The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOTA NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN DAN SOALAN SERTA CONTOH JAWAPAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by score_riq, 2021-09-29 10:52:46

NOTA NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN DAN SOALAN SERTA CONTOH JAWAPAN

NOTA NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN DAN SOALAN SERTA CONTOH JAWAPAN

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

NAMA :

PROGRAM :

Disediakan dan Diselenggara Oleh : Mohamad Al-Fariq AL-Zaris bin Osman

1

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

TEMA

Kecekalan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan.

Semasa berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di kuala Lumpur
untuk mengadu masalah. Dia berusaha sedaya upaya menempuh ujian dengan semangat yang
kental.

Walaupun pernah ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di sebuah pondok buruk, peristiwa
itu tidak mematahkan semangatnya. Peristiwa itu menguatkan lagi keinginannya untuk
mengikuti perkembangan diri Rafiq dan seterusnya cuba membantu.

Lili cekal mengikuti perkembangan kisah jendela rumah di kampung itu yang menghadap
jalan.

PERSOALAN

• Persoalan tentang keganasan rumah tangga. Seman suami Che Jah seorang yang
suka berjudi, berhutang dan minum arak telah menyebabkan rumah tangga Che Jah
berantakan. Anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti
ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana
sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.
• Persoalan tentang penggunaan ubat tradisional. Datuk sering disindir oleh nenek
akibat terlalu prihatin dan membantu penduduk kampung yang bermasalah kesihatan dengan
membekalkan ubat tradisional yang dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke
rumah hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke hutan mencari akar-
akar kayu tanpa pengetahuannya.
• Persoalan tentang sikap prihatin. Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang
mengalami keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili
memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan
pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta
bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat
aduan tentang sikap suaminya yang buruk selama ini.
• Persoalan tentang masalah sosial penduduk kampung. Hidup di kampung
walaupun berada dalam keadaan selesa, nyaman dengan pemandangan yang cantik namun
terdapat pelbagai masalah sosial. Penduduk kampung didatangi oleh orang yang tidak
bertanggungjawab untuk menjual tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga
memberontak untuk lebih menyetujui penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid
baru. Penduduk kampung juga berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya
keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang kurang
bertanggungjawab diikuti kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih
kawan.

2

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

PLOT
Permulaan
o Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas.
Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja
kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati.
o Dalam perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel dan juga Geetha dalam bas.
o Rumah datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa sungguh nyaman, cantik dan dipenuhi
dengan bendang.
Perkembangan
o Datuk menghadapi situasi getir di kampung akibat penggantian kubah surau.
o Kekalutan turut timbul apabila Sugi dikatakan memujuk orang kampung untuk menjual
tanah bagi pembinaan kawasan perumahan di kampung datuk.
o Datuk didatangi oleh orang dari bandar untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.
o Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya telah Berjaya menyembuhkan
ibunya Latchumi yang sakit dengan menggunakan herba tradisional.
o Danel sering datang untuk membantu nenek memasak kerana menganggap nenek
seorang yang pandai memasak dan masakan nenek sangat sedap.
o Lili diculik oleh anak-anak Che Jah, namun Berjaya diselamatkan oleh Danel.
Konflik
Konflik dengan diri sendiri
o Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun
minatnya tetap dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru.

Konflik dengan orang lain
o Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir akan sikapnya yang lebih
mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden.
o Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan
keganasan dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab
tidak tahan dengan tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che Jah minta
diceraikan.
o Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat
persekolahannya. Namun, Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi
kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti.

3

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

Klimaks / Puncak
o Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini
penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar.
Peleraian
o Che Jah dicadangkan oleh Kak Hamimah supaya membuat laporan polis supaya
suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan.
o Suami Che Jah ditangkap di belakang pondok dusun.
o Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk.
o Rafiq dihantat ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
o Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk
penduduk kampung menjualkan tanah mereka.
o Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik Lili.
o Ibu pulang menaiki bas tanpa ayah. Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri
majlis perpisahan pengetuanya.
o Haziq dan Rafiz kembali semula ke sekolah untuk menduduki PMR

WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Lili
o Lepasan sekolah menengah
o Berpura-pura menjaga hari ibunya
o Rajin membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan
o Suka berkawan dan peramah
o Menjadi teman baik Geetha
o Cepat bersimpati dengan orang lain iaitu Haziq dan Rafiq anak Che Jah yang nakal,
o Prihatin dan meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap
suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga.
o Mesra dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baru di
kampungnya itu.

