The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin KVPD 2023 - Siri 1 (Jan-Jun 2023)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aizasyahida, 2023-11-27 19:48:10

Buletin KVPD 2023 Siri 1 (Jan hingga Jun)

Buletin KVPD 2023 - Siri 1 (Jan-Jun 2023)

BULETIN Januari hingga Jun KVPD 2023 T E K N O L O G I T E R A S K E M A J U A N


DOKUMENTASI Encik Mohammad Shafie bin Hamir Pengerusi Ts Masnawi bin Md Yusof Ketua Pengarang Puan Azlia binti Mohamed @ Jamal Grafik Puan Aiza Syahida binti Zakaria (K) Puan Nur Nadirah binti Mohamad Termizi Jurugambar Encik Anwar bin Azmi (K) Encik Mohamad Fadhil bin Mohamad Wira Encik Muhammad Amminur Rashid bin Ahmad Daud Puan Siti Athirah Raihan binti Ibrahim Penasihat 2023 j a w a t a n k u a s a


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. VISI DAN MISI BPLTV Visi Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul Misi Memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


MAJLIS PERJUMPAAN 3 PENJURU 2 SVM Majlis dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa atau penjaga, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), taklimat akademik oleh Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran (KJPP) dan Ketua Jabatan Pendidikan Umum (KJPU) seterusnya perjumpaan tiga penjuru di antara ibu bapa atau penjaga dan juga Pensyarah. Selasa, 19 Januari 2023 bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari telah diadakan Majlis Perjumpaan Ibu bapa atau Penjaga dan Pelajar yang memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif Akademik (PNGKA) bawah 2.00 pada Semester 3 SVM Tahun 2022 bersama Pengurusan Tertinggi Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) di Dewan Seri Gemilang (DSG).


Majlis dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan, diikuti dengan jamuan makan, perarakan masuk tetamu kehormat ke DSG, ucapan alu-aluan pengacara majlis, bacaan doa, ucapan Timbalan Pengarah Akademik (TPA), tayangan montaj, persembahan pelajar-pelajar, ucapan terakhir daripada Puan Noraini binti Ishak, penyampaian hadiah dan cenderamata, sesi memotong kek, sesi bergambar, perarakan keluar Puan Noraini binti Ishak ke kereta dan sesi lambaian kasih. Jumaat, 27 Januari 2023 telah diadakan Majlis Persaraan Sanjungan Budi, Semarak Kasih Puan Noraini binti Ishak, Ketua Jaminan Kualiti (KJK) Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) di Dewan Seri Gemilang (DSG). MAJLIS PERSARAAN PUAN NORAINI BINTI ISHAK


Pengurusan Perniagaan Teknologi Automotif Teknologi Pemesinan Industri Teknologi Penyejukkan dan Penyamanan Udara Teknologi Elektrik Teknologi Elektronik Peperiksaan Teori dilakukan di Dewan Seri Gemilang (DSG) manakala Penilaian Amali dilaksanakan di bengkel masingmasing. Pada 7 hingga 8 Februari 2023 telah diadakan Peperiksaan Dalaman Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 melibatkan pelajar Kohort 2021 bagi 6 program berikut : 1. 2. 3. 4. 5. 6. PEPERIKSAAN DALAMAN SKM TAHAP 2 KOHORT 2021


PERHIMPUNAN RASMI 13 FEBRUARI 2023 Isnin, 13 Februari 2023 bermula jam 8.00 pagi telah berlangsung Perhimpunan Rasmi di Dewan Seri Gemilang (DSG), Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD). Perhimpunan ini dihadiri oleh semua barisan pensyarah, AKP dan pelajar KVPD. Pada hari ini juga, KVPD telah menerima kehadiran Pengarah baru iaitu Encik Mohammad Shafie Bin Hamir.


PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK 2023 Khamis, 16 Februari 2023 telah diadakan satu program Klik dengan Bijak (KDB) peringkat Negeri Sembilan melibatkan pelajar-pelajar tahun 2 SVM, 1 DVM dan 2 DVM Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD). Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar dan Unit Psikologi dan Kerjaya KVPD dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Program KDB ini diadakan bertujuan untuk mengalakkan capaian kepada perkhidmatan komunikasi dan multimedia bagi memastikan para pengguna menikmati pilihan dan tahap perkhidmatan yang memuaskan pada harga yang berpatutan.


MAJLIS BACAAN YASIN Jumaat, 17 Februari 2023 telah diadakan Majlis Bacaan Yassin di Surau Al-Abrar. Semua pensyarah dan pelajar Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) yang beragama Islam berkumpul di Surau Al-Abrar manakala pensyarah dan pelajar bukan muslim berkumpul di One Stop Centre, KVPD. Bacaan Yassin dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 8.40 pagi.


PROGRAM JUBLIANT STAR AWARD PPP Jumaat, 17 Februari 2023 bermula pukul 8.00 malam , pelajar 1 SVM daripada kursus Pengurusan Perniagaan (BPP) telah mengadakan satu Program Jubliant Star Award Tahun 2023 di Dewan Seri Gemilang (DSG). Program ini merupakan satu tugasan amali bagi modul BPP2033 Asas Pengurusan Acara yang mesti dilaksanakan oleh pelajar. Seramai 83 pelajar, enam pensyarah dan empat Pengurusan Tertinggi Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) terlibat dalam program ini. Program berakhir pada pukul 11.00 malam.


PROGRAM KOMUNITI RAWATAN PERGIGIAN Isnin hingga Rabu, 20 hingga 22 Februari 2023 bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang telah diadakan satu Program Komuniti Rawatan Pergigian anjuran Klinik Kesihatan (Pergigian) Port Dickson di Dewan Seri Gemilang, Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD). Program ini melibatkan semua pelajar 1 SVM, 2 SVM, 1 DVM dan 2 DVM.


EMPLOYABILITY TALK BERSAMA MYFUTUREJOBS Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada Portal Rasmi Kerajaan untuk pencarian kerja dan juga penempatan On Job Training (OJT). Taklimat disampaikan daripada pihak MyFutureJobs. Rabu, 22 Februari 2023 Program Teknologi Kimpalan dengan kerjasama Program Teknologi Elektrik telah menganjurkan satu Program Employability Talk melibatkan pelajar Diploma tahun Akhir mereka.


TEMUDUGA BERSAMA SAMSUNG SDI ENERGY MALAYSIA SDN BHD Rabu, 22 Februari 2023 bermula 9.30 pagi hingga 3.00 petang telah berlangsung satu sesi temuduga melibatkan pelajarpelajar 2 DVM dari program Teknologi Elektrik dan Teknologi Elektronik. Pihak Samsung SDI Energy Sdn Bhd telah hadir ke Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) untuk menemuduga 32 orang pelajar tersebut bagi mendapatkan penempatan On-JobTraining (OJT) pada bulan Mei. Pihak Samsung EDI Energy Sdn Bhd turut menawarkan pekerjaan tetap kepada pelajar-pelajar yang memberi komitmen tinggi semasa menjalani OJT.


LAWATAN PEMATUHAN KSKV BPLTV JABATAN UMUM Khamis, 23 Februari 2023 bermula 8.00 pagi hingga 4.30 petang telah diadakan satu pemantauan penyampaian kurikulum Pendidikan Umum oleh Unit Pembangunan Kurikulum Umum, Sektor Kurikulum TVET, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV). Pemantauan ini bertujuan untuk menyelaras pelaksanaan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) di Kolej Vokasional agar pelaksanaannya diperluaskan meliputi aspek-aspek penataran ilmus eperti kemahiran berkomunikasi, keterampilan, penghayatan nilai-nilai murni dan sejarah.


