INFOLIBALERTS:
SIRI 3 2018
SEPTEMBER - DISEMBER
PROGRAM SAYANGI
MALAYSIAKU @ INFOLIBNEWS
TERAPI MEWARNA BERSAMA
CHE TAH
PERTANDINGAN BOWLING
INFOLIBNEWS 2018
PROGRAM SINGGAH SANTAI
PNM
KARNIVAL MINI LESTARI BUMI
HIJAU
BKC VISIT TO YAKULT
FACTORY
VISIT TO BOOK FAIR
BIG BAD WOLF"
MAJLIS PERPISAHAN CIK JAYA
CHITRA DAN NORHUSNA
AKTIVITI GALAKAN PENGGUNAAN
INFOLIBNEWS & BKC
BERNAMA, 27 Sept 2018 (INFOLIBNEWS) – Program Sayangi Malaysiaku
@ Infolibnews, Aktiviti Clientele Café Special For September 2018 telah
berlangsung sejak awal Ogos 2018 sehingga akhir September 2018
berlangsung di tingkat 11, Wisma BERNAMA. Program ini dijalankan
bersempena menyambut bulan kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia
yang jatuh pada 16 September pada setiap tahun. Objektif program ini
dijalankan untuk mendidik serta memberikan maklumat berkaitan tema
sambutan yang dipilih setiap tahun. Aktiviti yang dijalankan sepanjang
tempoh berkenaan melibatkan permainan tradisional dan jualan clientele
café.
Pada minggu pertama program ini
dijalankan sambutan menggalakkan
telah diterima oleh petugas
BERNAMA dengan permainan dam
aji dimainkan. Seperti kebiasaan
permainan ini dipelopori oleh kaum
lelaki yang tidak asing lagi dari
zaman kanak-kanak sehingga
golongan-golongan veteran akan
bermain di kedai-kedai kopi.
Sebelum permianan dijalankan,
para peserta perlu meminjam tiga
(3) buah buku untuk dibaca dan
akan mendapat slip cabutan
bertuah untuk dicabut pada hari
akhir program tersebut.
Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari
rabu bermula jam 12.30 tengah hari
sehngga jam 2.00 petang iaitu pada
waktu rehat. Pada minggu-minggu
seterusnya permainan carom, congkak
dan jengga. Pada hari terakhir program
kesemua permainan ini dimainkan untuk
menentukan tempat pertama dan kedua.
Selain itu pada sebelah pagi acara
diselitkan dengan perkongsian kisah
kehidupan oleh Tuan Haji Muammar
Eussofi dari meja Bahasa Arab yang
menceritakan pengalaman beliau
berhijrah ke negara Mesir pada usia
empat belas tahun (14) selama enam
tahun duduk menetap disana bagi
mendalami ilmu pengkhususan bidang
Bahasa Arab. Sejurus tamat sahaja
majlis perkongsian kisah kehidupan
tersebut, program disambung dengan
demo masakan oleh bekas petugas
InfoLibNews iaitu Puan Rohana.
Program diteruskan lagi dengan aktiviti
permainan tradisional peringkat akhir
untuk permainan dam aji, carom, congkak
dan jengga. Dalam kemeriahan aktiviti
dijalankan, jualan clientele café oleh
petugas InfoLibNews diadakan seperti
tahun-tahun sebelum ini, dengan pelbagai
aneka pilihan makanan yang enak.
Pengunjung yang datang pada majlis
penutup berpusu-pusu mendaftarkan diri
sebagai peserta Infohunt oleh kerana
hadiah yang dipamerkan telah menarik
minat mereka dan setiap pendaftaran
akan membawa pulang satu pek makanan
dari Nestle Malaysia secara percuma.
Program ini objektifnya adalah untuk memupuk minat petugas
BERNAMA cinta akan budaya membaca justeru itu, pada sebelah
petang aktiviti yang tidak asing lagi untuk program ini adalah ulasan
buku. Aktiviti ini agak kurang mendapat sambutan tetapi tidak
mematahkan semangat pihak penganjur tetap terus menjalankan
aktiviti yang saban tahun dilakukan. Ia di adili oleh Puan Fatin Najmi
dan Encik Zarif Haizad. Beberapa kriteria digariskan untuk dikira
sebagai pemenang.
Diakhir program iaitu di majlis penutup, kehadiran Yang Berbahagia
Ketua Pengarang BERNAMA iaitu Datuk Zakaria Abdul Wahab
bersama Timbalan Ketua Pengarang Datuk Mokhtar Hussin telah
memeriahkan upacara penyampaian hadiah. Untuk kategori permainan
dam aji Encik Mohamod dari InfoLibNews telah memenangi,
permainan carom telah dimenangi oleh Saudara Fadzli dari
InfoLibNews, sementara congkak pulak saudari Ainina dari
Permasaran Foto dan Jenggan oleh Cik Sarah dari Jabatan Akaun.
