SEKOLAH SAYA
"SK TABUAN"
Nama : NUR ERYSA BT MOHD. MUSA
Kelas : 4 BESTARI
Tajuk : SEKOLAH SAYA
Nama : ERNA SUSILAWATI
Pembimbing BT SAHWAN
Anjuran : PANITIA SEJARAH SK TABUAN / KELAB RUKUN NEGARA
PENGHARGAAN
Saya, Nur Erysa ingin merakamkan
ucapan terima kasih kepada guru-guru
SK Tabuan kerana tidak jemu mendidik
saya dan rakan-rakan yang lain.
Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada
ibu bapa saya yang membantu saya menyiapkan
buku skrap ini.
Akhir kata, semoga tugasan ini dapat
meningkatkan lagi pengetahuan tentang sejarah
sekolah.
(1)
BIODATA SAYA
Nama : Nur Erysa Bt. Mohd Musa
No. Kad Pengenalan : 110915-13-0012
Nama Ayah : Mohamad Musa Bin Sanchis
Nama Ibu : Erna Susilawati Bt. Sahwan
Alamat : Demak Laut
Tempat Lahir : Hospital Umum Sarawak
Tarikh Lahir : 15. 09.2011
Hobi : Melukis
No. Telefon : 01173957805
Prinsip Hidup : Penuhi Ilmu Di Dada, Insya'Allah
Berjaya
(2)
NAMA SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN TABUAN
(3)
PROFIL SEKOLAH
NAMA SEKOLAH : SK TABUAN, KUCHING
ALAMAT : JALAN SETIA RAJA, 93450 KUCHING
KOD SEKOLAH : YBA1325
PPD : PPD KUCHING
SESI : PAGI SAHAJA
LOKASI : BANDAR
GRED : A
JUMLAH KELAS : 19 (17 KELAS PERDANA, 2 KELAS PRASEKOLAH)
BIL. MURID : 557
BIL. GURU : 42
BIL. BUKAN GURU : 7
GURU BESAR : PN. GLENDA AK BONIFACE BUNGENG
GPK PENTADBIRAN : PN. KAERRAH BINTI SAMU
GPK HAL EHWAL MURID : EN. MOHD. KHAIRY HENARY BIN ABDULLAH
GPK KOKURIKULUM : PN. MARIA CHUAT
TEL / FAX : 082-365408/082-362426
E-MEL : [email protected]
(4)
PETA KEDUDUKAN
SEKOLAH
(5)
SEJARAH
PENUBUHAN
SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Tabuan terletak di Jalan
Setia Raja, Kuching berdekatan dengan Kampung
Tabuan Melayu. Sekolah ini ditubuhkan pada
tahun 1959 dengan nama Tabuan District Council School,
bertempat di Kampung Tabuan Lot, Kuching hasil
gotong-royong penduduk kampung yang diketuai oleh
Sergeant Adam bin Kantong. Bangunan ini terus digunakan
sehingga tahun 1962. Ekoran dari peningkatan jumlah
murid yang semakin ramai maka pada tahun 1967,
sebuah bangunan baru telah dibina oleh Majlis Daerah
Luar Bandar Kuching dengan kelulusan Jabatan
Pelajaran Negeri Sarawak. Sementara menunggu bangunan
baru siap, murid belajar di Bangunan sementara di
Bukit Kubur (Tabuan Hilir). Apabila bangunan sekolah
baru yang bertempat di kampung Tabuan Lot siap
di bina, murid-murid SK Tabuan mula menggunakan
bangunan tersebut (2 sesi persekolahan) sehinggalah 1998.
(6)
Faktor keuzuran bangunan lama dan bilangan murid
yang semakin bertambah mendorong pihak berkuasa
untuk pembinaan bangunan baru yang lebih selesa serta
mampu menampung jumlah murid yang ramai. Maka pada
tahun 1997 bangunan baru Sekolah Kebangsaan Tabuan
mula dibina di Jalan Setia Raja, Kuching. Pada tahun 1998
secara rasmi Sekolah Kebangsaan Tabuan berpindah ke
bangunan baru. Ketika itu, sekolah terpaksa mengadakan
dua sesi persekolahan kerana bilangan bilik darjah tidak
dapat menampung jumlah murid yang ramai jadi sesi pagi
khas untuk murid Tahun 4, 5 dan 6 manakala sesi
petang untuk murid Tahun 1, 2 dan 3.
