The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syahidah Nur, 2023-10-19 23:13:05

POLISI OPERASI JABATAN PEMBEDAHAN AM

POLISI OPERASI JABATAN PEMBEDAHAN AM

Keywords: JABATAN PEMBEDAHAN AM,HDOK

Disediakan Oleh : Dr Nik Rozana Binti Nik Ghazali Timbalan Ketua Jabatan Pembedahan Am Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Disemak Oleh : Dr Lai Chung Ket Ketua Jabatan Pembedahan Am Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Disahkan Oleh : (Setelah disokong oleh Jawatankuasa CMDAC) Dr Mohd Fahmie bin Othman Pengarah Hospital Duchess of Kent, Sandakan Tarikh Kelulusan : 20 Jun 2023 Tarikh Kemaskini Semula : Jun 2025 HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN KM 3.2 JALAN UTARA 90000 SANDAKAN SABAH POLISI OPERASI JABATAN PEMBEDAHAN AM


1. PENGENALAN 1.1.Pengenalan Jabatan Pembedahan diketuai oleh seorang Ketua Jabatan yang dibantu oleh 4 Pakar Bedah. Terdapat beberapa wad/unit / klinik yang terletak di bawah jabatan ini. Unit-unit tersebut ialah : 1.1.1 Wad Pembedahan Lelaki 1.1.2 Wad Pembedahan Perempuan 1.1.3 Klinik Pakar Pembedahan Am 1.1.4 Unit Endoscopy 1.1.5 Unit Rawatan Harian (Daycare) 2. LOKASI 2.1. Wad Wad-wad Pembedahan yang terletak di Aras 3 dan 4, Bangunan Baru, Hospital Duchess of Kent terdiri daripada: 1.2.1.1 Wad Pembedahan Lelaki (MSW) 1.2.1.2 Wad Pembedahan Perempuan (FSW) 1.2.1.3 Wad- wad Periphery i.e ICU, medical wad and etc. 2.2. Klinik Klinik Pakar Pembedahan, terletak di Aras 1, Bangunan Klinik Pakar, Hospital Duchess of Kent. 2.3. Endoscopy Suite Endoscopy Suite terletak di Aras 2, Bangunan Lama, Hospital Duchess of Kent. 3. VISI Jabatan Pembedahan Hospital Duchess of Kent akan menjadi pusat rujukan pembedahan yang menyediakan perkhidmatan pembedahan yang komprehensif dan berkualiti termasuk latihan dan penyelidikan melalui anggota pasukan yang profesional, berdedikasi, efisien dan bersifat penyayang dengan penekanan terhadap maruah dan keselesaan pesakit. 4. MISI Jabatan Pembedahan Hospital Duchess of Kent berhasrat untuk menjadi pusat pembedahan yang cemerlang dengan : ● Pembentukan perkhidmatan pembedahan yang komprehensif yang merangkumi aspek penggalakkan, pencegahan, penyembuhan, pemulihan dan perawatan paliatif.


