat - Guru Besar Timbalan Pengerusi : Pn. Anis Haslina binti Abu Hassan - PK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi : En. Nor Hasrol bin Azizan - PK Pentadbiran : Pn. Rodziah binti Abdul Hamid - PK Kokurikulum Setiausaha : Pn. Siti Aishah binti Mohd Jailani AJK : Pn. Farah Dina binti Baharuddin : En. Mohammad bin Lat : En. Wan Mohd. Rabbani bin Wan Sazali JAWATANKUASA SISTEM MAKLUMAT MURID (SMM)/ DATA (APDM/SSDM) Pengerusi : Pn. Haslina binti Che Hat - Guru Besar Timbalan Pengerusi : Pn. Anis Haslina binti Abu Hassan - PK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi : En. Nor Hasrol bin Azizan - PK Pentadbiran : Pn. Rodziah binti Abdul Hamid - PK Kokurikulum Setiausaha : En. Junaidah binti Mohamad Hashim AJK : Pn. Nor Hanisah binti Hamid@Hamad : Pn. Naemah binti Bahari : Semua guru kelas


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 50 JAWATANKUASA BANTUAN DAN KEBAJIKAN Pengerusi : Pn. Haslina binti Che Hat - Guru Besar Timbalan Pengerusi : Pn. Anis Haslina binti Abu Hassan - PK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi : En. Nor Hasrol bin Azizan - PK Pentadbiran : Pn. Rodziah binti Abdul Hamid - PK Kokurikulum Setiausaha : Pn. Nur Hazwani binti Mansur AJK : En. Mohd Noor Jallaluddin bin Mohd Zainuddin : En. Mohamad Bashir bin Yasin JAWATANKUASA RMT/PROGRAM SUSU SEKOLAH Pengerusi : Pn. Haslina binti Che Hat - Guru Besar Timbalan Pengerusi : Pn. Anis Haslina binti Abu Hassan - PK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi : En. Nor Hasrol bin Azizan - PK Pentadbiran : Pn. Rodziah binti Abdul Hamid - PK Kokurikulum Setiausaha : Pn. Noor Yani binti Mohd Isa AJK : Pn. Nur Hazwani binti Mansur : En. Mohamad Bashir bin Yasin JAWATANKUASA PROGRAM 3K (KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN) Pengerusi : Pn. Haslina binti Che Hat - Guru Besar Timbalan Pengerusi : Pn. Anis Haslina binti Abu Hassan - PK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi : En. Nor Hasrol bin Azizan - PK Pentadbiran : Pn. Rodziah binti Abdul Hamid - PK Kokurikulum Setiausaha : Pn. Bashariah binti Hassan AJK : Pn. Sheila binti Mohd. Aruddin Arumugam : Pn. Nor Hazani binti Mahamud


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 51 JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) Pengerusi : Pn. Haslina binti Che Hat - Guru Besar Timbalan Pengerusi : Pn. Anis Haslina binti Abu Hassan - PK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi : En. Nor Hasrol bin Azizan - PK Pentadbiran : Pn. Rodziah binti Abdul Hamid - PK Kokurikulum Setiausaha : Pn. Nor azliza binti Abu Bakar AJK : Pn. Hasiah binti Wan Hasan : Semua guru kelas JAWATANKUASA PIBG/PIBK Pengerusi : Pn. Haslina binti Che Hat - Guru Besar Timbalan Pengerusi : Pn. Anis Haslina binti Abu Hassan - PK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi : En. Nor Hasrol bin Azizan - PK Pentadbiran : Pn. Rodziah binti Abdul Hamid - PK Kokurikulum Setiausaha : Pn. Siti Fatima binti Abdul Rajak AJK : Pn. Nor Hazani binti Mahamud : Pn. Nurul Huda binti Abdul Manap : En. Mohammad bin Lat : En Wan Mohd. Rabbani bin Wan Sazali JAWATANKUASA LAWATAN Pengerusi : Pn. Haslina binti Che Hat - Guru Besar Timbalan Pengerusi : Pn. Anis Haslina binti Abu Hassan - PK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi : En. Nor Hasrol bin Azizan - PK Pentadbiran : Pn. Rodziah binti Abdul Hamid - PK Kokurikulum Setiausaha : En. Wan Mohd Rabbani bin Wan Sazali AJK : Pn. Sheila binti Mohd. Aruddin Arumugam : En. Mohammad bin Lat


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 52 JAWATANKUASA KEDAI BUKU Pengerusi : Pn. Haslina binti Che Hat - Guru Besar Timbalan Pengerusi : Pn. Anis Haslina binti Abu Hassan - PK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi : En. Nor Hasrol bin Azizan - PK Pentadbiran : Pn. Rodziah binti Abdul Hamid - PK Kokurikulum Setiausaha : Pn. Nor Hanisah binti Hamid@Hamad AJK : Pn. Nor Hazani binti Mahamud : Pn. Nemah binti Bahari


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 53 CARTA GANTT PENGURUSAN HEM 2023/2024 BIL AKTIVITI M A C A P R M E I J U N J U L O G O S S E P T O K T N O V D I S J A N F E B 1 Mesyuarat JK Induk HEM X X X 2 Orientasi & Transisi Thn 1 X 3 Pelaksanaan RMT X X X X X X X X X X 4 Pemantauan Pengurusan Bilik Darjah X X X X X X X X X X X X 5 Program susu Sekolah X X X X X X X X X X 6 Pelantikan Pengawas Sekolah X 7 Kem Kepimpinan Muda X X 8 Pemeriksaan Diri Murid X X X X X X 9 Anugerah KMDa X X X X X X 10 Anugerah Kebersihan Kelas X X X X X X X X X X X 11 Latihan Kebakaran X X 12 Program Mentor Mentee X X X X X X X X X X X 13 Sambutan Hari Lahir Murid X X X 14 Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan X X X 15 Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas X X X 16 Mesyuarat Jawatankuasa 3K X X X


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 KOKURIKULUM MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 54 Moving Target Memacu Kemenjadian Murid


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 55 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM 2023/2024 PENGERUSI GURU BESAR NAIB PENGERUSI PK PENTADBIRAN NAIB PENGERUSI PK HAL EHWAL MURID TIMBALAN PENGERUSI PK KOKURIKULUM SETIAUSAHA PN. HASIAH BINTI WAN HASAN PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN PN. NOR AZLIZA BINTI ABU BAKAR PENYELARAS UNIT BERUNIFORM PN. NUR HAZWANI BT MANSOR PERSATUAN BAHASA PN. NURUL HUDA BINTI ABDUL MANAP PERSATUAN AGAMA ISLAM PN. SITI AISHAH BINTI MOHD. JAILANI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH PN. FATIMA BINTI ABDUL RAJAK KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA PN. NAEMAH BINTI BAHARI KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH PN. YUHANA BINTI YAHAYA KELAB KESENIAN PN. BASHARIAH BINTI HASSAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH EN. MOHD NOOR JALALUDDIN BIN MOHD. ZAINUDDIN PENGAKAP EN. MOHAMMAD BIN LAT PERGERAKAN PUTERI ISLAM PN. NOR HAZANI BT MAHAMUD


