NOTA NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS SVM 2
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
(KHAIRUDDIN AYIP)
NAMA :
PROGRAM :
Disediakan dan Diselenggara Oleh : Mohamad Al-Fariq AL-Zaris bin Osman
1
NOTA NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS SVM 2
Novel Songket Berbenang Emas (Khairuddin Ayip)
Sinopsis Keseluruhan
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-
temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya
terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa
memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya,
Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular
sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-
kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar
dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila
hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke
sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas
kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan
pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
TEMA
Tema novel ini ialah ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup.
1. Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun sangat tabah menghadapi dugaan hidupnya. Apabila
emaknya, Saleha menghadapi tekanan perasaan dan dimasukkan ke hospital, Dahlia
terpaksa keluar dari asrama dan berulang-alik ke sekolah. Dahlia seorang yang tabah kerana
terpaksa menjaga adik-adiknya di samping pelajarannya.
2. Kehidupan Dahlia semakin tertekan apabila abahnya dipatuk ular. Dahlia terpaksa mengambil
alih semua tugas menguruskan adik-adik dan keperluan rumah mereka. Namun, Dahlia tetap
tabah menghadapi dugaan tersebut.
3. Dahlia juga tabah dihina oleh Aton apabila Dahlia gagal menyelamatkan Said yang lemas di
sungai berhampiran rumahnya.
4. Dahlia juga tabah mengulang kaji pelajaran dalam keadaan yang kurang selesa di pusat
pemindahan banjir. Berkat ketabahan Dahlia,akhirnya dia telah berjaya dalam STPM dan
mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.
PERSOALAN
1. Persoalan tentang kejayaan hasil daripada kegigihan dalam pelajaran.
Dahlia tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada
Kavita dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga
setelah ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.
2. Persoalan kemiskinan dalam masyarakat kampung.
Dalam dunia moden hari ini, masih ada masyarakat kampung yang masih miskin dan
memerlukan bantuan untuk menjalani kehidupan. Contohnya keluarga Embong yang masih
miskin dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan
harian.
2
NOTA NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS SVM 2
3. Persoalan berani bertindak dalam menghadapi situasi yang bahaya.
Embong berjaya mengalahkan ular sawa yang cuba membelitnya sewaktu memotong kelapa
sawit di ladang.
4. Persoalan keinsafan selepas menyedari kesilapan diri.
Nek Kiah akhirnya insaf setelah Dahlia yang selama ini dibencinya telah menjaga dan
merawatnya ketika terlantar sakit. Begitu juga dengan Abu Bakar yang selalu berpeleseran
sehingga sanggup mencuri kambing ayahnya berubah sikap apabila ditempelak oleh rakan-
rakannya sendiri.
5. Persoalan bantu-membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain.
Kavita membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan memberikan nota pelajaran
sepanjang ketidakhadirannya ke sekolah. Najib cuba menghulurkan bantuan kewangan
semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan
keluarganya.
6. Persoalan kepentingan ilmu bagi mengubah taraf hidup.
Embong amat mementingkan pelajaran dan sering menasihatkan anak-anaknya agar belajar
bersungguh-sungguh. Embong mengharapkan anak-anaknya dapat mengubah taraf hidup
keluarga setelah berjaya dalam pelajaran mereka nanti.
Haji Sulaiman telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua kampung dengan baik.
Haji Sulaiman banyak membantu keluarga Embong walaupun orang kampung menyisihkan
mereka. Haji Sulaiman mencadangkan agar Saleha dihantar ke hospital untuk mendapatkan
rawatan.
7. Persoalan semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa.
Tauke Lim banyak membantu keluarga Embong yang sering menghadapi masalah
kewangan. Tauke Lim membenarkan Embong berhutang di kedainya. Tauke Lim juga
menghulurkan RM300 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.
8. Persoalan pengekalan identiti bangsa dan jati diri.
Azhari menghadiahkan sepasang kain songket berbenang emas kepada Dahlia sebagai
tanda kenang-kenangan dan berpesan kepada Dahlia agar sentiasa mengingati asal-usulnya
sebagai orang Melayu.
3
NOTA NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS SVM 2
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Dahlia
1. Anak sulung - harapan keluarga mempunyai lima orang adik.
2. Seorang yang bakal menduduki STPM- Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
Temenggung Ibrahim.
3. Tertekan dengan masalah yang menimpa keluarganya.
4. Seorang yang bijak - Cikgu Hisyam yakin Dahlia akan cemerlang dalam STPM. Dahlia
merupakan pelajar harapan sekolah. Dahlia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran
di Jepun.
5. Hidup dalam suasana kemiskinan – berhutang dengan Tauke Lim.
6. Seorang yang tidak sombong – melayan Aton yang menyindirnya ketika dihantar pulang oleh
Azhari.
