The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2
BAB 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by orkidmerah64, 2018-03-06 21:22:01

UNDANG-UNDANG KONTRAK

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2
BAB 2

7.0 ASPEK
PERUNDANGAN

PERNIAGAAN

7.1 UNDANG-UNDANG KONTRAK

Kontrak :

Satu perjanjian yang
boleh dikuatkuasakan
oleh undang-undang.

 

SEKSYEN 10 AKTA KONTRAK 1950
MENYATAKAN :

“semua perjanjian adalah
kontrak jika dibuat atas
kerelaan bebas pihak-
pihak yang layak membuat
kontrak, untuk sesuatu
balasan yang sah dan
dengan sesuatu tujuan
yang sah”

1. Tawaran

- Satu janji yang dibuat oleh
pembuat tawaran kepada
penerima tawaran dengan niat
tawaran itu akan mewujudkan
satu hubungan yang mengikat
di sisi undang-undang

ELEMEN PENTING TAWARAN

1. Tawaran mesti jelas, lengkap dan muktamad
- Jelas tentang terma-terma
- Kepada siapa tawaran itu ditujukan
- Tawaran kabur – tidak mengikat disisi

undang-undang

2. Penerima tawaran harus ditentukan
- Tawaran dibuat kepada orang tertentu
- Orang selain drp mereka tidak boleh

menerima tawaran
- Sekiranya pihak lain terima – tawaran

tersebut tidak sah

- Tawaran kepada sekumpulan orang adalah
berbentuk umum

- Penerimaan blh dibuat oleh sesiapa sahaja

 3. Tawaran adalah berbeza drp pelawaan
tawaran

- Langkah pertama dlm rundingan yg mungkin
akan berakhir dgn tawaran sesuatu pihak

- Satu keadaan dgn seseorg hanya ingin
melakukan perundingan, ttp tdk berkehendak
utk terikat dgn syarat atau terma dlm
perundingan tersebut

CONTOH-CONTOH PELAWAAN TAWARAN

a) Pameran barang di kedai layan diri
- Pekedai yang memperagakan brg di dalam

kedai hanya membuat pelawaan
- Sesiapa yg mengambil brg tersebut dan

membawa ke kaunter untuk mbyr adalah
pihak yg membuat tawaran untuk membeli

b) Lelongan
- Pelelong adalah pihak yg membuat

pelawaan
- Mana-mana org yg hadir pd majlis

lelongan , meletak harga utk membeli brg
lelongan adalah orang yang membuat
tawaran.

c) Pengiklanan
 - Iklan jg merupakan pelawaan

- Cth : Iklan jawatan kosong di akhbar,
mana-mana orang yang memohon untuk
mengisi jawatan tersebut ialah org yg
membuat tawaran dan terpulanglah
kepada syarikat yg ingin mengambil
pekerja untuk membuat penerimaan

SEBAB PENAMATAN TAWARAN

1. Penerima tawaran menolak
tawaran

2. Pembuat tawaran membatalkan
tawaran

3. Luputnya waktu

4. Kematian atau ketidaksiuman
pembuat tawaran

RUJUK KES :

Kes Tan Geok Khoo & Gerald
Francis Robless lwn. Paya
Terubong Est. Sdn.
Bhd. (1988) 2MLJ672

2. PENERIMAAN

Apabila sesuatu pihak menerima
cadangan daripada pihak yang
membuat tawaran ATAU
persetujuan yang telah dibuat oleh
penerima tawaran kepada pembuat
tawaran tentangn cadangan atau
janji yang dibuat oleh pembuat
tawaran

ELEMEN PENTING PENERIMAAN

- Penerima mengetahui wujudnya tawaran

- Sesuatu penerimaan hendaklah jelas, mutlak
dan tidak bersyarat

- Penerimaan mestilah dibuat secara biasa dan
munsabah, melainkan jika tawaran ini
menetapkan cara penerimaannya

- Sesuatu penerimaan yg dibuat mestilah
dikomunikasikan

- Penerimaan hendaklah dibuat dalam jangka
masa yang munasabah

- Penerimaan adalah lengkap sebaik shj
pembuat tawaran mengetahui dan
menerimanya

JENIS-JENIAS PENERIMAAN YANG TIDAK PERLU
DIKOMUNIKASIKAN:

- *Penerimaan dengan penunaian syarat

- Bagi tawaran yang ditujukan kepada umum, adalah
mencukupi sekiranya penerima menunaikan syarat2
yang telah ditetapkan di dalam tawaran

- *Kaedah pos terpakai

- Apabila penerima tawaran memasukkan surat
penerimaan ke dalam peti pos, maka komunikasi
penerimaan adalah lengkap terhadap pembuat
tawaran. Penerima tawaran tidak terikat dgn
penerimaan sehingga surat penerimaan itu benar-
benar tiba kpd pembuat tawaran

