TOKOH:
HAJI ABDUL RAHMAN
LIMBONG (1868-1929)
ULAMA’ & PEJUANG
TANAH AIR
Buku skrap ini mengenai profile dan kejayaan tokoh
kemerdekaan Malaysia yang telah banyak menabur bakti
kepada negara. Tokoh yang saya pilih ialah Haji Abdul
Rahman Limbong atau nama sebenarnya Haji Abdul
Rahman bin Abdul Hamid bin Abdul Kadir merupakan
antara tokoh agama yang terkemuka di negeri Terengganu
Darul Iman. Meskipun beliau bermula sebagai seorang
tokoh agama dan pendakwah, namun, namanya mekar
sebagai salah seorang yang bertanggungjawab membela
nasib rakyat Terengganu dan berperanan penting dalam
kebangkitan rakyat pada waktu itu.
Nama : Ainnur Aira binti Muhamad Norzailani
Umur : 11 Tahun
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kerteh
Kelas : 5 Cerdas
BIODATA HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG
Nama penuh beliau ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin
Haji Abdul Qadir. Lahir pada tahun 1868 di Kampung Jenguk Tong, Beladau
Kolam. Dikenali sebagai Tok Limbong dan Haji Derahman Limbong.Gelaran
‘Limbong’ digunakan kerana beliau bertugas sebagai guru agama di Kampung
Limbong, Chukai Kemaman. Pendapat lain menyatakan kerana sering
mengunjungi kawasan Kampung Limbong tersebut. Kelahiran anak jati
Terengganu. Beliau terkenal kerana jasa beliau yang terlibat dengan
penentangan terhadap campur tangan British di Terengganu. Meninggal di
Mekah pada tahun 1929.
RASIONAL PEMILIHAN TOKOH
Haji Abdul Rahman Limbong bertugas sebagai seorang guru agama dan merupakan tokoh ilmuan
yang terkemuka di Terengganu. Beliau sering menjadi rujukan masyarakat dalam menyelesaikan banyak
permasalahan yang berkaitan dengan hal ehwal agama dan undang-undang. Beliau pernah dihantar ke Mekah
Mseebkaagha.iRsaamlahaisdeaolaramngkatalahnagnaannoproalnitgik,ddaarinTpaandaah wMaeklatuyuitud,abtaenligaukebeMrpeeklauhanpgaduantwukakmtuenitugaujanrtudki mmeansjuidntduit ilmu
daripada Haji Abdul Rahman Limbong.
Selain itu, Haji Abdul Rahman Limbong juga merupakan seorang peniaga yang rajin bekerja serta
mseeomrabnugapt teetraonmi.pSaehb,atehraegniadnakbesesartradpaerlibpaagdaairluatgini bhaarraianngnaynadbaannpyearkadlaihtaanbiysaknagn ldaeinn.gIanni jemlaesnemneunnupnajukkakiaann,
bahawa Haji Abdul Rahman Limbong bukan sahaja berperanan dalam menyampaikan dakwah dan
menyebarkan agama Islam, malah beliau turut mempunyai peranan dalam aspek ekonomi rakyat pada waktu
itu dengan mengusahakan pelbagai perniagaan dan bertani.
kapur ke dPaeerraanhaKnnuayantsaenb, adgeanigsaenobraanngtuaahnlispeebrunaiahgkaaapnatlebrsueartlaanhnaypaasbeilnadbirei,liyaaunbgedrjiaseyalenmgegnagrhaaonletahr l5im00a toarnang
anak kapal dan diketuai oleh Haji Wan Nawang Sedara. Dalam pekerjaannya sebagai seorang petani pula, Haji
Abdul Rahman Limbong bersama-sama dengan para penduduk kampung telah mengusahakan tanaman
pbiasgaanigm,ajangaubnegl,iapuamdiusleartmaekmappaesrj.uDanegkkkaenrannaasikbeptearrlaibpateanndnuydaudkaylaanmgusseabhaahtaagniai inniblaehsayrannygambeeknejarjdai stietikbatoglaaik
petani pada masa itu.
Haji Abdul Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah. Yang paling
utama mencorak peribadinya ketika kanak-kanak ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah
saudaranya.
Ketika pulang ke Terengganu beliau mendapat pendidikan dari Haji Ya’qub dan Haji Musa. Kedua-
dua ulama itu tinggal di Paya Bunga. Selanjutnya yang membentuk peribadi Haji Abdur Rahman Limbong
menjadi seorang sufi dan pejuang jihad ialah Tok Ku Paloh, ulama Terengganu yang terkenal. Haji Abdul
Rahman Limbong juga, seperti gurunya Tok Ku Paloh, ialah seorang pengamal Tarikat Sammaniyah.
