The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN KES: FERDINAND MARCOS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabilahaimi2, 2023-12-28 06:01:43

MPU1062 GROUP 5

KAJIAN KES: FERDINAND MARCOS

KAJIAN KES: KES FERDINAND MARCOS MPU1062 (F) @GROUP 5


GROUP MEMBERS MPU1062 (F) @GROUP 5 1. NUR AIMI NABILAH BINTI YUSRI 297358 298214 2. NURUL AIN' SYAMILAH BINTI RAMLI 297638 3. NUR SHEFA SHAFYERA BINTI SHARULNIZAM 4. SRI NUR EEZATY BINTI AZMAN 298307 300396 5. SIVAPRAKASAM A/L RAJENTHIRAN 298630 6. NURSYAHEIRA 301097 298754 7. NUR BATRISHA FARHANA BINTI AZMY 8. MUHAMAD FURQAN HAKIM BIN MOHD SUHAIME 301739 302251 9. NURSYAIDATUL ATASHA BINTI ARZAMI 10. NORJUWITA AMIRA BINTI ZULAMBRIA


Latar Belakang Kes 01 11 Isu Utama di dalam Kes 04 Pengaruh Kes Kepada i- Individu ii- Organisasi iii- Masyarakat 09 Akibat Rasuah di dalam Kes 06 08 ISI KANDUNGAN Kajian Kes: Ferdinand Marcos 12 07 10 BAHAGIAN PERTAMA BAHAGIAN KEDUA BAHAGIAN KETIGA Langkah Menangani Kes BAHAGIAN KEEMPAT BAHAGIAN KELIMA BAHAGIAN KEENAM Langkah Pencegahan Rasuah RUJUKAN


Kajian Kes: Ferdinand Marcos BAHAGIAN PERTAMA LATAR BELAKANG KES Latar Belakang Ferdinand Marcos Pilihan Raya Filipina 1965 Ferdinand Edralin Marcos dilahirkan pada 11 September 1917 di kampung Sarrat, Luzon, Filipina. Beliau menerima pendidikan di Manila dan melanjutkan pengajian undang-undang di Universiti Filipina. Ayahnya, Mariano Marcos, merupakan seorang ahli politik Filipina. Pada 20 September 1935, setelah Mariano dikalahkan oleh Julio Nalundasan dalam pilihan raya untuk kali kedua, Nalundasan ditembak dan dibunuh di rumahnya oleh Ferdinand. Marcos dituduh melakukan pembunuhan tersebut dan dihukum oleh mahkamah daerah pada November 1939. Beliau membuat rayuan ke Mahkamah Agung Filipina pada tahun 1940 dan berjaya membatalkan hukumannya walaupun terdapat bukti yang kukuh akan kesalahannya. Pada tahun 1965, Marcos berharap untuk mendapatkan pencalonan daripada Parti Liberal untuk jawatan presiden. Namun, Presiden ketika itu, Diosdado Macapagal, memungkiri janjinya untuk berundur dan mencalonkan dirinya semula. Marcos kemudian meninggalkan Parti Liberal dan menyertai Parti Nasionalis. Beliau memenangi pilihan raya dan dilantik sebagai presiden pada 30 Disember 1965. Marcos berjanji untuk mengalakkan pembangunan ekonomi, meningkatkan infrastruktur, dan memerintah negara dengan baik kepada rakyat Filipina. Beliau juga berjanji untuk membantu Vietnam Selatan dan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam dengan menghantar lebih daripada 10,000 tentera Filipina untuk berperang. 01


