The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adebra/PsyCon/UNIMAS, 2021-09-13 01:06:44

eModul Peserta Program WSPD UNIMAS 2021

eModul Peserta Program WSPD UNIMAS 2021

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021

BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT

1. Pengenalan 1
2
2. Objektif Program 3

3. Ahli Jawatankuasa Pelaksana 4
6
e-Modul Slot 1: Sinar Harapan di
4. Penghujung Jalan Bersama Dr. Rosliwati

binti Mohd Yusoff

a. Pengenalan e-Modul Slot 1

b. Bahan/ Slide Pembentangan e-Modul
Slot 1

5. e-Modul Slot 2: Minda Sihat, Kehidupan
Sejahtera Bersama Dr. Nor Mazlina Binti

Ghazali

a. Pengenalan e-Modul Slot 2 24
26
b. Bahan/ Slide Pembentangan e-Modul
Slot 2

6. Rumusan 28

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021

Buat julung kalinya, Unit Psikologi dan Kaunseling ( ), Pusat

Khidmat Pelajar, Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia

Sarawak (UNIMAS) telah berpeluang untuk menganjurkan sebuah

Webinar Seminar Sinar Harapan Di Penghujung Jalan SempenaWorld

Suicide Prevention Day Peringkat UNIMAS bagi tahun 2021.

Setiap tahun World Suicide Prevention Day akan disambut pada

10 September bagi memberi kesedaran kepada masyarakat untuk

mencegah tingkahlaku bunuh diri serta bagi mengelakkan daripada

berlakunya kes bunuh diri yang kian meningkat saban hari. Justeru, pada

tahun ini menyambut baik seruan untuk turut menyumbang

dalam program-program bagi mencegah serta menghalang tingkahlaku

bunuh diri ini melalui webinar yang telah dirancang pelaksanaannya pada

15 September 2021.

Pada masa kini, setiap individu mungkin berhadapan dengan

pelbagai cabaran dari segi emosi serta psikologi sepanjang berhadapan

dengan pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara pada masa

kini. Perkongsian ini adalah khususnya terbuka buat warga UNIMAS

iaitu mahasiswa/ mahasiswi atau staf yang berada di dalam kampus atau

di rumah. Namun secara umumnya, program ini juga terbuka kepada

semua individu yang berkepentingan termasuklah kaunselor berdaftar,

pegawai psikologi, pengamal kaunseling, pengamal perubatan, individu

dalam perkhidmatan menolong serta mana-mana individu yang

merasakan berkeperluan dalam mendalami ilmu pengetahuan tentang

bagaimana mencegah atau menghalang tingkah laku bunuh diri ini.

Harapan utama melalui penganjuran webinar pada kali

ini adalah agar ia boleh menjadi salah satu platform perkongsian ilmu

pengetahuan tentang bagaimana untuk menangani isu bunuh diri yang

mungkin secara peribadinya dialami oleh individu itu sendiri, ahli-ahli

keluarga, rakan-rakan atau individu signifikan lain yang dikenali.

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021 1

Berikut merupakan objektif utama pelaksanaan Program
Sinar Harapan di Penghujung Jalan Sempena World Suicide
Prevention Day UNIMAS 2021:-

1. Memberikan pendedahan kepada para mahasiswa/
mahasiswi, staf serta warga UNIMAS berkaitan tanda-
tanda tingkahlaku bunuh diri serta langkah pencegahan.

2. Memberi kesedaran kepada para mahasiswa/ mahasiswi,
staf, warga UNIMAS tentang kesan buruk tingkahlaku
bunuh diri.

3. Menyemarakkan semangat kerbersamaan dalam kalangan
mahasiswa/ mahasiswi, staf serta warga UNIMAS dalam
mencegah tingkahlaku bunuh diri dalam kehidupan.

Selain itu, program ini terbuka penyertaannya kepada
komuniti luar dan diharap menerusi perkongsian ilmu secara
webinar ini, masyarakat atau komuniti akan lebih memahami
tentang isu tingkahlaku bunuh diri dan turut sama membantu
individu yang mungkin mengalami tanda-tanda awal kepada
tingkahlaku bunuh diri ini.

