NOTA RINGKASAN
KEM PECUTAN MANTIK
STPM
Disediakan oleh:
Mohd Saiful Aqil Naim (Sanusi Saghir)
&
Muhammad Al Fateh bin Ismail
MANTIK DAN TRADISI ILMU ISLAM
Takrif Ilmu Mantik
Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu mantik? [2] 2018 (1a)
Jawapan:
Ilmu mantik ialah ilmu yang menyusun pemikiran manusia dengan meletakkan peraturan yang
boleh memelihara seseorang daripada tersalah dalam berfikir.
I. Berasal daripada perkataan ‘logos’ yang bermaksud fikiran yang benar
II. Berasal daripada naṭaqa ( )نطقyang bermaksud bercakap
Sudut Istilah:
i. Suatu ilmu yang mengawal pemikiran manusia daripada tersalah dan terpesong ketika
berfikir (Ibn Sina)
Sejarah Kemunculan Dan Perkembangan Ilmu Mantik
Huraikan perkembangan ilmu mantik dalam tradisi ilmu Islam. [10] 2013 (1a)
Jawapan:
Sejarah kemunculan dan perkembangan ilmu mantik dalam tradisi ilmu Islam:
(10 isi x 1m = 10m)
1. Mantik adalah salah satu disiplin ilmu asing yang berasal dari Greek Yunani dan diserap
masuk ke dalam dunia Islam. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
perkembangan ini iaitu faktor agama Islam dan pergaulan orang Islam dengan penganut
agama lain serta sokongan kuat pemerintah terhadap aktiviti penterjemahan karya-
karya asing.
2. Perkembangan ilmu mantik dalam tradisi Islam bermula dengan perutusan Nabi
Muhammad SAW. Melalui hadis baginda,terdapat pertuturan yang sememangnya
menggunakan kaedah mantik, meskipun ilmu tersebut belum diperkenalkan lagi. Pada
abad kedua hijrah, muncul ulama mujtahid dalam kalangan al-Tabi’in dan Tabi’ al-
Tabi’in yang menggunakan kaedah qiyas dalam bidang Usul Fiqh seperti al-Ghazzali.
Imam al-Syafe’i juga telah menggunakan kaedah istiqra’ untuk memahami tempoh haid
wanita.
3. Dalam tradisi Islam, ilmu mantik hanya berkembang pesat di zaman pemerintahan
dinasti Abbasiyyah khasnya pada zaman pemerintahan Abu Ja’far al-Mansur dan al-
Makmun yang pernah dikenali sebagai zaman gilang-gemilang penulisan buku-buku
ilmiah. Khalifah pada ketika itu, telah memberi ganjaran yang lumayan kepada para
penulis buku dan penterjermah buku-buku asing. Justeru, banyak buku-buku telah
diterjemahkan termasuk buku-buku mantik. Buku-buku karangan Aristotle yang ditulis
dalam Bahasa Yunani telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab oleh Abdullah bin al-
Muqaffa’ pada zaman pemerintahan Abu Ja’far al-Mansur mengarahkan penterjemahan
karya-karya mantik adalah untuk manfaat umat Islam bagi mempertahankan akidah
Islam melaui pengaplikasian qiyas-qiyas mantik bagi menghadapi musuh-musuh Islam
yang turut menggunakan kaedah tersebut. Usaha penterjemahan menjadi semakin
rancak dan mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan al-Makmun. Beliau
memainkan peranan penting menyerapkan disiplin mantik, Falsafah dan semua disiplin
ilmu Greek ke dalm masyarakat Islam melaui penterjemahna karya-karya asing dari
kepulauan Cyprus. Gerakan penterjemahan yang bermula pada kurun ke-2 hijrah
berterusan hingga kurun ke-4 hijrah. Ia bergerak secara aktif pada kurun ke-2 dan ke-3
hijrah sahaja. Gerakan ini berakhir pada zaman al-Mutawakkil yang tidak berminat
dengan disiplin ilmu asing.
Jelaskan empat punca kemunculan ilmu mantik dalam dunia Islam. [8] 2014
Jawapan:
Empat punca kemunculan ilmu mantik dalam dunia Islam: (4isi x 2m =8m)
1. Al-Quran telah menerapkan metode pemikiran yang berasaskan logik akal dengan menyeru
mereka berfikir dan membina hujah yang menyakinkan khususnya dalam perkara yang
berkaitan dengan akidah.
2. Sebarang berita dan maklumat hendaklah berasaskan dalil yang benar.Oleh itu al-Quran
memerintah supaya berfikir dan melihat berulangkali untuk mendapat kepastian yang benar.
3. Galakan daripada Rasulullah SAW sendiri supaya umat islam menggunakan akal dan
menggunakan qiyas serta tamthil. Ini pastinya mendorong umat Islam berfikir.
4. Gerakan penterjemahan yang dilakukan oleh kerajaan Islam untuk memindahkan kitab kitab
Yunani ke dalam bahasa Arab.
5. Percampuran secara langsung antara umat Islam dengan warga asing yang mempunyai
saqafah dan pemikiran yang berbeza.
Huraikan sejarah kemunculan ilmu mantik pada zaman Islam. [4] 2017 (1a)
Jawapan:
Sejarah kemunculan ilmu mantik pada zaman Islam: (4 isi X 1M)
1. Kemunculan ilmu mantik bermula pada zaman Bani Umayyah dan pemantapannya pada
zaman Bani Abbasiyah. Kemunculan ilmu mantik ini seiring dengan kemasukan pemikiran
falsafah / perutusan Nabi.
2. Sebahagian sejarahwan mengatakan bahwa ilmu mantik mulai masuk ke dalam pemikiran
Arab atau dunia Islam pada abad ke-7 Masihi ketika pemerintahan khalifah Abbasiyah,
Ma’mun
3. Pada zaman kekuasaan khalifah Abbasiyah ini dan selepasnya, banyak karya-karya ilmiah
Greek dan lain-lainnya diterjemahkan dalam bahasa Arab sehingga waktu-waktu tersebut
digelar sebagai Abad Terjemahan.
4. Pada waktu inilah karya yang menjadi sumber kepada ilmu mantik seperti Logica, Analytica,
Categorias, Pario Hermenais karya Aristoteles, Eisagoge karya Porphyry dan lain-lainnya
diterjemahkan. Antara penterjemah yang terkenal ketika itu ialah Ibnu Muqaffa’ dan Hunain
bin Ishaq.
Peranan Dan Kepentingan Ilmu Mantik Dalam:
Falsafah
1. Memastikan perbincangan mengenai ilmu falsafah itu tepat.
2. Menjadikan segala kesimpulan mengenai ilmu falsafah itu tepat.
3. Penting dalam melatih ahli falsafah tentang kemahiran berhujah dan berbahas.
4. Penting dalam memastikan ahli falsafah dapat membezakan antara perkara yang betul
dengan perkara yang salah.
Usuluddin
1. Ilmu mantik dapat membantu untuk mencapai hujah yang yakin mengenai kewujudan Allah.
Akal akan memainkan peranan dalam menilai dan membuat keputusan berdasarkan bukti yang
nyata.
