The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 876-3-nabilah, 2022-03-26 08:48:09

Tugasan Kerja Kursus BMMB1104

Tugasan Kerja Kursus BMMB1104

KESUSASTERAAN
MELAYU

TUGASAN 1 :BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU

NAMA:SITI NABILAH NASUHA
BINTI AMERUDDIN

ISI KANDUNGAN

1) TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU
2) JENIS-JENIS KESUSASTERAAN MELAYU
3) BENTUK-BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU
4) CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU
5) FUNGSI-FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
6) MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI

TRADISIONAL
-PANTUN

-GURINDAM
-SELOKA
-SYAIR

7) RUMUSAN
8) RUJUKAN

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan Melayu ditakrifkan sebagai
karya sastera yang mengandungi pelabagai
nasihat dan pedoman yang boleh diambil
pengajaran oleh semua lapisan masyarakat.
Menurut Hashim Awang (1987), beliau
mengatakan bahawa kesusasteraan adalah
ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.
Menurut beliau,kesusasteraan Melayu
sememangnya dituturkan secara lisan tetapi
karya Melayu masih ditulis dan dibukukan agar
masyarakat dapat membaca karya-karya
sastera ini.Seterusnya,menurut Muhammad Hj
Salleh (1995) ,kesusasteraan merujuk pada
karya-karya lisan serta juga tulisan yang
membawa unsur-unsur cereka dan
disampaikan melalui bahasa dan berbagai-
bagai perkataan.Hal ini membuktikan bahawa
kesusasteraan Melayu dipenuhi dengan cerita-
cerita ,nasihat serta penulisan yang
indah.Menurut Dr Azman et.al(2022),dalam
konteks pendidikan pula kesusasteraan Melayu
merupakan karya asal yang tertulis dalam
Bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan
kehalusan sama ada novel,sajak,drama dan
lain-lain.

TAKRIF KESUSASTERAAN
MELAYU

Sehubungan dengan itu,Kesusasteraan
Melayu turut membuka ruang yang luas
bagi mencari maksud keindahan
penggunaan bahasa serta menurut Ali
Ahmad (1994),perkara utama dalam
kesusasteraan melayu ialah kehalusan atau
estetika dalam sesuatu karya.Hal ini
membuktikan bahawa kesusasteraan itu
merupakan kehalusan penciptanya dan
keinginan pembacanya mencari kehalusan
itu. Kesusasteraan juga adalah keindahan
bahasa yang muncul dari proses
penciptaannya. Menurut Ali Ahmad juga
keindahan penggunaan bahasalah yang
menjadi asas bagi wujudnya hasil
kesusasteraan Melayu yang berkualiti.

BENTUK-BENTUK
KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan dapat dilahirkan dalam
pelbagai bentuk bahasa.Oleh itu bentuk
bahasa boleh dibahagikan kepada dua katego
iaitu prosa dan puisi.


Puisi
Prosa Merujuk kepada hasil
Merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan
kesusteraan yang ditulis dalam tidak menuruti tatabahasa. Ia
ayat-ayat biasa dengan sebenarnya tidak terdir idaripada
menggunakan tatabahasa ayat-ayat yang lengkap, melainkan
mudah.Biasanya ayat-ayat dalam terdiri daripada frasa-frasa yang
kesusasteraan akan disusun disusun dalam bentuk baris-
dalam bentuk karangan. Prosa barisan.Puisi juga merupakan
juga adalah satu bentuk bahasa yang berirama dan
kesusasteraan yang lebih mudah apabiladibaca pembaca akan
difahami berbanding dengan
puisi. berasa rentaknya

BENTUK-BENTUK
KESUSASTERAAN

MELAYU

PUISI PROSA

TRADISONAL TRADISIONAL

MODEN


MODEN

JENIS-JENIS KESUSASTERAAN
MELAYU

NARATIF
BUKAN
NARATIF

Naratif merupakan hasil Bukan naratif merujuk
karya sastera yang kepada hasil karya yang

mempunyai perkembangan tidak mengandungi
plot .Dengan kata lain hasil perkembangan plot.Bahan
sastera mengandungi lebih
karya sastera yang banyak ekspresi pengarang
menceritakan suatu
peristiwa yang mengandungi berbanding dengan
kesusasteraan naratif
pelbagai unsur