- *Jualan lelong

- Peneri maan adalah lengkap sebaik sahaja pelelong
menjatuhkan tukulnya bagi menandakan seseorang
itu menerima tawaran yang dibuat kepadanya

RUJUK KES:

PRESTON CORP SDN
BHD LWN EDWARD
LEONG & ORS (1982)

3. BALASAN

- Seksyen 2 (d) Akta Kontrak 1950

- ‘menurut kehendak pembuat janji atau
siapa sahaja yang telah membuat atau
telah menahan diri dari membuat sesuatu
maka perbuatan atau penahanan diri
atau janji itu adalah di sebuat balasan
untuk janji itu’

- ATAU

- Faedah yang sepatutnya diperoleh kedua-
dua pihak daripada urusniaga mereka
seperti yang telah dipersetujui pihak
yang mengikat perjanjian

BALASAN

Sesuatu perjanjian itu sah dari
segi balasan jika kedua-dua
pihak saling berjanji

Ketiadaan balasan
menyebabkan sesuatu kontrak
tidak boleh dikuatkuasakan

ELEMEN PENTING DALAM BALASAN

(a) Balasan mesti mempunyai unsur timbal
balik

(b) Balasan tidak semestinya datang daripada
penerima janji

(c) Balasan lampau adalah sah di sisi undang-
undang

(d) Sesuatu balasan itu tidak semestinya
berpadanan

(e) Balasan mestilah sesuatu yang sah di sisi
undang-undang

(f) Perjanjian tanpa balasan adalah batal

RUJUK KES :

MURUGESU LWN
NADARAJAH (1980)

4. NIAT

Perjanjian antara dua pihak menjadi
satu kontrak yang sah apabila dapat
membuktikan bahawa wujudnya niat
untuk mengadakan hubungan yang
mengikat di sisi undang-undang

antara kedua-dua pihak.
ATAU

Kesediaan setiap pihak untuk
menerima kesan daripada segi
undang-undang sekiranya
mana-mana pihak gagal untuk
melaksanakan kontrak itu.
 

 Sesuatu niat itu tidak mengikat di sisi
undang-undang

– jika perjanjian melibatkan pihak2
yang mempunyai tali kekeluargaan
seperti perjanjian keluarga, sosial,
domestik

 Sesuatu niat terikat di sisi undang-
undang

- jika perjanjian melibatkan pihak2
dalam pengurusan perniagaan seperti
perjanjian sewa beli, perjanjian
perumahan, perjanjian pinjaman bank

5. KETENTUAN

- Sesuatu kontrak yg sah itu
perlulah mengandungi
peruntukan yg nyata dan
tentu (tidak samar-samar)

- Contohnya : Jika A bersetuju untuk
menjual seratus tan minyak kepada B
maka tiada apa-apa yg dapat
menunjukkan jenis minyak yg
dimaksudkan dan perjanjian itu batal
kerana ketaktentuannya.

KEADAAN YANG MENYEBABKAN

KETIDAKTENTUAN DALAM SESUATU

KONTRAK:

- Penggunaan bahasa yang
kurang jelas, kabur dan
samar-samar

- Pihak yang terlibat gagal
untuk mencapai kata
persetujuan terhadap perkara
pokok atau syarat utama
perjanjian

6. KEUPAYAAN

Kelayakan atau
kemampuan seseorang
untuk membuat kontrak
iaitu dewasa, berakal
sempurna dan tidak
hilang kelayakan untuk
membuat kontrak.

SESEORANG YANG INGIN MEMBUAT KONTRAK
MESTILAH :

1. Dewasa
- Mencapai umur 18 tahun

2. Berakal Sempurna
- Berfikiran waras dan dapat

memahami terma dan syarat
kontrak yang ingin dimasukinya

3. Tidak hilang kelayakan berkontrak
- Tidak ada mana-mana undang-

undang yang melarangnya
berkontrak

SESEORANG INDIVIDU YANG BERUMUR
DI BAWAH 18 TH BOLEH MEMASUKI
KONTRAK DGN SYARAT :

- Kontrak utk keperluan hidup – spt makanan,
minuman, pelajaran dll

- Kontrak biasiswa – antara kanak-kanak dgn
badan kerajaan sahaja

- kontrak insurans – dgn syarat mendapat
kebenaran bertulis daripada bapa atau
penjaga.

- Kontrak perkahwinan – boleh membuat
kontrak untuk berkahwin, dan kontrak itu sah
dan boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah.