7. Seorang yang taat akan perintah Allah- berdoa selepas sembahyang Isyak.
Watak Sampingan
Saleha
1. Ibu Dahlia.
2. Berumur 39 tahun.
3. Mempunyai enam orang anak (Dahlia, Melati, Kiambang, Mawar, Anggerik dan Abu Bakar)
4. Menghidap penyakit kemurungan akibat terkena buatan orang.
5. Bekerja sebagai penoreh getah.
6. Seorang yang penyayang - semasa sihat, beliau yang menjaga semua keperluan anak-
anaknya.
Embong
1. Bapa Dahlia
2. Berasal dari Melaka.
3. Seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab. Beliau tidak mahu anak-anaknya berhenti
sekolah dan mengatakan beliau akan bertanggungjawab menyara kehidupan mereka
walaupun isterinya sakit.
4. Seorang yang penyayang sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya.
5. Seorang yang percaya akan kehendak takdir – Isterinya menjadi kurang siuman.
6. Seorang yang penyabar - Sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup miskin.
7. Seorang yang berani - Embong berani membunuh ular sawa yang membelit badannya.
Azhari
1. Berkumis nipis, bermuka bulat, tinggi dan kacak.
2. Pelajar senior di sekolah Dahlia iaitu Sekolah Menengah Tun Ismail.
3. Berpendidikan tinggi - baru mendapat segulung ijazah.
4. Suka akan Dahlia
5. Seorang yang suka memberi nasihat- menyuruh Dahlia belajar bersungguh-sungguh.
6. Seorang yang pandai memujuk- Dia pandai memujuk Dahlia agar menerima lamarannya.
4
NOTA NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS SVM 2
Siti Wangi
1. Sahabat Dahlia
2. Bermuka bulat dan sentiasa ceria
Tauke Lim
1. Berbangsa Cina
2. Seorang yang suka membantu keluarga Dahlia - sanggup membantu keluarga Dahlia dengan
memberi hutang. Beliau juga sanggup memberi wang kepada Embong untuk dibayar kepada
Nek Kiah yang berhasrat menjual tanah tempat mereka tinggal.
3. Seorang yang baik budi kerana memberi keluarga Dahlia berhutang
4. Seorang yang prihatin akan masalah orang lain- Sangat prihatin atas nasib keluarga Embong
5. Seorang yang pemurah - menyumbangkan barang-barang untuk sambutan Maulidur Rasul.
Beliau juga memberi wang sebanyak RM300 kepada Dahlia yang akan melanjutkan
pelajaran di Universiti Malaya sebelum ke Jepun.
Nek Kiah
1. Ibu Saleha
2. Suka membandingkan antara anaknya - Nek Kiah suka membandingkan anak-anaknya
dengan keluarga Dahlia yang hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah lebih menyayangi cucu-
cucunya yang lain.
3. Tidak suka akan keluarga Dahlia kerana hidup dalam kemiskinan – Nek Kiah tidak suka akan
keluarga Dahlia. Apabila keluarga Dahlia dalam kesusahan, dia langsung tidak membantu
malah menyalahkan Saleha yang berkahwin dengan Embong yang tidak diketahui asal
usulnya.
LATAR
Latar Tempat
1. Padang bola jaring - Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti Wangi.
2. Kantin – Tempat Azhari menunggu Dahlia.
3. SMK Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia pernah
belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima.
4. Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan
enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini.
5. Bilik Kerjaya- Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam mendapat tahu
masalah Dahlia daripada Kavita.
6. Kebun getah - 20 meter dari rumah seluas lima ekar tempat Saleha menoreh getah.
7. Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia. Di sini, Dahlia menjaga adik-adiknya,
Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat di hospital.
8. Hospital Batu Pahat (Wad 6) - Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan pada
peringkat awal
9. Hospital Batu Pahat (Wad 4) - Ayah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular.
5
NOTA NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS SVM 2
Latar Masa
1. Petang – Azhari menghantar Dahlia balik ke kampungnya dari asrama.
2. Maghrib - Sehingga maghrib Saleha belum pulang ke rumah.
3. Pagi- Dahlia menunggu bas untuk ke sekolah
4. Malam - Haji Sulaiman datang bersama dengan tiga orang pekerja hospital
5. Empat bulan sebelum peperiksaan STPM - Cikgu Salwani tidak membenarkan Dahlia keluar
dari asrama kerana periksaan STPM hanya tinggal empat bulan sahaja.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat kampung - Mereka tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan
ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke
Lim dan lain-lain. Mereka hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh
Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Maulidur Rasul.
