The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MAJLIS PERSARAAN TN HJ SOLAHUDIN BIN HJ DAUD 04012022
SEMARAK KASIH SANJUNGAN BUDI JASAMU DIKENANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maisaratun.asmaa88, 2022-01-02 01:43:50

BUKU PROGRAM MAJLIS PERSARAAN TN HJ SOLAHUDIN BIN HJ DAUD

BUKU PROGRAM MAJLIS PERSARAAN TN HJ SOLAHUDIN BIN HJ DAUD 04012022
SEMARAK KASIH SANJUNGAN BUDI JASAMU DIKENANG

Majlis Persaraan

Semarak Kasih Sanjungan Budi
Jasamu Dikenang

SELASA | 04 JANUARI 2022
DEWAN AL - BARAQAH

Atur Cara Majlis

9.30 pagi : Ketibaan Jemputan
: Ketibaan Yang Dirai ( Tuan Haji Solahudin bin Haji Daud)
11.30 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
2.30 petang : Bacaan Doa
: Ucapan YDP PIBG (Encik Jasmin bin Md Kassim)
: Ucapan Puan Pengetua (Puan Normaniza binti Mansor)
: Ucapan Yang Diraikan (Tuan Haji Solahudin bin Haji Daud)
: Gimik Persaraan

• Tribute Bicara Jasamu Dikenang
• Persembahan Multimedia
• Gimik “Semarak Kasih Sanjungan Budi” oleh bekas pelajar

(warga kerja BUGSES)
• Sambutan Hari Jadi ke-60
: Penyampaian Cenderahati
: Menandatangani Buku Persaraan
: Perarakan Pulang Yang Diraikan.

: Jamuan Yang Dirai & Jemputan

: Majlis Santai Hi Tea Kelab Keluarga BUGSES

BIODATA TUAN HAJI SOLAHUDIN

BIODATA DIRI
NAMA : Tuan Haji Solahudin bin Haji Daud
TARIKH LAHIR : 5 Januari 1962
TEMPAT LAHIR : Kampung Pasir Tumbuh, Kota Bharu,Kelantan
UMUR : 60 tahun
NAMA BAPA : Tuan Haji Daud bin Haji Muhammad
NAMA IBU : Puan Hajah Hamsah binti Awang
ADIK-BERADIK : 7 orang (Anak Sulung)
NAMA ISTERI : Puan Hajah Anizon binti A.Rahman
BIL. ANAK : 6 orang
BIL CUCU : 3 orang

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

PENDIDIKAN AWAL : SK Long Gafar, Kota Bharu (1970 -1975)

PENDIDIKAN MENENGAH : SMK Kota Bharu (Tingkatan 1 – 3)

: SMK Kubang Kerian (Tingkatan 4 – 5)

PENDIDIKAN TINGGI : Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim,

Sungai Petani Kedah ( 1983 -1985)

: Universiti Putra Malaysia ( 1998 – 2001)

SEJARAH PERKHIDMATAN
06 Januari 1986 – 04 Januari 2022 : SMK BUKIT GOH

ANUGERAH DALAM PERKHIDMATAN
1994 : Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
2006 : Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
2019 : Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

CIKGU DIN BERSAMA KELUARGA

MEMORI INDAH SEORANG PENDIDIK
SEPANJANG DI SMK BUKIT GOH

MEMORI INDAH SEORANG PENDIDIK
SEPANJANG DI SMK BUKIT GOH

MEMORI INDAH SEORANG PENDIDIK
SEPANJANG DI SMK BUKIT GOH

MEMORI INDAH SEORANG PENDIDIK
SEPANJANG DI SMK BUKIT GOH

MEMORI INDAH SEORANG PENDIDIK
SEPANJANG DI SMK BUKIT GOH

MEMORI INDAH SEORANG PENDIDIK
SEPANJANG DI SMK BUKIT GOH

MEMORI INDAH SEORANG PENDIDIK
SEPANJANG DI SMK BUKIT GOH

MEMORI INDAH SEORANG PENDIDIK
SEPANJANG DI SMK BUKIT GOH

MMEEMMOORRIIIINNDDAAHHSSEEOORRAANNGGPPEENNDDIIDDIIKK
SSEEPPAANNJJAANNGGDDIISSMMKKBBUUKKIITTGGOOHH

MEMORI INDAH SEORANG PENDIDIK
SEPANJANG DI SMK BUKIT GOH

Budimu Disanjung, Jasamu Dikenang

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Bila memandang ke muka laut,
Nampak sampan mudik ke hulu;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.

Akar keladi melilit selasih, Selamat Bersara
Selasih tumbuh di dalam taman; Cikgu Din
Junjungan budi kenangan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Mengait rambutan menggunakan galah,
Disimpan bersama buah berangan;
Walau sezarah silap dan salah,
Harap dimaafkan disimpan jangan.

