The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

HIKAYAT HANG TUAH (KUMPULAN 7)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d093411, 2022-06-05 05:21:59

HIKAYAT HANG TUAH

HIKAYAT HANG TUAH (KUMPULAN 7)

BSS 3173 : PROSA MELAYU

HIKAYAT
HANG TUAH




Kumpulan 7


Pensyarah : Profesor Madya Dr.
Norazimah Bt Zakaria

Ahli Kumpulan 7

ANIS SOFIA BT SITI MAHARANI
MOHD RIDZAUDDIN BINTI SU'IP

D20201093411 D20201093315

MUHAMMAD ZAHIR
IDHAM BIN MAHADI

D20201093260


NAZHATUL AFIFA
BINTI MOHAMAD
SHAHIDATUL
WAFFARHANA FADZIL
BINTI A WAHID D20201093403
D20201094264

PENGENALAN

Sastera tulisan merupakan karya sastera
yang disampaikan melalui tulisan. Sastera
tulisan mula diperkenalkan selepas
kedatangan Islam kira-kira pada abad ke-15
dan berkembang dalam lingkungan istana.
Salah satu karya sastera tulisan yang
terkenal dalam kalangan orang Melayu dan
kepulauan Melayu ialah Hikayat Hang Tuah.

Hikayat Hang Tuah dikategorikan sebagai
prosa tradisional jenis naratif iaitu sastera
epik. Karya ini juga merupakan antara karya
Melayu tradisional yang paling panjang iaitu
terdapat lebih kurang 146,000 patah
perkataan walaupun tiada disebut penulis
dan pengarang bagi Hikayat Hang Tuah ini.
Dalam karya ini, Hang Tuah digambarkan
sebagai wira Melayu paling terkenal di
Melaka yang memperlihatkan kesetiaan
mutlak kepada pemerintah, beradab dan
taat kepada tradisi. Hikayat Hang Tuah juga
melambangkan kehebatan Melaka pada
masa itu dan keberanian orang Melayu.

Latar belakang
penulis

Penulis bagi Hikayat Hang Tuah ialah Kassim Ahmad.
Kassim Ahmad  dilahirkan pada 9 September tahun
1933  lahir di Bukit Pinang, Kota Setar, Kedah. Isteri
beliau bernama Sharifah Fawziah Bt. Syed Yussoff.

Kassim Ahmad mendapat pendidikan di Sekolah


Melayu, Bandar Baharu, Kolej Sultan Abdul Hamid dan

beliau juga belajar di Universiti Malaya. Beliau salah
seorang daripada 13 mahasiswa UM yang menentang
cara pengajaran dan sistem pengajian Melayu di
universiti ketika itu.

Beliau mendapat tawaran menjadi pensyarah di
School of Oriental and African Studies, Universiti
London tetapi beliau menolak kerana hal politik.
Beliau juga pernah berkerja dengan Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Kasim Ahmad juga bekerja sebagai guru sementara di
Sekolah Abdullah Munshi, Pulau Pinang dan ketika itu
beliau aktif dalam Parti Rakyat Malaysia. Selepas
berlakunya peristiwa pada Mei 13, beliau bekerja
sebagai penterjemah bebas dan juga seorang guru.
Terdapat banyak hasil karya beliau termasuklah
Hikayat Hang Tuah yang diusahakan beliau semasa
menjadi pegawai penyelidik Dewan Bahasa dan
Pustaka.

RINGKASAN
CERITA

HIKAYAT HANG
TUAH

BAB 1 : ASAL USUL KERAJAAN
BENTAN

Kisah ini menceritakan tentang kelahiran seorang puteri dari
raja keinderaan bernama Tuan Puteri Kemala Ratna
Pelinggam dan puteri ini telah ditentukan untuk menikah
seorang raja besar iaitu Pulau Biram Dewa. Anak tersebut
ingin dibuang oleh kedua orang tuanya ke pulau dan dijaga
di sebuah tempat bersama pengasuh lain. Ketika puteri
sudah dewasa, puteri dipinang oleh seorang raja keinderaan
iaitu Sang Perta Dewa. Tuan puteri bersetuju dan
perkahwinan mereka dijalankan mengikut adat perkahwinan
raja-raja. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang
dinamakan Sang Sapurba. Sang Perta Dewa dan Tuan Puteri
Kemala Ratna Pelinggam mengtakhtakan anak mereka Sang
Sapurba di suatu tempat yang penuh hasil mahsul yang
mereka beri nama Bukit Siguntang Mahabiru. Tersebar luas
berita mengenai seorang raja di bukit itu. Ketika Sang
Sapurba ingin mandi di sebuah kolam dengan tidak semena-
mena, turunlah hujan petir lalu menjelmakan seekor lembu.
Lembu tersebut muntah dan muntah tersebut menjelmakan
gadis yang cantik, lalu lembu tersebut pun ghaib. Sang
Sapurba ingin menikahi gadis tersebut dan memohon restu
ibu ayahnya. Sang Maniaka, Sang Jaya Nantaka, Sang Satiaka
dan Sang Saniaka merupakan anak hasil dari perkahwinan
mereka. Ketika mereka berempat sudah dewasa,
sekumpulan pembesar negeri Bentan ke bukit Siguntang
ingin melantik salah seorang daripada mereka untuk
memimpin negeri itu, lalu Sang Sapurba menyerahkan Sang
Maniaka untuk menjadi raja di Bentan.