KURSUS NIOSH TENAGA SAFETY PASPORT Selasa, 7 Mac 2023 bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang telah diadakan Kursus Niosh Tenaga Safety Pasport (NSTP) anjuran bersama OSHA Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) dan NIOSH Melaka / Negeri Sembilan di Bilik Seri Budiman, KVPD. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan safety kepada pekerja industri dan keperluan untuk memiliki kadkeselamatan di bawah NIOSH.


TEMUDUGA CALON 1 SVM KVPD KOHORT 2023 Rabu dan Khamis iaitu 8 dan 9 Mac 2023 bermula 9.00 pagi hingga 3.00 petang telah berlangsung Hari Menemuduga Calon 1 SVM bagi Tahun 2023 di Dewan Seri Gemilang, Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) dan di bengkel masing-masing. Sesi menemuduga calon dimulakan dengan Ujian Bertulis selama lebih kurang 20 minit di kelas Blok A.


MESYUARAT STAF AKADEMIK KVPD BIL. 1/2023 Jumaat, 17 Mac 2023 bermula 3.00 petang hingga 5.00 petang telah diadakan Mesyuarat Staff Akademik Bil. 1/2023 di Bilik Seri Budiman, Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD). Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan kata-kata aluan Pengarah, ikrar akur janji penjawat awam yang dipimpin oleh Encik Saruganan a/l Shanmugam, penyampaian sijil penghargaan pada Pensyarah, taklimat Pengarah, TPA, TPSA, dan KJK. Mesyuarat diakhiri dengan jamuan potluck.


TAKLIMAT PENSYARAH BARU DAN PENSYARAH PRAKTIKAL Isnin, 20 Mac 2023 bermula 8.00 pagi hingga 10.00 pagi telah diadakan satu Taklimat Pensyarah Baharu dan Pensyarah Praktikal di Bilik Seri Budiman, Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD). Seramai sembilan Pensyarah Penempatan Pertama dan enam Pensyarah Praktikal daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berbeza terlibat.


BENGKEL PENGISIAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT GURU Khamis, 23 Mac 2023 bermula 9.00 pagi hingga 10.00 pagi telah berlangsung Bengkel Pengisian Sistem Pengurusan Maklumat Guru (eOPERASI) di Bilik Seri Budiman, Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD). Bengkel ini melibatkan Puan Zaharatunnaini binti Jusuh selaku Pengerusi, Puan Hajah Azalia binti Zakaria selaku Guru Data dan Maklumat dan tujuh orang guru penempatan pertama ke KVPD.


MAJLIS BACAAN AL-QURAN Jumaat, 24 Mac 2023 bermula 8.00 pagi hingga 8.40 pagi telah berlangsung Majlis Bacaan Al-Quran di Surau Al-Abrar, Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD). Majlis telah dihadiri oleh Pensyarah dan pelajar-pelajar yang beragama Islam. Pelajar bernama Eiman Hazique bin Syahidan telah dipilih untuk membimbing bacaan Surah Al-Mulk.


BENGKEL KERJA SIMULASI VARIABLE EMIS BAGI KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK


HARI PENDAFTARAN PELAJAR 1 SVM KOHORT 2023 Isnin, 27 Mac 2023 bermula 9.00 pagi hingga 1.00 petang telah berlangsung Hari Pendaftaran Pelajar Tahun 1 SVM KVPD bagi tahun 2023 di Dewan Seri Gemilang, Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD). Majlis telah dimulakan dengan taklimat ibu bapa bersama Pengarah, diikuti dengan pendaftaran program di kelas yang ditetapkan, pengambilan barang di Koperasi KVPD dan pendaftaran asrama di Dewan Makan Asrama.


MESYUARAT PIBG BIL. 1/2023


CERAMAH JIWA YANG HILANG OLEH USTAZ ADININ BIN ROSLAN 12 April 2023 bermula jam 1.45 tengah hari hingga 2.45 petang satu ceramah yang bertajuk Jiwa Yang Hilang telah berlangsung di Surau Al-Abrar, Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD). Penceramah jemputan adalah Ustaz Adnin binti Roslan daripada Tarbiah Sentap. Ceramah dihadiri oleh Pensyarah yang berkelapangan dan semua pelajar KVPD. Ceramah ini turut dihadiri oleh Tuan Pengarah KVPD. Selain itu, pameran dan jualan buku karya Ustaz Adnin turut disediakan.


