The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR KAMILIA ILYANA BINTI ISHAK IPG-Pelajar, 2023-09-17 10:46:26

PJMS3232 PENULISAN

PJMS3232 PENULISAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (TAHUN 2 SEMESTER 1) PJMS3232 PERGERAKAN ASAS DAN GIMNASTIK NAMA PELAJAR NUR KAMILIA ILYANA BINTI ISHAK ANGKA GILIRAN 2022192340043 NOMBOR KAD PENGENALAN 031221-07-0160 KUMPULAN A2 TAJUK TUGASAN PENULISAN NAMA PENSYARAH MISS TAN YAN IM TARIKH HANTAR 18 SEPTEMBER 2023 TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH


i PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah dan izin-Nya dapatlah saya menyiapkan tugasan kursus PJMS3232 (Pergerakan Asas dan Gimnastik) ini bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Setinggi -tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Miss Tan Yan Im selaku tenaga pengajar kursus PJMS3232 (Pergerakan Asas dan Gimnastik) yang telah banyak memberikan bimbingan dan nasihat sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan dan ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan bantuan dalam melengkapkan kerja kursus ini. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu saya sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bagi menyiapkan penulisan ini. Semoga Tuhan memberikan balasan yang lebih baik kepada individu-individu yang berkenaan.


ii ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN ...............................................................................................................................1 2.0 PELAN LANTAI PERGERAKAN LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN.......................................................................................................................................................1 3.0 PENUTUP.............................................................................................................................................3 RUJUKAN....................................................................................................................................................4


1 1.0 PENGENALAN Secara umumnya, pergerakan asas terdiri daripada beberapa jenis pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan (Gallahue & Cleland,2003). Pergerakan ini merupakan asas kepada pergerakan kanak-kanak. Pergerakan lokomotor ditakrifkan sebagai pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh berubah kedudukan dari satu tempat yang lain seperti berjalan dan berlari. Selain itu, pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan statik dalam ruang diri manakala manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan penggunaan alatan. 2.0 PELAN LANTAI PERGERAKAN LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN


2 Pergerakan pertama merupakan pergerakan bukan lokomotor yang menggabungkan manipulasi alatan iaitu imbangan bangau sambil memutar gelung. Pelajar perlu berdiri satu kaki sambil satu kaki lagi dibengkokkan dan diletakkan di tepi lutut serta sebelah tangan dibuka sambil memutarkan gelung. Imbangan ini dilakukan selama 30 saat bermula dari kaki kanan kemudian ditukar dengan kaki kiri. Ulangi perbuatan ini sebanyak 2 set untuk setiap imbangan kaki. Selain itu, pergerakan yang kedua ialah skipping iaitu pergerakan lokomotor. Kaki dan lutut kanan diangkat tinggi berselang seli dengan kaki dan lutut kiri. Tangan perlu memegang gelung dan kedua-dua kaki perlu melangkah memasuki gelung. Pergerakan ini dilakukan secara berpusing dalam bentuk bulatan bersama pasangan. Pergerakan ini diulangi selama 20 saat secara berpasangan. Pergerakan ketiga ialah pergerakan lokomotor iaitu melambung gelung dan melompat disamping menyambut kembali gelung tersebut. Koordinasi tangan dan mata perlu bergerak seiring supaya gelung yang dilambung tersebut tidak jatuh. Pelajar juga perlu menggunakan ruang yang luas supaya tidak berlanggar dengan pasangan. Pergerakan ini dilakukan sebanyak 10 kali lambungan sambil bertukar arah dengan pasangan ke kiri dan ke kanan sebanyak 2 set. Pergerakan keempat ialah imbangan sisi iaitu pergerakan lokomotor. Badan diimbangkan menggunakan tangan kanan dan kaki kanan. Kaki kiri dirapatkan dengan kaki kanan dan tangan kiri dibuka ke atas. Keseimbangan diri perlu dikuasai supaya beban berat badan pelajar dapat ditampung. Perlakuan ini dilakukan selama 10 saat bagi 4 set ulangan dan pelajar perlu menjarakkan diri selebar satu depa tangan supaya dapat melakukan imbangan dalam ruang diri masing-masing. Pergerakan kelima ialah ketingting. Pelajar perlu berlari ketingting meggunakan satu kaki. Corak pergerakannya, ialah dengan memindahkan berat badan di atas kaki secara berselang seli. Kemudian, bergerak ke hadapan dan kemudian kembali ke belakang sambil melantun bola ke lantai. Pergerakan ini dilakukan dalam ruang yang luas bermula dari garisan permulaan sehingga penamat supaya tidak berlanggar dengan pasangan. Aktiviti ini dilakukan sebanyak 2 set. Masa adalah selama 30 saat untuk setiap set. Pergerakan keenam ialah pergerakan lokomotor melantun dan menggelecek bola melalui kon secara zigzag. Pelajar perlu menitikberatkan koordinasi badan tangan, kaki dan mata dengan pergerakan bola semasa melantun secara zigzag. Terdapat 5 kon yang akan disusun secara lurus yang berjarak 3 tapak kaki kemudian pelajar perlu menggelecek dan melantun bola secara


