The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norulnasuha03, 2020-09-02 10:37:46

Modul 2.1 Asas Reka Bentuk Grafik

352'8.6,



5(.$ 7$1'$














02'8/


3URGXNVL *UDILN





$VDV 5HND %HQWXN *UDILN




N L I

3RXV*D U NL UG






















8 /
'
2
0

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4


MODUL 2.0
PRODUKSI GRAFIK
(24 jam)



Standard Kandungan


2.1 Asas Reka Bentuk Grafik (24 jam)


Standard Pembelajaran




2.1.1 Menyatakan prinsip reka bentuk dan elemen seni.
UNIT
2.1.2 Mengenal pasti maksud tipografi dan logo. 1

2.1.3 Menerangkan jenis tipografi dan logo. 3 Jam


Objektif Pembelajaran


Pada akhir pembelajaran murid boleh:

I. Menyebut prinsip reka bentuk.
II. Menyebut elemen seni.
III. Menyatakan maksud tipografi dan logo.

IV. Mengelaskan jenis tipografi dan logo.



















63

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

Nota



2.1 Asas Reka Bentuk Grafik



Kemajuan teknologi berlaku dengan begitu cepat dan ciptaan baharu
dihasilkan pada setiap tahun. Sektor industri seperti pembuatan, kejuruteraan
dan reka bentuk menggunakan kemajuan teknologi bagi menghasilkan produk

yang berkualiti, berinovatif dan berdaya saing. Dalam mereka bentuk sesuatu
produk, pereka bentuk perlu mengenal pasti ciri-ciri yang diperlukan bagi
menyelesai masalah pengguna.Kreativiti dan inovasi adalah antara faktor yang
boleh menjana sesuatu idea tentang penghasilan sesuatu reka bentuk.



Prinsip Reka Bentuk dan Elemen Seni

Prinsip Reka Bentuk

Definisi Prinsip Reka Bentuk ialah teknik susunan atau pengolahan untuk menimbulkan
gambaran tertentu yang dikehendaki dalam sesuatu gubahan seni visual. Terdapat tujuh
prinsip seni iaitu harmoni, kontras, imbangan, irama dan pergerakan, kepelbagaian,

kesatuan dan keringkasan.




Harmoni Kontras



Keringkasan Kepelbagaian Kesatuan



Irama dan

Pergerakan Imbangan





Rajah 2.1.1 Prinsip Reka Bentuk





64

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4



Susunan atau ulangan elemen-elemen seni mengikut cara yang

tertentu contohnya susunan tona warna yang hampir sama atau
susunan sesuatu objek dapat mewujudkan prinsip harmoni.

Harmoni Gabungan atau ulangan garisan, rupa, bentuk, jalinan serta ruang
dalam gaya pada arah yang tertentu juga menghasilkan gubahan
yang harmoni.

Wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang
mempunyai ciri-ciri bertentangan atau perbezaan dalam
satu gubahan. Kesan kontra dapat ditimbulkan dalam
Kontras
karya-karya visual melalui olahan, teknik dan gaya seni
yang berbeza-beza.


Imbangan bermaksud keadaan yang berpadanan dari segi

berat, tarikan dan tumpuan perhatian. Terdapat dua jenis
Imbangan imbangan iaitu Imbangan Simetri dan Imbangan Tidak
Simetri .



Irama Merujuk kepada elemen seni yang disusun berulang-

Dan ulang untuk menghasilkan pergerakan. Ia wujud dalam
Pergerakan alam semulajadi dan karya seni visual.




Kepelbagaian ialah keadaan yang mempunyai penggabungan
Kepelbagaian pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam suatu
gubahan. Aplikasi prinsip reka bentuk dapat memberi gaya,

variasi, tenaga dan daya tarikan bagi gubahan itu.

Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila semua

elemen-elemen di dalamnya mempunyai satu tema
atau idea dan menyeluruh. Penggunaan elemen seni,
Kesatuan pengolahan tema serta rekaan yang baik mewujudkan
kesatuan pada sesuatu gubahan seni menjadikan hasil

karya itu lebih lengkap, teratur dan sempurna.

Keringkasan merupakan prinsip reka bentuk yang jelas, teratur

dan mudah difahami melalui visual yang lebih ringkas. Idea
Keringkasan terlalu padat, tidak teratur menyebabkan rekaan itu
mengelirukan, menghilangkan tumpuan orang yang melihatnya

dan maklumat tidak dapat disampaikan dengan jelas.

Rajah 2.1.2 Prinsip Reka Bentuk




65

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4


Elemen Seni
Definisi elemen seni ialah unsur asas untuk menghasilkan sebuah karya seni visual.