Kajian kes: Ferdinand Marcos Kemenangan Pilihan Raya Kedua Undang-Undang Tentera Marcos terpilih semula sebagai presiden pada tahun 1969, menjadikannya presiden Filipina pertama yang memenangi dua kali tempoh penggal. Walau bagaimanapun, kempen beliau dikaitkan dengan kekerasan dan penipuan, yang didakwa telah ditaja oleh jutaan dolar daripada hasil negara. Dalam beberapa minggu selepas pemilihan semula, Marcos menghadapi protes awam yang ganas terhadap pemerintahannya oleh pelajar dan rakyat lain. Pelajar menuntut reformasi pendidikan dan mereka bahkan mengambil alih sebuah trak pemadam api dan merempuhnya ke Istana Presiden pada tahun 1970. Presiden Marcos menanggani semua ancaman ini dengan mengisytiharkan darurat pada 21 September 1972. Darurat yang dilakukan selama sembilan tahun ini telah melanggar banyak undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia, termasuk puluhan ribu orang yang ditangkap secara sewenang-wenangnya dan ditahan, serta ribuan orang yang diseksa, dan dibunuh. Isterinya, Imelda Marcos dilantik menjadi ahli Parlimen (1978- 84); Gabenor Manila (1976-86); dan Menteri Perumahan Manusia (1978-86) dan beliau sering melantik ahli keluarganya untuk menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan dan industri yang menguntungkan. Tindakan ini merupakan sebahagian daripada "kapitalisme kroni" yang dilakukan oleh Marcos dan isterinya, di mana perniagaan swasta dirampas oleh kerajaan dan diserahkan kepada rakan dan ahli keluarga. Hal ini kemudiannya menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang teruk. Marcos juga menangguhkan habeas corpus iaitu perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah supaya seseorang dilepaskan daripada tahanan yang tidak mengikut undang-undang, mengenakan sekatan waktu malam, dan menangkap musuh politiknya seperti Benigno "Ninoy" Aquino. 02


Bermulanya Kes Rasuah dan Mahkamah Semasa era pemerintahan rasuah selama 21 tahun oleh pemimpin dunia iaitu Presiden Filipina, Ferdinand Edralin Marcos, berlakunya amalan kronisme yang amat ketara. Dianggarkan bahawa Presiden Marcos telah menggelapkan wang kerajaan sebanyak RM5 bilion ke RM10 bilion yang berkembang melalui pelaburan haram kepada gandaan angka ini. Selain daripada itu, beliau juga dikatakan telah mengumpulkan RM15 bilion untuk kekayaan peribadinya, dimana ia merupakan satu jumlah lebih daripada separuh hutang negara. Presiden Marcos dan isterinya, Imelda Marcos hidup dalam keadaan yang mewah. Berlakunya beberapa kemunduran seperti undian semula kes, perencatan beberapa hakim, persaraan hakim dan penyatuan kes pada tahun 1991, 1993 dan 1995 dimana kes difailkan. Antara Keputusan Mahkamah ialah bekas Presiden Ferdinand Marcos dan isterinya yang memegang jawatan sebagai Gabenor Metro Manila dan Menteri Penempatan Manusia pada masa itu membentuk dan mewujudkan banyak syarikat dan memindahkan jutaan dolar kepada yayasan itu. Kerajaan Filipina mengucapkan terima kasih kepada negara Switzerland dan Amerika Syarikat atas penglibatan bantuan mereka dalam kes ini. Sabit kesalahan dalam 7 pertuduhan dihukum 6 tahun (1) hari ke 11 tahun maksimum untuk setiap kiraan pada sivil liabiliti kerana terdapat kes berasingan bagi rampasan sivil terhadap Presiden Marcos untuk mendapatkan semula sekurang-kurangnya 200 Jutaan Dolar kekayaan yang diperoleh secara haram. Sebelum keputusan sabitan itu belum muktamad, Imelda Marcos telah memfailkan usul untuk pertimbangan semula dengan Sandiganbayan dan telah pun menjelma hasratnya untuk mengangkat kesnya ke Mahkamah Agung. Rakyat Filipina bangkit untuk memberontak sehingga berlakunya pilihan raya secara mengejut dan Revolusi Kuasa Rakyat (People Power Revolution) pada Februari 1986. Akhirnya Presiden Marcos digulingkan, beliau dan isterinya melarikan diri ke Hawaii. Presiden Marcos meninggal dunia dalam buangan di Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat pada 28 September 1989. KES RASUAH DAN MAHKAMAH Kajian Kes: Ferdinand Marcos 03