2. Mampu memmberikan hujah akal yang yakin mengenai keesaan Allah. Melalui ilmu mantik,
seseorang mampu memandu dan mengarah akala untuk berfikir secara tepat berpandukan
bukti-bukti yang nyata.
3. Dapat meningkatkan keupayaan ulama Islam untuk menolak syubhat golongan mulhid.
4. Melalui mantik, seseorang dapat mengelakkan diri daripada falasi dan ralat dalam berfikir
dalam bidang Usuluddin.
5. Dapat membantu seseorang untuk mengenal dan membezakan antara hak dan batil.
Usul Fiqh
1) Pentarjih hukum.
2) Pembeza kepada istilah seperti lafaz al-Am dan al-Khas.
3) Pembentuk konsep perbincangan dalam Usul al-Fiqh.
4) Penentu takriif yang tepat.
Ilmu Bahasa
1) Pemikiran yang benar melalui kaedah mantik itu diterjemahkan dan dirumuskan melalui
Bahasa.
2) Bahasa merupakan alat untuk berfikir dan untuk menjelaskan hasil pemikiran.
3) Ilmu Mantik ialah kaedah berfikir dan melahirkan fikiran manakala Bahasa ialah kaedah
yang dipelajari atau digunakan untuk membentuk penyusunan ayat.
4) Hubungan antara bahasa dengan Mantik dapat ditinjau dari sudut lafaz dengan makna.
Dimana bahasa menekankan persoalan lafaz dan sebutan yang betul, manakala Mantik
menumpukan kepada makna lafaz itu.
Polemik Tentang Ilmu Mantik
Tiga pandangan ulama yang menerima ilmu Mantik:
1. Ibn Rusyd: berpendapat mempelajari ilmu mamtik adalah wajib hukumnya. Ia dengan syarat
dan tujuan ke arah kebaikan.
2. Imam al-Ghazali: berpendapat mempelajari ilmu mantik adalah harus. Ini sesuai dengan
suasana dan keperluan zaman beliau dimana falsafah dan mantik digunakan secara meluas.
3. al-Farabi: berpendapat harus dipelajari kerana mantik membantu manusia kea rah berfikir
yang benar dan mantik merupakan alat kepada segala ilmu pengetahuan.
Tiga pandangan ulama yang menolak ilmu Mantik:
1. Ibn Solah: menyatakan bahawa ilmu mantik bercampur aduk dengan unsur khurafat. Beliau
menilai berdasarkan suasana yang berlaku pada zaman beliau yang pegangan akidah mereka
tidak teguh.
2. Imam Nawawi: berpendapat ilmu mantik bercanggah dengan al-Quran dan al-Hadis. Ini
kerana masyarakat pada zaman beliau tidak mendalami ilmu al-Quran dan al-Hadis dengan
baik.
3. Imam al-Syafie: berpendapat ilmu mantik boleh membawa kepada perpecahandan manusia
akan jahil kerana menerima fahaman Aristotle.
Huraikan empat hujah ulama yang berpandangan bahawa hukum mempelajari
mantik ialah harus. [8] 2018 (1b)
Jawapan:
1. Ilmu mantik diperlukan untuk mematahkan hujah golongan bida‘ah.
2. Ilmu mantik perlu untuk mempertahankan akidah Islam yang sahih.
3. Ilmu mantik mampu mengawal manusia dari melakukan kesalahan dalam berfikir.
4. Ilmu mantik tidak bercanggah dengan al-Quran dan al-Hadis
5. Ilmu mantik tidak mengandungi unsur bid‘ah dan khurafat.
Ilmu Mantik Di Malaysia
Perkembangan pengajian ilmu Mantik di Malaysia:
1. Pengajian ilmu Mantik bermula seiring dengan kedatangan Islam di Melaka.
2. Para pedagang Islam telah mula mengembangkan ilmu Islam termasuk ilmu Mantik.
3. Kemudian ilmu Mantik terus berkembang dengan kemunculan sistem pondok dan
mantik diajar secara tidak formal.
4. Selepas itu, ilmu mantik mula diajar menerusi Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) melalui mata pelajaran Matematik.
5. Seterusnya, ilmu Mantik diajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA) dan
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
6. Kemudian, ilmu Mantik telah diajarkan di peringkat universiti dan telah dimajukan lagi
dengan perkembangan ilmu Barat sehingga Mantik digabungkan dengan pemikiran
kritis.
Kaedah-Kaedah Ilmu Mantiq
Dilalah
i. Takrif
- Memahami sesuatu perkara (madlūl) daripada suatu perkara yang lain (dāl)
-Cth: Memahami makna berhenti (madlūl) daripada warna merah pada lampu isyarat (dāl)
الدلالة
المدلول (فُ ِه َم من المدلول الدال (فُ ِه َم منه المدلول
ii. Bahagian Dalalah
-Pertamanya, al-dalālah boleh dibahagikan kepada lafẓiyyah dan ghayr lafẓiyyah
berdasarkan al-dāl.
-Seandainya al-dāl berbentuk lafaz, maka al-dalālah tersebut ialah al-dalālah al-lafẓiyyah.
-Contohnya seperti seseorang itu berkata ‘saya ingin makan banyak”, lalu anda fahami
daripada ucapannya ialah dia sedang kelaparan.
-Seandainya al-dāl itu bukan berbentuk lafaz seperti isyarat, gambar dan lain-lain, al-
dalālah tersebut ialah al-dalālah ghayr al-lafẓiyyah.
-Contohnya seperti anda melihat lampu merah dan anda fahami daripadanya kewajipan
berhenti di lampu isyarat.
- Seterusnya, kedua-dua al-dalālah ini terbahagi pula kepada tiga berdasarkan punca dan
bagaimana al-madlūl itu difahami.
-Seandainya difahami melalui perantaraan akal semata, maka ianya merupakan al-dalālah
al-‘aqliyyah
-Contohnya: seperti anda memahami seseorang disebalik dinding itu masih ada dan hidup
apabila anda mendengar suaranya.
-Seandainya difahami melalui perantaraan tabiat kebiasaan, maka ianya merupakan al-
dalālah al-ṭabī‘iyyah
-Contohnya: seperti seseorang yang sedang mengeluh menunjukkan bahawa dia sedang
penat dan tidak selesa1.
-Seandainya proses memahami al-madlūl melalui al-dāl berdasarkan makna yang
dikehendaki oleh pihak yang meletakkan makna sedemikian kepada al-dāl tersebut, ianya
ialah al-dalālah al-waḍ‘iyyah2
-Contohnya: seperti contoh lampu merah yang kita sebutkan sebelum ini.
