S E M P EN A H pameran bertema:
R tokoh pejuanG
A
I KEBANGSAAN KE 6 kemerdekaan
negara
(BAHAGIAN 1)
5
TARIKH:
16 OGOS 2022
HINGGA
16 SEPTEMBER 2022
MARI KITA MEMAHAMI PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN
MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA
Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka
dari penjajah bermula detik 31 Ogos 1957. Kini,
Malaysia sudah mencapai pelbagai keamanan
disebabkan oleh mereka yang
memperjuangkan tanah air suatu ketika
dahulu. Keringat mereka akan sentiasa
dikenang sepanjang masa.
Sempena Bulan Kebangsaan ke 65, Pusat
Sumber Sekolah berkerjasama dengan Panitia
Sejarah SK Tanjong Gading mengadakan
Pameran Bertema: Tokoh Pejuang
Kemerdekaan Negara. Pameran secara maya
ini memperkenalkan beberapa tokoh pejuang
kemerdekaan di setiap negeri di Malaysia.
Semoga pameran ini dapat meningkatkan
pemahaman murid dalam ilmu sejarah.
Pameran ini juga dapat memupuk minat
membaca di kalangan murid dan warga SK
Tanjong Gading
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Mengisi aktiviti secara bertema oleh
Pusat Sumber SK Tanjong Gading
Memupuk minat membaca di kalangan warga
sekolah.
Memupuk semangat patriotism dan cinta akan
negara malaysia.
Memupuk minda yang positif, kreatif dan
inovatif hasil dari pengalaman pameran yang
dijalankan.
Meningkat kosa kata murid melalui pembacaan.
Murid mengetahui perjuangan tokoh pejuang
kemerdekaan negara.
Murid bersyukuri atas nikmat kemerdekaan yang
mereka kecapi selama ini.
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
pusat sumber setanding mempersembahkan
tokoh pejuang
kemerdEkaan
negara
“ Membiarkan penjajah bermaharajalela
ibarat membenarkan musuh menebuk satu
persatu dinding rumah kita sehingga
hilanglah jati diri, adat, dan agama. Maka,
bangkit dan bersepakat mempertahankan
tanah air menjadi wajib kepada kita,”
-filem mat kilau 2022
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
Dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau
menyimpan janggut hingga ke paras dada
Dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir
Puteh, Kelantan
Mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan
Makkah
Mahir dalam ilmu persilatan
Menetap di Kampung Nering, Kelantan
Bekerja sebagai petani dan peniaga
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
British memperkenalkan peraturan cukai tanah
yang mewajibkan petani membayar cukai tanah
pada tahun 1915.
Petani dikenakan pelbagai cukai yang
membebankan seperti cukai pokok kelapa yang
berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan
ternakan lembu serta kerbau.
Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai
terletak di bandar.Penduduk yang gagal membayar
cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap
pengawai British yang bertugas menimbulkan
kemarahan penduduk terhadap British.
Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan
Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad
menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut
seruan tersebut dengan melancarkan penentangan
terhadap British di Pasir Puteh.
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Tok Janggut enggan membayar cukai
Pegawai daerah pasir puteh enggan melayan
bantahan Tok Janggut.
Polis diarah menangkap Tok Janggut- gagal
Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad penghulu Adam,
Hj Said, Che Ishak menyerang pasir putih- berjaya
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Pengaruh Tok Janggut di Pahang sangat meluas. Jika
tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah Inggeris
sebagai kuasa dunia akan terjejas.
Inggeris mengambil keputusan untuk membunuh Tok
Janggut. Satu tawaran turut dihebahkan kepada
masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya menangkap
Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima
ganjaran.
Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan
kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali
membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah
penduduk kampung.
Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan
menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3
pagi, 24 Mei 1915. Tok Tanggut dan lebih 1,000 orang
pengikutnya telah berperang dengan askar British di
Kampung Dalam Pupoh, Saring. Akhirnya, Tok Janggut
terbunuh bersama ramai pengikutnya dalam
pentempuran tersebut.
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Berita kematian Tok Janggut (Penghulu Hassan)
kemudiannya tersebar dan disambut dengan gembira oleh
askar-askar Inggeris. Kematiannya bermakna berakhirnya
penentangan terhadap Inggeris dan secara tidak langsung
menandakan berakhirnya pemerintahan keturunan Long
Gaffar di Kelantan.
Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum
dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas,
kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan
di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan
Apabila Tok Janggut meninggal, Inggeris melancarkan
perang saraf pula bagi memburukkan Tok Janggut dan
pengikutnya. Inggeris sedar ‘aura perjuangan’ Tok Janggut
juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu
berulang.
Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah
dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan
agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa
tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini.
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
tok janggut terkorban
Jenazahnya digantung songsang
Dikebumikan di Pasir Pekan
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh
sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung
dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang
Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan,
Tumpat, Kelantan
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
keratan akbar punca kematian Tok Janggut
Kisah perjuangan Tok Janggut adalah realiti yang berlaku. Ia bukan
dongeng atau mitos yang menjadi lagenda kosong. Tetapi ia adalah
perjuangan untuk menuntut hak ketuanan bangsa di tanah air tercinta.
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
NASKHAH To’ Janggut (Old Long Beard) tulisan Cheah
Boon Kheng. Dr Cheah Boon Kheng, telah menganalisis
dan menulis mengenai peristiwa kebangkitan Tok Janggut
di Kelantan pada 1915. SIAPAKAH sebenarnya Tok Janggut,
figura yang terbabit dengan pemberontakan menentang
penjajahan British di Kelantan pada 1915? Apakah beliau
penentang, pemberontak atau pejuang nasionalisme?
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Nama sebenar Haji Abdul rahman Limbong
bin Haji Abdl Hamid
Dikenali sebagai Haji Abdul Rahman
Limbong kerana beliau sering ke Limbong,
kemaman untuk mengajar agama
beliau berjuang untuk membela nasib
petani yang ditindas -pejuangnya dikenali
sebagai “kebangkitan Tani” di Terengganu
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Menentang kerana tidak berpuas
hati dengan sistem cukai dan
undang-undang tanah British
Haji Abdul Rahman Limbong
diserang oleh 50 orang polis
dari Singapura
Ditahan dan dibuang negeri ke
Makkah
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Mengetuai penduduk kampung membersih tanah
di Kuala Telemong tanpa menghiraukan
peraturan British
300 penduduk kampung berkumpul dan
membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah
Membimbangkan British dan dengan jasa baik
Tengku Nik Maimunah mereka dapat disuraikan
Dasar British kemarahan penduduk
menyebabkan mereka melancarkan
penentangan bersenjata
Kumpulan yang menyerang kerajaan di Kuala
Berang berjaya mendudukinya Kumpulan di
Kuala Telemong sedia menunggu arahan
menentang British
Dengan menggunakan kuasa dan nama Sultan
Terengganu, British menghantar 3 orang
pembesar untuk menawan semula Kuala Berang
25 orang polis menyerang Kuala Telemong dan
berjaya tumpaskan kebangkitan penduduk
tempatan dengan mengorbankan 11 orang
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Nama sebenar Dato' Bahaman adalah Abdul Rahman.
Ayahnya bernama Tuanku Imam Nuh berasal dari
Bangkinang. Ibunya adalah Rokiah Abdul Rahman,
anak Tok Setia Perkasa Semantan yang
berketururnan Bugis dari Sulawesi Selatan. Beliau juga
lebih dikenali sebagai Seman adalah seorang yang
pandai bersilat dan juga mempunyai ilmu kebal .
Kelebihan yang dimilikinya ini menyebabkan beliau
digelar sebagai 'Seman Tahan' oleh penduduk di
sekitar kawasan itu. Nama 'Seman Tahan' semakin
hari semakin masyur di kalangan penduduk di
sepanjang sungai yang tidak bernama ketika itu
sehinggakan sungai itu diberi nama Sungai Seman
Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan
British.
Perang Semantan ini dipimpin oleh seseorang
pembesar bernama Dato' Bahaman . Punca utama
pemberontakan ini ialah rasa tidak puas hati orang-
orang Besar Pahang , terutamanya sekali Dato'
Bahaman (Orang Kaya Semantan) terhadap campur
tangan British ke atas kawasannya .
Sebenarnya ketegangan di antara Dato' Bahaman
dengan pihak British telah bermula sejak tahun 1890
lagi tetapi ketegangan itu memuncak pada tahun 1891.
Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890
bila mana Dato' Bahaman dikatakan telah marah dan
mengata-ngata E.A Wise (Pegawai Jajahan Temerloh).
