The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ..., 2021-10-29 09:57:44

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2

PENGANGKUTAN AWAM

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2

TAJUK: PENGANGKUTAN AWAM DI BANDAR BARU
TANGKAK , Bandar Tangkak , TANGKAK , JOHOR

DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD RIFQI BIN YUSRI 2 ARIF

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN
Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi
Tingkatan 2. Setinggi – tinggi penghargaan kepada pengetua SMKA MAAHAD
MUAR ,Tuan Haji Mokhtar Ashary Bin Nahlawi kerana memberi kebenaran untuk
menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima
kasih kepada guru geografi saya iaitu Puan Ruzaimah Binti Sukimen kerana telah
membantu saya untuk menyiapkan kerja lapangan ini .

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa saya , iaitu Encik
Yusri Bin Ibrahim & Puan Noor Hidayah Binti Mat Zain yang membantu saya dalam
proses membuat kajian di tempat kajian dan memberikan pendapat yang sangat
berguna.

Juga kepada rakan saya Muhammad Mahfudz Bin Mohamad Khairulzaman
yang turut sama membantu saya untuk melaksanakan kerja lapangan ini. Akhir
sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada responden semasa temu bual dan
semua yang membantu saya menyiapkan tugasan ini.

PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kajian tentang pengangkutan awam di Bandar Baru
Tangkak ,Bandar Tangkak, Tangkak , Johor.

Tajuk ini telah saya pilih kerana segelintir menggunakan pengangkutan awam
sebagai kenderaan untuk mereka bergerak kemana-mana. Saya telah menjalankan
kajian saya selama tiga minggu dari pertengahan bulan Oktober sehingga awal
bulan November.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kerja lapangan di Bandar Baru Baru Tangkak ,Bandar
Tangkak , Tangkak , Johor bertujuan untuk:

• Untuk mengetahui takrif pengangkutan awam
• Menghuraikan kepentingan pengangkutan awam
• Menyatakan masalah yang perlu diatasi terhadaap pengangkutan

awam
• Mencadangkan penambahbaikan terhadap pengangkutan awam

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah di kawasan sekitar Bandar Baru Tangkak , Bandar
Tangkak , Tangkak , Johor. Kawasan sekitar kajian saya berada di bawah
pentadbiran Majlis Daerah Tangkak.

Bentuk muka bumi di kawasan kajian ini ada sebahagian tempat yang bertanah
pamah dan ada juga bahagian yang berbukit bukau kerana berdekatan dengan
Gunung Ledang . Jarak kawasan kajian saya dengan bandar Tangkak ialah kira-kira
4 km. Jika menaiki bas tambangnya lebihkurang RM 1 atau mengikut jarak
perjalanan, manakala teksi pula dalam lingkungan 3-5 ringgit.

KAEDAH KAJIAN

Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah berikut :

a)Pemerhatian : Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui jenis

pengangkutan awam di tempat kajian

b)Temu bual : Saya menggunakan kaedah ini bagi memperoleh maklumat tentang

pengangkutan awam di kawasan kajian. Melalui kaedah ini saya akan ,mendapat

input mengenai masalah dan cadangan tentang pengangkutan awam.

c)Rujukan : Membuat rujukan buku di internet dilakukan bagi mengetahui perkara

tentang pengangkutan awam.

HASIL KAJIAN

TAKRIF PENGANGKUTAN AWAM

Mengikut kamus dewan Dewan Bahasa dan Pustaka takrif pengangkutan awam
ialah sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas, dan kereta api yg boleh
digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang yg telah

ditetapkan.

JENIS PENGANGKUTAN AWAM

Melalui pemerhatian yang saya lakukan , jenis pengangkutan yang biasa digunakan
ialah Bandar Baru Tangkak, Bandar Tangkak , Johor bas dan teksi .
Bagi pengangkutan bas , ia terdapat beberapa servis yang disediakan seperti bas
ekspress , bas sekolah , bas tambang , bas persiaran , bas loceng ,dan bas
pekerja . Bas biasa digunakan untuk pergi ke tempat kerja masing-masing.Bas
sekolah pula digunakan oleh murid-murid untuk ke sekolah. Bagi teksi pula jarang
digunakan kerana pada zaman kini , kebanyakan penduduk di kawasan kajian
sudah mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak ke suatu tempat.

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM

Kepentingan pengangkutan awam di Bandar Baru Tangkak , Bandar Tangkak ,
Johor adalah seperti berikut :

a)MEMUDAHKAN ORANG YANG TIDAK MEMILIKI

KENDERAAN

Melalui kaedah pemerhatian yang saya lakukan , dengan adanya pengangkutan
awam seperti bas dan teksi , ia memudahkan semua orang yang

tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak ke tempat kerja masing-
masing. Ia juga menjadi pengangkutan utama bagi pekerja asing.

b)MENGURANGKAN KESESAKAN LALU LINTAS

Melaui pemerhatian saya , penggunaan pengangkutan awam dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan kajian. Dengan adanya

pengangkutan awam seperti bas dan teksi kesesakan lalu lintas dapat
dikurangkan . Dengan ini , ia secara tidak langsung dapat mengurangkan

kesesakan lalu lintas di kawasan kajian.

MENJIMATKAN KOS PERJALANAN

Melalui pemerhatian saya , kos menaiki pengangkutan awam sangat berpatutan
berbanding menaiki kenderaan sendiri. Selain kos bagi petrol dan diesel yang dapat
dielakkan, kos bagi tempat letak kenderaan juga dapat dijauhi jika kita
menggunakan pengangkutan awam.

