The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL 2021
SK CONVENT MUAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SI INTAN PAYUNG, 2021-08-20 07:03:41

TOKOH TOKOH KEMERDEKAAN NEGARA

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL 2021
SK CONVENT MUAR

TOKOH - TOKOH
KEMERDEKAAN

MALAYSIA



KANDUNGAN

04 05-15 16

PENDAHULUAN TOKOH - TOKOH IKTIBAR

17 18

KESIMPULAN RUJUKAN

PENDAHULUAN

Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melalui suatu proses
yang panjang. Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa
asing selama beratus-ratus tahun menjadikan semangat sebahagian

besar rakyat tanah air untuk memiliki negara sendiri yang
berdaulat kian menebal. Oleh itu , semangat dan kesedaran ini
mula disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga berjaya memberi
kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat. Kempen-kempen oleh
para pejuang kemerdekaan yang tidak kenal putus asa, akhirnya

membuahkan hasil apabila British meluluskan piagam
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Negara kemudian bergerak
matang dan lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara
yang lebih ke hadapan, lebih mantap dalam mengatasi cabaran
semasa. Hasilnya, terbentuknya negara Malaysia seperti yang

dikenali pada hari ini secara rasminya pada
16 September 1963.

TOKOH - TOKOH

DOL SAID Dol Said menentang British bagi mempertahankan kedaulatan
Naning. Beliau menentang pelaksanaan undang-undang British
dan bayaran cukai. Pada tahun 1831, Dol Said Berjaya
mengalahkan British dengan menggunakan taktik perang gerila
dan mendapat bantuan pembesar dari daerah Seri Menanti,
Sungai Ujong,Johor dan Muar.
DOL SAID Pada tahun 1832, British bertindak menawan pusat
pentadbiran Naning dan membakar rumah penduduk. British
terpaksa membelanjakan £100 ribu untuk mengalahkan Dol
Said. British hanya dapat menewaskan Dol Said dalam serangan
yang ketiga. Pada tahun 1832, Dol Said telah ditewaskan dan
tinggal dalam buangan di Melaka

RENTAP TOKOH - TOKOH

Rentap menentang James Brooke kerana menganggap
orang iban sebagai lanun dan telah menghapuskan
petempatan
mereka.

James Brooke telah mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk
mengawasi pergerakan orang Iban. Pada tahun 1853, Rentap
menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan
mencapai kejayaan.

Rentap membina kubu pertahanan di Bukit Sadok.
Ramai pahlawan Iban yang menyokongnya. Pertempuran yang
sengit berlaku antara Rentap dan James Brooke di Bukit
Sadok. Rentap telah berundur ke Sungai Entabai dan tidak
dapat dikesan selepas itu

SHARIF TOKOH - TOKOH
MASAHOR
SHARIF MASAHOR menentang James Brooke yang
meluaskan kuasa ke atas wilayah Sarikei dan mengambil alih
kuasa pentadbir.

Pada tahun 1855, Sharif Masahor telah menyerang Mukah.
Beliau berjaya mengusir keluar pembesar tempatan yang
menyokong James Brooke.Sharif Masahor bersama-sama
dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung
Hashim telah mengadakan kerjasama untuk menyerang
Kuching. Sharif Masahor tidak dapat mengalahkan pasukan
tentera Charles Brooke, anak saudara James Brooke dan
berundur ke Mukah. Pada tahun 1861, Sharif Masahor ditewaskan
dan dibuang negeri ke Singapura.

Setelah dibebaskan, Sharif Masahor menuju ke Selangor
untuk membantu Raja Mahadi dalam perang saudara yang
dikenali sebagai Perang Klang.

TOKOH - TOKOH

DATO’ MAHARAJA Dato’ Maharaja Lela menentang British kerana British
LELA memperkenalkan sistem cukai baharu dan campur tangan
dalam adat resam orang Melayu.

Sultan Abdullah,Dato’ Maharaja Lela dan pembesar-
pembesar lain telah mengambil keputusan untuk
membunuh J.W.W. Birch.

DATO’ Dato’ Maharaja Lela dan Seputum telah
membunuh J.W.W. Birch.

Dato’ Maharaja Lela telah ditangkap dan dijatuhkan
hukuman gantung pada tahun 1877.

TOKOH - TOKOH

Yamtuan Antah menentang British kerana tidak bersetuju
dengan perjanjian antara British dengan Dato’ Kelana Sungai
Ujong. Yamtuan Antah juga tidak bersetuju dengan tindakan
Dato’ Kelana yang mengishtiharkan Terachi sebagai
wilayahnya.

Yamtuan Antah telah menawan Paroi dan membina kubu
pertahanan. Pihak British mengalahkan pasukan Yamtuan
Antah.

YAMTUAN ANTAH Yamtuan Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus. Yamtuan
Antah dan British telah mengadakan rundingan
perdamaian. Yamtuan Antah telah diiktiraf sebagai Yamtuan
Besar Seri Menanti.

DATO’ BAHAMAN TOKOH - TOKOH

Dato’ Bahaman menentang British disebabkan
kehilangan hak mengutip cukai dan dilucutkan gelaran
sebagai pembesar.

Pada tahun 1891, Dato’ Bahaman menyerang Balai Polis
Lubuk Terua dan menawan kembali Lubuk Terua dengan
bantuan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau.

Pada Tahun 1894, Dato’ Bahaman menawan Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai.

Dato’ Bahaman terpaksa berundur ke Kelantan dan
mendapat perlindungan di Chiengmai, Thailand.