2. Masyarakat guru - Cikgu Salwani (Warden asrama) dan Cikgu Hisyam, guru kelas Dahlia.
Cikgu Salwani marah apabila Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. Cikgu
Hisyam menasihati Dahlia supaya meneruskan persekolahannya kerana dia sorang yang
bijak .
3. Masyarakat pelajar - Dahlia, Siti Wangi, Najib dan Kavita merupakan pelajar sekolah. -
Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim. Mereka mewakili pelajar
yang aktif dalam kokurikulum.
4. Masyarakat yang saling membantu – Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu
keluarga Dahlia / Tempat Embong meluahkan perasaan. Tauke Lim membantu memberi
hutang kepada keluarga Dahlia.
5. Masyarakat yang bertanggungjawab - Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak
buahnya, Embong yang menghadapi masalah.
6. Masyarakat remaja yang terlibat dalam percintaan - Azhari mencintai Dahlia. Walaupun dia
mengetahui Dahlia mempunyai emaknya yang menghidap tekanan mental dan hidup dalam
kemiskinan namun akhirnya dia tetap melamar Dahlia . Najib juga mencintai Dahlia. Dia
mengambil berat apabila Dahlia kerap ponteng sekolah.
6
NOTA NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS SVM 2
PLOT
Binaan Plot
Plot novel ini mengikut kronologi urutan masa.
Permulaan
1. Dahlia pelajar tingkatan enam atas sedang menjalani latihan bola jaring di padang bola jaring.
Mereka berlatih kerana ada perlawanan dengan pelajar-pelajar enam rendah.
2. Semasa berhenti rehat, Dahlia teringat akan emaknya yang hilang ingatan. Azhari datang
menemuinya di kantin sekolah dan memberitahu dia sudah tamat pengajiannya di universiti.
3. Dia menyuarakan hasrat mahu merisik Dahlia. Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia
pulang ke rumahnya di Kampung Parit Haji Rais.
Perkembangan
1. Dahlia amat sedih apabila melihat keadaan emaknya, Saleha yang berada di kebun getah
pada waktu senja. Emaknya sudah tidak mengenalinya lagi. Dahlia dan abahnya memujuk
emaknya balik ke rumah dengan bantuan orang kampung.
2. Nek Kiah menyalahkan Embong yang menyebabkan Saleha menjadi kurang siuman.
3. Dengan bantuan Haji Sulaiman, Saleha dibawa ke Hospital Batu Pahat dan seterusnya
dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru kerana keadaannya semakin serius.
4. Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan kerap ponteng sekolah kerana menguruskan adik-
adiknya. Ayah Dahlia pula dimasukkan ke wad kerana dipatuk ular.
Perumitan/Konflik
1. Seman telah datang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah yang menjadi
kawasan tempat tinggal Dahlia sekeluarga. Nek Kiah mahu Dahlia dan keluarganya
berpindah sekiranya tidak mampu membayar sebanyak RM15,000. Dahlia tertekan kerana
keluarganya tidak mampu untuk menyediakan wang sebanyak itu.
2. Aton menyalahkan Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas sedangkan Dahlia
telah berusaha untuk menyelamatkan Said.
3. Nek Kiah memandang serong terhadap Dahlia atas kehadiran Azhari dan Najib ke rumah
Dahlia. Begitu juga dengan Aton yang sering menyindir Dahlia.
4. Najib cuba untuk memikat hati Dahlia. Begitu juga dengan Azhari yang telah datang merisik
Dahlia kerana bimbang Dahlia dipikat oleh orang lain.
5. Penduduk kampung sudah jarang mengamalkan sikap bantu-membantu dan prihatin
terhadap orang lain. Selaku ketua kampung Haji Sulaiman menasihati orang-orang
kampungnya agar bersatu dan prihatin kepada jiran tetangga.
Klimaks/Kemuncak
1. Abu Bakar menjumpai kain merah yang sudah reput yang membungkus telur ayam yang
mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku. Dahlia menyuruh Abu bakar
membuangnya ke sungai. Selepas itu, Saleha sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke
rumahnya. Nek Kiah pula sakit dan dirawat di hospital selama dua hari. Keluarga Dahlialah
7
NOTA NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS SVM 2
yang menjaganya. Setelah keluar dari wad, Nek Kiah tinggal dengan keluarga Dahlia
sehingga benar-benar pulih. Nek Kiah mula berubah dan berbaik semula dengan keluarga
Dahlia.
2. Banjir yang berlaku di Kampung Parit Haji Rais telah membawa hikmah apabila penduduk
kampung bersatu dan bergotong-royong membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir
setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman.