Terdapat enam elemen seni seperti garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna







Garisan




Rupa



Bentuk
Elemen Seni



Jalinan



Ruang



Warna



Rajah 2.1.3 Elemen Seni















66

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4


Garisan Garisan ialah satu susunan titik atau siri titik yang
bersambungan berterusan dalam satu ruang. Garisan boleh
menghasilkan rupa, jalinan, tona, corak, ruang dan pergerakan
melalui pelbagai media. Jenis garisan ialah:







Garisan Putus-putus Garisan Melintang



Garisan Beralun



Garisan Zig Zag Garisan Silang
Pangkah


Rajah 2.1.4 Jenis Garisan


Garisan boleh menghasilkan rupa, jalinan, tona, corak, ruang, pergerakan dan bentuk
melalui pelbagai media seperti contoh dibawah:









Rajah 2.1.5 Contoh Garisan Menghasilkan Rupa, Tona, Corak, Ruang Dan Pergerakan








Rajah 2.1.6 Jenis Garisan Boleh Menunjukkan Kesan Dua Dimensi (2D) Dan 3 Dimensi (3D)




67

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4


Rupa Rupa adalah hasil pertemuan titik penghujung sesuatu garisan dengan
titik permulaan. Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari oleh garisan
luar serta tidak mempunyai jisim. Rupa hanya mempunyai panjang dan
lebar (2 Dimensi)





Rupa Geometrik
 Rupa yang bersudut
 Bergaris lurus

 Berbucu tajam


Rupa Organik

 Rupa yang bebas
 Dilukis secara spontan
 Tidak bersudut



Rajah 2.1.7 Contoh Rupa Geometrik dan Organik

Rupa boleh dihasilkan dalam Imej Positif dan Imej Negatif





Imej Negatif

Imej Positif


Rajah 2.1.8 Rupa Dalam Imej Positif Dan Negatif

Elemen rupa yang telah diolah untuk dijadikan logo atau simbol










Rajah 2.1.9 Contoh Rupa Yang Dijadikan Logo Atau Simbol




68

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4


Bentuk

Bentuk ialah objek yang mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk
juga mempunyai lebih daripada satu permukaan dan boleh dilihat dari segi
ketinggian, isipadu serta kelebarannya.





Bentuk Konkrit

 Bersifat tiga dimensi (3D)
 Boleh dilihat dan disentuh

 Wujud pada objek fizikal Tinggi
seperti bunga, ukiran
bunga,kerusi.


Lebar
Panjang


Bentuk Ilusi
 Bersifat dua dimensi (2D)

 Hanya boleh dilihat tetapi
tidak dapat dirasa melalui
sentuhan seperti catan,
lukisan dan cetakan.
















Rajah 2.1.10 Contoh Bentuk Konkrit Dan Bentuk Ilusi



Tips Guru
Boleh mencadangkan kepada murid untuk menggunakan botol air minuman sebagai objek
rujukan bentuk.






69

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4


Jalinan Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda.
Jalinan pada objek alam atau benda buatan manusia menjadikan sesuatu

objek itu kelihatan lebih cantik dan menarik.





Jalinan Sentuh
 Dapat dirasa melalui sentuhan

 Diaplikasikan dalam penghasilan seni visual
seperti kolaj, arca, catan teknik impasto, hasil

kraf seperti anyaman, tenunan dan ukiran





Jalinan Tampak

 Bentuk dua dimensi (2D)
 Dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui
sentuhan
 Diaplikasikan dalam seni visual seperti seperti
lukisan, ilustrasi dan catan


Sumber: Mimiazrin.MH
‘Selamat Pagi Alam Rimba 2019’
Acrylic on canvas Rajah 2.1.11 Contoh Jalinan Sentuh Dan Jalinan Tampak
12’x12”


Penggunaan jalinan boleh digunakan bagi aspek kehidupan seharian contoh seperti

keselamatan, estetika atau penyamaran.













Untuk berkenalan dengan artis Mimiazrin.MH Mimiazrin Art by Mimiazrin
boleh anda temui beliau di media sosial ini.


70

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4


Ruang
Ruang bermaksud kawasan kosong ataupun rongga antara sesuatu
objek.





Ruang nyata ialah ruang yang wujud pada keadaan sebenar
Ruang Nyata
yang berbentuk tiga dimensi.













Rajah 2.1.12 Ruang Nyata


Ruang ilusi ialah ruang tampak yang wujud dalam sesebuah
Ruang Ilusi
karya seni seperti lukisan, catan, cetakan dan sebagainya.