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 56 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN SUKAN SEKOLAH 2023/2024 PENGERUSI GURU BESAR NAIB PENGERUSI PK PENTADBIRAN NAIB PENGERUSI PK HAL EHWAL MURID TIMBALAN PENGERUSI PK KOKURIKULUM JURULATIH SEKOLAH RUGBI SENTUH EN. WAN MOHD RABBANI B. WAN SAZALI HOKI (L) FATAHAL HAZMY BIN ADBUL HAMID HOKI (P) PN. NOR HANISAH BINTI HAMID@HAMAD OLAHRAGA EN. WAN MOHD. RABBANI B. WAN SAZALI PN RAFIDAH BINTI ABDUL GHAFAR BOLA SEPAK EN. MOHAMMAD BIN LAT BOLA BALING (P) PN. NOOR YANI BINTI MOHD ISA BOLA BALING (L) EN. MOHD NOOR JALALUDDIN B. MOHD . ZAINUDDIN BOLA JARING PN. NAEMAH BINTI BAHARI KETUA RUMAH SUKAN USAMAH PN. NAEMAH BINTI BAHARI TARIQ PN. NOOR YANI BINTI MOHD. ISA AYUBI PN. JUNAIDAH BINTI MOHAMAD HASHIM KHALID PN. YUHANA BINTI YAHAYA SETIAUSAHA SUKAN EN. WAN MOHD. RABBANI BIN WAN SAZALI NAIB SETIAUSAHA PN. FARAH DINA BINTI BAHARUDDIN 1 MURID 1 SUKAN BOLA SEPAK EN. MOHAMAD BASHIR B. YASIN RUGBI SENTUH EN. WAN MOHD RABBANI B. WAN SAZALI BOLA BALING PN. NOOR YANI BT MOHD ISA BOLA JARING PN. SALRIDA BINTI JAMIN HOKI EN. FATAHAL HAZMY BIN ABDUL HAMID


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 57 Pengerusi : Pn. Haslina binti Che Hat - Guru Besar Timbalan Pengerusi : Pn. Rodziah binti Abdul Hamid - PK Kokurikulum Naib Pengerusi : En. Nor Hasrol bin Azizan - PK Pentadbiran Setiausaha : Pn. Anis Haslina binti Abu Hassan : Pn. Hasiah binti Hassan - PK Hal Ehwal Murid - Setiausaha Penyelaras : Pn. Nor Azliza binti Abu Bakar - Kelab dan Persatuan : Pn. Nur Hazwani binti Mansor : Pn. Noor Hanim bin Ibrahim - Unit Beruniform - Unit Sukan dan Permainan JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM KELAB DAN PERSATUAN & KOAKADEMIK PENYELARAS : Pn. Nor Azliza binti Abu Bakar PERSATUAN BAHASA Pn.Nurul Huda binti Abdul Manap (K) Pn.Nor Hazani binti Mahamud En. Mohammad bin Lat Pn. Sheila binti Mohd Aruddin Arumugam PERSATUAN AGAMA ISLAM Pn. Siti Aishah binti Mohd Jailani (K) Pn. Nur Hazwani binti Mansor Pn. Noor Hanim binti Ibrahim En. Mohamad Bashir bin Hj Yassin KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARA Pn. Siti Fatima binti Abdul Rajak (K) En. Mohd Noor Jalaluddin bin Mohd Zainuddin Pn. Nor Yani binti Mohd Isa Pn. Nor Azliza binti Abu Bakar KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA Pn. Naemah binti Bahari (K) Pn. Salrida binti Jamin Pn. Farah Dina binti Baharuddin KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH Pn. Yuhana binti Yahaya (K) Pn. Junaidah binti Mohamad Hashim Pn. Nor Hanisah binti Hamid@Hamad En Fatahal Hazmy bin Abdul Hamid KELAB KESENIAAN Pn. Bashariah binti Hassan(K) Pn. Rafidah bt Abdul Ghafar En. Wan Mohd Rabani bin Wan Sazali Pn. Hasiah binti Wan Hasan *SEMUA KETUA PANITIA DAN AJK PANITIA BERKAITAN ADALAH JAWATANKUASA KOAKADEMIK)


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 58 UNIT BERUNIFORM PENYELARAS: Pn. Nur Hazwani bt. Mansur TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH En. Mohd Noor Jalaluddin bin Mohd Zainuddin (K) Pn. Noor Yani binti Mohd Isa Pn. Rafidah binti AbdGhafar En. Wan Mohd Rabani bin Wan Sazali Pn. Nurul Huda binti Abdul Manap Pn. Shiela binti Mohd Aruddin Pn. Farah Dina bt Baharuddin En. Mohamad Bashir bin Yassin Pn. Yuhana binti Yahaya PERGERAKAN PUTERI ISLAM Pn. Nor Hazani bt. Mahamud (K) Pn. Noor Hanisah binti Hamid @ Hamad Pn. Nor Azliza binti Abu Bakar Pn. Hasiah binti Wan Hasan Pn. Noor Hanim binti Ibrahim Pn. Nur Hazwani binti Mansor Pn. Siti Aishah bt Mohd Jailani PENGAKAP En. Mohamad bin Lat (K) Pn. Bashariah binti Hassan Pn. Naemah binti Bahari Pn. Junaidah bt Mohamad Hashim Pn. Salrida binti Jamin Pn. Siti Fatima binti Abdul Rajak En. Fatahal Hazmy bin Abdul Hamid


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 59 SUKAN DAN PERMAINAN 1 MURID 1 SUKAN PENYELARAS: Pn. Noor Hanim binti Ibrahim BOLA SEPAK En. Mohamad Bashir bin Yasin (K) En. Mohammad bin Lat Pn. Nurul Huda binti Abdul Manap Pn. Rafidah binti Abd Ghafar RUGBI SENTUH En. Wan Mohd Rabani bin Wan Sazali (K) Pn. Farah Dina binti Baharuddin Pn. Nor Hazani binti Mahamud Pn. Hasiah binti Wan Hasan BOLA BALING Pn. Noor Yani binti Mohd Isa (K) . En. Mohd Noor Jalaluddin bin Mohd Zainuddin Pn. Yuhana binti Yahaya Pn. Siti Aishah binti Jailani Pn. Siti Fatima binti Abdul Rajak BOLA JARING Pn. Salrida binti Jamini (K) Pn. Nor Azliza binti Abu Bakar Pn. Bashariah binti Hassan Pn. Naemah binti Bahari Pn. Junaidah binti Mohamad Hashim HOKI En. Fatahal Hazmy bin Abdul Hamid (K) Pn. Sheila binti Mohd Arudin Arumugam Pn. Nur Hazwani binti Mansor Pn. Nor Hanisah binti Hamid@Hamad Pn. Noor Hanim binti Ibrahim


