The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by naqibah.ayussof, 2021-07-06 05:13:08

resipi tradisi kelaurga saya

makanan kegemaran keluarga saya

RESIPI TRADISI
KELUARGA SAYA

Nama: Dyg Najwa Insyirah Bt.
Ampuan yussof

Kelas: 3 COMMUNICATOR

NAMA GURU: CIKGU SAADIAH

SUBJEK: BAHASA MELAYU

ISI KANDUNGAN

 RESIPI CUCUR NASI
 RESIPI AYAM BUTTER
 RESIPI TAUFU JEPUN
 RESIPI SUP BEBOLA DAGING
 RESIPI MEE SUAH

RESIPI CUCUR NASI

BAHAN-BAHAN YANG ANDA PERLUKAN ADALAH:
- Lebihan nasi
- Air secukupnya
- Tepung Cucur Bilis Adabi

CARA MEMASAK

1) Masukkan nasi dalam pengisar dan tambah air mengikut berapa banyak nasi
yang digunakan.

2) Kisar hancur seperti bubur nasi.
3) Tuang nasi yang hancur ke dalam bekas dan campurkan tepung cucur bilis dan

gaul rata.
4) Panaskan minyak di kuali
5) Sendukan sesudu mengikut kretiviti dan goreng hinga ke emasan dan jangan

sampai hangus.
6) Angkat cucur nasi dan hidangankan.

GAMBAR
CUCUR NASI

RESIPI AYAM BUTTER

BAHAN-BAHAN YANG ANDA PERLUKAN:

-2 Ketul Ayam besar, bahagian dada -2 tangkai daun kari

-1/2 tin susu cair -4 biji cili padi

-3 ulas bawang putih

-1/2 biji bawang besar

-4 sudu besar mentega

CARA MEMASAK
BAHAGIAN AYAM

1) Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya
2) Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati
3) Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung
pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
4) Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan
ketepikan.

CARA MEMASAK
BAHAGIAN BUTTER

1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang
putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam
yang digoreng tadi.
3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan
gula secukupnya.

GAMBAR
AYAM BUTTER

RESIPI TAUFU JEPUN

Bahan-bahan yang anda perlukan adalah
2 selonsong taufu jepun
100 gm daging kisar
2 ulas bawang putih di mayang halus
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
Minyak secukupnya untuk menggoreng taufu jepun

CARA MEMASAK

1) Goreng taufu jepun dan ketepikan selepas digoreng
2) Tumis bawang putih hingga naik bau.
3) Masukkan daging kisar dan masak sehingga bertukar warna
4) Masukkan sos tiram, kicap cair dan air serta kacau sebati.
5) Apabila kuah sos dan daging sudah sebati, masukkan tepung jagung

untuk memekatkan sos
6) Angkat dan hias bersama hirisan bawang .

GAMBAR
TAUFU JEPUN

RESIPI SUP BEBOLA

Bahan-bahan yang anda perlukan adalah
½ paket Bebola Daging (10-20 biji bebobla daging)
1 batang Karot
1 biji Kentang
2 Ulas Bawang Merah
2 Ulas Bawang Putih
1 inci Halia
5-10 biji Lada Sulah
Serbuk Perasa
Daun sup secukupnya
Suhun secukupnya
Air Secukupnya

CARA MEMASAK

1. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, halia dan biji lada sulah.
2. Masukkan bahan yang di tumbuk ke dalam periuk berisi air dan

didihkan.
3. Setelah mendidih, masukkan Bebola Daging, Kentang dan karot

seterusnya masak sehingga kentang dan karot separuh masak.
4. Masukkan suhun dan perasakan dengan perasa serta tabur daun sup.
5. Angkat dan hidangkan..

GAMBAR
SUP BEBOLA

RESIPI MEE SUAH

BAHAN-BAHAN YANG ANDA PERLUKAN ADALAH:

-1 paket mee suah -hiasan: bawang goreng, hirisan bawang

- 2 ulas bawang putih

- -1/2 inchi halia

- 5 bingga 10 biji lada sulah

- 1 biji telur

CARA MEMASAK

1) Tumbuk halus bawang putih ,halia dan biji lada sula
2) Didihkan 2 cawan air bersama-sama bahan yang telah ditumbuk
3) Tuangkan telur yang telah dipukul dalam air yang mendidih dan

kacau perlahan.
4) Masukkan mee suah dan masak hingga lembut.Perasaskan dengan

garam.
5) Angkat dan hias dengan daun sup, daun bawang dan hidang.

GAMBAR MEE SUAH

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version