MEMBUKA PELUANG PEKERJAAN

Di kawasan kajian , masih lagi terdapat segelintir penduduk yang masih lagi
mencari pekerjaan kerana peluang pekerjaan kian berkurangan. Oleh itu , dengan
adanya perkhidmatan pengangkutan awam yang semakin meluas , ia secara tidak
langsung dapat meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan
kajian dan di seluruh dunia.

MASALAH PENGANGKUTAN AWAM

1. PENCEMARAN UDARA

Melalui temu bual saya bersama Encik Hasim Bin Sehat, beliau mengatakan
bahawa akhir-akhir kini pencemaran udara sering meningkat yang berpunca
daripada terlalu banyak asap kenderaan terutama bas . Bas merupakan kenderaan
yang menggunakan minyak petrol dan diesel , secara tak langsung ia mengeluarkan
asap hitam yang terlalu banyak dan menjadi antara penyumbang utama bagi
pencemaran udara yang teruk.

2. KEMALANGAN JALAN RAYA

Melalui pemerhatian saya , kemalangan sering berlaku di kawasan kajian
disebabkan oleh pemandu memandu dalam keadaan mabuk. Ada juga
yang berpunca daripada pemandu memandu dalam memandu dalam
keadaan mengantuk.

3. MASA YANG LAMA

Melalui temu bual saya bersama Encik Amran Bin Abdul Ghani , beliau mengatakan
bahawa agak lama beliau menunggu untuk sesebuah bas tiba di perhentian bas di
kawasan kajian sehingga kadang-kadang beliau tertidur di perhentian bas kerana
lama menunggu .

4. TEKNOLOGI YANG LAMA

Melalui pemerhatian saya , bas yang saya naiki di kawasan kajian agak uzur kerana ianya
tidak diganti dengan yang baharu. Oleh itu masalah yang sering berlaku seperti penghawa
dingin rosak , tayar selalu pancit , enjin selalu mati , kerusi tempat duduk terkoyak-koyak
dan berbau kurang menyenangkan menyebabkan penumpang berasa tidak selesa dan tidak
lagi ingin menaiki pengangkutan awam di kawasan kajian.

CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN MASALAH PENGANGKUTAN
AWAM
1.MENGUATKUASA UNDANG-UNDANG

Melalui temu bual saya bersama Encik Yusri Bin Ibrahim , beliau mencadangkan supaya
undang-undang dikuat-kuasakan dan memberikan hukuman kepada pemandu yang
memandu dengan tidak mematuhi peraturan. Pada masa yang sama , ia akan menjadi
pengajaran kepada pemandu yang lain supaya memandu dengan lebih berhati-hati.

2. PENYELENGGARAAN DAN GANTI YANG BARU

Melalui pemerhatian saya , penyelengaraan pengangkutan awam perlu dilakukan kerana
kebanyakannya bas dikawasan kajian tidak berada dalam keadaan yang baik. Lebih baik jika
diganti dengan yang baru jika ingin memberi keselesaan kepada penumpang. Penumpang
akan lebih selesa jika pengangkutan awam ini beradaa dalam keadaan yang baik.

3. MENGGUNAKAN PENAPIS ASAP KENDERAAN

Melalui pembacaan saya di internet , ada satu jenis penapis yang dikhaskan untuk menapis
asap kenderaan.Jadi pengusaha pengangkutan awam perlu mengambil inisiatif untuk
mengunakan alat ini bagi mengurangkan kadar pencemaran udara.

4. MEMBUAT JADUAL PERGERAKAN

PENGANGKUTAN AWAM

Dengan adanya jadual pergerakan ini , ia akan memudahkan para penumpang merancang
pergerakan mereka supaya masa mereka tidak dibazirkan. Penumpang juga tidak perlu
menunggu lama untuk bas atau tesi tiba di stesen.

RUMUSAN

Kesimpulannya , jenis pengangkutan awam utama di Bandar Baru Tangkak dan
Bandar Tangkak ialah teksi dan bas. Bas dan teksi ini mempunyai banyak
kepentingan kepada penduduk di kawasan kajian. Antaranya adalah untuk
membawa penumpang, mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memberi peluang
pekerjaan. Pelbagai masalah pengangkutan awam dihadapi di kawasan kajian.
Antaranya ialah pencemaran udara, kemalangan jalan raya dan penggunaan
kenderaan lama. Pelbagai langkah diambil untuk mengatasi masalah pengangkutan
awam. Antaranya adalah dengan menguat kuasa undang-undang, penyelenggeraan
kenderaan dan membuat jadual pergerakan. Saya bersyukur kerana dapat
menjalankan kajian ini dan berharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada
penduduk, syarikat bas dan teksi dan masyarakat khususnya di kawasan kajian.

RUJUKAN

BUKU

KANG CHAI YOENG , ZULKIPLI BIN ISMAIL , RAJANDERAN
SUBRAMANIAM (2017) . GEOGRAFI TINGKATAN 2 JOHOR BAHRU :
IMS BOOKS TRADING SDN.BHD.

Chong Mui Sen, Azizan Abu Samah (2003). Geografi Tingkatan 2
Kuala Lumpur: Percetakan Saufi.

ORANG SUMBER
ENCIK HASIM BIN SEHAT, 58 TAHUN, NO.86 TAMAN BANDAR BARU
TANGKAK , 84900 , TANGKAK , JOHOR

ENCIK AMRAN BIN ABDUL GHANI , 61 TAHUN , NO.82 ,TAMAN
BANDAR BARU TANGKAK , ,84900 , TANGKAK,JOHOR

ENCIK YUSRI BIN IBRAHIM , 47 TAHUN, NO.86 , TAMAN BANDAR
BARU TANGKAK , 84900 , TANGKAK, JOHOR

INTERNET

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pengangkutan+awam&d=10257
2&#LIHATSINI

https://www.scribd.com/document/132243316/Konsep-Pengangkutan-
Awam

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version