CIRI-CIRI KESUSASTERAAN

KEINDAHAN: Ciri-ciri kesusasteraan melayu dari segi keindahan
ialah terdapat gaya dan lenggok yang digunkan di dalam
sastera.Seterusnya hasil karya mestilah mempunyai empat
tonggak utama iaitu keutuhan,keselarasan,keseimbangan dan
fokus terhadap sesuatu unsur atau isi.

KARYA SENI: Ciri kesusasteraan melayu bagi aspek
mencerminkan pengalaman pula dapat merujuk kepada tindak
balas yang utuh dari jiwa manusia yang digambarkan secara
realiti.Sehubungan dengan itu,dalam karya sastera pengalaman
dapat diungkapkan melalui bahasa

MENCERMINKAN PENGALAMAN :Pengalaman seni ini merupakan
ciri yang penting dalam kesusasteraan kerana melalui peristiwa
sastera ,pembaca akan dapat memahami dan merasai fikiran dan
perasaan pengkarya.Seterusnya,pengkarya juga dapat kepuasan
sepenuhnya jika hasil karyanya diterima baik oleh pembaca.Hal ini
demikian kerana,nilai sesebuah karya terletak pada perkara yang
disampaikan ,cara dan bentuk penyampaian.Oleh

KARYA SENI: Ciri karya seni ini dalam penghasilan kesusasteraan
melayu penting kerana terdapat tiga perkara yang membezakan
karya sastera dan bukan sastera iaitu sifat fiksyen,nilai-nilai
estetik dan gaya bahasa yang khusus.Seterusnya,ciri ini penting
kerana membuktikan bahawa kesusasteraan Melayu merupakan
seni dan bukan ilmu semata-mata serta hasil karya sastera juga
merupakan karya yang berintegrasi

CIRI-CIRI
KESUSASTERAAN

MELAYU

PROSA TRADISIONAL

Prosa tradisional merupakan sastera
yang mempunyai sifat diwarisi secara
turun-temurun walaupun dari segi jangka
masa sastera itu telah lama dihasilkan

Prosa tradisional terbahagi kepada dua
genre iaitu sastera rakyat (lisan)dan
sastera istana (tulisan)

SASTERA R
AKYAT

NARATIF BUKAN
NARATIF-
CERITA RAKYAT

SASTERA NARATIF

SASTERA NARATIF TERBAHAGI KEPADA MITOS,LAGENDA DAN
CERITA RAKYAT

*MITOS

Mitos ialah cerita yang dianggap benar-benar
terjadi dan dianggap suci oleh empunya cerita
dan masyarakat yang mendukungnya.

Ciri-ciri

Terdiri daripada tiga jenis mitos iaitu
mitos asal usul,mitos institusi sosial dan
mitos politik
Mitos asal usul berlaku masa lampau dan
mempengaruhi kehidupan masyarakat
Melayu terutamanya cara pemikiran yang
mistik
Mitos institusi sosial pula merupakan asal
usul institusi sosial dalam masyarakat
Melayu.Contohnya ,kedatangan Islam dan
institusi bomoh yang melibatkan
perubatan pemulihan
Mitos politik ialah cerita berkaitan dengan
struktur pemerintahan
kerajaan.Contohnya mengenai cerita
keturunan raja-raja Melayu dan Kerajaan
Pasai

*LAGENDA

Cerita yang dipercayai benar-benar berlaku
tetapi tidak dianggap suci

CIRI-CIRI


Sejenis komunikasi lisan yang bercorak ceerita
berasaskan kisah-kisah tokoh atau pahlawan.
Latar masa dan sejarahnya tidak semestinya
masa lampau,tetapi masih ada hubung kait
dengan masa silam
Kisahnya ada kaitan dengan zaman sekarang
kerana kepercayaan terhadap keramat seperti
Perigi Hang Tuah dan lain-lain
Terdapat jenis-jenis lagenda iaitu lagenda
keagamaan,lagenda alam ghaib,lagenda
perseorangan,lagenda tempat dan lagenda
tokoh.

