The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-BUKU SKRAP PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA

OLEH : ADAM AL ZUHDY BIN ZAINAL ASHIKIN DAN ISMAIL FAWWAZ BIN RIDZUAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adamalzuhdy, 2021-09-10 09:44:49

E-Buku Waspada Budaya Kita

E-BUKU SKRAP PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA

OLEH : ADAM AL ZUHDY BIN ZAINAL ASHIKIN DAN ISMAIL FAWWAZ BIN RIDZUAN

Keywords: ebuku,pulau pinang,2021,2022,berjaya,terbaik ebuku,skssn,E-BUKU SKRAP PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA OLEH : ADAM AL ZUHDY BIN ZAINAL ASHIKIN ISMAIL FAWWAZ BIN RIDZUAN,sekolah kebangsaan seri sentosa

BIODATA PESERTA

NAMA PESERTA 1 : ADAM AL ZUHDY BIN ZAINAL ASHIKIN

KELAS : 5 CEMERLANG

EMAIL : [email protected]

NAMA DAN : SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SENTOSA

ALAMAT SEKOLAH JALAN VICTORIA

14300 NIBONG TEBAL PULAU PINANG

FOTO PESERTA 1 :

NAMA PESERTA 2 : ISMAIL FAWWAZ BIN RIDZUAN

KELAS : 4 GEMILANG

EMAIL : [email protected]

NAMA DAN : SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SENTOSA

ALAMAT SEKOLAH JALAN VICTORIA

14300 NIBONG TEBAL PULAU PINANG

FOTO PESERTA 2 :

KANDUNGAN

BIL TAJUK
1 PENGENALAN
2 KESELAMATAN DI JALAN RAYA
3 SIKAP POSITIF DAN BERTANGGUNGJAWAB KETIKA DI JALAN RAYA
4 BAHAGIAN JALAN RAYA DAN PERSEKITARAN YANG SELAMAT
5 CARA MELINTAS DI JALAN DENGAN SELAMAT
6 KONSEP KESELAMATAN JALAN RAYA
7 KEGUNAAN ALAT KESELAMATAN
8 PENUTUP/ KESIMPULAN
9 SUMBER RUJUKAN
10 LAMPIRAN 1
11 LAMPIRAN 2

PENGENALAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana kami dapat menyiapkan e- Buku Skrap
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ini. Banyak ilmu yang kami dapat sepanjang
tempoh menyiapkan e- Buku Skrap ini. Antaranya ialah mengetahui Keselamatan di
Jalan Raya, sikap positif dan bertanggungjawab ketika di Jalan Raya, Bahagian
Jalan Raya dan persekitaran yang selamat, cara melintas di Jalan Raya dengan
selamat, konsep keselamatan Jalan Raya dan kegunaan alat keselamatan. Kami juga
dapat meningkatkan kemahiran dalam menggunakan komputer kerana pelbagai
bahan dan maklumat dapat di akses melalui internet. Kami amat berterima kasih
kepada kedua ibu bapa kami iaitu Zainal Ashikin bin Che Din, Azean binti Ariffin,
Ridzuan bin Ahmad dan Sarimah binti Abdul Aziz yang banyak membantu
menyiapkan e- Buku Skrap Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (KESJAYA) ini.

KESELAMATAN DI JALAN RAYA

 Konsep keselamatan jalan raya digunakan untuk merujuk kepada keseluruhan set
langkah, peruntukan, peraturan, antara lain, yang ada di sekitar pergerakan orang
dan kereta di jalan-jalan dan lebuh raya, dan itu mempunyai tujuan yang jelas
untuk mencegah kemalangan dari berlaku yang melibatkan sebab-sebab yang
disebutkan di atas.

 Kita semua, terutama kita yang tinggal di bandar-bandar besar, mesti hidup
dengan lalu lintas, yang pada masa puncak, disebabkan oleh pergerakan orang
dan kereta yang bergerak dari rumah mereka untuk bekerja, ke sekolah antara
di tempat lain, ia sungguh sengit dan berbahaya, kerana semua orang ingin
segera sampai ke sana dengan cepat, dan dalam keadaan ini berkali-kali ada
kemalangan jalan raya yang sangat banyak yang melibatkan pejalan kaki dan
pemandu kenderaan mereka.