BAB 2 : HANG TUAH MENJADI
HAMBA RAJA

Kisah ini menceritakan tentang Hang Mahmud
mendapat mimpi bulan turun dari langit di atas
kepala Hang Tuah dan mereka sekeluarga ke Bentan
dan mereka menetap di perkampungan Bendahara
Paduka Raja. Hang Tuah belajar pelbagai ilmu semasa
kecil seperti mengaji al-quran, ilmu mempertahankan
diri dan ilmu belajar berbahasa. Hang Jebat, Hang
Kasturi, Hang Lekiu Dan Hang Lekir merupakan
sahabat baik Hang Tuah ketika berusia 10 tahun.
Ketika pelayaran menuju ke Pulau Tinggi dan
Singapura, mereka menunjukkan kebolehan mereka
pertama kalinya dengan mengalahkan lanun-lanun
ketika pelayaran itu. Kehebatan mereka diceritakan
kepada Bendahara Paduka Raja oleh Penghulu
Singapura. Hang Tuah bersama rakannya berguru
dengan Sang Aria Putera di Bukit Pancalusa. Hang
Tuah dan rakannya diarahkan jugaoleh Sang Aria
Putera untuk berguru dengan Sang Persata Nala di
Gunung Wirana Pura kerana ilmunya begitu banyak.
Ketika Hang Tuah dan rakannya kembali dari Bukit
Pancalusa, terdapat orang mengamuk berlaku huru-
hara di pasar. Pengamuk itu berjaya dikalahkan oleh
Hang Tuah dan rakannya yang lain dan mereka telah
dilantik menjadi biduanda Raja.

BAB 3 : KEDATANGAN PATIH KERMA
WIJAYA DAN PERPINDAHAN MELAKA

Kisah tentang kerana Patih Kerma Wijaya merasa
kecewa dengan perbuatan ratu lesam dan menjadikan
dirinya hamba kepada kebawah duli raja Bentan. Anak
Patih Kerma Wijaya, Ken Sumirat dilarikan oleh Ratu
lesam. Terdapat juga kisah mengenai pembukaan
negeri Melaka. Negeri itu dinamakan negeri Melaka
oleh Raja Bentan sempena mengambil nama tapak
berbuat istana baru itu yang ditumbuhi pokok Melaka.

BAB 4: RAJA MUDA

Kisah tentang perlantikan dan pemecatan sang jaya
nantaka. Kisahnya Sang Jaya Nantaka di jemput ke
Melaka untuk dijadikan Raja Muda tetapi Raja Muda
difitnah menghimpunkan tentera dan pembesar istana
untuk merebut kuasa. Raja Muda dihukum bunuh oleh
Raja Melaka namun Bendahara Paduka Raja
mencadangkan jawatan Sang Jaya Nantaka dilucutkan
dan disuruh pulang ke Bukit Siguntang Mahabiru.
Seorang saudagar kaya-raya iaituParmadewan,
menjumpai Sang Jaya dan meminta Sang Jaya Nantaka
menjadi raja di Benua Keling, lalu dia menerima dan
berangkat menjadi raja di Benua Keling.

BAB 5 : PERUTUSAN MEMINANG KE
INDERAPURA DAN KE MAJAPAHIT

Raja Melaka mendengar khabar tentang kecantikan Tun Teja
dan baginda menghantar utusan ke Inderapura iaitu Tun Bija
Sura bersama dengan Tun Utama untuk meminangnya.
Pinangan Raja Melaka ditolak oleh Tun Teja kerana
menganggap dirinya tidak setaraf dengan Raja Melaka dan Raja
Melaka berasa sangat kesal. Patih Kerma Wijaya memberi
cadangan kepada Raja Melaka untuk meminang anak kepada
Betara Majapahit yang bernama Raden Mas Ayu. Puteri
Majapahit menerima pinangan itu, maka baginda Raja Melaka
telah menitahkan untuk membina kapal yang diberi nama
Kumbang Nuri. Semasa majlis tersebut Patih Gajah Mada telah
merancang untuk membunuh Hang Tuah. Namun, rancangan
itu gagal kerana dapat dikesan awal oleh Hang Tuah. Patih
Gajah Mada masih ingin meneruskan rancangan beliau untuk
membunuh Hang Tuah. Arak yang diberikan kepada Hang Tuah
tidak berkesan kerana Hang Tuah mempunyai ilmu yang
menukarkan arak kepada air biasa.

Keberanian dan ketabahan Hang Tuah dan ahli rombongan
peminangan itu dikagumi oleh Seri Betara Majapahit. Hang
Tuah berjaya mengenal pasti dan mengubati penyakit kuda tezi
dan Hang Tuah mengatakan bahawa kuda tezi bingkisan Sultan
Sang Jaya Nantaka itu berpenyakit kerana mewarisi tabiat
kerbau iaitu apabila kelelahan akan mencari sungai tempat
berkubang dan hal ini mendatangkan kemarahan utusan
Benua Keling, Orang Kaya Sang Perdana. Hang Tuah juga dapat
menyembuhkan penyakit kuda tezi tersebut dalam masa 7 hari.
Rombongan utusan Melaka selamat kembali ke Melaka dengan
membawa utusan Majapahit yang menerima peminangan Raja
Melaka terhadap Raden Mas Ayu.

BAB 6 : RAJA MELAKA BERANGKAT
KE MAJAPAHIT

Kisah rombongan pembesar istana yang selamat pulang dari
Majapahit diceritakan dalam Bab 6. Raja Melaka berasa sangat
gembira melihat kelima-lima sahabat Hang Tuah dan Patih
Kerma Wijaya kembali untuk mengaturkan peminangan ke
Majapahit. Ekspedisi Raja Melaka dan pembesar-pembesarnya
ke Majapahit telah dirancang dengan baik. Untuk
perjalanannya ke Majapahit, Raja Melaka telah mengarahkan
Bendahara Paduka Raja dan Hang Tuah untuk membina
sebuah bahtera pendakian yang dikenali sebagai kota segara.
Penjagaan Melaka ditumpukan kepada Bendahara dan
Temenggung. Hang Tuah sentiasa memerhatikan Raja Melaka
semasa perayaan yang riuh-rendah supaya tidak dicederakan.
Walaupun Pateh Gajah Mada telah mengarahkan seorang
askar menikam Hang Tuah ketika sedang mabuk menari,
namun askar itu berundur pada saat-saat akhir kerana takut
menyaksikan ketabahan dan kecemerlangan Hang Tuah. Pateh
Gajah Mada pula berjanji dengan Seri Betara Majapahit akan
mencari Askar.