CERITA RAKYAT

Cerita rakyat berbentuk prosa dan tidak dianggap
benar-benar terjadi.Cerita rakyat merupakan
sumber hiburan,menegakkan kebenaran dan
mengandungi moral atau sindiran

CIRI-CIRI

Antara jenis ceirta rakyat ialah cerita binatang.Cerita ini
mempunyai gambaran sikap dan tingkah laku seperti
manusia.
Biasanya watak utama binatang bersaiz kecil seperti kancil
manakala watak antagonis ialah binatang yang bersaiz
besar iaitu buaya atau kerbau.
Cerita penglipur lara juga merupakan kumpulan cerita
rakyat.
Cerita lipur lara ialah cerita yang dituturkan oleh penglipur
lara seperti Tok Selampit,Awang Belanga dan Awang Batil
Temanya ialah peperangan,percintaan dan
pengembaraan
Cerita jenaka dan cerita teladan juga merupakan jenis
cerita rakyat seperti kisah Pak Pandir dan Pak Kaduk serta
Cerita Bawang Putih dan Bawang Merah

SASTERA ISTANA

SASTERA ISTANA MULA DIPERKENALKAN PADA
SEKITAR ABAD KE-15 DAN BERKEMBANG DALAM

ISTANA

CIRI-CIRI

Terdapat sastera undang-undang,sastera
epik,sastera panji dan sastera agama.
Sastera undang-undang merupakan kajian
terhadap pemerintahan
Terbahagi kepada 2 bahagian
-Adat Perpatih
-Adat Temenggung
Sastera epik pula disebut sebagai sastera
pahlawan dan bersifat sejagat.Genre ini
terbahagi kepada dua jenis iaitu
-Epik kebangsaan iaitu Hikayat Hang Tuah
-Epik berunsurkan Islam iaitu Hikayat Amir Hamzah
Sastera panji pula karya yang berkisarkan kisah
pengembaraan,percintaan dan peperangan
Sastera agama berfokus kepada kehebatan
Nabi Muhammad SAW seperti Hikayat Bulan
Belah

Prosa Moden

Menurut Annas Hj Ahmad (1988),hasil
karya sastera selepas 1800 masihi
digolongkan kepada sastera moden

Prosa moden terdiri daripada
Cerpen,Novel dan Drama

CERPEN

Gabungan dua perkataan iaitu cerita dan pendek.

CIRI-CIRI

Menjadi alat menggambarkan sikap,perasaan,pandangan
dan fikiran pengarang.
Memberi gambaran suatu zaman yang berhubung
dengan sosial ,politik atau ekonomi
Membawa satu tema sahaja
Dari segi perwatakkan ,cerpen hanya membawa
beberapa watak sahaja
Terdapat pertentangan watak protagonis dan antagonis
bagi mencetus konflik

NOVEL

Novel merupakan prosa rekaan yang panjang yang di
dalamnya termuat sebahagian daripada sebuah kehidupan

CIRI-CIRI

Menurut Hahron Ahmad (1972),novel
merangkumi tiga faktor iaitu pengalaman
peribadi,realiti rencam hidup dan imaginasi
Novel yang bercorak kemasyarakatan
dianggap menarik kerana mempamerkan
sikap kemasyarakatan seperti Novel Minah
Joget Moden menenai kesucian para
seniman dan seniwati Melayu
Novel bercorak kebangsaan pula mengenai
zaman kemerdekaan dan penentangan
terhadap kuasa British
Hal ini menceritakan pengalaman sendiri
pada waktu penjajahan dahulu
Terdapat juga novel percintaan melibatkan
pasangan yang boleh diadaptasi di dalam
drama