4

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

Watak Sampingan
Datuk (Haji Abdul Rahman)
o Pakar akar kayu dan ubat tradisional
o Jadi Sumber Rujukan Masalah Kesihatan Penduduk Kampung
o Berjaya Sembuhkan Letchumi Daripada Sakit Teruk Dengan Herba Yang Dibuat Oleh
Datuk
o Berumur 70 tahun
o Rajin Beribadat, Solat, Zikir Dengan Tasbih
o Rajin Membaca Kitab
o Berjaya Mengubati Lima Orang Dari Kuala Lumpur Menggunakan Herba
o Tidak Balik Malam Kerana Mencari Herba Di Hutan
o Pandai Mengurut (Menngurut Danel)

Danel
o Anak William
o Jelaskan Isu Pembinaan Kubah Surau
o Jelaskan Kebaikan Rawatan Mden
o Berhujah Dengan Berhemah Supaya Datuk Tidak Berkecil Hati
o Percaya Perubatan Moden
o Akrab Dengan Datuk
o Bantu Menyelamatkan Lili Daripada Diculik.

Nenek (Hajah Aisyan Tan Abdullah)
o Kurang Yakin Dengan Ubat Tradisional Yang Datuk Sediakan
o Isteri Kepada Datuk
o Percaya Pantang Larang (Terbalikkan Semua Cermin Untuk Terbalikkan Mata Kilat)
o Pandai Memasak Dan Masakannya Sering Dipuji Oleh Danel.

5

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

Geetha
o Kenalan Lili Dalam Bas Sewaktu Pulang Ke Terengganu
o Anak Letchumi Yang Ada Kedai Runcit Dan Sembuh Selepas Makan Ubat Tradisional
Yang Datuk Sediakan.
o Menjadi Akrab Dengan Lili.
o Seorang Yang Tepati Janji.

Abang Rashid
o Sering membantu datuk dan nenek
o Mengambil Lili di perhentian bas untuk membawa pulang sewaktu Lili pulang ke
kampung.
o Mengutip buah dari kebun datuk
o Belum berkahwin

Ibu Lili
o Suka Seni Taman Ala Bali Yang Penuh Reka Bentuk Dan Tumbuhan
o Tanam Herba Pembuka Selera Makan
o Tidak Kisah Ilmu Agama Akibat Kecuaian Datuk
o Gemar Belajar Silat.
o Belajar Di Luar Negara
o Menjawat Jawatan Penting.

Rafiq Dan Haziq
o Anak Remaja Berumur Belasan Tahun.
o Menduduki Pmr
o Anak Che Jah Yang Sering Menimbulkan Masalah
o Memulas Tangan Lili Dan Menculik Lili
o Menggunakan Senjata Tajam Dan Mengacukan Di Leher Lili
o Berubah Sikap Menjadi Lebih Baik.

6

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

Seman
o Suami Che Jah
o Kaki judi, berhutang dan minum arak
o Melarikan kubah surau
o Seorang yang pemarah dan sering menjadikan Che Jah isterinya dan anak-anaknya
Haziq dan Rafiq sebagai tempat melepaskan geram dan marah.
o Membelasah Haziq dan Rafiq hingga teruk
o Ditangkap di belakang pondok dusun dan diserahkan kepada pihak berwajib untuk
dijalankan pemulihan akidah

Latar
Latar Tempat
o Dungun
o Daerah Tempat Nenek Dan Datuk Tinggal
o Daerah asal ibu Lili
o Pekan Sejahtera
o Tempat Tinggal Geetha
o Pekan Sentosa
o Tempat Tinggal Datuk Dan Nenek Lili
o Tempat penduduk kampung berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah
orang kampung oleh orang yang tidak dikenali.
o Tempat Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah
surau

Latar Masa
Maghrib
o Menjelang Waktu Isyak, Lili Melihat Melalui Jendela Sebuah Lori Membawa Kubah Di
Puncaknya Terdapat Bulan Sabit.
Pagi
o Lili Meminta Izin Nenek Untuk Berada Di Luar Bagi Melihat Kubah Surat Atau
Bertemu Che Jah.
o Lili Ke Rumah Che Jah Untuk Bertanya Khabar Tentang Haziq.