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021 2

Prof. Thomas Kana @ Kamaruddin bin Kana,
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UNIMAS

Puan Saptuyah binti Barahim
Ketua Pegawai Psikologi|Unit Psikologi & Kaunseling, PKP

Encik Lawrence Sengkuai Henry
Pegawai Psikologi|Unit Psikologi & Kaunseling, PKP

Puan Debra Adrian, Pegawai Psikologi Kanan|Unit Psikologi & Kaunseling, PKP
Puan Rafika Jamaluddin, Pembantu Tadbir Kanan|Unit Psikologi & Kaunseling, PKP

Cik Ummikhaira Sofea Ja’afar, Pegawai Psikologi |Unit Psikologi & Kaunseling, PKP
Cik Siti Syafariyah Alias, Penolong Pegawai Psikologi|Unit Psikologi & Kaunseling, PKP

Puan Fauziah Bee Mohd Salleh, Pegawai Psikologi Kanan|Unit Psikologi & Kaunseling, PKP1
Puan Hanifah Kamel, Penolong Pegawai Psikologi Kanan|Unit Psikologi & Kaunseling, PKP

Ts. Alhadi Bujang, Penolong Pengarah Kanan|Pusat Pembangunan & Khidmat Teknologi Maklumat
Ts. Siti Hajar Binti Abu Bakar|Pusat Pembangunan & Khidmat Teknologi Maklumat

Encik Mohammad Khairuddin bin Ahmad |Pusat Pembangunan & Khidmat Teknologi Maklumat
Muhammad Zhafri Bin Mohamad Hisham, Kaunselor Pelatih|Unit Psikologi & Kaunseling, PKP

Siti Nursyafawati Binti Abd Ghani, Kaunselor Pelatih|Unit Psikologi & Kaunseling, PKP

Encik Azlandy Mohammid Ali Tuah, Jurufotografi|Pejabat Canselori dan Hubungan Antarabangsa
Puan Elina Jelani, Pegawai Pembangunan Masyarakat|Unit Kebajikan Mahasiswa, PKP
Encik Mohd Amin Mohd Ismail, Pegawai Psikologi | Unit Kesejahteraan Personnel

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021 3

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021 4

Biodata Penceramah

Dr. Rosliwati Md Yusoff merupakan seorang Pengarah dan Pakar Perunding Psikiatri Gred
Khas C di Hospital Sentosa, Kuching. Dalam masa yang sama beliau merupakan Pengerusi
Befrienders, Kuching. Beliau merupakan Graduan dari Universiti Adelaide sebelum melanjutkan
pengajian dalam bidang Sarjana Perubatan (Psikiatri) di Hospital Sains Malaysia. Telah
berkhidmat selama 24 tahun bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sudah
berkhidmat di Hospital Sentosa, Kuching sejak dari tahun 2007 sehingga sekarang.

Selain melakukan tugas-tugas pentadbiran sebagai Pengarah dan juga tugasan sebagai
Pakar Perunding Psikiatri di Hospital, Dr. Rosliwati yang juga merupakan Pengerusi
Befreienders Kuching yang aktif dalam penglibatan aktiviti-aktiviti outreach yang melibatkan
promosi kesihatan mental dan kempen pencegahan bunuh diri seperti Larian Amal, Forum,
Wacana Minda, Konferens, Seminar, dan Bengkel-bengkel berkaitan di Sarawak.

Sipnosis Perkongsian Ceramah

Apa itu bunuh diri? Bunuh diri seringkali dianggap sebagai jalan mudah atau ungkapan kepada

berputus asa terhadap kehidupan yang mungkin mempunyai konflik yang tidak dapat

dirungkaikan.

Percubaan bunuh diri tidak didorong oleh satu motivasi sahaja untuk semua orang.

Perbuatan cubaan membunuh diri mungkin dilakukan oleg seseorang yang merasakan ia adalah

satu-satunya jalan keluar untuk mereka berhadapan dengan kesakitan emosi atau fizikal yang

kronik. Pada masa yang sama, tingkah laku bunuh diri juga mungkin terjadi apabila seseorang

dalam keadaan buntu dan tidak dapat menyelesaikan isu yang dihadapi dalam kehidupan. Bagi

yang lain pula, percubaan bunuh diri ini mungkin menjadi alat untuk menyampaikan kepada

orang lain tentang penderitaan yang serius dalam kehidupan mereka. Selain itu, segelintir

orang pula mungkin mempunyai tingkah laku bunuh diri ini disebabkan isu kesihatan mental

yang dialami seperti kemurungan atau gangguan bipolar.

Tidak kira apa jua alasan atau penyebab kepada tercetusnya tingkah laku bunuh diri ini,

ia harus idtangani dengan serius dan pertolongan sewajarnya harus diambil dalam usaha

membantu individu tersebut. Justeru di dalam perkongsian ini, penceramah jemputan akan

mengajak para peserta untuk meneroka dan memahami kesihatan mental secara am, kesan

permasalahan kesihatan mental, dan perkongsian statistik bunuh diri. Selain itu, di dalam slot

ini juga para peserta akan dapat mengenalpasti corak pemikiran serta tanda-tanda tingkahlaku

bunuh diri dan juga penjagaan kesihatan mental serta langkah-langkah pencegahan awal

tingkah laku bunuh diri ini.

