IMPERIALISME BRITISH DI TANAH MELAYU SEJARAH BERMULA DISINI FAIEZAH ANUAR
Isi kandungan 1 pengenalan 2 Latar belakang kajian 3 Objektif kajian 4 Metodologi kajian 5 pengenalan isi 6 faktor imperialisme british 7-13 Reaksi masyarakat terhadap British 14-17 Kesan imperialisme British 18-21 Kesimpulan 22 Bibliografi 23 penghargaan 24 ISI KANDUNGAN 1
Imprealisme yang dimaksudkan mengikut kamus dewan edisi keempat ialah tindakan atau dasar sebuah negara mengenakan atau menjajah kuasa pemerintahannya ke atas wilayah-wilayah lain. Berdasarkan maksud yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ini menunjukkan bahawa Imprealisme ini memberikan kesan kepada negara kita samada dari segi negatif dan juga dari segi positif. Mengikut ahli-ahli sarjana mereka mentafsirkan imprealisme ini terbahagi kepada dua iaitu imprealisme kuno dan juga imprealisme moden. Imprealisme kuno ialah berlaku sebelum Revolusi Industri yang mana ianya untuk mengejar tiga perkara utama pada ketika itu iaitu “Gold, Glory, Gospel” yang menunjukkan untuk mendapatkan kekayaan, mencapai kejayaan dan penyebaran agama. Imprealisme moden pula ialah satu bentuk kolonialisme selepas berlakunya Revolusi Industri. Imprealisme yang dilakukan oleh negara-negara yang sedang membangun pada ketika itu pada asalnya adalah bukan untuk menakluki tanah jajahan negara lain tetapi lebih kepada dasar untuk mengaut keuntungan[3] untuk menambahkan hasil ekonomi negara serta negara tersebut juga ingin menyebarkan ideologi dan kebudayaan barat ke seluruh dunia. Kemungkinan ramai yang masih keliru apakah perbezaan antara nasionalisma dan juga imprealisma walaupun keduaduanya membawa maksud yang berbeza iaitu nasionalisma ini pula membawa maksud sebagai salah satu cara untuk membuka ruang permusuhan antara negara-negara dan menunjukkan satu cara yang agresif untuk menunjukkan rasa cinta kepada negara. Matlamat utama imprelisma ini dilakukan kepada negara-negara yang dijajah ini adalah untuk menyamaratakan sistem perindustrian di negara asal mereka serta mengambil keuntungan daripada hasil-hasil yang terdapat di negara yang dijajah. Kesan-kesan imprealisma barat ini telah mendatangkan kesan dari pelbagai sudut aspek dari segi politik,ekonomi dan juga dari segi sosial. 2
Kajian mengenai imprelisme british di tanah melayu ini meluas tetapi kajian secara spesifik mengenai imprealisme bristish di tanah melayu kerana kebiasaannya kajian ini diletakkan sebagai pembahagian tajuk seperti yang dinyatakan dalam buku Malaysia perspektif, sejarah dan politik yang ditulis oleh Kassim Thukiman. Buku ini menerangkan tentang sejarahsejarah di Malaysia bersmula dari Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah penubuhan Malaysia dan hubungan Malaysia Bersama negara-negara luar. Kajian buku ini tidak menceritakan secara terperinci tentang imprealisme British yang berlaku di Tanah Melayu dan apakah reaksi masyarakat tentang dasar yang dilaksanakan semasa imprealisme British di Tanah Melayu. Kajian ini juga dilakukan kerana kesukaran untu mencari maklumat kerana kebanyakan buku yang dikaji adalah menceritakan tentang sejarah-sejarah kemerdekaan Malaysia seperti perjalanan menuju ke arah kemerdekaan dan juga menceritakan tentang zaman Kesulatanan Melayu Melaka seperti yang terdapat dalam buku “ A History of Malaysia” yang dikarang oleh Barbara Watson Andaya dan juga Leonard Y.Andaya yang menyebutkan didalam penulisannya tidak terlalu mendalam tentang kesan-kesan imprelisme British di Tanah Melayu walaupun di dalam penulisannya menunjukkan factor berlakunya imprelisme British di Tanah Melayu. 3
Objektif Kajian 1) Untuk menganalisis reaksi masyarakat tentang imprealisme British di Tanah Melayu. 2) Untuk mengkaji faktor imperialisme British di Tanah Melayu 3) Untuk mengenalpasti kesan imprealisme British di Tanah Melayu. 4