Peleraian/ Pengakhiran
1. Dahlia tinggal di asrama semula kerana peperiksaan STPM semakin hampir.
2. Keluarga Azhari menetapkan tarikh pertunangan Dahlia selepas peperiksaan STPM tamat.
3. Kedatangan Cikgu Daim membawa berita gembira apabila Dahlia terpilih untuk mengikuti
pengajian di Jepun selama empat tahun. Sebelum ke Jepun ,Dahlia perlu mengikuti kursus
bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.
4. Majlis pertunangan Dahlia terlewat kerana jurucakap majlis lewat sampai. Azhari datang
berjumpa Dahlia di stesen bas sebelum Dahlia bertolak ke Kuala Lumpur. Dia telah
menghadiahkan songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari mahu
Dahlia menjaga jati dirinya sebagai orang Melayu walaupun berada di mana-mana jua.
GAYA BAHASA
1. Repetisi – Contohnya : itulah madu, itulah racun. Menerima salah, menolak juga salah.
2. Metafora - Contohnya: gunung harapan, kotak fikirannya.
3. Simile – Contohnya : macam neraka, bagai hendak tersiat-siat hatinya, seperti mahu
menelan.
4. Peribahasa – Contohnya : sudah terang lagi bersuluh, biar alah membeli, menang memakai.
5. Personifikasi – Contohnya : Motosikalnya mengaum membelah kesunyian pagi, bahang
kepanasan bertakung di pelupuk mata, rumahnya roboh ditelan air.
6. Hiperbola – Contohnya : kepiluan kian menggunung.
7. Bahasa asing - Contohnya : Bahasa Inggeris - the best men win!
Bahasa Jepun - Koi-bito. Bahasa Indonesia - ongkos. Bahasa Arab - Assalamualaikum,
bismillah, insya-Allah.
8
NOTA NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS SVM 2
NILAI Nilai kasih sayang - Kasih sayang anak terhadap ibu bapanya – Contohnya: Dahlia amat
1. menyayangi ibunya walaupun ibunya menghidap penyakit kemurungan.
Kasih sayang kakak terhadap adik-adiknya- Contohnya: Dahlia sanggup keluar dari asrama
2. semata-mata mahu menjaga adik-adiknya selepas ibunya dimasukkan ke hospital.
3. Nilai keberanian - Embong berani membunuh ular sawa yang cuba membelitnya. - Dahlia
4. berani terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said.
Nilai setia kawan - Kavita seorang yang setia kawan apabila dia sanggup membuat salinan
5. nota – nota untuk diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah kerana masalah
keluarganya.
6. Nilai pengorbanan - Dahlia sanggup berkorban demi menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya
dirawat di hospital. Dia sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adik-adiknya
7. dan menjaga adiknya, Anggerik yang sakit. Dahlia juga sanggup keluar dari asrama
sedangkan hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum menduduki STPM.
8. Nilai keikhlasan - Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Dahlia tanpa mengharapkan
9. sebarang balasan. Beliau juga ikhlas memberi hutang kepada keluarga Dahlia. Beliau ikhlas
10. memberi wang sebanyak RM300 untuk perbelanjaan Dahlia di Universiti Malaya. Beliau
ikhlas memberi sumbangan barang-barang sewaktu sambutan Maulidur Rasul yang diadakan
di balai raya.
Nilai nasihat- menasihati - Haji Sulaiman menasihati penduduk Kampung Parit Haji Rais
supaya mengamalkan sikap bekerjasama dan sedia membantu jiran tetangga yang susah.
Cikgu Hisyam menasihati Dahlia agar ke sekolah kerana dia merupakan pelajar yang
berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM.
Nilai kerjasama - Penduduk kampung bekerjasama setelah ditegur oleh Haji Sulaiman.
Mereka bekerjasama membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir. Penduduk
kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan kepada Dahlia yang akan
melanjutkan pelajaran.
Nilai keinsafan – Abu Bakar menyesal kerana terpengaruh oleh kawan-kawannya sehingga
sanggup mencuri kambing milik bapanya.
Nilai kegigihan - Dahlia gigih belajar di balai raya sewaktu rumahnya di landa banjir untuk
mencapai kejayaan dalam STPM. Dahlia gigih belajar dengan menyiapkan kerja rumahnya
walaupun terpaksa menguruskan adik-adiknya setelah emaknya dimasukkan ke hospital.
Nilai Ketabahan - Dahlia tabah mengharungi dugaan dalam hidupnya. Dia tabah apabila
emaknya sakit dan abahnya dipatuk ular. Dahlia juga tabah apabila mendapat tahu neneknya
mahu menjual tanah tempat tinggal mereka.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.
2. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sebarang tugasan.
3. Kita janganlah berprasangka buruk terhadap orang lain.
4. Kita mestilah insaf setelah melakukan kesalahan.
5. Kita mestilah nasihat-menasihati antara satu sama lain.
6. Kita mestilah bersatu padu demi keharmonian hidup.
7. Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita.
