The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL
TOKOH - TOKOH KEMERDEKAAN DI MALAYSIA

SITI ZURAINY AMANY BINTI MOHD ZAKI ZAMANI
SK CONVENT MUAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SI INTAN PAYUNG, 2021-09-14 01:11:20

TOKOH - TOKOH KEMERDEKAAN DI MALYSIA

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL
TOKOH - TOKOH KEMERDEKAAN DI MALAYSIA

SITI ZURAINY AMANY BINTI MOHD ZAKI ZAMANI
SK CONVENT MUAR

TOKOH- TOKOH
KEMERDEKAAN DI

MALAYSIA

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

BAPA KEMERDEKAAN & BAPA MALAYSIA

SIITI ZURAINY AMANY BINTI

MOHD ZAKI ZAMANI






5 ORKID
SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT MUAR

100, JALAN DAUD, 84000
MUAR, JOHOR.



JBB5035

PENDAHULUAN

Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melalui suatu proses yang
panjang. Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama

beratus-ratus tahun menjadikan semangat sebahagian besar rakyat
tanah air untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian menebal.
Oleh itu , semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai

cabang sehingga berjaya memberi kesedaran secara menyeluruh
kepada rakyat. Kempen-kempen oleh para pejuang kemerdekaan
yang tidak kenal putus asa, akhirnya membuahkan hasil apabila British
meluluskan piagam kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Negara kemudian
bergerak matang dan lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah
negara yang lebih ke hadapan, lebih mantap dalam mengatasi cabaran
semasa. Hasilnya, terbentuknya negara Malaysia seperti yang dikenali

pada hari ini secara rasminya pada
16 September 1963.

BIODATA

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Dilahirkan pada 8 Februari 1903
Di Alor Star, Kedah.

Pendidikan - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar (1911)
Penang Free School, Penang (1916)
Cambridge University (1924)
Inner Temple, London (1926

RASIONAL PEMILIHAN TOKOH

Tunku Abdul Rahman Merupakan pejuang
kemerdekaan yang berjaya membangkitkan

semangat nasionalisme dalam
mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu

daripada penjajah dan juga berperanan
penting dalam pembentukkan Persekutuan

Malaysia.

KELEBIHAN TUNKU ADUL RAHMAN PUTRA
AL HAJ

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
adalah seorang pemimpin yang telah meninggalkan satu
nostalgia buat rakyat Malaysia khususnya dalam pengorbanan
beliau sebagai seorang yang memperjuangkan kemerdekaan
agar rakyatnya meras dapat merasai keaman yang tidak

berbelah bahagi.
Beliau adalah seorang tokoh yang sangat berjasa bukan sahaja

kepada rakyatnya malah juga buat bangsa dan negara.

Beliau merupakan Ketua Menteri Tanah Melayu dari tahun
1955 dan juga Perdana Menteri pertama sejak negara

mencapai kemerdekaan tahun 1957 sehingga perletakan
jawatan beliau pada tahun 1970. Pengorbanan beliau

kepada negara telahmenyebabkan beliau sehingga kini
digelar sebagai

"Bapa Kemerdekaan" dan "BapaMalaysia"

BUKTI KREDIBILITI
TUNKU ADUL RAHMAN PUTRA AL HAJ

Pada 1954, Tunku telah mengetuai satu rombongan ke England
untuk berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu,

tetapi kunjungan itu tidak berhasil. Pada tahun berikutnya,
pilihanraya persekutuan umum yang pertama telah diadakan,
dan Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah
dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi

rombongan ke London telah diadakan pada tahun 1955,
dan akhirnya England telah bersetuju untuk memberikan kemerdekaan

kepada Tanah Melayu, dan 31 Ogos 1957 telah diputuskan sebagai
tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

Sebaik pulang dari England selepas berjaya menuntut kemerdekaan
Tanah Melayu, Tunku telah mengisytiharkan berita gembira ini

buat kali pertamanya pada 20 Februari 1956 diBandar Hilir, Melaka.
Perkhabaran ini telah disambut dengan penuh kesyukuran daripada

penduduk Tanah Melayu.