METODOLOGI KAJIAN Kajian yang dilakukan adalah berasaskan kajian kualitatif yang mana kajian ini dilakukan dengan cara mengkaji sumbersumber primer seperti buku, majalah, jurnal, dan surat khabar. Penulisan kajian ini kebanyakkannya berdasarkan buku-buku untuk dijadikan sebagai bahan rujukan. 5
Pada tahun 1786, imprealisme negara barat iaitu british bermula ketika mereka berjaya menahluki Pulau Pinang pada tahun 1786 selepas melakukan perjanjian dengan Sultan Muhammad Jiwa yang merupakan Sultan Kedah pada tahun tersebut. Antara perjanjian British dengan Sultan Muhammad Jiwa ialah memberikan bantuan ketenteraan jika negerinya diserang. Namun, perjanjian itu tidak ditepati oleh pihak British yang menyebabkan peperangan antara Kedah dan British sehingga kemenangan berpihak kepada pihak British. Oleh itu, muncul perjanjian baharu iaitu penempatan di Pulau Pinang telah disahkan oleh Pihak British dan Pulau Pinang akan mendapat sebanyak $600 setahun daripada pihak British . British juga telah dapat manakluki Singapura apabila mencampuri urusan perebutan takhta di kalangan rajaraja Johor. British pada awalnya mahu menguasai Johor hal ini disebabkan oleh negeri tersebut mempunyai banyak kepentingan. Antaranya Johor merupakan pelabuhan persinggahan yang penting pada waktu itu bagi pedagang ke China dan juga tempat pengkalan British untuk menguasai kawasan perdagangan di Kepulauan Indonesia. British telah mengambil alih Melaka daripada pihak Belanda setelah menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda semasa tahun 1824. Perjanjian tersebut telah menyebabkan pemerintahan kerajaan negeri Melaka bertukar iaitu kepada pemerintahan British manakala di Indonesia pemerintahan British telah menjadi kepada pemerintahan Belanda. Kuasa british mula berkembang di tanah melayu sehingga muncul negeri selat dengan pelbagai tipu muslihat. Semasa akhir abad ke 18 dan permulaan awal abad ke-19, British telah mempunyai beberapa buah kawasan jajahan dan juga pelabuhan di sepanjang selat melaka, antaranya ialah di Pulau Pinang dan Seberang Perai di utara, Melaka di tengah dan Singapura di selatan. Pada awalnya Francais Light merupakan penguasa yang berada di bawah pemerintahan Gabenor British di Culcutta telah mentadbir Seberang Perai namun pada tahun 1800, Leftenan Gabenor Jeneral telah mengambil alih Pulau Pinang dan pentadbirannya disama tarafkan dengan pentadbiran di Benggala. Bombay dan Madras. Di singapura, pentadbiran dikuasai oleh seorang residen yang bertanggungjawab terhadap leftenan di Bangkahulu. Selepas dua tahun perjanjian London diadakan, Singapura juga disama tarafkan pemerintahan seperti di Pulau Pinang. 6 PENGENALAN
By Faiezah Anuar FAKTOR BRITISH BERTAPAK DI TANAH MELAYU June Edition | 2023 7 Di alam melayu, islam berkembang melalui sistem pendidikan. Bermula dengan sistem berguru di surau, masjid dan rumah guru-guru agama, sistem pondok, madrasah, islam dapat disampaikan kepada masyarakat melayu dengan lancar tanpa sebarang gangguan sehingga kedatangan orientalis barat yang cuba membawa unsur-unsur sekularisme yang akhirnya membawa kepada pertentangan pemikiran dalam masyarakat melayu. Kedatangan pihak British ini sebenarnya mempunyai mempunyai banyak makna yang tersirat dimana sejarah telah mencatatkan kedatangan mereka adalah bersandarkan tiga faktor utama iaitu ekonomi, kemasyhuran dan juga agama (god, glory dan gold). Pengaruh sekularisme ini mula tersebar setelah pihak-pihak barat ini mula menubuhkan institusi-institusi pendidikan Inggeris iaitu pada awal abad ke lapan belas dimana ianya telah memberi impak yang mendalam pada pemikiran penduduk