Ruang
Ruang









Rajah 2.1.13 Ruang Ilusi






71

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4



Warna
Warna ialah tindakbalas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Warna amat
penting dalam segala ciptaan hasil seni kerana dapat mempengaruhi
perasaan. Contohnya, warna yang terang dan cerah menimbulkan
perasaan riang dan gembira. Sebaliknya warna gelap dan kelam akan
menimbulkan perasaan suram dan sedih. Terdapat tiga kumpulan warna
iaitu Warna Asas, Warna Sekunder dan Warna Tertier.



 Dikenali sebagai warna utama
 Terdiri daripada warna merah, biru dan kuning
 Tidak dihasilkan dengan campuran warna lain



Biru

Merah



Warna
Asas Kuning



Rajah 2.1.14 Warna Asas



 Dihasilkan melalui dua campuran warna asas
 Terdiri daripada warna jingga, hijau dan ungu
 Tidak dihasilkan dengan campuran warna lain




Merah + Kuning = Jingga
Jingga

Ungu


Merah + Biru = Ungu
Merah + Kuning = Jingga

Warna
Sekunder
Hijau

Biru + Kuning = Hijau


Rajah 2.1.15 Warna Sekunder




72

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4


 Dihasilkan melalui campuran satu warna asas dengan

satu warna sekunder

 Terdiri daripada warna kuning hijau, biru hijau, biru ungu,
kuning jingga, merah jingga, merah ungu


Kuning + Hijau= Kuning Hijau Kuning + Jingga=Kuning Jingga



Biru + Hijau=Biru Hijau Merah+ Jingga=Merah Jingga




Biru + Ungu= Biru Ungu Merah + Ungu= Merah Ungu

Rajah 2.1.16 Warna Tertier (tertiary)

 Dikenali sebagai warna sekeluarga
 Set warna yang terletak bersebelahan satu sama lain dalam
roda warna
 Warna harmoni dapat menimbulkan suasana selesa, menarik
dan seimbang










Rajah 2.1.17 Warna Harmoni

 Warna yang terletak bertentangan antara satu sama lain
dalam roda warna

 Warna penggenap yang segar, dan bertenaga dapat
menimbulkan kesan kontra, getaran dan pergerakan









Rajah 2.1.18 Warna Penggenap



73

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4


 Dikenali sebagai monokrom.

 Merupakan suatu warna yang dihasilkan dalam pelbagai tona
 Nilai warna lebih rendah akan bertambah putih. Nilai warna
akan meningkat jika dicampurkan dengan warna hitam











Rajah 2.1.19 Warna Sewarna


 Warna kelabu yang tonanya adalah antara putih dan hitam
 Merujuk kepada campuran dua warna penggenap dengan
nisbah yang menghasilkan warna baru yang telah hilang
kedua-dua warna asalnya

 Digunakan bersama-sama warna asas, kombinasi warna
penggenap, warna kontra yang lebih lembut dan tidak

menyakitkan mata dengan warna hitam








Rajah 2.1.20 Warna Neutral

 Terdapat dua jenis warna panas dan warna sejuk
 Warna panas memiliki intensiti warna yang tinggi
 Warna sejuk memiliki intensiti warna yang rendah






Warna Panas Warna Sejuk
Rajah 2.1.21 Warna Panas Dan Warna Sejuk





74

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

Tipografi Dan Logo


Tipografi Tipografi atau Bahasa Inggeris Typography berasal daripada perkataan Greek
Typos= bentuk dan graphein=menulis merupakan teknik dan seni mengatur
huruf cetak, saiz huruf, ketebalan garis, garis pandu (line leading), jarak aksara
dan ruang huruf untuk menghasilkan seni aturan huruf dalam bentuk fizikal

atau digital.









Rajah 2.1.22 Contoh Tipografi


Logo Perkataan logo ialah singkatan daripada perkataan ’logogram’. Logo
merupakan rekaan grafik yang telah diringkaskan dengan tujuan untuk

memperkenalkan imej sesuatu pertubuhan, syarikat atau organisasi. Bagi
sesebuah syarikat perniagaan, logo merupakan tanda perniagaan (trademark)

dan membantu mempromosi jenama berkenaan (brand-conscious promotion).



















