The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najwanawawi04, 2023-02-22 09:20:23

Syair Nasihat (Pengh

pdf_20230222_221844_0000

Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah) BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU NAJWA BINTI MOHAMAD NAWAWI (BM A)


NAMA : NAJWA BINTI MOHAMAD NAWAWI NO. KAD PENGENALAN : 041004-12-0458 NO. ANGKA GILIRAN : 2022232310013 PROGRAM : PPISMP AMBILAN : JUN 2022 UNIT : BAHASA MELAYU A NAMA PENSYARAH : PN. ROZIAH BINTI RAMLI TARIKH HANTAR : 17 FEBRUARI 2023 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 01000 KANGAR PERLIS BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU


Konsep Kesusasteraan Melayu Ciri-ciri Kesusasteraan Melayu Jenis-jenis Kesusasteraan Melayu Fungsi Kesusasteraan Melayu 1. Penghargaan 2. Pengenalan Kesusasteraan Melayu 3. Syair 4. Kenali Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah) 5. Manifestasi Akal Budi Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah) 6. Fungsi Syair 7. Kesimpulan 8. Penutup 9. Rujukan ISI KANDUNGAN


Pertama sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Puan Roziah Binti Ramli , selaku pensyarah di atas kesudian beliau dalam memberikan tunjuk ajar, dorongan serta bimbingan kepada saya. Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa saya rindui yang banyak memberikan semangat untuk menyiapkan tugasan ini. Merekalah pembakar semangat saya di sini untuk terus berjihad menimba ilmu bagi menggapai kecemerlangan . Saya juga meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan rakan-rakan seperjuangan yang hebat serta tidak lokek dalam berkongsi maklumat yang diperoleh. Jutaan terima kasih saya ucapkan atas kesudian mereka dalam memastikan kejayaan bersama . Semoga Allah membalas jasa dan budi setimpalnya PENGHARGAAN


Menurut Siti Hajar Abdul Aziz, kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan juga seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Selain itu, dalam masyarakat Melayu tradisional, sastera bersatu dan juga berintegrasi dalam kehidupan seharian. Misalnya, seorang ibu yang menidurkan bayinya secara sengaja atau tidak akan menyanyikan lagu yang berirama dan merdu. Sastera dari segi makna umum ialah bermaksud bahasa (bukan bahasa basahan) yang sering digunakan dalam kitab-kitab. Kesusasteraan menurut makna kamus ialah hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang terdapat ciri-ciri tertentu. Seterusnya, seni kesusasteraan merupakan seni karangmengarang bahan-bahan sastera yang berbentuk puisi dan prosa. KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU


Kesusasteraan merupakan satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu juga mempunyai maksud yang sama dengan literature yang bermaksud huruf atau abjad. Pada asalnya, istilah kesusasteraan ini berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu sastra. Jika dilihat daripada konteks pendidikan pula, kesusasteraan Melayu ialah karya asal yang tertulis dalam Bahasa Melayu yang berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, prosa moden dan prosa tradisional bagi mendapatkan intelek, jasmani, rohani dan emosi yang seimbang selain menunjukkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat. KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU


Kesusasteraan merangkumi aspek-aspek yang menggunakan kata atau bahasa yang lebih kreatif Kesusasteraan adalah seni yang menggunakan kata-kata secara lisan atau tulisan KESUSASTERAAN MENURUT PANDANGAN TOKOH Kesusasteraan merupakan seni yang bercorak intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetika Sarjana Ismail Hussein (1988) M.K Danziger & W.S Jahnson (1983) Abu Bakar Hamid (1987)


Pengalaman seni Mencerminkan pengalaman Pembaca dapat memahami perasaan pengkarya menerusi karya mereka serta pengkarya juga mendapat kepuasan sekiranya karya mereka diterima baik oleh pembaca. Merujuk kepada tindak balas yang utuh dari jiwa manusia yang dianggap secara realiti. Pengalaman ini diungkapkan melalui bahasa dalam karya sastera.Hasil karya itu dapat memberi pengalaman dan nilai seni kepada pembaca. CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU


Keindahan Mencerminkan pengalaman Ciri ini dapat dilihat melalui gaya dan bahasa yang digunakan dalam karya sastera serta dikatakan indah jika mempunyai syarat seperti keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan fokus kepada unsur. Merujuk kepada tindak balas yang utuh dari jiwa manusia yang dianggap secara realiti. Pengalaman ini diungkapkan melalui bahasa dalam karya sastera. CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU


PROSA TRADISIONAL PROSA MODEN PUISI TRADISIONAL PUISI MODEN Sastera Rakyat Lagenda Cerita Rakyat Sastera Istana Pantun Gurindam Syair Seloka


Prosa tradisional merujuk kepada hasil kesusasteraan ditulis dalam gaya ayat-ayat biasa dengan menggunakan tatabahasa mudah pada zaman dahulu. Selain itu, prosa tradisional ialah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding puisi serta bercorak naratif yang menceritakan mitos, lagenda dan cerita rakyat. Prosa tradisional disampaikan dalam bentuk cerita tentang kisah masyarakat zaman dahulu. P R O S A T R A D I S I O N A L


Puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia. Masyarakat Eropah menggunakan puisi untuk menghasilkan dua buah epik yang berjudul Iliad dan Odyssey. Masyarakat Hindu juga menggunakan puisi untuk melahirkan Mahabharata dan Ramayana. Kesusasteraan awal bangsa Arab tertulis di dalam bentuk puisi. Puisipuisi yang terbaik digantung di Ka’abah pada Zaman Jahiliah. Orang Melayu berbangga dengan puisi milik mereka yang dinamakan pantun. Menurut Harun Mat Piah (1989), antara genre dalam puisi tradisional adalah pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki, peribahasa, rubai, masnawi dan ainya. P U I S I T R A D I S I O N A L


Hiburan Dakwah Pendidikan Kritikan Sosial


Apabila terdapat hiburan dalam sesebuah karya sastera, perkara ini dapat membawa keseronokan dan menghiburkan hati pembaca. Hiburan ini terhasil daripada kata-kata indah yang diungkapkan, irama yang tersusun,kemampuan pengkarya untuk membelai emosi pembaca atau pendengar, mempunyai unsur kelucuan dan sebagainya. Fungsi hiburan ini dapat menarik minat masyarakat untuk menerima karya sastera. Kita dapat lihat banyak karya yang dihasilkan mempunyai unsur hiburan kerana dengan adanya unsur hiburan ini, golongan muda seperti kanak-kanak akan lebih tertarik untuk mengenali karya sastera. HIBURAN


Dakwah sebagai proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia tentu sahaja disampaikan melalui medium atau saranan yang difahami sebagai objek dakwah. Islam juga mejunjung tinggi nilai-nilai kesusasteran. Fungsi bahasa kesusasteraan dalam dakwah dapat menyembunyikan pesan-pesan yang hendak disampaikan kepada khalayak pembacanya,melalui aneka bentuk dan ragam estetikal, metafora, simbol-simbol, subjek dan objek dalam kehidupan. Terdapat banyak karya Melayu yang mempunyai nilai mendidik sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hasil sastera ini tidaklah hanya menumpukan kepada ceritacerita para nabi, namun ia juga dapat dilihat melalui cerita-cerita lain yang terdiri daripada pelbagai genre. DAKWAH


Karya sastera juga berfungsi untuk memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada masyarakat.Fungsi ini juga menjadikan karya sastera sebagai suatu bahan yang dapat membawa kesedaran kepada masyarakat, mengubah pemikiran, serta memberi ruang untuk masyarakat menyerap nilai-nilai moral yang dibawa dalam karya sastera.Cerita Sang Kancil dengan Buaya misalnya cukup terkenal bukan semata-mata kerana ceritanya menghiburkan tetapi keupayaannya untuk memberi nilai, unsur moral dan pengajaran yang berguna kepada masyarakat. Tanpa kita sedari kita dibesarkan dalam suhan moral yang dibawa daripada cerita tersebut. Tanpa sedar kita diserapkan dengan kepentingan nilai tolong-menolong dan kita pula diperingatkan betapa buruknya sikap tidak mengenang budi. PENDIDIKAN