● Pelaksanaan perkhidmatan pembedahan yang berkualiti melalui kerja berpasukan dengan penekanan terhadap maruah dan keselesaan pesakit ● Memupuk dan membentuk anggota yang professional, terlatih, berdedikasi, efisien dan bersifat penyayang. ● Membangunkan jabatan untuk menjadi pusat latihan dan penyelidikan pembedahan yang diperakui. 5. OBJEKTIF Memberi perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan yang menghadapi penyakit/ masalah berkaitan pembedahan dengan tepat, berkesan dan mesra berteraskan elemen-elemen Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia dengan Berpandukan Indeks prestasi utama (KPI): 1. Peratusan pesakit menunggu kurang dari 60 minit di SOPD (standard ≥ 80%) 2. Peratusan penangguhan pembedahan bagi kes-kes kecemasan 3. Peratusan insiden usus bocor selepas prosedur kolonoskopi (standard ≤ 0.5%) 4. Peratusan kes -kes POMR yang dilaporkan menggunakan vPOMR (standard ≥90%) 6. STRUKTUR ORGANISASI JABATAN 6.1 Jabatan Pembedahan diketuai oleh seorang Ketua Jabatan yang dibantu oleh empat orang Pakar Bedah beserta pegawai- pegawai perubatan. 7. SKOP PERKHIDMATAN 7.1. Fungsi-fungsi Utama Jabatan Pembedahan 7.1.1 Memberi perkhidmatan rawatan pesakit dalam berdasarkan Piagam Pelanggan Wad. 7.1.2 Memberi perkhidmatan rawatan pesakit luar berdasarkan Piagam Pelanggan Klinik. 7.1.3 Menjalankan aktiviti pembedahan ke atas pesakit di dewan bedah. 7.1.4 Menjalankan aktiviti endoskopi diagnostik dan terapeutik. 7.1.5 Menjalankan perkhidmatan kepakaran (klinik dan pembedahan) bagi pembedahan am dan subkepakaran pembedahan vaskular, plastik & rekonstruktif, pembedahan urologi dan neurosurgeri dengan bantuan pakar pelawat dari Hospital Queen Elizabeth. 7.1.6 Memberi perkhidmatan atas panggilan/ kecemasan 24 jam.


7.1.7 Bertindak sebagai pusat rujukan perkhidmatan pembedahan peringkat daerah untuk Hospital Kinabatangan, Hospital Beluran, KK Telupid dan lain-lain bagi Daerah Sandakan. 7.1.8 Bertindak sebagai pusat latihan pembedahan untuk pegawai perubatan siswazah dan pegawai perubatan yang menjalani Program Sarjana Pembedahan. 7.2. Fungsi-fungsi Lain 7.1.9 Menjalankan program pendidikan berterusan kepada anggota jabatan, hospital dan negeri. 7.1.10 Menjalankan aktiviti-aktiviti kualiti (EKSA, Akreditasi dan sebagainya). 7.1.11 Menjalankan aktiviti penyelidikan. 7.1.12 Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan pesakit. 8. DISKRIPSI POLISI 8.1. Polisi Am 8.1.1 Waktu bertugas Jabatan Pembedahan adalah seperti berikut : Isnin hingga Jumaat : 8.00 pg – 5.00ptg 8.1.2 Jadual Klinik-klinik Pakar adalah seperti berikut :- 8.1.2.1 Klinik Pakar Pembedahan Am Unit 1 Isnin : 8.30pg – 3.00ptg Rabu : 8.30pg – 3.00ptg 8.1.2.2 Klinik Lawatan Pakar Pembedahan Vascular, Urologi, Neurosurgeri dan Plastik & Rekonstruktif Surgery (Visiting Specialist) (sila rujuk tarikh lawatan subkepakaran) Isnin : 8.30pg – 3.00ptg Rabu : 8.30pg – 3.00ptg 8.1.2.3 Klinik Penjagaan Luka & Stoma Jumaat : 8.30pg – 3.00ptg


8.1.3 Jadual Pembedahan di Dewan Bedah Utama adalah seperti berikut:- Pembedahan Am/ Subkepakaran (mengikut jadual pakar pelawat) Selasa : OT 4 8.00pg – 8.00ptg : OT 1 8.00pg – 4.00ptg Khamis : OT 1 8.00pg – 4.00ptg Daycare OT Jumaat : OT 1 8.00pg – 4.00ptg LA OT (Cystoscopy and LA cases) Jumaat : OT minor 8.00pg – 4.00ptg 8.1.5 Perkhidmatan Endoskopi dijalankan di Endoscopy Suite seperti berikut: Isnin : 9.00pg – 1.00ptg Rabu : 9.00pg – 1.00ptg Khamis : 9.00pg – 1.00ptg 8.1.6 Semua rujukan ke unit / jabatan / wad / hospital lain mesti dibuat oieh pegawai perubatan / pakar. 8.1.7 Pegawai Perubatan Latihan Siswazah dilarang menandatangani sijil-sijil seperti kematian persemadian, sijil cuti sakit dan laporan perubatan. Namun, preskripsi ubat pesakit yang ditandatangani oleh pegawai perubatan latihan siswazah hendaklah mendapat tandatangan pengesahan (countersigned) daripada pegawai perubatan dan pakar bedah. 8.2. Polisi Rawatan Pesakit Dalam. 8.2.1 Perkhidmatan pesakit dalam adalah berdasarkan Piagam Pelanggan Pesakit Dalam Hospital. 8.2.2 Semua pesakit yang dimasukkan ke wad mesti didaftarkan. 8.2.3 Jururawat bertugas akan memaklumkan kepada doktor dalam masa 15 minit untuk pesakit baru masuk yang stabil. Pesakit akan dilihat oleh doktor dalam masa 1 jam. 8.2.4 Semua pesakit yang dimasukkan akan diperiksa oleh pakar/ pegawai perubatan/ pegawai perubatan latihan siswazah.