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 60 JURULATIH SEKOLAH RUGBI SENTUH En. Wan Mohd Rabani b. Wan Sazali (K) Pn. Farah Dina binti Baharuddin AJK Sukan dan Permainan HOKI (LELAKI) En. Fatahal Hazmy bin Abdul Hamid Pn. Sheila binti Mohd Arudin Arumugam AJK Sukan dan Permainan HOKI (PEREMPUAN) Pn. Nur Hanisah binti Hamid@Hamad Pn. Salrida binti Jamin AJK Sukan dan Permainan OLAHRAGA Wan Mohd Rabani bin Wan Sazali Pn. Rafidah binti Abd Ghafar Pn. Nur Hanisah binti Hamid@Hamad BOLA SEPAK En. Mohammad Lat(K) En. Mohamad Bashir bin Yasin AJK Sukan dan Permainan BOLA JARING Pn. Naemah binti Bahari (K) Pn. Nor Azliza binti Abu Bakar AJK Sukan dan Permainan BOLA BALING (L) En. Mohd Noor Jalaluddin bin Mohd. Zainuddin (K) Pn. Siti Aishah bt. Mohd. Jailani AJK Sukan dan Permainan BOLA BALING (P) Pn.Noor Yani binti Mohd Isa (K) Pn. Yuhana binti Yahaya AJK Sukan dan Permainan


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 61 JAWATANKUASA MAJLIS PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH DAN 1M1S JAWATANKUASA KECIL PEMBANGUNAN SEKOLAH Pengerusi : Pn. Anis Haslina binti Abu Hassan – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid JAWATANKUASA KECIL PENGGALAK SUKAN SEKOLAH Pengerusi : Pn. Rodziah binti Abdul Hamid – Penolong Kanan Kokurikulum JAWATANKUASA KECIL SUMBER MANUSIA Pengerusi : En. Nor Hasrol bin Azizan – Penolong Kanan Pentadbiran JAWATANKUASA KECIL PEMANTAUAN DAN PENILAIAN Pengerusi : Setiausaha Sukan JAWATANKUASA KECIL PENINGKATAN PROFESIONALISME Pengerusi : Setiausaha Kokurikulum JAWATANKUASA KECIL KEWANGAN Pengerusi : YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Darulaman JAWATANKUASA KECIL TEKNIKAL Pengerusi : NYDP PIBG Sekolah Kebangsaan Darulaman Penaung : Pengarah JPN Kedah Penasihat : Pegawai Pendidikan Daerah Pengerusi : Pn. Haslina binti Che Hat - Guru Besar Timbalan Pengerusi : Pn. Rodziah binti Abdul Hamid - PK Kokurikulum Naib Pengerusi : En. Nor Hasrol bin Azizan - PK Pentadbiran : Pn. Anis Haslina binti Abu Hassan - PK Hal Ehwal Murid Setiausaha : En. Wan Mohd Rabani bin Wan Sazali Naib Setiausaha : Pn. Noor Yani binti Mohd Isa Ahli Jawatankuasa : En. Mohd Bashir bin Yasin En. Mohd Noor Jalaluddin bin Mohd Zainuddin En. Mohamad bin Lat Pn. Noor Hanisah binti Hamid @ Hamad Pn. Farah Dina binti Baharuddin Pn. Rafidah binti Abd Ghafar


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 62 GURU PENASIHAT RUMAH SUKAN RUMAH USAMAH ( MERAH ) Pn. Naemah binti Bahari (K) Pn. Hasiah binti Wan Hasan Pn. Nor Azliza binti Abu Bakar En. Mohd Noor Jalaluddin bin Mohd Zainudin Pn. Farah Dina binti Baharuddin RUMAH KHALID ( BIRU ) Pn. Yuhana binti Yahaya (K) Pn. Nur Hazwani binti Mansor Pn. Nor Hanisah binti Hamid @ Hamad En. Mohammad bin Lat En. Fatahal Hazmy bin Abdul Hamid RUMAH AYUBI ( HIJAU ) Pn. Junaidah binti Mohamad Hashim (K) Pn. Noor Hanim binti Ibrahim Pn. Siti Fatima binti Abdul Rajak Pn. Sheila binti Mohd Arudin En. Mohamad Bashir bin Yasin Pn. Rafidah binti Abd Ghafar RUMAH TARIQ ( KUNING) Pn. Noor Yani binti Mohd Isa (K) Pn. Nor Hazani binti Mahamud Pn. Bashariah binti Hassan Pn. Salrida binti Jamin Pn. Nurul Huda binti Abdul Manap Pn. Siti Aishah binti Mohd Jailani


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 63 JAWATANKUASA BANTUAN PAKAIAN SERAGAM (PASUKAN BADAN BERUNIFORM) Pengerusi : Pn. Haslina binti Che Hat - Guru Besar Timbalan Pengerusi : Pn. Rodziah binti Abdul Hamid - PK Kokurikulum Naib Pengerusi : En. Nor Hasrol bin Azizan - PK Pentadbiran : Pn. Anis Haslina binti Abu Hassan - PK Hal Ehwal Murid Setiausaha : Pn. Hasiah binti Wan Hassan Penyelaras : Pn Nur Hazwani binti Mansor Ahli Jawatankuasa : Ketua Guru Penasihat Pasukan Badan Beruniform En. Mohd Noor Jalaluddin bin Mohd zainuddin (TKRS) Pn. Nor Hazani binti Mahamud ( PPIM ) En. Mohammad bin Lat ( PENGAKAP ) JAWATANKUASA PEMANTAUAN DAN PENILAIAN AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM TAHUN 2023/2024 Pengerusi : Pn. Haslina binti Che Hat - Guru Besar Timbalan Pengerusi : Pn. Rodziah binti Abdul Hamid - PK Kokurikulum Naib Pengerusi : En. Nor Hasrol bin Azizan - PK Pentadbiran : Pn. Anis Haslina binti Abu Hassan - PK Hal Ehwal Murid Setiausaha : Pn. Hasiah binti Wan Hassan Ahli Jawatankuasa : Pn. Nor Azliza binti Abu Bakar (Penyelaras Kelab dan Persatuan) : Pn. Nur Hazwani binti Mansor (Penyelaras Pasukan Badan Beruniform) : Pn. Noor Hanim binti Ibrahim (Penyelaras Unit Sukan dan Permainan