Subuh hari memetik kangkung,
Kangkung dipetik bersama serai;
Setelah semusim kita berkampung,
Tiba masanya kita bersurai.

Pohon mempelam lebat berbuah,
Gugur sebiji di tepi tangga;
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Allah bertemu jua.

TRIBUTE BICARA JASAMU DIKENANG

DEDIKASI KHAS BUAT CIKGU DIN

TUAN HAJI SOLAHUDIN BIN HAJI DAUD (620105-03-6075) telah dilahirkan pada tanggal 5 Januari 1962 di Kampung Pasir Tumbuh, Kota
Bharu, Kelantan. Beliau merupakan permata hati pertama kepada pasangan suami isteri iaitu TUAN HAJI DAUD BIN HAJI MUHAMMAD dan PUAN
HAJAH HAMSAH BINTI AWANG. Beliau merupakan abang sulung kepada dua adik lelaki dan empat orang adik perempuan. Beliau telah bertemu
jodoh dengan PUAN HAJAH ANIZON BINTI A. RAHMAN pada 3 April 1988 dan telah dikurniakan seramai 6 anak dan sekarang dianugerahkan 3 orang
cucu.

Mendapat pendidikan awalnya di SK Long Gafar, Kota Bharu dari tahun 1970 sehingga 1975. Pada tahun 1976 sehinga1978 beliau
meneruskan pendidikan di tingkatan 1 - 3 di SMK Kota Bharu. Seterusnya ke tingkatan 4 dan 5 di SMK Kubang Kerian sebelum melanjutkan
pengajian di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah dari tahun 1983 sehingga 1985. Akhirnya beliau ditauliahkan sebagai seorang
guru apabila berjaya menamatkan Kursus Asas Perguruan dengan pengkhususan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Kerjaya sebagai seorang pendidik bermula pada 6 Januari 1986 apabila beliau di tempatkan di SMK BUKIT GOH sebagai seorang guru PJK
sehingga ke tarikh persaraan. Sebagai seorang yang cinta akan ilmu pengetahuan, beliau terus berusaha meningkatkan tahap pendidikan sehingga ke
peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 1998 sehingga 2001.

Bukan hanya hebat sebagai seorang guru PJK, beliau juga sangat terkenal di peringkat daerah Kuantan sebagai seorang guru mata
pelajaran Bahasa Melayu. Terlalu banyak sumbangan beliau dalam meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu di sekolah ini. Beliau banyak
menghasilkan bahan bantu mengajar yang berupa modul dan nota pecut untuk kegunaan murid dan juga rakan sepanitia.Tidak terhitung rasanya
jasa dan sumbangan beliau di sini. Tidak hanya terlibat dengan akademik, beliau juga seorang yang sangat sukakan aktiviti kesukanan. Sepanjang
lebih 30 tahun beliau menerajui Temasya Sukan Sekolah dan mempopularkannya dengan gelaran Debaran Cabaran Olahraga. Kecemerlangan
pasukan olahraga dan bola sepak sekolah juga sangat sinonim dengan Cikgu Din… sebut sahaja Cikgu Din, Insha Allah ramai warga guru Kuantan,
pasti akan tahu siapa orangnya.

Selama 36 tahun menabur khidmat bakti di SMK Bukit Goh pelbagai cabaran dan rintangan beliau tabah menghadapi dalam usaha murni
mendidik anak-anak felda tanpa jemu dan putus asa. Jasa dan sumbangan beliau dalam meningkatkan kemenjadian murid dalam kurikulum dan
kokurikulum serta sahsiah murid sangat tidak ternilai. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah tiga kali menerima ANUGERAH KHIDMAT
CEMERLANG iaitu pada tahun 1994, 2006 dan 2019. Persaraan beliau satu kehilangan yang besar kepada semua warga BUGSES…semoga Cikgu Din
sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah walau di mana sahaja berada.

Walaupun pada tanggal 4 JANUARI 2022 secara rasminya beliau bersara sebagai seorang penjawat awam tetapi gelaran GURU dan
panggilan cikgu tetap tersemat di sanubari anak-anak didiknya.

"TERIMA KASIH CIKGU….BAKTIMU TIADA TERNILAI
BUDIMU DISANJUNG
JASAMU DIKENANG"

….dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segalanya
Untuk manusia sebelum jadi dewasa….
…….jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca……..
(Cebisan nukilan sajak Guru Oh Guru oleh Usman Awang)

“SEJAMBAK KASIH KALUNGAN BUDI…TERUKIR MEMORI KEKAL ABADI”
SELAMAT BERSARA…SEMOGA SENTIASA DALAM RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH SWT.


Click to View FlipBook Version