- RUJUK KES :
- LEHA JUSOH LWN. AWANG JOHARI (1978)

TERMA KONTRAK

• Terdiri daripada syarat
dan waranti

• – bergantung kepada niat
pihak2 yg berkontrak

TERMA KONTRAK

 *Syarat kontrak  *Waranti
Jika sesuatu kenyataan
diniatkan sebagai Apabila kenyataan diniatkan
perkara2 atau peraturan sebagai peraturan yang
penting kpd tujuan utama bersampingan kpd tujuan
kontrak, maka kenyataan utama kontrak, maka
tersebut sebagai syarat kenyataan tersebut dikenali
kontrak. Apabila berlaku waranti. Pelanggarannya
pelanggaran kontrak, membolehkan pihak teraniaya
remedinya ialah dgn menuntut gantirugi sahaja
membatalkan kontrak tetapi tiada hak bagi
atau menuntut gantirugi menganggap kontrak tamat
atau kedua-duanya.

WARANTI

Waranti boleh dimaksudkan
sebagai kontrak kolateral
iaitu kontrak berasingan
yang boleh dikuatkuasakan.

KES :
TAN SWEE HOE CO. Ltd Lwn. Hussain Bros (1980)

SYARAT –SYARAT
KONTRAK

1. KONTRAK SAH

Satu perjanjian yang boleh
dikuatkuasakan undang-
undang kerana mematuhi
elemen-elemen asas kontrak
iaitu wujudnya tawaran,
penerimaan, balasan, niat,
ketentuan dan keupayaan.

2. KONTRAK TIDAK SAH

Satu perjanjian yang tidak
boleh dikuatkuasakan dan
tidak mempunyai kesan
(tidak mengikat disisi
undang-undang kerana
tidak mematuhi elemen-
elemen asas kontrak
 

3. KONTRAK BOLEH BATAL

Perjanjian yang wujud pada
mulanya dikuatkuasakan
tetapi dibatalkan kemudian
oleh pihak yang berkontrak
apabila ada elemen-elemen
yang boleh membatalkan
kontrak

SEBAB-SEBAB KONTRAK BOLEH

BATAL:

 1. paksaan
satu bentuk kekerasan yang boleh mengancam
diri, harta dan keluarga yang dilarang
perbuatannya mengikut Kanun Keseksaan.

 2. pengaruh tidak berpatutan
Berlaku apabila pihak yang memasuki kontrak
tidak adil yang dibuat dengan pihak yang
mengalami kecacatan dan terjejas akal disebabkan
oleh factor usia, penderitaan jasmani dan akal
sama ada kekal atau sementara

SEBAB-SEBAB KONTRAK BOLEH
BATAL:

3. Fraud atau penipuan

Pihak yang memasuki kontrak mempunyai niat
untuk memperdayakan pihak lain yang membuat
perjanjian seperti :

a. seseorang menyembunyikan fakta sebenar

b. meyakinkan sesuatu yang tidak benar sebagai
benar

c. seseorang yang berjanji tetapi tiada niat
mematuhinya

d. melakukan kesalahan yang jelas sebagaimana
yang telah ditetapkan oleh undang-undang

e. seseorang yang melakukan perbuatan untuk
menipu bersesuaian dengan pengisytiharan
mahkamah.

SEBAB-SEBAB KONTRAK BOLEH

BATAL

4. Salah nyataan

Dibuat oleh seseorang
yang ingin memasuki
sesuatu kontrak dengan
niat ingin membuat
tipudaya kepada satu
pihak lain.

 

SEBAB-SEBAB KONTRAK BOLEH
BATAL:

5. Khilaf

Kesilapan yang berlaku dan skopnya lebih sempit
berbanding salah nyataan atau fraud iaitu :
a. khilaf mengenai fakta
kesilapan fakta penting dalam perjanjian kontrak yang
berpunca daripada kedua-dua pihak yang akan memasuki
kontrak akan mengakibatkan kontrak itu batal, tetapi jika
berpunca daripada satu pihak sahaja, kesilapan fakta
tersebut tidak menyebabkan kontrak tersebut batal.

b khilaf undang-undang
Khilaf undang-undang tidak boleh membatalkan kontrak
jika mana-mana undang-undang tersebut dikuatkuasakan
di Persekutuan

4. KONTRAK BATAL

Kontrak yang batal sejak
mula lagi dan tidak boleh
dikuatkuasakan undang-
undang.

ANTARA SEBAB KONTRAK BATAL :

  1. dilarang oleh undang-undang
perjanjian perjudian, perjanjian yang
menjejaskan kebebasan dan kestabilan
perkahwinan dan perjanjian yang
menghalang kegiatan perdagangan. 

2. bersifat mengecewakan mana-mana
undang-undang
perjanjian yang akan bercanggah dengan
dengan mana-mana peruntukan undang-
undang yang terdapat dalam Negara
sekiranya diteruskan.

ANTARA SEBAB KONTRAK BATAL :

3. perjanjian berunsur fraud (penipuan)
perjanjian yang dibentuk dengan niat
untuk melakukan tipu muslihat dan boleh
mengugat pihak lain yang terlibat sama ada
dari segi keselamatan harta benda atau
nyawa.