3 zigzag sehingga kon yang terakhir. Pergerakan ini dilakukan sebanyak 2 kali secara ulang alik untuk seorang pelajar. Pergerakan ketujuh ialah lompat bintang pelbagai arah. Pelajar perlu berdiri tegak, kemudian tangan didepakan pada paras bahu dan kaki dibuka selaras dengan bukaan tangan semasa melompat. Seterusnya, badan kembali tegak selepas melompat ke arah hadapan dan belakang. Secara berpasangan, lompat bintang dimulai dengan bergerak ke hadapan sebanyak 8 kali lompatan, kemudian diikuti ke kiri, ke kanan, ke belakang dan seterusnya ke hadapan semula. Pergerakan ini diulangi sebanyak 2 set untuk setiap seorang. Pergerakan kelapan ialah imbangan V iaitu duduk di lantai sambil mengimbang badan. Kaki dilunjurkan kehadapan dan diangkat tinggi bersama badan dan tangan dilunjurkan ke arah kaki. Keadaan badan akan menjadi seperti huruf V. Pergerakan ini dilakukan selama 10 saat dan diulangi sebanyak 4 set secara berhadapan dengan pasangan. Pergerakan seterusnya ialah plank iaitu pergerakan bukan lokomotor yang juga dikenali sebagai bridging. Pelajar perlu mengekalkan keseimbangan badan apabila melakukan posisi sama dengan push up tetapi menahan menggunakan siku dengan seberapa lama yang boleh. Pelajar boleh melakukan plank bersebelahan dengan pasangan dan mengambil ruang yang sesuai supaya tidak terlalu rapat. Plank dilakukan selama 30 saat bagi setiap set. Pelajar perlu mengulangi plank sebanyak 3 set ulangan bersama pasangan. Akhir sekali ialah pergerakan lokomotor iaitu menggelongsor. Pelajar perlu melangkah menggunakan satu kaki dan diikuti sebelah kaki lagi. Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan ditutup dengan kaki belakang. Kaki yang sama akan dijadikan kaki yang mendahului pergerakan ke pelbagai arah seperti kiri dan kanan. Pergerakan ini dilakukan sebanyak 5 set ulangan. Secara berpasangan, pelajar boleh memegang tangan rakan semasa menggelongsor dan bergerak dalam ruang ke kiri dan ke kanan secara berturutan. 3.0 PENUTUP Jelaslah bahawa, pendidikan berkaitan pergerakan asas amat penting untuk dipelajari oleh murid terutamanya murid sekolah rendah kerana ia merupakan proses yang mendorong pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kreativiti murid-murid.


4 RUJUKAN Brown, R. (2021). Gymnastics: Skills & drills for the level 1, 2 & 3 coach & gymnast. RJC Publishing. Duncombe, R. (2019). The physical development needs of young children. Taylor and Francis. Francis, N. (2018). Fundamental movement skills: The building blocks for the development of physical literacy. MIT Press. Gan Ann Kee. (2018). The effect of locomotor and non-locomotor movement in response to music among five and six years old. Universiti of Malaya. Marzuki Mohd Yasim. (2016). Ritma dan pergerakan Modul Pendidikan jarak jauh UPSI. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Schlegel, E. & Dunn, C. R. (2021). The gymnastics book: The young performer's guide to gymnastics. Firefly Books. .


Click to View FlipBook Version