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 64 Pengerusi : Pn. Haslina binti Che Hat - Guru Besar Timbalan Pengerusi : Pn. Rodziah binti Abdul Hamid - PK Kokurikulum Naib Pengerusi : En. Nor Hasrol bin Azizan - PK Pentadbiran Setiausaha : Pn. Anis Haslina binti Abu Hassan : Pn. Hasiah binti Hassan - PK Hal Ehwal Murid - Setiausaha Ahli Jawatankuasa : JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM En. Mohamad Bashir bin Yasin - Penyelaras PSKPP Pn. Rafidah binti Abd Ghafar - Bulan Kemerdekaan Pn, Sheila binti Aruddin Arumugam - Sambutan Ambang Merdeka Pn. Bashariah binti Hassan - Penutupan Bulan Kemerdekaan Pn. Nor Hanisah binti Hamad - Hari Keusahawanan PBB Pn. Yuhana binti Yahaya - Bulan Bahasa Kebangsaan En. Wan Mohd Rabani bin Wan Sazali - Merentas Desa. En. Wan Mohd Rabani bin Wan Sazali - Sukan Tahunan En. Noor Jalaluddin bin Mohd Zainudin - Sukan Mini/Sukaneka Thp 1 En. Mohd Rabani bin Wan Sazali & - Olahraga Pn. Rafidah binti Abdul Ghafar En. Fatahal Hazmy bin Abdul Hamid - Pertandingan Kawad Kaki PBB Pn. Naemah binti Bahari - Kem Kepimpinan Pemimpin Unit Kokurikulim En. Mohammad bin Lat - Perkhemahan Perdana PBB Pn. Hasiah bin Wan Hasan - Aktiviti Kemasyarakatan dlm K & P (Gotong-royong) Pn. Hasiah binti Wan Hasan & - Papan Kenyataan Unit KK Pn. Farah Dina binti Baharuddin - Papan Kenyataan Unit KK (1 Murid 1 Sukan) En. Wan Mohd Rabani bin Wan Sazali -Hari Sukan Negara Pn. Hasiah binti Wan Hasan - Majlis Apresiasi Kecemerlangan KK En Mohammad bin Lat - Karnival 1 Murid 1 Sukan (Pertandingan Antara Kelas) Pn Hasiah binti Wan Hasan - PAJSK (Guru Kelas Tahap 2)


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 65 CARTA GANTT UNIT KOKURIKULUM 2023/2024 BIL AKTIVITI BULAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1. Mesyuarat JK(Induk) Kokurikulum X X X 2. Pengagihan Murid Mengikut Unit KK X 3. Mesyuarat Merentas Desa X 4. Pendaftaran Ahli Kelab & Persatuan, Sukan & Permainan dan PBB X 5. Aktiviti KK Mingguan (Hari Rabu) X X X X X X X X X X 6. Mesyuarat Agung Kelab & Persatuan, Sukan & Permainan dan PBB X X 7. Kursus Kepimpinan Kelab/Persatuan/UBB/Pengawas X 8. Perjumpaan Rumah Sukan X 9.. Merentas Desa X 10. Latihan Rumah Sukan X 11. Sukantara , Saringan, Raptai Sukan Tahunan x 12. Sukan Mini/Sukaneka X 13. Sukan Tahunan X 14. Program Khidmat Masyarakat dalam Kelab & Persatuan (Gotong-royong) X 15. Bulan Bahasa Kebangsaan X 16. Sambutan Bulan Kemerdekaan X 17. Sambutan Ambang Merdeka X 18. Penutupan Bulan Kemerdekaan X 19. Hari Sukan Negara X 20. Perkhemahan Perdana PBB X 21. Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kokurikulum (Januari 2024) X 22. Hari Keushawanan PBB X 23. PAJSK X X X X X X X X X X X X 24 Pertandingan Kawad Kaki PBB X 25. Karnival Permainan Antara Kelas (Januari 2024) X X 26. Penyerahan Dokumen Unit Kokurikulum (Januari & Februari 2024) X 27. Perancangan Kokurikulum 2024/2025 (Januari 2024) X 28. 29.


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 66 TAKWIM KEJOHANAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERA KUALA MUDA / YAN 2023/2024 BIL. SUKAN JANTINA KATEGORI TARIKH MSSD TARIKH MSSK 1. Merentas Desa L & P 12 18 Mei 10 Julai 2. Bolasepak L 12 1-15 Jun 2 - 6 Julai 26 - 29 Julai 3. Hoki (U12) L & P 12 26 - 27 Jun 27 & 28 Julai 4. Ragbi L 12 20 - 22 Jun 25 - 27 Jun 3 - 5 Ogos 5. Bola Baling L & P 12 24 - 27 Julai 3 - 5 Ogos 6. Bola Jaring P 12 20 - 23 Jun 11,12 Ogos 18,19 Ogos 7. olahraga L & P 12 1 - 5 Ogos 6 -12 Sep Nota : Takwim ini masih tertakluk kepada perubahan dan pindaan berdasarkan arahan terbaru dari semasa ke semasa.


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 67 AKTIVITI KOKURIKULUM HARI RABU (12 KALI SETAHUN) KELAB & PERSATUAN - 12.45 T/H - 2.45 PTG PASUKAN BADAN BERUNIFORM (PBB) - 12.45 T/H - 2.45 PTG SUKAN & PERMAINAN - 4.00 PTG - 6.00 PTG KELAB & PERSATUAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM SUKAN & PERMAINAN


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 68 PERANCANGAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2022/2023 BIL AKTIVITI TARIKH 1 Mesyuarat JK Kokurikulum Sekolah 14.03.2023 03.07.2023 06.11.2023 2 Mesyuarat Kejohanan Merentas Desa 14.03.2023 3 Mesyuarat Agung Rumah Sukan 19.03.2023 4 Merentas Desa 20.03.2023 5 Mesyuarat Agung Kelab/Persatuan 29.03.2023 6 Mesyuarat Agung Unit Beruniform 05.04.2023 7 Mesyuarat Agung Sukan & Permainan 12.04.2003 8 Kem Kepimpinan Pemimpin Unit Kokurikulum 11 & 12. 05.2023 9 Mesyuarat Sukan Tahunan 01.05.2023 10 Sukan Tahunan 20.05.2023 11 Cuti Peristiwa Kali Ke-1 Sempena Sukan Tahunan 21.05.2023 (Ahad) 12 Aktiviti Kemasyarakatan dalam Persatuan & Kelab (Gotong-royong) 14.06.2023 13 Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 02.07.2023 14 Penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan 30.07.2023 15 Pelancaran Bulan Kemerdekaan 13.08.2023 16 Ambang Merdeka 30.08.2023 17 Penutupan Bulan Kemerdekaan 17.09.2023 18 Bulan Sukan Negara 12.10.2023 19 Pertandingan Kawad Kaki PBB 12.10.2023 20 Perkhemahan Perdana PBB 07 & 08. 09.2023 21 Mesyuarat Hari Keusahawanan PBB 13.11.2023 22 Hari Keusahawanan PBB 02.12.2023 23 Mesyuarat Majlis Apresiasi Kecemerlangan KK 15.01.2023 24 Majlis Apresiasi Kecemerlangan KK 28.01.2023 25 Karnival Sukan & Permainan Antara Kelas 31.01.2024 01.02.2024