BAB 7 : PERKAHWINAN RAJA
MELAKA

Perkahwinan raja Melaka dan Raden Emas Ayu di Majapahit
diceritakan dalam Bab 7. Namun, kisah tersebut memfokuskan
kepada usaha Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit untuk
membunuh Hang Tuah. Perkahwinan Raja Melaka dan Raden
Emas Ayu disambut dengan pelbagai cara. Semasa upacara di
hadapan raja di peseben, Patih Gajah Mada memerintahkan
seorang perajurit yang mahir bermain lembing dan membunuh
Hang Tuah.

Hang Tuah pula dapat mengelak serangan askar itu dengan
mudah. Bagi menyembunyikan rasa bersalahnya, Betara
Majapahit kelihatan menghargai dan menghadiahkan
anugerah kepada Hang Tuah, dengan mendakwa jika dia tidak
dibunuh, askar itu akan mengamuk dan membunuhnya.
Raden Aria memberitahu Raja Melaka tentang muslihat Patih
Gajah Mada. Secara sinis Hang Tuah berhujah bahawa askar
itu adalah lawan yang mudah. Patih Gajah Mada terhina
apabila mendengar Hang Tuah meminta pulang.

Selepas upacara perkahwinan Raja Melaka dengan Raden
Galuh Emas Ayu, Hang Tuah dan lima sahabatnya berguru
dengan Sang Persata Nala di Gunung Wirana Pura. Sang
Persata Nala mengajar lima Hang Tuah, khususnya
Laksamana Hang Tuah, pelbagai teknik ketenteraan dan
panglima perang. Hang Jebat akan naik kemuliaan, tetapi
binasa akibat senjata itu, menurut Sang Persata Nala. Patih
Gajah Mada terkejut dengan ketiadaan Laksama Hang Tuah.
Akibatnya, Laksamana Hang Tuah berbohong apabila
mengatakan mereka berlima tidak sihat.

BAB 8 : PATIH GAJAH MADA DAN
HANG TUAH

Bab ini menggambarkan usaha Patih Gajah Mada untuk
membunuh Hang Tuah di Majapahait. Disebabkan Hang Tuah
merupakan tulang belakang kekuatan kerajaan Melaka,
pembunuhannya berperanan bagi memerintah negeri
Melaka.

BAB 9 : HANG TUAH DALAM
BUANGAN INDERAPURA

Bab ini menerangkan sikap cemburu dan pengkhianatan
pembesar negeri Melaka terhadap Hang Tuah. Hang Tuah telah
dibuang negeri ke Inderapura apabila pembesar negeri Melaka
melakukan fitnah. Keadaan ini timbul akibat daripada kasih
sayang Raja Melaka yang terlampau kepada Hang Tuah sejak
pulang dari Majapahit.

BAB 10 : HANG TUAH MELARIKAN
TUN TEJA

Bab ini menggambarkan usaha Hang Tuah untuk pulang ke
Melaka dan menghambakan diri kepada Raja Melaka agar
dimaafkan atas kesalahannya. Hang Tuah cuba membawa
Tun Teja ke Melaka untuk dipersembahkan kepada Raja
Melaka kerana Raja Melaka ingin mengahwininya.

BAB 11 : MEGAT PANJI ALAM

Terengganu
Bab 11 mengisahkan tentang Megat Panji Alam, yang berang dan
malu dengan tindakan Laksamana Hang Tuah selepas melarikan
diri ke Melaka bersama tunangnya, Tun Teja. Di sebalik larangan
ayahandanya, Raja Terengganu, Megat Panji Alam membawa
Megat Kembar Ali dan merekrut tentera seramai 4,000 orang
serta gajah Syah Kertas untuk menyerang negeri Melaka.

Inderapura
Sebelum menyerang negeri Melaka, rombongan Megat Panji Alam
membuat hentian di Inderapura. Kehadiran Megat Panji Alam di
Inderapura disambut meriah. Megat Panji Alam yang mabuk ketika
itu telah mengeluarkan cabaran kepada Raja Melaka dalam majlis
tersebut.

Melaka
Hang Dolah yang baru pulang dari Inderapura memberitahu
Bendahara Raja tentang perkembangan mereka. Bendahara Raja
kemudiannya segera memaklumkan berita itu kepada Raja Melaka.
Megat Panji Alam tidak dibenarkan masuk ke Melaka, maka
Bendahara Raja mengusulkan supaya seorang utusan mengiringi
baginda ke Inderapura. Laksamana Hang Tuah, Hang Jebat, dan
Hang Kasturi diperintahkan untuk mengiringi Raja Melaka ke
Inderapura.

Inderapura
Laksamana Hang Tuah meminta Raja Inderapura menjadualkan
pertemuan dengan Megat Panji Alam apabila tiba di Inderapura.
Kedua-dua pihak bertemu di balai raya hadapan Raja Inderapura
dua hari kemudian. Hang Jebat dan Hang Kasturi menjadi tidak
sabar lalu menyerang Megat Panji Alam dan Megat Kembar Ali
sehingga tewas. Hang Jebat dan Hang Kasturi diperintahkan supaya
dibunuh oleh raja Inderapura kerana berani berperang di istananya.
Laksamana Hang Tuah pula enggan membiarkan sahabatnya
dihukum dan mempersoalkan titah Raja Inderapura. Kemarahan
Laksamana Hang Tuah menggerunkan Raja Inderapura, dan dia
tidak mempunyai pilihan selain mengalah. Syah Kertas, gajah
legenda Megat Panji Alam, telah selamat dikembalikan ke Melaka
oleh Laksamana Hang Tuah, Hang Jebat, dan Hang Kasturi.

Melaka
Setibanya di Melaka, Raja Melaka telah melantik Laksamana Hang
Tuah untuk menjaga Syah Kertas, manakala Hang Jebat diberi Keris
Pendua Megat Panji Alam dan Hang Kasturi diberi Keris Pandak
Megat Panji Alam.

BAB 12 : Laksamana Dengan Raja
Melaka

Raden Mas Ayu hamil 7 bulan dan mengidam Nyiur Gading yang
tumbuh bersama-sama pohon Melaka tetapi tiada orang Istana yang
berani untuk memanjat pohon tersebut disebabkan terlalu tinggi dan
batangnya dimakan anai-anai. Lalu Raja menitahkan Laksamana
untuk mengambil buah tersebut dan Laksamana berjaya untuk
mengambil buah tersebut yang menyebabkan dia semakin disayangi
oleh Raja.