8. Kita mestilah berani berhadapan dengan sebarang masalah.
9. Kita mestilah tabah dalam menempuh dugaan hidup.
10. Kita mestilah gigih belajar untuk mencapai kejayaan.
11. Kita mestilah sedia berkorban demi kebahagiaan orang lain.
9
NOTA NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS SVM 2
Contoh Soalan dan Jawapan (Ingat dan Fahamkan, Pasti Jaya)
1. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua nilai kemanusian yang
menarik perhatian anda.
Novel yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddun Ayip. Terdapat
banyak nilai kemanusiaan yang menarik perhatian saya dalam novel ini. Nilai kemanusiaan
yang pertama ialah nilai kecekalan. Contohnya, Dahlia cekal menghadapi dugaan hidup
untuk belajar dan membantu ayahnya.
Selain itu, nilai kemanusiaan yang kedua ialah nilai bertanggungjawab. Contohnya,
Dahlia bertanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibunya sakit dan ayahnya sakit akibat
dipatuk ular.
Akhir sekali, nilai kemanusiaan yang ketiga ialah nilai keberanian. Contohnya, Dahlia
sangat berani untuk menyelamatkan Said yang lemas di dalam sungai.
2. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga pengajaran yang
membuatkan anda menyukai novel tersebut.
Berdasarkan novel yang saya kaji, Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Penulis banyak mengemukakan pengajaran yang membuatkan saya menyukai novel ini.
Pengajaran pertama yang saya sukai dalam novel ini ialah, kita hendaklah membantu
orang yang berada dalam kesusahan. Contohnya, Tauke Lim bersedia menghulurkan bantuan
kepada keluarga Embong dengan membenarkan keluarga tersebut berhutang untuk membeli
barang di kedainya.
Pengajaran kedua yang saya sukai dalam novel ini ialah kita mestilah berusaha untuk
menyelesaikan setiap masalah yang kita hadapi. Dahlia berusaha untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapinya satu per satu seperti mendapatkan nota daripada kawan-kawannya
kerana dia ketinggalan pelajaran setelah dia melawat emaknya di Hopsital Taman Bahagia.
Pengajaran ketiga yang membuatkan saya menyukai novel ini ialah kita mestilah gigih
dan tekun dalam menuntut ilmu. Contohnya, Dahlia gigih belajar tanpa mengenal erti jemu
dan penat sebagai persediaannya untuk menghadapi peperiksaan STPM walaupun terpaksa
berkorban masa, tenaga dan tempat menuntut ilmu.
10
NOTA NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS SVM 2
3. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga persoalan yang
membuatkan novel ini amat menarik untuk dibaca.
Novel yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang, karya Khairuddun Ayip. Terdapat
banyak persoalan dalam novel ini yang telah membuatkan novel ini menarik untuk dibaca.
Persoalan yang pertama ialah persoalan tentang kejayaan hasil daripada kegigihan dalam
pelajaran. Contohnya, Dahlia tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan
bertanyakan kepada Kavita dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya
menguruskan rumah tangga setelah ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Selain itu, persoalan yang kedua ialah berani bertindak dalam menghadapi situasi yang
bahaya. Sebagai contoh, Embong berjaya mengalahkan ular sawa yang cuba membelitnya
sewaktu memotong kelapa sawit di ladang.
Akhir sekali, persoalan yang ketiga ialah persoalan keinsafan selepas menyedari
kesilapan diri. Tamsilnya, Nek Kiah akhirnya insaf setelah Dahlia yang selama ini dibencinya
telah menjaga dan merawatnya ketika terlantar sakit.
4. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan tiga latar tempat yang terdapat
dalam novel ini persis dengan persekitaran anda.
Novel yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddun Ayip.
Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini persis dengan persekitaran saya,
Latar tempat yang pertama ialah padang bola jaring. Contohnya, Dahlia berlatih bola jaring
bersama dengan rakannya, Siti Wangi.
Selain itu, latar tempat yang kedua ialah di SMK Tun Ismail. Sebagai contoh, lima
kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia pernah belajar sewaktu Dahlia
Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima.
Akhir sekali, latar tempat yang ketiga ialah di Hospital Batu Pahat (Wad 6).
Contohnya,tempat Saleha ibu Dahlia dibawa untuk mendapatkan rawatan pada peringkat
awal kerana sakit mental.
11
NOTA NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS SVM 2
5. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan peristiwa yang memberikan
teladan kepada pembaca.
Novel yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddun Ayip.
Pelbagai peristiwa yang memberikan teladan kepada kita dalam novel ini. Antaranya ialah
kita hendaklah mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan. Contohnya, Dahlia amat
menyayangi ibunya walaupun ibunya menghidap penyakit kemurungan.