8.2.5 Pesakit-pesakit ruiukan dari klinik /unit /jabatan /hospital lain mestilah dirujuk kepada pegawai perubatan/ pakar sebelum diterima masuk ke wad. 8.2.6 Rondaan harian pesakit dalam akan dikendalikan oleh pakar/ pegawai perubatan/ pegawai perubatan latihan siswazah tiga kali sehari untuk hari bekerja dan 2 kali sehari untuk hujung minggu/ cuti awam bersama ketua jururawat/ jururawat terlatih. 8.2.7 Semua arahan rawatan termasuk ujian makmal, ujan pengimejan, ubat-ubatan dan sebagainya mestilah dilaksanakan dengan cepat dan tepat. 8.2.8 Semua keputusan ujian makmal/ ujian pengimejan mesti dilihat dan ditandatangani oleh pegawai perubatan latihan siswazah/ pegawai perubatan/ pakar sebelum dimasukkan ke dalam nota pesakit. 8.2.9 Semua keputusan cystohistopatology mesti dilihat dan ditandatangani oleh pakar sebelum dimasukkan ke dalam nota pesakit. 8.2.10 Skala kesakitan (pain score) haruslah dinilai setiap kali pesakit diperiksa dan dicatat sebagai satu daripada tanda vital pesakit. 8.2.11 Sebarang perubahan pada pemerhatian tanda-tanda vital pesakit, observasi yang luar biasa (BP, PR, RR, O2 saturation, urine output dan sebagainya) mestilah di maklumkan kepada pegawai perubatan latihan siswazah/ pegawai perubatan/ pakar untuk tindakan lanjutan. 8.2.12 Pegawai perubatan latihan siswazah tidak dibenarkan membuat prosedurprosedur minor (CVP insertion, chest tube insertion, DPL dsb.) tanpa pengawasan pegawai perubatan. 8.2.13 Pesakit-pesakit yang di discaj perlu menjelaskan bayaran hospital dan akan diberi :- 8.2.13.1 Kad temujanji 8.2.13.2 Slip Perskripsi ubat-ubatan 8.2.13.3 Sijil Cuti Sakit (jika perlu) 8.2.13.4 Sijil Pencucian luka / pembukaan jahit 8.2.13.5 Sijil Kemasukan Semula 8.2.13.6 Ringkasan Discaj 8.2.13.7 Surat Rujukan (jika perlu) 8.2.14 Setelah di discaj, rekod pesakit akan dihantar ke Klinik Pakar jika ada temujanii susulan atau ke Unit Rekod Perubatan jika tiada susulan. 8.2.15 Ketua Jururawat adalah bertanggungjawab untuk membuat pemantauan dan pengemaskinian inventori peralatan serta ubat-ubatan yang digunakan di dalam wad. 8.2.16 Sebarang kerosakan peralatan hendaklah dilaporkan kepada pihak sokongan hospital untuk tujuan pembaikan.