DRAMA

Drama merupakan satu bentuk karya yang
menyampaikan mesej atau pemikiran melalui
lakonan serta dialog

CIRI-CIRI

Mempunyai unsur intrinsik iaitu satu kesatuan yang
membentuk karya secara keseluruhan
Didukung oleh skrip drama yang menjadi panduan
kepada pengarah.
Bagi melakonkan cerita pelakon ataupun watak
mestilah memegang peranan yang ditulis dalam
skrip drama.
Pentas dan panggung juga penting bagi
menyempurnakan pementasan drama.
Dalam melaksanakan pementasan beberapa unsur
seperti cahaya,bunyi,pakaian atau disebut sebagai
kostum ,tata rias dan penonton juga unsur-unsur
yang penting dalam kesempurnaan pementasan
drama

PUISI TRADISIONAL

PANTUN

Menurut Harun Mat Piah (1989),telah memberikan
definisi pantun berdasarkan aspek dalaman yang
mempunyai unsur estetik manakala aspek luaran
merupakan struktur visualnya

CIRI-CIRI

Bentuk pantun berdasarkan bilangan baris dalam
rangkap iaitu pantun dua kerat,empat kerat,enam
kerat dan lapan kerat serta pantun berkait
Terdapat pembayang dan maksud
Bilangan suku kata bagi setiap baris ialah 4 hingga 6
patah perkataan
Rima atau bunyi akhir mestilah sejajar

Jenis-jenis Menyampaikan hasrat
seni
Menghibur Menyedapkan cakap
Nasihat Menyampaikan hasrat
Menduga akal tersembunyi
Meluahkan perasaan Budi
Percintaan

GURINDAM

Gurindam merupakan puisi Melayu tradisional
yang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji

CIRI-CIRI

Bentuk gurindam adalah terikat.
Suku kata gurindam dalam sebaris antara 8
hingga 12 suku kata
Bahasanya bernas dan serius manakala isinya
mengandungi nasihat,pengajaran,kebenaran serta
perasaan cinta

SYAIR

Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang dikatakan
berasal dari Parsi

CIRI-CIRI

Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat
baris serangkap dengan rima akhir 'a','a','a','a'.
Setiap baris mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan
dan suku kata pula 8 hingga 12 bagi setiap baris
Setiap rangkap memerlukan beberapa rangkap berurutan
bagi melengkapkan idea
Setiap untai syair mempunyai awalan dan akhiran

SELOKA

Seloka merupakan karangan berangkap yang
mengandungi unsur jenaka,ejekan,sindiran dan
gurau senda.

CIRI-CIRI

Sebahagian seloka Melayu ditulis dalam
bentuk terikat iaitu empat baris serangkap
seperti pantun seloka
Mengandungi cerita-cerita rakyat yang
berbentuk sindiran atau jenaka
Rimanya berbeza

PUISI MODEN

SAJAK

Pengucapan perasaan dengan perasaan yang
mengandungi fikiran dan tanggapan.

CIRI-CIRI

Sajak tidak terikat pada peraturan
Tiada pematuhan skima rima akhir
Nama penulis sebagai hak keatas sesebuah karya

FUNGSI-FUNGSI
KESUSASTERAAN

MELAYU

Fungsi kesusasteraan Melayu ialah
sebagai alat pendidikan .Sebagai contoh
murid-murid di sekolah boleh belajar puisi
tradisional seperti pantun dan gurindam
bagi menambahkan pengetahuan. Hal ini

dapat menambahkan insaniah dalam
kehidupan manusia serta menjiwai unsur
pendidikan agar dapat menguasai teknik

penulisan ilmiah semasa di sekolah

Seterusnya,fungsi kesusasteraan Melayu
ialah sebagai instrumen perpaduan

dalam kalangan rakyat bagi membina
sebuah negara bangsa yang bersatu
padu.Sebagai contoh,penduduk kampung

boleh mengadapan pertandingan
mengenai hasil karya kesusasteraan
Melayu bagi menyemarakkan perpaduan.