peribumi. Masyarakat melayu yang berpegang teguhpada ajaran islam ini berasa takut dengan penubuhan sekolah-sekolah inggeris tersebut kerana bimbang pemikiran anak-anak mereka akan dipengaruhi oleh anasir-anasir negatif yang dibawa oleh pihak barat melalui pendidikan yang ditubuhkan tambahan pula ianya ditubuhkan oleh orang penyampai agama kristian. Menjelang abad ke 18, sebuah sekolah inggeris telah dibina atas usaha oleh London Missionary Society iaitu Peneng Free School. Bidang kokurikulum yang diajar adalah tidak menitikberatkan tentang pengetahuan agama malah hanya memberi penumpuan yang penuh tentang aspek urusan kemahiran kehidupan seharian sahaja. Kemudian Melaka Free School pula ditubuhkan pada 1826, Singapura Free School tahun 1834, Raffles Institution tahun 1863, Victoria Institution tahun 1894 dan sekolah King Edward VII Taiping tahun 1906. . Semua institusi pendidikan yang ditubuhkan ini adalah tidak dikenakan bayaran dimana penduduk tanah melayu yang mendaftar tidak perlu membuat apaapa bayaran, memang nampak menguntungkan tetapi tindakan licik pihak barat ini mempunyai tujuannya tersendiri. Hal ini terbukti dengan jelas dalam karya ilmu di Malaysia oleh Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee menyatakan pendidikan inggeris itu adalah untuk pembentukan akhlak yang berasaskan ilmu agama kristian. Isu ini telah mewujudkan rasa bimbang dalam kalangan penduduk tanah melayu kerana jelas kelihatan ini adalah salah satu usaha pihak British untuk membuat penduduk melayu menganut agama kristian. Pembinaan institusi pemdidikan inggeris initelah menyekat ajaran islam yang mula berkembang pada masa itu.
Penang Free School King Edward VII Taiping Victoria Instituition 8
9
Pada awal perkembangan kuasa Inggeris, mereka hanya berminat di dalam pasaran dan tumpuan mereka terbatas pada pusat-pusat perniagaan sahaja. Ekoran daripada Revolusi perusahaan yang berkembang pesat di Eropah, khasnya di England telah menyebabkan kuasa inggeris telah muncul sebagai perusahaan yang besar sekitar abad ke 19. Perkembangan perusahaan oleh pihak Inggeris ini telah menyebabkan kilang-kilang perusahaan telah banyak diwujudkan. Modal-modal yang diperolehi dari badan-badan kewangan seperti bank-bank misalnya datang melimpahlimpah dengan banyaknya. Kesan daripada ini pihak-pihak Inggeris amat memerlukan bekalan bahan mentah yang banyak untuk terus menggerakkan kegiatan-kegiatan perusahaan ini, dengan itu pihak Inggeris mencari pelbagai usaha bagi menangani masalah ini iaitu bagi mendapatkan banyak bahan mentah yang banyak untuk diimport ke Britain secara berterusan tanpa terputus. Oleh itu mereka telah menguasai seberapa banyak wilayah baru di tanah melayu ini untuk mendapatkan bahan-bahan mentah ini. Cara British mengeksploitasi ekonomi Tanah Melayu 10
Persaingan antara kuasa-kuasa eropah ini kian melonjak di kawasan Afrika dan Asia sekitar tahun 1871-1914, menunjukkan persaingan yang sinis dan hebat sekali. Contohnya, Perancis sedang meluaskan kekuasaannya di Indonesia, malah Belanda juga sudah lama melakukan penjajahan di Indonesia juga. Selain itu, Rusia dan Itali pula masing-masing berusaha untuk mendapatkan kawasan-kawasan batu di Afrika dan juga Asia. Antara kesemua kuasa-kuasa eropah ini, yang paling lambat mendapatkan tanah jajahan ialah negara Jerman, namun begitu selepas penyatuannya oleh Bismark menjelang abad 18, kemunculan negara Jerman yang hebat kerana menjadi salah sebuah negara perusahaan yang besar. Menjelang abad ke 20, hampir seluruh benua Afrika dan Asia (kecuali Siam) telah pun jatuh ke tangan kuasa-kuasa eropah, hal ini telah menimbulkan kebimbangan pada pihak Inggeris jikalau mereka tidak berkesempatan untuk memiliki dan menguasai negerinegeri melayu di tanah melayu ini yang kaya dengan hasil bumi, mungkin kuasa-kuasa lain akan merampasnya dari mereka terutamanya dirampas oleh Jerman. Hal ini kerana, segala tindakan yang telah ditunjukkan oleh Jerman dalam menunjukkan usaha yang gigih kerana tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan mendapatkan tanah-tanah jajahan ini. Oleh itu hal ini telah mendorong pihak Inggeris untuk mencari helah dalam mencampuri hal ehwal dalam negeri-negeri melayu misalnya di Perak dan di Sungai Ujung. 11
