Kaedah Pembayaran Atas Talian Lebih Mudah, Efisien Dan
Lebih Selamat Berbanding Pembayaran Secara Fizikal
30
25
20
15
10
5
0 SETUJU SANGAT TIDAK TIDAK SETUJU
SANGAT SETUJU SETUJU TIDAK SETUJU
SANGAT SETUJU SETUJU SANGAT TIDAK SETUJU
Rajah 13 : Kaedah pembayaran bagi pembelian atas talian adalah mudah dan efisen lebih
selamat berbanding pembayaran secara fizikal.
(Sumber : Borang Soal Selidik)
Pada pernyataan yang keenam, ialah kaedah pembayaran atas talian lebih mudah, efisien
dan lebih selamat berbanding pembayaran atas talian. Bagi kaedah pembayaran, seramai 11 orang
responden dengan kadar peratusan 37% sangat bersetuju manakala 15 orang responden yang
bersamaan dengan 50% bersetuju dengan pernyataan tersebut. Manakala, sebilangan 3 orang
responden iaitu 10 peratus tidak bersetuju terhadap pernyataan kaedah pembayaran apabila hanya
81 orang yang bersamaan dengan 3.33% sangat tidak bersetuju terhadap pernyataan ini majoriti
responden memilih bersetuju. Pengkaji berpendapat mereka bahawa membeli barang secara atas
talian lebih memudahkan kerja mereka lagi kerana pembayaran juga turut boleh dilakukan secara
atas talian tanpa perlu menyusahkan mereka keluar membuat pembayaran. Contohnya,
pembayaran dengan kad kredit, pembayaran dengan wang tunai dan pembayaran melalui bank.
44
5.4.7 : Analisis Pembelian Produk Atas Talian Boleh Membuat Aduan Apabila Tidak
Berpuas Hati Dengan Produk Yang Dibeli Secara Atas Talian
Jadual 20 : Taburan Responden Berdasarkan Boleh Membuat Aduan Apabila Tidak Berpuas Hati
Dengan Produk Yang Dibeli Secara Atas Talian.
Boleh Membuat Aduan Bilangan Peratus
Apabila Tidak Berpuas (Orang) (%)
Hati Dengan Produk Yang
Dibeli Secara Atas Talian
Sangat Setuju 7 23.3
Setuju 16 53.3
Sangat Tidak Setuju 6 20
1 3.33
Tidak Setuju (Sumber : Borang Soal Selidik)
Boleh Membuat Aduan Apabila Tidak Berpuas Hati
Dengan Produk Yang Dibeli Secara Atas Talian
30
25
20
15
10
5
0 SETUJU SANGAT TIDAK TIDAK SETUJU
SANGAT SETUJU TIDAK SETUJU
SETUJU
SANGAT SETUJU
SETUJU SANGAT TIDAK SETUJU
Rajah 14 : Pembelian barangan atas talian boleh membuat aduan apabila tidak berpuas hati
dengan produk yang dibeli.
(Sumber : Borang Soal Selidik)
45
Pada pernyataan yang ketujuh, ialah boleh membuat aduan apabila tidak berpuas hati
dengan produk yang dibeli secara atas talian 7 orang responden yang bersamaan dengan 23.3 %
menjawab bersetuju iaitu 16 orang responden yang kadar peratusan mempunyai 53.3%. Manakala,
16 orang responden memilih tidak setuju iaitu bersamaan dengan 20%. Hanya 1 orang responden
sangat tidak setuju iaitu 3.33%. Pengkaji berpendapat, penggunaan atau pembeli tidak berpuas
hati boleh terus membuat aduan bagi mengembalikan atau berunding untuk menukar barang
tersebut dengan penjualnya.
5.4.8 : Analisis Keseluruhan Berdasarkan Kelebihan Penggunaan Laman Pembelian
Barangan Secara Atas Talian.
Jadual 21, berikut menunjukkan taburan bilangan responden berdasarkan kelebihan
penggunaan laman pembelian ketika membeli barangan secara atas talian dalam kalangan
penduduk di Taman Sentosa. Untuk mengenal pasti penggunaan laman pembelian ketika membeli
barangan atas talian berkenaan barangan kehendak , pengkaji membahagikan tahap persetujuan
setiap kepada 2 bahagian iaitu setuju dan tidak setuju. Bahagian setuju merangkumi responden
atau sample yang sangat setuju (ss) dan setuju (S) dengan kenyataan yang dikemukakan . Manakala
bahagian tidak setuju merangkumi mereka yang sangat tidak setuju (STS) dan mereka yang tidak
setuju (TS) dengan kenyataan yang ditawarkan.
46
Jadual 21 : Taburan Peratusan Responden Berdasarkan Kelebihan Penggunaan Laman
Pembelian Barangan Secara Atas Talian.