Rajah 2.1.23 Contoh Reka Bentuk Logo






75

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

Jenis Tipografi dan Logo

Logo yang baik hendaklah mematuhi ciri-ciri berikut:


Ringkas


Berdaftar
Asli dan Unik

Hak Milik Sah Beridentiti



Warna Berkesan



Jenis Tipografi


Serif Serif : huruf yang mempunyai
serif (ekor) pada penghujungnya
Ad

San Serif : huruf yang tidak
San Serif mempunyai serif (ekor) pada
Ad penghujungnya



Jenis-jenis Text : huruf yang
Text merupakan tulisan
Tipografi OL zaman lama Inggeris
(Old English)



Skrip : huruf tulisan
Skrip gaya bebas
cd


Dekoratif: Penghurufan yang
Dekoratif bercorak fancy dan
memberikan hiasan pada huruf










76

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

Jenis-jenis Logo


Logo Huruf
Logo huruf digubah dari huruf atau muka taip untuk
menghasilkan imej logo. Ada yang digubah dari
perkataan dan juga singkatan perkataan (initial).






Logo Representasi

Dalam bahasa Inggeris logo ini dikenali sebagai pictorid
logos atau pictogram. Reka bentuk ini berdasarkan objek
benda atau objek alam semula jadi dengan tujuan untuk
menghasilkan satu logo syarikat atau organisasi yang

kukuh.





Logo Huruf dan Representasi
Logo yang dibuat secara gabungan iaitu logo huruf dan

logo representasi. Kedua-dua bentuk ini digabungkan
menjadi satu logo.






Logo Simbol
Logo ini menggunakan simbol imej untuk menerangkan

sesuatu kumpulan atau tanda sukan, amaran dan
maklumat am.














77

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

Penjarakan Huruf

Penjarakan Mekanikal Penjarakan Visual

 Penjarakan mekanikal dihasilkan  Penjarakan dihasilkan melalui
melalui sistem penjarakan daripada penjarakan secara manual
komputer  Saiz ruang antara huruf adalah
 Saiz ruang antara huruf adalah berbeza
sama  Kedudukan huruf boleh diubah suai
 Penjarakan mekanikal sesuai untuk mengikut kehendak pereka.
kerja-kerja penulisan.  Mengambil kira bentuk dan ruang
 Tidak mengambil kira bentuk dan huruf
ruang huruf  Menimbulkan kesan yang seimbang
 Menimbulkan kesan tidak seimbang antara ruang negatif dan huruf
antara ruang negatif dan huruf  Menimbulkan kesan tidak seimbang
antara ruang negatif dan huruf


Komposisi Penghurufan

Huruf Serif ialah huruf yang Huruf Serif ialah huruf

Flush Right mempunyai serif (ekor) Justified yang mempunyai serif

pada penghujungnya (ekor) pada penghujungnya


Huruf Serif ialah huruf yang Huruf Serif ialah huruf yang
Flush Left Centered
mempunyai serif (ekor) mempunyai serif (ekor)

pada penghujungnya pada penghujungnya




Memelar huruf (extended) – Ketinggian huruf dikekalkan, lebar ditambah 60% daripada saiz
asal

.





Saiz asal huruf Saiz huruf yang telah dimelarkan











78

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

Memadat huruf (condensed) - Ketinggian huruf dikekalkan, lebar dikurangkan 60%
daripada saiz asal

.






Saiz asal huruf Saiz huruf yang telah dipadatkan

Huruf Tegak dan Huruf Italik


.






Huruf Tegak- Huruf Italik-
huruf tidak disendengkan huruf yang disendengkan













Rajah 2.1.24 Contoh Komposisi Tipografi Dalam Rekaan Poster








Rujukan: https: //material.io/design/typography/understanding-typography.html#
https://bigdot82.wordpress.com/2015/03/10/74/
https//ms.m.wikipedia.org@1Julai 2019




79

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

Aktiviti

LANGKAH 1

1. Kumpulkan objek atau bahan yang mengandungi mana-mana unsur dan prinsip seni di ruang yang
telah disediakan. Labelkan nama objek dan unsur seni yang dimilikinya.















LANGKAH 2

2. Potong dan tampal contoh-contoh penghurufan yang terdiri daripada Huruf Serif, San Serif, Text,
Skrip dan Dekoratif. Anda boleh menggunakan sumber rujukan daripada majalah, suratkhabar,
poster, pamphlet dan lain-lain bahan bercetak.


























80

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4


Latihan

Jawab semua soalan.

1. Elemen seni amat penting dalam bidang seni reka tanda. Pilih dan tandakan (/) pada tiga
pernyataan yang betul tentang GARISAN dan (X) dua pada yang tidak berkaitan. Tandakan di ruang
yang disediakan.

Susunan atau cantuman antara titik dengan titik atau satu siri titik.

Sesuatu objek yang mengandungi tinggi, lebar dan dalam.