Haji Abdul Rahman Limbong sangat disayangi oleh Tokku Paloh, malah pembentukan peribadi dan
personaliti beliau amat dipengaruhi tarbiah yang diberikan oleh Tokku Paloh.
Dikenali dan disayangi ramai dengan personaliti yang
begitu menyenangkan
Beliau merupakan seorang yang peramah,
berperibadi baik,mempunyai latar belakang
pendidikan yang cemerlang, amalah sangat pemurah
dengan masayarakat setempat
Mempunyai fizikal yang kecil dan sikap
serta penampilan yang ditonjolkannya
menyamai seorang sufi.
Beliau mengajar kitab-kitab yang meliputi disiplin ilmu. Antaranya ialah kitab al-Ajrumiyah, kitab
Mutammiman dan Tashil Nail al-Amani yang berbincang mengenai ilmu nahu dalamBahasa Arab kesemuanya
serta Matn Umm al-Barahin mengenai ilmu tauhid. Untuk lebih memantapkan lagi penguasaannya, beliau juga
diajarkan kitab-kitab tauhid Bahasa Melayu. Antara kitab yang pasti tidak diabaikan ialah Faridah al-Faraid dan ad-
Durr ats-Tsamin.
Kitab fikah Bahasa Arab yang pernah diajarkan oleh Haji Abdul Rahman Limbong ialah Kitab Tahrir dan
bagi ilmu tasawuf, kitab Hidayah as-Salikin dan ad-Durr an-Nafis yang kedua-duanya dalam Bahasa Melayu.
Selain mengajar, Haji Abdul Rahman Limbong ialah seorang ulama yang suka mengembara atau merantau ke
beberapa buah negeri dalam mengembangkan syiar Islam. Antara tempat yang pernah menerima kunjungan
beliau ialah Beserah dan Kuantan di Pahang, Kelantan, Patani, Kedah, Sambas di Kalimantan, Jambi dan riau di
Sumatera dan Brunei.
Haji Abdul Rahman Limbong dikenali sebagai “Kebangkitan Tani” kerana perjuangannya membela nasib
petani yang ditindas. Dalam tahun 1920-an, Inggeris bercampur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala
Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai oleh penjajah
Inggeris.
Sungguhpun beliau seorang ahli sufi, akan tetapi beliau juga bijaksana dalam selok-belok persoalan
dunia. Beliau ialah seorang sufi yang pernah menjadi peguam. Pernyataan ini dapat dibuktikan dengan lantaran
betapa banyak kalinya beliau berhujah di mahkamah demi membela rakyat yang disaman oleh pihak pemerintah
Inggeris.
Haji Abdul Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah meyatakan bahawa tanah yang
dibuka oleh rakyat itu ialah hak Allah, bukannya hak negeri dan ialah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua
mereka yang datang dari Johor bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama.
Zaman dulu dan zaman sekarang sama saja, bahawa orang yang tidak berpihak kepada kebenaran
menyangka yang menang itulah yang benar. Yang kalah itulah disangkanya salah. Sejarah dunia selalu saja
mencatat bahawa penyelewengan dan pengkhianat sesuatu bangsa atau pun agama apabila dalam perjuangan
selalu berpihak kepada musuh. Tetapi apabila keadaan telah aman, mereka pula yang mengaku dirinya sebagai
pejuang bangsa atau pun pejuang agama.
Sepanjang tahun 1920 hingga tahun 1928 terjadi gerakan Haji Abdul Rahman Limbong dan rakyat tani
di Hulu Terengganu menentang Inggeris. Perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong dan beribu-ribu pengikutnya
adalah wajar dan sah dari segi undang-undang dunia. Apatah lagi ditinjau dari pandangan Islam yang mewajibkan
kita berjihad apabila kita dijajah oleh orang-orang yang bukan Islam.
Kisah perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong dalam menentang
para penjajah adalah panjang, dan beliau adalah antara individu penting
dalam kebangkitan rakyat Terengganu pada waktu itu. Meskipun beliau
tidak terlibat secara fizikal dalam siri-siri pemberontakan yang berlaku di
Terengganu pada tahun 1922, 1925 dan 1928, namun semangat, motivasi
dan sokongan yang diberikan olehnya kepada para penduduk telah
menaikkan semangat mereka untuk terus berjuang.
Antara siri perjuangan yang paling diingati ialah bagaimana beliau
menyokong penentangan terhadap perintah undang-undang cukai tanah
dan larangan untuk menebas hutan yang dilaksanakan oleh pihak British
pada waktu itu. Keadaan ini telah menyebabkan pihak British berasa
tercabar dengan tindakan yang dilakukan oleh Haji Abdul Rahman
Limbong sehingga beliau diberi amaran oleh pihak British.
