The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SI INTAN PAYUNG, 2021-07-09 11:20:05

BUKU SKRAP SEJARAH TAHUN 5 "PAHLAWAN NEGARA"

PAHLAWAN NEGARA

BUKU SKRAP SEJARAH
TAHUN 5

PAHLAWAN
NEGARA



KANDUNGAN

04 05 06-16

PENGHARGAAN PENDAHTiUtleL03UAN HASIL KAJITAitlNe 05
TAJUK
Lorem ipsum dolor sit Lorem ipsum dolor sit
amet, consectetur amet, consectetur

adipisicing elit, sed do adipisicing elit, sed do
eiusmod tempor incididunt. eiusmod tempor incididunt.

MUKA 17 18
SURAT
Title 02 Title 04

KESIMPULANLorem ipsum dolor sit RUJUKANLorem ipsum dolor sit
amet, consectetur amet, consectetur
adipisicing elit, sed do adipisicing elit, sed do
eiusmod tempor incididunt. eiusmod tempor incididunt.

PENGHARGAAN

Alhamdulilah, akhirnya saya berjaya menyiapkan Buku Skrap “PEJUANG NEGARA”.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu Aryanti Bt Sukah , kerana memberi tunjuk

ajar dalam menyiapkan tugasan ini .
Saya juga amat berterima kasih kepada ibu ayah dan kakak saya yang turut serta

membantu dalam mencari maklumat dan sentiasa menyokong saya dalam
membuat tugasan ini.

PENDAHULUAN

Kajian kes ini bertajuk “PAHLAWAN NEGARA”.
Seramai 11 orang pahlawan tempatan dihuraikan secara ringkas dalm buku skrap ini.

semoga jasa dan perjuangan tokoh - tokoh tempatan ini
akan dapat disanjung dan dikenang oleh generasi yang akan datang.

HASIL KAJIAN

Dol Said menentang British bagi mempertahankan kedaulatan
Naning. Beliau menentang pelaksanaan undang-undang British
dan bayaran cukai. Pada tahun 1831, Dol Said Berjaya
mengalahkan British dengan menggunakan taktik perang gerila
dan mendapat bantuan pembesar dari daerah Seri Menanti,
Sungai Ujong,Johor dan Muar.

DOL SAID DOL SAID Pada tahun 1832,British bertindak menawanpusat
pentadbiran Naning dan membakar ruah penduduk.British
terpaksa membelanjakan £100 ribu untuk mengalahkan Dol
Said.British hanya dapat menewaskan Dol Said dalam serangan
yang ketiga.Pada tahun 1832,Dol Said telah ditewaskan dan
tinggal dalam buangan di Melaka

HASIL KAJIAN

RENtAP Rentap menentang James Brooke kerana menganggap orang iban
sebagai lanun dan telah menghapuskan petempatan
mereka.

James Brooke telah mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk
mengawasi pergerakan orang Iban.Pada tahun 1853,Rentap
menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan
mencapai kejayaan.

Rentap membina kubu pertahanan di Bukit Sadok.
Ramai pahlawan Iban yang menyokongnya.Pertempuran yang
sengit berlaku antara Rentap dan James Brooke di Bukit
Sadok.Rentap telah berundur ke Sungai Entabai dan tidak
dapat dikesan selepas itu

HASIL KAJIAN

SHARIF MASAHOR menentang James Brooke yang meluaskan
MASAHOR kuasa ke atas wilayah Sarikei dan mengambil alih kuasa
pentadbir. Pada tahun 1855, Sharif Masahor telah menyerang Mukah.

Beliau berjaya mengusir keluar pembesar tempatan yang
menyokong James Brooke.Sharif Masahor bersama-sama
dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung
Hashim telah mengadakan kerjasama untuk menyerang
Kuching.Sharif Masahor tidak dapat mengalahkan pasukan
tentera Charles Brooke, anak saudara James Brooke dan
berundur ke Mukah.Pada tahun 1861, Sharif Masahor
ditewaskan dan dibuang negeri ke Singapura.

SHARIF mASHOR Setelah dibebaskan, Sharif Masahor menuju ke Selangor

untuk membantu Raja Mahadi dalam perang saudara yang
dikenali sebagai Pe7rang Klang.

HASIL KAJIAN

Dato’ Maharaja Lela menentang British kerana British
memperkenalkan sistem cukai baharu dan campur tangan
dalam adat resam orang Melayu.

Sultan Abdullah,Dato’ Maharaja Lela dan pembesar-
pembesar lain telah mengambil keputusan untuk
membunuh J.W.W. Birch.

DATO’ Dato’ Maharaja Lela dan Seputum telah
MAHARAJA LELA membunuh J.W.W. Birch.

DAtO’ mAHARAJA Dato’ Maharaja Lela telah ditangkap dan dijatuhkan
LELA hukuman gantung pada tahun 1877.

HASIL KAJIAN

Yamtuan Antah menentang British kerana tidak bersetuju
dengan perjanjian antara British dengan Dato’ Kelana Sungai
Ujong.

Yamtuan Antah juga tidak bersetuju dengan tindakan Dato’
Kelana yang mengishtiharkan Terachi sebagai wilayahnya.