Kritikan sosial dalam sastera pula merujuk kepada satu bentuk komunikasi dalam masyarakat yang berfungsi sebagai pengawalan terhadap jalan sesuatu cerita dalam sistem bermasyarakat. Kritikan sosial yang terdapat dalam sastera sangat penting kerana ia berfungsi sebagai penyampai mesej kepada pembaca.Kritikan sosial dalam sastera ini mampu dijadikan rujukan oleh masyarakat supaya sentiasa mengambil langkah bijak dalam membuat sesuatu keputusan.Fungsi kritikan sosial dalam sastera juga sebagai pengajaran dan teguran kepada masyarakat.Terdapat juga pengarang yang mampu menghasilkan karya sastera yang mampu mengkritikan sosial masyarakat secara tersurat mahupun tersirat dalam sesebuah karya yang dihasilkan. KRITIKAN SOSIAL


Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang dikatakan berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian bahasa Melayu klasik pada ketika itu. Namun begitu, A. Teeuw pula mengatakan bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya yang telah ditukar. S Y A I R


Menurut Mohd. Yusof Md. Nor (1985), syair dikatakan berasal daripada puisi Arab iaitu 'sy'ir' tetapi bentuk syair Melayu amat berbeza dengan bentuk syair dalam kesusasteraan Arab. Menurut Harun Mat Piah (1989) pula, beliau mengatakan bahawa keseluruhan pengkaji sependapat bahawa istilah syair berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud puisi secara umum. Dalam bahasa Melayu pula, istilah syair merupakan satu istilah yang khusus. Syair Melayu tidak beracuankan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu. S Y A I R


CIRI-CIRI SYAIR Syair merupakan puisi terikat Syair tidak mempunyai pembayang. Rangkap : Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. Ini bermakna setiap satu rangkap syair mengandungi jumlah baris yang tetap. Perkataan : Bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris. Sukukata : Bilangan sukukata sebaris juga tetap antara 8-12 sukukata dalam sebaris. Rima : Rima akhir dalam serangkap juga tetap a/a/a/a Dalam satu baris syair, terdapat suatu hentian (pause) Tiap satu rangkap syair memerlukan beberapa rangkap syair yang berurutan untuk memberi idea yang lengkap. Dengan lain perkataan, syair adalah satu pernyataan yang berlarutan bagi mengemukakan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian.


Jenis-jenis Syair Syair semangat patriotik Syair kiasan Syair alam sekitar Syair romantis Syair panji Syair sejarah Syair keagamaan Syair ilmu Syair nasihat Syair cerita


Kenali Syair Nasihat (Penghujung Thamarat alMuhimmah) Karya Abu Hassan Sham


Syair Nasihat (Penghujung Thamrat al-Muhimmah Dengarkan tuan ayahanda berperi, Kepada anakanda muda bestari, Nasihat kebajika ayahanda beri, Amalkan jangan malas dan ngeri. Ayuhai anakanda muda remaja, Jika anakanda menjadi raja, Hati yang betul hendak disahaja, Serta rajin pada bekerja.


Kerja kebajikan janganlah malas, Zahir dan batin janganlah culas, Jernihkan hati hendaklah ikhlas, Seperti air di dalam gelas. Menuntut ilmu janganlah segan, Ilmu yang benar jangan yang bukan, Iaitu ilmu yang kebajikan, Di kitab ini sudah disebutkan. Syair Nasihat (Penghujung Thamrat al-Muhimmah


Hendaklah anakanda mengaji selalu, Dari yang lain lebihkan dulu, Had syarak jangan dilalu, Tidaklah anakanda beroleh malu. Segala perbuatan dengan berilmu, Maka kebajikan boleh bertemu, Jika sebarang-barang diramu, Akhirnya anakanda jatuh tersemu. Syair Nasihat (Penghujung Thamrat al-Muhimmah