Bangunan asal SK Tabuan terdiri dari 3 blok bangunan
konkrit 3 tingkat yang menempatkan Pejabat Am,
Bilik Guru, Pusat Sumber Sekolah, Klinik Pergigian,
Bilik Sains, Bilik Muzik, Bilik Pemulihan, Stor, Tandas Guru,
Bilik Prasekolah, Bilik BOSS, padang dan Bilik Darjah.
Sebuah bangunan flat guru dengan 6 buah bilik, bangunan
kantin sekolah, tandas murid lelaki dan perempuan.
Dua tahun kemudian, 2 buah bilik darjah ditambah dan
bangunan Prasekolah baru dibina. Seterusnya sekolah
dibekalkan dengan 2 bilik makmal komputer.
(7)
Pada tahun 2003, murid dan guru SK Tabuan
dipecahkan kerana sekolah baru telah siap dibina di
dalam kawasan kampung iaitu SK Tabuan Hilir. Murid
Tahun 1 hingga 6 dibahagi 2 untuk mengisi bangunan
sekolah baru. Sejak itu, SK Tabuan mengadakan 1 sesi
persekolahan.
Sekolah Kebangsaan Tabuan telah dipilih oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk turut serta dalam
Program Sekolah Amanah (PSA) pada tahun 2011 (kohort 1).
Program ini merupakan satu program transformasi
pendidikan pada peringkat kebangsaan yang dilaksanakan
secara khusus melalui perkongsian awam-swasta. Tujuan
utama program ini ialah menggalakkan penglibatan sektor
swasta dalam usaha melonjakkan kualiti pendidikan
negara melalui penambahbaikan sistem pengurusan
sekolah, kaedah penyampaian pendidikan dan
persekitaran ruang pengajaran dan pembelajaran
di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Visi PSA adalah
untuk memacu transformasi pencapaian murid di sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan melalui perkongsian awam-
swasta di Malaysia. Misi program untuk menggalakkan
kecemerlangan dalam sistem pendidikan dengan
meningkatkan kurikulum dan penyampaian pembelajaran,
meningkatkan pengurusan sekolah, menyediakan bantuan
teknikal dan kewangan sekaligus mewujudkan rangkaian
sekolah yang bersepadu dan mampan.
(8)
SENARAI GURU
BESAR
TEMPOH GURU BESAR
Jan 1959 - Dis 1975 Tn. Hj. Nusi b. Hj. Ahmad
Jan 1976 - Dis 1984 En. Doran b. Sidi
Jan 1985 - Dis 1986 Tn. Hj. Zainal Abidin b. Hj. Merjan
Jan 1987 - Dis 1988 Tn. Haji Kamel b. Bujang
Jan 1989 - Nov 1992 Tn. Haji Iddris b. Awen
Nov 1992 - Mei 1993 En. Abdul Draup b. Ain
Mei 1993 - Dis 1995 En. Mahiji b. Nawawi
Jan 1996 - Mei 2000 En. Abdul Rahman Thaini b. Julaihi
Jun 2000 - Dis 2006 En. Suhaimi b. Jahiri
Jan 2007 - Jan 2011 Pn. Aluyah bt. Hj. Salleh
Feb 2011 - Ogos 2018 En. Halim b. Borhan
Ogos 2018 - Jan 2019 Pn. Glenda Ak. Boniface Bungeng
2 Jan 2019 - hingga sekarang
(9)
CARTA ORGANISASI
SEKOLAH
Puan Glenda Ak Boniface Bungeng
Guru Besar
Puan Kaerrah Bt Samu Encik Khairy Puan Maria Chuat
Henary Abdullah
GPK Pentadbiran Penolong Kanan
dan Akademik Penolong Kanan Kokurikulum
Hal Ehwal Murid
(10)
LENCANA SEKOLAH
Definisi warna :
- Berusaha & penyayang
- Kemas & bermotivasi
- Mesra & berani
DEFINISI BENTUK:
- Pelbagai disiplin ilmu dalam pembentukan
keperibadian murid.