SKALA LIKET JAWAPAN
BIL SANGAT SETUJU TIDAK SANGAT
SETUJU (S) SETUJU TIDAK
SETUJU
(SS) (TS) (STS)
BUTIRAN f %f % f % f%
1 Pembelian Secara Dalam Talian Boleh
Menjimatkan Masa, Kos Perjalanan & 13 43.3 16 53.3 0 0 1 3.33
Tenaga
2 Saya Berasa Harga Barangan Lebih 4 13.3 21 70 4 13.3 1 3.33
Murah Dan Harga Berpatutan
3 Saya Berasa Pembelian Secara Dalam
Talian Menawarkan Lebih Banyak 7 23.3 20 66.7 2 6.67 1 3.33
Pilihan Produk
4 Saya Berasa Barangan Yang Dibeli
Secara Berkualiti Tinggi Dan Tahan 6 20 13 43.3 10 33.3 1 3.33
Lama
5 Saya Boleh Dapat Berinteraksi Dengan
Penjual Secara Terus Bagi Mengetahui 6 20 18 60 4 13.3 2 6.67
Kualiti Produk
6
Kaedah Pembayaran Atas Talian Lebih
Mudah, Efisien Dan Lebih Selamat 11 36.7 15 50 3 10 1 3.33
Berbanding Pembayaran Secara Fizikal
7 Boleh Membuat Aduan Apabila Tidak
Berpuas Hati Dengan Produk Yang 7 23.3 16 53.3 6 20 1 3.33
Dibeli Secara Atas Talian
(Sumber : Borang Soal Selidik)
47
KELEBIHAN PEMBELIAN BARANGAN ATAS TALIAN
35
30 1 1 1 1 2 1 1
25 4 2 3 6
4
10
20 16 15
18 16
20
15 21
13
10
5 13 11
4766 7
0
SANGAT SETUJU SETUJU TIDAK SETUJU SANGAT TIDAK SETUJU
Rajah 15 : Keseluruhan Analisis Kelebihan Penggunaan Laman Pembelian Barangan Atas
Talian.
(Sumber : Borang Soal Selidik)
Sebagai rumusan, didapati bahawa terdapat pelbagai kelebihan yang diperoleh oleh
penduduk di Taman Sentosa ketika membeli barang melalui perniagaan atas talian. Antara contoh
kelebihan yang diperoleh oleh penduduk semasa membuat pembelian atas talian ialah dapat
membuat aduan apabila tidak berpuas hati dengan produk, dapat menjimatkan masa, kos
perjalanan dan tenaga dan harga barangan lebih mudah dan harga berpatutan. Selain itu, , antara
kelebihan-kelebihan yang menunjukkan pengaruh paling tinggi untuk membeli sesuatu barang itu
di atas talian ialah kelebihan harga barangan lebih murah dan harga berpatutan dan pembelian
dalam talian telah menarwarkan lebih banyak pilihan produk menjadi kelebihan yang tertinggi
dalam kajian ini. Dalam kajian ini, pengkaji berpendapat bahawa, e-dagang adalah landasan
perniagaan melalui Internet yang membawa pelbagai perubahan dalam kehidupan masyarakat
peniaga dan pengguna pada abad ini. Dapatan ini dibuktikan lagi dengan analisis yang kukuh yang
ditunjukkan melalui Jadual 21 dan Rajah 15.
48
5.5 Dapatan Temu Bual
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, temu bual adalah pertemuan dengan seseorang untuk
bersoal jawab. Kaedah temu bual merupakan satu kaedah yang efektif untuk mendapatkan
maklumat yang relevan kerana kaedah ini mampu mendapatkan maklumat yang lebih tepat,
lengkap dan mendalam. Teknik ini bertujuan bagi memastikan kajian yang dijalankan tidak
tersasar dan selari dengan objektif kajian.Pengkaji telah menemu bual 3 orang penduduk dari
Taman Sentosa Temu bual secara tidak formal digunakan oleh pengkaji disebabkan oleh akibat
pandemik Covid-19 baru-baru ini. Pengkaji telah menyediakan beberapa soalan telah diajukan
untuk mendapatkan maklum balas yang lebih mendalam berkaitan kajian daripada informan. Temu
bual agak sukar bagi melakukan secara formal jadi pengkaji mampu menemu bual informan
melalui aplikasi “Google Meet” dan juga aplikasi “WhatsApp”. Hasil temu bual telah dipaparkan
dalam Jadual 22.
Jadual 22 : Dapatan Temu Bual
BBualBual
INFORMAN
NO SOALAN INFORMAN 1 INFORMAN 2 INFORMAN 3
1 Apakah yang mendorong anda Saya terpengaruh Pembelian secara atas Pekara yang mendorong
untuk melakukan pembelian dengan barangan talian ini memudahkan saya untuk melakukan
secara dalam talian? yang dipakai pembelian. Hal ini pembelian atas talian
penggunaan laman kerana, saya boleh ialah saya dapat
sosial yang lain. membeli barang yang membandingkan kualiti
Menjimatkan masa saya suka tanpa perlu barang melalui ulasan
saya sebagai pelajar keluar dari rumah. Selain atau komen daripada
kerana tidak perlu itu, jika saya sibuk atau pelanggan lain.
keluar kedai. tiada kenderaan untuk
Pembelian barang keluar ke pusat membeli-
dapat dilakukan pada belah, saya masih boleh
bila-bila masa. membeli barang dari
rumah.
49
2 Adakah anda kerap membeli Ya, saya membeli Ya, saya membeli Tidak, saya membeli
barangan dalam talian dalam barangan dalam barangan secara dalam barangan secara dalam
tempoh sebulan? Jika ya, talian dengan talian sebanyak 5 kali ke talian apabila perlu
berapakah kekerapan anda kekerapan sebanyak atas. sahaja.
membeli barangan dalam talian? 3-4 kali sebulan.