Selain itu, peristiwa kedua yang memberikan teladan ialah kita perlulah sanggup
memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan pertolongan. Contohnya, Tauke Lim
ikhlas membantu keluarga Dahlia tanpa mengharapkan sebarang balasan. Beliau juga ikhlas
memberi hutang kepada keluarga.
Akhir sekali, peristiwa ketiga yang memberikan teladan ialah kita hendaklah tabah
menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Contohnya, Dahlia tabah mengharungi
dugaan dalam hidupnya. Dia tabah apabila emaknya sakit dan abahnya dipatuk ular. Dahlia
juga tabah apabila mendapat tahu neneknya mahu menjual tanah tempat tinggal mereka.
6. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga sebab novel tersebut hebat
dan menarik.
Novel yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddun Ayip.
Sebab-sebab novel ini hebat dan menarik adalah kerana novel ini menunjukkan kecekalan
dan ketabahan seorang gadis dalam mengharungi kehidupan walaupun berhadapan dengan
pelbagai cabaran. Contohnya, Dahlia tabah mengharungi dugaan dalam hidupnya. Dia tabah
apabila emaknya sakit dan abahnya dipatuk ular.
Selain itu, sebab yang kedua ialah novel ini menunjukkan kegigihan seseorang untuk
menuntut hingga berjaya. Contohnya, Dahlia gigih belajar di balai raya sewaktu rumahnya di
landa banjir untuk mencapai kejayaan dalam STPM.
Akhir sekali, sebab yang ketiga ialah novel ini menunjukkan nilai pengorbanan yang
besar dilakukan oleh seorang anak. Sebagai contoh, Dahlia sanggup berkorban demi menjaga
adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat di hospital malah dia juga sanggup ponteng sekolah
kerana ingin menguruskan adik-adiknya dan menjaga adiknya, Anggerik yang sakit.
12
NOTA NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS SVM 2
7. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, bincangkan unsur konflik yang menarik
perhatian pembaca.
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Novel Songket Berbenang Emas, karya
Khairuddun Ayip. Dalam novel ini, terdapat beberapa unsur konflik yang telah menarik
perhatian pembacaa. Anraranya, konflik antara Aton dengan Dahlia. Contohnya, Aton datang
menyerang Dalia dan menyalahkan Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas
sedangkan Dahlia telah berusaha untuk menyelamatkan Said.
Selain itu, konflik dalaman antara penduduk kampung. Buktinya, penduduk kampung
sudah jarang mengamalkan sikap bantu-membantu dan prihatin terhadap orang lain. Selaku
ketua kampung Haji Sulaiman menasihati orang-orang kampungnya agar bersatu dan prihatin
kepada jiran tetangga.
Akhir sekali, konflik yang dibawa oleh Seman. Buktinya, ketika Seman datang ke
rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah yang menjadi kawasan tempat tinggal
Dahlia sekeluarga. Nek Kiah mahu Dahlia dan keluarganya berpindah sekiranya tidak mampu
membayar sebanyak RM15,000. Dahlia tertekan kerana keluarganya tidak mampu untuk
menyediakan wang sebanyak itu.
8. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan peristiwa duka yang telah
membuatkan anda berasa sedih.
Novel yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddun Ayip.
Terdapat beberapa peristiwa duka yang telah membuatkan saya berasa sedih. Antaranya,
peristiwa Dahlia dipaksa membayar duit RM 15000 untuk tidak dijual kepada Seman.
Perkara ini telah menyebabkan Dahlia sekeluarga berasa tertekan.
Selain itu, peristiwa duka yang kedua ialah peristiwa Said mati lemas. Di sini, Dahlia
telah memberanikan diri terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said namun usahanya gagal.
Akhir sekali, peristiwa Embong iaitu ayah Dahlia dipatuk ular. Peristiwa ini telah
membuatkan Dahlia semakin tertekan setelah ibunya dimasukkan hospital kerana
kemurungan. Secara langsung, Dahlia berkorban untuk menguruskan keluarganya.
9. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan peristiwa suka yang telah
membuatkan anda berasa gembira.
Novel yang telah saya kaji ialah Songket Berbenang Emas, karya Khairuddun Ayip.
Terdapat beberapa peristiwa suka yang telah membuatkan saya berasa gembira.
Antaranya, Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia. Tauke
Lim sanggup berbuat demikian kerana menganggap Embong sebagai rakan lamanya.
13
NOTA NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS SVM 2
Selain itu, peristiwa suka yang kedua ialah peristiwa Azahari ingin melamar Dahlia.
Dia menyuarakan hasrat mahu merisik Dahlia sewaktu menghantar Dahlia pulang ke
rumahnya di Kampung Parit Haji Rais.