- Aspirasi & cita-cita tinggi dalam bidang
kurikulum & kokurikulum.
✒ - Pelakaran & kejayaan dalam kehidupan.
- Gedung ilmu pemangkin kejayaan murid.
- Kesepaduan warga sekolah dalam menjayakan
agenda pendidikan.
(11)
VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara
Sejahtera
MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
(12)
MATLAMAT
SEKOLAH
Insan yang berpengetahuan seimbang
dan harmonis dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
(13)
LAGU SEKOLAH
SK Tabuan yang tercinta
Bangunannya berdiri tegak
Tempatku menuntut ilmu
Agar menjadi orang berguna
Kami berikrar bersatu hati
Demi bangsa dan negara
Belajar bersungguh-sungguh
Demi mencapai cita-cita
Nasihat guru jadi pegangan
Ilmu di dada jadi bekalan
Di mana jua berada
SK Tabuan dalam ingatan.
(14)
IKRAR MURID
Bahawasanya kami, murid-murid SK Tabuan
Dengan ini berikrar, akan sentiasa patuh
Pada segala peraturan sekolah,
Kami berjanji akan cemerlang dalam semua
bidang,
Menghormati guru-guru kami, ibu bapa dan
rakan-rakan,
Kami akan menyayangi serta menjaga nama
baik sekolah,
Memikul tanggungjawab yang diberi dengan
penuh jujur dan dedikasi, memelihara
kecantikan serta kebersihan sekolah kami
berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada raja dan Negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan.
(15)
PELAN BANGUNAN
SEKOLAH SESI 2021
4B 4C Tandas murid Tandas murid Rumah
Guru
Blok D (Akademik) Perempuan Lelaki
Bilik 5B 5A
Kokurikulum
Bilik Bilik Sains
Bilik 5C B&K Pra Kantin
RBT Sekolah Sekolah
B
Surau Pra Stor/
Sekolah A PIBG
Blok C (Akademik)
6A 6B 6C 4C Bilik Bilik Perpustakaan BOSS
3A LINUS Tayangan
Pemulihan Bilik Bilik Klinik
Akses/Bilik Muzik Pergigian
Mesyuarat
2B 2A 3B Stor
Stor
3C 1C 1B 1A Pejabat Pentadbiran Pejabat Guru Tandas
Blok B (Akademik) Guru
Blok A (PENTADBIRAN)
Gelanggang Hoki/Tapak Tempat parking guru Makmal
Perhimpunan jika berlaku Komputer
kecemasan
Pondok Pengawal
Keselamatan
Pintu pagar 1 Pintu pagar 2
(16)
HARAPAN
TERHADAP SEKOLAH
Harapan saya terhadap sk
tabuan adalah sekolah ini dapat
mewujudkan generasi yang
unggul, cerdas, kreatif dan
berakhlak mulia sekaligus
melahirkan generasi yang
gemilang. Seiring perkembangan
dunia, para pendidik adalah
wahana yang boleh menentukan
corak kami (pelajar) untuk
menghadapi alaf baru.
Terima kasih cikgu..
Terima kasih sk tabuan..
(17)
TERIMA KASIH
CIKGU
Tulus setiamu cikgu telah mengajar kami
Membekalkan ilmu untuk masa depan
Dari A-B-C-D-E, satu, dua dan tiga
Hingga aku tahu baca dan kira
Tak terhingga pengorbananmu
Hingga aku besar kan kuingat selalu
Terima kasih padamu, cikgu
Jasamu akan kukenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasihku kepadamu, cikgu
Kaulah pelita hidup bagi kami semua
Menuju jalan ke arah yang benar
Penuh ikhlas dan tulus, membimbing dan
mengajar
Untuk memastikan kami berjaya
Terima kasih, cikgu....