FOOD LOVE
F O O D L O V E Makanan T R A D I S I O N A L Muna Aiman bt Ismail Jayabarathi a/p Ramu Written by
FOOD LOVE 4 P e n g e n a l a n M a k a n a n T r a d i s i o n a l K a u m M e l a y u 6 Kaum Melayu Jenis-jenis Makanan Kaum Melayu 1. 2. 9 M a k a n a n T r a d i s i o n a l K a u m C i n a 1. Kaum Cina 2. Jenis-jenis Makanan Kaum Cina 16 M a k a n a n T r a d i s i o n a l M a s y a r a k a t S a b a h 1. Orang Sabah 2. Jenis-jenis Makanan Masyarakat Sabah 21 K e s i m p u l a n ISI KMA akN ana D n MUaNlaysGia AN 18 M a k a n a n T r a d i s i o n a l M a s y a r a k a t S a r a w a k 1. Orang Sarawak 2. Jenis-jenis Makanan Masyarakat Sarawak 12 M a k a n a n T r a d i s i o n a l K a u m I n d i a 1. Kaum India 2. Jenis-jenis Makanan Kaum India
Get to know about food-love Untuk semua masyarakat Malaysia, konsep food-love ini boleh dipelihara serta dipupuk. Sehubungan itu, makanan yang terdapat di Malaysia ini boleh menambahkan lagi rasa cinta kita sebagai anak jati Malaysia. Akan tetapi, jika tidak mencuba semua jenis makanan di Malaysia tidak bermakna anda bukan anak jati Malaysia. Mengetahui tentang aneka makanan yang terdapat di Malaysia juga merupakan salah satu tanda bahawa anda seorang yang bertanggungjawab dan mempunyai rasa ingin tahu tentang apa yang terdapat di Malaysia bahkan keunikan makanan dari pelbagai kaum juga dapat kita tahu. Food-love merujuk kepada seseorang yang sangat menggemari makanan. Ini bermaksud menggemari dan menyukai pelbagai jenis makanan yang sesuai dengan selera anda yang terdapat di Malaysia. Terdapat 4 jenis makanan tradisional yang dapat menarik selera anda untuk mencuba semua jenis makanan iniiii. "Bahan yang paling tak terpisah dari semua masakan rumah yang enak ialah cinta untuk orang yang memakannya masak."
" m a k a n a n k l a si k a k a n sel a l u p u n y a t e m p a t d i h a t i p eni k m a tn y a "
KAUM MELAYU Kaum Melayu merupakan kaum yang mempunyai elemen-elemen serta asal usul yang berkait rapat dari Sumatera, Jawa, Thailand, Sulawesi dan Polinisia yang menjadi negara jiran sekeliling pada Malaysia yang kini. Oleh yang demikian, tidak asing dan hairanlah jika rasa masakan Melayu menyajikan sedikit sebanyak kualiti dan pengaruh yang di bawa oleh negara-negara jiran. FOOD LOVE
JJ EE NN II SS -- JJ EE NN II SS MM AA KK AA NN AA NN Nasi Lemak Lemang Nasi lemak sebagai contoh merupakan sajian yang popular di Malaysia kerana keenakannya. Nasi ini pula mudah disediakan. Nasi lemak yang pada asalnya sebagai hidangan untuk sarapan pagi dalam kalangan etnik Melayu tetapi kini telah menjadi pilihan semua etnik di Malaysia. Bertitik tolak daripada menjadi hidangan sarapan pagi, namun kerana penerimaan meluas dalam kalangan masyarakatsetempat dan antarabangsa, kini nasi lemak bukan sahaja untuk hidangan sarapan pagi tetapi boleh didapatisepanjang masa dan setiap hari. Nasi lemak yang pada satu ketika dahulu hanya dinikmati dirumah kini nasi lemak dapat diperoleh di tempat yang menjadi tumpuan ramaiseperti di gerai makanan, restoran malah di tempat makan yang eksklusif. Dalam konteks kesepaduan sosialsama ada disedari ataupun tidak, nasi lemak berperanan memupuk kekuatan ikatan kesepaduan tersebut. Hal ini berlaku kerana pengalaman pelbagai etnik yang makan nasi lemak telah mengetepikan stereotaip bahawa nasi lemak adalah milik etnik Melayu, sebaliknya beranggapan nasi lemak sudah menjadi milik bersama. Lemang adalah beras pulut dimasak bersama santan dan garam dalam ruas-ruas buluh dilapik dengan daun pisang sebelum dibakar sehingga masak. Cara ini merupakan cara menanak nasi yang tradisi serata alam Melayu.Lemang sering dihidangkan secara berlauk bersama rendang atau serunding, namun ada juga yang memakan lemang dengan cara manis seperti bersama tapai seri kaya ataupun buah-buahan. Lemang dimasak atau dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari-Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Selain itu juga, lemang juga sering dimasak pada hari menyambut kedatangan bulan Ramadan KK AA UU MM MM EE LL AA YY UU TRADISIONAL FOOD LOVE
"ma k a n a n k l a s i k a k a n s el a l u p u n y a t emp a t d i h a t i p e n i kma t n y a " FOOD LOVE