Walaupun terdapat pujian meluas terhadap usaha pentadbirannya untuk memodenkan Filipina, ramai rakyat Filipina juga mengingati Marcos sebagai seorang diktator yang menindas pembangkang politik dan terlibat dalam rasuah meluas. Semasa pemerintahannya, pelanggaran hak asasi manusia seperti pembunuhan luar mahkamah, penyiksaan, dan penghilangan paksa menjadi kebiasaan. Regim Marcos juga dicemari oleh rasuah meluas dan nepotisme, serta pengurusan ekonomi yang buruk yang membawa kepada hutang besar dan inflasi yang tinggi. Kajian Kes: Ferdinand Marcos 02 ISU UTAMA DALAM KES BAHAGIAN KEDUA Hal ini bermula apabila presiden Marcos menjadi tamak.Beliau menyalurkan dana rakyat untuk membiayai kroninya dan gaya hidup mewah isterinya. Ferdinand Marcos adalah lelaki yang bijak. Dalam beberapa tahun pertamanya sebagai presiden, beliau berjaya. Namun, apabila penggal kedua hampir berakhir, beliau memutuskan untuk terus berkuasa dan mengisytiharkan Undang-Undang Martial. Godaan kuasa terlalu kuat; beliau tidak dapat menolaknya; beliau menghasut tentera dengan hadiah, rakyat dengan beras murah yang subsidi, dan semua orang dengan kenikmatan ketenangan, sementara beliau mengumpulkan wang kepada dirinya sendiri melalui fungsi-fungsi Senat, Wakil Rakyat, dan Undang-Undang. Kegiatan beliau tersebut tidak dapat dihalang kerana dalam kalangan muda, tua atau tuan tanah di negerinegeri situ siap sedia menjadi hamba demi kekayaan melalui rasuah. Pemimpin-pemimpin daerah juga tidak peduli kerana mereka juga memiliki akses kepada kekayaan dan pembesaran diri melalui suapan dan bentuk rasuah yang dihargai. Selain itu, beliau juga membenarkan tentera menerima rasuah. 04


Kajian Kes: Ferdinand Marcos 05 Beliau juga membenarkan tentera menerima rasuah.Oleh kerana itu keadaan aman dan tertib terjejas serta dana tentera pula hanya dimasukkan ke dalam poket pegawai tinggi. Rasuah benar-benar meluas. Ketika itulah rakyat menyedari bahawa negara sedang merosot dan penting bagi keluarga Marcos untuk diusir. Oleh itu, Revolusi Kuasa Rakyat 1986 berlaku & keluarga Marcos diusir dari negara.Pada tahun 1986, setelah penggulingan Marcos dari kekuasaan melalui Revolusi Kekuasaan Rakyat, pemerintah Filipina dan pihak berwenang internasional mulai menyelidiki dan mengusut dugaan rasuah tersebut. Beberapa harta yang diduga diperoleh secara tidak sah oleh keluarga Marcos berhasil dikembalikan ke pemerintah Filipina dalam tahuntahun berikutnya. Beberapa contoh kontroversi termasuknya dugaan bahawa keluarga Marcos memiliki harta-harta yang mewah di Filipina dan di luar negeri, serta memiliki akaun-akaun bank rahsia di berbagai negara. Salah satu aset yang paling terkenal adalah kasut perempuan yang dikirakan berjumlah ribuan pasang yang ditemukan di Istana Malacañang setelah keluarga Marcos meninggalkan kekuasaan. Secara kesimpulannya, walaupun beberapa mengingatnya sebagai "presiden terbaik" yang pernah dimiliki negara itu, yang lain melihatnya sebagai seorang diktator yang korup yang menindas dan mengeksploitasi negara. Presiden Marcos telah ditandai oleh rasuah meluas, penyalahgunaan hak asasi manusia, dan penindasan politik. Beliau mengisytiharkan undang-undang martial pada tahun 1972, yang membolehkannya menangguhkan kebebasan awam, membubarkan Kongres dan Mahkamah Agung, dan mengenakan kawalan ketat ke atas media dan tentera. Ribuan orang ditangkap dan dipenjarakan, dan ramai yang diseksa atau dibunuh, ketika Marcos cuba menekan bantahan dan mengukuhkan kuasanya. Kenangan tentang Marcos terus membentuk perbincangan kebangsaan, dan perdebatan mengenai warisannya kemungkinan akan berlanjutan dalam tahun-tahun yang akan datang.