Ilmu itu besar faedahnya, Membezakan hak dengan batilnya, Mengetahui rakyat benar salahnya, Supaya dihukum dengan adilnya. Jika ilmu tidak diendah, Sebab anakanda capak permudah, Takyat datang membawa gundah, Anakanda tercengang tunduk terngadah. Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah


SYAIR NASIHAT (PENGHUJUNG THAMARAT ALMUHIMMAH) Syair ini bertemakan nasihat bapa kepada anak tentang kepentingan menuntut ilmu pengetahuan jika anaknya dilantik sebagai raja atau menteri supaya dapat memimpin negara dengan jujur dan ikhlas.


P a nja n g p e n d e k b aris tid a k s a m a, iait u a n t ara tig a hin g g a e n a m p a t a h p erk a t a a n. Contohnya, dip erb u a t juga sebarang- barang ilmu yang benar jangan yang bukan S e m u a b a ris m e r u p a k a n m a k s u d. Bila n g a n b a ris p a d a s e tia p r a n g k a p a d ala h s a m a. J u mla h s u k u k a t a d ala m s y air ini a n t ara la p a n hin g g a e m p a t b ela s s u k u k a t a. Contohnya, h a d s y ara k jangan dilalu pengajaran kepada sekalian anakku .Syair ini berbentuk terikat.


UNSUR BUNYI SYAIR NASIHAT (PENGHUJUNG THAMARAT ALMUHIMMAH) Asonansi. Contohnya, • Ayuhai anakanda muda remaja (perulangan vokal a) Aliterasi. Contohnya, • maka kebajikan boleh bertemu. (perulangan konsonan m) Rima akhir: rangkap 1: aaaa; rangkap 2: aaaa; rangkap 3: aaaa; rangkap 4: aaaa; rangkap 5: aaaa; rangkap 6: aaaa; rangkap 7: aaaa; rangkap 8: aaaa;


MANIFESTASI AKAL BUDI SYAIR NASIHAT ( PENGHUJUNG THAMARAT ALMUHIMMAH


Nasihat yang diberi oleh ayah perlu dituruti dan janganlah mengamalkan sikap malas. Si ayah memberi nasihat dengan cara yang lemah lembut, tetapi bernada tegas. Si ayah memulai nasihat dengan mengungkapkan kata-kata semangat berupa pujian yang sederhana, kemudian barulah si ayah menyatakan nasihat sebenar yang disampaikan dalam bentuk arahan iaitu jangan malas dalam melakukan sebarang pekerjaan. Rangkap 1 Si ayah seterusnya menasihati anakandanya bahawa dia hendaklah menjadi pemimpin serta sentiasa berniat tulus dan ikhlas. Selain itu. seseorang pemimpin hendaklah menunjukkan kesungguhan iaitu rajin bekerja demi rakyat jelata. Rangkap 2


Si ayah seterusnya menasihati anaknya bahawa jika anaknya ingin menjadi seorang pemimpin, dia hendaklah sentiasa berniat ikhlas. Sifat ikhlas ini dapat membersihkan hati. Selain itu, seorang pemimpin hendaklah menunjukkan kesungguhan iaitu rajin bekerja. Hal ini supaya orang lain dapat mencontohi sifat pemimpin yang rajin bekerja itu. Rangkap 3 Si anaknya juga tidak boleh mengabaikan kepentingan ilmu. Jika si anak malu untuk menuntut ilmu, maka dia akan rugi. Namun, ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang benar, iaitu menjurus kepada kebajikan dan tentulah tidak pada ilmu yang menjurus kepada kerosakan. Pedoman sudah diberikan dalam kitab. Rangkap 4