YAMTUAN ANTAH Yamtuan Antah telah menawan Paroi dan membina
kubu
pertahanan.Pihak British mengalahkan pasukan Yamtuan
Antah.

YAmtUAN ANtAH Yamtuan Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus.Yamtuan
Antah dan British telah mengadakan rundingan
perdamaian.Yamtuan Antah telah diiktiraf sebagai Yamtuan
Besar Seri Menanti.

DAtO’ BAHAmAN HASIL KAJIAN

Dato’ Bahaman menentang British disebabkan
kehilangan hak mengutip cukai dan dilucutkan gelaran
sebagai pembesar.

Pada tahun 1891, Dato’ Bahaman menyerang Balai Polis
Lubuk Terua dan menawan kembali Lubuk Terua dengan
bantuan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau.

Pada Tahun 1894, Dato’ Bahaman menawan Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai.

Dato’ Bahaman terpaksa berundur ke Kelantan dan
mendapat perlindungan di Chiengmai, Thailand.

tOK JANGGUt HASIL KAJIAN

Tok Janggut menentang British disebabkan
cukai dan peraturan tanah baharu yang
membebankan.

Pada tahun 1915, Tok Janggut telah
melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh.
Pihak British bertindak menyerang Tok Janggut
yang berkubu di Kampung Saring.

Tok Janggut Tok Janggut terkorban dalam pertempuran
itu

HASIL KAJIAN

mAt SALEH Mat Saleh menentang Syarikat Borneo Utara British
(SBUB) kerana kehilangan kawasan pengaruh.

Mat Salleh membantah cukai yang dikenakan serta
peraturan baharu yang membebankan.

Pada tahun 1897, Mat Salleh telah mendirikan kubu di
Ranau dan menyerang Pulau Gaya dan Ambong.

Mat Salleh telah ditewaskan di Tambunan dan
dikatakan telah terkorban.

HASIL KAJIAN

Antanom menentang (SBUB) kerana kehilangan
kuasa dan pengaruh, menentang pembayaran cukai
yang dikenakan, menjadikan orang Murut sebagai
buruh paksa dan menceroboh kawasan hutan orang
Murut untuk membina jalan. Antanom telah
menyatukan orang Murut untuk menentang SBUB.

Pada tahun 1915, Antanom telah menyerang
Pensiangan dan membina kubu di Sungai Selangit.
Terkorban dalam pertempuran di Sungai Selangit.

ANtANOm

HASIL KAJIAN

Haji Abdul Rahman Menentang British kerana penguatkuasaan undang-
undang Limbong binatang buas,peraturan tanah baharu dan pas kebenaran
untuk menjalankan aktiviti pertanian.

Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman Limbong bertindak
sebagai peguam untuk membela petani di Kuala Telemong yang
ditangkap kerana menentang peraturan baharu. Mereka telah
membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran.

HAJI ABDUL RAHmAN Pihak British juga telah mengancam akan mengambil tindakan
LImBONG undang-undang ke atas mereka yang enggan membayar cukai.
Ancaman British untuk mengambil tindakan undang-undang
menyebabkan para petani telah menduduki balai polis dan
bangunan kerajaan di Kuala Berang.

Pihak British telah melancarkan serangan dan Haji Abdul
Rahman Limbong telah ditangkap.
Beliau dijat1u4hi hukuman buang negeri ke Mekah.

RAJA mAHADI HASIL KAJIAN

Raja Mahadi menentang campur tangan British
dalam pentadbiran Klang dan perusahaan bijih timah.

Beliau juga tidak berpuas hati dengan perlantikan
Tengku Kudin sebagai Yam Tuan Selangor oleh
British.Tengku Kudin & Raja Abdullah telah
bekerjasam untuk menentang Raja Mahadi.

Raja Mahadi telah mengambil tindakan untuk
menyerang Yap Ah Loy di Kuala Lumpur kerana telah
bekerjasama dengan Tengku Kudin.Beliau telah dapat
dikalahan dan dihantar ke Johor.

Beliau telah meninggal dunia disana

KESIMPULAN

Saya dapat mengetahui tentang perjuangan tokoh- tokoh
tempatan seperti Dol Said, Rentap, Sharif Masahor, Dato’
Maharaja Lela, Yamtuan Antah, Dato’ Bahaman, Tok Janggut,
Mat Saleh, Antanom, Haji Abdul Rahman Limbong dan Raja
Mahadi.

Saya amat menghargai perjuangan dan pengorbanan
tokoh- tokoh ini kerana kegigihan mereka di dalam
mempertahankan kedaulatan dan maruah negara daripada
ditakluki oleh penjajah.

1. 2.

3. 4. RUJUKAN
5.

Buku Teks Sejarah Tahun 5

https://sejkssrt5t2.wordpress.com/ https://www.arcgis.com/apps/MapSer
2017/08/18/perjuangan-tokoh- ies/indx.html?appid=1cd9f0ea5e3c4
tempatan/ d0198108ff10efdfc8b

https://www.youtube.com/watch?v=PM7 http://perjuangan-tokoh-
tempatan.blogspot.com/
z-Ohv2Eg


Click to View FlipBook Version