AKIBAT PENGAMBILAN RASUAH DALAM KES BAHAGIAN KETIGA Kajian Kes: Ferdinand Marcos 06 Kes rasuah yang berkaitan dengan Ferdinand Marcos, terutamanya semasa beliau menjadi Presiden Filipina dari tahun 1965 hingga 1986, telah membawa kepada akibat besar dan berpanjangan untuk negara tersebut. Berikut adalah beberapa akibat yang terjadi dek kerana perbuatan tersebut. Dari sudut ekonomi, Marcos meminjam secara besar-besaran untuk membiayai projek infrastruktur dan gaya hidup mewahnya. Negara Filipina berjaya mengumpul hutang luar negara yang sangat besar, memberatkan lagi ekonomi negara selama bertahun-tahun. Pengurusan yang buruk dan rasuah menyebabkan kemerosotan ekonomi, dengan negara mengalami pertumbuhan negatif pada tahun-tahun terakhir pemerintahan Marcos. Akibat kepada politik negara Filipina pula, Marcos mengumumkan undangundang martial, Batas Militar sa Pilipinas pada tahun 1972, dimana segala perlembagaan dan pentadbiran dibawah takbir kuasa militari. Tindakan ini menyebabkan penguasaan kuasa secara mutlak dan menekan penentangan politik. - -Rejim ini terkenal dengan penyalahgunaan-- hak asasi manusia, termasuklah pembunuhan di luar keputusan mahkamah, penyeksaan, dan penindasan terhadap perbezaan pendapat. Di zaman pemerintahan Marcos, kesan politik yang berlangsung lama terhadap institusi demokratik Filipina. Negara Filipina mengalami situasi turun naik daripada kekuatan dan keselamatan negara serta stabilitasi pemerintahan demokratiknya. Usaha untuk mengembalikan kekayaan yang diperoleh secara haram itu telah berlangsung selama puluhan tahun. Pemerintah Filipina, melalui Presidential Commission on Good Government (PCGG), telah berusaha mendapatkan kembali aset yang terjejas kerana rasuah. Walaupun beberapa aset telah dipulihkan, prosesnya adalah perlahan dan keadilan tidak sama rata. Pertempuran undang-undang berterusan, dan pemulihan aset belum lagi menyeluruh.


Langkah-langkah untuk menangani kes rasuah yang pertama ialah memberikan didikan mengenai rasuah. Hal ini dikatakan demikan kerana jika keburukan amalan rasuah ini didedahkan kepada masyarakat sejak dari kecil lagi, sudah tentu rasuah ini dapat dicegah dengan lebih efektif. Ibu bapa perlu memberikan contoh teladan yang baik kepada anak-anak supaya menjadi masyarakat yang jujur dan telus. Pengajaran agama dan moral juga perlu diterapkan dalam pembelajaran di sekolah. Barisan pendidik boleh memberikan maklumat terkini mengenai amalan rasuah kepada pelajar. Hal ini supaya dapat memberikan pendidikan dalam kalangan pelajar tentang kegiatan rasuah yang akan merosakkan sahsiah diri mereka. Seterusnya, amalan rasuah ini dapat dibendung dengan melaksanakan undang-undang dan hukuman yang lebih tegas. Perkara ini boleh dilaksanakan dengan menambah jumlah pegawai supaya kegiatan rasuah dapat dibanteras dengan lebih pantas dan berkesan. Orang awam juga penting untuk menjadi mata–mata pihak yang bertanggungjawab supaya perkara ini dapat dibendung dari akar umbi. Hukuman yang lebih tegas mampu menakutkan ramai masyarakat untuk menerima atau memberi rasuah. Sistem kehakiman yang telus dan adil dengan pesalahpesalah rasuah mestilah ditahan dan dihukum tanpa mengira kedudukan dan tanpa sebarang prejudis. Kesungguhan kerajaan dalam memastikan pesalah rasuah ini ke muka pengadilan akan memberikan kesan yang mendalam kepada masyarakat. Selain itu, pihak media massa juga turut memainkan peranan yang penting dalam menimbulkan kesedaran setiap lapisan masyarakat tentang keburukan serta implikasi mengamalkan kegiatan rasuah. Pihak kerajaan perlulah melakukan kempen iklan yang efektif dengan menggunakan medium media massa dan media sosial secara jitu. Kempen tersebut bertujuan untuk memberikan amaran serta peringatan kepada setiap individu tentang hukuman serta implikasi yang akan dihadapi jika melakukan kegiatan rasuah. Senario ini akan mengurangkan dan rasuah dapat dibendung. Di samping itu, kerajaan dan majikan perlu menawarkan gaji yang lumayan dengan kerja yang dilakukan. Hal ini kerana jika sumber kewangan mencukupi untuk menampung kehidupan seharihari dari segi keperluan dan kehendak mereka sudah tentu amalan rasuah dapat dielakkan. Sebagai seorang individu, jika perbelanjaan seharian kita serta kehendak dapat dipenuhi tanpa melakukan perkara terlarang sudah pasti kita akan berasa gembira. Majoriti masyarakat yang tidak berkemampuan lebih mudah disogok kerana mereka memerlukan duit untuk meneruskan hidup. Oleh itu, sumber kewangan yang cukup merupakan antara langkah yang penting untuk memastikan amalan rasuah ini dapat dibendung. Konklusinya, rasuah perlulah dibanteras sehingga ke akar umbi. Semua pihak tanpa mengira kedudukan serta pangkat perlulah bekerjasama dan menggembleng tenaga untuk mengatasi amalan rasuah dalam sesebuah masyarakat. Justeru itu, negara kita pasti bebas dengan sebarang ketidakadilan yang mampu mengancam keamanan dan kesejahteraan negara. Kajian Kes: Ferdinand Marcos 07 LANGKAH MENANGANI KES RASUAH BAHAGIAN KEEMPAT