Setelah Raden Mas Ayu selamat melahirkan putra lelaki, baginda
menamakan putranya Raden Bahar. Lalu Tun Utama dan Tun Bija
Sura pun diperintahkan oleh baginda untuk pergi ke Majapahit untuk
memberitahu berita kelahiran Raden Mas Ayu kepada Ratu
Majapahit. Setelah menyampaikan berita tersebut, Seri Betara pun
menitahkan Patih Gajah Mada untuk membawa pulang kurniaan iaitu
periai yang muda-mada, 40 orang perempuan mempunyai baik sikap.
Raden Mas Ayu sekali lagi hamil anak kedua. Putera lelaki kedua
diberi nama Raden Bajau.

Raden Bahar dan Raden Bajau pun semakin dewasa, mereka telah
bermain-main bersama Kuda Tezi di taman yang berdekatan dengan
telaga tahi. Semasa bermain, kuda tersebut jatuh dan terperangkap
disebabkan hendak meminum air di telaga tahi. Raja pun menitahkan
Laksamana untuk menaikkan kuda tersebut. Laksamana pun berjaya
dengan menggunakan kain barang 7 kayu yang dibalut di badan
kuda.

BAB 13 : HANG TUAH DI MAJAPAHIT

Betara Majapahit murka dengan tindakan Raja Melaka yang ingin
beristeri dua. Lalu, baginda menghantar Rangga dan Barit pergi ke
Melaka untuk mengetahui keadaan sebenar puteri baginda, iaitu
Raden Mas Ayu. Apabila sampai ke Melaka, Rangga dan barit Ketika
menyampaikan titah tambahan dari Raja Majapahit.

Raja Melaka pun membalas dengan menghantar Laksamana Hang
Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi ke Majapahit bersama Rangga
dan Barit. Patih Gajah Mada pun mengupah 200 orang prajurit bagi
mengganggu rombongan Hang Tuah namun mereka berjaya
mengatasi halangan tersebut. Patih Gajah Mada dan Betara
Majapahit tidak berputus asa, mereka beberapa kali merancang
untuk mencuri keris Laksamana namun Laksamana tetap
mendapatkan kembali kerisnya. Akhirnya, Laksamana pun pergi
menghadap Betara Majapahit untuk memohon kembali ke Melaka
bersama Hang Jebat dan Hang Kasturi. Patih Gajah Mada dan Betara
Majapahit pun berdendam dan berazam untuk membunuh
Laksamana Hang Tuah di kemudian hari.
kuda.

BAB 14 : BETARA MAJAPAHIT
DENGAN RAJA MELAKA

Setelah kembali ke Melaka, mereka pun memberitahu titah Betara
Majapahit kepada Raja Melaka agar Raja datang ke Majapahit. Raja pun
akhirnya bersetuju untuk berangkat ke Majapahit diiringi Laksamana
dan rakan-rakan untuk melindungi Raja dari dibunuh oleh Betara
Majapahit. Raja Melaka juga meninggalkan wasiat sekiranya terjadi
sesuatu hal terhadap dirinya iaitu menjadikan Raden Baharlah sebagai
pengganti baginda.

Usaha Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit untuk membunuh Raja
Melaka dan Hang Tuah masih berterusan. Patih Gajah Mada telah
mengupah 40 orang perajurit untuk mengamuk di majlis makan
malam dan membunuh sesiapa sahaja tetapi kesemua perajurit itu
dapat dikalahkan oleh Laksamana sendirian kerana yang lain kerana
diperintahkan untuk menjaga Raja. Sekali lagi percubaan membunuh
dilakukan dengan mengupah seorang perajurit yang bernama Petala
Bumi untuk membunuh Laksamana. Petala Bumi boleh menjelma
sebagai makhluk lain untuk menyamar tetapi Laksamana tetap
mengalahkan dapat Petala Bumi.

Pada suatu hari, utusan dari Melaka membawa khabar bahawa
puteranya jatuh sakit. Oleh itu, Raja Melaka pun terpaksa
kembali ke Melaka. Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada
masih meneruskan rancangan mereka untuk membunuh Raja
Melaka dan Laksamana Hang Tuah. Mereka telah menyuruh
tujuh orang perajurit belayar ke Melaka untuk menimbulkan
kekecohan di negeri Melaka itu dan Bukit Cina telah dijadikan ibu
pejabat mereka. Walau bagaimanapun, Hang Tuah menyamar
menjadi salah seorang pengikut kepada ketua kumpulan itu.
Dengan kebijakan Hang Tuah berjaya menipu dan membunuh
kesemua perajurit tersebut dan mengembalikan harta rompakan
yang telah dicuri.

BAB 15 : HANG TUAH DIFITNAH

Pada suatu hari, pegawai-pegawai istana yang diketuai oleh Patih
Kerma Wijaya berkomplot untuk memfitnah Hang Tuah
disebabkan cemburu dengan Hang Tuah. Patih Kerma Wijaya
pun mengemukakan kepada Raja bahawa Laksamana Hang Tuah
bermukah dengan dayang-dayang istana dan menyebabkan Raja
murka. Baginda pun langsung menitahkan Bendahara agar
Laksamana dibuang disebabkan menderhaka tanpa
mempedulikan kata-kata Bendahara untuk memeriksa
kesahihan maklumat tersebut. Walau bagaimanapun, Bendahara
yang tidak sampai hati membuang Hang Tuah menyuruh Hang
Tuah untuk bersembunyi ke hulu Melaka selama tujuh hari,
tujuh malam. Hang Tuah juga sempat bergurukan Sheikh
Mansur yang sempat memberinya ramalan hadapan yang baik
iaitu 20 hari lagi dia akan pulang ke sisi raja kerana sejak
ketiadaannya, Melaka dalam keadaan yang kacau-bilau.