Dilalah Yang Digunapakai Oleh Ulama Mantik: Dilalah Lafziyyah Wad‘iyyah
Kerana: i. Keseragaman makna ii. Mudah difahami
Ringkasannya seperti berikut:
الدلالة
غير اللفظية اللفظية
الوضيع الوضعية العقلية العقلية
ة الطبيعية
الطبيعية
Pembahagian Al-Dalālah Al-Lafẓiyyah Al-Waḍ‘iyyah
Al-Dalālah al-Waḍ‘iyyah pula terbahagi kepada tiga jenis dalālah:
1. Dalālah al-Muṭābaqah- Memahami makna penuh yang diletakkan kepada sesuatu lafaz
- Sebagai contoh, lafaz manusia diletakkan bagi ḥaywān nāṭiq. Jadi, ḥaywān nāṭiq merupakan
kesemua makna/maknanya yang sempurna bagi lafaz manusia. Justeru, apabila anda
menyebut lafaz manusia dan anda memahami daripada lafaz tersebut ḥaywān dan nāṭiq,
dalālah lafaz tersebut ketika itu digelar dalālah al-muṭābaqah.
2. Dalālah al-Taḍammun- Memahami sebahagian daripada makna penuh yang diletakkan
kepada sesuatu lafaz
1 Al-‘Aṭṭār, Ḥāshiah al-‘Aṭṭār, h.25
2
- Sebagai contoh, anda berkata kepada seorang pengecat rumah untuk mengecat rumah anda.
Lelaki tersebut memahami bahawa dia hanya perlu mengecat dinding rumahnya dan
bukannya keseluruhan rumahnya termasuk lantai, bumbung, syiling dan lain-lain. Justeru,
dalālah lafaz rumah pada ketika ini bersifat taḍamunnī kerana difahami sebahagian saja
daripada makna rumah tersebut yang mana pada asalnya merangkumi keseluruhan rumah
tersebut.
3. Dalālah al-’Iltizām- Memahami sesuatu makna yang diluar daripada makna lafaz
tersebut.
-Sebagai contoh, apabila disebutkan lafaz manusia, anda memahami daripada lafaz
tersebut sebagai makhluk yang mampu menerima ilmu dan mampu menulis.
Kemampuan menerima ilmu dan menulis bukanlah sebahagian daripada makna manusia
kerana maknanya ialah ḥaywān nāṭiq, namun kedua-duanya merupakan makna yang lazim
bagi manusia kerana kemampuan menerima ilmu dan menulis tidak akan berpisah daripada
manusia. Justeru dalālah lafaz manusia pada ketika itu bersifat ’iltizāmī.
Justeru, ringkasannya seperti berikut:
الدلالة
الالتزام التضمن المطابقة
iii. Hubungan Dilalah Dengan Ta’rif
- Ta‘rif merupakan himpunan lafaz untuk menerangkan hakikat sesuatu perkara
- Dilalah pula membahaskan mengenai kefahaman sesuatu makna daripada suatu
perkara
- Justeru, setiap ta‘rif bergantung kepada dilalah lazfiyyah yang tepat.
- Untuk membina ta‘rif bersifat hadd tamm perlu digunakan dilalah wad‘iyyah
lafziyyah manakala untuk membina ta‘rif bersifat rasm perlu digunakan dilalah
wad‘iyyah iltizamiyyah.
- Justeru, memahami dilalah merupakan asas kepada membina ta‘rif agar kita
dapat memilih suatu lafaz yang menunjukkan makna yang tepat.
Ta‘rif
i. Pengenalan
-Lafaz di sisi ahli mantik sama ada:
i. Kullī- Lafaz yang tidak menghalang perkongsian makna antara subjek yang banyak
ii. Juz’ī- Lafaz yang menghalang perkongsian makna antara subjek yang banyak
-Lafaz yang kullī pula terbahagi kepada lima iaitu:
I. Al-Jins
II. Al-Fasl
III. Al-Nau‘
IV. Al-Khaṣsah
V. Al-‘Araḍ Al-‘Ām
-Daripada lafaz yang kullī inilah ulama mantik menggunakannya untuk membina ta‘rīf
ataupun definisi.
Pengertian Ta‘rif: Sesuatu ungkapan untuk mencapai makna dan kehendak sesuatu yang
kabur dan tidak diketahui
ii. Kulliyat Khams
I. Al-Jins
-Kullī nama am yang merangkumi beberapa hakikat dan pelbagai spesis yang berlainan
hakikat
-Contohnya: Haiwan – merangkumi manusia (selaku haiwan yang berakal), kuda (selaku
haiwan yang merengkek) dan lain-lain.
-Ianya terbahagi kepada tiga:
i. Jins Qarib- jins yang paling rendah dan tidak mempunyai jins yang lain dibawahnya.
Contohnya: haiwan
ii. Jins Mutawasit- jins yang pertengahan yang mempunyai jins lain dibawahnya dan
diatasnya.
Contohnya: Jisim
iii. Jins Ba‘id- jins tertinggi yang tidak mempunyai jins lain diatasnya.
Contohnya: Jawhar
II. Al-Fasl
-Ciri kullī yang memisahkan dan membezakan antara suatu hakikat spesis dengan hakikat
spesis yang lain.
-Contohnya: Nāṭiq/Yang berakal – lafaz ini membezakan manusia daripada spesis haiwan
yang lain.
-Ianya terbahagi kepada dua:
i. Fasl Qarib: yang menjadi ciri pemisah terdekat.
Contohnya: Nāṭiq/Yang berakal bagi manusia
ii. Fasl Ba‘id: yang menjadi ciri pemisah yang jauh.
Contohnya: Mempunyai perasaan bagi manusia
Jawhar
Bukan jisim Jisim
Jisim yang tidak Jisim yang
membesar membesar
Bahan galian Tumbuhan: Jisim Haiwan: Jisim yang
yang membesar yang membesar yang
mempunyai
tidak mempunyai perasaan
perasaan
Manusia
III. Al-Nau‘
-Lafaz kulli yang merangkumi beberapa subjek yang mempunyai hakikat yang sama.
-Contohnya: manusia- lafaz ini merangkumi beberapa subjek iaitu Ali, Bakar, Umar dan
kesemuanya mempunyai hakikat yang sama iaitu haiwan yang berakal.
IV. Al-Khaṣsah
-Lafaz kulli yang di luar hakikat zat namun ianya khusus bagi hakikat zat itu sendiri
-Contohnya: Kemampuan ketawa- ianya diluar daripada hakikat manusia namun ianya
merupakan ciri khusus yang hanya ada pada manusia.
V. Al-‘Araḍ Al-‘Ām
-Lafaz kulli yang di luar hakikat zat namun ianya tidak khusus bagi sesuatu hakikat zat
bahkan ianya dapat disesuaikan dengan hakikat zat yang lain.
-Contohnya: Kemampuam bernafas- ianya diluar daripada hakikat manusia namun ianya
merupakan ciri yang ada pada manusia dan juga spesis yang lain seperti haiwan-haiwan yang
lain.
iv. Bahagian dan Syarat Ta‘rif
-Ta‘rif terbahagi kepada dua: Mantiqi dan Gheir Mantiqi
i. Ta‘rif Mantiqi- takrif yang jelas dan tidak mengandungi kesamaran. Bersifat Jami‘
(mencakupi segala yang berkaitan) dan Mani‘ (membatasi segala yang tidak berkaitan)
-Ianya terbahagi kepada dua: i. Ta‘rif Bil Had ii. Ta‘rif Bil Rasm
Ta‘rif Bil Had: Ianya merupakan ta‘rif dan definisi bagi suatu hakikat sesuatu perkara
dengan sifat asasinya.