8.3. Polisi Rawatan Pesakit Luar. 8.2.17 Perkhidmatan pesakit luar adalah berdasarkan Piagam Pelanggan Pesakit Luar Hospital. 8.2.18 Semua pesakit luar mesti didattarkan. 8.2.19 Klinik pesakit luar adalah klinik rujukan. Semua pesakit luar baru mesti mempunyai surat rujukan dari mana-mana unit/ jabatan/ klinik/ hospital kerajaan atau swasta. 8.2.20 Kes-kes tenat tidak akan diterima di klinik pesakit luar dan harus di hantar ke Jabatan Kecemasan dan Trauma atau ke wad. 8.2.21 Pesakit-pesakit luar akan diberi rawatan oleh pakar/ pegawai perubatan/ pegawai perubatan latihan siswazah (di bawah pengawasan). 8.2.22 Semua ujian makmal/ ujian pengimejan mesti dibincang terdahulu dengan pakar/pegawai perubatan. 8.2.23 Semua keputusan ujian makmal/ ujian pengimejan mesti dilihat dan ditandatangani oleh pegawai perubatan latihan siswazah/ pegawai perubatan/ pakar sebelum dimasukkan ke dalam nota pesakit. 8.2.24 Semua keputusan cystohistopatology mesti dilihat dan ditandatangani oleh pakar sebelum dimasukkan ke dalam nota pesakit. 8.2.25 Semua temujanji pembedahan major/ minor/ prosedur/ mesti dibincang terlebih dahulu dengan pakar. 8.2.26 Pesakit yang di discaj akan diberi:- 8.2.26.1 Kad temujanji. 8.2.26.2 Slip preskripsi ubat-ubatan. 8.2.26.3 Sijil cuti sakit. (jika perlu) 8.2.26.4 Borang ujian makmal/ujian pengimejan. 8.2.26.5 Sijil pencucian luka/pembukaan jahit. 8.2.26.6 Slip kemasukan wad. 8.2.26.7 Surat rujukan dan lain-lain (jika perlu) 8.2.27 Rekod perubatan pesakit akan disimpan di Klinik Pakar jika ada temujanji susulan atau dihantar ke Unit Rekod Perubatan jika tiada susulan (didiscaj). 8.2.28 Pegawai yang menyelia/ jururawat terlatih/ penolong pegawai perubatan/ penolong jururawat adalah bertanggungjawab mengemaskinikan inventori peralatan serta ubat-ubatan yang digunakan di dalam klinik. 8.2.29 Sebarang kerosakan peralatan hendaklah dilaporkan kepada pihak sokongan hospital untuk tujuan pembaikan


8.4. Polisi Perkhidmatan Atas Panggilan (On Call). 8.4.1 Tugas atas panggilan pembedahan am dikendalikan setiap hari oleh :- 8.4.1.1 Dua pegawai perubatan. 8.4.1.2 Satu pakar bedah. 8.4.1.3 Pakar Perunding Bedah. 8.4.2 Tugas atas panggilan Unit-unit kepakaran seperti Pembedahan Plastik, Urologi dan Neuro dijalankan oleh pakar pelawat dan pegawai perubatan incaj bagi setiap disiplin. 8.4.3 Semua kes rujukan dari unit/ wad lain akan dilihat dalam tempoh 24 jam dari masa rujukan. Rujukan kes-kes tenat (urgent) akan dilihat secepat mungkin. Kes-kes rujukan mesti dibincang dengan pakar atas panggilan. 8.4.4 Semua kes-kes kemasukan kecemasan yang dimasukkan ke wad mesti diberitahu kepada pegawai perubatan yang bertugas. 8.4.5 Pakar/pegawai perubatan yang bertugas dimestikan menjalankan rondaan malam ke atas kes-kes baru/ tenat. Semua kes-kes pembedahan kecemasan major mesti diberitahu kepada pakar yang bertugas 9. PERKARA-PERKARA PENTING DALAM POLISI UMUM HOSPITAL 9.1. Pelawat dan Masa Melawat. 9.1.1. Masa melawat adalah ditetapkan di antara pukul 6pg – 7pg, 12.30tgh – 2.00ptg dan 4.30ptg – 7.30ptg. (PH dan hari minggu 12.30tgh – 7.30ptg ) 9.1.2. Keluarga pesakit tenat akan diberikan kad pelawat khas. 9.1.3. Kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun tidak digalakkan untuk masuk ke dalam wad bagi tujuan melawat. 9.1.4. Pelawat tidak dibenarkan untuk menangkap gambar atau mengambil video semasa berada di dalam wad. 9.2. Perkhidmatan Pengangkutan. Hospital menyediakan perkhidmatan ambulans untuk pengangkutan pesakit, anggota dan bekalan di mana perlu mengikut syarat-syarat tertentu. 9.3. Pergerakan Pesakit. 8.2.1. Pesakit hendaklah dibawa di atas katil beroda, wheelchair atau troli jika tidak