Cabutan bertuah ditunggu-tunggu oleh kesemua peserta yang telah
mendaftarkan nama sejak hari pertama program ini diadakan.
Setelah selesai majlis penyampaian hadiah, kejutan yang dilakukan
diakhir penutup program tersebut adalah sambutan hari lahir Datuk
Zakaria Abdul Wahab dengan memotong kek dan sedikit jamuan
ringan yang telah disediakan oleh pihak InfoLibnews.
Majlis telah tamat sepenuhnya pada jam 5.00 petang. Terima kasih
kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Program Sayangi
Malaysiaku @ InfoLibNews, Aktiviti Clientele Café Special For
November bagi tahun 2018.
BERNAMA, 16 Oktober 2018 (Shah Alam) – “Terapi Mewarna Bersama
Che Tah”, ia adalah program yang melibatkan petugas InfoLibNews
diketuai oleh Puan Hajah Hasnita Ibrahim dalam mempraktikan aura
positif serta mengenali diri melalui penggayaan warna yang dihasilkan.
Program telah berlangsung di Majlis Agama Islam Selangor, MAIS.
Terapi mewarna ini bermula pada jam 9.30 pagi dan telah dihadiri
seramai 22 orang peserta kesemuanya dari kakitangan MAIS. Program
ini tamat sekitar jam 1.00 tengah hari. Kesemua peserta pada hari
tersebut mendapat hadiah mereka serta pemenang telah dipilih
berdasarkan kreativiti mereka.
Dalam aktiviti “Terapi Mewarna Bersam Che Tah” ia dapat memupuk aura
yang positif serta memberikan keceriaan sebagai terapi minda kepada
petugas.
InfoLibNews Bowling
Tournament
BERNAMA, 24 November 2018 (Ampang
Superbowl, Ampang Point Shopping Centre) -
“Pertandingan Bowling InfoLibNews 2018”
adalah acara yang julung kali diadakan sebagai
satu aktiviti riadah. Program ini telah
dikendalikan oleh saudara Akmal Hakim
bersama-sama petugas InfoLibNews yang lain
untuk menjayakan aktiviti ini.
Objektif utama ia diadakan adalah untuk
mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan
diantara petugas-petugas dan dapat
menghilangkan penat bekerja seharian. Selain
itu, petugas juga dialu-alukan untuk membawa
ahli keluarga mereka yang lain untuk turut serta
dengan ini dapat mengumpulkan keluarga besar
InfoLibNews.
Aktiviti ini telah dilangsungkan pada hari Sabtu
iaitu 24 November 2019 bertempat di Ampang
Superbowl, Ampang Point Shopping Centre.
Perlawanan ini telah disertai seramai 25 orang
dan dipecahkan kepada 5 buah kumpulan
mewakili warna-warna seperti merah, kuning,
hijau, biru dan oren. Perlawanan ini dimainkan
sebanyak dua pusingan bagi setiap kumpulan,
markah tertinggi untuk kumpulan tersebut akan
dikira sebagai pemenang. Untuk kategori
berkumpulan pasukan biru telah memenangi
kategori tersebut dengan markah yang paling
tinggi. Untuk kategori individu, saudari Wan Nor
Azriyana telah memenangi acara tersebut
dengan meninggalkan para peserta lain dengan
jumlah jatuhan pin yang besar.
Pertandingan bowling telah tamat sepenuhnya
pada jam 3 petang dengan acara penyampaian
hadiah serta sesi bergambar sebagai penutup
pertandingan tersebut.
Singgah
Santai@PNM
BERNAMA, 03 November 2018
(Perpustakaan Negara Malaysia) –
“Program Singgah Santai PNM” telah
berlangsung pada 3hb November 2018
iaitu bertemakan sains dan teknologi
seiring inovasi. Program ini telah
mendapat sambutan yang menggalakan
dari pengunjung dan pempamer.
BERNAMA khususnya InfoLibNews
telah mengambil bahagian sebagai
pempamer dengan menyediakan
pelbagai aktiviti untuk memeriahkan
seperti photobooth, mewarna dan kuiz.
Program ini sering mendapat
penglibatan yang ramai oleh organisasi
luar, sebagai rakan kerjasama dalam
memupuk minat membaca di kalangan
rakyat Malaysia.