Si anak digesa supaya sentiasa mengutamakan proses pengajian iaitu terus belajar daripada melakukan perkara-perkara yang lain. Di samping itu, si anak hendaklah memastikan bahawa dia tidak melanggar mana-mana peraturan hukum (had syarak) dalam kehidupan supaya terhindar daripada imej yang buruk dan tercela seperti tersebarnya aib. Rangkap 5 Si ayah juga menasihati si anak supaya segala perbuatan hendaklah berasaskan ilmu. Hal ini dapat menjamin perbuatan si anak akan selaras dengan tujuan kebajikan yang hendak dicapai. Si anak juga dinasihati agar tidak bertindak tanpa ilmu atau semberono. Hal ini dikatakan demikian kerana kemungkinan untuk menjadi insan yang keliru atau terpedaya sangatlah besar kemungkinan. Rangkap 6


Faedah menuntut ilmu amatlah besar kerana dengan adanya ilmu kita dapat membezakan perkara yang benar dengan perkara yang palsu. Pemimpin juga dapat mengadili atau menghakimi rakyat dengan adil. Keputusan atau hukuman yang dilakukan oleh seseorang pemimpin yang berlandaskan ilmu juga bersifat adil dan dapat diterima dengan senang hati. Rangkap 7 Jika seseorang pemimpin seperti ketua keluarga, raja atau sebagainya tidak mempedulikan kepentingan menuntut ilmu disebabkan sikap si anak yang mengambil mudah iaitu mengabaikan ilmu, maka apabila rakyat jelata datang mengadu hal, masalah atau kemusykilan, si pemimpin hanya mampu tercengang dan tunduk terngadah kerana tidak adanya ilmu di dada. Kewibawaan seseorang pemimpin yang bersifat sedemikian akan pudar di mata rakyat jelata. Rangkap 8


Fungsi Syair sebagai pendidikan Setiap pemimpin diwajibkan untuk menuntut i lmu pengetahuan Contoh: Jika ilmu tidak diendah, Sebab anakanda capak permudah, Takyat datang membawa gundah, Anakanda tercengang tunduk terngadah. Sebagai bakal pemimpin, kita perlulah berkorban dalam menuntut ilmu pengetahuan agar ilmu yang dipelajari itu dapat dijadikan panduan untuk kita menguruskan pentadbiran negara dengan baik dan bijaksana 1. 2. 3.


Fungsi Syair sebagai pendidikan Kita dinasihatkan bahawa kerja kebajikan perlulah di lakukan dengan penuh keikhlasan Melalui syair ini, kita perlulah ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. Dalam agama Islam, ikhlas adalah bersih daripada kotoran. Manfaat ikhlas itu membersihkan diri daripada pujian manusia. Orang yang ikhlas, tidak akan mengharapkan apapun setelah melakukan suatu kebaikan. Orang yang ikhlas akan memperoleh ketenteraman dan ketenangan hidup. 1. 2. 3. Contoh: Kerja kebajikan janganlah malas, Zahir dan batin janganlah culas, Jernihkan hati hendaklah ikhlas, Seperti air di dalam gelas.


Fungsi Syair sebagai pendidikan Ilmu yang dituntut mesti lah i lmu yang benar seperti yang telah diperintahkan oleh Al lah Ilmu pengetahuan adalah pelita hidup. Sebagai seorang pelajar kita perlulah mempelajari ilmu yang benar. Jika kita mempunyai ilmu, kita dapat membezakan perkara yang benar dan salah. Ilmu juga dapat membantu kita dalam melakukan tindakan yang bijak. Jadi, kita perlulah menuntut ilmu bagai nelayan yang berlayar ke lautan, semakin ke tengah lautan, semakin banyak hasilnya. 1. 2. 3. Contoh: Ilmu itu besar faedahnya, Membezakan hak dengan batilnya, Mengetahui rakyat benar salahnya, Supaya dihukum dengan adilnya.