Saya membeli Barangan yang saya Saya lebih suka membeli
3 Apakah jenis barangan yang anda pakaian, aksesori, sering membeli pakaian, barangan elektronik,
beli dalam talian? produk kecantikan, aksesori, beg, alat soket peranti dan mudah alih,
dan juga peralatan dan juga barangan dapur aksesori kereta.
perhiasan secara secara dalam talian. Hal
dalam talian. ini kerana, perniagaan
atas talian penjual banyak
menjual barang pakaian
yang mempunyai reka
bentuk terkini, jadi sebab
itulah saya sangat suka
membeli atas talian.
4 Bagaimanakah pengalaman anda Sepanjang saya Saya selalu mendapat Saya mendapati pelbagai
semasa melakukan pembelian membeli dalam potongan harga apabila pilihan barangan secara
secara dalam talian? talian hanya sekali membeli barangan secara dalam talian dengan
sahaja saya gagal dalam talian. mudah. Saya dapat
menerima barang. melayari dan mencari
Saya juga menerima barang dan yang
barangan dalam menepati kehendak
tempoh yang masing-masing.
ditetapkan dan dalam Pembayaran juga mudah
keadaan yang baik. dengan teknologi
perbankan internet hari
ini.
50
5 Pada pandangan anda, Pembelian dalam Saya berpendapat Pada pendangan saya,
bagaimanakah pembelian dalam talian membantu bahawa, dapat pembelian secara atas
talian membantu anda? saya mendapatkan menjimatkan kos untuk talian membolehkan
barangan yang saya ke kedai. Jadi, saya dapat saya mencari produk
perlukan walaupun menjimatkan masa dan mengikut kategori dan
saya sibuk. Saya kos dari perjalanan,petrol kriteria yang
berasa mudah ketika tambang teksi dan dikehendaki hanya
melakukan sebagainya. Saya tidak dengan menekan butang
pembelian dalam perlu beratur dan beresak yang disediakan. Oleh
kerana boleh ketika pembelian barang. itu, kemudahan melayari
membandingkan dan membandingkan
harga daripada harga atau kualiti produk
beberapa peniaga. yang diinginkan adalah
kelebihan yang
dinikmati apabila saya
membeli secara dalam
talian.
(Sumber : Aplikasi ‘Google Meet’ dan ‘WhatsApp’)
Dapatan kajian melalui kaedah temu bual telah membincangkan tentang amalan pembelian
dalam talian oleh penduduk Taman Sentosa. 3 orang informan telah ditemu bual bagi menjawap
lima soalan mengenai objektif kajian di penduduk Taman Sentosa. Responden menjelaskan
beberapa perkara yang mendorong responden melakukan pembelian secara dalam talian adalah
kerana mengikut trend semasa. Informan 2 terpengaruh dengan barangan yang dipakai oleh
pengguna laman sosial lain yang dirasakan mengikut fesyen semasa. Di samping itu, informan 1
berpendapat pembelian dalam talian ini menjimatkan masa responden kerana sebagai pelajar
informan tidak mempunyai masa untuk keluar membeli belah barangan.
51
Seterusnya, informan 1 menceritakan pengalaman melakukan pembelian secara dalam
talian yang dilakukan. Semenjak 3 tahun informan melakukan pembelian secara dalam talian,
informan 1 merekodkan hanya 1 barangan sahaja yang responden gagal menerimanya sehingga
kini. Informan juga berkata selama informan melakukan pembelian ini informan belum pernah
menerima barangan yang salah. Sebaliknya ada beberapa ketika informan menerima barangan
yang mempunyai kesan retak.
Di samping itu , informan juga mengambil kesempatan bagi berkongsi beberapa panduan
untuk menyelesaikan risiko yang dihadapi pembeli secara dalam talian. Informan menasihati
pembeli sebelum membuat keputusan untuk membeli dari sesorng peniaga, pembeli seharusnya
menyemak maklum balas pelanggan lain di akaun peniaga tersebut, jika dilihat meyakinkan
barulah pembeli boleh membuat bayaran. Selain itu, pembeli juga dinasihatkan tidak terburu-buru
dalam membuat bayaran bagi barangan yang hendak dibeli. Informan menasihati agar pembeli
meminta untuk melakukan urusniaga secara “cash on delivery” kepada peniaga bagi barangan
yang berharga.
5.6 : Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, dari segi pandangan ketiga-tiga informan secara keseluruhan
mengenai amalan pembelian secara dalam talian sememangnya membawa banyak manfaat dan
memudahkan urusan pembeli dan penjual terutamanya, pengkaji dapat membuat kesimpulan
bahawa harga barangan yang ditawarkan secara atas talian adalah amat murah sehingga
menyebabkan informan sering membeli barangan secara atas talian responden berpendapat
bahawa pembelian dalam talian banyak membantu responden mendapatkan sesuatu ketika
responden sangat sibuk. Responden juga menambah, pembelian dalam talian membantu informan
untuk menbandingkan barangan yang sama pada harga yang berlainan. Hal ini membantu
reponden untuk mendapatkan sesuatu barangan dengan harga jauh lebih murah.
52
6.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Bahagian ini merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan untuk memenuhi dua
objektif kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan pembelian secara atas talian dalam
kalangan penduduk di Taman Sentosa. Soal selidik telah digunakan sebagai instrument kajian ini.