Program ini dapat menarik minat di
kalangan kanak-kanak serta dapat
mempromosikan InfoLibNews
khususnya entity BERNAMA sebagai
medium sumber maklumat kepada para
pelanggan yang datang pada hari
terbuka di “Program Singgah Santai
PNM”.
Karnival Mini
Lestari Bumi Hijau
BERNAMA, 29th November 2018 Level 10, Wisma Bernama – Pihak
InfoLibNews dengan kerjasama BERNAMA Kids’ Club (BKC), Kebun Bandar
BERNAMA, Pusat Kecemerlangan, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM),
LizAziz Terrarium, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
SWCorp, Gardenia, KFC, UTM, Karangkraf dan Careertive talah
mengadakan Karnival Mini Lestari Bumi Hijau dan Perasmian Kebun Bandar
BERNAMA.
Perasmian Kebun telah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg.
Datuk Zakaria Abdul Wahab di Kebun Bandar BERNAMA. Seramai 80
petugas turut serta menanam anak pokok. Perkongsian cara penanaman
anak pokok oleh Encik Ghazali Mohd Satar, Pesara Pegawai Kanan
Pertanian, UPM.
Kebun Bandar BERNAMA ini merupakan cadangan DBKL dalam usaha
menaiktaraf Kawasan Sungai Bunus yang bakal dijadikan sebagai tempat
rekreasi awam dan pengurusan BERNAMA telah menyambut baik cadangan
ini. BERNAMA merupakan salah satu pemegang taruh yang terlibat dalam
menjayakan pertandingan ini. Mula beroperasi pada awal Januari 2018 dan
bergerak dalam kumpulan kecil sukarelawan yang sudi memberikan tenaga
dan jasa untuk menghidupkan kebun. Sukarelawan tersebut yang diwakili
daripada pelbagai jabatan/bahagian seperti Jabatan Sumber Manusia dan
Pentadbiran, Jabatan Kewangan dan Akaun, dan juga Jabatan Pengarang.
Program diteruskan di tingkat 10 Wisma BERNAMA pada jam 11 pagi
dengan sesi bicara penanaman pokok oleh Dr Siti Salwana Hashim dari
FRIM dan Demo tanaman hiasan terrarium oleh Encik Aziz dari LizAziz
Terrarium. Selepas rehat tengah hari ahli BKC dan petugas turut serta
dalam pertandingan melukis kraftangan di atas batu. Pertandingan ini
dapat melihat kreativiti terutamanya anak-anak ahli BKC dengan pelbagai
corak yang telah dihasilkan.
Selepas pertandingan tersebut, para peserta disajikan dengan bicara
Kelestarian Alam Sekitar yang telah disampaikan oleh Encik Farhan Abd
Munir dari SWCorp. Sesi perkongsian ini amat membantu dan memberi ilmu
kepada peserta yang hadir tentang cara penanaman pokok dan seterusnya
menjaga ekosistem bumi.
Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai pameran dan jualan turut
diadakan bagi menarik minat pengunjung. Antara pameran jemputan yang
hadir dari PNM yang menyediakan perpustakaan mini dan perkhidmatan
pendaftaran ahli PNM; jualan & bengkel penghasilan pokok hiasan oleh
LizAziz Terrarium; bengkel melukis komik dari Careertive; pameran FRIM,
SWCorp, dan Kebun Bandar BERNAMA
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Puan Sharifah Zaini Syed Zain,
Pengurus Kanan Kewangan & Akaun BERNAMA. Penyampaian hadiah
kepada para pemenang dan cabutan bertuah bagi peminjam dan pengunjung
bertuah turut diadakan. Karnival mini ini diakhiri dengan sesi memotong
kek sempena menyambut hari jadi dan meraikan anak-anak ahli BKC.
Seramai 87 orang petugas BERNAMA, 20 ahli BKC dan 40 pungunjung
organisasi luar telah turut serta. Dengan pinjaman 309 buah buku dan 103
orang peminjam telah direkodkan.
BKC visit to
Yakult Factory
BERNAMA Kids’ Club telah mengadakan lawatan ke Kilang Yakult,
Seremban dan ke Muzium Automobil, Sepang pada 6 Disember 2018.
Program disertai dengan seramai 19 orang ahli BKC, 2 orang petugas
dan 3 orang urusetia InfoLibNews.