berupaya. Pesakit yang boleh berjalan hendaklah ditemani. 8.2.2. Atendan wad atau berkenaan bertanggungjawab ke atas pergerakan pesakit di dalam atau ke klinik/ unit/ wad lain. 8.2.3. Pesakit yang tenat akan diiringi oleh jururawat terlatih/pegawai perubatan latihan siswazah/ pegawai perubatan di mana perlu. 9.4. Pengawalan Infeksi. 8.3.1. Penghidap penyakit berjangkit hendaklah dirawat di bilik pengasingan jika boleh. 8.3.2. Amalan pencucian tangan sebelum dan selepas memeriksa pesakit diberi keutamaan. 8.3.3. Semua infeksi nosocomial harus dilaporkan. 9.5. Sterilisasi dan Bekalan Sterile. 8.4.1. Semua peralatan dan bahan-bahan yang perlu disterilisasi mestilah menjalani sterilisasi di Unit CSSD melainkan Unit Endoskopi dan Bilik Bedah yang boleh menjalankan proses sterilisasi. 8.4.2. CSSD menukar dan mengganti peralatan dan bahan-bahan sterile ke unit/wad/dewan bedah secara tetap. 9.6. Pengurusan Sisa. 8.5.1. Pengurusan sisa dilaksanakan oleh bahagian Sedafiat. 8.5.2. Sisa-sisa hospital dikategorikan kepada sisa buangan am dan sisa klinikal. Sisa am dibuang ke dalam beg hitam manakala sisa klinikai ke dalam beg kuning yang dikhaskan. 8.5.3. Sisa jarum/peralatan tajam dibuang ke dalam bekas kuning yang dikhaskan dan ditutup (sealed) selepas ¾ penuh. 9.7. Bekalan Farmasi 8.6.1. Bekalan ubat-ubatan wad dipesan oleh ketua jururawat/ jururawat terlatih dari Farmasi Wad dan Unit Farmasi atas panggilan selepas waktu pejabat. Ketua jururawat/ jururawat terlatih akan memastikan bekalan masih mencukupi. 8.6.2. Ubat-ubatan pesakit dalam yang didiscaj dan pesakit luar dibekalkan oleh Unit Farmasi Pesakit Luar. 9.8. Perkhidmatan Pemakanan/Katering. 8.7.1. Semua pesakit diberi 4 kali hidangan sehari. Panduan Pemakanan KKM hendaklah dipatuhi.