Kajian Kes: Ferdinand Marcos 08 PENGARUH KES TERHADAP: Pertama sekali, melalui pengaruh Politik dan Pentadbiran semasa pemerintahannya di Filipina telah mempengaruhi rakyat di Filipina. Ferdinand Marcos, dengan kepemimpinan kuat dan pendekatannya yang otoriter dalam pentadbiran, mencipta suasana politik yang kurang demokratik dan lebih otoriter. Dasar kekuatan nasionalnya yang menekankan ketahanan nasional dan penindasan terhadap pembangkang politik mempengaruhi individu dengan mendorong kepatuhan kepada rezim, sekaligus mengurangkan kebebasan politik. Seterusnya, pengaruh Ekonomi boleh mempengaruhi seseorang individu dalam melakukan perkara yang tidak baik. Hal ini dapat dijelaskan dengan bukti semasa pemerintahannya, keuntungan ekonomi terpusat di tangan segelintir orang, mencipta ketidaksetaraan ekonomi yang membatasi peluang bagi banyak individu. Hal ini merosakkan keyakinan terhadap kerajaan dan menghalang pembangunan ekonomi yang adil dan mampan. Selain itu, melalui pengaruh Sosial dan Budaya yang boleh mempengaruhi sikap individu sama ada baik atau buruk. Melalui sistem pendidikan dan propaganda, Marcos memanipulasi persepsi masyarakat dan membentuk pandangan mereka mengikut agenda pemerintah. Penindasan terhadap budaya dan kritikan terhadap pemerintah mencipta ketakutan, mengurangkan kebebasan bersuara, dan mengehadkan perbezaan pendapat. Akhir sekali, dalam pengaruh Undang-undang dan Keselamatan telah mengakibatkan banyak kesan kepada rakyat di Filipina. Hal ini dapat dibuktikan dengan cara semasa pemerintahan Marcos, beliau terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia, termasuk penangkapan sewenang-wenang, penyiksaan, dan pembunuhan terhadap pembangkang politik. Ini mencipta rasa tidak aman dan kebimbangan terhadap penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan. INDIVIDU BAHAGIAN KELIMA