Skop kajian ini adalah meliputi persoalan mengenai kelebihan penggunaan laman pembelian
ketika membeli barangan secara atas talian dalam kalangan penduduk di Taman Sentosa. Data
yang diperoleh daripada respondan dan informan telah membantu pengkaji mengetahui objektif
pengkaji menjalankan penyelidikan ini. Maklumat ini membantu pengkaji menjalankan
penyelidikan dengan lancar. Seramai 30 orang respondan telah dipilih secara rawak untuk
melengkapkan borang soal selidik yang telah diedar oleh pengkaji di Taman Sentosa dan 3 orang
informen dari kalangan respondan telah ditemu bual untuk mendapatkan maklumat dengan lebih
terperinci. Pengkaji telah menjalankan kajian keatas 30 orang responden berbeza jantina, bangsa
dan agama. Kajian ini adalah meliputi. Objektif kajian yang dijalankan oleh pengkaji ialah
mengenal pasti jenis -jenis barangan yang telah menjadi pilihan secara atas talian, dan juga
mengkaji kelebihan penggunaan laman pembelian ketika membeli barngan secara atas talian dalam
kalangan penduduk di Taman Sentosa. Kesemua 30 borang soal selidik telah berjaya dikutip.
Dengan kerjasama yang baik antara pengkaji dengan responden, pengkaji tidak menghadapi
kesukaran untuk mencapai objektif kajian yang dilakukan. Data mentah yang telah diperoleh
daripada kajian ini dianalisa oleh pengkaji sendiri. Analisa kajian ini dilakukan secara deskriptif
dengan mengambil kira kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian ini dipersembahkan dengan
menggunakan graf dan carta serta jadual.
53
6.1 : Mengenal Pasti Jenis-Jenis Barangan Yang Telah Menjadi Pilihan Secara Atas Talian
Oleh Dalam Kalangan Penduduk Di Taman Sentosa.
Daripada dapatan kajian, didapati bahawa amalan pembelian secara atas talian ini banyak
diamalkan oleh penduduk Taman Sentosa. Daalam hal ini 30 orang responden yang terlibat
menyatakan bahawa mereka mengerti dengan jelas mengenai konsep pembelian secara atas talian.
Dengan pemahaman terhadap konsep pembelian secara atas talian ini, penduduk yand
didiami di Taman Sentosa sering melakukan urusan pembelian barangan secara atas talian. Dalam
hal ini, terdapat pelbagai jenis barangan yang menjadi pilihan hati mereka untuk membeli barangan
secara atas talian seperti produk kosmetik, barangan dapur, pakaian, barang perhiasan, produk
kesihatan dan barangan aksesori.
Barangan utama yang kerap dibeli oleh penduduk di Taman Sentosa pula adalah pakaian.
Responden juga membeli pakaian secara atas talian kerana fesyen pakaian yang ada di atas talian
lebih bergaya dan mengikut perkembangan semasa. Namun, pakaian kurang mendapat pilihan di
hati responden kerana berkemungkinan sukar digantikan kembali jikalau menghadapi keralatan
saiz ataupun warna pakaian.
Barangan kedua, yang telah menjadi pilihan mereka ialah adalah barangan elektronik.
Barangan elektronik mendudukan tempat yang paling tinggi dalam kalangan penduduk di Taman
Sentosa, kerana proses pemilihan barangan elektronik yang berkualiti dan bersesuaian dengan cita
rasa pelanggan amat sukar dilakukan. Responden yang berani menanggung risiko sahaja berani
membeli peranti secara atas talian.
Barangan ketiga, pula ialah barang dapur responden yang terlibat dalam kajian juga ada
yang merupakan orang yang sudah berkahwin. Bagi responden yang sudah berkahwin, mereka
lebih cenderung membeli barang dapur yang agak menarik perhatian mereka yang ada di atas
talian.
Barangan yang keempat, ialah barangan perhiasan. Majoritinya perempuan yang selalu
membeli barangan perhiasan untuk menghias rumah bagi kelihatan cantik dan kemas dan
mempunyai pelbagai jenis reka bentuk terkini yang menarik demi mencantikkan sesuatu tempat
yang tertentu.
54
Barangan kelima yang menjadi pilihan penduduk di Taman Sentosa ialah barangan
aksesori. Barangan aksesori merupakan barang-barang tambahan dalam kelengkapan diri atau
sesuatu benda seperti kereta, telefon bimbit dan rumah. Responden yang sangat menjaga keunikan
dalam diri sendiri mahupun kebendaan amat gemar membeli barangan sedemikian.
Barangan keenam yang dibeli oleh penduduk di Taman Sentosa ialah barangan kosmetik
dan kecantikkan. Hal ini kerana golongan responden perempuan gemar menjaga kecantikan dan
penawaran terhadap barangan kosmetik amatlah berlambak diiklankan secara atas talian.
Barangan terakhir adalah produk kesihatan yang menjadi pilihan penduduk di Taman
Sentosa. Bagi barang kesihatan pula, lelaki dan perempuan akan membeli untuk menjaga kesihatan
dan juga penampilan fizikal mereka. Menurut informan, golongan lelaki sering dikatakan membeli
barangan seperti minuman berprotein untuk menaikkan saiz tubuh badan mereka untuk nampak
lebih baik. Bagi golongan perempuan pula, mereka sering dikatakan akan membeli produk
kesihatan untuk kulit dan badan mereka. Minuman untuk kecantikkan dan lain-lain selalunya kerap
dibeli secara atas talian kerana ianya mudah diperoleh dan ramai orang sering mempromosi
barangan di sosial media.