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Hal ini terjadi bila E.A Wise hendak mendirikan sebuah
balai polis di Lubuk Terua iaitu satu tempat yang
termasuk dalam kawasan Dato' Bahaman , tanpa
terlebih dahulu berunding dengannya . Apabila Hugh
Clifford (Pemangku Residen British Pahang ketika itu)
mengetahui hal tersebut, beliau telah menasihatkan
Sultan dan baginda kemudiannya memanggil Dato'
Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu
dapat disiasat .
Oleh kerana Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan
telah mengeluarkan surat perintah yang melucutkan
pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.
Tindakan melucutkan pangkat dan taraf itu
menyakitkan hati Dato' Bahaman .
Keadaan ini menyebabkan Dato' Bahaman dan
pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M
Deaborough dan pengikut-pengikutnya pada 15
Disember 1891 ketika mereka sedang mudik Sungai
Semantan.
Serangan itu dilakukan oleh Dato' Bahaman kerana ia
menyangka Desborough datang untuk menangkapnya
Dalam serangan yang mengejut itu , pihak
Desborough telah kalah dan beliau melarikan diri ke
Bandar Temerloh .
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan
hati Orang-orang Besar Pahang terhadap campur
tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu
bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise
hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua
yang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa
sebarang perundingan dengannya.
Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British
Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan
Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato'
Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat
disiasat. Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan,
Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan
pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.
Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan
ini menyebabkan beliau dan pengikut-pengikutnya
menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai
Semantan pada 15 Disember 1891 ketika beliau
menyangka Desborough datang untuk menangkapnya.
Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak Deaborough telah
kalah dan mereka melarikan diri ke bandar Temerloh
Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-
pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk
melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran
dari itu pada 26 Disember 1891, satu pasukan yang
diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke
Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua
pertahanan Dato' Bahaman.
Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak
British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali
lagi ditewaskan
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah menjadi orang
yang paling kuat danmemaksa Sultan Wan Ahmad untuk
menamatkan kebangkitan Dato’ Bahaman di Pahang. Satu
pasukan yang dinamakan “Gerakan Tentera” telah
dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800
orang.
Seramai 140 daripadanya mempunyai senjata api yang
dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang),
Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari
Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain
daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil
termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato’ Bahaman tidak
dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang
memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-
pengikutnya yang terdekat akan tertangkap.
Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap
telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan
telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.
Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan
semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato’ Bahaman menjadi
lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak Inggeris
kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu
Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan
Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan
penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris.
Pada Mei 1892, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi.
Pejuang Pahang terpaksa berundur ke Kelantan dan
Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah
menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk
berjihad menentang Inggeris. Pada 14 Jun 1894, Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’
Bahaman bersama 100 orang pengikutnya.
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris
yang diketuai oleh Jeneral Walker menyerang kumpulan
penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman,
Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala
Tembeling, Pahang.
Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang
bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis.
Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke
Kelantan. Ini menandakan berakhirnya perang menentang
Inggeris di Pahang.
Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan
serangan secara besar-besaran yang menelan belanja
yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu
dan Kelantan.
Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1895 apabila
Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan
menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh
perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal
1896, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan
meninggal di Terengganu.
Kebangkitan Dato’ Bahaman selama 4 tahun (1891-1894)
telah menyebabkan pihak Inggeris menanggung hutang
yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar sebanyak
7200.00 dollar setahun bagi menyelesaikan hutang
tersebut.
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato’
Bahaman dan pengikutnya telah mengambil
keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan
telah dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah
Merah, dimana para pejuang bersumpah akan
menggunakan nama lain dan tidak akan
mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya.
Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan
itu, iaitu Dato’ Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau
(Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim),
Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat, Kelubi (Tok
Janggut), Awang dan Che Ibrahim.
Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman telah kembali ke
Kelantan manakala Mat Lela pergi ke Indonesia,
sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal
dunia di Patani, Siam. Pada tahun 1920, Dato’
Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya
Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama
Lebai Deraman.
Pada tahun 1926, Dato’ Bahaman berpindah ke Kg.
Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat
Kilau pula dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin,
Tanjung Medang, Kg. Pasir Panjang, Kg. Batu Tering
Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang dan kembali ke
Pulau Tawar semula pada tahun 1969. Mamat Kelubi
dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya setelah.
Dato’ Bahaman tinggal di Kg. Peramu sehingga
kematiannya.
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau
berundur ke kelantan.
British menanggung hutang yang banyak.