FUNGSI-FUNGSI
KESUSASTERAAN

MELAYU

Fungsi yang penting daripada
penghasilan kesusasteraan Melayu ialah
dapat memberi kepuasan estetik kepada

pembaca dan pengkarya.Sebagai
contoh,pengkarya akan berasa puas
apabila dapat mengetahui bahawa hasil

karyanya digemari oleh
pembaca.Sehubungan dengan itu dapat

menghiburkan dan melahirkan karya
yang membawa keseronokan yang indah

Kesusasteraan Melayu juga boleh
memberi pengajaran dan nilai murni
dalam kehidupan.Sebagai contoh, di
dalam gurindam dua belas terdapat
nasihat dan pengajaran yang boleh
diambil bagi meningkatkan keperibadian

diri

MANIFESTASI AKAL
BUDI PUISI

TRADISIONAL

PANTUN
NASIHAT

Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,

Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Manifestasi akal budi masyarakat Melayu dalam pantun ini
ialah dari aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melalui
aspek tersirat iaitu pemilihan diksi bagi pembayang yang
berkaitan dengan alam iaitu pisang emas.Umum tahu bahawa
pisang emas merupakan buah yang sedap serta boleh
membekalkan tenaga.Oleh sebab itu,pemantum memilih
pisang emas untuk berlayar kerana pisang emas dapat
membekalkan tenaga dengan cepat.Seterusnya,sifat pisang
emas iniyang akan masak sebiji demi sebiji menyebabkan
pisang boleh disimpan di dalam peti untuk keesokan
harinya.Hal ini menyebabkan masyarakat lebih berjimat-
cermat serta menjaga dengan baik sifat fizikal pisang tersebut
kerana boleh dijadikan buah tangan.Penjelasan di atas
membuktikan bahawa bertapa pentingnyapisang emas kepada
pelayar-pelayar agar tidak kelaparan.

Dalam bahagian maksud pantun pula frasa “hutang emas
boleh dibayar” pemikiran Melayu menunjukkan kita perlu
melangsaikan semua hutang-hutang jika kita berhutang. Frasa
“hutang emas” juga merujuk kepada sifat materialistik yang
dimiliki seseorang di dunia ini. Sedangkan frasa “hutang budi
dibawa mati” merujuk kepada kebaikan yang kita hulurkan
kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan dan hanya
Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Hal ini menunjukkan perlakuan masyarakat Melayu yang
berkhemah dan baik kerana sering menabur budi kepada
masyarakat lain.Tambahan itu,pantun nasihat ini
menerangkan keindahan gaya hidup orang zaman dahulu yang
hanya berbekalkan sedikit makanan tetapi bijak menyimpan
untuk keesokan harinya serta pengalaman dan nasihat yang
ditujukan di dalam pantun ini

GURINDAM DUA
BELAS FASAL KETIGA

Apablia terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpeliharan kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.




Bersungguh-sungguh engkau memelihara
tangan,
Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.

Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situ banyak orang yang hilang semangat .

Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

KARYA RAJA ALI HAJI

Akal budi pada gurindam dua belas fasal tiga ini pengarang
menjelaskan bahawa apabila hidup tidak mengenal perlakuan dan
tatasusila maka hidupnya sia-sia.Hal ini menyebabkan ,seseorang
akan akan mengalami kerugian jika tidak menjaga anggota badan
dengan baik dan memanfaatkan kebaikan daripada tubuh
badan.Selain itu,perbincangan akal budi masyarakat Melayu juga
boleh dilihat dalam konteks falsafah dan pemikiran dalam puisi
ini.Pemikiran yang dibincangkan dalam puisi inimenggambarkan
perlakuan dan kehidupan manusia .Sebagai contoh pada fasal dua
dan tiga menjelaskan bahawa apabila seseorang itu menjaga telingan
iaitu alat pendengaran dengan baik,seseorang itu akan hanya
mendengar perkara yang baik-baik sahaja manakala bagi rangkap
dua menerangkan bahawa seseorang yang menjaga lidah akan
mendapat banyak manfaat.Hal ini menyebabkan gurindam dua belas
fasal tiga ini mempunyai penyampaian yang artistik dan estetik.

