The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hengsy11, 2021-11-03 02:43:51

PERAYAAN DEEPAVALI

PERAYAAN DEEPAVALI

HAPPY
DIWALI

Disediakan oleh Pusat Sumber SMK Kemayan
Bahan dipetik daripada : https://cikgupsk.wordpress.com/tingkatan-4/nota/kepelbagaian-budaya-di-malaysia/perayaan-deepavali/

HARI DEEPAVALI




Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali
merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang
beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di
Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan
'Dipa' yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti
barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan
Aipasi dalam kalendar Tamil antara bulan Oktober dan
November. Pada hari yang bermakna bagi penganut agama
Hindu, Sikh dan Jain, kebanyakan daripada mereka akan
menghias rumah dengan pelita dan mercun akan dibakar. Selain
itu, mereka akan mengagihkan gula-gula dan hadiah kepada ahli
keluarga, sanak-saudara, dan jiran-jiran terdekat. Seterusnya,
mereka akan melakukan upacara sembahyang dan kegamaan.

Sungguh asing jika kita melihat Deepavali tanpa pelita kerana
perayaan itu sendiri mempunyai maksud Pesta Cahaya. Antara sebab
mengapa perayaan ini diraikan dengan pelita yang dipasang adalah
sebagai simbolik penganut Hindu yang melambangkan kejayaan
kebaikan mengatasi kejahatan berdasarkan lagenda yang diturunkan
kepada mereka mengenai Raja Narakasura dan Dewa Krishnan.



Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras

rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan.
Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua manusia agar
mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada

yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan,
peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan

menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.



Oleh kerana itu, pelita dipasang dan dinyalakan di rumah penganut
Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan
yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Pelita yang dipasang

sedikit sebanyak turut memeriahkan lagi perayaan tersebut.

TEMPOH SAMBUTAN DEEPAVALI
BERBEZA MENGIKUT TEMPAT

Perayaan Hari Deepavali in
i disambut pada hari ke 14

bulan Aipasi dalam kalendar Tamil 9antara bulan Oktober
dan November). Masyarakat di selatan India meraikannya
selama tiga hari berturut-turut berbanding lima hari di
sebelah utara negara itu. Di Malaysia, perayaan Deepavali
disambut sehari sahaja namun ia terpulang kepada
individu untuk mengadakan rumah terbuka sebanyak
mana hari yang mereka mahukan. Namun begitu,
masyarakat India yang tinggal di kawasan ladang dan
estet menyambut perayaan Deepavali ini lebih lama
dalam suasana kampung.

Persiapan Di Pagi Hari Deepavali

Pada pagi perayaan pula, pada keb
iasaannya seluruh ahli keluarga

akan bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit.
Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri sebelum
bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli
keluarga yang lain. Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut
dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit. Penganut Hindu
akan menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk
penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke
atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti
ibu atau nenek.

Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges
yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan
dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan
perhiasan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk
menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri
seseorang. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-
kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum
keluarga. Penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung
dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Kolam menjadi penyeri rumah

Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan “kolam ”
atau “rangoli” iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang
diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya “kolam ” ini dibuat di
depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap
isi rumah mendapat kesejahteraan.

Kemahiran membuat “kolam” ini biasanya diwarisi secara turun-
temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu
bolehmembuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang
kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa
maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan
oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia
Hiasan “kolam” ini merupakan lambang penyembahan dewa
Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi
rumah mereka yang mempunyai hiasan “kolam” di pintu masuk
rumah mereka.

Upacara Sembahyang

Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang
selepas menjalankan upacara penyucian. Penganut Hindu akan
mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga
untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta
memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.
Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan
pelbagai manisan yang dinamakan “Prasad” sebelum pulang ke
rumah.

Manisan dan Juadah
Deepavali

Manisan merupakan identiti masyarakat India. Manisan ini bukan sahaja
diminati oleh kaum India tetapi juga masyarakat lain di negara ini
termasuk pelancong asing. Dalam masyarakat India, manisan sering
menjadi acara pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau
hari perayaan. Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan,
keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah
juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik
dan dialu-alukan.

Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang
terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-
sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah
“aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, “paneer”
campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Tidak ketinggalan
kuih-muih tradisional lain seperti maruku dan adivasam dan payasam.
Muruku, Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih
tradisional orang India.

Pakaian Tradisional Deepavali

Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India
semasa perayaan Deepavali adalah “Sari” untuk kaum
wanita dan “Dhoti” untuk kaum lelaki.

Dipetik daripada buku teks Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4


Click to View FlipBook Version