Ianya terbahagi kepada:
i. Had Tam-menyebut sifat asasi yang sempurna yang terdiri daripada jins qarib dan fasl
qarib
ii. Had Naqis- menyebut sifat asasi tetapi secara tidak sempurna yang terdiri daripada jins
ba‘id dan fasl qarib atau fasl qarib sahaja.
Ta‘rif Bil Rasm: Ianya merupakan ta‘rif dan definisi bagi suatu hakikat berdasarkan sifat
dan ciri khusus zat tersebut.
Ianya terbahagi kepada:
i. Rasm Tam- menyebut jins qarib dan khassah
ii. Rasm Naqis- menyebut jins ba‘id dan khassah atau khassah sahaja.
*Definisi dan ta‘rif yang sempurna ialah Ta‘rif Bil Had Tam kerana ianya bersifat
jami‘ dan mani‘.
ii. Ta‘rif Gheir Mantiqi
-Ta‘rif Bil Isharah: dibuat menggunakan isyarat
-Ta‘rif Bil Mithal: dibuat menggunakan contoh
-Ta‘rif Bil Muradif: dibuat menggunakan kata seerti
-Ta‘rif Bil Salb: dibuat menggunakan pengertian sebaliknya
-Ta‘rif Bil Majaz: dibuat menggunakan kata kiasan ataupun simbolik
Syarat-Syarat Ta‘rif:
i. Bersifat Jami‘ dan Mani‘
ii. Lafaz yang digunakan dalam ta‘rif mestilah lebih jelas berbanding perkara yang
ditakrifkan.
iii. Ta‘rif hendaklah mempunyai hubungan serta ada persamaan dengan perkara yang
ditakrifkan.
iv. Tidak boleh menggunakan ungkapan berbentuk negatif.
Istidlal
i. Qadiyyah
Pengertian: suatu susunan kata dan ucapan yang boleh membawa kemungkinan benar atau
palsu tanpa meneliti kepada orang yang berbicara.
-Ianya terbahagi kepada:
i. Qadiah Hamliyah
ii. Qadiah Syartiah
Qadiah Hamliyah
Pengertian: Sesuatu kenyataan yang dihukum atau ditentukan zat dan dirinya dengan sesuatu
objek lain.
Contohnya: Zaid mencuri -kita hukumkan Zaid dengan perbuatan mencuri.
Rukun Qadiah Hamliyah:
i. Maudu‘/Mahkum ‘Alayh: Subjek
ii. Mahmul/Mahkum Bih: Objek atau prediket atau pengkhabaran
iii. al-Hukm/al-Rabitah yang menghubungkan antara maudu‘ dan mahmul.
Pembahagian Qadiah Hamliah Dari Sudut Al-Maudu‘
Qadiah Hamliah
Qadiah Gheir Muasawarah Qadiah Muasawarah
Qadiah Juz’iyyah Qadiah Kulliyyah
Qadiah Syakhsiah Qadiah Muhmalah
-Kesemuanya ini sama ada ianya mujabah atau salibah:
-Bagi Qadiah Muasawarah, ianya mempunyai sur tersendiri seperti berikut:
Sur Ijab Kulli: Kullu/Jami‘
Sur Salb Kulli: La Syai‘/La Ahada
Sur Ijab Juz’i: Ba‘du/Wahid/Qalil
Sur Salb Juz‘i: Laisa Kullu/Laisa Ba‘du
Qadiah Syartiah
Pengertian: Qadiyah yang menerangkan sesuatu kenyataan atau hukum yang tergantung atau
khabar yang tidak lengkap. Ia bermaksud ditetapkan sesuatu hukum dengan cara
digantungkan pada sesuatu yang lain.
Contohnya: Jika matahari terbit, maka siang akan wujud. Kita hukumkan kewujudan siang
dengan bergantung pada terbitnya matahari.
Ianya terbahagi kepada:
i. Syartiah Muttasilah- terdapat hubung kait antara bahagian pertamanya dan keduanya dan
ianya saling melazimi.
Contohnya: Jika matahari terbit, maka siang akan wujud. Kita hukumkan kewujudan siang
dengan bergantung pada terbitnya matahari.
ii. Syartiah Munfasilah-qadiah yang dihukumkan suatu nisbah yang berlawanan antara dua
bahagian qadiah tersebut.
Contohnya: Sesuatu angka sama ada ianya genap atau ganjil
Juzu’ Qadiah Syartiah Muttasilah:
i. Muqadam- bahagian yang pertama
ii. Tali-bahagian yang kedua
iii. Adat al-Syarat- seperti lau dan iza
Qadiah Syartiah Muttasilah juga mempunyai sur seperti berikut:
Sur Ijab Kulli: Kullama/Mahma/Mata
Sur Salb Kulli: Laisa al-Battata
Sur Ijab Juz’i: Qad Yakunu
Sur Salb Juz‘i: Qad La Yakunu
Juzu’ Qadiah Syartiah Munfasilah:
i. Muqadam- bahagian yang pertama
ii. Tali-bahagian yang kedua
iii. Adat al-Inad- iaitu Imma
Qadiah Syartiah Muttasilah juga mempunyai sur seperti berikut:
Sur Ijab Kulli: Daiman
Sur Salb Kulli: Laisa al-Battata
Sur Ijab Juz’i: Qad Yakunu
Sur Salb Juz‘i: Qad La Yakunu
Qadiah Syartiah Munfasilah Terbahagi Kepada Tig:
i. Munfasilah Haqiqiyah (Mani‘at al-Jam‘I Wal Khuluw Ma‘an)
Contoh: Bilangan ini sama ada genap atau ganjil
ii. Mani‘at al-Jam‘i
Contoh: Perkara ini sama ada kayu atau batu
iii. Mani‘at al-Khuluw
Contoh: Zaid sama ada di laut atau dia tenggelam.
ii. Istidlal
Pengertiannya: Mengeluarkan hukum tasdiqi yang majhul melalui hukum tasdiqi yang
maklum.
Ianya terbahagi kepada dua bahagian utama:
i. Istidlal Mubasyir- akal dapat berpindah secara langsung untuk mengetahui benar atau salah
qadiah itu kepada benar atau salah qadiah yang lain.
ii. Istidlal Gheir Mubasyir- merangkumi qiyas, tamthil dan istiqra’.
Istidlal Mubasyir
Ianya terbahagi kepada:
i. Bahagian Pertama: Taqabul Bayna Qadaya-Pertentangan antara pernyataan. Ianya
mempunyai beberapa bahagian.
Pertamanya: Tanaqud
-Tanaqud: Pernyataan yang berkontra atau berlawanan dari sudut al-kam dan al-kaif
serentak.