SIKAP POSITIF DAN BERTANGGUNGJAWAB KETIKA
DI JALAN RAYA

 Pemandu adalah satu kerjaya mulia.
 Setiap pemandu mestilah dengan sedaya upaya mengelakkan dari tingkah laku

yang kasar dan mengelakkan diri dari gaya hidup yang tidak sihat.
 Menunjukkan satu sikap yang mesra dan bersopan-santun semasa berada di

jalan raya.
 Pemandu perlu memastikan kenderaan dalam keadaan baik seperti enjin, tayar,

brek,stereng dan sebagainya.
 Mewujudkan satu sikap dikalangan pemandu sendiri bahawa kerjaya pemandu

sebagai satu kerjaya sepenuh masa yang perlu dijaga dengan baik.
 Pemandu perlu ada semangat menjaga imej perkhidmatan pemandu, Ketua

Jabatan dan Kerajaan.

BAHAGIAN JALAN DAN PERSEKITARAN YANG SELAMAT

1. Menggunakan jejantas untuk melintas jalan raya.
2. Menunggu sehingga imej orang hijau bernyala dan melintas dengan

menggunakan lintasan pejalan kaki berisyarat.
3. Menggunakan lima langkah sebelum melintas

a) Berhenti di bendul jalan
b) Pandang kanan kemudian kiri, kemudian kanan sebelum melintas jika

tiada kenderaan.
c) Dengar bunyi bagi sebarang lalulintas yang datang
d) Fikirkan samada keadaan adalah selamat untuk melintas
e) Melintas sambal melihat ke kiri dan ke kanan
4. Berdiri di atas kaki lima
5. Perhatikan lalu lintas sekeliling
6. Jangan bermain - main semasa melintas jalan
7. Pandang ke arah kenderaan yang datang semasa melintas
8. Pegang tangan orang dewasa semasa melintas
9. Berjalan di lorong pejalan kaki sekiranya ada.
10. Menggunakan laluan zebra untuk melintas jalan raya
11. Beratur dan berhati-hati ketika menaiki bas

KONSEP KESELAMATAN JALAN RAYA

1. Rancang perjalanan anda
2. Sentiasa patuhi had laju
3. Beri isyarat dan patuhi peaturan semasa menukar lorong
4. Pakai tali pinggang keledar walaupun duduk di belakang
5. Jangan mengikut kenderaan terlalu rapat elakkan kemalangan
6. Patuhi lampu isyarat di persimpangan
7. Berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning
8. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan
9. Elakkan perbuatan mencelah

KONSEP PATUH KESELAMTAN JALAN RAYA
P - Periksa kenderaan dan pastikan ia berada dalam keadaan baik.
A - Amalkan pemanduan berhemah.
T - Tentukan jarak selamat dari kenderaan lain.
U - Utamakan keselamatan anda serta pengguna jalan raya lain.
H - Had laju yang ditetapkan harus di patuhi.

KEGUNAAN ALAT KESELAMATAN

Penunggang basikal
 Jaket pemantul cahaya – Untuk menyedarkan pengguna jalan raya lain kehadiran

kita di jalan raya.
 Pad lutut – Dapat mengelakkan kecederaan serius kepada anggota lutut.
 Pad siku – Dapat mengelakkan kecederaan serius kepada anggota siku.
 Sarung tangan – Memudahkan cengkaman dan kawalan yang lebih baik pada

hendal.
 Topi keledar – Dapat melindungi kepala daripada kecederaan yang teruk jika

terjatuh daripada basikal.
 Lampu keselamatan – Di pasang pada belakang basikal untuk menarik perhatian

orang lain keberadaan kita dijalan raya.

PENUTUP/ KESIMPULAN

Hasil daripada menyiapkan e-Buku Skrap yang bertema “ Waspada Budaya
Kita” ini, Kami dapat mengetahui dan memahami semua ciri-ciri Keselamatan
Jalan Raya dan Peraturan-peraturan yang perlu diamalkan bagi menjamin
keselamatan dan kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat. Selain itu, dengan
pengetahuan yang mendalam mengenai Keselamatan Jalan Raya ini, ianya akan
dapat membantu kita seandainya berlaku kesulitan yang memerlukan kita
membantu. Akhir sekali, sewajarnya semua pengguna dan masyarakat Malaysia
harus mengetahui dan memahami semua peraturan Keselamatan Jalan Raya bagi
mengelakkan kemalangan dan kecelakaan di Jalan Raya.

Sekian, Terima Kasih

SUMBER RUJUKAN

LAMAN SESAWANG RASMI
 https://youtu.be/FsqximYrqkU
 https://youtu.be/FOhBbgLIHGQ

BUKU
 Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Sekolah Rendah (KPM)

SUMBER
 Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2


Click to View FlipBook Version