Seterusnya,dalam gurindam ini penggunaan pertuturan yang
beradab dan nasihat yang ditonjolkan itu menghindari daripada
konflik penutur dan pendengar .Sebagai contoh,dalam fasal
empat,masyarakat dinasihati supaya tidak mengambil barang yang
bukan hak milik sendiri.Hal ini menyebabkan,masyarakat akan
mendapat pengajaran dan mengekalkan akhlak yang mulia terhadap
orang lain.

Manifestasi akal budi masyarakat yang boleh dikeluarkan daripada
gurindam ini ialah pada rangkap keenam iaitu anggota tengah
mestilah ingat agar tidak hilang semangat.Anggota tengah ditafsirkan
sebagai hati .Oleh itu,gaya hidup bagi masyarakat mestilah sentiasa
bersemangat dan sentiasa berpegang kepada hati bagi meneruskan
kehidupan.

Akhirnya,pengarang juga menekankan aspek etika ,sosial dan logikal
dalam penghasilan gurindam ini.Sebagai contoh dalam fasal satu
,masyarakat mestilah menjaga mata agar tidak melebihi angan -
angan yang ingin dicapai.Hal ini menunjukkan bahawa kepentingan
aspek logikal dalam penghasilan gurindam kerana maksud rangkap
tersebut menggalakkan manusia supaya tidak melebihi keinginan
dan sifat tamak diri sendiri .

SELOKA PAK
KADUK

Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung
tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Rumah runtuh awak menumpang.

Dalam seloka Pak Kaduk ini nertujuan untuk berhibur dan
berjenaka tetapi terselit unsur sindiran.Hal ini demikian
kerana Pak Kaduk mewakili sebahagian masyarakat Melayu
yang dikatakan mempunyai sifat-sifat yang negatif.Sikap yang
sepatutnya mendahului keluarga terdekat bukannya orang
luar yang hanya mementingkan orang luar dan aktiviti
perjudiannya menyebabkan keluarga dan kampung
tergadai.Sebagai contoh,Pak Kaduk yang berlaga ayam dengan
raja sehingga menyebabkan kampung tergadai.Setelah itu,bagi
frasa"Ada nasi dicurahkan,Awak pulang kebuluran" bermaksud
sewaktu ada makanan di rumah ,Pak Kaduk telah membuang
nasi tersebut kerana tidak berasa lapar lalu apabila dia
kelaparan ,nasi tersebut telah busuk dan tidak boleh dimakan
lagi.

Pengarang juga mengkritik sikap individu yang tidak
berfikir panjang dan hanya mendengar kata sendiri tanpa
memperdulikan isteri sendiri.Sebagai contoh,Isteri Pak Kaduk
telah meninggal kerana amarah Pak Kaduk sehingga tidak
memberikan makanan kepad isterinya . Bagi aspek akal budi
juga dapat dilihat apabila pengarang mengkritik sikap
masyarakat yang tidak memberi faedah kepada orang lain
sama seperti"Ayamnya menang,kampung tergadai".Bagi frasa
"Aduhai malang Pak Kaduk"menunjukkan Pak Kaduk yang
melakukan sesuatu perkara sia-sia tanpa berfikir panjang.

Keseluruhan isi seloka Pak Kaduk ini menyindir dengan sinis
tentang sikap sebahagian daripada masyarakat Melayu yang
bertindak tanpa memikirkan padahnya dan sikap yang negatif
dalam diri seseorang.Oleh itu,watak Pak Kaduk ini hanyalah
seseorang yang mewakili sikap keturunan Melayu yang perlu
diberi teguran dan pengajaran.