55
6.2 : Mengkaji Kelebihan Penggunaan Ketika Membeli Barangan Secara Atas Talian Dalam
Kalangan Penduduk Di Taman Sentosa.
Berdasarkan analisis yang telah dibuat, didapati kebaikan yang tertinggi diperoleh daripada
pembelian barang dalam talian ialah harga barangan murah dan harga barangan berpatutan.
kebanyakan mereka sangat setuju kerana semua harga barangan yang dijual adalah harga yang
berpatutan. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa harga produk yang lebih murah yang
ditawarkan oleh penjual menyebabkan mereka membeli produk secara dalam talian kerana setiap
pembelian secara pukal akan diberikan harga yang lebih murah.Pengkaji mengatakan ini kerana,
jika pengguna keluar dari rumah untuk berbelanja duit petrol untuk kereta perlu dikeluarkan.
Apatahlagi jika ditambahkan bayaran parking kereta. Ini disokong oleh nashfesyen.blogspot.my
(2013) ‘Duit tol dari Bangi ke KL sekurang-kurangnya RM20.00 duit petrol dan tidak termasuk
duit tol pergi dan balik serta nak bayar parking kereta apabila sampai ke destinasi. Oleh itu, kos
perjalanan ketika membeli barang dapat dikurangkan.
Seterusnya ialah pembelian secara atas talian memudahkan pembelian dan menjimatkan
masa,perjalanan, kos, dan tenaga. Menurut informan 1 dan 2, pembelian secara atas talian
sememangnya memudahkan pembelian kerana mereka tidak perlu keluar dari rumah untuk
membeli barangan di pusat membeli-belah, malah mereka boleh membeli dengan hanya duduk di
rumah atau di mana sahaja mereka berada. Semuanya mereka boleh dapati dengan sangat mudah
apabila membeli secara atas talian. Untuk menjimatkan kos dan masa pula, memandangkan
mereka tidak perlu keluar ke mana-mana, mereka menjimatkan kos dan masa mereka. Walaupun
mereka sibuk dengan kerja rumah atau kerja kursus mereka, mereka masih boleh melayari mana-
mana media sosial untuk membeli barang dengan mudah dan cepat.
56
Selain itu, banyak pilihan barangan ditawarkan dalam talian. Inilah yang menyebabkan
ramai pengguna di luar membeli barangan secara atas talian. Pilihan yang banyak menyebabkan
pendudk di Taman Sentosa suka membeli secara atas talian. Mereka boleh membeli bermacam-
macam benda dan hanya perlu memilih semuanya di laman sosial. Pengkaji berpendapat bahawa
lebih ramai responden bersetuju bahawa produk yang dijual mengikut trend terkini mendorong
mereka membeli secara dalam talian kerana setiap pembeli sentiasa ingin mengikut perkembangan
semasa sama ada dari segi pemakaian ataupun penggunaan gajet. Hal ini, pengkaji berpendapat
penjual barang dalam talian akan mengikuti trend terkini. Oleh itu, barang yang dibeli oleh
pengguna sentiasa trending dan berinovasi.
Selanjutnya, kualiti barangan tinggi dan lebih tahan lama. Keputusan analisis bagi
pernyataan ini menjelaskan bahawa. Ramai respondan berpuas hati dengan kualiti barangan secara
atas talian merupakan salah satu kelebihan yang menyebabkan pembelian atas talian. Hal ini
kerana, barangan yang dijual di atas talian turut mempunyai kualiti yang sama dengan di pasaran
nyata. Memandangkan kualiti yang boleh didapati di atas talian sama dengan kualiti di pasaran
nyata. Hal ini dikatakan demikian kerana produk yang tahan lama ini sudah semestinya
mempunyai tahap kualiti yang mampu memuaskan penggunanya itu sendiri ini Pengkaji
berpendapat bahawa produk yang berkualiti sememangnya menjadi pilihan mereka kerana
kebanyakan produk yang berkualiti ini tahan lebih lama berbanding produk yang tidak berkualiti.
Namun demikian, sebilangan responden kurang setuju mengenai tahap kualiti produk yang dibeli
kerana mereka hanya boleh melihat gambar yang diiklankan oleh penjual tanpa dapat meneliti
produk tersebut dengan sebaik-baiknya.
Bukan itu sahaja, responden akan dapat maklumat tentang penjual bagi dapat berinterkasi
atau mahu berkomunikasi dengan penjual secara terus bagi mengethui kualiti sesuatu produk. Hal
ini, pembeli akan dapat mengetahui latar belakang penjual itu dengan ulasan dan komen daripada
pihak lain. Ini supaya pembeli lain berasa yakin untuk berurusan dengan penjual tersebut. Mungkin
sesetengah pihak masih berasa ragu-ragu untuk membeli dalam talian tetapi apabila sudah
membeli ianya akan menjadi biasa kerana alah bisa tegal biasa. Oleh itu, pengguna akan sentiasa
berurusan dengan orang yang dipercayai walaupun tidak pernah berjumpa.