JASA DAN SUMBANGAN
TUNKU ADUL RAHMAN PUTRA AL HAJ

Tunku Abdul Rahman banyak memberi sumbangan kepada bangsa dan
negara. Beliau merupakan pembina bangsa dan cuba menyatupadukan
rakyat Tanah Melayu yang berbilangkaum untuk menentang kerajaan
British dan menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Demi perpaduan
orang melayu, beliau sanggup menyuarakan bantahan terhadap Malayan
union dan menghadiri perjumpaan- perjumpaan menentang Malayan Union
di Alor Setar serta mengorbankan kerjayanya untuk mengambil alih teraju
kepimpinan UMNO.Sebagai seorang tokoh yang berjaya,beliau turut dikenal
sebagai bapa keamanan dan perpaduan kerana sikapnya yang cintakan
keamanan dan perpaduan. Beliau sanggup menerima sebarang halangan

dan cabaran demi perpaduan negara. Sebagai contoh, pada tahun
1955,Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri telahmewakili kerajaan

British untuk menghadiri Rundingan Baling yang dianjurkan oleh pihak
parti Komunis Malaya. Walaupun rundingan ini gagal, tetapi telah berjaya

mencipta imej beliau sebagai pencinta kedamaian. Tunku Abdul Rahman
akhirnya membuktikan beliau sebagai pemimpin Malaysia yang paling
berjaya apabila beliau berjaya menyatukan rakyat Malaysia dan mencapai
kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Kejayaan beliau menunjukkan beliau
sanggup berkorban untuk negara demi menyelesaikan masalah politik
negara. Sumbangan beliau merupakan suatu pengorbanan yang tidak

terkata nilainya dalam sejarah politit.

PENUTUP

TOKOH KEMERDEKAAN NEGARA TELAH BANYAK BERJASA DALAM
MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN UNTUK TANAH MELAYU. TUNKU ABDUL
RAHMAN BOLEH DIJADIKAN “ROLE MODEL “ ATAU IDOLA KEPADA GENERASI

KINI DAN YANG AKAN DATANG. SEGALA PENGORBANAN , RINTANGAN , DAN
PENAT LELAH BELIAU BERBAKTI UNTUK NEGARA PATUT DICONTOHI DAN

DIJADIKAN PANDUAN.
KEMERDEKAAN YANG DICAPAI PADA 31 OGOS 1957 BUKANLAH SATU PROSES
YANG MUDAH UNTUK DICAPAI. MATLAMAT KEMERDEKAAN ITU HANYA DAPAT

DICAPAI SETELAH MELALUI SATU PROSES YANG SANGAT PANJANG.

KEAMANAN NEGARA INI SANGAT PENTING DALAM USAHA NEGARA INI
MENJADI SEBUAH NEGARA YANG MAJU . ANTARA FAKTOR UTAMA

KEJAYAAN INI IALAH MELALUI SITUASI KEAMANAN DAN
KESEJAHTERAAN NEGARA TERJAMIN. DALAM NADA YANG SAMA , KITA

SEHARUSNYA MEMAHAMI DAN MENGHAYATI PERISTIWA SEJARAH
NEGARA INI YANG DIJAJAH DAN MEMERLUKAN KEKUATAN BAGI
MENJAMIN PENJAJAHAN KE ATAS NEGARA INI TIDAK AKAN LAGI
BERLAKU.

OLEH ITU , DIHARAPKAN AGAR SEMUA WARGA NEGARA INI AKAN SENTIASA
MEMATUHI UNDANG-UNDANG , MENJAGA MARUAH NEGARA DAN

MENGHARGAI JASA TOKOH YANG TELAH BANYAK BERJUANG BAGI MENCAPAI
KEMERDEKAAN.


Click to View FlipBook Version