Fungsi Syair sebagai pendidikan Pengadi lan dan perbicaraan yang di lakukan mesti lah berlandaskan i lmu pengetahuan agar tidak salah dalam menjatuhkan hukuman Daripada syair ini, kita dididik supaya bijak dalam menguruskan atau melaksanakan sesuatu perkara supaya orang lain tidak menerima hukuman yang salah. Oleh sebab itu, pentingnya untuk kita mendalami ilmu dengan baik supaya kita dapat melakukan sesuatu keputusan yang bijak. Hal ini kerana, jika kita salah dalam melakukan sesuatu keputusan tanpa berlandaskan ilmu pengetahuan, maka kita akan mendapat malu serta orang lain akan memandang rendah terhadap kita. Bukan itu sahaja, ilmu itu juga merupakan investasi berharga untuk masa depan. 1. 2. 3. Contoh: Hendaklah anakanda mengaji selalu, Dari yang lain lebihkan dulu, Had syarak jangan dilalu, Tidaklah anakanda beroleh malu.


Kesimpulan Melalui Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah) ini, sebagai seorang anak, kita perlulah taat kepada nasihat yang telah diberikan oleh kedua-dua orang tua kita iaitu ibu dan ayah. Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap nasihat yang diberikan itu dapat dijadikan sebagai panduan hidup kita di masa akan datang. Kita sebagai bakal pemimpin perlulah berusaha dalam menambah ilmu pengetahuan kerana dengan adanya bekalan ilmu ini, kita dapat memerintah negara dengan baik. Pendidikan adalah senjata paling mematikan di dunia kerana dengan pendidikan kita dapat mengubah dunia. Ilmu yang sejati, seperti barang berharga lainnya, tidak dapat diperoleh dengan mudah. Ilmu harus diusahakan, dipelajari, difikirkan, dan lebih daripada itu. Semakin dalam iman dan ilmu yang kita miliki, maka kita akan makin merasakan kedamaian. Oleh itu, tuntutlah ilmu hingga ke akhir hayat kita.


Penutup Kesusasteraan Melayu dalam masyarakat Melayu lama wujud bersama-sama bangsa Melayu itu sendiri. Secara ringkasnya, kesusasteraan Melayu sangat penting kerana sastera ini bukan sahaja dapat memberi hiburan malahan dapat memberi pengajaran yang sangat berguna kepada masyarakat yang membacanya. Keindahan itu juga terlihat pada gaya bahasa.Perkembangan budaya tahap demi tahap dapat membentuk peradaban manusia dari satu zaman ke satu zaman yang lainnya. Bahkan, perkembangan budaya masa kini sebenarnya diasaskan oleh budaya silam. Buktinya manusia sentiasa mencari kemajuan. Fungsi sastera Melayu adalah untuk mewujudkan pemikiran yang bijaksana kepada setiapa lapisan masyarakat dalam mencapai kemajuan merialisasikan kesempurnaan hidup.Oleh itu, masyarakat mestilah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk melindungi dan menyebarkan kesusasteraan Melayu ke generasi muda yang akan datang supaya kesusasteraan Melayu dapat berkembang dengan lebih pesat dan tidak lenyap ditelan zaman.


RUJUKAN Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. bhd. Ismail Yusof. (2008). Kesusasteraan Melayu lama dan baru. Penerbit UUM Press. Nik Safiah Karim, Karimah Zain & Wan Zahari Ahmad. (1964). Kebudayaan Melayu. Pustaka Dian Hema Latha. (2015, 5 April). Syair. https://www.slideshare.net/hemalattha5/syair-46657345 Kristanto, N. (2017). Tentang konsep kebudayaan. Sabda: Jurnal Kajian Kebudayaan, 10(2). https:// doi.org/10.14710/sabda.10.2.%p.


RUJUKAN Ismail Hussein. (1974). Sastera dan Masyarakat. Pustaka Zakry Abadi. Nor Azah Abdul Aziz. (2018). Baik budi indah bahasa: Antalogi teks komponen sastera (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 2. Kementerian Pendidikan Malaysia. Mohamad Md Yusoff. (1985). Komunikasi tanpa lisan: satu tinjauan ringkas. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication 1: 64-72.


Terima Kasih "Bukan i lmu yang seharusnya mendatangimu, tapi kamu yang seharusnya mendatangi i lmu. " - Imam Mal i k


Click to View FlipBook Version