Sejarah kemasukan kaum cina ke dalam negara kita telah membawa kepada berubahan yang baru dalam seni kulinari yang jauh lebih berbeza dengan kaum Bumiputra melayu dan mereka. Kehadiran mereka telah memperkenalkan kita kepada Mee yang menjadi makanan utama bagi masyarakat Cina sejak 2000 tahun dahulu. Kerana keadaannya yang bertahan lama, mudah diangkut dan senang disediakan menyebabkannya menjadi makanan yang terkenal di hampir seluruh pelusuk dunia. Makanan ini merupakan kebanggaan masyarakat Cina kerana ia menjadi salah satu bukti terserlahnya keintelektualan nenek moyang mereka. MA K ANAN T R A D I S I ONA L K A UM C INA FOOD LOVE
Kuih Bakul Jenis-Jenis Makanan Kaum Cina Kuih bakul atau nama lainnya Nian Gao atau lebih dikenali sebagai kuih Tahun Baru Cina ialah makanan tradisional masyarakat cina yang diperbuat daripada tepung pulut yang berbentuk seperti dodal. Secara tradisisnya, makanan ini lebih mendapat sambutan untuk dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina, walaupun boleh dimakan bila-bila masa. Dim sum merupakan sejenis makanan kaum Cina yang merupakan hidangan ringan lingkungan luas yang dihidang bersama teh Cina. Hidangan ini disediakan dalam bahagian kecil, termasuk daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, buah-buahan serta pencuci mulut. Hidangan ini biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan khas seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina. FOOD LOVE Dim Sum
"Makanan tidak rasional. Makanan adalah budaya, kebiasaan, keinginan, dan identitas" FOOD LOVE
Berdasarkan apa yang telah ditulis oleh sejarah sudah pasti kita dapat ketahui bahawa kedatangan komuniti kaum India telah memperkenalkan kita kepada kepelbagaian rempah ratus yang mempunyai aroma dan rasanya yang tersendiri. Antara makanan yang terkenal dan dinikmati seluruh masyarakat Malaysia zaman kini ialah kan. Masakan kaum India yang sangat sinonim dengan panggilan kari seperti Kari ayam, Kari daging, Kari kacang dal, Kari kurma ayam dan sebagainya. M A K A N A N T R A D I S I O N A L K A U M I N D I A FOOD LOVE
Nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi orang India yang mengamalkan konsep "vegetarian". Secara tradisionalnya, nasi daun pisang dimakan dengan menggunakan tangan. Penggunaan daun pisang dipercayai akan bertindak balas dengan lapisan atas daun pisang ketika dihidangkan panas sekaligus dapat membantu sistem penghadaman. la juga dapat memupuk semangat setiakawan dan kekeluargaan apabila kita dapat berkongsi apa sahaja yang dihidangkan. M U R U K K U Murukku merupakan makanan tradisional yang berasal dari negara India. Murukku adalah sejenis makanan yang dihidang sebagai makanan ringan. Perkataan muruku berasal dari perkataan bahasa Tamil yang bererti "berpusar", merujuk kepada bentuk makanan tersebut. Muruku lazimnya diperbuat daripada tepung beras atau tepung urad dal sebelum diproses menjadi doh. Doh tersebut pula dibentuk menjadi bentuk berpusar, sama ada dengan menggunakan tangan ataupun dengan acuan. Pusaran doh yang terhasil kemudiannya digoreng celur di dalam minyak sayuran. H I D A N G A N D A U N P I S A N G FOOD LOVE
"Makanan bukan hanya berakhir di perutmu, melainkan sebuah pertualangan yang patut dinikmati dan dihargai" FOOD LOVE
Sabah & Sarawak FOOD LOVE
Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Sabah.Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan.Selain perayaan, biasanya masyarakat Sabah yang tinggal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini. Di negeri Sabah, makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun amat berbeza dari kaum yang lain.Makanan kaum Kadazandusun adalah lazat dan juga mempunyai keunikannya yang tersendiri. Masyarakat Sabah telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan.Ini adalah kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan. SABAH M A S Y A R A K A T FOOD LOVE
LATOK Jenis-Jenis Makanan Orang Sabah Hinava merupakan makanan tradisional bagi masyarakat Kadazandusun. Hinava juga dipanggil salad ikan mentah kerana dihasilkan daripada campuran ikan mentah, cili, limau, halia dan sebagainya. Hidangan ini merupakan lauk pembuka selera bagi kaum Kadazandusun. Rasanya yang pedas dan masam pasti mampu membangkitkan selera setiap lidah yang merasainya. FOOD LOVE Latok merupakan sejenis rumpai laut dan merupakan makanan tradisional bagi kaum Bajau. Latok juga dikenali sebagai anggur laut kerana menyerupai anggur. Teksturnya ranggup seperti makan telur ikan. Latok biasanya dimakan mentah bersama perahan limau kasturi dan cili atau dibuat ulaman. Kamu hendaklah memerah limau pada latok untuk menghilangkan rasa hanyir pada latok. Rasanya yang rangup pasti akan menjadi kegemaran setiap lidah yang merasainya. HINAVA