Industri perusahaan berkaitan pengetinan makanan telah berkembang dengan pesatnya sekitar abad keduayang ke 19, hal ini membuatkan pihak Inggeris memerlukan sumber bijih timah dalam kuantiti yang banyak untuk proses pengetinan makanan. Hal ini kerana tin-tin yang mengandungi makanan tersebut perlulah disalutkan dengan timah agar keadaannya tidak rosak. Memandangkan Tanah Melayu merupakan salah satu kawasan tumpuan yang mempunyai sumber bijih timah yang banyak, maka Pihak Inggeris pun mestilah menguasai tanah melayu bagi menguasai sumber bijih timah ini dimana ianya boleh membawa keuntungan yang besar pada mereka. Sektor perlombongan bijih timah di tanah melayu 12
Perlombongan bijih timah di Negeri Sembilan Penduduk tanah melayu sedang melombong bijih timah 13
Kedatangan British ke Tanah Melayu yang disebabkan faktor tertentu telah mencetus reaksi masyarakat tempatan dalam menjaga dan membebaskan tanah air. Perkara ini telah melahirkan semangat nasionalisme dalam diri masyarakat penduduk tempatan, menurut Smith dalam karyanya ‘Theories of Nationalisme’ mendefinisikan nasionalisme ialah satu pergerakan ideological untuk mencapai pemerintahan sendiri dan memerdekakan tanah air daripada imprealisme barat. Antara reaksi masyarakat terhadap perkara ini ialah berlakunya penentangan di setiap negeri-negeri Melayu, wujudnya persatuan-persatuan yang ditubuhkan untuk menentang penjajah serta perjuangan ini juga disebarkan melalui akhbar dan penulisan cerpen dan sajak. Reaksi Masyarakat Tempatan Terhadap British Reaksi pertama yang diberi oleh penduduk Tanah Melayu terhadap imprealisme British di Tanah Melayu ialah penentangan. Hal ini dapat dilihat berlaku disetiap negeri di Tanah Melayu. Penentangan ini kebanyakkannya di ketuai dan dipimpin oleh seorang tokoh dan figura yang dipandang tinggi oleh penduduk tempatan seperti seorang pahlawan dan ulama’. Contohnya, semangat nasionalisme ini telah wujud telah sekian lama dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu namun begitu, semangat ini lebih jelas dilihat ketika zaman pemimpinan British di Tanah Melayu yang telah menyebabkan kuasa Raja-raja Melayu dan para pembesar semakin hilang. Penentangan yang pertama atau paling awal berlaku adalah ketika Francis Light tiba di Pulau Pinang pada tahun 1786. Sultan Abdullah yang merupakan Sultan Kedah telah meminta Syarikat Hindia Timur untuk memberi bantuan keenteraan kepada Kedah jika diperlukan namun jaminan itu gagal dilaksanakan oleh syarikat tersebut. Perkara ini telah menyebabkan Sultan Abdullah tidak berpuas hati dan membuatkan beliau bertindak ingin menyerang Pulau Pinang. Namun begiu, hasratnya itu telah dihentikan oleh British. Pihak British telah memaksa baginda untuk menerima Pulau Pinang dengan ganjaran sebanyak $6000 setahun. Perkara ini berlaku pada Mei 1791. Hal ini jelas dilihat walaupun penentangan ini bukanlah secara beramai-ramai dan mengangkat senjata tetapi keinginan Sultan Abdullahh untuk menyerang Pulau Pinang yang menjadi pangkalan British telah menunjukan ciri-ciri nasionalisme dan penentangan. 14
Tokoh penentangan di Naning iaitu Dol Said Ilustrasi perang Naning 15