Akhir sekali, peristiwa Kedatangan Cikgu Daim membawa berita gembira apabila
Dahlia terpilih untuk mengikuti pengajian di Jepun selama empat tahun.
10. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa semangat tolong –
menolong yang wajar dicontohi oleh pembaca.
Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu Novel Songket Berbenang Emas, karya
Khairuddun Ayip. Peristiwa yang menerapkan semangat tolong-menolong dalam novel ini
ialah peristiwa orang kampung yang bergotong-royong untuk sambutan Majlis Maulidur
Rasul.
Selain itu, peristiwa kedua yang menerapkan semangat tolong-menolong ialah
peristiwa Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia dan tempat
Embong meluahkan perasaan.
Akhir sekali, peristiwa yang menerapkan semangat tolong-menolong ialah Tauke Lim
membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia dan memberi wang sebanyak RM300
untuk perbelanjaan Dahlia di Universiti Malaya
11. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan satu pengajaran berkaitan
dengan semangat bekerjasama yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
Novel yang saya kaji iaitu Novel Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin
Ayip. Pengarang mengemukakan pengajaran berkaitan dengan semangat bekerjasama dalam
novel ini. Antaranya, kita mestilah bekerjasama untuk menyelesaikan masalah di tempat
tinggal kita. Contohnya, rumah Embong musnah akibat dilanda banjir. Haji Sulaiman dan
penduduk kampung bekerjasama membina semula rumah Embong yang roboh akibat dilanda
banjir.
Selain itu, penduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk
diserahkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran.
Akhir sekali, Haji Sulaiman bekerjasama dengan pihak Hospital Batu Pahat untuk
membawa Saleha ke hospital tersebut bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
14
NOTA NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS SVM 2
12. Dalam sesebuah novel, terdapat peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian
pembaca.
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat dua peristiwa yang menarik dan berjaya menarik perhatian saya.
Antaranya, peristiwa menyelamatkan nyawa orang lain. Contohnya, Dahlia sanggup
terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said yang lemas. Peristiwa ini berjaya menarik
perhatian saya kerana sifat berani yang ada pada Dahlia yang sanggup menghadapi sebarang
risiko dalam menyelamatkan nyawa orang lain ini jarang dimiliki oleh orang lain.
Selain itu, peristiwa keluar dari asrama demi kepentingan keluarga. Contohnya,
Dahlia sanggup berkorban dengan keluar dari asrama kerana ingin menguruskan adik-
adiknya yang masih kecil setelah ibunya dimasukkan ke hospital akibat kemurungan.
Walaupun peperiksaan STPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Peristiwa ini berjaya
menarik perhatian saya kerana Dahlia sanggup berkorban dan lebih mengutamakan
kepentingan keluarga daripada kepentingan dirinya sendiri yang akan menduduki peperiksaan
STPM tidak lama lagi.
13. Jelaskan satu bukti kepincangan masyarakat dalam dua buah novel yang telah anda
pelajari.
Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu Novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa kepincangan masyarakat dalam novel ini.
Antaranya, kepincangan masyarakat yang berprasangka buruk terhadap orang lain.
Sebagai contohnya, Aton dan Nek Kiah berprasangka buruk terhadap keluarga Dahlia. Nek
Kiah suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka.
Selain itu, kepincangan masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial. Sebagai
contohnya,Abu Bakar suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya sehingga sanggup mencuri
kambing milik bapanya sendiri.
Akhir sekali, kepincangan masyarakat yang suka menghina. Sebagai contohnya, Mak
Aton yang suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Mak Aton
juga suka menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk
tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.
15
NOTA NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS SVM 2
14. Berdasarkan novel yang anda pelajari. Huraikan dua bukti ketabahan watak
utama yang boleh diikuti oleh pembaca.
Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu Novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa bukti ketabahan watak utama iaitu Dahlia yang boleh
saya ikuti.
Antara buktinya ialah ketabahan menghadapi kerenah orang sekeliling. Sebagai
contoh, Dahlia tabah menghadapi kerenah Aton yang menghina Dahlia semasa Azhari
menghantarnya pulang ke rumah.
Selain itu, bukti ketabahan dalam menuntut ilmu. Misalnya, Dahlia tabah mengulang
kaji pelajaran di balai raya semasa kampung mereka dilanda banjir.
15. Berdasarkan novel yang anda kaji. Huraikan dua keistimewaan watak
utama sehingga menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca.
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat dua keistimewaan watak utama iaitu Dahlia sehingga
membuatkan saya kagum.
Antara keistimewaannya ialah watak utama seorang yang bertanggungjawab terhadap
ahli keluarga. Contohnya, Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum abah dan adik-
adiknya setelah emaknya dirawat di hospital.