Selepas kejadian itu, Hang Jebat berusaha untuk mengambil hati
Raja hingga akhirnya berjaya dan Hang Jebat. Hang Jebat juga
dianugerahi gelara Paduka Raja oleh Raja Melaka walaupun
dibantah keras oleh Tun Teja. Hal ini menyebabkan sikap Hang
Jebat berubah sepenuhnya terhadap semua orang di istana.

BAB 16 : HANG JEBAT MENDUDUKI
ISTANA

Hang Jebat menjadi semakin berkuasa di istana lebih-lebih lagi
setelah mendapat keris Hang Tuah iaitu Taming Sari dan
mendapat gelaran Paduka Raja. Hang Jebat berbuat sesuka hati
di istana termasuk bermukah dengan dayang-dayang di istana,
memperkosa gundik kesayangan Raja dan membuat istana Raja
seperti tempat tinggalnya sendiri. Akhirnya Raja memutuskan
untuk keluar dari istana akibat tidak tahan dengan perbuatan
Hang Jebat. Raja tidak dapat berbuat apa-apa untuk
menghalanginya kerana Hang Jebat mempunyai keris Taming Sari
yang berkuasa. Raja Melaka pun terpaksa berpindah ke rumah
Bendahara Paduka Raja bersama-sama dengan isteri, putera dan
rombongannya.

Pelbagai percubaan untuk membunuh Hang Jebat yang
diperintahkan oleh Raja Melaka telah dilakukan oleh pembesar-
pembesar seperti Patih Kerma Wijaya yang akhirnya dibunuh
oleh Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan temenggung
tetapi kesemuanya gagal. Hal ini menyebabkan Raja menyesali
perbuatannya menghukum Hang Tuah tanpa usul periksa
sehingga mengambil anak Hang Tuah menjadi anak angkat.
Tanpa diduganya, Bandahara Paduka Raja membuka rahsia
bahawa Hang Tuah masih hidup dan sedang bersembunyi di
Hulu Melaka. Raja pun terus menitahkan Tun Pekerma dan Tun
Kasturi untuk menjemput Laksamana dengan segera.

BAB 17 : HANG TUAH BERTIKAM
DENGAN HANG JEBAT

Akhirnya Raja Melaka pun bertemu kembali dengan Hang
Tuah. Raja sangat gembira kerana menemui Hang Tuah
yang disangka selama ini telah mati. Setelah itu, Raja pun
menitahkan Hang Tuah untuk membunuh Hang Jebat tetapi
keris Taming Sari miliknya telah jatuh ke tangan Hang Jebat.
Hang Tuah pun mencuba pelbagai keris milik Raja tetapi
tiada satu pun yang dapat menandingi kehebatan kerisnya
itu. Akhirnya, Raja pun menitahkan Hang Kasturi supaya
mengambil keris yang dianugerahkan kepadanya di Bukti
Siguntang buat Hang Tuah.

Keesokan tengah harinya, Hang Tuah bersama keris pusaka
Raja pergi ke istana Melaka diiringi 40 orang pengawal
untuk membunuh Hang Jebat. Hang Jebat pun terjaga
kerana bunyi bising dan terkejut apabila melihat Hang Tuah
yang disangkanya sudah dibunuh oleh Raja. Hang Tuah pun
melompat ke dalam istana dan bermulalah pergelutan
mereka di dalam istana. Mereka pun akhirnya berehat
setelah penat bertarung. Namun, kesempatan ini digunakan
Hang Tuah untuk mengambil kembali keris Taming Sari
miliknya itu dan dia pun berhasil mencuri keris tersebut.
Akhirnya, Hang Tuah berjaya menikam Hang Jebat tetapi
Hang Jebat masih belum menemui Ajal. Hang Jebat sempat
mengamuk dan membunuh ramai orang tidak bersalah
sebelum akhirnya mati di pangkuan Hang Tuah.

Mayatnya pula digantung di tengah-tengah jalan besar selama
tujuh hari tujuh malam untuk dijadikan pengajaran kepada
orang lain. Selepas dua bulan Hang Jebat meninggal dunia, isteri
Hang Jebat iaitu Dang Baru pun melahirkan anak lelaki yang
diberi nama Hang Kadim. Hang Tuah pun menepati janjinya
untuk menjaga anak Hang Jebat walaupun Raja menitahkan
supaya Hang Kadim dibuang ke laut. Hang Tuah pun
menghadap Tun Teja dan memohon agar Hang Kadim dihantar
ke Inderapura untuk dijaga oleh ayahanda Tun Teja.

BAB 18 : BETARA MAJAPAHIT
DENGAN RAJA MELAKA

Pejurit tujuh bersaudara mati dibunuh oleh Laksamana,
kemudiannya Patih Gajah Mada pula mengarahkan Kartala Sari
untuk membuat kekacauan di Melaka dan membunuh
Laksamana dan ayahnya sendiri. Sewaktu di Melaka, Kartala
Sari telah menggunakan sihir untuk mencuri semua kekayaan
orang kaya dan meninggalkan harta di Bukit Cina. Berbagai cara
yang telah dilakukan untuk menangkap sang pejurit (Kartala
Sari) namun semuanya gagal. Kemuadian, Laksamana meminta
izin raja untuk membunuh pejurit itu. Laksamana yang
menyamar terbaring di tengah pasar. Setelah Kartala Sari tiba
lalu terpijak laksamana. Laksamana bangun dan membunuh
Kartala Sari serta memutus nafsunya dan mengambil kerisnya
sebagai barang bukti. Setelah itu, semua harta karun yang
dicuri oleh Kartala Sari dikembalikan empunya dengan syarat
dibahagikan kepada tiga iaitu satu bahagian kepada laksamana
dan dua bahagian kepada empunya harta.