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 69 JADUAL PERHIMPUNAN KOKURIKULUM TAHUN 2023/2024 Hari : Ahad Minggu : Minggu Ke-3 Setiap Bulan Masa : 7.45 – 8.15 Kod Pakaian : Unit Beruniform BULAN TARIKH UNIT BERTUGAS CATATAN Januari Februari Mac April 09.04.2023 TKRS Mei 07.05.2023 PENGAKAP Minggu Ke-2 Jun 11.06.2023 PPIM Julai 09.07.2023 TKRS Ogos 13.08.2023 PENGAKAP September 10.09.2023 PPIM Oktober 15.10.2023 TKRS November 12.11.2023 PENGAKAP Disember 10.12.2023 PPIM Januari 14.01.2024 TKRS


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 70 ATURCARA PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM MASA ATURCARA KETERANGAN CATATAN 7.45 pagi Majlis Bermula Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah Bacaan Doa Ikrar Rukun Negara Dan Ikrar Sekolah Pelapor memberi arahan “Baris, Baris Sedia” Selepas ikrar Pelapor Tabik Hormat dan Melapor kepada Guru Besar. Lapor “Assalamualaikum Tuan. Murid-murid SK Darulaman siap sedia untuk Perhimpunan Bulanan Kokurikulum, Tuan. Mohon kebenaran Senang Diri, Tuan. Pelapor tabik hormat dan mengucapkan Terima kasih, Tuan “Pelapor kembali ke tempat dan memberi arahan “Baris……Senang Diri” Ucapan Pengerusi Unit Beruniform Lagu Unit Beruniform Nyanyian Lagu Unit Beruniform 8.15 Majlis Tamat Lapor “Assalamualaikum Tuan. Mohon jalankan tugas,Tuan. Pelapor Tabik Hormat dan mengucapkan “Terima kasih, Tuan” Pelapor memberi arahan “Baris, Keluar Baris.


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 LAMPIRAN MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 71


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 72 DASAR PENGURUSAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN DARULAMAN 08600 Tikam Batu, Kedah Darulaman. Tel / Fax : 04 4318004 Email : [email protected] Tuan / Puan, DASAR PENGURUSAN SEKOLAH 2022 Berikut diperturunkan beberapa perkara penting dalam bidang kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, pentadbiran dan kewangan. Diharap mendapat perhatian dan tindakan semua pihak dalam melaksanakan tugas sepanjang tahun ini. 1. Perintah Am Selaku kakitangan kerajaan guru-guru adalah tertakluk kepada segala yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Pekeliling-pekeliling perkhidmatan dan arahan-arahan dari semasa ke semasa. Oleh itu, guru-guru diminta membaca, memahami, dan mematuhinya. 2. Kedatangan Waktu persekolahan tahun 2021 adalah seperti berikut: 2.1 Semua guru hendaklah berada di sekolah sebelum 7.30 pagi hingga 1.45 tengah hari. 2.2 Guru-guru dikehendaki daftar masuk datang dan daftar keluar waktu pulang di pejabat. 2.3 Guru-guru yang tidak hadir atau kecemasan dan terpaksa datang lewat kerana sebab-sebab tertentu, mesti memberitahu Guru Besar / penolong-penolong kanan dan pastikan nama anda ada di papan kenyataan pejabat jika berkursus, mesyuarat dan sebagainya. 3. Kebenaran Keluar 3.1 Jika guru / staf yang terpaksa meninggalkan sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Guru Besar atau penolong-penolong kanan andainya Guru Besar tiada di sekolah. 3.2 Selepas mendapat kebenaran catatkan dalam Buku Keluar Masuk Guru / Staf ke mana destinasi anda beserta masa. 3.3 Guru yang hendak meninggalkan negeri / melancong dalam atau luar negara ( menggunakan passport antarabangsa) ketika cuti hendaklah mengisi borang khas yang terdapat di pejabat. 3.4 Guru yang hadir mesyuarat, kursus atau seumpamanya pada sesi petang dibenarkan keluar mengikut aturan masa berikut: 12.30 tengah hari – Aktiviti di Sungai Petani, Gurun, Bukit Selambau atau seumpamanya. 10.30 pagi – Aktiviti di Alor Setar, Jitra atau seumpamanya. * Tidak Perlu Hadir – Aktiviti di Langkawi, Pulau Pinang, KL atau seumpamanya. 4. Cuti 4.1 Semua guru / staf diminta meneliti / membaca kandungan Perintah Am Bab C dan juga beberapa siaran / arahan Guru Besar / PPD/JPN / KPM dan Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai cuti. Cuti Tanpa Rekod dan lain-lain adalah tertakluk kepada Pengarah Pendidikan Kedah. Semua permohonan perlu dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Cuti yang boleh diperoleh dari pejabat dan sediakan 1 minggu sebelum tarikh cuti yang diminta. Kenyataan mengenai cuti sakit (sijil MC) hendaklah diserah kepada Guru Besar. 4.2 Perkeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2017 menyatakan guru berkelayakan mendapat Cuti Rehat Khas selama 10 hari. Kiraan Cuti Rehat Khas adalah kelayakan 2 hari dalam tempoh 3 bulan. Cuti Rehat Khas boleh dibatalkan oleh Guru Besar jika ada kepentingan