8.7.2. Makanan hendaklah dibawa dengan troli makanan khas. 8.7.3. Pemesanan makanan khas (diabetic, low salt dsb) dibuat oleh jururawat terlatih/ penolong jururawat di wad. 9.9. Perkhidmatan Dobi. 8.8.1. Perkhidmatan ini dijalankan oleh bahagian Sedafiat yang hendaklah menukar dan menggantikan bekalan linen ke klinik/ unit/ wad secara tetap. Linen kotor akan dikategorikan kepada 2 jenis. 8.8.2. Linen kotor biasa dimasukkan ke dalam beg berwarna putih manakala linen kotor yang mempunyai kesan darah dimasukkan ke dalam beg berwarna merah. 9.10. Perkhidmatan Domestik. 8.9.1. Kebersihan klinik/ unit/ wad adalah tanggungjawab bahagian perkhidmatan Sedafiat. 8.9.2. Ketua jururawat/ jururawat terlatih/ penolong jururawat akan memantau tahap kebersihan klinik/ unit/ wad. 9.11. Perkhidmatan Penyelenggaraan (Maintenance) Peralatan. Pembaikan/ Penyelenggaraan peralatan klinik/ unit/ wad adalah tanggungjawab bahagian Sedafiat. 9.12. Keselamatan. 8.11.1. Semua anggota dikehendaki mengamalkan standard precautions' semasa mengendalikan pesakit untuk keselamatan sendiri. 8.11.2. Perkhidmatan keselamatan/ sekuriti dijalankan oleh bahagian keselamatan hospital. Rondaan tetap di kawasan-kawasan tertentu hendaklah dijalankan oleh pegawai keselamatan 8.11.3. Setiap wad harus mempunyai peti berkunci dan mengamalkan prosedur menyimpan barangan pesakit. 9.13. Pengurusan Kebajikan Pesakit akan dirujuk Jabatan Perubatan Sosial mengikut keperluan & kriteria.


9.14. Berikut adalah CPG dan Guidelines yang digunakan sebagai rujukan polisi di Jabatan: 1. General Surgical Services Operational Policy Ministry Of Health 2018. 2. Safe Surgery Saves Lives Programme 2nd edition 2018. 3. Garis panduan Rujukan Dan Perpindahan Pesakit Di Antara Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia Bil 2/2009. 4. Preventing prescription error 2020. 5. Guideline in Ward Pharmacy Activities, first edition 2023. 6. Pain as The 5th Vital Sign Guideline: 3rd Edition 2018. 7. Transfusion Practice Guidelines for Clinical and Laboratory Personnel 2016. 8. Panduan Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman Bagi Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia Edisi Pertama 2019. 9. Hospital fire and evacuation guide WHO. 10. General Hospital Operational Policy, Ministry of Health 2013. 11. Policies and Procedures on Infection Prevention and Control Third Edition 2018. 12. Guidelines On Management Of Detainess In Custody Presented To The Emergency And Trauma Department 2018. 13. Guidelines on implementation of incident report and learning system 2.0 Ministry of Health. 14. Palliative Care Operational Policies 2010. 15. Recommendations for sedation and analgesia by non-anaesthesiologists 2012. 16. Guidelines for Resuscitation Training for MOH 2015. 17. Guideline For Drug-Medical Device And Medical Device-Drug Combination Products 2023. 18. Management of Breast Cancer (3rd Edition) 2019. 19. Management of Colorectal Carcinoma 2017. 20. Prevention and Treatment of Venous Thrombosis 2013.


LAMPIRAN CARTA ALIRAN KERJA : MEMERIKSA PESAKIT DI WAD PEMBEDAHAN Menerima kes samada dari klinik, kemasukan elektif, jabatan kecemasan atau dirujuk dari wad lain atau hospital daerah. Membuat rondaan wad untuk pesakit dalam wad. Mendapatkan maklumat pesakit dari pegawai perubatan dan pegawai perubatan siswazah. Memastikan maklumat yang betul dari pegawai. Melakukan pemeriksaan fizikal. Membuat kesimpulan dan diagnosis pesakit Memberi arahan untuk pelan yang seterusnya. Membuat rujukan kepada disiplin lain jika diperlukan. Memberi rawatan berbentuk ubatan atau prosidur klinikal kecil. Membuat pembedahan sekiranya diperlukan serta memberikan rawatan pospembedahan. Membuat rawatan susulan. Membuat arahan discaj pesakit dan memberi tarikh rawatan susulan di klinik pakar. MULA TAMAT