Pada tahun 1923, Haji Abdul Rahman Limbong telah mewakili
beberapa orang penduduk dari kawasan Hulu Terengganu (Telemong)
untuk menghantar surat kepada Komisioner Tanah Terengganu. Tujuan
utama penghantaran surat berkenaan ialah untuk meminta pihak
Komisioner bagi mempertimbangkan semula isu pemilikan tanah rakyat dan
isu itu dapat dibawa kepada kerajaan. Beliau juga berharap agar surat itu
dapat menjadi permulaan untuk keadilan demi para penduduk.
Haji Abdul Rahman
Limbong
menentang British
tanpa menggunakan
senjata dan
kekerasan.
SUMBANGAN
TOKOH
Haji Abdul Rahman Limbong dikenali sebagai “Kebangkitan Tani” kerana
perjuangannya membela nasib petani yang ditindas. Dalam tahun 1920-an,
Inggeris bercampur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong
hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan
cukai oleh penjajah Inggeris.
Sungguhpun beliau seorang ahli sufi, akan tetapi beliau juga bijaksana
dalam selok-belok persoalan dunia. Beliau ialah seorang sufi yang pernah
menjadi peguam. Pernyataan ini dapat dibuktikan dengan lantaran betapa
banyak kalinya beliau berhujah di mahkamah demi membela rakyat yang
disaman oleh pihak pemerintah Inggeris.
SUMBANGAN
TOKOH
Pemberontakan Tani
SUMBANGAN
TOKOH
Haji Abdul Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah
meyatakan bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu ialah hak Allah, bukannya
hak negeri dan ialah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang
datang dari Johor bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan
Terengganu yang pertama.
Zaman dulu dan zaman sekarang sama saja, bahawa orang yang tidak
berpihak kepada kebenaran menyangka yang menang itulah yang benar. Yang
kalah itulah disangkanya salah. Sejarah dunia selalu saja mencatat bahawa
penyelewengan dan pengkhianat sesuatu bangsa atau pun agama apabila
dalam perjuangan selalu berpihak kepada musuh. Tetapi apabila keadaan telah
aman, mereka pula yang mengaku dirinya sebagai pejuang bangsa atau pun
pejuang agama.
SUMBANGAN
TOKOH
Penentangan Terhadap Cukai British
SUMBANGAN
TOKOH
Sepanjang tahun 1920 hingga tahun 1928 terjadi gerakan Haji Abdul
Rahman Limbong dan rakyat tani di Hulu Terengganu menentang Inggeris.
Perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong dan beribu-ribu pengikutnya adalah
wajar dan sah dari segi undang-undang dunia. Apatah lagi ditinjau dari
pandangan Islam yang mewajibkan kita berjihad apabila kita dijajah oleh orang-
orang yang bukan Islam.
DIBUANG NEGERI
Setelah beberapa siri penentangan, peristiwa naik mahkamah dan tekanan
yang diberikan oleh pihak British, Haji Abdul Rahman Limbong telah ditangkap
di rumahnya di Kampung Beladau dan dibuang negeri ke Singapura pada 23
Zulhijah1346 H [13 Jun 1928] dan selanjutnya dibuang ke Mekah lalu tiba pada
29 Safar 1347H [19 Ogos 1928]. Beliau meninggal dunia di Mekah setahun
kemudian pada 14 Jamadilakhir 1348 H [16 November 1929 M].
PENUTUP
Alhamdullilah syukur ke hadrat ilahi saya telah berjaya menyiapkan buku skrap
digital ini berkaitan tokoh yang saya pilih iaitu HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABDUL
HAMID BIN ABDUL QADIR atau HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG dikenali sebagai yang
merupakan pendakwah islam atau pahlawan melayu .Saya memilih tokoh ini kerana saya
amat kagumi serta mengingati jasa dan sumbangan yang telah banyak dicurahkan dan
boleh menjadi contoh tauladan yang baik untuk generasi muda.
Sebagai pelajar ,kita perlu mengetahui serta mempelajari sejarah dan latar
belakang HAJI ABDUL RAHMAN ini kerana tanpa beliau mungkin Islam bukan agama
rasmi.
Akhir kata , terima kasih kepada ahli keluarga yang memberi tunjuk ajar serta
membantu saya dan memberi bimbingan dalam menyiapkan buku skrap digital ini. Sokongan
mereka saya tidak mampu menghasilkan buku skrap ini dengan baik. Sekian,terimakasih.