Penentangan yang seterusnya adalah di Naning pada Hal ini berlaku antara tahun 1831 hingga 1832. Masyarakat tempatan yang diketuai oleh Dol Said menentang British kerana pihak British telah mencabar kedaulattan Naning. Peristiwa penentangan ini juga berlaku kerana Syarikat Hindia Timur (SHT) yang meminta Penghulu Dol Said untuk menyerahkan 200 gantang beras kepada pihak SHT. Hal ini telah menaikkan kemarahan penduduk di Naning. Pihak British turut meletakkan amaran jika penduduk Naning tidak memenuhi tuntutan ini maka mereka akan menghantar kumpulan atau pasukan dari Melaka untuk masuk ke Naning. British mengerahkan tenteranya untuk mengalahkan Dol Said sepanjang pertempuran yang berlaku pada 1831 hingga 1832. Penduduk Naning yang dipimpin oleh Dol Said menentang pihak British kerana mereka ingin mengekalkan cara hidup tempatan dan adat yang telah lama diamalkan oleh penduduk tempatan. Undang-undang yang diperkenalkan Britsh turut menambah perasaan penduduk tempatan untuk menentang mereka. Namun begitu, penentangan ini gagal dan memaksa Dol Said untuk berundur ke Seri Menanti dan kemudiannya menyerah diri kepada British. British akhirnya berjaya dengan bantuan seorang Arab yang bernama Saiyid Shaaban iaitu anak kepada Raja Ali yang merupakan seorang Yamtuann Muda Rembau. Walaupun peperanga ini menyebelahi pihak British namun terdapat beberapa perkara yang agak merugikan British. Perang yang tercetus ini menelan banyak belanja. Hal ini menjadi lebih rumit apabila hasil yang British dapat daripada Naning sangatlah sedikit. Perkara ini jelas menyebabkan British tidak mampu untuk menampung perbelanjaan perang tersebut dengan hasil yang diperoleh mereka. Seiring dengan masa tersebut, hasil negeri-negeri selat turut berkurang kerana perdagangan monopoli ( penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, perdagangan, perkhidmatan dalam satu pasaran tertentu oleh seseorang ) dengan China telah dihapuskan pada tahun 1833. Hal ini jelas bahawa, penentangan yang dilakukan secara beramai-ramai bukanlah sesuatu yang strategik , iia memerlukan satu rancangan yang tersusun supaya ia berjalan dengan lancar. Namun begitu, tindakan British melancarkan perang terhadap Naning juga merupakan satu tindakan yang kurang baik kerana akhirnya ia memberi kesan negatif kepada mereka. 16
Perjuangan pahlawan dahulu 17
Hilangnya kepentingan pentadbiran nasional Imprealisme British di tanah melayu telah menyebabkan pentadbiran tradisional mula terhakis kerana pihak British telah memperkenalkan pentadbiran barat yang sangat bertentangan dengan pentadbiran tradisional. Sebagai contoh, sebelum kehadiran pihak British sistem pentadbiran pemerintahan tanah melayu ialah bercorak monarki iaitu negara diperintah oleh seseorang sultan atau raja secara mutlak. Sultan atau raja memerlukan khidmat jawatan pembesar untuk menggerakan pentadbiran tradisional istana. Pemerintahan tradisional juga menggunakan konsep serah dan kerah antara rakyat dan sultan atau rajanya. Namun pemerintahan kini, tidak lagi menggunakan konsep serah dan kerah kerana sultan atau raja sudah terikat dengan konsep raja perbelembagaan yang diamalkan atas kesan imperealisme British di tanah melayu Kesan Imperialisme British Di Tanah Melayu Selain itu, bagi kuasa-kuasa sultan dan pembesar setiap negeri mula terhakis di tanah melayu kerana pihak British telah memperkenalkan sistem residen. Mengikut sistem residen atau juga dikenali sebagai Sistem Penasihat, residen merupakan seorang pegawai British yang dilantik untuk menjadi penasihat sultan. Semua nasihat residen mestilah diikuti dan dipatuhi dalam semua perkara kecuali berkaitan agama Islam dan adat istiadat melayu. Hal ini menyebabkan kuasa sultan dan pembesar tertindas akibat kewujudan residen yang mengawal semua kuasa di istana. Oleh itu, muncul gerakan kebangkitan anti British di semenanjung tanah melayu yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak British kerana mereka telah campur tangan dalam adat istiadat dan juga hal berkaitan agama islam. Mislanya, semasa perlantikan Sultan Abdullah oleh Andrew Clarke di perak dan menerusi pertubuhan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri. Hilang kepentingan pentadbiran nasional 18