7

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

Latar Masyarakat
Latar Masyarakat Yang Bermasalah Institusi Kekeluargaan
o Suami Che Jah Merupakan Seorang Yang Suka Berjudi, Berhutang, Menipu, Minum
Arak Dan Anak-Anak Serta Isterinya Seraing Menjadi Mangsa Kekejamannya. Haziq Anak
Che Jah Merupakan Pelajar Yang Pintar Tetapi Tersalah Pergaulan Dan Menyebabkan Dia
Diberhentikan Sekolah.
Latar Masyarakat Yang Suka Mengambil Tahu Hal Keluarga Orang Lain.
o Nenek Memberitahu Bahawa Orang Kampung Suka Bermuka-Muka. Suka Mengumpat
Walaupun Melalui Jendela.

Latar Masyarakat Yang Prihatin
o Lili Prihatin Dengan Masalah Yang Menimpa Keluarga Che Jah Atas Sikap Tidak
Bertanggungjawab Seman Suami Che Jah
o Lili Meminta Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Untuk Memaklumkan Sikap
Seman.
o Lili Berpendapat Bahawa Danel Bertanggungjawab Membagunkan Kampung Kerana
Danel Penduduk Tetap Dan Perlu Memperjuangkannya.
o Danel Prihatin Terhadap Lili Dengan Menyelematkan Lili Sewaktu Diculik,
Membawanya Ke Pean Dan Banyak Perkara Mereka Bersependapat Dengan Lili.
o Latar masyarakat yang buruk sangka.
o Penduduk kampung buruk sangka terhadap datuk kerana disangkanya datuk yang
mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan.
o Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau
memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal.
o Penduduk kampung menuduh Sugi merayu penduduk kampung menjual tanah
sedangkan Sugi mencadangkan supaya tanah-tanah dimajukan dengan penanaman agripolitan

8

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

Nilai

Nilai Jati Diri

o Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini
dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya.

Nilai Tanggungjawab

o Penduduk kampong bergotong-royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau.

Nilai Prihatin

o Lili prihatin Atas Nasib Rafik Dan Haziq Kerana Berpunca Dari Masalah Keluarga
Yang Dihadapi Walaupun Mereka Pernah Menculik Lili. Lili Menjenguk Che Jah Untuk
Mendapatkan Maklumat Lanjut Tentang Latar Belakang Haziq Dan Rafik.

o Penduduk kampong prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampong mereka
seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka
berusaha menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara yang tidak
sesuai dan salah.

Nilai baik hati

o Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan
herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu Berjaya sebagai cara memberikan alternatif kepada
menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.

Nilai kasih sayang

o Nenek dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat
datuk dan neneknya.

o Sebagai ketua keluarga, sikap Seman yang tidak menyayangi ahli keluarga amat
mengecewakan. Keluarga yang penuh dengan kasih sayang akan menghasilkan keluarga yang
bahagia.

Pengajaran

o Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeling kita supaya masalah
tersebut diatasi dan keadaan menjadi seperti sediakala.

o Kita hendaklah menghargai sumber alam supaya kegunaan herba dapat menfaatkan
manusia sejagat.

o Kita hendaklah hidup dalam harmoni supaya semua kaum dapat menikmati hidup yang
aman.

o Kita hendaklah menyelesaikan masalah secara bermusyawarah supaya segala masalah
dapat diatasi tanpa menjejaskan hubungan akrab yang telah terbina selama ini.

o Kita hendaklah sayang akan ahli keluarga supaya melahirkan keluarga yang bahagia
dan harmoni serta membesar dengan penuh kasih sayang.

9

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

NOTA TAMBAHAN
NOTA KOMSAS: TEKNIK MENJAWAB

Koleksi Soalan KBAT Novel Jendela Menghadap Jalan

Contoh Soalan dan Jawapan (Ingat dan Fahamkan, Pasti Jaya)

1. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji. Huraikan perwatakan watak utama yang
membuatkan anda kagum dengan wataknya.

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Watak
utama dalam novel ini ialah Lili. Terdapat banyak perwatakan watak utama dalam novel ini yang
membuatkan saya rasa kagum. Perwatakan pertama watak utama ialah Lili seorang yang cekal.
Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.

Selain itu, perwatakan kedua watak utama ialah Lili seorang yang bertanggungjawab.
Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.

Akhir sekali, perwatakan ketiga watak utama ialah Lili seorang yang berani. Contohnya, Lili
berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat
kejadian matahari terbenam.

2. berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari. Jelaskan beberapa persoalan yang membuatkan
jalan cerita ini menarik.

Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini
Matdarin. Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini yang telah membuatkan jalan ceritanya
menarik. Persoalan yang pertama ialah persoalan kecekalan menghadapi cabaran. Contohnya, Lili
cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.

Selain itu, persoalan yang kedua ialah persoalan bertanggungjawab menyelesaikan masalah.
Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.

Akhir sekali, persoalan yang ketiga ialah persoalan keberanian seorang gadis. Contohnya, Lili
berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat
kejadian matahari terbenam.

3. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji. Huraikan Latar masyarakat yang positif dalam novel
ini.

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak latar masyarakat dalam novel ini yang bersifat positif. Latar masyarakat yang pertama ialah
masyarakat yang cekal menghadapi cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan
masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.

10

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

Selain itu, latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya,
Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.

Akhir sekali, latar masyarakat yang ketiga ialah masyarakat yang berani. Contohnya, Lili berani
mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian
matahari terbenam.

4. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari. Jelaskan Latar tempat yang menarik perhatian
anda.
Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Terdapat banyak latar tempat yang menarik dalam novel ini. Latar tempat yang pertama ialah ialah
di Kampung Sentosa. Di kampung yang aman dan sentoasa inilah Lili cekal menempuh semua dugaan
dan masalah yang berlaku.

Selain itu, latar tempat yang kedua ialah di rumah Che Jah. Di rumah yang berkonsepkan
tradisional inilah Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.

Akhir sekali, latar tempat yang ketiga ialah di puncak bukit. Di kawasan yang indah inilah Lili
bersama-sama dengan Geetha melihat kejadian matahari terbenam pada suatu lewat petang.

5. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua nilai kemanusian yang menarik
perhatian anda.

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak nilai kemanusiaan dalam novel ini yang telah menarik perhatian saya. Nilai kemanusiaan
yang pertama ialah nilai kecekalan. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah
yang berlaku di Kampung Sentosa.

Selain itu, nilai kemanusiaan yang kedua ialah nilai bertanggungjawab. Contohnya, Lili
menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.

Akhir sekali, nilai kemanusiaan yang ketiga ialah nilai keberanian. Contohnya, Lili berani
mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian
matahari terbenam.

11

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

6. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel
ini.

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak pengajaran dalam novel ini. Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah cekal menghadapi
cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung
Sentosa.

Selain itu, pengajaran yang kedua ialah kita hendaklah bertanggungjawab. Contohnya, Lili
menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.

Akhir sekali, pengajaran yang ketiga ialah kita hendaklah berani. Contohnya, Lili berani
mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian
matahari terbenam.

7. Berdasarkan novel yang anda pelajari. Jelaskan peristiwa yang memberikan teladan kepada
anda. – (pengajaran)

Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan, karya
Ruhaini Matdarin. Peristiwa yang memberikan teladan kepada saya dalam novel ini ialah kita
hendaklah mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan. Contohnya, Lili amat mengasihi ibu dan
bapanya. Dia tidak membantah cadangan ibunya yang memintanya pulang bercuti di kampung
datuknya di Dungun, Terengganu, walaupun hatinya begitu berat untuk berbuat demikian.

Selain itu, peristiwa kedua yang memberikan teladan ialah kita perlulah sanggup memberikan
bantuan kepada orang yang memerlukan pertolongan. Contohnya, Lili bersimpati dengan Che Jah
dan menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.

Akhir sekali, peristiwa ketiga yang memberikan teladan ialah kita hendaklah cekal menghadapi
cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung
Sentosa.

8. Berdasarkan novel yang anda kaji. Huraikan nilai kasih sayang yang membuatkan emosi anda
tersentuh.

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak nilai kasih saying yamg membuatkan saya beremosi. Antaranya ialah kasih sayang seorang
anak terhadap kedua ibu bapanya. Contohnya, Lili amat mengasihi ibu dan bapanya. Dia tidak
membantah cadangan ibunya yang memintanya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun,
Terengganu, walaupun hatinya begitu berat untuk berbuat demikian.