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 73 perkhidmatan. Tetapi guru boleh dipanggil untuk bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal atau antara penggal sesuatu tahun untuk menjalankan tugas seharian selain daripada tugas mengajar. 4.3 Semua guru yang hendak bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan dari Jabatan Pendidikan Kedah. Sila isi borang permohonan sekurang-kurangnya 4 minggu (sebulan) sebelum tarikh bercuti. 4.3 Kemudahan cuti sakit boleh diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut: 4.3.1 Klinik swasta : Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun. 4.3.2 Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun. 4.3.3 Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit kerajaan yang boleh diberi adalah tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90 hari berikutnya hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha KPM. 5. Pakaian Guru 5.1 Semua guru hendaklah mematuhi Pekeliling Iktisas Bilangan 6/85 bertarikh 9.5.1975 mengenai pakaian guru-guru di sekolah. Pakaian perlulah kemas dan sesuai serta tidak mencolok mata. Tag nama adalah wajib. Guru lelaki diwajibkan memakai tali leher, kemeja berlengan panjang serta potongan rambut guru lelaki adalah sesuai. 5.2 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian yang lengkap berkasut sukan untuk melaraskan perjalanan mata pelajaran tersebut. 5.3 Semua guru lelaki hendaklah memakai tali leher ketika acara-acara rasmi termasuk perhimpunan mingguan. 5.4 Semua guru disarankan memakai pakaian lengkap uniform mengikut unit masing-masing pada setiap hari Rabu. 6. Perhubungan Sesama Guru 6.1 Semua guru / staf sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru / staf dan sentiasa dapat mengawal peraturan. Diharap akan wujud rasa kekitaan dan semangat tolong-menolong sesama warga sekolah. 6.2 Guru / staf tidak seharusnya mempengaruhi atau memaksa pandangan, fahaman atau pendapat dan kepercayaan terhadap guru / staf lain dan murid sekolah. 6.3 Hubungan yang berlandaskan kepada kumpulan ‘clique’ status sosial, ekonomi, kelulusan akademik dan sebagainya adalah tidak dibenarkan wujud di SK Darulaman kerana boleh mendatangkan kesan negatif. 7. Bilik Guru / Bilik Khas 7.1 Sebuah jawatankuasa dibentuk untuk menguruskan segala hal yang berkaitan dengan bilik guru. Semua guru secara automatik tertakluk kepada jawatankuasa ini. 7.2 Keselamatan dan kebersihan / keceriaan bilik guru adalah tanggungjawab semua guru untuk menjaganya. Ini termasuklah keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru. 7.3 Semua guru / staf hendaklah berada dalam kawasan sekolah atau bilik guru / bilik-bilik khas semasa waktu tidak mengajar di bilik darjah. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘nonteaching period’. Oleh itu, semua guru hendaklah menggunakan waktu ini untuk faedah PdP yang berkesan. 7.4 Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru / bilik-bilik khas kerana dikhuatiri murid mengetahui perbualan guru-guru lain yang tidak sepatutnya didengar oleh mereka dan juga menimbulkan fitnah. 7.5 Semua guru yang berada dalam bilik guru hendaklah sama-sama menjaga dan bertanggungjawab untuk memastikan suasana yang sesuai dan tenang supaya tidak menganggu mana-mana pihak.


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 74 8. Proaktif 8.1 Semua guru / staf adalah disarankan lebih proaktif bagi melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik, cepat dan berkesan. 8.2 Walau bagaimanapun, guru-guru adalah dikehendaki menyediakan kertas cadangan berbincang dan memohon kelulusan Guru Besar terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti yang melibatkan hal-hal kewangan. Perbincangan dengan Ketua Panitia dan PK berkenaan adalah diperlukan sebelum membawa perbincangan kepada Guru Besar. 9. Masalah Perjawatan / Perkhidmatan 9.1 Semua guru / staf jika menghadapi masalah perkhidmatan seperti perlantikan, pengesahan dalam jawatan, pengesahan dalam pencen dan lain-lain hendaklah memberitahu Pembantu Tadbir atau Guru Besar dengan kadar segera supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. 9.2 Semua guru / staf yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran / kerja hendaklah memberitahu / memaklumkan kepada Ketua Panitia / Penolong-penolong Kanan / Guru Besar. 10. Senarai Tugas Guru 10.1 Semua guru / staf akan diberikan tugas kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan pentadbiran. Mereka hendaklah melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan penuh dedikasi, cekap, cepat, bertanggungjawab serta sentiasa menunjukkan semangat dan minat yang sihat terhadap tugas-tugas tersebut kerana ini adalah punca pendapatan setiap keluarga guru (Rujuk tugas guru). 11. Guru Kelas 11.1 Guru-guru yang dilantik sebagai guru kelas hendaklah melaksanakan tugas-tugasnya dengan cekap, penuh dedikasi, telus dan bertanggungjawab. 11.2 Segala pungutan sumbangan (dengan kebenaran Guru Besar / YDP PIBG) seperti PIBG, kebajikan murid, keceriaan kelas, catatan kehadiran murid dan buku jadual kedatangan adalah menjadi tanggungjawab guru kelas. 12. Guru Bertugas Mingguan 12.1 Semua guru dikehendaki menyempurnakan tugas ini secara bergilir mengikut minggu yang ditetapkan. Ketua guru bertugas boleh mengagihkan tugas untuk sambut murid datang dan pulang, kantin, kebersihan kelas, urus murid sakit dan sebagainya. 12.2 Semua kegiatan hendaklah dicatatkan dalam buku laporan bertugas harian oleh semua guru bertugas. Sebelum pulang pada hari Khamis, buku laporan bertugas hendaklah diserahkan kepada Guru Besar untuk tindakan selanjutnya. 13. Buku atau Fail Rekod Mengajar 13.1 Semua guru akan dibekalkan dengan fail menggantikan Buku Rekod Mengajar. Guru-guru mestilah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan fail tersebut. SPI Bil. 1 / 1981, SPI Bil. 3 / 1999, Falsafah Pendidikan dan Tatasusila Profesion Perguruan, Malaysia dibuat salinan tanpa sebarang perubahan atau bercorak dan hendaklah dimasukkan ke dalam fail tersebut dan hendaklah diteliti, dipatuhi serta ditandatangani. 13.2 Semua kehendak buku itu hendaklah dipatuhi dan dilengkapi serta disempurnakan dengan teliti dan dikemaskini mengikut masa dan hari. 13.3 Semua guru hendaklah menyerahkan fail rekod mengajar pada hari Khamis setiap minggu di pejabat untuk diperiksa oleh Guru Besar atau Penolong Kanan. 13.4 Sekiranya guru bertukar pada pertengahan tahun atau cuti bersalin / lain-lain cuti, buku rekod itu hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan. 13.5 Semua guru dikehendaki menyerahkan buku rekod mengajar pada akhir tahun persekolahan kepada Guru Besar / pejabat.