Negeri Sarawak yang juga dikenali dengan nama Bumi Kenyalang ini mempunyai pelbagai jenis makanan yang agak sukar didapati di Semenanjung Malaysia suatu tika dahulu. Namun, kini di sekitar Semenanjung Malaysia sudah terdapat banyak restoran yang menyajikan hidangan dari negeri Sarawak. Kewujudan banyak restoran makanan Sarawak telah memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia menikmati pelbagai hidangan dari Sarawak yang begitu enak sekali. Makanan tradisional masyarakat Sarawak boleh terbahagi kepada dua jenis iaitu hidangan utama dan juga pencuci mulut. MARI KENALI MAKANAN YANG TERDAPAT DI FOOD LOVE Mungkin nama hidangan di Sarawak adakalanya kedengaran agak pelik, namun rasa setiap hidangan yang terdapat di Sarawak memberi 1001 rasa yang begitu mempesonakan. Pastikan anda mencuba setiap hidangan unik di Sarawak sekiranya berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang ini. Sarawak
LAKSA SARAWAK J E N I S - J E N I S M A K A N A N O R A N G S A R A W A K Laksa Sarawak merupakan hidangan yang begitu popular dan boleh didapati di setiap pelosok negeri Bumi Kenyalang ini. Ia menggunakan pes khas yang mengandungi pelbagai bahan – bahan yang tersendiri. Kalau korang tak tahu Laksa Sarawak, ia disajikan dengan bihun, kuah laksa yang oren kemerahan, udang dan sambal sebagai penambah perisa. Asalusul Laksa Sarawak masih tidak jelas tetapi dipercayai laksa itu muncul apabila Goh Lik Tek memperkenalkan hidangan mee beliau di sekitar Carpenter Street, Kuching pada tahun 1945. Berdasarkan kepercayaan majoriti, pes pekat yang digunakan dalam kuah laksa itu sebenarnya diperkenalkan oleh keluarga Tan Yong Him dari Kuching pada sekitar tahun 1960 dan 1970. FOOD LOVE Tan Yong Him telah menginovasikan resepi dengan mencampurkan rempah dan herba untuk menghasilkan pes kuah yang baru dan akhirnya beliau telah menjual pes laksa itu dengan meletakkan jenama Cap Burung Layang-Layang.
Mee Kolok pada amnya bukanlah makanan asal masyarakat bumiputera Sarawak. Ia merupakan makanan yang telah dibawa oleh masyarakat Cina yang telah berhijrah ke Sarawak. Namun, ia telah menjadi makanan tradisi masyarakat tempatan biarpun dibawa masuk oleh masyarakat Cina suatu tika dahulu. FOOD LOVE MEE KOLOK Mee Kolok menggunakan mee sanggul dan dihidangkan bersama sup serta kicap. Ia juga dihidangkan bersama hirisan daging ataupun ayam yang telah direbus terlebih dahulu. Antara nama lain bagi mee kolok adalah mee kampua (Cina), mee rangkai dan mee kering (Iban). Mee kolok bukan sahaja popular di Sarawak, namun semakin popular di Semenanjung Malaysia. Mee kolok terdapat dalam dua jenis iaitu mee kolok putih dan mee kolok kicap. Keistimewaannya adalah rasa mee kolok berbeza dengan rasa mee goreng yang lain dan tekstur mee kolok juga kecil dan lembut serta kenyal.
Kesimpulan Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di Malaysia secara tidak langsung memangkin kepada perkembangan variasi jenis makanan warisan yang mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Tukang masak terkenal, Datuk Chef Ismail berpandangan, kemampuan sesuatu makanan warisan sebagai salah satu faktor untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama adalah tidak dinafikan. “Makanan warisan seperti nasi lemak, rendang, roti canai, teh tarik, nasi kandar, char kuetiau dan dimsum seperti yang kita tahu adalah menu terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dan dimakan oleh semua rakyat. “Misalnya pada bulan puasa, bukan setakat orang Islam yang datang mencari makanan tetapi pelbagai kaum didapati mengunjungi bazar Ramadan untuk mendapatkan beberapa jenis makanan warisan. Inilah situasi contoh makanan telah menyatukan bangsa,” katanya. Tambah Chef berkenaan, aspek penyatuan bangsa melalui makanan juga dapat dilihat pada beberapa jenis makanan warisan yang berasal daripada budaya orang India dan Cina tetapi popular dalam kalangan orang Melayu. Begitu jugalah sebaliknya. “Pada masa kini, saya dapati sesuatu kaum mengunjungi sesebuah restoran untuk menikmati hidangan yang kebiasaannya dimakan bangsa lain. Semoga pembaca dapat menikmati aneka makanan yang terdapat di Malaysia :) FOOD LOVE
FOOD LOVE