Selain itu, nilai kasih sayang yang kedua ialah kasih sayang datuk dan nenek terhadap cucunya.
Contohnya, nenek melarang Lili ke pekan atau merayau ke sana-sini. Selepas Lili diculik oleh anak
Che Jah , nenek dan datuk melayan Lili dengan baik walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar
nasihat datuk dan neneknya.

12

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

Akhir sekali, nilai kasih sayang yang ketiga ialah kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Contohnya, ibu Lili amat menyayangi anaknya dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan dan
kesihatan anaknya walaupun ketika berjauhan.

9. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari. Jelaskan satu watak yang dianggap sebagai watak
hitam dan tiga alasan memilih watak tersebut sebagai watak hitam

Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan, karya
Ruhaini Matdarin. Watak hitam yang terdapat dalam novel ini ialah Rafiq. Antara alasannya memilih
Rafiq sebagai watak hitam adalah kerana Rafiq merupakan seorang yang bersikap kejam dan tidak
berperikemanusiaan. Contohnya, Rafiq telah menahan dan mengacukan pisau ke leher Lili serta
mengurung dan mengikat Lili di sebuah pondok buruk.

Selain itu, Rafiq merupakan seorang yang ketagihan dadah jenis syabu. Contohnya, Rafiq
mengugut ibunya, iaitu Che Jah supaya memberikannya duit bagi mendapatkan bekalan dadah.

Akhir sekali, Rafiq merupakan seorang yang tidak mementingkan pendidikan. Contohnya Rafiq
sering ponteng sekolah hingga menyebabkan dibuang sekolah.

10. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, Huarikan tiga sebab novel tersebut hebat dan
menarik.

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Sebab-
sebab novel ini hebat dan menarik adalah kerana novel ini menunjukkan kecekalan seorang gadis
dalam mengharungi kehidupan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Contohnya, Lili
cekap menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.

Selain itu, sebab yang kedua ialah novel ini menunjukkan ketinggian ilmu yang dimiliki oleh
seseorang. Contohnya, Tuan Haji Abdul Rahman, iaitu datuk Lili memiliki ketinggian ilmu dalam
bidang agama dan perubatan tradisional.

Akhir sekali, sebab yang ketiga ialah novel ini menunjukkan kerukunan dalam kehidupan
masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya, Lili, Geetha dan Danel bersahabat baik walaupun
mereka berlainan agama, bangsa dan adat resam.

13

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

11. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari. Unsur konflik merupakan elemen penting dalam
sesebuah novel yang dihasilkan. Jelaskan dan kemukakan bukti yang tepat bagi penyataan ini.

Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan, karya
Ruhaini Matdarin. Dalam novel ini, terdapat konflik antara Rafiq dengan penduduk kampung.
Contohnya, Rafiq selalu mencuri harta benda orang kampung dan harta benda milik keluarganya
untuk dijual bagi mendapatkan wang untuk membeli syabu.

Selain itu, penduduk kampung juga cuba menghukum Rafiq dan Haziq yang telah dituduh
mencuri kubah surau baharu yang telah hilang. Rafiq dan Haziq berjaya diselamatkan oleh Tuan Haji
Abdul Rahman dan penduduk kampung yang prihatin akan nasib mereka.

Akhir sekali, dengan bantuan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan penduduk kampung,
Rafiq telah dihantar ke Pusat Pemulihan Akidah yang menyebabkan dia mula insaf dan belajar untuk
berubah sedikit demi sedikit.

12. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan
dengan persoalan keberanian dalam menghadapi masalah.

Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu novel Jendela Menghadap Jalan, karya
Ruhaini Matdarin. Terdapa dua peristiwa yang dapat dikaitkan dnegan persoalan keberanian dalam
menghadapi masalah. Antaranya, peristiwa Lili, Danel, dan Geetha berani menyelesaikan masalah
kubah surau yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Sentosa. Kedua, peristiwa Danel berani
menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafik dan Haziq walaupun dia tahu akan risikonya.

13. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji. Huraikan peristiwa duka yang membuatkan anda
menjadi sedih.

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa
duka yang membuatkan saya menjadi sedih ialah peristiwa Lili yang menjadi orang tahanan Rafiq
secara tiba-tiba. Perbuatan tersebut dianggap sebagai suatu kejutan besar dan kejadian yang
meninggalkan kesan trauma kepada Lili.

Selain itu, peristiwa duka yang kedua ialah peristiwa Che Jah yang menjadi mangsa pukul
suaminya dan mangsa peras ugut anak-anaknya. Perbuatan tersebut merupakan suatu kes
keganasan rumah tangga yang meninggalkan kesan trauma dari segi emosi kepada Che Jah.