Imprealisme barat juga menyebabkan tanah melayu banyak kehilangan bahan mentah disebabkan oleh penjajah British memerlukan bekalan dalam kuantiti yang banyak untuk revolusi perindustrian. Revolusi perindustrian di Eropah pada ketika itu dipelopori oleh kaum-kaum kapitalis untuk menjatuhkan kerajaan feudal. Oleh itu, pihak British yang pada ketika itu yang mementingkan keuntungan maksima menjadikan aktiviti mengimport bekalan bahan mentah tanah melayu sebagai aktivti yang utama sehingga menyebabkan kemasukkan buruh asing secara besar-besaran. Buruh-buruh asing tersebut dibayar dengan gaji yang murah atau dinamakan “cheap labour” dan memaksa mereka untuk bekerja dengan berlebihan. Wujud jurang perbezaan ekonomi Imprealisme British ke atas tanah melayu telah menyebabkan keadaan ekonomi berubah. Hal ini dikatakan demikian kerana bentuk ekonomi tanah melayu yang asalnya merupakan sara diri berubah kepada berorientasikan perdagangan dan eksport. Pihak British juga memperkenalkan jenis tanaman baru seperti teh, tebu, kopi, getah dan nanas yang telah diimport dari pelbagai negara kemudian ditanam dan disebarkan secara meluas di tanah melayu. Selain itu, pihak British juga memperkenalkan pelbagai lagi sektor baharu seperti perladangan, perlombongan dan perindustrian yang memerlukan modal yang besar untuk menjayakan sektor tersebut. Buruh dari luar seperti India dan China juga diimport bagi memenuhi permintaan tenaga buruh yang tidak mencukupi. Akhirnya, sehingga sekarang sektor berorientasikan perdagangan dan eksport semakin berkembang dan menambah pendapatan ekonomi. 19
Kaum India di kebun getah Kaum Cina di Kawasan perlombongan 20
Hubungan sosial Imprealisme British telah memberi kesan dari aspek sosial melalui kewujudan Pendidikan Barat. Kuasa imprealisme telah memperkenalkan Pendidikan barat secara terhad iaitu atas kawasan bandar sahaja. Hal ini bertujuan untuk menyediakan golongan pentadbir bawahan yang bekerja dalam jawatan bergaji rendah seperti kerani, juruteknik dan lain-lain lagi. Bahasa penghantar yang digunakan dalam sekolah merupakan Bahasa penjajah iaitu Bahasa Inggeris. Pihak British juga memperkenalkan sekolah-sekolah mubaligh Kristian untuk penyebaran agama Kristian di kalangan penduduk tanah melayu. Struktur sosial turut sama terjejas dan terhapus ekoran daripada kesan imprealisme British. Hal ini melalui struktur sosial golongan bawahan yang telah terhapus dalam kedudukan masyarakat melayu iaitu golongan hamba. Kedudukan masyarakat melayu pada awalnya bermula dengan lapisan teratas atau golongan atasan sehingga lapisan yang paling bawah. Struktur sosial merujuk kepada sifat organisasi masyarakat yang terbina daripada semua komponen atau “set sosial” yang berfungsi bagi memastikan komponen itu terus wujud. Pada tahun 1874, struktur sosial mula berubah apabila campur tangan pihak British. 21