Contohnya: Semua manusia itu bertubuh badan. X Sebahagian manusia tidak bertubuh
badan
Syarat Tanaqud:
i. Bercanggah pada sudut kaif – mujabah dan salibah
ii. Bercanggah pada sudut kamm- semua dan sebahagian
iii. Persamaan pada lapan perkara iaitu:
• Maudu‘ yang sama
• Mahmul yang sama
• Masa yang sama
• Tempat yang sama
• Quwwah dan Fe‘el yang sama
• Juz’I dan Kulli
• Syarat
• Idafat/Sandaran
Tanaqud Bagi Setiap Qadiah:
Kulliyah Mujabah X Juz’iyyah Salibah
Kulliyah Salibah X Juz’iyyah Mujabah
Juz’iyyah Mujabah X Kulliyah Salibah
Juz’iyyah Salibah X Kulliyah Mujabah
Muhmalah Mujabah X Kulliyah Salibah (Muhmalah mengikuti hukum Juz’iyyah)
Muhmalah Salibah X Kulliyah Mujabah
Syakhsiah Mujabah X Syakhsiah Salibah
Keduanya: Tadad
-Tadad: Pertentangan di antara dua qadiah kulliyah pada sudut kaif iaitu mujabah dan
salibah.
- Pertentangan di antara qadiah kulliyah mujabah dan qadiah kulliyah salibah sahaja.
Contohnya: Semua manusia ialah haiwan X Tiada seorang pun manusia itu haiwan
Ketiganya: Dukhul Tahta Tadad
-Dukhul Tahta Tadad: Pertentangan di antara dua qadiah juz’iyyah pada sudut kaif.
- Pertentangan di antara qadiah juz’iyyah mujabah dan qadiah juz’iyyah salibah sahaja.
Contohnya: Setengah manusia ialah haiwan X Setengah manusia bukan haiwan.
Keempatnya: Tadakhul
-Tadakhul: Pertentangan di antara dua qadiah yang sama pada sudut kaif tapi berbeza
pada sudut kam
- Pertentangan di antara qadiah kulliyah mujabah dan qadiah juz’iyyah mujabah dan di antara
kulliyah salibah dan juz’iyyah salibah.
Contohnya: Semua manusia ialah haiwan X Setengah manusia ialah haiwan.
ii.Bahagian Kedua: ‘Akas Mustawi- membalikkan dua bahagian atau dua juzuk daripada
qadiah dengan mengekalkan kebenaran dan kaif dan kamm
Contohnya: Semua manusia itu haiwan = sebahagian haiwan itu manusia.
Berikut merupakan qadiah dan akasnya:
• Kulliyah Mujabah = Juz’iyyah Mujabah (Semua manusia itu haiwan = sebahagian
haiwan itu manusia)
• Juz’iyyah Mujabah = Juz’iyyah Mujabah (Sebahagian manusia itu berjalan =
sebahagian yang berjalan itu manusia)
• Kulliyah Salibah = Kulliyyah Salibah (Tidak ada suatu manusia itu batu = tidak ada
suatu batu itu manusia)
• Muhmalah Mujabah= Juz’iyyah Mujabah (Manusia itu haiwan = Sebahagian haiwan itu
manusia)
• Syakhsiah Mujabah= Juz’iyyah Mujabah (Ahmad merupakan pelajar yang pandai=
sebahagian pelajar yang pandai itu Ahmad)
• Syakhsiah Mujabah= Syakhsiah Mujabah (Ahmad merupakan pelajar itu= Pelajar itu
merupakan Ahmad)
• Syakhsiah Salibah= Kulliyah Salibah (Ahmad bukannya pelajar yang nakal = Tidak
seorang pun pelajar yang nakal itu Ahmad)
• Syakhsiah Salibah= Syakhsiah Salibah (Ahmad bukan Ali= Ali bukan Ahmad)
iii. Qiyas
Pengertian: Kalimah yang tersusun daripada beberapa qadiah yang mana sekiranya benar
qadiah itu, maka lazim daripadanya qadiah yang ketiga sebagai natijah yang benar juga.
Muqadimmah Sughra: Makhluk itu lemah
Muqadimmah Kubra: Setiap yang lemah memerlukan kepada Tuhan
Natijah: Makhluk memerlukan kepada Tuhan
Rukun dan Komponen Qiyas:
i. Mempunyai 3 had- Asghar, Awsat dan Akbar
Hadd Asghar:Maudu‘ natijah
Hadd Akbar: Mahmul kepada natijah
Hadd Awsat: Juzuk yang diulang sebut dalam muqadimmah sughra dan kubra
Contoh:
Muqadimmah Sughra: Makhluk (hadd asghar) itu lemah (hadd awsat)
Muqadimmah Kubra: Setiap yang lemah (hadd awsat) memerlukan kepada Tuhan (hadd
akbar)
Natijah: Makhluk memerlukan kepada Tuhan
ii. Mempunyai 3 qadiah atau muqadimmah- muqadimmah sughra, muqadimmah kubra
dan natijah.
Syarat Umum Qiyas:
i. Qiyas mempunyai tiga muqadimmah (Sudut Tarkib)
ii. Hadd Awsat mesti meliputi kedua-dua muqadimmah atau sekurang-kurangnya satu
muqadimmah (Sudut Istighraq)
iii. Wajib salah satu muqadimmah bersifat mujabah kerana dua muqadimah salibah
tidak akan mengeluarkan natijah (Sudut Kaif)
Bahagian al-Qiyas
Ianya sama ada:
i.Qiyas Iqtirani- qiyas yang dua muqadimmahnya mengandungi natijah yang tidak disebut
secara langsung.
-Terbahagi kepada:
• Iqtirani Hamli-terdiri daripada qadiah hamliah sahaja
• Iqtirani Syarti-terdiri daripada qadiah syartiah
o Contohnya: Jika sesuatu itu ialah manusia, maka dia itu haiwan.
o Setiap haiwan pasti bernafas
o Kesimpulannya: Jika sesuatu itu manusia, maka pasti dia bernafas.
ii. Qiyas Syarti-qiyas yang disebut padanya natijah dan lawannya dalam suatu kumpulan
Contohnya:
Apabila matahari terbit. Maka siang pun menjelma.
Akan tetapi siang menjelma
Kesimpulannya: Matahari terbit
Syakal al-Qiyas
i. Syakal Pertama: Hadd Awsat menjadi mahmul di sughra dan maudu‘ di kubra.
ii. Syakal Kedua: Hadd Awsat menjadi mahmul di sughra dan kubra.
iii. Syakal Ketiga: Hadd Awsat menjadi maudu‘ di sughra dan kubra.
iv. Syakal Keempat: Hadd Awsat menjadi maudu‘ di sughra dan mahmul di kubra.
Kepentingan Pengunaan Qiyas Dalam Karya Usuluddin
i. Qiyas merupakan salah satu bentuk penghujahan dalil logik untuk mematahkan syubhat
aliran yang menyeleweng.
ii. Ulama menggunakan qiyas supaya hujah mereka dapat difahami dengan teratur dan
sistematik.
iii. Dalil aqli merupakan dalil yang disepakati seluruh manusia yang berakal. Justeru, hujah
daripada qiyas yang tepat adalah kukuh terutamanya dalam isu ketuhanan.
iv. Membuktikan kebenaran Islam.