Garisan boleh menghasilkan jalinan, tona dan rupa.

Kesan yang terdapat di atas sesuatu permukaan.

Satu kawasan antara dua objek fizikal atau visual

Pertemuan titik pertama dan titik akhir dalam garisan menghasilkan rupa

Sesuatu objek yang mengandungi tinggi, lebar dan dalam.

Garisan hanya menghasilkan bentuk bersifat 2 dimensi sahaja

2. Nyatakan mana-mana tiga jenis tipografi yang anda ketahui dan tampalkan contoh hurufnya.





3. Terangkan maksud logo.



….…………………………………………………………………………………………………………………

4. Suai padankan gambar logo dengan jenisnya.










Logo Simbol Logo Representasi Logo Huruf Logo Huruf &

Representasi



81

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

5. Lukiskan dua rupa geometrik dan dua rupa organik yang melibatkan papar tanda jalanraya.






















































6. Warnakan rajah dibawah dengan menggunakan warna yang boleh menunjukkan kesan kontras.




























7. Tipografi atau Bahasa Inggeris Typography berasal daripada perkataan Greek iaitu ___________
bermaksud bentuk dan ________________ bermaksud menulis.

















82

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

Penilaian Unit



NAMA MURID

NO. KAD PENGENALAN


NAMA SEKOLAH

TINGKATAN TAHUN


MODUL 2.0 PRODUKSI GRAFIK
STANDARD 2.1 ASAS REKA BENTUK GRAFIK
KANDUNGAN
1.1.1 Menyatakan prinsip reka bentuk dan elemen seni
STANDARD 1.1.2 Mengenalpasti maksud tipografi dan logo
PEMBELAJARAN 1.1.3 Menyatakan jenis tipografi dan logo



RUBRIK PENGUASAAN

Tidak Menguasai Menguasai Sangat Menguasai
1 2 3


BIL. PERKARA YANG DINILAI PENGUASAAN CATATAN


1 Menyatakan maksud prinsip reka 1 2 3
bentuk dan elemen seni

2 Menyatakan maksud tipografi dan logo 1 2 3

3 Menyatakan jenis tipografi dan logo
1 2 3


Nama Guru Tandatangan /
Tarikh












83

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4


MODUL 2.0
PRODUKSI GRAFIK
(24 jam)



Standard Kandungan


2.1 Asas Reka Bentuk Grafik (24 jam)


Standard Pembelajaran


UNIT
2.1.4 Menyesuai peralatan dan bahan asas yang digunakan 2
untuk menghasilkan logo. 3 Jam


Objektif Pembelajaran


Pada akhir pembelajaran murid boleh:
I. Menggunakan peralatan dan bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan logo.




























84

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4


Nota



Alatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan logo.



Alat

Merujuk kepada benda-benda yang digunakan untuk membuat
sesuatu kerja. Bersifat kekal atau lambat habis.





Pembaris
Besi
Digunakan untuk mengukur
dan menanda dimensi projek



Set Geometri
Digunakan untuk kerja-kerja
matematik, lakaran dan

teknikal


Berus

Warna
Mewarna lakaran atau imej




Bekas
Warna
Digunakan untuk mencampur
dan membancuh warna



Pengasah
Pensil
Mekanikal Digunakan untuk mengasah
pensil kayu







85

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4




Templat
Bulatan Digunakan untuk
mengukur dan menanda
dimensi projek


French

Menghasilkan Curves
garisan lengkung




Pembaris
Mudah Lentur Mengukur dan

menanda dimensi
garisan lengkung




Pen Teknikal
Menghasilkan pelbagai
variasi garisan teknikal




Sesiku
Boleh Laras
Menghasilkan garisan
bersudut tertentu





















86

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4


Bahan

Barang-barang yang dijadikan benda lain untuk sesuatu proses.
Bersifat habisguna dan tidak kekal.






Pensil Digunakan untuk membuat
kerja-kerja lakaran.






Memadam lakaran Pemadam
Pensil





Mewarna lakaran.
Pensil Warna






Membuat tekapan imej Kertas Surih
sebagai sumber idea.





Kertas
lukisan Bahan untuk proses melakar
.











87

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4






Digunakan sebagai bahan
Kertas Mahjung sokongan semasa aktiviti dalam
kumpulan/perbincangan.







Digunakan untuk Warna Mural
mewarna imej.







Perekat Semburan Sebagai bahan perekat untuk
menampal imej.






Digunakan untuk aktiviti Masking Tape
melekatkan bahan kerja.