BAB 19 : HANG TUAH KE BENUA
KELING DAN CHINA

Laksamana Tun Tuah telah dihantar ke Benua keling. Di sana, Hang
Tuah menunjukkan kebijaksanaanya dengan mengubati isteri Nala
Sang Guna yang mandul. Laksamana Tun Tuah juga berhasil
menunggang kuda tezi di hadapan krisna, Raja Keling. Selain itu,
laksamana Tun Tuah juga menolong Nala Sang Guna menyiapkan
jamuan makanan dan pada saat yang sama,ia tidak dibenarkan
untuk menjual kayu api kepada Nala Sang Guna. Laksamana Tun
Tuah pun menunjukkan kepandaiannya dalam bermain pedang dan
perisai dengan mengalahkan para pendekar Keling. Di benua
Keling, laksamana Tun Tuah terus ke Benua Keling untuk
menyampaikan utusan dari Raja Keling. Di sana, Tun Tuah juga
menampilkan berbagai kemampuannya iaitu dia berjaya melihat
wajah Raja Cina yang seharusnya tidak terlihat. Dalam perjalanan
kembali ke Benua Keling, laksamana Tun Tuah berhasil membunuh
angkatan Feringgi

BAB 20 : RADEN BAHAR DAN
ADIPATI SOLOK

Bab ini menceritakan tentang Raden Bahar, iaitu putera Raja
Melaka dan Putra Raden Bahar iaitu Putera Raja Melaka dengan
Raden Mas Ayu, yang dinobatkan memiliki takhta kerajaan
Majapahit untuk menggantikan Betara Majapahit dengan gelaran
Paduka Seri. Selain itu, bab ini menggambarkan putra Adipati
Solok iaitu Adipati Agung Brunei yang ditangkap oleh Hang Tuah.

BAB 21 : HANG TUAH DIUTUS KE SIAM

Raja Melaka telah mengirim surat ke negeri Siam untuk membeli
gajah. Bendahara Seri Maharaja telah mencadangkan supaya
Laksamana Tun Tuah diutuskan ke Siam untuk membeli empat ekor
gajah jantan dan dya ekor gajah betina. Laksamana menyarankan
agar Hang Kasturi ikut juga dalam rombongan itu. Semasa
rombongan ke Siam, mereka sempat membuat lawatan ke sekitar
bandar. Rombongan Melaka disambut dengan penuh kebesaran
oleh kerajaan Siam. Mereka menerangkan cara atau budaya
menghadap Raja Siam, Phra Cau yang mana harus masuk sendiri
daripada membawa budak dan merangkak sambil menyembah.
Namun, laksamana mengatakan bahawa dia mempunyai penyakit
dan tidak boleh merangkak. Phra Cau membenarkan Laksamana
menghadap dengan cara dan budaya masyarakat Melayu Melaka.
Laksamana Tun Tuah menyembahkan maksud utusan Raja Melaka
untuk membeli gajah. Phra Cau gembira dan bersetuju untuk
menjualkan gajah seperti mana yang diinginkan.
Phra Cau mengarahkan pendekar Jepun Cin Cu bermain senjata
dengan Laksamana Hang Tuah sebagai pertunjukan, dan Laksamana
Tun Tuah berjaya mengalahkan Cin Cu. Kemudian, tujuh pendekar
Jepun mengamuk dan mahu membunuh Phra Cau. Phra Cau berjaya
menyelamatkan dirinya lalu tujuh pendekar pun mengamuk dan
menimbulkan kekacauan di pasar. Lima daripada tujuh pendekar
Jepun telah dikalahkan oleh Laksamana Tun Tuah, dan dua orang
lagi berjaya melarikan diri ke Kemboja.

Setelah berjaya, Phra Cau menghadiahkan empat ekor gajah kepada
Hang Tuah dan enam ekor gajah kepada Raja Melaka. Dalam
perjalanan pulang, Laksamana Tun Dua telah dihalang oleh
pendekar Jepun dari Kemboja, tetapi dikalahkan oleh Laksamana
dan rombongannya. Harta pendekar itu semua dirampas.
Kepulangan Laksamana Tun Tuah disambut dengan penuh
kebesaran. Selepas itu, Raja Melaka menitahkan Laksamana Tun
Tuah mengiringi Raden Bajau ke Bukit Siguntang Mahabiru untuk
memerintah di sana.

Lalu, Raden Emas Ayu telah melahirkan puteri bernama Puteri
Gunung Ledang. Tun Teja pula melahirkan Putera yang bernama
Sultan Mahmud. Setelah beberapa lama kemudian, Tun Teja
melahirkan seorang lahi putera yang bernama Sultan Muhammad
(Ahmad).

BAB 22 : RAJA CHULAN, SULTAN

MAHMUD DAN SULTAN AHMAD

Kisah tentang Tun Ratna Diraja dan Tun Maharaja Diraja yang
diperintahkan Raja Melaka untuk pergi ke Sailan membeli
permata untuk pakaian Sultan Mahmud dan Sultan Ahmad yang
merupakan. Untuk menjadikan negeri bagi merajakan Sultan
Ahmad, Hang Tuah telah diperintahkan mencari kawasan baru.
Kawasan yang dijumpai Hang Tuah di Gunung Linggi. Raja Culan
yang merupakan putera Raja Sailan telah datang ke Melaka untuk
meminang puteri Raja Melaka, Puteri Gunung Ledang. Banyak
peristiwa yang berlaku ke atas Raja Culan dan ada yang
membabitkan negeri Melaka. Antaranya Raja Culan iaitu anak Raja
Sailan menjumpai telur ayam dan dikendungnya. Ayam itu
kemudian menjadi ayam jaguh yang tidak dapat dikalahkan oleh
ayam-ayam jaguh lain di Sailan. Seterusnya, Raja Sailan telah
menghantar puteranya, Raja Culan ke Melaka untuk meminang
Puteri Gunung Ledang. Bendahara paduka Raja, Hang Tuah, dan
Patih Kerma Wijaya menyambut kedatangan Raja Culan ke
Melaka. Hang Tuah dan Bendahara Paduka Raja menyampaikan
Hajat Raja Culan itu. Ketika berada di Terengganu, Raja Culan
berlabuh di Pulau Kapas dan memberitahu Raja Terengganu
kedatangnya adalah untuk menyabung ayam jaguh dengan Raja
Terengganu. Pak Si Molong iaitu jurubasuh ayam Raja Terengganu
mencadangkan supaya menukar ayam dengan ayam Raja Culan
sebelum pertarungan dan terjadi persabungan ayam selepas dua
ekor ayam tersebut ditukar.