Contoh Penggunaan Dalam Usuluddin:
i. Ketuhanan/Ilahiyat: Alam itu baharu, Setiap yang baharu memerlukan pencipta, maka alam
ini ada penciptanya
ii. Kenabian/Nubuwwat: Nabi diberikan mukjizat, setiap yang diberikan mukjizat berkata
benar, maka nabi pasti berkata benar.
iii. Hadith: Para sahabat itu adil, setiap yang adil diterima riwayat mereka, maka para sahabat
riwayat mereka diterima.
iv. Istiqra’
Pengertiannya: Membuat kesimpulan kulli berdasarkan juz’iyyat yang berada di bawah
perkara yang kulli tersebut.
Contoh: Membuat kesimpulan umum bahawa penyakit Covid-19 itu berbahaya berdasarkan
pesakit-pesakit penyakit tersebut.
Istiqra’ terbahagi ke:
i. Istiqra’ Tam- kajian terhadap keseluruhan juz’I secara satu persatu lalu merumuskan
kesimpulan yang kulli dan umum.
ii. Istiqra’ Naqis- kajian terhadap sebahagian juz’I secara satu persatu lalu merumuskan
kesimpulan yang kulli dan umum.
Metode dan Fasa-Fasa Istiqra’:
i. Mulahazah-pemerhatian yang dijalankan oleh seseorang pengkaji dengan membuat
persediaan yang rapi dan lengkap serta mencari punca berlakunya sesuatu peristiwa.
Syarat-Syarat Mulahazah:
• Syumul-secara menyeluruh
• Tarkiz- memberikan tumpuan pada semua aspek yang penting
• Tikrar-pemerhatian secara berulang-kali
• Penggunaan Alat Moden-meneliti dengan lebih terperinci dan praktikal
• Tidak tergesa-gesa
ii. Tajribah-fasa percubaan
Syarat-Syarat Tajribah:
• Syumul-secara menyeluruh
• Tarkiz- memberikan tumpuan pada semua aspek yang penting
• Tikrar-pemerhatian secara berulang-kali
• Tasjil-mencatat segala perancangan dan hasil
• Tidak tergesa-gesa
• Penggunaan Alat Moden-
iii. Fard al-Furud-Hipotesis ilmiah (andaian dan rumusan sementara)
Syarat-syarat fard al-furud:
• Didahului dengan pemerhatian dan ujikaji terlebih dahulu
• Tidak ada percanggahan dengan pemikiran akal dan tabiat
• Mampu dipraktikkan dalam lapangan
iv. Tahqiq al-Furud- Proses mengenal pasti kebenaran fard al-furud atau hipotesis yang
telah dibuat.
Metode Tahqiq al-Furud:
1. Tahqiq al-Mubasyir: eksperimen secara langsung
2. Gheir Mubasyir: tidak secara langsung seperti ahli astronomi.
Kaedah Tahqiq al-Furud oleh John Stuart Mill:
• Tariqah al-Ittifaq-metode yang merumuskan setiap sebab itu ada akibatnya.
• Tariqah al-Ikhtilaf-metode yang merumuskan bahawa apabila tiada sebab, maka
tiada akibat akan wujud.
• Tariqah al-Bawaqi-metode yang merumuskan bahawa terdapat dua sebab yang
menghasilkan dua akibat yang berbeza.
v. Ta‘mim al-Hukm-Generalisasi hukum berdasarkan pemerhatian dan eksperimen ilmiah
yang dibuat dan hukum yang dikeluarkan itu meliputi sampel yang dikaji dan yang tidak
dikaji.
Ciri-Ciri Ta‘mim al-Hukm:
i. Terdapat sighah yang tepat
ii. Teori yang dilahirkan tidak terjejas dengan perubahan masa dan tempat
iii. Teori yang dihasilkan tidak bertentangan dengan prinsip ilmu
v. Ralat dan Falasi
Pengertian Ralat: Kesalahan dan kesilapan dalam menerangkan hakikat dan menakrifkan
sesuatu perkara.
Pengertian Falasi: hujah yang lemah yang tidak disertakan hujah yang kuat untuk
menyokong kesimpulan.
Ralat Dalam Ta‘rif:
i. Menggunakan lafaz yang lebih umum.
Contoh: Manusia ialah haiwan
ii. Menggunakan lafaz yang lebih khusus.
Contoh: Manusia ialah Umar
iii. Menggunakan lafaz yang aneh dan samar-samar
Contoh: Manusia ialah sesuatu yang menyerupai kera
iv. Menggunakan lafaz sinonim
Contoh: Singa ialah al-asad.
Jenis Falasi:
i. Mukhalafah (Falasi Formal)- hujah lemah disebabkan salah pada sudut struktur hujah.
Antaranya:
Tidak menggunakan struktur qiyas yang betul
Manusia ialah haiwan.
Kucing ialah haiwan.
Kesimpulannya: Manusia ialah kucing.
-Ianya kerana qiyas ini tidak mengikut syarat strukturnya.
Menggunakan Kedua-Dua Muqadimmah Dengan Ayat Salbiyyah
Tiada suatu manusia itu batu
Tiada suatu haiwan itu batu
Kesimpulannya: Tiada suatu manusia itu haiwan.
ii. Mughalatah (Falasi Tidak Formal)- hujah lemah dan salah namun tiada kaitan secara
langsung dengan kaedah
Contohnya: Merujuk kepada autoriti seseorang.
Dr X merupakan pakar dalam bidang agama. Maka, semua hujah dan kata-katanya tidak
mungkin silap.
Sebab-Sebab Berlakunya Falasi:
i. Kejahilan
ii. Menggunakan hujah peribadi
iii. Terburu-buru dalam melakukan kesimpulan
iv. Tidak memahami kaedah mantiq dengan betul
Nota Tokoh-Tokoh Ilmu Mantik
IBNU SINA
1. “Ibn Sina merupakan tokoh ilmu mantik yang sangat hebat”. Jelaskan pernyataan tersebut.
[8] 2013 (5a)
Jawapan:
Latar belakang Ibn Sina sebagai seorang tokoh ahli mantik:
(Latar belakang Ibn Sina 2 markah) + (Ketokohan Ibn Sina 6 markah)
1. Nama sebenar Ibn Sina ialah al-Hussain bin Abdullah bin al-Hassan bin Ali bin Sina.
2. Beliau dilahirkan pada tahun 370 H/980 M di Afsyanah, Bukhara, Pakistan.
3. Beliau meninggal dunia pada tahun 428H/1036M.
4. Mula mempelajari al-Quran semenjak umur lima tahun dan menghafaz al-Quran ketika
berusia 10 tahun.
5. Beliau mempelajari ilmu mantik dari ahli falsafah yang terkenal yang Bernama Abdullah al
Natili di Bukhara. Beliau akhirnya Berjaya menguasai ilmu disiplin mantik dengan baik dan
mengatasi keilmuan yang dimiliki gurunya dalam bidang tersebut.
