Buku Cerita Kanak-Kanak
PUTERI
BUNIAN
Awang mencari rezeki
dengan menangkap ikan.
Awang menangkap ikan
menggunakan jala. Dia
akan meletakkan jala di
dalam sungai setiap hari.
Hari ini nasib Awang
sungguh malang.
Sepanjang hari
menunggu, seekor ikan
pun belum dapat
ditangkapnya. Dia berasa
hairan.
Tiba-tiba Awang teringat
akan jalanya yang sebuah
lagi di hulu sungai. Awang
pun pergi ke sana dan
berharap jala itu dapat
menangkap beberapa ekor
ikan.
Apabila jala diangkat,
Awang berasa terkejut.
Terdapat seekor ikan yang
sangat berat terperangkap
di dalamnya.
Tiba-tiba ikan itu berkata,
"Wahai tuan hamba,
tolong lepaskan hamba.
Hamba akan memberi
apa-apa sahaja kepada
tuan hamba. Tolong
lepaskan hamba." Rayu
ikan itu lagi.
Awang berasa kasihan
kepada ikan. Dia pun
segera melepaskan ikan
itu, kemudian dia pulang
begitu sahaja.
Setibanya di rumah,
Awang berasa amat
terkejut. Rumahnya yang
buruk telah bertukar
menjadi rumah yang
cantik. Awang berasa
begitu gembira.
Pada malamnya, Awang bermimpi
seorang tua berjubah putih
memberitahu Awang bahawa ikan
besar itu sebenarnya seorang
Puteri Bunian yang disumpah.
Sumpah itu berakhir jika Awang
sanggup mematuhi syaratnya
untuk berkahwin dengan tuan
puteri tersebut.
Setelah terjaga daripada
tidurnya, Awang terus ke
hulu sungai untuk
menyatakan hasratnya
untuk mengahwini puteri
itu.Tiba-tiba, muncul
seorang puteri yang
sangat jelita.
Sejak berkahwin dengan
Puteri Bunian, kehidupan
Awang bertambah selesa.
Mereka berdua hidup
aman bahagia. Awang
tetap merendah diri. Dia
membantu penduduk
kampung yang miskin.