Digunakan untuk menulis, melukis
Marker Pen atau mewarna.Terdapat pelbagai

Permanent saiz dan warna dipasaran. Boleh
digunakan pada permukaan kertas,
kain, kaca dan plastic.










French

88 Curves

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4


Jenis Pensil


a) Pensil kayu : b) Pensil mekanikal
* Terdapat dalam pelbagai gred, * Bermata grafit
* Dinyatakan melalui huruf dan * berdiameter 0.3mm-0.7mm.
nombor pada batangnya. * Tidak perlu ditajamkan.
* Perlu diasah supaya tajam. * Matanya boleh diganti.
* Menghasilkan garisan
yang bersih dan tajam.


c) Pensil Cekam
 Sama seperti pensil mekanikal.

 Mata grafitnya lebih besar.
 Ditajamkan dengan pisau sahaja.
 Digunakan untuk lakaran bebas.
 Jenis Mata Pensil EXB paling lembut hingga 9H-paling keras
daripada bahan mentah grafit + tanah liat


d) EXB,6B,3B :
* Paling lembut.untuk garis keratan, garis profil
dan tajuk.
* Senang dipadam, mudah kotor, sesuai untuk
lakaran.



f) HB,F
 Sederhana lembut, Sesuai untuk lukisan persembahan
 Untuk garisan binaan, garisan tersebunyi




h) H,2H
* Sederhana keras, untuk garisan binaan dan garisan tersembunyi.
* Susah dipadam jika tekanan kuat



e) 2B, B
* Lembut sesuai untuk garis keratan dan tajuk.
* Senang dipadam dan sesuai untuk lakaran


g) 4H, 9H
* Paling keras, kurang sesuai untuk lukisan
grafik, susah dipadam, garisan dan tulisan
menjadi tidak jelas





89

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4


Pen Lukis dan Dakwat

Set Pena Lukisan – diameter 0.1 mm paling halus. 2.0
mm paling tebal. Digunakan pada kertas surih atau
kertas katrij. Pen ini disimpan dengan matanya
menghala ke atas.

Dakwat – Dakwat kedap air. Wujud dalam bentuk katrij /
botol isian semula



Kertas


Kertas Lukisan- warna putih, licin/berira (berjalinan).
Sesuai untuk lukisan dengan bahan seperti pensil, pen,
warna air,krayon dan sebagainya

Kertas surih – berwarna putih / biru, lutsinar dan agak
licin. Ada pelbagai saiz ketebalan. Boleh menggunakan
pensil, pen.



Lembaran alas


 Berwarna putih/kelabu.
 Digunakan untuk mengalas papan lukis







Mounting board / Bod llustrasi


Mounting board / Bod llustrasi
 Ada pelbagai warna dan licin.
 Sesuai untuk kerja akhir.
 Boleh digunakan dengan pensil.










90

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4


Saiz Kertas

Diukur dengan unit DIN – Deutsche Industrie Normal atau INTERNATIONAL STD ( BS 4000:1668)

A0 1189mm x 841mm Antiquarian 1372mm x 813mm
A1 841mm x 594mm Double Elephant 1092mm x 737mm
A2 594mm x 420mm Imperial 813mm x 584mm
A3 420mm x 297mm Separuh Imperial 584mm x 406mm
A4 297mm x 210mm Kertas Kajang 392mm x 215mm
A5 210mm x 148mm





A1






A0 A3


A5
A2
A4



Rajah 2.1.25 Ukuran Saiz Kertas INTERNATIONAL STD (BS 4000:1668)























91

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

Ativiti


LANGKAH 1
Guru menyediakan seberapa banyak alatan dan bahan di atas sebuah meja yang dijadikan
sebagai meja sumber.

LANGKAH 2
Murid membentuk kumpulan kecil dengan seramai lima orang setiap kumpulan.


LANGKAH 3
Murid dikehendaki mengambil 7-10 alatan dan 7-10 bahan dari meja sumber.


LANGKAH 4
Murid melabelkan nama alatan dan bahan yang telah diperolehi.

LANGKAH 5
Murid dikehendaki melukis kembali dan diwarnakan alatan serta bahan tersebut pada kad manila
sehingga siap.


LANGKAH 6
Hasil kerja yang telah siap boleh ditampal pada panel peraga kelas atau dikawasan gallery walk
dan dijadikan sudut rujukan kelas.



