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 75 14. Jadual Waktu 14.1 Semua guru akan disediakan jadual waktu. Bagi guru kelas juga akan disediakan jadual waktu kelas serta jadual waktu peribadi. 14.2 Guru kelas juga dikehendaki menyediakan satu salinan jadual untuk dipamerkan di kelas masing-masing. 14.3 Guru-guru adalah tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan Pentadbiran terlebih dahulu. 15. e-Kehadiran 15.1 Semua guru kelas bertanggungjawab mengisi maklumat murid dalam data APDM. 15.2 Kehadiran harian murid hendaklah diisi oleh guru kelas dalam APDM sebelum jam 9.00 pagi. 15.3 Penolong Kanan HEM akan menyemak maklumat murid dalam system APDM dari semasa ke semasa. 16. Disiplin Murid 16.1 Semua guru ialah guru disiplin. 16.2 Semua guru diminta merujuk kepada Buku Peraturan Sekolah sebelum membuat keputusan untuk menghukum murid. 16.3 Hukuman berbentuk deraan adalah tidak dibenarkan sama sekali. 16.4 Guru Besar berhak menggunakan budi bicara untuk mengambil sesuatu hukuman yang munasabah demi kebaikan murid tertakluk kepada peraturan-peraturan KPM. 17. Skim Pinjaman Buku Teks 17.1 Semua guru kelas dan guru SPBT hendaklah menguruskan SPBT selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan/ Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD. Semua jenis borang dan lain-lain keperluan hendaklah dipenuhi dengan lengkap dan teliti mengikut masa yang ditetapkan. 17.2 Guru SPBT dengan kerjasama guru-guru kelas hendaklah memungut kembali buku-buku yang telah diagihkan pada hujung sesi persekolahan tahun berkenaan. 17.3 Guru SPBT juga hendaklah mengemaskini buku stok SBPT setiap masa. 18. Keselamatan Harta Benda Sekolah 18.1 Semua harta sekolah adalah hak kerajaan. Oleh itu, semua guru / staf hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah hendaklah dengan segera dibawa ke pengetahuan Guru Besar / Penolong Kanan / guru disiplin untuk tindakan selanjutnya. 18.2 Guru yang mempunyai bilik-bilik khas seperti bilik sains, bengkel RBT, bilik seni, Pusat Sumber Sekolah, dan sebagainya hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan bilik-bilik tersebut. 19. Kebersihan Kelas / Sekolah 19.1 Semua guru hendaklah menitikberatkan hal ini. Adalah menjadi kewajipan bersama bagi mengawas dan mengawal kebersihan sekolah ini. Jadual giliran bertugas murid di kelas berkenaan boleh menceriakan lagi kelas dan kawasan sekelilingnya. 19.2 Alat-alat kebersihan dalam kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan hendaklah disimpan dengan baik di tempat asal dengan selamat. 19.3 Mana-mana guru yang mempunyai bilik-bilik khas seperti bengkel RBT, bilik SPBT dan sebagainya mesti bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik tersebut dan setiap item mestilah disusun dengan kemas. 20. Surat Menyurat 20.1 Sekolah adalah sebuah institusi rasmi. Oleh itu, semua surat menyurat adalah atas nama Guru Besar.


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 76 20.2 Semua surat rasmi yang berhubung dengan KPM, JPN dan PPD hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar atau Penolong Kanan yang diturunkan kuasa. 20.3 Semua surat yang dikirimkan, mestilah mempunyai salinan yang akan disimpan dalam fail berkenaan. 21. Surat Masuk dan Tindakan 21.1 Semua surat diterima dari luar akan diminitkan kepada guru-guru melalui mana-mana penolong kanan untuk diambil tindakan setelah didaftar. Tindakan hendaklah diambil dengan segera. 21.2 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar minitkan kepada mana-mana guru / staf melalui mana-mana penolong kanan untuk diambil tindakan. 21.3 Semua surat rasmi ke KPM, JPN, dan PPD hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar kecuali sekiranya Guru Besar tidak hadir, bercuti, mesyuarat atau kursus maka ia akan ditandatangani oleh Penolong Kanan yang diturunkan kuasa. 21.4 Segala borang yang perlu diisi, mestilah bertaip atau melalui cetakan komputer. Ini untuk memelihara imej sekolah. 22. Urusan Rasmi ke KPM, JPN, PPD 22.1 Dari semasa ke semasa, mungkin ada guru-guru yang akan terpaksa ke KPM, JPN atau PPD untuk sesuatu urusan / tugas sama ada peribadi atau rasmi. Untuk tujuan ini, semua guru / staf diingatkan supaya mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan di samping berpakaian kemas, tag nama dan bertali leher walaupun di luar waktu PdP. 23. Kehadiran Pelawat / Jurujual 23.1 Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Guru Besar atau mana-mana PK terlebih dahulu. Guru / staf tidak dibenarkan berbincang dengan jurujual / pelawat kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau penolong-penolong kanan. 23.2 Semua urusan perniagaan oleh jurujual atau dalam talian tidak dibenarkan dalam premis perkhidmatan. 24. Pembelian Barang 24.1 Guru-guru / staf yang ingin membuat pesanan dan belian barang-barang hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar. 24.2 Pesanan / belian barang hendaklah mengikut peraturan dengan melengkapkan borang nota minta yang boleh didapati di pejabat. Kemudian dapatkan tandatangan Guru Besar sebelum dimajukan kepada pembekal berkenaan. 24.3 Jika barang-barang yang dikehendaki itu segera, maka dapatkan pengesahan daripada Guru Besar sama ada guru-guru boleh membeli barang tersebut secara tunai (PWR) atau boleh dibilkan dengan bil sekolah. 24.4 Barang yang berharga kurang dari RM 100.00 boleh dibeli secara tunai dan dapatkan resit pembayaran untuk dituntut dari pembantu tadbir kewangan. 25. Kegiatan Kokurikulum 25.1 Semua guru terlibat dengan kegiatan ini sama ada sebagai penasihat atau guru pembimbing. 25.2 Satu senarai tugas akan diedarkan. Tugas ini hendaklah disempurnakan dengan cekap. 25.3 Waktu minimum untuk kegiatan kokurikulum perlu cukup 2 jam setiap minggu. 25.4 Aktiviti 1M1S dijalankan setiap hari kecuali hari Rabu. 26. Mengajar Luar Waktu Sekolah 26.1 Kebenaran daripada Pengarah Pendidikan Kedah adalah diperlukan dahulu sebelum seseorang guru itu boleh mengajar kelas tambahan di luar sekolah kecuali kelas tambahan bagi murid sekolah ini.