14

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

14. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji. Jelaskan tema dan contoh peristiwa yang
menggambarkan tema tersebut.

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Tema yang
terdapat dalam novel ini ialah kecekalan seorang gadis dalam menempuh semua dugaan dan
cabaran.

Contoh peristiwa yang pertama ialah peristiwa Lili ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di
sebuah pondok buruk. Perbuatan tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk bersegera pulang
ke Kuala Lumpur, sebaliknya menguatkan lagi keinginannya untuk mengikuti perkembangan diri
Rafiq sekali gus cuba membantunya.

Selain itu, peristiwa yang kedua ialah peristiwa Lili yang menaiki bas ekspres secara
bersendirian dari Kuala Lumpur ke Dungun membuktikan sifat cekal dan berdikari yang mula
dipupuk oleh Lili.

15. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari. Peristiwa dalam bahagian peleraian cerita,
andakah anda bersetuju atau tidak?

Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan, karya
Ruhaini Matdarin. Peristiwa peleraian cerita dalam novel ini ialah Lili berasa lega apabila berjaya
menghabiskan cuti sekolahnya selama dua minggu di Kampung Sentosa tanpa sebarang rungutan.
Selain itu, nasib Che Jah dan dua anaknya, iaitu Haziq dan Rafiq telah mendapat perhatian daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat. Seterusnya, suami Che Jah telah dihadapkan ke muka pengadilan.

Jadi, saya bersetuju dengan peristiwa peleraian cerita novel ini. Saya bersetuju kerana orang
yang bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan, iaitu suami Che Jah dihadapkan ke muka
pengadilan bagi menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dibuat.

Akhir sekali, isu pertikaian pemasangan kubah di bumbung surau yang usang selesai kerana
kubah itu telah dicuri dan dijual oleh suami Che Jah.

16. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji. Anda kurang bersetuju dengan kesudahan cerita
novel – Jelaskan pengakhiran cerita sekiranya anda menjadi pengarang.

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Saya kurang
bersetuju dengan kesudahan novel ini. Hal ini demikian kerana pengarang menamatkan watak
antagonis. Seman dengan cara yang begitu mudah. Sepatutnya, bagi meninggalkan kesan kepada
pembaca, watak Seman perlu dikembangkan sehingga perbuatan kejamnya terhadap isterinya, Che
Jah dan anak-anaknya, Rafiq dan Haziq selama ini betul-betul diberikan pengajaran yang setimpal.

Selain itu, pengarang telah menjadikan tajuk novel “Jendela Menghadap Jalan” seribu satu
persoalan atau tanda tanya dalam kalangan pembaca. Hal ini demikian kerana Lili sebagai watak
utama dan pembaca masih mencari-cari jawapan yang sebenar tentang kerasionalan reka bentuk
jendela yang dibina menghadap jalan secara lebih mendalam. Sepatutnya, pengarang menjelaskan

15

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

hubung kait cerita yang dipaparkan dengan sejarah jendela yang dibina menghadap jalan itu bagi
merungkaikan segala persoalan pembaca.

17. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari. Huraikan peristiwa yang menjadi teguran dan
kritikan pengarang terhadap masyarakat

Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan, karya
Ruhaini Matdarin. Peristiwa pertama yang menjadi teguran dan kritikan pengarang terhadap
masyarakat ialah peristiwa Rafiq yang menahan Lili sebagai orang tahanan. Peristiwa ini mengkritik
sifat individu yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melepaskan diri sendiri daripada segala
masalah.

Selain itu, peristiwa kedua yang menjadi teguran dan kritikan pengarang terhadap masyarakat
ialah peristiwa Rafiq dan Haziq yang terlibat dalam penagihan dadah. Peristiwa ini mengkritik sifat
individu yang sanggup melakukan perbuatan bodoh yang boleh menjejaskan kesihatan dan
mengancam nyawa.

18. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji. Huraikan peristiwa yang menerapkan nilai tolong-
menolong yang anda pelajari.

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.Terdapat
beberapa peristiwa yang menerapkan nilai tolong-menolong saya pelajari. Peristiwa pertama iaitu
Datuk Lili yang berusaha untuk mencari ubat-ubatan herba yang sesuai bagi menyembuhkan
penyakit Kak Mimah.