British memaksa Sultan Ahmad membayar
7200 dolar setahun bagi menyelesaikan
huhang tersebut
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Tok Gajah atau nama sebenar beliau Imam Rasu
bin Shahrum, juga dikenali sebagai Khatib Rasu dan
Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang
dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah
Pahang.
Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan
Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala
hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu
kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.
Tok Gajah juga merupakan ayah kepada Mat Kilau,
pahlawan Melayu Pahang.
Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa
dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala Piul,
kawasan dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa,
kawasan dari Pedah hingga ke Tanjung Lindung
dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis.
Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar
Empat di Pahang
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama
dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela
menentang penjajah Inggeris.
Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan
segala tipu helahnya yang hendak merampas
pemerintahan negeri Pahang.
Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih
serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris
yang lengkap bersenjata.
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Tok Gajah juga merupakan ketua pasukan
pemberontak dalam penentangan terhadap
penjajah British dan Sultan, bersama Datuk
Bahaman dan pejuang-pejuang sezamannya yang
dipimpin oleh Tok Ku Paloh pada tahun 1893/1895.
Tok Gajah sanggup menghadapi askar-askar
British yang lengkap bersenjata ketika bertindak
menghalau penjajah British yang hendak
merampas pemerintahan negeri Pahang.
Bersama-sama dengan Datuk Bahaman, Datuk Lela
dan Mat Kilau, Tok Gajah merupakan salah seorang
pahlawan yang terlibat dalam mematahkan
pemberontakan Pahang antara tahun 1891 hingga
tahun 1895.
Bersama dengan Wan Lingga, Tok Gajah telah
diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk
menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia
Lela. Ini disebabkan perselisihan antara Maharaja
Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan
ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam
sebagai penasihat Sultan Ahmad.
pameran bertema:
tokoh pEjuang kemerdekaan negara
Selain itu, beliau juga berperanan dalam
membantu perjuangan Dato Bahaman dalam
menawan balai polis Lubuk terua yang berada di
bawah kuasa British. Perjuangan untuk menawan
balai polis Lubuk Terua turut dibantu oleh
pembesar lain iaitu Imam Rasul dan Mat Kilau.
Beliau turut serta melakukan penentangan ini
kerana pembinaan balai polis di Lubuk Terua
mencabar kuasa Dato Bahaman sebagai pembesar
di Lubuk Terua. Hal ini demikian kerana pihak
British tidak berunding terlebih dahulu dengan
Dato Bahaman tentang pembinaan balai polis ini.
Lebih-lebih lagi pembinaan balai polis ini juga di
kawasan lingkungan pengaruh Dato Bahaman.
Peranan Tok Gajah juga terserlah dalam menawan
Kuala Tembeling. Peristiwa ini bermula pada akhir
1892 apabila orang melayu Pahang di bawah
pimpinan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah
di Pahang diusir keluar ke Hulu Kelantan.
Pada Mei 1894, Mat Kilau dan Tok Gajah berpindah
dari Hulu Kelantan ke Kuala Terengganu dan
tinggal di Kampung Seberang Engku Ngah. Ketika
di Kampung, Mat Kilau selalu berulang alik ke
Kampung Paloh dan berjumpa Tok Engku Sayyid.
Mat Kilau dan Tok Gajah membawa 100 pengikut
untuk menyerang Inggeris di Kuala Tembeling dan
mendirikan kubu di Jeram Ampai pada tarikh 14
Jun 1894.
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Idea untuk menentang British secara besar-
besaran antara salah satu peranan terpenting Tok
Gajah. Sebelum melakukan penentangan ini, Tok
Gajah mengadakan satu pertempuran dan dalam
pertempuran itu, semua pembesar lain bersumpah
menyatakan taat setia kepada Sultan Ahmad.
Mengikut cadangan Tok Gajah, serangan akan
dilaksanakan secara serentak. Dato Bahaman
telah mengambil Semantan, Sultan Ahmad
mempertahankan Chenor, Panglima Muda dari
Jempul menawan Pekan, Mat Kilau dan Tok Raja
akan menawan Kuala Lipis dan Raub sementara
Tok Gajah sendiri akan ke Kuala Tembeling.
Tok Gajah juga berperanan dalam membantu
Sultan Ahmad dalam perang saudara. Dalam
Perang Saudara Sultan Ahmad menentang
saudaranya Wan Mutahir. Tok Gajah membantu
Sultan Ahmad dalam serangan tersebut dengan
mengumpulkan hulubalang dan membina kubu.
Beliau juga menggunakan pelbagai serangan.