57
Tambahan pula, responden terlibat dalam pembelian dalam talian kerana kelebihan
pembayaran yang mudah. Pengkaji berpendapat, pembayaran atas talian yang paling mudah ialah
melakukan pembayaran dengan menggunakan akauan bank. Hal ini, pembeli cuma perlu
memasukkan nombor akauan bank dalam sesuatu pembelian dan segala proses pembayaran telah
pun selesai. Dengan teknologi yang canggih kini ,pembeli juga boleh menggunakan telefon pintar
sebagai pengimbas kad bank pembeli untuk melakukan proses pembayaran. Ini kerana disebabkan
kerajaan telah mengeluarkan arahan supaya kad bank haruslah ditukar kepada yang baru. Ini
kerana untuk meningkatkan kualiti pemindahan wang. Hal ini, pembayaran dapat dilakukan
dengan mudah dan disokong oleh Donna Greiner Thedore (2000) ‘mengekalkan sesuatu mudah
itu ialah sesuatu cara untuk mengembangkan perniagaan’. Oleh itu, pembelian atas talian akan
terus meningkat disebabkan kemudahan pembayaran barang.
Akhir sekali, sebahagian besar mengatakan boleh membuat aduan apabila tidak berpuas
hati dengan produk yang dibelinya.Pengkaji berpendapat, pengguna atau pembeli boleh
komunkasi dengan peniaga atau penjual sekiranya mendapati salah barang ataupun tidak berpuas
hati dengan apa yang dibelinya.Pengguna berhak untuk mengambalikan atau berunding untuk
menukar barang tersebut dengan penjualnya.
Intijahnya, perkara yang diatas menunjukkan di antara kelebihan yang dapat diperoleh oleh
penduduk di Taman Sentosa jika membeli barang yang datangnya secara dalam talian. Perkara ini
dapat meyakinkan mereka bahawa setiap pembelian di luar adalah lebih merugikan dari segi aspek
yang tertentu berbanding pembelian secara “online”. Oleh yang demikian, diharapkan agar
perniagaan dalam talian ini dapat berkembang maju selaras dengan perkembangan teknologi serta
dapat memajukan ekonomi negara pada masa akan datang.
58
6.3 : Cadangan
Setiap pengguna haruslah bijak dalam menilai kualiti perkhidmatan sekiranya ingin
membeli sesuatu produk atau perkhidmatan secara atas talian. Seperti menilai atau menyeliduk
terlebih dahulu tahap perkhidamatan atau berkenaan dengan maklum balas yang telah diberikan
sebelum ini oleh pelanggan-pelanggan lain dalam web tersebut.Jika pembeli ataupun pengguna
menyelidik terlebih dahulu, mereka akan lebih yakin terhadap kualiti perkhidamtan ditawarkan
oleh sesuatu perniagaan secara atas talian tersebut, pengguna mungkin menanggung risiko yang
besar atau masalah seperi penipuan dan produk yang telah dibayar tidak sampai pada tarikh atau
masa yang dijanjikan.
Justeru, menurut pengkaji kajian ini memberi implikasi kepada peniaga supaya lebih
memfokuskan kepada pengguna sasaran seperti menekankan aspek kepantasan penghantaran,
menambahbaik paparan laman web dengan menyediakan maklumat yang betul dan lengkap.
Peniaga juga perlu memfokuskan kepada strategi pemasaran supaya mereka boleh memahami
tingkah laku bakal pembeli. Selain itu, perkhidmatan yang selamat, boleh dipercayai, kepelbagaian
produk yang ditawarkan dan transaksi yang selamat adalah perlu bagi menarik minat pembeli baru
di samping dapat mengekalkan pembeli sedia ada.
Dari sudut pengguna pula, mereka perlulah dilengkapi dengan pengetahuan agar tidak
mudah tertipu dengan pembelian secara atas talian. Ini kerana di sebalik kepesatan perkembangan
jual beli secara atas talian, terdapat juga beberapa aduan yang telah dibuat oleh pengguna dalam
pelbagai aspek kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). Ini menunjukkan
walaupun perkembangan pesat pembelian secara atas talian, namun masih terdapat kelemahan dari
aspek keselamatan dan privasi kepada pengguna. Selain dari itu, capaian penggunaan internet perlu
dipertingkatkan dan diperluaskan ke seluruh kawasan agar jurang penggunaan internet bagi
pengguna bandar dan luar bandar dapat dikurangkan.
Oleh sebab itu, pengguna perlu sentiasa mempunya berfikiran waras dan sepatutnya bijak
dalam membuat keputusan dalam pemilihan serta menilai tahap kualiti perkhidmatan sesuatu
perniagaan secara atas talian sama ada terjamin atau sebaliknya.
59
6.4 : Kesimpulan
Kesimpulannya, pembelian secara atas talian sememangnya amat mudah dan
menyenangkan urusan pembelian barangan masyarakat. Hal ini kerana mereka mampu membeli
barangan secara atas talian mengikut selera dan kemampuan mereka. Barangan yang boleh dibeli
pula adalah terdiri daripada pelbagai-bagai jenis. Dapatan daripada kajian yang dijalankan didapati
jenis-jenis barangan yang menjadi pilihan dalam talian oleh penduduk di Taman Sentosa adalah
pakaian, peralatan dapur, barangan elektronik, produk kosmetik dan kecantikan dan produk
kesihatan dan ubat-ubatan. Kajian mendapati bahawa pembelian secara atas talian memang
didorong oleh beberapa kelebihan yang boleh dikenal pasti. Hasil daripada kajian yang telah
dijalankan oleh pengkaji, didapati bahawa terdapat beberapa pernyataan yang dipersetujui oleh
kebanyakan penduduk yang didiami di Taman Sentosa atas dasar rasional.