Ketika sabungan tersebut berlaku banyak perkara yang terjadi
sehingga menyebabkan negeri Terengganu menjadi huru-hara.
Raja Melaka mengetahui cerita ini dan berasa marah. Laksamana
Hang Tuah dititahkan untuk menyerang negeri Terengganu.
Terengganu dapat dikalahkan dengan mudah dan terpaksa
menghantar ufti setiap tahun ke negeri Melaka. Sultan Mahmud
telah dikahwinkan dengan Puteri Raja Terengganu iaitu Puteri
Sekanda Jaya Leka yang telah dibawa ke Melaka. Sultan Ahmad
pula dikahwinkan dengan Megat Maksum, iaitu anakanda
Bendahara Terengganu. Sultan Ahmad pula dirajakan di Bentan
dan Sultan Mahmud pula ditabalkan sebagai raja di Lingga.

BAB 23 : INDERA PUTERA TUNDUK

KE MELAKA

Ikan todak menyerang negeri Inderapura dan ramai rakyat yang
mati serta berundur. Rakyat dititahkan berkubukan batang pisang,
ikan todak banyak yang lekat pada batang pisang habis mati.
Orang Kaya Sang Setu adalah gelaran yang diberikan raja kepada
Hang Kadim. Menteri dan orang kaya-kaya tidak menyukai keadaan
ini dan kesalahan Hang Kadim dicari. Mesyuarat untuk menfitnah
Sang Setu diadakan. Temenggung menghadap raja dengan
memfitnah Sang Setu berkat-kata dengan seorang perempuan di
dalam istana iaitu Dang Setia. Raja menitahkan agar Sang Setu
dibunuh dan raja menyesal setelah melakukanya. Orang
Temenggung Seri Seroja atau Orang Melaka telah membawa berita
kematian Bendahara dan Sang Setu ke pengetahuan raja Melaka.
Tun Teja berasa marah apabila mengetahui perkara ini dari raja
Melaka. Hang Tuah dititahkan oleh Raja Melaka untuk pergi
berperang dengan Inderapura dan membunuh rajanya. Raja
Inderapura telah melakukan mesyuarat setelah mendengar khabar
ini. Raja bersetuju dengan Temenggong yang meminta raja
Inderapura menyerah kalah. Hang Tuah menang dan membawa
seluruh pengikutnya ke Melaka serta pembunuh Hang Kadim.

BAB 24 : HANG TUAH JATUH SAKIT

Pada bab ini telah mengisahkan tentang Raja Melaka bersama-
sama kedua-dua isterinya yang hendak pergi bertemasya ke
Singapura. Baginda memakai selengkapnya beserta mahkota
paduka ayahanda baginda di Bukit Siguntang. Setelah sampai ke
Selat Singapura, pengikut-pengikutnya mengkhabarkan kepada
raja Melaka bahawa terdapat ikan emas di bawah perahu. Namun
sewaktu baginda hendak memandang ke bawah, mahkotanya
terus jatuh ke dalam air. Hang Tuah kemudian sanggup menyelam
ke dalam laut semata-mata untuk mengambil mahkota Raja
Melaka namun mahkota tersebut terlepas kembali dari tangannya
semasa bertarung dengan seekor buaya putih yang menyambar
keris Taming Sarinya. Raja Melaka sedih dengan kehilangan
mahkota dan begitu juga dengan Hang Tuah yang jatuh sakit
kerana kehilangan kerisnya. Raja Melaka yang mahu
menghilangkan kesedihan Hang Tuah lalu menganugerahkan keris
warisan Bukit Siguntang kepada Hang Tuah.

Nakhoda Feringgi yang telah dikalahkan oleh Hang Tuah di China
menyebabkan Raja Portugal membalas dendam dengan menyuruh
orangnya menyerang Melaka dengan empat puluh buah ghali di
mana sebuah ghali mengandungi lima ratus orang dan lima puluh
meriam. Feringgi tiba di Melaka yang diketuai oleh Dong Suala dan
Gebernado. Sekumpulan Sakai telah membawa berita tersebut
kepada Raja Melaka dan baginda berfirasat bahawa Melaka akan
kalah kerana Hang Tuah sedang sakit dan tidak boleh
mempertahankan Melaka. Lalu baginda memerintahkan Maharaja
Setia dan Maharaja Dewa mengintip armada Feringgi dan berjaya
menawan dua kapal Feringgi yang paling hadapan itu. Meskipun
tidak sihat namun Hang Tuah tetap mahu menyertai peperangan
dengan Feringgi sehingga berjaya mengalahkan Feringgi tersebut.
Walaupun Hang Tuah terjatuh ke dalam air akibat bedilan tetapi
Hang Tuah tidak cedera.

Setelah kejadian itu armada Feringgi berundur apabila Gebernado
meninggal dunia manakala Dong Suala pula sedang sakit tenat.
Setelah sembuh, Hang Tuah pergi mengadap Raja Melaka dan
sejak daripada itu negara Melaka aman sentosa.

BAB 25 : HANG TUAH DIUTUS KE TURKI (1)

Bab ini mengisahkan Laksamana Hang Tuah, Maharaja Setia dan
Maharaja Dewa yang telah dititahkan oleh raja Melaka untuk pergi
ke Benua Rom bagi membeli meriam untuk memperkukuhkan
pertahanan Kota Melaka. Rombongan Melaka telah singgah di
Bandar Acheh Darussalam semasa dalam perjalanan ke Rom
disebabkan Laksamana Hang Tuah berkenan untuk menghadap
Sultan Salahuddin yang merupakan sultan yang memerintah Acheh
pada masa itu dan telah diberikan layanan mesra sepanjang 12
hari rombongan Melaka di sana.