6. Beliau banyak menelaah sendiri karya-karya mantik Aristotle yang tedapat di zamannya dan
dapat memahaminya dengan baik, termasuk kitab Isagoge karangan Porphry.
7. Ibn Sina Berjaya menguasai bidang mantik dengan baik sebelum umurnya mencecah 20
tahun.
8. Ibn Sina banyak memberi syarahan karya-karya mantik, khususnya Aristotle untuk
memudahkan umat Islam memahami perkaedahan mantik Greek.
9. Ibn Sina telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan disiplin mantik di dunia
Islam selepas kematian al-Farabi. Oleh itu, beliau digelar dengan al-syaikh al-ra’is.
Karya-Karya Ibnu Sina:
i. Al-Shifa’ (bahagian mantik)
ii. Al-Najat
iii. Al-Isyarat wa al-Tanbihat
iv. Al-Munjiz, al-Mukhtasar al-Aswat
v. Risalah fi al-Hudud
vi. Risalah fi Anwa’ al-Qadaya dll.
PEMIKIRAN MANTIK IBN SINA DALAM KITAB AL-ISHARAT WA AL
TANBIHAT
SINOPSIS
Kitab al-Isyārat wa al-Tanbihāt (Isyarat dan Peringatan) disusun Ibn Sīnā di Parsi setelah masa
kejatuhan pemerintahan Sassanid Parsi, kemudian diselesaikan setelah beliau berada di
Isfahan.
Kitab ini adalah sebuah karya yang disusun di masa-masa akhirhidupnya.Salah satu versi
mengatakan bahawa al-Isyārat wa al-Tanbihātdisusun di awal tahun 1030an. Akan tetapi,
waktu tepat penulisan kitab ini tidak diketahui, ia merupakan karya– karya terakhir Ibn Sīnā.
Oleh kerana itu, salah satu kelebihan kitab ini lebih menggambarkan kematangan berfikir Ibn
Sīnā dibandingkan karya-karya sebelumnya.
Kitab ini merupakan sebuah ensiklopedia falsafah yang memberikan premis -premis kunci dan
kesimpulan-kesimpulan utama pandangan falsafahnya. Ia disusun ke dalam empat jilid:
1. Jilid Pertama - Ilmu logik
2. Jilid Kedua - Ilmu fizik
3. Jilid Ketiga - Ilmu metafizik
4. Jilid Keempat - Ilmu tasawwuf .
Dari urutan penjilidan tersebut, jelas terlihat bahawa untuk memahami disiplin ilmu yang
melampaui dunia fizik, Ibn Sīnā mengantarkan para pembacanya melalui gerbang logik.
Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa jika kembali kepada pertanyaan awal pada
pembuka tulisan ini ditujukan pada Ibn Sīnā, “Dari mana memulai mempelajari falsafah?”,
tentu Ibnu Sina akan menjawab, “Dari logik.”
Dalam kitab ini, Ibnu Sina menerangkan kemahuan manusia dalam satu pembahagian yang
umum iaitu Syahwat, Amarah, Imaginasi dan Rasional Akal.
1. Mengutamakan hiburan diri hingga mengabaikan keperluan diri sendiri seperti makan,
minum, kehendak seksual dan sebagainya. Seperti contoh, terlalu asyik bermain catur
sehingga lupa makan minumnya.
2. Boleh jadi medium untuk memperoleh pahala kebajikan seperti memberi makan dan
mengadakan majlis pernikahan yang boleh dilakukan mengikut syariat untuk peroleh
pahala kebajikan tetapi disebabkan untuk menjaga nama dan pangkat, mereka
mengadakan jamuan secara besar-besaran sebagai cara untuk dilihat akan orang
kehebatan atau kebesaran atau kekayaan dirinya.
3. Kadangkala orang yang pemurah yang nak bersedekah, dia akan lebih ikhlas memberi
atas dasar sifat murni dan tidak mementingkan diri. Oleh itu dia akan bersedekah tanpa
memikirkan kepentingan diri sendiri. Jadi jelaslah bahawa nikmat bersedekah lebih
indah dari nikmat dunianya.
4. Mereka yang berhati mulia, lebih memilih untuk menahan lapar dan dahaga. Apabila
mereka diajak berperang , mereka akan bersegera menyahut seruan itu dan langsung
memikirkan bahawa persoalan mati dan kehancuran itu sebagai perkara yang remeh.
5. Dalam sesuatu peperangan selalunya akan disertai dengan penghargaan jika pihak itu
menang dalam peperangan itu tetapi bagi insan mulia mereka tidak menghiraukan
bahaya yang mendatang dalam peperangan dan tidak menghiraukan tentang
penghargaan didunia kerana lebih mengagumi penghargaan mereka setelah mati.
2. Bincangkan pandangan Ibn Sina terhadap ilmu mantik dalam kitab al-Isharat wa al-Tanbihat.
Bincangkan idea utama Ibn Sina dalam kitab al-Isharat wa al-Tanbihat. (12m) (2013) (5b)
Jawapan:
Pandangan Ibn Sina tentang ilmu mantik dalam kitab al-Isharat Wa al-Tanbihat:
(4isi x 2m = 8m / Kesimpulan = 2m)
1. Ibn Sina berpendapat bahawa mantik adalah suatu medium berfikir untuk mengawasi
pemikiran manusia daripada tersilap dalam kegiatan berfikir.
2. Ibn Sina melihat mantik sebagai alat intelektual yang sesuai untuk digunakan bagi
membahaskan ilmu-ilmu bersifat teoretis (al-ulum al-Nazariyyah) kerana ia mengandungi
panduan yang diperlukan bagi mendapatkan maklumat tentang ilmu-ilmu yang belum belum
diketahui oleh manusia.
3. Ibn Sina mengumpamakan kedudukan mantik sebagai alat bagi menilai ketepatan fikiran
manusia, sama seperti kedudukan ilmu nahu yang dianggap sebagai alat bagi menilai
pernyataan-pernyataan Bahasa atau sama dengan kedudukan ilmu ‘arud yang seterusnya adalah
alat bagi menilai syair-syair Arab.
4. Umumnya manusia perlu kepada ilmu mantik kerana fitrah manusia semata-mata tidak
mampu membezakan antara kebenaran dan kepalsuan dalam hal-hal yang menyentuh
pernyataan al-tasawwarut dan al-tasdiqat kecuali kalangan yang diberi anugerah kenabian dan
kerasulan oleh Allah S.W.T.
5. Ilmu mantik amat diperlukan bagi melengkapkan ilmu pengetahuan yang terdapat pada
individu yang tidak dianugerahkan keistimewaan-keistimewaan peribadi tertentu dalam ilmu
pengetahuan (contohnya para nabi dan para wali Allah).
Rumusan: (analisis berkaitan dengan isi yang ditulis)
IMAM GHAZALI
1. Terangkan biodata Imam al-Ghazaliyy sebagai tokoh ilmu mantik. [8] U2013 (5a)
1. Nama sebenar ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali.
2. Dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan tahun 1058 di Tabran, Tus dalam wilayah
Khurasan, Utara Iran.