Justeru, adalah harapan pengkaji hasil kajian ini dapat memberikan pendedahan yang
mendalam kepada orang ramai tentang barang-barang yang boleh dibeli, serta kelebihan
pembelian secara atas talian dilakukan. Jadi, pembelian atas talian merupakan satu perkara yang
tidak asing lagi dari negara ini dan bertindak sebagai alat yang penting dalam kehidupan yang
serba moden ini.
60
7.0 : RUJUKAN
Ahmed Syahril Zulkeply.“Beli-belah dalam Talian Trend Terkini” dlm Utusan Malaysia,
31 May 2012.
Ammar Zahar.“Empayar Perniagaan Internet” dlm.Majalah Perniagaan, hlm 191-196, 2012.
Boenesaja (2012).Dicapai pada 2008, dari https://boenesaja.blogspot.my/2012/08/kelebihan-dan-
kekurangan-belanja-online.html
D. Dooley. “Business Book” dlm Business Book, hlm 2-5, 30 Jun 2007
Definisi Pembelian dalam Talian : https://ms.wikipedia.org/wiki/Membeli-belahdalamtalian
Dewan Bahasa dan Pustaka (2006),“Carian PRPM@DBP Malaysia Pusat Rujukan Persuratan
Melayu.” http://prpm.dbp.gov.my/ Search.aspx?k=pembelian (dicapai pada 3 Mei 2021)
Dicapai pada Februari 22,2013 dari http://www.majalahniaga.com/kajian-terhangat-statistik-jual-
beli-secara online-di-malaysia-2012-infografik.
Fatin Farhana Japre. “5 Trend Pembelian Dalam Talian” dlm. Harian Metro, 14Januari 2017
Mohd Azrone Sarabatin.“E-Dagang Perkasa Kerjaya Keusahawanan” dlm. Berita Harian, 9
November 2011.
Kak Ros (2013). Dicapai pada Oktober 31, 2013, dari
http://nashfesyen.blogspot.my/2013/10/kelebihan-membeli-belah-secara-online.html
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984.
Kamus Dewan, 2005, Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dwibahasa, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Pelajar Edisi Kedua , 2015. Kuala Lumpur, Percetakan Rina Sdn Bhd.
61
Mazlina, J, Nek Kamal Y.Y. (2014). Tinjauan: Pola Gelagat Pengguna Keatas Keputusan
Pembelian Secara Atas Talian. Unpublished Article.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
MyOrbitCafe Team (2012). Dicapai pada September 12, 2012, dari
http://myorbitcafe.blogspot.my/2012/09/10-sebab-kenapa-kita-harus-beli-barang.html
Nabila Yasmin Razib. “5 Kelebihan Beli Belah Atas Talian Lebih Menyeronokkan”dlm.
Utusan Malaysia, 13 Februari 2017.
Pembelian secara atas talian diakses pada 27 March dari
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Feminin/20120531/Beli-belah-dalam-talian-trend-terkini
Peta Papar dicapai pada 05 Mei 2021 dari https://www.google.maps.com.
Peta Papar dicapai pada 05 Mei 2021 dari https://www.wonderfulmalaysia.com
R. Kuberan et. Al, 2013. Teks Efektif STPM Pengajian Am (Penggal 2) 900/2. Petaling Jaya:
Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd.
Tim Majalah Peniaga (2013). Kajian-Statistik Jual Beli Secara Online di Malaysia 2012
(Infografik)
62
8.0 : LAMPIRAN
KOLEJ TINGKATAN ENAM SRI ISTANA,
JALAN ISTANA , KAWASAN 1 , 41000 KLANG, SELANGOR
BORANG SOAL SELIDIK
KERJA KURSUS PENGAJIAN AM KERTAS 4 ( 900 (4) PENGGAL 2 / 2021)
SOAL SELIDIK :
KAJIAN TERHADAP AMALAN PEMBELIAN ATAS TALIAN DALAM
KALANGAN PENDUDUK DI TAMAN SENTOSA
Kajian Kursus Ini Bertujuan Untuk :
(i) Mengenal pasti jenis-jenis barangan yang telah menjadi pilihan secara atas talian
dalam kalangan penduduk di Taman Sentosa.
(ii) Mengkaji kelebihan penggunaan laman pembelian ketika membeli barangan secara
atas talian dalam kalangan penduduk di Taman Sentosa.
❖ Soal Selidik ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan
Bahagian C.
❖ Responden perlulah menjawab semua soalan yang terdapat pada ketiga-tiga bahagian
tersebut.
Makluman kepada responden yang dikasihi :
Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan perlaksanaan kerja kursus yang diwajibkan ke atas pelajar
STPM bagi mata pelajaran Pengajian Am (900/4). Borang soal selidik ini bertujuan untuk mengenal pasti
jenis-jenis barangan yang telah menjadi pilihan serta mengkaji kelebihan penggunaan laman pembelian
ketika membeli barangan secara atas talian dalam kalangan penduduk di Taman Sentosa. Segala
maklumat yang diberikan akan dirahsiaBkaOnRdAanNiGa hSaOnyAaLdiSgEunLaIkDaInKbagi kepentingan kajian sahaja.
63
BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN
Arahan : Tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan.