Ahli BKC dan petugas bertolak dari perkarangan BERNAMA pada
jam 8.30 pagi dan tiba di kilang Yakult pada 10.30 pagi. Rombongan
terus dijemput masuk ke dalam bilik taklimat dan diberi penerangan
ringkas oleh petugas Yakult mengenai sejarah, cara pembuatan dan
kebaikan minuman Yakult. Seterusnya rombongan dibawa melihat
sendiri proses pembuatan di dalam kilang. Pengunjung hanya
dibenarkan melihat proses tersebut dari luar sahaja kerana
prosedur keselamatan dan kebersihan di tempat tersebut. Larangan
kepada semua pengunjung untuk tidak mengambil sebarang gambar
semasa di dalam kilang tempat pemprosesan tersebut.
Rombongan lawatan seterusnya menikmati makan tengah hari di
Restoran Selera Nogori di Oakland Commercial Seremban. Setelah
selesai, ahli rombongan meneruskan perjalanan ke Muzium Automobil
di Sepang dan tiba di muzium jam 2.00 petang.
Ahli rombongan dijemput mesra oleh petugas muzium dan terus dibawa
ke mini auditorium untuk sesi taklimat ringkas. Pegawai bertugas
menerangkan serba sedikit mengenai sejarah dan cara operasi di
muzium ini. Ahli rombongan dibenarkan untuk melawat kereta pameran
yang disediakan tetapi dengan syarat untuk tidak menyentuh atau
menaiki kereta tersebut. Pelbagai kereta yang dipamerkan dari dalam
dan luar negara antaranya model Proton Saga yang pertama dikeluarkan.
Lawatan selesai pada pukul 4 petang dan semua ahli rombongan pulang
ke BERNAMA dan tiba pada pukul 5 petang.
Visit to Book Fair
"Big Bad Wolf"
Khamis – 13 Disember 2018, InfoLibNews turut mengadakan lawatan
ke pesta buku Big Bad Wolf di The Mines. Program ini memberi
peluang kepada petugas dan ahli BKC untuk membeli koleksi buku
dengan harga yang berpatutan. Seramai 11 petugas, 8 orang ahli BKC
dan 5 orang urusetia InfoLibNews telah turut serta.
Peserta rombongan lawatan bertolak pada jam 9 pagi dan tiba di
lokasi pada pukul 10. Semua peserta teruja untuk membeli buku di
pesta buku tersebut kerana harga jauh lebih murah dari pasaran. Di
sini mereka mengambil kesempatan untuk membeli dengan kuantiti
yang yang kerana sangat berbaloi. Semua kembali berkumpul pada
pukul 1 petang untuk bergerak pulang ke BERNAMA. Peserta
selamat tiba di BERNAMA jam 2 petang.
Majlis perpisahan Cik
Jaya Chitra dan Norhusna
Rabu – 19 Disember 2018, Majlis perpisahan petugas pada kali ini
melibatkan dua individu yang telah berkhidmat dengan InfoLibNews dari
dua bahagian yang berbeza. Cik Jaya Chitra telah mendapat tawaran
untuk berkhidmat di BERNAMA News Channel setelah tiga tahun beliau
menabur bakti di InfoLibNews sebagai pegawai penyelidik dan telah
membantu banyak dalam mendapatkan cenderhati untuk program serta
aktiviti yang telah dilakukan oleh InfoLibNews.
Norhusna ialah pelajar latihan industri selama 5 bulan dan telah
menimba ilmu di ketiga-tiga unit yang berada di InfoLibNews dengan
baik. Selain itu adik husna juga telah melibatkan diri untuk “Karnival
Mini Lestari Bumi Hijau” sebagai pengacara majlis dan pengatur acara
untuk karnival tersebut. Adik Husna mengambil jurusan Sains
Kepustakawanan. Semoga segala ilmu yang dicurahkan serta dikongsi
bersama adik husna dapat digunakan olehnya dimasa akan datang.
Aktiviti Galakan Penggunaan
InfoLibNews & BKC
Khamis – 20 Disember 2018, Bengkel Penulisan dan Terapi Mewarna bersama
Che Tah turut diadakan untuk ahli BKC bersempena cuti sekolah. Bengkel
Penulisan telah disertai oleh 7 orang ahli yang berumur 12-17 tahun manakala
Terapi Mewarna seramai 12 orang ahli iaitu berumur 6-11 tahun.
Puan Erda Khursyiah dari Meja PBDN dijemput sebagai tenaga pengajar untuk
Bengkel Penulisan. Bengkel ini amat membantu adik-adik ahli BKC untuk
membuat karangan dengan lebih baik terutamanya kepada mereka yang akan
menghadapi peperiksaan besar pada tahun 2019.
Sementara itu, 12 ahli telah turut serta bersama Che Tah di dalam terapi
mewarna. Ini dapat dapat meningkatkan kreativiti ahli disamping mempelajari
teknik-teknik untuk mewarna dengan lebih baik.