Setelah itu rombongan Melaka kemudiannya meneruskan
perjalanan ke Benua Rom dan telah singgah di negeri Judah
hendak mengunjungi makam Siti Hawa. Kemudian rombongan
Melaka ini singgah di Mekah di mana Hang Tuah telah bertemu
dengan Nabi Khidir lalu Nabi Khidir memberinya sebuah cembul
yang terdapat kuasa hikmat di dalamnya. Sementara itu,
Laksamana Hang Tuah juga menggunakan peluangnya untuk
menunaikan fardu haji di Makkah serta melawat kubur nabi serta
kubur Sayidina Hamzah di kaki bukit Jabal Uhud. Seterusnya,
rombongan Melaka ini berlepas ke Mesir dan sempat menyaksikan
kebesaran serta kekuatan Sungai Nil, iaitu tempat Nabi Yusuf
dibuang. Di sana, mereka telah mendapat layanan mesra
Syahbandar Mesir kerana sikap rendah diri Laksamana Hang Tuah
lalu berjaya membeli beberapa ratus pucuk meriam.

BAB 26 : HANG TUAH DIUTUS KE TURKI (2)

Bab ini mengisahkan tentang rombongan Hang Tuah yang sudah
tiba di Rom dan telah disambut baik oleh Syahbandar Rom.
Laksamana Hang Tuah turut sempat berkenalan dengan saudagar
Rom yang terkaya yang bernama Ibrahim Kakan. Ibrahim Kakan
inilah yang telah meriwayatkan kebesaran Raja dan telah
memperkenalkan banyak tempat yang menarik di Benua Rom
kepada rombongan Melaka. Rombongan Melaka akhirnya
dibenarkan menghadap raja Rom setelah menghadapi pelbagai
kesukaran namun mereka tidak dapat melihat wajah baginda
kerana baginda duduk di dalam kelambu jala-jala emas. Walaupun
begitu, Raja Rom telah memperkenankan hadiah bedil seratus kali
ganda daripada yang dikehendaki Raja Melaka lalu menitahkan
Bendahara Mangkabumi untuk menjaga dan menjamu utusan
Melaka. Raja Rom turut menghadiahkan kopiah emas dan serban
ke hadapan Raja Melaka sebagai tanda tubuh dan gembira kerana
mendengar rombongan Melaka pulang ke Melaka dengan
selamatnya setelah berjaya mendapatkan meriam dan bedil
tersebut.

BAB 27 : HANG TUAH BERSARA,
RAJA MELAKA TURUN TAKHTA

Bab ini mengisahkan tentang Raja Melaka yang turun daripada
takhta kerajaan dan menyerahkan pemerintahan kepada
seorang puterinya yang bernama Puteri Gunung Ledang yang
akan mewarisi teraju kerajaan Melaka manakala Laksamana
Hang Tuah, Bendahara Paduka Raja dan Temenggong Sarwa Raja
turut meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan kepada
anak-anak mereka.

Negeri Melaka pula dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan
peperangan di sekitarnya. Selepas turun dari takhta, Raja Melaka
mengembara kemerata-rata tempat dan pada masa yang sama
Bendahara Paduka Raja, Temenggong Sarwa dan Laksamana
Hang Tuah yang telah bersara masing-masing menetap di Tajung
Keling, Tanjung Tuan dan Bukit Jugra.

BAB 28 : KERAJAAN MELAKA JATUH

Kisah tentang kejatuhan Melaka kepada Feringgi atau Portugis.
Kesultanan Melayu Melaka tamat, disebabkan kejatuhan Melaka
kepada Feringgi ini. Hal ini juga menamatkan pemerintahan
keturunan Bukit Siguntang Mahabiru di Melaka. Antara peristiwa
penting yang berlaku yang menyebabkan jatuhnya kerajaan
Melaka kepada Feringgi atau Portugis adalah saudagar-saudagar
Feringgi datang untuk menjalankan perniagaan di Melaka.
Mereka membeli sebdang tanah di Melaka dan kawasan tersebut
telah dilengkapkan dengan alatan peperangan oleh orang
Feringgi atau Portugis tersebut. Seterusnya mereka berjaya
menakluki Melaka dan hal ini menyebabkan Puteri Gunung
Ledang melarikan diri ke Perak. Rakyat Melaka telah melarikan
diri ke Johor bersama Bendahara Tun Mat, Temenggong Tun
Karim dan Laksamana Tun Nadim. Bendahara Tun Mat telah
diperintahkan untuk membuat sebuah negeri dan menamakan
negeri tersebut Johor Darul Alam oleh pemerintah Bentan iaitu
Sultan Ahmad. Melaka berjaya diambil daripada cengkaman
pihak Feringgi atau portugis oleh tentera pihak Wolanda atau
Belanda dengan bantuan orang-orang Melayu Johor.

KESIMPULAN

Teks Hikayat Hang Tuah telah memperkenalkan watak
Hang Tuah yang menjadi tunjang kepada pergerakan
setiap plot cerita. Hang Tuah beraksi sebagai pahlawan

yang bijaksana dan berani terutamanya apabila
mengunjungi negeri luar dan ini sangat bersesuaian

dengan sifat bangsa Melayu yang sebati dalam
keperibadian Hang Tuah. Hang Tuah sememangnya
suka merendah diri dan bersopan santun di hadapan
majlis diraja dan seorang yang fasih bertutur dalam
bahasa negeri-negeri yang dikunjunginya. Hang Tuah
juga merupakan unsur pandangan hidup zaman feudal
di mana dalam wataknya terjalin semangat kesetiaan
yang tidak berbelah bahagi dan jiwanya yang pantang

derhaka.



Jadi, pentingnya bagi guru-guru di sekolah supaya
menggunakan teks Hikayat Hang Tuah ini sebagai salah
satu bahan bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran kerana teks ini mempunyai banyak
unsur nilai dan pengajaran yang boleh diterapkan dalam

diri pelajar-pelajar. Bahkan pembelajaran ini akan
memudahkan pelajar untuk memahami, menghayati
dan mengingati hikayat tersebut. Melalui penggunaan

teks Hikayat Hang Tuah dalam pengajaran dan
pembelajaran ini juga diharap dapat menggalakkan
pelajar-pelajar untuk mencontohi sifat-sifat peribadi
Hang Tuah terutamanya berani dalam mempertahankan

bangsa Melayu.


Click to View FlipBook Version