Kajian Kes: Ferdinand Marcos 09 PENGARUH KES TERHADAP: Kes rasuah Ferdinand Marcos di Filipina memberikan pengaruh yang signifikan terhadap berbagai organisasi yang melibatkan hak asasi manusia, organisasi perniagaan, organisasi antarabangsa, dan pembangunan masyarakat. Organisasi hak asasi manusia, baik di dalam mahupun di luar Filipina, terlibat secara aktif dalam mendokumentasikan pelanggaran hak asasi manusia yang terjadi selama masa pemerintahan Ferdinand Marcos. Mereka memainkan peranan penting dalam memperjuangkan keadilan. Organisasi yang memperjuangkan demokrasi dan kebebasan politik berperanan penting dalam menyokong penolakan terhadap rejim Ferdinand Marcos. Mereka mungkin memberikan bantuan kewangan, logistik, atau memberikan platform untuk menyuarakan pendapat rakyat Filipina. Beberapa organisasi perniagaan mungkin terkesan terhadap dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh Ferdinand Marcos. Setelah penggulingan, organisasi perniagaan menghadapi perubahan peraturan dan dasar yang dirancang untuk mengembalikan kestabilan ekonomi. Organisasi yang fokus pada Pembangunan Masyarakat terlibat dalam upaya membantu masyarakat Filipina pulih dari kesan sosial dan ekonomi semasa pemerintahan Ferdinand Marcos. Mereka dapat memberikan bantuan dalam hal pendidikan, latihan kemahiran, dan pembangunan ekonomi tempatan. Organisasi media memainkan peranan penting dalam mendokumentasikan dan melaporkan peristiwa-peristiwa semasa pemerintahan Ferdinand Marcos. Setelah penggulingan, kebebasan media mungkin menjadi tumpuan bagi beberapa organisasi media dalam menyokong proses pendemokrasian dan transparansi. Organisasi kemanusiaan dapat terlibat dalam memberikan bantuan kepada mangsa pelanggaran hak asasi manusia atau kesan ekonomi yang diakibatkan oleh pemerintahan Ferdinand Marcos. Organisasi antarabangsa seperti PBB, dapat memainkan peranan dalam memudahkan proses rekonsiliasi dan pemulihan pasca-konflik di Filipina. Mereka dapat memberikan sokongan untuk membangun lembaga-lembaga demokratik dan mendorong hak asasi manusia. Sejumlah organisasi mungkin terlibat secara langsung dalam menyokong perubahan dan peralihan kepada kerajaan yang lebih demokratik. ORGANISASI


Kes ini telah menyebabkan masyarakat di Filipina terkesan dengan rasuah yang dilakukan oleh Ferdinand Marcos dan sekutunya yang telah melakukan kegiatan pecah amanah yang bernilai lebih ber billion dollar, mengambil pinjaman yang sangat besar untuk mengekalkan ekonomi, dan meninggalkan Filipina dalam keadaan kewangan yang terdesak.Akibat kegiatan rasuah ini,pelbagai masalah dalam negara seperti masalah perubatan,masalah kebajikan masyarakat telah diabaikan.Apabila ia berkait dengan pendidikan, akses kepada perkhidmatan awam, atau peluang perniagaan, keadaan seringkali tidak adil, dan orang yang kaya atau berkuasa lebih mudah mendapatkan kelebihan berbanding orang yang kurang berkemampuan. . Ini menyebabkan jurang sosioekonomi, yang boleh menjejaskan kestabilan dan perpaduan masyarakat. Kegiatan rasuah boleh menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap kerajaan dan institusi awam. Orang ramai mungkin kehilangan kepercayaan dalam sistem apabila rasuah berlaku. Pegawai yang tidak cekap, tidak sopan, atau bahkan mengeksploitasi hak warganegara boleh merosakkan komitmen warganegara yang sudah lemah untuk proses demokrasi dan lebih membuatkan mereka terasa asing dari negara sendiri (Riordan,2001). Pegawai tersebut tidak hanya merosakkan orang yang terjejas secara langsung, tetapi mereka juga merosakkan rangkaian sosial yang lebih besar, yang menjadi lebih prasangka atau meragui komitmen negara terhadap matlamat mereka apabila mereka mendengar tentang penyalahgunaan tersebut (Riordan,2001). Selain itu, rasuah boleh menyumbang kepada kemiskinan dan ketidaksetaraan. Rasuah juga boleh meningkatkan jurang sosial dan ekonomi apabila individu atau kumpulan tertentu menerima sumber dan peluang. Orang yang kurang berkemampuan mungkin terpinggir kerana mereka tidak boleh bersaing dalam masyarakat yang didominasi oleh rasuah. Sumber-sumber yang disalahgunakan untuk kepentingan peribadi telah menjejaskan pembangunan ekonomi dan sosial. Kajian Kes: Ferdinand Marcos 10 PENGARUH KES TERHADAP: MASYARAKAT