Khamis, 13 April 2023, satu Taklimat dan Temuduga Pengambilan Perantis Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s telah dijalankan bermula 8.45 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Program ini bertujuan untuk menyediakan peluang kepada belia untuk mempelajari kemahiran yang berguna untuk sepanjang hayat, memenuhi potensi diri dan mendaki tangga kerjaya dalam industri perkhidmatan makanan. Selepas tamat latihan, pelajar dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang ditauliahkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan seterusnya layak bekerja di restoran McDonald’s atau mana-mana syarikat dalam industri perkhidmatan makanan di negara ini TAKLIMAT DAN TEMUDUGA PENGAMBILAN PERANTIS SLDN MCDONALD


MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PELAJAR RESIDENSI KVPD Ahad, 16 April 2023 telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa bersama Pelajar Residensi Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD). Majlis bermula dengan kehadiran tetamu pada pukul 6.00 petang. Acara diteruskan dengan ucapan daripada Pengerusi Majlis, bacaan doa dan ucapan Tuan Pengarah. Sementara menunggu waktu berbuka puasa, sesi penyampaian hadiah dan cabutan bertuah dilaksanakan. Selepas berbuka puasa, majlis diakhiri dengan Solat Maghrib berjemaah.


MESYUARAT KHAS STAF AKADEMIK KVPD Rabu, 7 Jun 2023 bermula 8.00 pagi, satu Mesyuarat Khas Staf Akademik telah diadakan di Bilik Seri Budiman, Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD). Taklimat dimulakan dengan kata-kata daripada Tuan Pengarah KVPD. Mesyuarat ini diadakan untuk membuat semakan Buku Perkhidmatan Kerajaan. Semua pensyarah perlu menyemak buku perkhidmatan masing-masing untuk memudahkan proses pengemaskinian buku tersebut. Mesyuarat berakhir pada 9.00 pagi.


Jumaat, 16 Jun 2023, bermula 10.30 pagi telah diadakan Majlis Persaraan untuk Puan Zalina daripada Bengkel Teknologi Automotif. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan wakil pelajar dan ucapan daripada Pengarah KVPD. Montaj persaraan Puan Zalina juga turut ditayangkan. Puan Zalina juga memberikan ucapannya buat warga KVPD. Majlis diteruskan dengan persembahan dan penyampaian hadiah kepada yang dirai dan diakhiri dengan acara memotong kek dan perarakan keluar yang dirai. MAJLIS PERSARAAN PUAN ZALINA


Tuan Haji Kamanizam Bin Haji Tindek PJK (Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson) Asp. Hairuzzaman Bin Mohd Khalid Insp.Ili Sarah Binti Musa Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan bacaan teks perutusan daripada Menteri Pendidikan serta Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Montaj Hari Guru KVPD ditayangkan untuk semua warga KVPD. Seterusnya, semua pensyarah berkumpul di atas pentas untuk Ikrar Guru Malaysia yang diketuai oleh Pengerusi Kelab Guru dan nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia. Majlis berakhir pada jam 10.30 pagi Majlis Sambutan Hari Guru telah diadakan pada 16 Jun 2023 di Dewan Seri Gemilang, Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD). Bermula 8.30 pagi semua pensyarah berkumpul di Anjung untuk berarak masuk ke dewan bersama Pengurusan Tertinggi dan tetamu jemputan. Tetamu yang diundang adalah: 1. 2. 3. MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2023


Kolej Vokasional Port Dickson, Km 5, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan Telefon : 06-6512266 Faks : 06-6510554 Laman Web : https://kvportdickson.moe.edu.my/


Click to View FlipBook Version