SYAIR

BURUNG NURI Bangun terjunun badan suatu,
Gundahlah fikir tiada tertentu,

Laksana cermin jatuh ke batu,

Remuk dan redam hancur di situ.

Bermula warkah surat rencana,


Ikatan fakir yang sangat hina, Remuk dan redam rasanya hati,

Sajak dan nazam banyak tak kena, Lenyaplah fikir budi pekerti,

Daripada pendapat kurang sempurna Jikalau kiranya hamba turuti,

Daripada hidup sebaiknya mati

Gerangan sungguh amatlah leta,

Perinya akal gelap-gelita,

Hemat pun rendah daif berserta,

Tambahan badan miskin dan nista KARYA

Beribu ampun kiranya tuan, RAHMAN KAEH
Atasnya hulu fakir nistawan,

Daripada masyghul gundah merawan,


Terperilah madah patik nin tuan.

Dituliskan sahifah supaya nyata,
Barang yang ghairah di dalam cinta,
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.

Sudahlah nasib untung yang malang,
Mengambah lautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan
walang.

Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Segenap pesisir desa negeri,
Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Santap nan tidak minum pun kari.

Dalam karya Syair Burung Nuri ini,aspek akal budi yang
ditunjukkan oleh penulis Rahman Kaeh ialah bagi
menerangkan mengenai adab dalam kehidupan seseorang
yang sering ditempuhi.Selain itu,penyair juga menggunakan
unsur alam dan perasaan yang berkaitan dengan kehidupan
manusia.Sebagi contoh,dalam rangkap ketujuh iaitu
mengenai perasaan sedih yang mengakibatkan
kehidupannya musnah.Hal ini menyebabkan masyarakat
akan bertindak di luar jangkaan dari segi perlakuan
terutamanya apabila berasa kekecewaan dan kesedihan di
dalam kehidupan.Di dalam rangkap kelapan,penyair sedar
kekecewaannya sehingga bertindak di luar fikiran dan
rasional.

Seterusnya,gaya kehidupan masyarakat yang sering
berendah diri dan dipandang hina oleh orang lain kerana
kehidupannya yang miskin diikuti dengan pemikirannya
yang tidak meluas .Hal ini menunjukkan kehidupan penyair
yang ditimpa banyak musibah dan cabaran sehingga ada
kalanya membuat dia berasa letih dan berhasrat untuk
mati.

Oleh itu,pemikiran masyarakat Melayu di dalam Syair
Burung Nuri ini dapat memberikan pegangan dan pedoman
kepada masyarakat zaman kini sebagai hala tuju hidup yang
lebih sempurna dan perlulah bertindak dengan bijak dalam
menempuhi cabaran yang mendatang.

RUMUSAN

Hal ini dapat membuktikan bahawa
Kesusasteraan Melayu dapat

meningkatkan kebahasaan dan
keindahan tulisan dalam sesebuah

karya.Seterusnya,hasil karya
kesusasteraan Melayu juga dapat
melahirkan pengkarya yang mampu
menghasilkan karya bertaraf dunia
.Hal ini menyebabkan generasi akan

datang lebih berintegrasi dan
menghargai kesusasteraan Melayu

agar tidak lapuk ditinggal arus
pemodenan negara.

RUJUKAN

Ali,A.(1994).Pengantar Pengajian
Kesusasteraan.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Annas ,H,A.(1988).Sastera Melayu:Lama dan
Baru.Masa Enterprise.
Azman ,R.,Nazri,M,Z.,Shamsudin,A,B,.Abdul
,R,H,.Hasnah,A,.(2022).Pengenalan
Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu.PUSTAKA
AL-EHSAN
Harun,M,P.(1989).Puisi Melayu
Tradisional.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim,A.(1987).Glosari Mini
Kesusasteraan.Fajar Bakti.Petaling Jaya
Salleh,M,H.(1995).Beyond the Archipelago,
Athens: Center of International Studies, Ohio
University.1995.


Click to View FlipBook Version