EDISI P E R P A D U A N D 1 I M A L A Y S I A B A G A I K A N T E L U R D I H U J U N G T A N D U K OKTOBER 2023 @frhansyahmi__
2 3 4 5 Isi Kandungan EDISI PERTAMA 1 6 7 8 9 10 11 12 Penghargaan Pengenalan Punca Kesan Langkah-langkah Isu semasa Iklan Wawancara eksklusif Harapan Kesimpulan Rujukan
PENGHARGAAN Pertama sekali, kami ingin merakamkan jutaan terima kash kepada pensyarah bagi subjek Penghayatan Etika dan Peradaban iaitu Puan Nurul Asma Binti Effendi kerana telah banyak memberi kami tunjuk ajar sokongan dan dorongan semasa menyiapkan e majalah yang bertajuk 'Utuhkah Perpaduan Rakyat Berbilang Bangsa di Malaysia' KETUA PENGARANG EDITOR PENOLONG EDITOR MUHAMMAD SHAROL BIN ABD AZIZ 16DTP22F1004 MUHAMMAD IRFAN BIN BASRI 16DTP22F1012 MUHAMAD FARHAN SYAHMI BIN SHAHARIL 16DTP22F1016 PENGARAH PENASIHAT PUAN NURUL ASMA BINTI EFFENDI 2 TN.HAJI MOHD RUZI BIN HAMZAH
Pengenalan Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina, India, Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia. 3 sumber:Https://ms.m.wikipedia.org
Apakah punca yang menyebabkan perpaduan di Malaysia tidak utuh ? Antara punca perpaduan di Malaysia tidak utuh ialah dari segi sentimen politik iaitu kebanyakkan parti politik di Malaysia lebih cenderung atau berasaskan kepada kaum. Sebagai contoh, UMNO dan PAS untuk orang Melayu, MCA dan DAP untuk orang Cina serta PPP dan MIC untuk orang India. Terdapat sesetengah pemimpin yang suka menggunakan isu perkauman sebagai modal politik mereka untuk menjayakan misi dan visi politik mereka. Selain itu, kebanyakkan masyarakat masih tidak berpuas hati kepada pengagihan kekayaan negara. Sebagai contoh ekuiti yang disasarkan oleh kerajaan kepada golongan bumiputera serta 30% masih lagi tidak kesampaian. Ekuiti bumiputera pada tahun 1970 hanya 7.9% dan pada tahun 1990 ekuiti tersebut masih lagi tidak tercapai iaitu sebanyak 21%. Kaum bukan bumiputera sentiasa berasa syak wasangka terhadap segala program kerajaan yang dikatakan menguntungkan pihak-pihak tertentu sahaja. 4 sumber:https://www.scribd.com/doc/166997124/Puncapunca-Yang-Boleh-Menjejaskan-Perpaduan
Kesan sekiranya perpaduan di Makaysia tidak utuh Antara salah satu kesan sekiranya tidak wujud perpaduan di Malaysia ialah keharmonian negara terjejas. Hal ini bermaksud bahawa tiada kesepaduan dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, rakyat tidak akan mempunyai matlamat yang sama dan tidak dikongsikan bersama. Hal ini menyebabkan keamanan negara, kerjasama antara masyarakat dan dedikasi masyarakat kepada negaea tidak dipupuk dan disempurnakan dengan jayanya. Hal ini menyebabkan keharmonian negara terjejas. Seterusnya, sekiranya tiada perpaduan antara rakyat Malaysia secara tidak langsung akan menjejaskan sistem pendidikan di Malaysia. Seperti mana yang kita tahu misi kementerian pelajaran Malaysia ialah membangunkan pendidikan yang berkaliti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu dan memenuhi aspirasi negara. KPM menetapkan matlamat iaitu melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia, bersepadu, beriman, berakhlak mulia dan lain-lain. Jelas dalam misi KPM yang mana misinya menitikberatkan hal kesepaduan dan perpaduan. Apabila wujudnya masalah perpaduan akan menjejaskan pembagunan pendidikan dalam negara. 5 Sumber:https://www.scribd.com/doc/99491126/Implikasi-KetidakwujudanPerpaduan-Kaum-Dan-Integrasi-Nasional-Di-Malaysia
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah perkauman Antara cara memupuk perpaduan kaum ialah ibi bapa memainkan peranan dalam mendidik anak-anak se jak kecil lagi. hal ini dikatakan demikian kerana ibi bapa merupakan suri teladan anak-anak. Misalnya, ibu bapa boleh mendidik anak supaya mengenali kawankawan yang berbilang kaum. Dalam hal ini, anak-anak akan memahami budaya berbilang kaum dan dapat mengelakkan perselisihan faham antara kaum. Jalslah bahawa, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak mereka se jak kecil lagi. Di samping itu, pihak kerajaan juga memainkan peranan yang paling penting dalam memupuk perpaduan kaum. Pihak kerajaan haruslah membuat video atau poster dan memuat naikkan mereka melalui medi massa dan laman sosial. Hal ini demikian kerana laman sosial pada masa ini bukan sahaja banyak digunakan oleh generasi mudah malahan generasi tua. Pihak kerajaan hendaklah mengadakan kempen atau ceramah perpadun kaum. Dari segi ini, masyarakat dapat menyedarkan diri dan mengetahui kepentingan perpaduan kaum. Jelaslah, pihak kerajaan memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum. Sumber:https://www.scribd.com/doc/33177261/Usaha-Memupuk-Perpaduan-Kaum 6