4. mendatangkan bencana terhadap diri dan
harta benda orang lain.

5. sesuatu perjanjian sebagai tidak
bermoral dan bertentangan dengan
kepentingan awam.

ANTARA SEBAB KONTRAK BATAL

6. Perjanjian yang dibuat
untuk menjejaskan kebebasan
dan kestabilan sebuah
perkahwinan

7. Perjanjian yang
menghalang seseorang
daripada menjalankan
profesion atau perdagangan
atau perniagaan lain yg sah

5. PELEPASAN KONTRAK

Keadaan di mana pihak
dalam kontrak dianggap
tidak lagi hendak
melaksanakan kewajipan
masing-masing di bawah
kontrak
 

SEBAB-SEBAB PELEPASAN KONTRAK:

1. dengan perlaksanaan syarat-syarat kontrak
- apabila kedua-dua pihak yang berkontrak

melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab
dan hak masing-masing mengikut syarat-
syarat dalam kontrak, maka kontrak boleh
dilepaskan

2. dengan persetujuan semua
pihak yang terlibat
- pihak2 yg berkontrak bersetuju melepaskan
diri daripada kewajipan dibawah kontrak
(menamatkan kontrak) iaitu melepaskan
sebarang tanggungan yg telah diikat
sebelumnya

 

SEBAB-SEBAB PELEPASAN KONTRAK:

3. dengan kemungkiran kontrak

- Apabila satu pihak dalam kontrak enggan
melaksanakan kontrak seperti yg telah dipersetujui,
pihak yg satu lagi boleh melepaskan diri dari kontrak
– salah satu pihak gagal memenuhi janji pada waktu
yg ditetapkan, melakukan tugasan yg berlainan
daripada terma yg dipersetujui, memberitahu atau
menyatakan hasratnya utk melaksanakan terma yg
dikontrakkan dulu

4. Dengan kekecewaan kontrak

Berlaku sesuatu keadaan atau kejadian yg
menjadikan kontrak mustahil dan tidak mungkin
dapat diteruskan lagi atau dilaksanakan.

SEBAB-SEBAB PELEPASAN KONTRAK:

5. dengan kuatkuasa undang-undang
- Sesuatu kontrak dilepaskan apabila tempoh

pelaksanaan sesuatu kontrak itu tamat
6. dengan tiada kemungkinan
- Kontrak boleh dilepaskan atau ditamatkan

kerana pelaksanaan kontrak tersebut sudah
menjadi mustahil disebabkan ;
- i. Kemusnahan perkara atau barang yg
dikontrakkkan
- ii. kegagalan matlamat kontrak
- iii. kematian atau ketidakupayaan
seseorang
- iv. timbulnya ketidaksahihan

6. REMEDI (PEMULIHAN)

Hak yang boleh dituntut oleh pihak
yang teraniaya dalam satu kontrak.

 

Pemulihan dan gantirugi yang
boleh dituntut oleh pihak yang
menerima kesan kemungkiran janji
daripada pihak lain yang
melanggar perjanjian dalam
sesuatu kontrak.

 

JENIS-JENIS REMEDI :

1. gantirugi

Tuntutan gantirugi berdasarkan
kerugian yang dialami oleh pihak
yang menerima kesan kemungkiran
pelanggaran kontrak – gantirugi am
dan gantirugi khusus. Biasanya dlm
bentuk tunai

2. pelaksanaan spesifik

Satu perintah mahkamah untuk
mengarahkan satu pihak
melaksanakan obligasinya dan
akujanji menurut terma kontrak spt
seperti terkandung dalam kontrak.

JENIS-JENIS REMEDI

3. Injunksi

Arahan mahkamah yg ditujukan kpd
orang tertentu untuk menghalangnya
(injunksi negatif -satu perintah
larangan daripada mahkamah daripada
melakukan sesuatu) atau menyuruh
meneruskan melakukan sesuatu
(injunksi positif).

Dipohon oleh satu-satu pihak bagi
mengekalkan status quo satu-satu
perkara ketika kes sedang
ditangguhkan

JENIS-JENIS REMEDI

4. quantum meruit

Satu pampasan berbentuk bayaran yg
boleh dituntut oleh pihak yg dimungkiri
dlm kontrak terhadap apa yg
dilakukannya sebelum kontrak
dimungkiri.

Tuntutan ganti rugi utk jumlah yg
munasabah bagi bayaran atau
perkhidmatan yg telah dilakukan tetapi
nilainya tidak ditentukan.

JENIS-JENIS REMEDI

5. menamatkan kontrak
- Apabila satu pihak telah
memungkiri janji, maka
pihak yang menanggung
kerugian boleh memilih
untuk menamatkan kontrak.


Click to View FlipBook Version