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021 5

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021 6

Perkongsian slot webinar oleh Dr Rosliwati pada kali ini adalah dipetik dari lembaran
fakta yang disediakan oleh:

❖ Sektor MeSVIPP (Sektor Kesihatan Mental, Pencegahan Kecederaan dan
Keganasan dan Penyalahgunaan Substans), Bahagian Kawalan Penyakit,
Kementerian Kesihatan Malaysia, telah menyediakan Lembaran Fakta (Fact
Sheet) sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2021 untuk rujukan dan
hebahan.

❖ Lembaran Fakta (Fact Sheet) telah disediakan dalam empat versi bahasa iaitu
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.

Webinar ini juga berkongsi tip-tip penjagaan kesihatan mental yang mudah
untuk dipraktik setiap hari sebagai rutin harian, dimana sahaja anda berada dan bila-
bila masa. Penjagaan kesihatan mental adalah amat penting untuk mencapai
kesejahteraan mental, fizikal dan sosial. Dengan adanya kesihatan mental yang baik dan
sihat, kita dapat menangani stress yang berlaku di sekeliling dengan bijak.

Berikut antara video-video yang boleh dirujuk sebagai contoh teknik-teknik yang boleh
membantu dalam pengendalian atau penjagaan kesihatan mental:-
1. Mindful chair yoga https://youtu.be/9x3tl81NW3w
2. Teknik pernafasan https://youtu.be/Y2pc8inbEIs?t=10
3. Teknik mudah relaksasi badan https://youtu.be/6flatM8XFUE?t=2

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021 7

Berikut merupakan pautan URL serta
QR Code bagi nota berdasarkan empat
versi Bahasa:-

Versi Bahasa Melayu
1. https://qrco.de/FactSheetWSPD2021Versi

BahasaMelayu

Versi Bahasa Inggeris
2. https://qrco.de/FactSheetWSPD2021Versi

BahasaInggeris

Versi Bahasa Mandarin
3. https://qrco.de/FactSheetWSPD2021Versi

BahasaMandarin

Versi Bahasa Tamil
4. https://qrco.de/FactSheetWSPD2021Versi

BahasaTamil

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021 8

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021 9

10©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021

11©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021

12©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021

13©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021

14©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021 15

16©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021

17©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021

18©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021

19©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021

20©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021

21©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021

22©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021

23©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021 24

Biodata Penceramah

Dr Nor Mazlina Binti Ghazali merupakan seorang Pensyarah Kanan Gred DS52 di Fakulti Sains
Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) UNIMAS. Dalam masa yang sama, beliau juga
memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Pemajuan Pembelajaran) di Pusat Pembelajaran Gunaan
dan Multimedia (CALM) UNIMAS.

Mempunyai sijil Diploma dalam Bidang Pembangunan Manusia dari Universiti Putra Malaysia
(UPM) pada tahun 2000 dan kemudian melanjutkan pengajian di UNIMAS dalam bidang Ijazah
Sarjana Muda Kaunseling dan bergraduat pada tahun 2004. Kemudiannya, beliau melanjutkan pengajian
di peringkat Sarjana di Curtin University of Technology, Western Australia, Australia dalam bidang
Master of Human Services Counselling (2008) dan seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat PhD
in Guidance and Counselling di UPM, Malaysia.

Sipnosis Perkongsian Ceramah

Dalam kita berhadapan dengan pandemic COVID-19 yang melanda dunia pada masa kini, seringkali

diperkatakan tentang isu kesihatan mental yang melibatkan emosi serta psikologi seseorang individu.

Kesihatan mental adalah situasi dimana seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak

terhadap stres kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat.

Ia juga merujuk kepada cara kita berfikir, merasa dan bertindak. Selain itu, kesihatan mental juga

merujuk kepada bagaimana seseorang itu menghadapi dan mengatasi masalah yang dialami serta cara

seseorang individu itu berinteraksi dengan orang lain.

Pelbagai faktor boleh mempengaruhi kesihatan mental ini termasuklah cara/ gaya asuhan

seseorang, tahap pendidikan, agama dan budaya hidup, pengaruh persekitaran (contoh: rakan sebaya,

guru-guru, ahli keluarga), kesihatan fizikal dan sebagainya.
Mental yang sihat tidak bermakna terlepas dari penyakit mental. Individu yang sihat mental

berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti
kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia -
WHO).

Pelbagai langkah boleh diambil untuk menjadi individu yang mempunyai mental sihat/ minda

sihat. Ini termasuklah mengamalkan ghaya hidup yang sihat, belajar menerima kritikan, belajar menjadi

diri sendiri, kongsi masalah dengan bantuan profesional dan sebagainya.