Walaubagaimanapun, Wan Mutahir mendapat
bantuan daripada British. Sultan Ahmad berjaya
dalam serangan tersebut dan atas taat setia dan
baktinya, Tok Gajah dilantik sebagai Orang Besar
Raja.
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Bagi menyambung misi perjuangan anti-British, Tok
Gajah bersama Dato’ Bahaman, Mat Kilau, dan Mat
Kelubi pernah kembali ke Pahang, dan bertempur
dengan pasukan British di Jeram Ampai (Sg.
Tembeling), tetapi serangan mereka kecundang,
lalu mereka mencari perlindungan di Ulu Lebir
(Kelantan). Tok Gajah tidak dapat meneruskan
perjuangan anti-British hingga akhir hayatnya pada
tahun 1901.
Pada tahun 1892, pihak British mengeluarkan
perintah tangkap ke atas Tok Gajah lalu memaksa
beliau menyelamatkan diri ke Ulu Kelantan dan
kemudian ke Hulu Terengganu sebelum meninggal
dunia pada tahun 1901. Allahyarham Tok Gajah telah
disemadikan di Kampung Pasir Nering, Kuala Brang
(Ulu Terengganu).
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Mat Kilau (1847-1970) merupakan seorang pahlawan
Melayu yang berjuang menentang penjajah British di
Pahang. Nama penuh beliau ialah Mat Kilau bin Imam
Rasu atau Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu
anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai
lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau
Tawar, Jerantut, Pahang.
Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir
maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali
sebagai "Dikir Pahang". Hobi Mat Kilau adalah
bermain gasing dan berlaga buah keras.
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau
berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang
Chik binti Imam Daud, dari Kampung Kedondong.
Imam Daud adalah seorang guru agama yang
disegani di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang
dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau
dan rakan-rakanya. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau
telah dikurniakan tiga orang anak.
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat
dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan
sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya
yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat
dengan menggunakan senjata seperti keris dan
parang.
Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada
ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan
secara agama banyak dituntutnya daripada Haji
Montok (Hj.Uthman bin Senik) yang merupakan mufti
Pahang ketika itu.
Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota
Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar
untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua
tersebut masih ada hingga kini. Menurut beberapa
pendapat orang-orang lama, gua ini boleh
menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin
dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau
seorang pemuda yang sangat disegani dan
dihormati. Atas dasar pungutan cukai yang
menindas dan keangkuhan pihak penjajah, Mat
Kilau, Dato Bahaman dan Tok Janggut bersekutu
berganding bahu memulakan pemberontakkan ke
atas pihak British.
Namun begitu, pihak pemberontak tidak mendapat
sokongan Sultan terhadap pergerakkan
penentangan British pada masa itu. Sultan yang
pada masa itu hanya mementingkan darjat dan
talian persahabatan dengan pihak British sanggup
mengkhianati bangsa dan rakyatnya sendiri bagi
mematahkan pemberontakkan di Semantan.
Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada
di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar
dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan
Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau
suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan
ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas
pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari
masyarakat.
Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas,
justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi
oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu
ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Pawang
Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib),
Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup
sehidup semati dengan Mat Kilau.
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di
dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di
Singapura. The Straits Times dan The Free Press
menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman
telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada
bulan Oktober,1895.
The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau
telah melawan apabila hendak ditawan dan
akibatnya dia telah cedera di muka dan di
kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah
mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu
disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan
tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar
The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada
pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.
Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada
diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya
seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau),
Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat
Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat
Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,
maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan
berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan
akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-
Gambang.
Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar
namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia
memakai nama Mat Siam.
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Dalam bulan Disember 1969, Tuhan telah
menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu
memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan
bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan
dirinya yang sebenar.
Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan
ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju
mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.
Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau, maka Mat Kilau
dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,
Pulau Tawar Jerantut.
Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah
pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk
bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat
Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya
mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
Pengisytiharan ini telah menggemparkan orang
ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan
sebuah jawatankuasa untuk menyiasat.
Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.
Beberapa orang telah ditemuramah bagi
membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.
Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari
Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai
Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, YAB Tan Sri
Haji Yahaya Mohd Seth.
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara
Laporan The Singapore
Free Press
pada 21 Oktober 1895.
Imej dari National
Library Board
Singapore.
Mat Kilau diusung
oleh orang ramai
setelah pengakuan
terbukanya.
pameran bertema:
tokoh pejuang kemerdekaan negara