1. UMUR
BAWAH 20 TAHUN
21-30 TAHUN
31-40 TAHUN
41-50 TAHUN
MELEBIHI 50 TAHUN
2. JANTINA
LELAKI
PEREMPUAN
64
3. BANGSA
MELAYU
INDIA
CINA
LAIN-LAIN
4. PENDAPATAN BULANAN
KURANG RM 1000
RM 1001-RM 2000
RM 2001-RM 3000
RM 3001-RM 4000
LAIN-LAIN
5. KEKERAPAN MEMBELI BARANGAN SECARA ATAS TALIAN DALAM
SETAHUN
1-2 KALI
3-4 KALI
5-6 KALI
LAIN-LAIN
6. KAEDAH PEMBAYARAN
PEMBAYARAN MELALUI BANK
PEMBAYARAN TUNAI SEMASA PENGHANTARAN
MELALUI KAD KREDIT
65
BAHAGIAN B : BAHAGIAN INI ADALAH UNTUK MENGENAL PASTI JENIS -JENIS
BARANGAN YANG SERING DIBELI SECARA DALAM TALIAN OLEH PENDUDUK
DI TAMAN SENTOSA.
Sila tandakan (/) pada ruang yang disediakan.
YA TIDAK
JENIS BARANG YA TIDAK
PAKAIAN WANITA
LELAKI / PEREMPUAN
BARANGAN
ELEKTRONIK
PERALATAN DAPUR
ALATAN SUKAN
PRODUK KECANTIKAN
DAN KOSMETIK
BARANGAN AKSESORI
PRODUK KESIHATAN
DAN
UBAT-UBATAN
66
BAHAGIAN C : BAHAGIAN INI ADALAH UNTUK MENGKAJI KELEBIHAN
PENGGUNAAN LAMAN PEMBEIAN KETIKA MEMBELI BARANGAN SECARA
ATAS TALIAN DALAM KALANGAN PENDUDUK DI TAMAN SENTOSA.
Sila tandakan (/) pada butiran yang disenaraikan di bawah. 4
123
SANGAT TIDAK
SANGAT SETUJU SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU
KELEBIHAN PENGGUNAAN JENIS LAMAN
NO PEMBELIAN 1 2 34
SAYA BERASA PEMBELIAN SECARA DALAM
1 TALIAN BOLEH MENJIMATKAN MASA, KOS
PERJALANAN & TENAGA
SAYA BERASA HARGA BARANGAN LEBIH
2 MURAH DAN HARGA BERPATUTAN
SAYA BERASA PEMBELIAN SECARA DALAM
3 TALIAN MENAWARKAN LEBIH BANYAK
PILIHAN PRODUK
SAYA BERASA BARANGAN YANG DIBELI
4 SECARA BERKUALITI TINGGI DAN TAHAN
LAMA
SAYA BOLEH DAPAT BERINTERKASI
5 DENGAN PENJUAL SECARA TERUS BAGI
MENGETAHUI KUALITI PRODUK
KAEDAH PEMBAYARAN ATAS TALIAN
LEBIH MUDAH, EFISIEN DAN LEBIH
6 SELAMAT BERBANDING PEMBAYARAN
SECARA FIZIKAL
BOLEH MEMBUAT ADUAN APABILA TIDAK
7 BERPUAS HATI DENGAN PRODUK YANG
DIBELI SECARA ATAS TALIAN
67
BORANG SOAL SELIDIK
(Sumber : https://docs.google.com/forms/link)
68
KOLEJ TINGKATAN ENAM SRI ISTANA,
JALAN ISTANA,KAWASAN 1, 41200 KLANG, SELANGOR
BORANG SOALAN TEMU BUAL
TAJUK : KAJIAN TERHADAP AMALAN PEMBELIAN ATAS TALIAN DALAM
KALANGAN PENDUDUK DI TAMAN SENTOSA
Arahan: Maklumat Am dan soalan -soalan temu bual ini dikemukakan kepada informan
secara lisan dan dicatat dalam boring temubual.
MAKLUMAT AM
NAMA INFORMAN 1 Sabarina A/P Selvasingam
NAMA INFORMAN 2 Umadevi A/P Sathasivam
NAMA INFORMAN 3 Thevesh A/L Rajanthiran
TARIKH TEMUBUAL
KAEDAH TEMU BUAL 20 Jun 2021
Aplikasi ‘‘Google Meet’’ &‘‘WhatsApp’’
69
SEKOLAH MENENGAH SRI ISTANA
JALAN ISTANA , 41200 KLANG
BORANG SOALAN TEMU BUAL KERJA KURSUS PENGAJIAN AM
1 ) Apakah yang mendorong anda untuk melakukan pembelian secara dalam talian ?
2) Adakah anda kerap membeli barangan dalam talian dalam tempoh sebulan?
Jika ya, berapakah kekerapan anda membeli barangan dalam talian ?
3) Apakah jenis barangan yang anda beli dalam talian ?
4) Bagaimanakah pengalaman anda semasa melakukan pembelian secara dalam talian ?
5) Pada pandangan anda, bagaimanakah pembelian dalam talian membantu anda ?
70
FOTO SESI TEMU BUAL (1)
Foto 3 : Pengkaji Menemu Bual Informan 1
(Sumber: ‘Google Meet’)
71
FOTO SESI TEMU BUAL (2)
Foto 3 : Pengkaji Menemu Bual Informan 2
(Sumber: ‘Google Meet’)
72
FOTO LOKASI KAJIAN
Foto 4 : Taman Sentosa
(Sumber : https://www.google.com/ )
(Sumber : Foto 5 : Kawasan Perumahan Di Taman Sentosa
(Sumber : https://www.google.com )
73