1. Program perkhemahan merupakan suatu aktiviti yang
menyeronokkan.
2. Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat dapat dilakukan
semasa perkhemahan.
3. Lokasi yang sesuai untuk dijalankan aktiviti perkhemahan:
i. padang sekolah
ii. hutan rekreasi
iii. kawasan pergunungan
iv. Kawasan pantai / tasik / sungai
v. pusat kokurikulum dan sebagainya.
4. Barangan keperluan yang sesuai dibawa ketika
perkhemahan:
i. Uniform lengkap (untuk majlis penutupan
ii. khemah yang sempurna
iii. pakaian sukan/riadah
iv. pakaian dan alatan solat
v. pakaian aktiviti (kemeja T, seluar aktiviti)
vi. ubat persendirian
vii. lampu suluh
viii.pakaian dan alatan mandi (sabun, tuala mandi,
ubat dan berus gigi)
ix. alat Tulis (pen, pensel, pembaris, pemadam, buku
catatan).
5. Peralatan yang tidak perlu dibawa oleh peserta perkhemahan
(barangan larangan):
i. alatan tajam (pisau, parang dan sebagainya kecuali dengan
kebenaran guru)
ii. alat elektronik (radio, kamera, komputer riba)
iii. telefon bimbit (disimpan oleh guru)
iv. barangan kaca (pinggan kaca, gelas kaca)
v. bahan hiburan (majalah hiburan, permainan kad)
vi. barang kemas (cincin, rantai leher)
vii. wang yang banyak
viii. mancis (kecuali dengan kebenaran guru).
MENGENAL ALATAN PERKHEMAHAN
1. mempunyai punca air untuk memasak, air minum, membersihkan diri
dan sebagainya. Namun amat dilarang mendirikan khemah terlalu dekat
dengan sungai kerana dikhuatiri paras air akan naik secara tiba-tiba.
2. Permukaan muka bumi yang rata dan kering dengan berkedudukan tinggi
sedikit daripada kawasan sekitarnya untuk mengelakkan air bertakung
ketika hujan lebat.
3. Dilarang mendirikan khemah di bawah pokok yang besar, dahan mati
atau yang sudah tua kerana dikhuatiri risiko pokok tumbang atau dahan
runtuh.
4. Tapak perkhemahan jauh dari semak dan belukar untuk mengelakkan
bahaya binatang berbisa seperti ular, kala jengking dan lipan.
5. Elakkan kawasan yang terlalu lapang atau puncak bukit kerana akan
terdedah kepada tiupan angin kencang.
6. Tapak khemah terlalu dekat dengan kaki bukit mengelakkan bahaya
tanah runtuh.
7. Mudah dihubungi oleh orang luar jika berlaku kecemasan.
8. Kawasan perkhemahan mendapat pancaran cahaya matahari juga amat
penting bagi tujuan mengeringkan pakaian dan peralatan perkhemahan.
1. Gejet merupakan aksesori penting yang dibina semasa aktiviti
perkhemahan.
2. Terdapat pelbagai jenis gajet yang biasa dibina oleh perserta
perkhemahan seperti rak kasut, rak pinggan, rak untuk alatan
tajam, penyidai pakaian, tiang bendera dan sebagainya
3. Tujuan membina gajet semasa perkhemahan adalah seperti berikut:
a. Memastikan tapak perkhemahan berada dalam keadaan kemas dan
selesa.
b. Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
c. Memupuk semangat kerjasama dan saling bantu semasa membina
gajet.
d. Mewujudkan persaingan secara sihat (pertandingan membina gajet).
4. Bahan dihutan yang boleh digunakan untuk membina gajet
a. Dahan atau ranting kayu
b. Buluh
c. Rotan
d. Pelepah kelapa
f. Akar pokok / kulit pokok (tali)
5. Ciri-ciri gajet perkhemahan yang baik adalah seperti berikut
a. Gajet yang kukuh dan menggunakan ikatan yang
betul.
b. Gajet yang dapat meletak pelbagai jenis barang.
c. Tidak terlalu banyak menggunakan kayu atau buluh.
Kegunaan:
1. Untuk menyambung dua tali yang sama saiz.
2. Digunakan untuk mengikat kain anduh.
3. Mudah dan cepat untuk dilucut.
Kegunaan:
1. Untuk menyambung dua tali yang tidak
sama saiz.
2. Untuk menyambung tali yang licin atau
basah.
REKREASI DAN AKTIVITI LUAR #permainan tradisional
PERMAINAN TRADISIONAL
•
•
•
•
•
•