Selain itu, watak utama seorang yang tabah mengharungi dugaan hidup. Buktinya,
Dahlia tabah mengharungi kehidupannya walaupun ibunya menghidap penyakit kemurungan
manakala bapanya telah dipatuk ular.
16. Dalam novel yang dikaji, bahagian peleraian cerita diakhiri dengan kejayaan.
Novel yang saya kaji iaitu Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Terdapat dua peristiwa yang membuktikan bahagian peleraian cerita ini berjaya.
Antaranya, peristiwa kejayaan Dahlia melanjutkan pelajaran ke Jepun. Contohnya,
Dahlia berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun walaupun terpaksa mengharungi pelbagai
kesusahan seperti kemiskinan hidup keluarga dan masalah keluarga.
Selain itu, peristiwa kejayaan keluarga Dahlia menginsafkan Nek Kiah. Sebagai
contoh, Nek Kiah yang tidak menyukai keluarga Dahlia akhirnya insaf selepas dia dijaga oleh
Dahlia dan adik-beradiknya semasa Nek Kiah sakit
16
NOTA NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS SVM 2
17. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa unsur saspens
yang telah membuatkan pembaca berasa teruja dalam novel tersebut.
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat dua peristiwa unsur saspen yang telah membuatkan saya teruja
untuk membaca.
Peristiwa pertama, Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said. Peristiwa ini
dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu apa akan terjadi kepada Dahlia. Rupa-rupanya
Dahlia selamat dan berjaya menjumpai Said di dasar sungai walaupun Said sudah meninggal.
Kedua, peristiwa Embong membawa bangkai ular sawa balik ke rumah. Peristiwa ini
dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-tanya tentang tujuan Embong membawa balik
bangkai ular sawa yang telah dibunuh itu ke rumahnya. Embong membawa balik ular itu
untuk membuktikan bahawa dia mampu menewaskan ular tersebut serta kekuatannya kepada
Dahlia.
18. Jelaskan dua peristiwa yang berkaitan dengan pengajaran tentang ketaatan dalam
sebuah novel yang anda pelajari untuk dicontohi.
Novel yang saya kaji iaitu Novel Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin
Ayip. Pengarang mengemukakan pengajaran tentang ketaatan yang wajar dicontohi para
pembaca dalam novel ini.
Peristiwa pertama yang berkaitan dengan pengajaran tentang ketaatan ialah Dahlia
taat akan perintah ibu bapanya. Dahlia menunjukkan sifat taat akan suruhan ibu bapanya
apabila Dahlia sanggup mengetepikan kepentingan diri untuk memastikan adik-adiknya
mendapat penjagaan sempurna
Peristiwa kedua yang berkaitan dengan pengajaran tentang ketaatan ialah Melati,
Mawar dan Kiambang taat akan suruhan bapa mereka dengan bergilir-gilir menjaga adik
bongsunya, Anggerik semasa ketiadaan ibu mereka yang sedang menerima rawatan di
hospital akibat penyakit kemurungan. Pengajaran daripada peristiwa ini ialah kita mestilah
mentaati permintaan ibu bapa kita.
17
NOTA NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS SVM 2
19. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan kritikan terhadap dua
watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut.
Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu Novel Songket Berbenang Emas, karya
Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa kritikan terhadap dua watak sampingan dalam novel ini.
Watak sampingan iaitu Nek Kiah. Nek Kiah akhirnya, insaf akan kesalahannya
terhadap keluarga Dahlia. Hal ini dikatakan demikian kerana Dahlia dan emaknya banyak
mebantu Nek Kiah semasa dia sakit berbanding anak-anaknya yang lan.
Seterusnya, watak sampingan Abu Bakar. Abu Bakar suka membuang masa dan
sanggup mencuri kambing milik ayahnya sendiri.
20. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan alasan yang menjadikan
novel tersebut dianggap menarik untuk dibaca.
Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu Novel Songket Berbenang Emas, karya
Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa alasan yang menjadikan novel ini menarik untuk saya
baca.
Antaranya, peristiwa Haji Sulaiman membantu menghantar Saleh ke Hospital Batu
Pahat untuk menerima rawatan. Peristiwa ini telah memberikan kita teladan untuk melupakan
segala sengketa sebaliknya bersedia menghulurkan pertolongan kepada sesiapa sahaja yang
memerlukannya.
Selain itu, peristiwa Tauke Lim yang berbangsa Cina sanggup membantu memberikan
hutang kepada Dahlia walaupun berlainan bangsa dan agama. Peristiwa ini memberikan
teladan kepada kita agar membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan walaupun
berlainan bangsa dan agama.
**Sumber : - Buku Komsas, Internet dan Buku Latihan
Sekian, terima kasih.
Ada usaha, pasti ada hasilnya!!!
18