92

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

Latihan


BIL Alatan/Bahan Keterangan
1. Nama :




Kegunaan:



2 Nama :




Kegunaan:


3 Nama :




Kegunaan:


4 Nama :





Kegunaan:
5 Nama :





Kegunaan:









93

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

Penilaian Unit



NAMA MURID

NO. KAD PENGENALAN


NAMA SEKOLAH

TINGKATAN TAHUN


MODUL 2.0 PRODUKSI GRAFIK

STANDARD
KANDUNGAN 2.1 ASAS REKA BENTUK GRAFIK

STANDARD 2.1.4 Menyatakan peralatan dan bahan asas yang digunakan dalam
PEMBELAJARAN menghasilkan logo




RUBRIK PENGUASAAN

Tidak Menguasai Menguasai Sangat Menguasai
1 2 3


BIL. PERKARA YANG DINILAI PENGUASAAN CATATAN


1 Menyatakan peralatan dan bahan
asas yang digunakan dalam 1 2 3
menghasilkan logo
Menyatakan bahan asas yang
2 digunakan dalam menghasilkan logo 1 2 3




Nama Guru Tandatangan /
Tarikh















94

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4


MODUL 2.0
PRODUKSI GRAFIK
(24 jam)



Standard Kandungan


2.1 Asas Reka Bentuk Grafik (24 jam)


Standard Pembelajaran



2.1.5 Memaparkan lakaran perkembangan idea bagi penghasilan logo. UNIT
2.1.6 Memilih lakaran logo dalam produksi grafik. 3
2.1.7 Menghasilkan logo akhir dengan gabungan prinsip reka bentuk 18 Jam

dan elemen seni


Objektif Pembelajaran



Pada akhir pembelajaran murid boleh:
I. Menggunakan peralatan dan bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan logo.

II. Menghasilkan proses lakaran logo
III. Menghasilkan logo akhir


















95

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

Nota


Lakaran perkembangan idea bagi penghasilan logo


Definisi lakaran



 Lukisan awal atau lukisan draf

 Dihasilkan dengan teknik gaya bebas/ freehand

 Gambaran awal bagi menunjukkan rupa atau bentuk asas sesuatu produk

 Menggunakan alatan asas seperti pensil, kapur, marker pen atau pen

 Boleh dihasilkan menggunakan komputer

 Menentukan konsep awal proses reka bentuk

 Bermula diperingkat lakaran awal (thumbnail)

 Gambaran kasar objek sebenar yang dilihat dari pelbagai arah atau sudut

pandangan iaitu padangan atas (pelan) secara 2D atau 3D




Penjanaan Idea


Proses penjanaan idea boleh dilakukan setelah semua maklumat diperolehi dan dikaji. Idea
awal yang dihasilkan akan menjadi rujukan asas dalam mengembangkan pelbagai idea

melalui siri-siri lakaran berpandukan kemahiran berfikir, kreatif, lateral, analitikal, kritikal dan
intuitif.




Lakaran
Lakaran awal separa penuh Lakaran penuh Lukisan
(thumbail) (semi (comprehensive) Persembahan
comprehensive) (Final
sketches))


Rajah 2.1.26 Proses Lakaran









96

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4



Lakaran Awal (thumbnail)
Lakaran awal (thumbnail) merujuk kepada
lakaran-lakaran bersaiz kecil yang menunjukkan
idea-idea awal sesuatu reka bentuk. Ia lebih
kepada komposisi asas rekaan itu sebelum dipilih
untuk dibesarkan menjadi lakaran penuh





Lakaran separa penuh
(semi comprehensive)

Lakaran Separa Komprehensif merujuk kepada
lukisan yang separa lengkap berdasarkan
pemilihan daripada peringkat thumbnail. Kajian
secara visual terhadap rupa, bentuk,
warna,tipografi dan saiz dihasilkan dalam satu
komposisi yang lengkap untuk memberi
kefahaman kepada penilai karya.






Lakaran Komprehensif (Comprehensive)
Lakaran Komprehensif merujuk kepada lukisan
lengkap hasil pemilihan rekaan daripada peringkat
separa komprehensif. Kesemua komposisi lukisan
telah dikenalpasti dengan visual lebih realistik dan
menjadi karya akhir secara manual.





Lakaran Akhir (Final Sketches)
Merupakan lakaran akhir yang digunakan untuk
persembahan kepada pelanggan dengan
memasukkan segala informasi berkaitan rekaan
itu. Tiada lagi perubahan reka bentuk akan dibuat
selepas lukisan persembahan itu dipersetujui oleh
pelanggan.







97

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

Memilih lakaran logo dalam produksi grafik.

Pemilihan lakaran akhir merujuk kepada keputusan untuk memilih reka bentuk yang terbaik yang
akan dipersembahkan kepada pelanggan. Satu proses mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
perlu dijalankan serta menyatakan bukti-bukti atau hujah bagi menyokong sebab-sebab rekaan itu
dipilih.