Langkah-langkah pencegahan rasuah di masa hadapan adalah penting untuk memastikan kelestarian integriti institusi negara dan kesejahteraan rakyat. Pertama, perlu dilakukan peningkatan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan negara. Sistem pemantauan kewangan yang cekap perlu diperkenalkan untuk mengawasi perbelanjaan kerajaan dan memastikan dana awam digunakan dengan berkesan dan bertanggungjawab. Penubuhan badan audit dan kuat juga penting untuk menyiasat dan melaporkan sebarang ketidakpatuhan kewangan atau penyelewengan. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang perlu diperketatkan dengan menguatkuasakan hukuman yang sepadan bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti rasuah. Proses perundangan yang telus dan berkeadilan perlu diterapkan untuk memastikan tiada individu atau kelompok yang terlibat dalam rasuah terlepas dari tindakan undang-undang. Membina sebuah sistem pelaporan rasuah yang efisien juga boleh membantu masyarakat untuk melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan tanpa takut akan pembalasan. Seterusnya, pendidikan dan kesedaran masyarakat perlu ditingkatkan untuk menggalakkan sikap integriti dan kebertanggungjawab. Programprogram pendidikan anti-rasuah dan penyelidikan etika perlu diperkenalkan dalam kurikulum sekolah untuk membentuk generasi yang lebih peka terhadap bahaya rasuah. Peningkatan kesedaran juga dapat dicapai melalui kempen awam, media massa, dan penglibatan komuniti dalam usaha pencegahan rasuah. Di samping itu, penting untuk membangunkan sistem pemantauan dan kawalan yang cekap dalam pentadbiran awam. Memperkenalkan proses pemilihan dan penilaian prestası yang ketat untuk penjawat awam dapat membantu mengurangkan peluang terjadinya rasuah. Pembentukan badan khas atau unit anti-rasuah yang bebas dan bebas dari campur tangan politik adalah penting untuk menangani kes rasuah tanpa sebarang rasa takut atau intervensi. Kebebasan media dan kepelbagaian suara juga perlu dipelihara, membolehkan pendedahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dengan lebih berkesan. Dengan menyusun langkah-langkah ini, negara dapat membina asas yang kukuh untuk mencegah dan menangani rasuah, menjana kepercayaan masyarakat, dan memastikan pembangunan negara yang mampan dan adil. Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini merupakan aspek penting dalam membentuk masyarakat yang bebas daripada rasuah. Dengan menyelaraskan usaha- usaha ini, negara dapat memastikan bahawa kekayaan negara digunakan untuk kepentingan rakyat dan memastikan keadilan serta kesejahteraan masyarakat di masa hadapan. 11 BAHAGIAN KEENAM LANGKAH PENCEGAHAN RASUAHKajian Kes: Ferdinand Marcos


12 RUJUKAN Amnesty International. (2022, September 21). Five things to know about Martial Law in the Philippines. https://www.amnesty.org/en/latest/news/2022/04/five-things-to-know-aboutmartial-law-in-the philippines/#:~:text=During%20the%20martial%20law%20era,were%20critical%20of%20the%2 0government Aquino, B. A. (1982). The Philippines under Marcos. Current History, 81(474), 160–163. https://doi.org/10.1525/curh.1982.81.474.160 Ferdinand Marcos and the Philippines: the political economy of authoritarianism. (1998). Choice Reviews Online, 35(11), 35–6459. https://doi.org/10.5860/choice.35-6459 Hutchcroft, P. D. (2011). Chapter Nineteen. Reflections on a Reverse Image: South Korea under Park Chung Hee and the Philippines under Ferdinand Marcos. In Harvard University Press eBooks (pp. 542–572). https://doi.org/10.4159/harvard.9780674061064.c19 Litonjua, M. D. (2012). The state in development Theory: the Philippines under Marcos. Philippine Studies, 49(3), 368–398. http://journals.ateneo.edu/ps/ps/article/download/458/463 Mijares, P. (2016). The conjugal dictatorship of Ferdinand and Imelda Marcos I. http://ci.nii.ac.jp/ncid/BA00655535 Overholt, W. H. (1986). The rise and fall of Ferdinand Marcos. Asian Survey, 26(11), 1137– 1163. https://doi.org/10.2307/2644313 Reyes, P. (2018). Claiming History: Memoirs of the Struggle against Ferdinand Marcos’s Martial Law Regime in the Philippines. Sojourn, 33(2), 457–498. https://doi.org/10.1355/sj33-2q Riordan, P. (2001). Corruption, Public Service and the Common Good. An Irish Quarterly Review, 90(358), 177–185. https://doi.org/https://www.jstor.org/stable/30095457 Van Erven, E. (1987). Philippine Political theatre and the fall of Ferdinand Marcos. The Drama Review, 31(2), 57. https://doi.org/10.2307/1145816 Kajian Kes: Ferdinand Marcos


Click to View FlipBook Version