TOK JANGGUT TOKOH - TOKOH

Tok Janggut menentang British disebabkan
cukai dan peraturan tanah baharu yang
membebankan.

Pada tahun 1915, Tok Janggut telah
melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh.
Pihak British bertindak menyerang Tok Janggut
yang berkubu di Kampung Saring.

Tok Janggut terkorban dalam pertempuran
itu.

MAT SALLEH TOKOH - TOKOH

Mat Salleh menentang Syarikat Borneo Utara British
(SBUB) kerana kehilangan kawasan pengaruh.

Mat Salleh membantah cukai yang dikenakan serta
peraturan baharu yang membebankan.

Pada tahun 1897, Mat Salleh telah mendirikan kubu di
Ranau dan menyerang Pulau Gaya dan Ambong.

Mat Salleh telah ditewaskan di Tambunan dan
dikatakan telah terkorban.

TOKOH - TOKOH

ANTANOM Antanom menentang (SBUB) kerana kehilangan
kuasa dan pengaruh, menentang pembayaran cukai
yang dikenakan, menjadikan orang Murut sebagai
buruh paksa dan menceroboh kawasan hutan orang
Murut untuk membina jalan. Antanom telah
menyatukan orang Murut untuk menentang SBUB.

Pada tahun 1915, Antanom telah menyerang
Pensiangan dan membina kubu di Sungai Selangit.
Antanom terkorban dalam pertempuran di Sungai Selangit.

TOKOH - TOKOH

Haji Abdul Rahman Menentang British kerana penguatkuasaan
undang-undang Limbong binatang buas, peraturan tanah baharu
dan pas kebenaran untuk menjalankan aktiviti pertanian.

Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman Limbong bertindak
sebagai peguam untuk membela petani di Kuala Telemong yang
ditangkap kerana menentang peraturan baharu. Mereka telah
membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran.

HAJI ABDUL RAHMAN Pihak British juga telah mengancam akan mengambil tindakan
LIMBONG undang-undang ke atas mereka yang enggan membayar cukai.
Ancaman British untuk mengambil tindakan undang-undang
menyebabkan para petani telah menduduki balai polis dan
bangunan kerajaan di Kuala Berang.

Pihak British telah melancarkan serangan dan Haji Abdul
Rahman Limbong telah ditangkap.

RAJA MAHADI TOKOH - TOKOH

Raja Mahadi menentang campur tangan British
dalam pentadbiran Klang dan perusahaan bijih timah.

Beliau juga tidak berpuas hati dengan perlantikan
Tengku Kudin sebagai Yam Tuan Selangor oleh
British. Tengku Kudin & Raja Abdullah telah
bekerjasam untuk menentang Raja Mahadi.

Raja Mahadi telah mengambil tindakan untuk
menyerang Yap Ah Loy di Kuala Lumpur kerana telah
bekerjasama dengan Tengku Kudin. Beliau telah dapat
dikalahan dan dihantar ke Johor.

Beliau telah meninggal dunia disana

IKTIBAR YANG BOLEH DIAMBIL DARI
KESEMUA TOKOH

Kita seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua
rakyat bersatu padu , bertolak ansur , hormat menghormati , dan saling menyanyangi antara

satu sama lain.
Jika dikenangkan kembali perjuangan pejuang-pejuang tanah air , sudah pasti timbul
kesedaran dalam diri masing-masing betapa peritnya kehidupan kehidupan mereka pada

zaman tersebut.
Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang penjajah di negara kita sewajarnya dijadikan
teladan dan patut kita contohi. Semangat setia kepada negara dan sifat bekerjasama juga
amalan permuafakatan di kalangan pemimpin serta pengikutnya telah menyumbangkan
kepada kejayaan menentang penjajah. Dalam penentangan ini , jelaslah bahawa sikap

berdisiplin serta gigih berusaha akan membuahkan hasil.
Sewajarnya , kesedaran ini merupakan aspek penting yang perlu deterapkan dalam diri
kita. Nilai ini amat diperlukan dalam memelihara keharmonian seterusnya melahirkan rasa
kecintaan terhadap bumi bertuah ini. Sikap bersederhana dan tolak ansur juga adalah faktor

penting dalam pembentukan negara dan bangsa di Malaysia.

KESIMPULAN

Tokoh kemerdekaan negara telah banyak berjasa dalam memperjuangkan
kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Terdapat ramai tokoh yang dapat dijadikan “role
model “ atau idola kepada generasi kini dan yang akan datang.Segala pengorbanan ,
rintangan , dan penat lelah mereka berbakti untuk negara patut dicontohi dan
dijadikan panduan.

Kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 bukanlah satu proses yang
mudah untuk dicapai. Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui
satu proses yang sangat panjang.

Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menjadi sebuah
negara yang maju pada menjelang tahun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini ialah
melalui situasi keamanan dan kesejahteraan negara seniaa terjamin. Dalam nada yang
sama , kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara ini yang
dijajah dan memerlukan kekuatan bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak
akan lagi berlaku.

Oleh itu , diharapkan agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi
undang-undang , menjaga maruah negara dan menghargai jasa tokoh yang telah
banyak berjuang bagi mencapai kemerdekaan.

RUJUKAN

BUKU TEKS SEJARAH TAHUN 5

https://sejkssrt5t2.wordpress.com/2017/08/18/pe
rjuangan-tokoh-tempatan/

https://www.arcgis.co/aps/MapSeris/indx.html?
appid=1cd9f0ea5e3c4d0198108ff10efdfc8b


Click to View FlipBook Version