Justeru, untuk slot perkongsian kali ini, penceramah jemputan akan membawa para peserta

meneroka perihal Minda Sihat, Kehidupan Sejahtera yang merangkumi definisi, kaedah, strategi,

pendekatan serta teknik praktikal dalam mengamalkan Minda Sihat, Kehidupan Sejahtera. Diharap

melalui perkongsian ini, semua peserta mendapat manfaat dalam usaha lebih menyayangi diri serta

memahami diri agar minda menjadi lebih sihat dan kehidupan sejahtera mampu diperolehi.

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021 25

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021 26

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021 27

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021 28

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021 29

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021 30

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021 31

32©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021 33

Situasi pandemik COVID-19 di seluruh dunia memberikan impak yang amat besar kepada
kesihatan mental setiap individu dan masyarakat Malaysia tidak terkecuali. Faktor-faktor sosial

yang menyebabkan stres yang terlampau antaranya hilang pekerjaan atau sumber pendapatan,

isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai juga boleh memberi kesan

kepada sesetengah individu yang berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental

termasuk kemurungan. Sekiranya kemurungan ini gagal dikenal pasti dan dirawat dengan baik,

ianya berisiko untuk tingkah laku bunuh diri.
Tingkahlaku bunuh diri meliputi idea bunuh diri (suicidal ideation), rancangan bunuh

diri (suicidal plan), cubaan bunuh diri (suicide attempt) dan kematian akibat tindakan bunuh
diri. Masyarakat atau komuniti juga memainkan peranan penting dalam usaha mencegah
tingkahlaku bunuh diri dengan mengambil inisiatif seperti yang berikut:-

❖ Mengambil tahu dan bertanya khabar ahli keluarga dan orang sekeliling terutamanya yang

terkesan akibat situasi pandemik COVID -19;
❖ Berikan sokongan dan dorongan kepada mereka untuk mendapatkan bantuan dan rawatan;
❖ Elakkan penularan sebarang berita, video atau gambar berkaitan kejadian bunuh diri ke

media sosial;
❖ Buang stigma negatif terhadap keluarga serta individu dengan penyakit mental dan tidak

menghakimi kejadian bunuh diri yang berlaku; dan
❖ Kekalkan hubungan dan berikan sokongan sosial terutama selepas sesuatu krisis berlaku.

Usaha-usaha berterusan oleh pelbagai pihak dalam membantu masyarakat sedar tentang
pentingnya minda/ mental sihat juga antara alternatif yang diharapkan boleh membantu

masyarakat lebih menghargai diri dan menjaga diri bukan hanya melihat kepada aspek kesihatan

fizikal sahaja malahan kesihatan emosi dan psikologi juga perlu dipantau dari semasa ke semasa.

Mental yang sihat akan membantu seseorang untuk menjadi lebih sejahtera dalam kehidupan

seterusnya ia akan menjadikan masyarakat lebih memahami pentingnya kesihatan minda/ mental

ini dalam usaha menjadi individu yang lebih proaktif.

Natijahnya, mencegah tingkahlaku bunuh diri adalah tanggungjawab bersama. Diharap

usaha-usaha berterusan yang dilakukan oleh pelbagai pihak sama ada secara individu, badan

kerajaan atau bukan kerajaan dengan penganjuran aktiviti atau program berkaitan pencegahan

bunuh diri ini akan dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan

pencegahan tingkahlaku bunuh diri, menghapus stigma terhadap tingkahlaku bunuh diri dan

seterusnya menurunkan kadar kematian akibat bunuh diri.

Puan Debra Adrian, Pegawai Psikologi Kanan | Unit Psikologi & Kaunseling, PKP 34

©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021

Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih
diucapkan Atas Kerjasama dan Komitmen

semua yang menjayakan program ini:-

1. Penganjur dan Ahli jawatankuasa
pelaksana PROGRAM;-

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

Pusat Pembangunan & Khidmat Teknologi Maklumat
Pejabat Canselori dan Hubungan Antarabangsa
Unit Kebajikan Mahasiswa, PKP
Unit Kesejahteraan Personnel

2. Penceramah-penceramah Jemputan

Dr. Rosliwati Md Yusoff

&

Dr. Nor Mazlina Ghazali

3. Para Peserta Program

Penyertaan Individu & Penyertaan Berkumpulan
daripada Agensi/ Jabatan/ Kementerian/ NGO/ dan sebagainya

34©PsyCon/PKP/PrgmWSPD/UNIMAS/2021


Click to View FlipBook Version