Imprealisme British di Tanah Melayu berlaku kerana faktor-faktor tertentu yang banyak menguntungkan pihak penjajah seperti memonopoli ekonomi dan bahan mentah yang ada di Tanah Melayu di samping menguasai sistem politik yang ada sehingga ia menjejaskan sistem tradisional yang sedia ada. Walaupun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa kesan daripada sejarah dan peristiwa ini telah banyak membantu orang melayu untuk berusaha memajukan negara sendiri sehingga berjaya memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajah dengan cara yang baik dan tiada pertumpahan darah. Imprealisme barat ini turut mengajar penduduk Tanah Melayu tentang semangat nasionalisme dan kebangsaan sehingga lahirnya tokoh-tokoh pejuang tanah air yang sangat dihormati dan dikenang jasa mereka hingga ke hari ini seperti Tok Janggut, Dol Said, Haji Abdul Rahman Limbong, Dato’Maharaja Lela dan lain-lain. Para pejuang yang memulakan penentangan terhadap imprealisme British jelas menjadi titik tolak kepada perkembangan dan kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu yang berusaha menegakkan dan menjaga hak serta kepentingan orang Melayu pada zaman penjajahan ketika itu. Oleh itu, bidang sejarah ini haruslah dijaga dengan baik agar generasi akan datang masih mengenali asal usul negara Malaysia dan latar belakang sejarah yang sebenar. Hal sedemikian dapat memupuk semangat patriotisme iaitu cinta akan negara dimana ia secara tidak langsung dapat menghasilkan generasi pemimpin yang akan menjaga negara agar negara kekal merdeka dan aman supaya sejarah lama tidak lagi berulang dan jadikan ia sebagai pengajaran dan petunjuk untuk menyelesaikan masalah di masa hadapan. KESIMPULAN 22
Coursehero.com. (05 Julai, 2020). Sistem Residen di Tanah Melayu. Retrieved from CouseHero.com: https://www.coursehero.com/file/62092981/Sistem-Residen-diTanah-Malaysiadocx/ Ghazali, A. Z. (2005). Pasir salak pusat gerakan menentang British di Perak. In A. Z. Ghazali, Pasir salak pusat gerakan menentang British di Perak (p. 77). Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Ismail, L. (1974). Sejarah Malaysia 1400-1963. In I. Lotfi, Sejarah Malaysia 1400-1963 (p. 25). Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Kim, K. K. (1984). Sejarah Masyarakat Melayu Moden . In K. K. Kim, Sejarah Masyarakat Melayu Moden (p. 36). Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Malaya. Mahmud, N. A. (1999). Tok Janggut pejuang atau penderhaka. Bangi: Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia. R Suntaralingam, A. R. (1985). Nasionalisme satu tinjauan sejarah . In A. R. R Suntaralingam, Nasionalisme satu tinjauan sejarah (p. 26). Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd . Saat, I. B. (1964). 1964 Sejarah Sosio Budaya Melayu. In I. B. Saat, 2964 Sejarah Sosio Budaya Melayu (p. 17). Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Scribd.com. (12 Dis, 2012). Zaman penjajahan British di Tanah Melayu, https://www.scribd.com/document/182018456/ZamanPenjajahan-British-Di-Tanah-Melayu#. Retrieved from Scribd.com. Wahid, Z. A. (1991). Sejarah Malaysia. In Z. A. Wahid, Sejarah Malaysia (p. 56). Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. Wahid, Z. A. (1992). Malaysia Warisan dan Perkembangan . In Z. A. Wahid, Malaysia Warisan dan Perkembangan (p. 30). Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka Selangor. Zainuddin, R. (2003). Sejarah Malaysia. In R. Zainuddin, Sejarah Malaysia (p. 25). Kuala Lumpur: Fajar Bakti . BIBLIOGRAFI 23
Puji syukur pada Allah SWT, penulis dapat menyiapkan serta menghasilkan sebuah buku yang berjudul ' Imperialisme British Di Tanah Melayu" yang menceritakan sedikit sebanyak penjajahan yang dilakukan oleh kuasa barat ke atas Tanah Melayu dari segi faktor ekonomi, politik dan juga sosial. Diharapkan buku ini dapat memberi sedikit pengetahuan kepada masyarakat dalam mengenali serta mengetahui tentang sejarah yang berlaku dahulu kala di Tanah Melayu ini sebagai pengetahuan sebagai rakyat Malaysia yang berkarisma serta dapat melahirkan semangat patriotik dan nasionalisme yang tinggi lagi dalam diri. 24 PENGHARGAAN
Notes SEKIAN TERIMA KASIH