"Jelaslah bahawa punca utama masalah perkauman di malaysia ialah sekolah venakular.Oleh itu saya mencadangkan supaya mohon hapuskan sekolah venakular di peringkat sekolah rendah dan ibubapa juga boleh satukan anak-anak mereka dalam sekolah kebangsaan.Dengan ini anak anak mereka dapat mengeratkan lagi perpaduan berlainan kaum sejak kecil." Tahap perpaduan rakyat semakin baik BANGI: Sebanyak 812 kes dilaporkan tahun lalu menerusi sistem eSepakat membabitkan isu agama, keselamatan, perkauman dan kenyataan berbaur kebencian. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata, walaupun kes dilaporkan agak tinggi, kajian yang Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) mendapati perpaduan kini berada di tahap baik serta terkawal dengan skor 0.629 bagi tahun sama. July 4, 2023 @ 6:21pm Berita Harian jelaslah bahawa rakyat malaysia haruslah mengekalkan tahap perpaduan pada tahap yang terbaik agar isu seperti rusuhan kaum tidak berlaku lagi di Malaysia 7 Perpaduan kaum di Kelantan boleh dijadikan contoh - MB PASIR MAS: Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berharap konsep perpaduan kaum di negeri ini dapat dijadikan sebagai contoh dalam mengukuhkan lagi penyatuan pelbagai bangsa di Malaysia. Beliau berkata, konsep itu selari dengan kepelbagaian kaum yang hidup dengan penuh rukun damai di negara ini. Sinar Harian September 16, 2023 14:25 MYT Setiap rakyat malaysia di setiap negeri haruslah mencontohi perpaduan kaum yang ditetapkan di negeri kelantan. Hal ini agar setiap rakyat di Malaysia dapat boleh hidup dengan aman dan damai
8
WAWANCARA EKSKLUSIF 9 Neveethaa 19 Tahun "Maksud perpaduan bagi sayaialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapa kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalm oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu."
HARAPAN 10 Harapan saya ialah saya berharap rakyat Malaysia dapat mengetahui kepentingan mengekalkan perpaduan di negara ini seperti perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Hal ini kerana perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menank minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Saya berharap agar Masyarakat Malaysia memainkan peranan yang penting dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara Malaysia ini kekal dalam kemerdekaan. Saya berharap agar masyarakat Malaysia memupuk sifat perpaduan antara kaum. Hal ini kerana perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmoni an dapat dinikmati ibarat bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah memainkan peranan yang penting sepertimengadakan pelbaga program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 50 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini Laungan 'Malaysia Boleh' digeruni oleh negara luar. perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini KESIMPULAN 11
RUJUKAN https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perpaduan-kaum-di-kelantanboleh-dijadikan-contoh-mb-437654 https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2021/02/786274/3-objektifutama-dasar-perpaduan-negara-pm https://www.perpaduan.gov.my/images/document/penerbitan/Dasar_Perpaduan _Negara-1.pdf https://www.kosmo.com.my/2023/09/06/membina-malaysia-cemerlang-melaluiperpaduan-kaum/ https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/perpaduan-antara-kaumbertambah-baik/ https://akademik.upm.edu.my/artikel/perpaduan_kaum_di_malaysia_kepelbagai an_itu_kekuatan-74911 https://www.jpnin.gov.my/web/dasar-perpaduan-negara https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=rukun-negara-5-kunciperpaduan-di-malaysia https://ilhambooks.com/perpaduan-etnik-di-malaysia/ 12
Semenanjung: RM15.00 Sabah&Sarawak:RM20.00