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 77 27. Perhimpunan / Bacaan Yaasin 27.1 Perhimpunan rasmi mingguan adalah pada hari Ahad. Setiap guru akan bertugas mengendalikan perhimpunan dan berucap dalam perhimpunan mengikut giliran. Semua guru mestilah hadir pada waktu perhimpunan. 27.2 Semua guru lelaki diminta berkemeja lengan panjang dengan memakai tali leher. 27.3 Sekiranya perhimpunan rasmi dibatalkan atas sebab-sebab tertentu, maka waktu perhimpunan digantikan dengan program mentor-mentee sepenuhnya. 27.4 Semua guru wajib menyertai program sekolah seperti bacaan Yaasin, ceramah atau seumpamanya dan bersama-sama mengawal murid. 28. Mesyuarat Guru / Taklimat 28.1 Dari semasa ke semasa mesyuarat atau taklimat akan diadakan mengikut takwim sekolah. Setiausaha atau penolong setiausaha akan mencatat minit mesyuarat. Minit mesyuarat / laporan akan dimasukkan dalam whatsapp rasmi sekolah sekurang-kurangnya 7 hari selepas mesyuarat. 28.2 Kehadiran adalah wajib kepada guru / staf. Surat penjelasan (tunjuk sebab) akan diminta jika tidak hadir. 29. Mesyuarat Jawatankuasa 29.1 Guru-guru akan dilantik menganggotai jawatankuasa yang terdapat di sekolah ini. Mereka dikehendaki hadir dalam sebarang mesyuarat yang akan diadakan serta mengambil bahagian dengan aktif. 29.2 Guru yang dilantik menjadi setiausaha mana-mana jawatankuasa, hendaklah mengeluarkan surat panggilan mesyuarat dan kemudian menyediakan laporan minit mesyuarat. Satu salinan hendaklah diberi kepada Guru Besar dan penolong kanan. 30. Latihan Kebakaran 30.1 Arahan mengenai latihan kebakaran hendaklah dipatuhi dengan teliti. Latihan mengejut akan diadakan pada bila-bila masa sahaja pada waktu persekolahan. 30.2 Semua guru hendaklah sentiasa bersedia dan mematuhi semua arahan yang terkandung dalan latihan tersebut. Semua guru kelas dikehendaki menerangkan dengan jelas arahan ini kepada murid masing-masing. 31. Keahlian BKGS 31.1 Semua guru dan AKP secara langsung mesti menjadi ahli BKGS dan juga PIBG sekolah dan membayar sumbangan yang ditetapkan. 31.2 Di SK Darulaman terdapat kelas guru dan staf yang diberi nama BKGS. 32. Lawatan Sambil Belajar 32.1 Guru-guru adalah digalakkan menganjurkan lawatan sambil belajar bagi faedah murid. Walau bagaimanapun, ia harus dibincang terlebih dahulu dengan Guru Besar / Penolong Kanan dan persetujuan daripadanya hendaklah diperolehi. Setelah itu,, segala prosedur mengenainya dipatuhi dan ditandatangani oleh Guru Besar / Penolong Kanan. Sila rujuk Surat Pekeliling berkuatkuasa. 32.2 Guru-guru juga diperingatkan supaya mendapatkan persetujuan ibu bapa terlebih dahulu sebelum bertolak ke tempat yang ditetapkan. 32.3 Urusan bas adalah di bawah tanggungjawab guru berkenaan. 32.4 Semasa lawatan dijalankan, guru-guru yang mengiringi hendaklah mengawasi dan mengawal murid dengan baik dari segala aspek. 32.5 Guru penasihat badan beruniform yang ingin membawa muridnya berkhemah juga diminta memaklumkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan. 32.6 Selepas lawatan / berkhemah guru penasihat berkenaan dikehendaki menyampaikan laporan kepada Guru Besar berupa dokumentasi aktiviti tersebut.


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 78 33. Mengiringi Pasukan Sekolah 33.1 Guru yang mengiringi pasukan sekolah untuk sesuatu permainan / sukan di luar kawasan sekolah dinasihatkan menguruskan dengan sebaik mungkin seperti kenderaan, pakaian ketika permainan, penyokong dan surat kebenaran waris. 33.2 Sekiranya terdapat penyokong (murid selain dari pemain) yang menyertai rombongan tersebut, prosedur yang sama juga hendaklah dipatuhi. 33.3 Guru tersebut hendaklah mengawasi murid supaya nama baik sekolah / PPD / JPN terpelihara. 34. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Visi, Misi Sekolah dan Objektifnya 34.1 Semua guru dikehendaki memahami dan menghayati falsafah, objektif dan matlamat tersebut. Guru-guru hendaklah sama-sama berusaha dengan gigih demi membolehkan objektif dan matlamat tersebut tercapai. 35. Buku Stok 35.1 Mana-mana mata pelajaran yang mempunyai buku stok seperti Sains, PJPK, RBT dan sebagainya. Maka Ketua Panitia berkenaan hendaklah memastikan maklumat-maklumat dalam buku tersebut sentiasa tepat, kemaskini dan lengkap. Buku itu akan disemak dari semasa ke semasa oleh Guru Besar / penolong kanan (rujuk pegawai aset sekolah). 36. Pengambilan Barang 36.1 Mana-mana guru / staf yang ingin mengambil atau menggunakan peralatan sekolah dikehendaki mengisi borang atau buku yang disediakan. 36.2 Apabila menggunakan peralatan tersebut, gunakan secara berpatutan untuk mengelakkan pembaziran. 36.3 Segala barang / peralatan sekolah yang dipinjam hendaklah dipulangkan dengan kadar segera supaya tidak timbul kesulitan kepada pengguna berikutnya. 37. Tag Nama 37.1 Semua guru / staf dikehendaki memakai tag nama semasa hari persekolahan, hari-hari keramaian sekolah dan juga semasa menghadiri sebarang majlis, mesyuarat atau taklimat di dalam atau luar sekolah. Tag nama hendaklah dipakai di atas dada sebelah kiri. 38. Kebersihan dan Keselamatan / Perhiasan Bilik Darjah 38.1 Semua guru hendaklah memastikan murid di bawah jagaannya menghias dan menjaga kebersihan serta keselamatan bilik darjah masing-masing. Guru hendaklah memastikan bahan yang digunakan adalah sesuai dan berfaedah kepada murid. 39. Menganjurkan Majlis 39.1 Sekolah amat menggalakkan dan mengalu-alukan setiap persatuan, kelab, permainan, badan beruniform menganjurkan apa sahaja kegiatan yang sesuai seperti ceramah, bahas, bengkel, pertandingan, perkhemahan, lawatan, pertunjukkan dan sebagainya.Majlis-majlis ini akan dapat menyalurkan bakat, minat, kebolehan dan kecenderungan murid di samping melatih mereka dalam ilmu kepimpinan. 39.2 Untuk tujuan itu guru-guru penasihat / guru kelas hendaklah sentiasa memberi galakan, nasihat, pandangan, tunjuk ajar, dan bimbingan kepada mereka yang menganjurkan majlis itu supaya teratur, licin, kemas dan sempurna. 39.3 Sebarang penganjuran majlis hari jadi semasa waktu PdP adalah tidak dibenarkan. 39.4 Jawatankuasa dalam sesuatu program hendaklah menyediakan satu dokumentasi berkenaan program dan kegiatan yang telah disempurnakan dan menyerahkan kepada Guru Besar dengan kadar segera.


MANUAL PENGURUSAN SK DARULAMAN 2023/2024 MEMACU KECEMERLANGAN HOLISTIK 79 Pesan Pada Diri… Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh, ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah AKHLAK. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri. Itulah IKHLAS. - Ustaz Ebit Lew Sekian, terima kasih. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, …………………………… (HASLINA BINTI CHE HAT) Guru Besar, SK Darulaman


Click to View FlipBook Version