Selain itu, peristiwa kedua yang menerapkan nilai tolong-menolong ialah peristiwa Kak Mimah
dan Nadia yang berusaha dengan sedaya upaya untuk membebaskan Che Jah daripada belenggu
keganasan suaminya.

19. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji. Jelaskan peristiwa yang menunjukan nilai
tanggungjawab yang hebat bagi anda.

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
beberapa peristiwa nilai tanggungjawab yang hebat bagi saya dalam novel ini. Antaranya, ialah
peristiwa tanggungjawab seorang nenek terhadap cucunya. Contohnya, nenek Lili iaitu Hajah Aishah
tidak membenarkan Lili ke rumah Che Jah kerana bimbang akan keselamatan diri cucunya itu.

Selain itu, peristiwa kedua yang menunjukkan nilai tangungjawab ialah peristiwa
tanggungjawab sesama sahabat. Contohnya, Danel berjaya menyelamatkan Lili daripada menjadi
orang tahanan Rafiq dan Haziq kerana dia berasa bertanggungjawab terhadap semua kejadian yang
berlaku itu.

16

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

20. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji. Huraikan peristiwa yang memaparkan nilai
kerjasama yang utuh bagi sebuah masyarakat yang hidup harmoni.

Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
beberapa peristiwa nilai kerjasama yang utuh dalam novel ini. Antaranya, ialah peristiwa Geetha
bekerjasama dengan Lili mendaki puncak bukit bagi menyaksikan kejadian matahari terbenam.

Selain itu, peristiwa kedua yang memaparkan nilai kerjasama ialah peristiwa Lili memberikan
kerjasama dengan akur sahaja akan arahan ibunya yang ingin menghantarnya balik bercuti di
kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu.

Akhir sekali, peristiwa ketiga yang memaparkan nilai kerjasama ialah peristiwa Che Jah telah
memberikan kerjasamanya dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat apabila dia dipanggil untuk
menjadi saksi utama berhubung kes keganasan rumah tangga oleh suaminya itu.

21. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari. Huraikan peristiwa yang memaparkan persoalan
perhubungan kekeluargaan.

Berdasarkan sebuah novel yang saya kaji iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini
Matdarin. Peristiwa yang memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan dalam novel ini ialah
peristiwa hubungan kekeluargaan antara nenek dengan cucunya. Contohnya, nenek sentiasa
mengawasi dan menjaga keselamatan Lili sepanjang Lili menghabiskan cuti sekolahnya di rumahnya.

Selain itu, peristiwa kedua yang memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan ialah
peristiwa hubungan kekeluarga antara bapa saudara dengan anak saudara. Contohnya, Rashid
mencuba menggembirakan hati Lili dengan menunaikan hajat Lili pergi bertandang ke rumah Che Jah
secara sembunyi kerana nenek Lili telah melarang Lili pergi ke sana.

22. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari. Jelaskan dua bukti kepincangan masyarakat
yang ada dalam novel ini.

Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan, karya
Ruhaini Matdarin. Terdapat beberapa kepincangan masyarakat yang ada dalam novel ini. Antaranya,
kepincangan masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial. Sebagai contohnya, Rafik dan Haziq suka
mencuri harta benda orang kampung. Selain itu, mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Selain itu, kepincangan masyarakat yang terlibat dalam masalah perjudian. Sebagai
contohnya, Seman,suami Che Jah seorang kaki judi sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab
sebagai seorang ketua keluarga.

17

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN
23. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari. Huraikan dua bukti ketabahan watak utama
yang membuatkan anda berasa kagum.

Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan, karya
Ruhaini Matdarin. Watak Utama iaitu Lili merupakan seorang yang tabah dan ketabahannya
membuatkan saya berasa kagum. Antaranya, Ketabahan menghadapi kerenah orang tua. Buktinya,
watak utama, Lili tabah menghadapi kerenah ibunya yang mahu Lili menghabiskan cuti
persekolahannya di kampung datuk dan neneknya.

Selain itu, ketabahan menghadapi cabaran ketika diculik. Buktinya, watak utama, Lili tabah
berhadapan dengan Rafik dan Haziq yang menculiknya.

**Sumber : - Buku Komsas, Internet dan Buku Latihan

Sekian, terima kasih.

Ada usaha, pasti ada hasilnya!!!

18


Click to View FlipBook Version