LAMPIRAN CARTA ALIRAN KERJA : MEMBERI RAWATAN DI KLINIK PAKAR Menerima pesakit yang dirujuk samaada dari hospital daerah, klinik kesihatan, klinik swasta atau dari jabatan lain. Mendapatkan sejarah pesakit untuk kes baru dan sejarah perkembangan terbaru untuk pesakit susulan. Melakukan pemeriksaan fizikal Mendapatkan kesimpulan dan diagnosa pesakit Melakukan penyiasatan patologi atau pemeriksaan pengimejan diagnostik dan menerima keputusan jika ujian segera. Memberikan arahan untuk kemasukan wad secara kecemasan atau elektif bergantung kepada jenis penyakit. Memberikan tarikh pembedahan dan memasukkan nama di dalam buku senarai pembedahan. Mengisi surat preskripsi ubat. Memberi tarikh temujanji susulan, tarikh endoskopi Mengarahkan discaj pesakit jika rawatan selesai MULA TAMAT


LAMPIRAN CARTA ALIRAN KERJA : MELAKUKAN PEMBEDAHAN DI DEWAN BEDAH Menerima pesakit di dewan bedah Memeriksa nota pesakit dan borang keizinan pembedahan untuk memastikan pesakit yang betul Memberikan penerangan semula kepada pesakit tentang pembedahan Melakukan ‘scrub up’ dan memakai ‘OT gown’ mengikut prosedur dewan bedah Melakukan pembedahan dengan bantuan pegawai perubatan Menyelia pegawai perubatan melakukan pembedahan Memeriksa spesimen untuk pemeriksaan patologi Menyediakan laporan pembedahan dengan mengisi COTDS Mengisi borang patologi MULA TAMAT


LAMPIRAN CARTA ALIRAN KERJA : MELAKUKAN PEMERIKSAAN ENDOSKOPI Menerima pesakit yang dirujuk dari wad, klinik pembedahan atau hospital daerah. Menyemak jenis prosedur endoskopi yang akan dilakukan ke atas pesakit samada OGDS, colonoscopy atau ERCP Memberi penjelasan mengenai kaedah, faedah dan komplikasi endoskopi yang akan dilakukan serta mengambil keizinan menjalani prosidur Memberikan ‘sedative’ kepada pesakit yang memerlukannya Menjalankan prosidur pemeriksaan diagnostik atau teraputik endoskopi Mencatat penemuan semasa prosidur endoskopi dilakukan ke dalam kes nota pesakit dan buku daftar Memberikan penerangan kepada pesakit Menyediakan preskripsi ubat dan menetapkan temujanji untuk rawatan susulan atau re-endoscopy jika perlu MULA TAMAT


LAMPIRAN CARTA ALIRAN KERJA : MELAKUKAN TUGAS ATAS PANGGILAN (ON CALL) Melakukan ‘pass over round’ bersama pegawai perubatan yang bertugas atas panggilan pada hari sebelumnya Memeriksa semula pesakit yang perlu pemeriksaan lanjut atau perlu menjalani pembedahan kecemasan Mengambil keizinan pembedahan Memberitahu kepada pegawai perubatan bius tentang pembedahan yang akan dilakukan Menghantar senarai pembedahan kecemasan ke dewan bedah Melakukan pembedahan kecemasan Memeriksa pesakit yang dirujuk dari wad lain. Memeriksa pesakit di jabatan kecemasan yang dirujuk Melakukan rondaan wad pada waktu malam Melakukan ‘pass over round’ kepada pegawai perubatan yang akan bertugas atas panggilan pada hari berikutnya. MULA TAMAT


LAMPIRAN CARTA ALIRAN KERJA : MENGAMBIL KEIZINAN PEMBEDAHAN / CONSENT Menetapkan jenis pembedahan atau prosedur yang akan dilakukan Memberi penerangan kepada pesakit dan keluarga tentang pembedahan atau prosidur yang akan dilakukan dan komplikasinya Mengisi borang keizinan pembedahan Mendapatkan tandatangan pesakit MenandatanganI borang keizinan pembedahan Menyimpan borang di dalam nota pesakit MULA TAMAT


Click to View FlipBook Version