3. Meninggal dunia pada 24 Jamadil Akhir pada tahun 505 Hijrah bersamaan 1111 Masihi di
Tus.
4. Imam al-Ghazali terkenal dengan nama al-Ghazali sempena nama bapanya yang bekerja
sebagai pemintal benang.
5. Mendapat Pendidikan awal daripada Ahmad bin Razkani, Ahmad bin Muhammad al-Tusi,
Abu Nasr bin Ismail.
6. Beguru dengan Imam al-Haramain dalam ilmu Tauhid, Fekah, Falsafah dan Mantik.
7. Diundang oleh Menteri Turki Bernama Nizam al-Muluk supaya mengajar di Univeristi
Nizamiyah.
8. Beliau digelar “Hujjah al-Islam” kerana kepakaran beliau dalam semua bidang.
9. Beliau mengembara selama 12 tahun dan akhirnya memilih jalan hidup tasawwuf dan
menjadi ahli sufi.
2. Bincangkan sumbangan Imam al-Ghazaliyy dalam perkembangan ilmu mantik.
[12] U2013(5b)
Jawapan:
1. Membuat ulasan dan mengkritik ilmu mantik yang bercanggah dengan ajaran
2. Islam.
3. Membuktikan bahawa qiyas mantik digunakan dalam al-Quran.
4. Memudahkan perbincangan ilmu mantik.
5. Menghasilkan karya dalam bidang ilmu mantik yang menjadi rujukan sehingga masa
kini.
6. Menjadikan mantik sebagai satu disiplin ilmu Islam dengan penemuan yang baharu.
7. Memurnikan ilmu mantik Yunani/ Greek menjadi mantik murni Islam.
3. “Al-Ghazaliyy merupakan seorang tokoh ilmu mantik yang sangat hebat.” Jelaskan
pernyataan tersebut. [10] 2015 (5a)
Jawapan:
1. Beliau membuktikan qiyas mantik digunakan dalam al-Quran.
2. Beliau bejaya memudahkan perbincangan ilmu mantik.
3. Beliau menghasilkan banyak karya dalam bidang mantik.
4. Beliau menetapkan setiap pemikiran perlu dinilai dengan mantik.
4.Bincangkan pemikiran mantik al-Ghazaliyy dalam kitab Mi‘yar al-‘Ilm fi ‘ilm al-Mantiq.
[10] 2015 (5b)
Jawapan:
1. Beliau menolak beberapa pandangan ahli falsafah yang tidak selari dengan Islam.
2. Beliau melihat mantik sebagai neraca yang berperanan mengukur pandangan yang
benar dan menyeleweng.
3. Beliau menerangkan perbezaan pemikiran yang membawa pemikiran yang salah dan
samar.
5.Nyatakan dua buah kitab ilmu mantik yang dihasilkan oleh al-Ghazaliyy. [2]
Jawapan:
1. Mihakk al-Nazar fi al-Mantiq, al-Qistas al-Mustaqim
2. Maqasid al-Falasifah.
3. Mi’yar al-‘Ilm
4. Asas al-Qiyas
6.Jelaskan pemikiran al-Ghazaliyy yang berkaitan dengan ilmu mantik. [8] 2018
(5b)
Jawapan:
1. Menjadikan ilmu mantik sebagai neraca pengukur kepada ilmu pengetahuan yang lain.
2. Menolak penggunaan mantik secara mutlak dalam memahami persoalan ketuhanan.
3. Meletakkan mantik sebagai ilmu yang tidak terpisah daripada falsafah.
4. Mengharuskan pembelajaran mantik bagi mematahkan hujah musuh-musuh Islam.
IBNU HAYTHAM
1. Jelaskan latar belakang Ibn Haytham sebagai seorang tokoh ilmu mantik. [8]
2014 (5a)
Jawapan:
Latar belakang Ibn Haytham sebagai seorang tokoh ilmu mantik: (8 isi x1m)
1. Nama penuh : Abu Ali al-Hasan bin al-Haytham al-Basri al-Misri.Dikenali di Eropah sebagai
al-Hazen.
2. Lahir di Basrah pada tahun 354 H bersamaan 965 Masihi
3. Meninggal dunia di Kaherah pada tahun 430 H bersamaan 1039 M.
4. Merupakan tokoh matematik dan sains tabii’,astronomi,perubatan,biologi,fizik dan optic.
5. Berpindah ke Mesir dan berkhidmat di bawah pemerintahan khalifah Fatimiyah iaitu Raja
al-Hakim yang memerintah Mesir dari 996 -1020 M.
6. Melakukan beberapa kerja penyelidikan tentang aliran dan saliran Sungai Nil.
7. Merupakan orang pertama menemui tarikan graviti sebelum Issac Newton menemuinya.
8. Menurut Prof Mustafa Nezif, pandangan Ibn Haytham amat original dan sewajarnya tambah
beliau sanjungan yang diberikan kepada tokoh barat Roger Bacon ditukar kepada Ibn Haytham
menyentuh keilmuan sains tulen.
2. Karya Ibn Haytham:
1. al-Manazir
2. Mizan al-Hikmah
2. Bincangkan sumbangan Ibn Haytham dalam ilmu mantik. [12] 2014 (5b)
Jawapan:
Sumbangan Ibn Haytham dalam lmu mantik: (6 isi x 2m = 12m)
1.Sumbangan beliau dalam penulisan buku-buku mantik seperti Kitab al-Manazir, Maqalah fi
Istikhraj Samt al-Qiblah dan lain-lain.
2.Pengasas Manhaj al-Istiqrai
3.Melakukan kajian terhadap sesuatu gejala atau fenomena menerusi pemerhatian deria dan
penelitian terhadap semua unsur juz’iyyat mengguna alat canggih, membezakan sesuatu yang
tetap daripada sesuatu yang berubah-ubah dan sentiasa berjaga-jaga dengan tipu daya deria
(mulahazah).
4.Melakukan uji kaji secara terperinci dan bersistematik dan mengambil kira segala faktor dan
fenomena yang terbentuk sewaktu mengkaji dan melakukan pemerhatian(Tajibah).
5. Beliau mengulangi dan mempelbagaikan kajian menerusi pelbagai metode yang sesuai cara
ini dapat menghasilkan keputusan atau dapatan yang lebih tepat dan konkrit (al-Tanwi’ wa al-
Tikrar).
6.Melakukan kajian yang bebas dari sebarang unsur negatif yang mungkin mempengaruhi
dapatan kajian seperti hawa nafsu dan keinginan individu pengkaji (al-Mawdu’iyyah wa al
nazahiyyah).
7.Menghasilkan kajian dengan penuh keyakinan dan kebenaran ilmiah. Matlamat kajian untuk
memperoleh kebenaran sehingga dapat diterima umum, tanpa ada keraguan dan pertikaian. Jadi
taraf ilmu itu ialah taraf yakin pasti (al-yakin al-ilmi).
-TAMAT-