Elemen-elemen dalam menilai idea adalah seperti mempertimbangkan idea, mentafsir maklumat,
menyatakan rasional, alasan menerima atau menolak, membuat pilihan dan membahas isu.



Pemilihan
lakaran akhir








Rajah 2.1.27 Proses Lakaran

Reka bentuk logo akhir dengan gabungan prinsip reka bentuk dan elemen seni.

Lukisan persembahan dihasilkan bertujuan untuk mempersembahkan hasil rekaan kepada
pelanggan. Lukisan persembahan perlu kelihatan menarik dan dapat menyampaikan informasi
kepada pelanggan supaya mereka tertarik serta bersetuju dengan rekaan yang telah dihasilkan.



Mounting
Board











Rajah 2.1.28 Lukisan Persembahan
Catatan:Segala ilustrasi reka bentuk logo yang digunakan adalah ehsan daripada Sdr.Amin Nur Aizat;UiTM





98

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

Aktiviti

LANGKAH 1
Murid dikehendaki menghasilkan 10-15 lakaran awal (thumbnail) untuk logo produk makanan
ringan.

LANGKAH 2
Berdasarkan lakaran awal (thumbnail), pilih 4 dan hasilkan lakaran separa penuh (semi
comprehensive).

LANGKAH 3
Semua hasil kerja hendaklah ditunjukkan di dalam kertas lukisan atau kertas A4 dengan kemas
dan teratur



Kertas A4/
Thumbnail kertas lukisan






Templat lakaran awal (thumbnail)


















Templat separa penuh (semi comprehensive)







99

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4





















1 lakaran Komprehensif























1 Lakaran Akhir







100

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

Latihan

Jawab semua soalan

1. Tuliskan jenis-jenis lakaran berikut












Jenis-jenis
lakaran




2. Labelkan proses lakaran dengan mengisi pilihan A,B,C,D dan E di ruang jawapan yang
disediakan

A B C









D E















101

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

2. Anda menerima satu tempahan untuk mereka bentuk logo sebuah restoran makanan segera
berasaskan ayam. Pengurus restoran tersebut meminta anda hadir ke pejabatnya untuk
mempersembahkan logo tersebut. Hasilkan satu lakaran penuh (comprehensive) rekaan logo

tersebut di ruang jawapan yang disediakan.













































102

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

Pnilaian Unit



NAMA MURID

NO. KAD PENGENALAN


NAMA SEKOLAH

TINGKATAN TAHUN


MODUL 2.0 PRODUKSI GRAFIK

STANDARD 2.1 ASAS REKA BENTUK GRAFIK
KANDUNGAN
2.1.5 Memaparkan lakaran perkembangan idea bagi penghasilan
STANDARD logo
2.1.6 Memilih lakaran logo dalam produksi grafik
PEMBELAJARAN
2.1.7 Menghasilkan logo akhir dengan gabungan prinsip reka bentuk
dan elemen seni


RUBRIK PENGUASAAN

Tidak Menguasai Menguasai Sangat Menguasai
1 2 3


BIL. PERKARA YANG DINILAI PENGUASAAN CATATAN

Memaparkan lakaran perkembangan
1 idea bagi penghasilan logo 1 2 3

Memilih lakaran logo dalam produksi
2 grafik 1 2 3

3 Menghasilkan logo akhir dengan
gabungan prinsip reka bentuk dan 1 2 3
elemen seni





Nama Guru Tandatangan /
Tarikh




103

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

Penilaian Modul



Nama Murid


NO KP


Nama Sekolah


Tingkatan Tahun


Nama Modul MODUL 2 : PRODUKSI GRAFIK
2.1 Asas Reka Bentuk Grafik


Standart Prestasi


Tahap Tafsiran Penguasaan Tarikh
Penguasaan (√)


1 2.1.1 Mengenalpasti prinsip reka bentuk
dan elemen seni.

2 2.1.3 Menjelaskan jenis tipografi dan
logo.

3 2.1.4 Menggunakan peralatan dan
bahan asas yang digunakan untuk
menghasilkan logo

2.1.5 Menafsir lakaran perkembangan
4 idea bagi penghasilan logo secara
analitik

2.1.6 Mengesah lakaran logo dalam
5 produksi grafik secara sitematik
dan Tekal.

6 2.1.7 Menghasilkan logo akhir dengan
gabungan prinsip dan elemen seni
.

Tandatangan
Nama Guru
& Tarikh
Tandatangan
Disahkan Oleh
& Tarikh





104


Click to View FlipBook Version