Turut diadakan Demo masakan oleh Chef Liza pada 12 tengah hari. Menu
masakan yang diajar oleh Chef ialah daging masak hitam manis, sambal udang
bilis petai, dan ayam masak lemak belimbing dan untuk pengetahuan menu
ini menggunakan produk keluaran Chef Liza sendiri.
Para pengunjung disajikan dengan tayangan filem ‘Pulang’ semasa rehat
tengah hari yang mana petugas dan ahli BKC dapat menonton sambal
minikmati makan tengah hari. Pada petang pula, pertandingan dam aji untuk
BKC telah diadakan. Majlis penutup telah disempurkan oleh Puan Hasnita,
Pengurus Maklumat dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang bagi
pertandingan mewarna, penulisan karangan terbaik, pertandingan congkak,
dan dam aji.
SIRI 3 2018
INFOLIBNEWS
6 NEGARA
TERBESAR
ASIA
INFOLIBALERTS SIRI 3 2018
SIDANG PENGARANG
PENASIHAT & EDITOR:
HASNITA HJ. IBRAHIM
(PENGURUSAN PENGETAHUAN)
CIK RASHIDAH ABD GHANI
(JABATAN PENGARANG)
JIZNI AZRIN JUHARI
(PENGURUSAN PENGETAHUAN)
PEREKA GRAFIK:
RABIATUL MARYANI
WAKTU OPERASI:
Monday - Friday ULASAN FILEM BIBLIOTERAPI:
- 8.30 a.m. to 6.00 p.m. TAARE ZAMEEN PAR
Saturday /Sunday/Public Filem ini mengisahkan Ishan Awasthi yang selalu mendapat gred
holiday tercorot dalam kelas dan tidak mampu membaca dan menulis
- Closed
walaupun sudah berada dalam gred 3. Namun, dia seorang yang
ALAMAT: suka melukis dan berimaginasi. Dia dilihat sebagai seorang kanak-
Tingkat 11, Wisma BERNAMA, kanak yang tidak mendengar kata iaitu degil. Kemuncaknya,
28 Jalan 1/65A, Off Jalan Tun ayahnya telah menghantarnya ke sekolah berasrama penuh. Di situ,
Razak, W.P. Kuala Lumpur.
dia mengalami kemurungan. Namun tidak juga pandai membaca
Tel: 603-26962203 Fax: 603- dan menulis. Keadaannya masih sama sehinggalah guru sementara
26944203
iaitu cikgu Ram datang membantunya. Guru itu menyedari bakat
HUBUNGI KAMI Ishan dan Ishan berasa dihargai disaat diajar oleh guru itu
KETUA JABATAN MODAL INSAN sehinggalah dia pandai membaca dan menulis mengikut cara yang
SHARIFAH ZAINI SYED ZAIN (321) kreatif. Akhirnya, lukisan Ishan menjadi penghias muka depan
majalah sekolah kerana mendapat tempat pertama dalam
PENGURUS MAKLUMAT pertandingan.
HJH. HASNITA HJ. IBRAHIM (420)
Ulasan oleh: Rabiatul Maryani
PENOLONG PUSTAKAWAN/ KETUA UNIT RUJUKAN & DIGITAL
JIZNI AZRIN JUHARI (172) PETIKAN
UNIT RUJUKAN
WAN NOR AZRIYANA WAN ALI (587)
HAFIZZUL HAKIMI HAMZAH (316)
UNIT DIGITAL
NUR ATHIRAH CHE ZAHARIMAN (565)
MUHAMMAD NASRUL ABDUL RAHIM (656)
BAHARUDIN JALIL (205)
SURIA IBRAHIM (206)
PUSTAKAWAN/ KETUA UNIT PANGKALAN DATA TOKOH &
BERPERKARA
ROZLEN MUSTAPHA (271)
UNIT PANGKALAN DATA TOKOH
MUHAMMAD ABDUL HADI JURIMI (657)
MOHAMOD NIK (203)
NURLIZAWATI YAHYA (439)
AKMAL HAKIM (168)
MOHAMMAD IQBAL (169)
UNIT PANGKALAN BERPERKARA
NUR ANIS AQILAH MOHD LIMY (680)
AMIR MUHAMAD SHAFIE (175)
SITI NUR AZAHANI AB. RAZAK (167)
PEGAWAI PENGURUSAN MAKLUMAT/KETUA UNIT PAKEJ
MAKLUMAT
WAN NOR AZURA MIOR ABDUL AZIZ (679)
UNIT PAKEJ MAKLUMAT
MOHD TADZMAN UTUH TANG (676)
MUHAMMAD FADHIL ZULKEFLE (185)